Daftar Umrah

Daftar Umrah
SILA KLIK BANNER DI ATAS UNTUK MENDAFTAR PAKEJ UMRAH & HAJI 2014 BERSAMA UST ISHAK AB RAHMAN AL HAJ (017-9238355)

Friday, December 31, 2010

KEMUSYKILAN DIJAWAB TUAN GURU DATO DR HARON DIN

Bolehkah tidak ditulis ayat-ayat al-Quran untuk digantungkan pada badan, sebagai ikhtiar menyembuhkan penyakit gangguan Makhluk Halus?

Soalan
Bolehkah tidak ditulis ayat-ayat al-Quran untuk digantungkan pada badan, untuk dijadikan penghadang dari gangguan makhluk halus atau dijadikannya sebagai ikhtiar menyembuhkan penyakit. Menurut kata seorang ustaz, ianya dibolehkankan, betul atau tidak?

Jawapan
Menggantungkan sesuatu di badan untuk dijadikan sebagai pengadang daripada gangguan makhluk halus atau untuk menyembuhkan penyakit, terbahagi kepada dua bahagian yang utama.

Pertamanya, menggunakan tangkal menangkal seperti menggunakan bahan seperti tulang binatang atau kayu yang dikatakan berhikmah, atau seumpamanya, ulama tidak khilfah bahawanya ia tidak harus.

Ianya adalah ditegah berdasarkan kepada hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Majah, al-Hakim dan al-Baihaqi yang mafhum hadis itu bermaksud, "Sesungguhnya jampi mentera yang menggunakan perkataan-perkataan syirik terhadap Allah, tangkal menangkal, ilmu pengasih adalah syirik."

Hadis ini jelas menunjukkan bahawasanya tangkal yang digunakan oleh masyarakat di zaman jahiliyah, ada yang menggunakannya selepas kedatangan Islam hingga hari ini adalah termasuk dalam istilah 'tamamaaim' atau tangkal. Ini jelas haram. Wajib dijauhi. Ianya dekat kepada kesyirikan kepada Allah S.W.T ataupun ianya syirik terus.

Keduanya, adapun mengunakan ayat-ayat al-Quranul Karim, dilipat dan digantung, dijadikan seolah-olahnya tangkal di badan dengan tujuan untuk dijadikan pengadang daripada syaitan atau untuk menyembuhkan penyakit.

Dalam hal ini, ulama-ulama terdahulu hingga ke hari ini berbeza pendapat. Satu golongan mengatakan ianya tidak harus, satu lagi golongan mengatakan ianya harus.

Yang berpendapat tidak harus adalah berpandukan kepada umum hadis yang disebutkan di atas tadi. Hadis itu jelas melarang daripada menggunakan tangkal tanpa mengira bahan tersebut digunakan daripada al-Quran atau bukan dari al-Quran.

Semuanya sama sahaja, ia boleh membawa kepada kesyirikan kepada Allah kerana ada penggantungan kepada makhluk, bukan kepada Allah S.W.T.

Golongan ini berhujah dengan kaedah fekah yang terkenal disebut dengan 'sadduzzarie'ah', iaitu mencegah daripada kerosakan, khususnya kerosakan aqidah.

Kaedah ini membolehkan kita melarang, mencegah dari melakukan suatu perkara yang boleh membawa kepada haram atau syirik.

Menggunakan tangkal untuk mengelak atau mempertahankan diri daripada sesuatu yang tidak diingini, boleh membawa kepada terpesongnya penggantungan ataupun tawakal kepada Allah. Menyimpang pendirian sepatutnya bergantung harap kepada Allah S.W.T sahaja, kepada penggantungan tangkal walaupun ianya ayat-ayat al-Quran.

Perbuatan sebegitu juga membawa makna bahawa kita telah menghina al-Quran bagi maksud membawanya bersama kita ke tempat yang tidak suci seperti tandas, melakukan kerja yang bercanggah seperti maksiat, sebagainya. Perkara itu tidak wajar dilakukan, penggunaan ayat al-Quran sebagai tangkal atau disembunyikan ayat tersebut dalam perhiasan wanita (seperti loket), semuanya itu adalah haram mengikut golongan yang pertama ini. Golongan yang berpendapat seperti iini adalah sahabat Rasulullah s.a.w seperti Abdullah ibni Mas'ud, Imam Ahmad bin Hambal (salah satu riwayat daripadanya) dan lain-lain.

Golongan yang kedua, berpendapat, perbuatan sedemikian itu adalah harus, didokong Abdullah bin Amru bin al-'Ass, Abu Jaafar al Baqir dan Imam Ahmad bin Hambal (salah satu riwayat daripadanya). Mereka berpendapat ia adalah harus kerana berlaku di zaman Rasulullah s.a.w, ada sahabat yang berbuat sedemikian untuk anak-anak mereka yang belum boleh menghafaz al-Quran.

Meskipun ada dua pandangan sahabat dan ulama. Satu yang mengharuskan, kedua yang tidak mengharuskan, akan tetapi perubahan zaman boleh membawa perubahan hukum, khususnya bagi kes seperti dalam soalan ini di zaman ini.

Zaman ini, akidah umat Islam sedang terancam, iman rata-rata begitu rapuh dan mudah rosak. Amat terdedah kepada kesyirikan dan kekufuran kerana zaman ini dipenuhi dengan kemaksiatan kepada Allah.

Umat hari ini kekurangan ilmu yang membawa keutuhan pegangan, kecelaruan dalam pegangan hukum sehingga banyak yang melakukan pelanggaran hukum yang disengajakan.

Zaman ini, umat Islam tidak begitu kuat bergantung kepada Allah, kerana amat terdedah kepada gejala-gejala yang mendorong mereka lebih mengutamakan kenikmatan hidup sementara, tidak mempedulikan halal haram dan lebih suka mengharap kebahagiaan kehidupan yang segera tanpa memikir kebahagian akhirat yang sejati.

Oleh yang demikian, maka pergantunggan ummah kepada tangkal ini, jika tidak dibendung atau dicegah dengan sejelas-jelasnya akan mendorong ummah terjerumus ke pelbagai kerosakan lain.

Ayat-ayat al-Quran secara umumnya bukan untuk gantung atau dijadikan tangkal. Ianya adalah untuk diamat-amati maknanya. Difahami tuntutannya, direalisasikan hukumnya, dijadikan panduan kehidupan untuk mendapat keredhaan Allah bagi kebahagiaan dunia akhirat.

