Wednesday, October 6, 2010

RENUNG-RENUNGKANLAH

ISLAM DAN TAMADDUN oleh: Ishak AR

…”Islam satu agama yang statik yang tidak dapat berganding dengan perkembangan   lain”…
           Wilfred  Cantwill Smith dalam bukunya “ISLAM IN MODERN HISTORY”

Pandangan ini amat mengelirukan umat manusia:

Seorang intelek Inggeris bertemu Syeikh Muhammad Qutb 1979 di Mesir. Beliau dihantar oleh PBB sebagai pakar untuk membantu Kerajaan Mesir melaksanakan rancangan mempertingkatkan taraf hidup kaum tani Mesir atau lebih tepat untuk meyakinkan orang Mesir bahawa Negara-negara kapitalis Barat menyintai mereka dengan penuh ikhlas dan jujur. Tujuan mereka ke mesir bukan sebagai misi penjajahan ekonomi di Mesir.

Dia tidak tahu bahasa Arab, maka Kerajaan Mesir minta Muhammad Qutb menjadi jurubahasa.

Berlaku perdebatan di antara Syeikh Muhammad Qutb dengan Orientalis Barat ini:

MQ: “Kami orang Mesir bencikan Inggeris. Kami akan terus membenci Inggeris selagi mereka masih menduduki mana-mana bumi timur. Umat Mesir bencikan Inggeri,Amerika dan Negara-negara sekutu mereka”…

Pakar PBB: …”Adakah anda seorang Komunis?”

MQ: …“Bukan, saya seorang Islam dan saya anggap Islam lebih baik dari tamaddun kapitalisma Barat, malah lebih baik dari komunis. Islam adalah sebaik-baik system yang pernah diketahui manusia kerana system Islam meliputi seluruh bidang kehidupan dan kerana Islam mampu menyelesaikan seluruh masalah hidup manusia dnegan adil dan saksama.”…

Pakar PBB:…”Mungkin apa yang anda katakan mengenai Islam itu benar, tetapi buat saya, saya tidak mahu diharamkan dari menikmati hasil-hasil kejayaan tamaddun moden, saya suka naik kapalterbang dan suka mendengar musik indah dari peti radio.”…

MQ:  Menyampuk  hairan...“Siapa yang telah melarang awak berbuat demikian?”

Pakar PBB: Dia membalas segera…“Bukankah memeluk Islam itu bererti saya terpaksa balik ke zaman manusia Badwi yang hidup di dalam khemah-khemah?”

MQ: …”Kamu seorang yang bodoh tentang Islam dan tamaddun, tidak layak digelar pakar, dan tidak perlu membawa fikiran sedemikian ke bumi Mesir.”…

No comments:

Post a Comment