Saturday, September 18, 2010

Umat Islam Tidak Faham Ilmu Fardhu 'Ain

Umumnya majoriti umat Islam di negara-negara mereka, tidak terkecuali di Malaysia ini, tidak memahami ilmu-ilmu agama yang diwajibkan ke atas mereka untuk belajar, faham dan amal. Tidak zahir keinsafan untuk memikirkan keperluan dan kewajipan ke atas dirinya. Mempelajari dan memahami Ilmu-ilmu Fardhu 'Ain yang merangkumi; Ilmu Pengajian Asas al-Quran, Ilmu Tauhid dan Aqidah Keimanan, Ilmu Feqah (Ibadah, Munakahat, Mu'amalat) serta Ilmu Akhlaq dan Adab) memerlukan jangka waktu yang panjang. Madrasah-madrasah yang memberi pengajaran dan pendidikan bidang-bidang ini terhad bilangannya.


Silibus yang disediakan di institusi pendidikan (bukan aliran agama) tidak mencukupi untuk membentuk sahsiah yang bermotivasi tinggi beramal dengan ajaran Islam. Ia disediakan semata-mata berorientasikan untuk persijilan sahaja.Tatailmu yang dipelajari tidak berkesinambungan. Ilmu dipelajari bukan untuk memperkemaskan pembacaan al-Quran, ilmu hadith bukan untuk mendalami pemahaman perawian dan status hadith-hadith Nabi SAW itu. begitu juga dengan ilmu-ilmu tauhid dan feqah harian.


Mereka yang bertanggungjawab menggubal, menyusun dan melaksanakan sistem dan kaedah pembelajaran ilmu agama ini haruslah memikirkan sedalam-dalamnya. Menerima pandangan para ilmuan dan ulama' yang berjiwa Islam tinggi, bukan dari kalangan ulama' partisan dan berkecenderungan kepada menjaga pangkat dan jawatan.


Didiklah anak-anak kita kearah pengamalan ilmu bukan untuk tujuan memperoleh sijil dan pengikirafan duniawi.


Sekian. Wasslam.

No comments:

Post a Comment