Ayat al-Quran adalah untuk dibaca an dihafal, dipohon perlindungan daripada Allah dan membentuk jati diri untuk mentaati Allah. Untuk melindungi diri dari gangguan syaitan, memang dibolehkan atau diharuskan bacaan-bacaan al-Quran. khususnya, al-muawwizaat (Surah al-Ikhlas, Surah-Falaq, Surah an-Nas), ayat Qursi dan sebagainya, boleh diamalkan untuk menjadi penghalang darpada sesuatu yang tidak diingini.

Monday, December 27, 2010

JENIS RAWATAN PENYAKIT DI DARUSSYIFA' MENTAKAB

  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


  • Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, yakinlah bahawa Allah SWT menjadikan setiap penyakit bersama-sama dengan penawarnya sekali. Semua penyakit boleh diubati dengan izin Allah SWT, kecuali mati.

    Herba Pilihan
    Kita sebagai insan biasa perlulah berikhtiar , berusaha dan berdoa bersungguh-sungguh dalam mencari kesembuhan penyakit. Kita hanya berikhtiar, pemberi kesembuhan hanyalah milik Allah SWT.

    Oleh itu kami di Darussyifa' dengan sedaya upaya berikhtiar menolong masyarakat yang meminta bantuan melalui jalan-jalan yang diredhai oleh Allah SWT dengan doa-doa daripada al-Quran dan as-Sunnah serta bahan-bahan ubat yang selaras dengan syarak.

    Berikut adalah senarai pelbagai jenis penyakit yang pernah dan kebiasaannya masyarakat rujuk kepada Darussyifa' dalam usaha ikhtiar mereka untuk mencari kesembuhan.

    1. Angin Ahmar
    2. Asma (juga termasuk Lelah)
    3. Badi Mayat & Badi Haiwan
    4. Barah (seperti Barah Payu Dara, Hati, Usus dan seumpamanya)
    5. Batu Karang
    6. Benda Tajam dalam Badan
    7. Bisa (Pelbagai jenis Bisa termasuk bisa sengatan serangga, bisa ular juga bisa sendi-sendi)
    8. Buah Pinggang
    9. Buasir
    10. Darah Rendah
    11. Darah Tinggi
    12. Demam Campak
    13. Demam Panas (juga Denggi, Hepatitis dll)
    14. Gangguan Emosi
    15. Gangguan Tidur
    16. Gastrik
    17. Gaut
    18. Gigi (Semua jenis sakit gigi termasuk sakit gusi)
    19. Gila Merian
    20. Jantung
    21. Kayap
    22. Kehilangan (Kehilangan barang atau anak lari dari rumah)
    23. Kenan & Kecacatan Bayi
    24. Kencing Malam
    25. Kencing Manis
    26. Keselamatan Diri dan Harta Benda
    27. Ketumbuhan
    28. Kolestrol tinggi
    29. Koma
    30. Lekat Tulang
    31. Lemah Semangat
    32. Lumpuh
    33. Magrin
    34. Mandul
    35. Mata (pelbagai jenis sakit mata)
    36. Mata Masuk Benda
    37. Memasuki Rumah Baru atau Pejabat Baru
    38. Memulihkan Pesakit Akibat Kesalahan Sendiri
    39. Menghentikan Tabiat Buruk
    40. Mudah Lupa
    41. Mudah Marah
    42. Murah Rezeki (Mengatasi Gangguan Hutang)
    43. Nyanyuk
    44. Panas Baran
    45. Pelembut Hati
    46. Pemisah (seperti memisah tabiat kanak-kanak hisap bantal busuk)
    47. Pemutus Susu ( untuk bayi 2 tahun keatas daripada menyusu ibunya)
    48. Penahan (Kencing Tak Tus, darah sentiasa mengalir dan seumpamanya)
    49. Pendekat Jodoh
    50. Penerang Hati
    51. Penyakit yang Sukar diubati
    52. Penyelera Makan
    53. Resdung
    54. Sakit dalam Dada (seperti Sesak Nafas)
    55. Sakit Kepala
    56. Sakit Lutut dan Bengkak Sendi
    57. Sakit Perut
    58. Sakit Rindu
    59. Santau
    60. Sawan (pelbagai jenis Sawan seperti Sawan Tangis, Tarik & Babi)
    61. Segala jenis Gangguan Spiritual (termasuk gangguan sihir)
    62. Selsema yang berterusan
    63. Selusuh (Supaya senang melahirkan anak)
    64. Sukar Bersalin (seperti disebabkan oleh bayi Songsang didalam rahim
    65. Sukar Tidur Malam
    66. Dan pelbagai jenis penyakit lain yang mungkin tidak tersenarai disini.

    STRATEGI PECAH DAN PERINTAH POLITIK MALAYSIA

    Dalam politik strategi ‘Devide and Rule’ atau ‘Pecah dan Perintah’ bukanlah sesuatu yang hanya baru digunakan di zaman moden ini. Sekiranya ditelusuri sejarah, strategi ini bukan hanya bermula setelah Machiavelli membincangkannya dalam The Art of War, tetapi berkemungkinan telah diaplikasikan sejak manusia mula bersengketa secara berkumpulan. Pemerintah Rom, Ceaser, dikatakan telah menggunakan strategi ini untuk menghadapi dan menguasai kaum Yahudi.

    Semasa zaman Rasulullah saw, strategi ini juga digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk melemahkan keutuhan umat Islam. Satu peristiwa yang dinukilkan sendiri oleh al-Quran berkaitan perkara ini ialah tindakan kaum Yahudi melaga-lagakan kaum `Aus dan Khazraj. Hasutan kaum Yahudi ini talah hampir-hampir mencetuskan peperangan di kalangan kedua-dua kabilah itu sehinggalah Rasulullah saw dengan pantas telah berjaya memadamkan api kemarahan tersebut. Berhubung dengan peristiwa ini Allah swt menurunkan ayat al-Quran surah Ali Imran, ayat 100 hingga 103 yang bermaksud:

    " Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman. Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad s.a.w)? Dan sesiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya dia telah beroleh petunjuk hidayat ke jalan yang betul (lurus). Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga) ". Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya.

    Sememangnya dimaklumi bahawa kaum Ansar dari kalangan kabilah `Aus dan Khazraj adalah tunjang kekukuhan negara Madinah pada ketika itu. Merekalah yang telah memberi kesanggupan yang tidak berbelah bahagi membela Rasulullah saw dan menolong saudara mereka dari kalangan Muhajirin. Menyedari perkara tersebut kaum Yahudi dan golongan munafik melihat bahawa tidak ada strategi lain untuk melemahkan negara yang diperintah oleh Rasulullah saw selain daripada melemahkan kaum Ansar.

    Lalu merekapun mengaplikasikan strategi pecah dan perintah dengan mengapi-apikan semangat perkauman antara `Aus dan Khazraj. Kedua-dua kabilah hampir-hampir mencetuskan peperangan baru, yang kesannya akan melemahkan kekuatan negara Islam Madinah pada ketika itu. Rasulullah saw sebagai seorang Rasul menerima wahyu dan sebagai seorang pemimpin yang bijaksana cepat-cepat mencium strategi pecah dan perintah pihak musuh ini, lalu persengketaan itu dapat diselesaikan.

    Ketika kuasa-kuasa imperialis Eropah menjajah dunia Islam, strategi yang sama digunakan. Mereka mengkaji dan mengenal pasti isu-isu sensetif yang dengan begitu mudah dicucuh untuk membakar api perpecahan di kalangan umat Islam. Antara isu-isu yang digunakan termasuklah semangat kebangsaan (nasionalisme) dan perbezaan mazhab. Dengan memenipulasikan isu-isu ini, umat Islam mula bersengketa dan akibat persengketaan itu, dengan mudah kuasa-kuasa ini menjajah dunia Islam.

    Demi menyedari hakikat tersebut, Imam Hassan al-Banna menubuhkan Ikhwan al-Muslimin atau Persaudaraan Islam. Jelas sekali, antara tujuan terpenting beliau ialah menyatukan para pencintan Islam di bawah satu tujuan dan mengelakkan persengketaan yang tidak perlu sesama mereka. Visi dan misi Hassan al-Banna berkaitan persoalan ini termuat dalam Usul al-`Ishrin (Usul Duapuluh). Bagaimanapun, hari ini Ikhwan al-Muslimin turut tidak terkecuali daripada serangan yang berstrategikan pecah dan perintah oleh musuh-musuh mereka.

    Demikianlah juga dengan PAS, tidak sunyi daripada menghadapi strategi ini. Hari ini, ramai pihak mengakui bahawa PAS adalah antara parti politik yang paling konsisten dan pengaruhnya semakin hari semakin bertambah. Dalam konteks senario politik terkini, PAS dianggap sebagai ‘King Maker’ yang mencorakkan politik Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa salah satu sendi kekuatan PAS ialah kesatuan fikrah dan kesatuan bertindak di kalangan pimpinan dan ahli-ahlinya.

    Semenjak era Kepimpinan Ulama, hampir tiada satu perselisihan pandangan yang mampu menggugat keutuhan PAS. Meskipun berlaku beberapa peristiwa perselisihan pandangan seperti kewujudan kumpulan Islah yang menentang kerjasama dengan Parti Melayu Semanngat 46, keretakan itu tidak berpanjangan. Sebaliknya, perselisihan tersebut telah menapis golongan yang sebelum ini menjadi bebanan kepada PAS disebabkan tindakan mereka yang dikaitkan dengan takfir.

    Setelah hampir 40 tahun era Kepimpinan Ulama, sekali lagi PAS menghadapi perselisihan pandangan khususnya di kalangan pimpinan. Lazimnya perselisihan seumpama ini akan dapat diselesaikan melalui semangat syura sama ada di peringkat Majlis Syura Ulama atau Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Bagaimanapun ada sedikit kelainan pada kali ini, iaitu UMNO telah cuba menyuntik strategi pecah dan perintahnnya. Peranan ini dibantu oleh media-media massa yang pro-UMNO dan BN.

    Cetusan idea Kerajaan Perpaduan oleh Tuan Guru haji Abdul Hadi Awang tidak pernah langsung mengaitkan hanya hubungan PAS dan UMNO. Tuan Guru Presiden PAS telah menjelaskan bahawa gagasan itu akan melibatkan semua parti. Bagaimanapun, pimpinan-pimpinan UMNO dan media-media mereka mengelirukan rakyat termasuk ahli-ahli PAS sendiri dengan menyogokkan gagasan itu adalah antara PAS dan UMNO. Sehingga artikel ini ditulis, mereka terus menerus menyempitkan pengertian itu.

    Strategi UMNO ini sememangnya sedikit sebanyak telah mewujudkan perselisihan yang agak runcing dalam PAS. Namun begitu sebagai sebuah gerakan Islam, PAS akan sentiasa mengembalikan segala urusannya kepada al-Quran dan al-Sunnah dengan dipimpin oleh para ulama. Saya percaya, strategi UMNO kali ini akan gagal, sebaliknya PAS akan bangkit semula dengan lebih kuat untuk menumbangkan mereka khususnya dalam Pilihanraya Umum akan datang.


    جزاك الله خير الجزاء وبارك فيك وأفاض عليك من نعمه ظاهرة
    وباطنة
    وأسأل الله باسمه العظيم الأعظم أن ينير بصرك وبصيرتك
    بنور اليقين
    وأن يجعله فى ميزان حسناتك



    Saturday, December 25, 2010

    Tanda-Tanda Kelemahan Jiwa

    lemah jiwa, tension, sedih, kecewa

     Pernahkah kita boros berbelanja hingga kita berbelanja hebat sedangkan sebahagian besar yang kita beli adalah perkara-perkara yang sebenarnya kita tak perlukan? Atau mungkin kita dikuasai amarah hingga kita melupakan persahabatan dan persaudaraan lalu segalanya kita korbankan agar hati kita merasa puas? Pernahkan kita sibuk dalam perkara-perkara yang kurang utama hingga berjam-jam masa kita terbuang begitu sahaja? Pernahkan kita dilanda kekecewaan hingga jiwa kita murung dan hilang keazaman lalu kita biarkan masa berlalu meninggalkan kita bersama kesedihan dan luka-luka pada jiwa? Atau pernahkah kita terlalu gembira hingga kita lupakan batasan-batasan yang akan mengekalkan kewibawaan kita?

    Tentunya kita berhak untuk berbelanja setelah bertungkus lumus mengumpul kekayaan. Tentunya kita berhak untuk marah dan kecewa apatah lagi gembira sepuas-puasnya. Tetapi ingat, apabila Allah tiada lagi dijiwa kita dan nilai iman tidak lagi menjadi neraca utama dalam diri kita maka kita sebenarnya sudah menjadi tunggangan nafsu.

    Kita tidak lagi memiliki diri kita sendiri dan tidak ada kemiskinan yang lebih parah apabila kita tidak lagi memiliki diri kita sendiri. Jiwa dan nurani kita tidak lagi milik kita apabila kemarahan sudah hilang kawalannya dan segala kegembiraan dan keseronokan kita itu hanya untuk sementara waktu sahaja sedangkan tiba saatnya nanti kita kita akan menangis dan menyesal dengan segala kehidupan yang kita sia-siakan. 


    Ketika tangisan kekecewaan tidak lagi kita sandarkan pada Pemilik Diri kita maka tangisan itu bukan lagi penawar jiwa apatah lagi pengubat hati yang terluka. Bahkan tangisan itu akan membuatkan jiwa kita terus lemah dan silau memandang kehidupan.

    Inilah tanda-tanda kelemahan jiwa. Itulah hakikat diri yang hilang arah tuju dan lemah keazamannya. Apabila diri kita bukan lagi milik kita dan kehidupan kita tidak lagi menjanji sesuatu yang akan membahagiakan kita saat kita pulang kepadaNya maka segala kekayaan dan kegembiraan bukan lagi untuk dibanggakan. Tangisan tidak lagi berharga jika tidak dapat membangunkan semula tekad dan keazaman diri hingga kita mampu bangun menongkah arus kehidupan dengan jiwa bertaqwa.

    Sebahagiaan besar kekuatan diri kita terletak pada jiwa; jiwa yang dihiasi iman dan taqwa serta jiwa yang mengharapkan redhaNya. Tubuh badan kita hanyalah sarang jiwa bahkan sebahagian penyakit zahir itu adalah tanda parahnya penyakit jiwa. Jika jiwa kita teguh dan kuat maka kita tidak perlu lagi merasa lemah untuk memenrima cabaran dan ujian. Sebahagian besar panglima dan pahlawan yang terdiri dari sahabat-sahabat RA hanyalah bertubuh kecil. Selain dari Khalid Al Walid dan Saidina Umar Radiallahu 'anhuma hampir semuanya memiliki tubuh yang kecil namun dengan kekuatan jiwa yang tertanamkan keyakinan pada janji-janji dan ancaman-ancaman Allah SWT mereka lalu bangun dan mewarnai sejarah kegemilangan Islam dengan berbagai keajaiban.

    Digambarkan Barrak Bin Malik RA apabila meluru masuk ke kawasan tentera musuh akan menebas-nebas tentera musuh dengan pedangnya hingga terbentuk lorong manusia dengan mayat bergelimpangan. Ketika peperangan antara tentera Islam dan tentera Musailamah al Kazzab apabila tentera Muasailamah berundur dan berlindung di dalam kota maka al Barraklah yang dilontarkan dengan pelontar batu untuk masuk ke dalam lautan musuh untuk membuka pintu gerbang dari dalam.


    Mendengarkan kisah ini tentunya kita terbayangkan tubuh badannya yang sasa dan besar tentunya kita terbayangkan watak Canon The babarian atau mungkin The Hulk dan sebagainya tetapi ternyata bayangan kita meleset jauh. Al Barrak hanyalah seorang yang bertubuh kecil tetapi yang hebat dan besar itu adalah jiwanya.

    ARTIKEL KHAS:

    { الْأَعْرَابُ أَشَدُّ كُفْرًا وَنِفَاقًا وَأَجْدَرُ أَلَّا يَعْلَمُوا حُدُودَ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ عَلَى رَسُولِهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ (97) وَمِنَ الْأَعْرَابِ مَنْ يَتَّخِذُ مَا يُنْفِقُ مَغْرَمًا وَيَتَرَبَّصُ بِكُمُ الدَّوَائِرَ عَلَيْهِمْ دَائِرَةُ السَّوْءِ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ (98) وَمِنَ الْأَعْرَابِ مَنْ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَيَتَّخِذُ مَا يُنْفِقُ قُرُبَاتٍ عِنْدَ اللَّهِ وَصَلَوَاتِ الرَّسُولِ أَلَا إِنَّهَا قُرْبَةٌ لَهُمْ سَيُدْخِلُهُمُ اللَّهُ فِي رَحْمَتِهِ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ }التوبة-97-99.
    قال العلامة ابن عجيبة الحسني -رحمه الله-:
    يقول الحق جل جلاله : { الأعراب } ، وهم سكان البادية ، قال ابن عزيز : يقال : رجل أعرابي ، إذا كان بدويا .
    وإن لم يكن من العرب ، ورجل عربي ، إذا كان منسوبا إلى العرب ، وإن لم يكن بدويا .
    أهل البوادي من المنافقين هم { أشد كفرا ونفاقا } من أهل الحاضرة ، وذلك لتوحشهم وقساوتهم ، وعدم مخالطتهم لأهل العلم وقلة استماعهم للكتاب ، { وأجدر } أي : أحق { ألا يعلموا حدود ما أنزل الله على رسوله } من الشرائع وفرائضها وسننها ، لبعدهم عن مجالس العلم ، { والله عليم حكيم } ؛ يعلم كل واحد من أهل الوبر والمدر ، حكيم فيما يدبر من إسكان البادية ، أو الحاضرة ، ويختار لكم واحد بحكمته البالغة ما يليق به ، وسيأتي بقية الكلام على سكنى الحاضرة أو البادية في الإشارة ، إن شاء الله .

    { ومن الأعراب من يتخذ } أي : يعد { ما ينفق } من الزكاة وغيرها في سبيل الله ، { مغرما } أي : غرامة وخسرانا؛ إذ لا يحتسبه عند الله ، ولا يرجوا عليه ثوابا ، وإنما ينفقه لرياء أو تقية ، فيثقل عليه ثقل المغرم الذي ليس بحق ، { ويتربص بكم الدوائر } أي : دوائر الزمان ونوبه ، أو ينتظر بكم مصائب الزمان ، لينقلب الأمر عليكم؛ فيتخلص من الإنفاق الذي كلف به .

    قال تعالى : { عليهم دائرة السوء } ، وهو دعاء عليهم بنحو ما يتربصونه أي : عليهم يدور من الدهر ما يسوؤهم أو جعل الله دائرة السوء نازلة بهم .
    قال ابن عطية : كل ما كان بلفظ دعاء من جهة الله عز وجل فإنما هو بمعنى إيجاب الشيء؛ لأن الله تعالى لا يدعو على مخلوقاته وهي في قبضته ، ومن هذا قوله : { ويل لكل همزة لمزة } [ الهمزة : 1 ]، { ويل للمطففين } [ المطففين : 1 ] ، وهي كلها أحكام تامة تضمنها خبره تعالى، أو إخبار عن وقوع ما يتربصونه عليهم .
    قال البيضاوي : الدوائر في الأصل : مصدر أضيف إليه السوء؛ للمبالغة ، كقولك : رجل صدق . وقرأ ابن كثير وأبو عمرو : « السوء » هنا ، وفي الفتح بضم السين { والله سميع } لما يقولونه عند الإنفاق { عليم } بما يضمرونه من الرياء وغيره .

    ثم ذكر ضدهم ، فقال : { ومن الأعراب من يؤمن بالله واليوم الآخر ويتخذ ما ينفق } أي : يعد ما ينفقه من الزكاة وغيرها { قربات عند الله } ؛ تقربهم إليه زلفى؛ لإخلاصهم فيها . { وصلوات الرسول } أي : ويتخذ ما ينفق سبب صلوات الرسول؛ لأنه عليه الصلاة والسلام كان يدعو للمتصدقين ، ويقول : اللهم صل على فلان ، ويستغفر لهم .
    ولذلك سن للمصدق عليه أن يدعو للمتصدق عند أخذ صدقته ، ولكن ليس له أن يصلي عليه ، كما كان يفعل صلى الله عليه وسلم ؛ لأن ذلك منصبه ، فله أن يتفضل به على غيره .

    { ألا إنها } أي : نفقاتهم ، { قربة لهم } تقربهم إلى حضرة ربهم ، وهذا شهادة من الله لصحة معتقدهم وكمال إخلاصهم ، { سيدخلهم الله في رحمته } ، وعد من الله لهم بإحاطة الرحمة بهم ، أو سيدخلهم في جنته التي هي محل رحمته وكرامته ، والسين لتحقيق وقوعه .
    { إن الله غفور رحيم } ؛ يغفر ما فرط من الخلل ، ويتفضل برحمته على ما نقص عن درجات الكمال .
    قيل : إن الآية الأولى نزلت في أسد وغطفان وبني تميم؛ فهم الذين يتخذون ما ينفقون مغرما .
    والثانية نزلت في عبد الله ذي البجادين وقومه؛ فهم الذين يتخذون ما ينفقون قربات عند الله وصلوات الرسول . والله تعالى أعلم .

    الإشارة : قد ورد الترغيب في سكنى المدن؛ لأنها محل العلم وسماع الوعظ ، وفيها من يستعان بهم على الدين ، وورد الترغيب أيضا في سكنى الجبال والفرار بالدين من الفتن ، وخصوصا في آخر الزمان .
    ولهذا اختار كثير من الصحابة والتابعين سكنى البوادي؛ كأبي ذر؛ وسلمة بن الأكوع ، وغيرهما رضي الله عنهم .

    والتحرير في المسألة : أن ذلك يختلف باختلاف الأشخاص والمقاصد ، فمن كان مراده تحقيق الشريعة ، وتحرير مسائل العلم الظاهر ، والقيام بوظائف الدين ، ولم يجد في البادية من يعينه على ذلك؛ فسكنى المدن أفضل له ، ومن كان مراده تصفية قلبه وتحقيق علم الطريقة ، وتهيئة القلب لإشراق أنوار الحقيقة ، فالاعتزال في البوادي ، وقرون الجبال ، أوفق له ، إن وجد من يستعين بهم على ذلك؛ لأن شواغل المدن ، وعوائدها كثيرة ، وقد كثرت فيها الحظوظ والأهوية؛ فلا يجد فيها إلا من هو مفتون بدنيا أو مبتلى بهوى ، بخلاف أهل البادية ، هذه العوائد فيهم قليلة ، وجل أهلها على الفطرة .

    وأيضا : هم مفتقرون إلى من يسوسهم بالعلم أكثر من غيرهم ، فمن تصدى لتعليمهم وتذكيرهم لا يعلم قدره إلا الله . قال الشيخ أبو الحسن الشاذلي رضي الله عنه : أرحم الناس بالناس من يرحم من لا يرحم نفسه .
    أي : من يرحم الجاهل الذي لا يرحم نفسه؛ بأن يعلمه ما ينفع به نفسه ويرحمها . وقال الغزالي في الإحياء : يجب على العلماء أن يبعثوا من يعلم الناس في البوادي؛ فإن أخلوا بذلك الأمر عاقبهم الله ، فمن تعرض لتعليمهم قام بهذا الواجب . والله تعالى أعلم . 
    online schools and colleges

    KEMUSYKILAN DIJAWAB TUAN GURU DATO DR HARON DIN

    Apakah hukumnya ilmu Pelalau iaitu ilmu menghalang daripada bertemu jodoh?
    Soalan
    Dato', ada suatu ilmu yang dipanggil pelalau, iaitu ilmu yang digunakan atas seseorang untuk menghalang dari bertemu jodoh. Dilakukan ini kadang-kadang ke atas seorang perempuan sehingga tidak bertemu jodoh atau pun ke atas lelaki. Bolehkah dan benarkan adanya ilmu ini? Mampukah manusia melakukannya? Apakah hukumnya mempercayai perkara sebegini?
    NURKHAIRIAH ABDUL SAMAD
    Tangkak

    Jawapan
    Jodoh pertemuan, hidup mati, bertemu dan berpisah termasuk dalam Qada' dan Qadar Allah S.W.T. Insan hanya mampu berusaha dan Allah akan menentukan segala-galanya.

    Memang berlaku dalam masyarakat Islam, khasnya Melayu, ada beberapa kejadian di mana orang perempuan sukar hendak bertemu jodoh atau bertemu pasangan yang berakhir dengan perkahwinan.

    Ada yang langsung tidak pernah bertemu. Ada yang bertemu, berkawan, berbaik-baik tetapi bila sampai hendak berkelamin, ada sahaja halangan.

    Inilah kejadian yang diistilahkan dengan ilmu pelalau. Saya khusus saya tidak mengetahui ilmu ini, tetapi itulah yang disebut ramai sebagai pelalau.

    Memang berlaku dalam masyarakat kita, ada orang perempuan yang tiada sebarang cacat cela akhlak serta tubuh badannya, akhlaknya, tetapi ada orang yang menghampirinya. Hal sedemikian memang berlaku.

    Tambahan pula akhir-akhir ini disebutkan bilangan orang lelaki dan perempuan yang sudah berusia tidak berkahwin, begitu ramai.

    Pada saya perkahwinan adalah rezeki yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Ianya rezeki, kadang-kadang ada orang rezekinya murah, usaha sedikit tetapi mendapat pulangan yang lumayan, ada orang usahanya banyak, pulangan sedikit dan ada orang yang usahanya begitu banyak, tiada apa-apa pulangan, sebaliknya mengalami kerugian.

    Itu adalah sebagai satu contoh, bagi seorang perempuan atau lelaki yang mendapatkan suami atau isteri, perlulah dia berusaha untuk mendapatkannya. Bagaimana pun usaha itu perlu mendapat kesesuaian keadaan masing-masing.

    Walaupun pada asasnya perempuan menanti pinangan, manakala lelaki perlu mencari bakal isteri. Tetapi jangan lupa dalam Islam, perkahwinan agung yang berlaku kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w dengan Khadijah bt Khuwailid.

    Ia dimulakan oleh Khadijah sendiri, menghantar utusannya pada Muhammad pada ketika itu, Ummu Kalsum, dan berlakulah rundingan yang ikhlas seolah-olahnya Khadijah meminang Muhammad, pinangan diterima, maka berlakulah perkahwinan.

    Ini bererti, Khadijah memulakan suatu usaha walaupun beliau berumur 40 tahun dan Muhammad bin Abdullah berusia 25 tahun. Jika dicongak pada akalnya, barangkali sukar untuk ditemukan jodoh antara seorang perempuan yang 15 tahun lebih tua dari lelaki, dari hasil usaha dari perempuan sendiri.

    Inilah rezeki yang menemukan jodoh mereka, menjadikan mereka sebuah keluarga yang aman damai serta bahagia hingga ke akhir hayat Khadijah.

    Demikian hari ini, rezeki untuk mendapatkan seorang teman hidup, perempuan inginkan mendapat seorang lelaki yang bertanggungjawab membahagiakannya, tidak selama-lamanya datang bergolek. Maka perlu berusaha.

    Usaha itulah yang menentukan kadang-kadang cepat berjaya, kadang-kadang tidak.

    Ada pun satu kemungkinan yang boleh berlaku dalam masyarakat, seorang perempuan yang cantik, kaya, keturunan, akhlak dan agamanya baik, mungkin telah dilamar seorang yang sepadan dengannya tetapi ditolak.
    Kadang-kadang penolakan dibuat dengan kata-kata yang menyebabkan si peminang berasa terhina. Atau ditolak dengan alasan yang dibuat-buat, atau tidak boleh menerima lamaran kerana ingin menyambung pelajaran, atau kerana sudah dimiliki orang lain sedangkan semuanya itu tidak benar.

    Mungkin orang yang ditolak pinangannya itu berasa amat berkecil hati dan berasa terhina, barangkali ada sebutan yang menjatuhkan maruahnya.

    Jika dia dizalimi, sebagai orang yang kena hina, maka dia berdoa kepada Allah SWT agar Allah bertindak balas kerana penghinaan yang dilakukan, maka mungkin doa itu dimakbulkan.

    Ada hadis yang menyebutkan, "Takutlah kamu kepada doa orang kerana zalim, kerana doa orang yang kena zalim ini, tiada sekatan di antaranya dengan Allah SWT."

    Takut orang itu merasakan perempuan yang diinginkan, telah melukakan hatinya, diminta Allah supaya jangan memberikan hingga akhir atau atau biarkan perempuan itu menemui jodoh dalam usia yang lanjut. Itulah yang mungkin berlaku sebagai doa.

    Apa yang dinamakan pelalau, mungkin wujud ada dalam bentuk sihir, persoalan sihir ini, pernah saya jawab dalam siri-siri terdahulu.

    Ada sihir pengasih dipanggil attiwalah, ada yang lain disebut sihir pembenci yang lebih hampir kepada pelalau.
    Dalam Surah al-Baqarah, disebutkan bahawa, sihir diusahakan sehingga ia dapat memecahkan antara suami dengan isteri. Tidak berlaku perpecahan dan perceraian melainkan berlakunya benci membenci.

    Jika ini berlaku (sihir pembenci), ia akan menyebabkan orang melihat seseorang itu, ia tidak mengundang kebaikan kepada hati, tetapi mengundang kebencian kepada hati. Inilah yang dinamakan pelalau.

    Sama ada akidah kita rosak atau tidak, ia bergantung kepada pegangan kita. Jika kita kuat berpegang kepada aqidah, kita meyakini bahawa apa sahaja yang berlaku atas takdir dan kehendak Allah Yang Maha Mengkehendaki.

    Jika Allah SWT mengkehendaki seseorang itu tidak mendapat jodoh atau hanya mendapat jodoh pada usia yang lewat, maka itulah kehendak Allah, bukan atas usaha manusia.

    Jangan meletakkannya sebagai usaha manusia untuk menghalang rezeki seseorang, walhal rezeki dan jodoh adalah ditangan Allah SWT, bukan manusia yang menentukannya. Wallahua'lam.

    Friday, December 17, 2010

    TANDA-TANDA KECURANGAN SUAMI

    Tanda-Tanda Suami Curang
    By: IaR
    Mempertahankan sebuah percintaan itu lebih sukar dari mendapatkannya
    LELAKI TIDAK PUNYA SIKAP TELITI SEPERTI WANITA, SEBAB ITULAH BANYAK KES KECURANGAN DAPAT DIKESAN OLEH ISTERI SENDIRI DENGAN MUDAH, SUAMI YANG
    TIDAK SETIA INI BERUSAHA  MENUTUPI HUBUNGAN SULIT MEREKA TAPI KURANGNYA SIKAP BERHATI-HATI MENYEBABKAN MEREKA MENINGGALKAN BEBERAPA PETUNJUK YANG MEMBOLEHKAN ISTERI MENJEJAKI AKTIVITI `GELAP' MEREKA. PERHATIKAN TUJUH TANDA YANG ADA DI BAWAH INI SEKIRANYA MERASAKAN LELAKI YANG ANDA KASIHI SEDANG BERMAIN CINTA DENGAN WANITA LAIN. IA MUNGKIN DAPAT MEMBERI KEPASTIAN TERHADAP PERASAAN CURIGA ANDA ITU.
    Jika suami yang anda kenali seorang yang kurang mengambil berat tentang penerampilannya, tiba-tiba berubah sikap, pertama yang harus anda curiga jika seorang lelaki mula tertarik untuk memperbaiki gaya pakaian, rambut  atau kosmetik untuk kulitnya, dia mungkin sedang berusaha menarik perhatian wanita lain. Kata psikologi Stephanie Buehler, pakaian baru, kasut baru, dan aroma minyak wangi mahal yang baru adalah tanda-tanda bahawa seorang lelaki sedang mencuba, atau sudah, berlaku curang.
    Ada sesetengah isteri yang berasa lega bila suami tidak mahu melakukan hubungan seks, tidak perlulah mereka penat melayani nafsu suami di malam hari. Tapi tahukah anda bahawa itu salah satu petanda kecurangan suami. Jika suami sudah tidak tertarik lagi untuk melakukan hubungan seks dengan anda, tak mustahil dia mungkin telah mendapatkan keperluannya dari orang lain. Menurut psikoterapi Dr. Tina Tessina, petanda lain yang juga boleh menunjukkan bahawa suami tidak lagi setia adalah keberaniannya mencuba teknik bercinta baru yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Mungkin dia telah mendapatkan latihan tambahan di ranjang yang lain, walLahu’alam?
    Perhatikan juga perubahan lain seperti menurut Danine Manette, penulis buku Ultimate Betrayal; pasangan anda kemungkinan besar berlaku curang jika dia mula keluar rumah lebih awal untuk ke tempat kerja, menghabiskan waktu lebih lama di luar rumah, atau sering ke luar daerah. Perhatikan juga berapa banyak waktu yang dihabiskan di luar rumah untuk aktiviti-aktiviti bukan urusan pejabat. Berhati-hatilah jika kegiatan tersebut semakin kerap dan berlaku lebih lama dari biasanya.
    Selain itu berilah perhatian lebih jika pasangan tidak dapat dihubungi ketika dia berada jauh dari anda. Jika dia berkata bahawa dia sedang bekerja lebih masa tetapi tidak mengangkat telefon atau membalas SMS anda, maka itu suatu petanda negatif.
    Berhati-hati jika melihat senarai bil kad kredit suami dihabiskan untuk tujuan, membeli barangan dan peralatan yang mahal, penginapan di hotel atau makan malam dengan belanja yang tinggi tapi bukan bersama anda. Orang bercinta selalunya akan saling berhubungan tak kira masa, maka anda boleh saja mengesan telefon suami nombor mana yang kerap dihubungi dan menghubunginya. Mengapa? Sebab hubungan sulit boleh dikesan dengan melihat senarai panggilan
    Begitu juga dengan emailnya yang dapat memberi petunjuk atas apa yang telah terjadi. Jika dahulu dia dengan mudah memberikan kata kunci email dan membenarkan anda membuka telefon bimbit tapi sejak kebelakangan ini langsung tidak membenarkan anda menyentuhnya maka lakukan siasatan lanjut.
    Jika pasangan anda cuba menutup perbuatannya, dia akan berusaha untuk mengubah nombor pin telefon atau menghapuskan semua senarai panggilan telefon atau SMS yang diterima. Jika itu yang terjadi, kemungkinan besar insan tersayang anda sedang berlaku curang terhadap anda.
    Jika dulu pasangan anda seorang yang penyayangi, membelai-kasih dan melayani anda dengan baik sekali, tetapi kini berubah sikap menjadi pemarah, mengkritik kerja anda, komen cara anda bergaya, kurang berbicara, memasak sendiri dan sebagainya, itu tanda jelas ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Begitu juga jika anda dan pasangan mudah bertengkar, dan si dia seakan tidak mahu mencari jalan penyelesaiannya.
    Jika itu yang terjadi, dia mungkin sedang mencari jalan untuk melepaskan diri dari anda dan mengakhiri hubungan yang ada. Atau mungkin juga dia sedang membanding-bandingkan anda dengan teman barunya. Tapi ada juga yang terjadi sebaliknya, suami bersikap sangat manis dan lembut, berbeza dengan perwatakannya sebelum ini yang cepat marah dan garang. Dia juga mula memberikan anda hadiah kerana merasa bersalah atas perbuatannya yang bermain kayu tiga.
    Perhatikan juga situasi kewangannya yang mungkin sudah `sengkek' walaupun masih di awal bulan. Perbelanjaan yang tidak dapat anda kenal pasti boleh menjadi petunjuk sebarang kecurangan. Pastikan bil perbelanjaan suami sesuai dengan alasan-alasannya. Jika dia berkata ke gimnasium pada satu malam tapi sebulan kemudian anda melihat ada bil makan malam di restoran yang mahal, anda sudah dapat `memerangkap' dirinya,
    Dibandingkan semua petanda-petanda di atas, tiada yang lebih meyakinkan lagi daripada perasaan anda sendiri. Anda lebih mengenali pasangan anda daripada orang lain, jadi anda pasti jadi orang pertama yang dapat mengesan perubahan-perubahan dalam dirinya seperti pulang lewat, ghairah seks menurun, cara layanan yang lain macam dan pelbagai lagi.
    Menurut kajian ramai wanita yang mengakui mereka melihat tanda-tanda yang ganjil pada suami, tapi berusaha menyingkirkannya jauh dari fikiran. Namun jika anda sudah melihat tanda-tanda di atas pada suami anda terpulang pada anda untuk melakukan tindakan selanjutnya sama ada mula berbincang, memperbaiki hubungan atau memutuskan. Fikirkan jalan sebaiknya dengan fikiran yang tenang meskipun anda sedang terluka.Kerana fakta-fakta yang dikemukakan di atas ini bukanlah alasan bagi anda untuk mengambil jalan singkat juga, iaitu dengan menjadikannya alasan untuk berpisah. Jadikanlah fakta-fakta tersebut sebagai panduan untuk mencari kebenaran dan bertindaklah dengan bijak. Kerana dia adalah suami anda. Dan ayah kepada anak-anak anda. Selamatkanlah dia dari kesilapannya sendiri.  



    Saya, selaku konsultan dan pengamal rawatan secara Islam, mengesyorkan anda mencari jalan dan kaedah terbaik dan tidak bertentangan dengan  syarak dalam memperbaiki hubungan anda suami-isteri.
    Kami di mana-mana pusat rawatan Darussyifa bersedia pada bila-bila masa yang sesuai membantu anda berikhtiar mendapatkan kesembuhan daripada Allah SWT.  InsyaAllah, dengan kesabaran, kesungguhan dan keyakinan segala masalah akan terurai dengan selamat. Ketentuan jangka waktu kesembuhan adalah hak Allah SWT. Kita serahkan ke hadratNya. Amiin...

    Thursday, December 16, 2010

    KEMUSYKILAN DIJAWAB TUAN GURU DATO DR HARON DIN

    Suami rimas didekati isteri

    Soalan

    Saya sudah berbulan-bulan tidak tidur bersama suami kerana dia menjauhkan daripada saya. Setiap kali saya mendekatinya dia merungut “panas, rimas dan jauh daripada aku, aku tidak boleh mendekati kamu.” Apabila saya mengajaknya berubat dia enggan, sebaliknya mendakwa saya yang sakit dan perlu diubati. Ramai pengubat yang saya temui mengatakan suami saya disihir. Jika benar, apakah yang perlu saya lakukan untuk mengatasi masalah ini yang semakin genting.
    ANIZA,
    Kuala Lumpur

    Jawapan
    Masalah dalam rumah tangga memang banyak. Salah satu daripadanya berkenaan kisah yang puan paparkan. Permasalahan sebegini banyak berlaku dan saya selalu diadukan hal-hal seperti ini.
    Ramai ahli perubatan mudah menyimpulkan dan mengaitkan masalah ini dengan sihir. Bagaimanapun saya sendiri tidak pandai untuk mengatakan bahawa suami disihir kerana saya tidak mengetahui perkara yang sebenar.
    Sebenarnya tiada orang yang boleh tahu ia adalah fenomena daripada sihir.
    Sihir memang wujud. Ia perkara ghaib. Nama atau istilah sihir itu sendiri bermakna sesuatu yang disembunyikan atau tersembunyi daripada orang ramai.
    Jika ia sihir, ia dilakukan secara sulit dan penuh rahsia. Jika ia rahsia, bagaimana para pengubat boleh mengatakan ia adalah sihir.
    Jika pengubat berkenaan memberitahu bahawa suami puan terkena sihir, maka ertinya dia mengetahui perkara ghaib.
    Saya pernah menjelaskan dalam ruangan ini sebelum ini, bahawa insan mana pun tidak akan mengetahui perkara yang ghaib kerana Allah berfirman (mafhumnya): "Katakanlah ‘Tiada sesiapapun mengetahui perkara yang ghaib sama ada yang menghuni langit atau bumi, melainkan Allah SWT sahaja...(hingga akhir ayat)." - Surah an-Naml ayat 65
    Firman Allah (mafhumnya): "Allah sahajalah yang mengetahui segala yang ghaib, maka ada yang dizahirkan keghaiban itu kepada sesiapapun.” - Surah al-Jinn, ayat 26.
    Dalam peristiwa lain dalam hadis sahih diceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. disihir seorang Yahudi yang bernama Labeed bin al-A'ksam dan baginda sendiri tidak mengetahui disihir sehinggalah diberitahu oleh Jibril a.s.
    Jika Rasulullah s.a.w. sendiri tidak mengetahui disihirkan, bagaimana kita mudah-mudah mengetahui ada orang disihirkan?
    Oleh yang demikian saya berfikir kes puan ada kaitannya dengan permasalahan suami isteri.
    Ada kalanya saya bersetuju, apa yang dipaparkan ia ada kena mengena dengan sihir. Salah satu senario sihir seperti Firman Allah (mafhumnya): "...Dalam pada itu ada yang mempelajari ilmu sihir daripada Harut dan Marut, dengannya boleh menceraikan antara suami dan isteri...(hingga akhir ayat)." - Surah al-Baqarah, ayat 102.
    Ayat ini jelas menunjukkan wujudnya ilmu sihir dan antara perkara yang boleh berlaku adalah (dengan izin Allah) memusuh, melaga-lagakan sehingga mencerai beraikan suami isteri.
    Apa yang puan alami adalah kerengangan yang merosakkan fungsi perkahwinan. Seolah-olah telah hilang kemesraan dan kasih sayang sudah bertukar kepada permasalahan yang membawa keadaan yang tidak diingini.
    Kejadian seperti ini tidak semestinya daripada sihir perbuatan orang. Jika tidak kerana disihirkan pun, boleh terjadi kejadian sedemikian itu.
    Mungkin antaranya adalah kerana suami berpenyakit mati pucuk (sebagai contoh), dia malu memberitahu isterinya, lalu bersikap dingin, menyalahkan orang lain, kononnya dia disihirkan.
    Atau, suami hilang minat kepada isteri di atas kelemahan-kelemahan isteri yang suami tidak tahu untuk mengatasinya dan tidak mahu membincangkannya.
    Atau, kerana perangai-perangai isteri yang keterlaluan hingga menyebabkan suami menyampah terhadapnya.
    Atau dengan sebab-sebab lain seperti ada campur tangan pihak ketiga dan sebagainya yang menyebabkan suami hilang minat terhadap isteri, maka berlakulah perkara yang puan sebutkan tadi.
    Saya tidak bermaksud untuk meletakkan hal-hal yang sedemikian itu berlaku kepada puan. Saya sekadar ingin mengajak puan dan semua yang berlaku kes seumpama ini pada diri mereka, melihat dahulu faktor-faktor fizikal melanda kehidupan kita.
    Sekalipun berlaku apa yang puan sebutkan itu, maka ubatilah masalah itu dengan bersungguh-sungguh tanpa melabelkan ia perbuatan sihir.
    Ada kemungkinan bahawa hal seperti ini berlaku kerana gangguan syaitan yang tidak disuruh mana-mana atau dipergunakan ilmu sihir yang berinsusiasi dengan makhluk halus.
    Sememangnya syaitan itu musuh utama yang sentiasa berusaha memporak perandakan kehidupan anak Adam. Pun demikian tidak dikatakan sihir, walaupun tanda-tandanya semacam sihir. Jika mudah-mudah dianggap sebagai sihir, ia menimbulkan satu lagi penyakit iaitu sakit hati kepada orang yang buat sihir.
    Lebih malang lagi jika ada yang menuding jari 'si pulan itu membuatnya, si anu itu membuatnya' atau lebih teruk mendakwa jiran, kawan sepejabat atau orang terdekat melakukannya. Keparahan itu menyebabkan penyakit tidak terlerai, penyakit tidak disembuhkan.
    Apapun puan perlu cuba mengubati orang yang berpenyakit, cuba berjumpa orang yang diyakini boleh menolong, tiada penyakit yang tiada penawarnya.
    Sekurang-kurangnya puan dan suami berdoa ke hadrat Allah untuk disembuhkan, beramal dengan ayat-ayat al-Quran seperti yang tersebut dalam hadis-hadis sahih.
    "Nabi menyuruh keluarganya beramal dengan membaca Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Naas, ayat al-Kursyi dan lain-lain." (Hadis riwayat A'ishah r.anha)
    Atau puan dan suami boleh tambah membawa 11 ayat dalam Surah al-Baqarah, ayat 1, 2, 3, 4 dan 5, baca ayat 255, 256, 257 dan 284, 285 serta 286.
    Berbuatlah demikian, lakukan cara yang disarankan oleh syarak untuk mengubati penyakit suami puan.
    Wallahua'lam.