Tuesday, November 29, 2011

KEMUSYKILAN DIJAWAB TUAN GURU DATO' DR HARON DIN

Awasi unsur syirik jika guna kayu koka


Soalan
Apakah dia kayu koka? Betulkah kayu koka ini sejenis kayu yang diperintahkan Allah untuk digunakan Nabi Nuh a.s. membuat kapal dan menyuruh Nabi Musa a.s. mengambil tongkat yang juga diperbuat daripada kayu koka?

Banyak orang sanggup membeli kayu koka dengan harga yang terlalu mahal. Ada yang berbentuk tongkat, tasbih dan batu cincin. Kononnya ia boleh menjadi penghadang daripada jin dan syaitan, menyembuhkan penyakit serta memurahkan rezeki. Apakah ini ada isyarahnya dalam al-Quran atau as-Sunnah?

Abu Bakar Zakaria,
Damansara, Selangor

Jawapan
Saya pernah melihat kayu koka dalam semua bentuk. Pernah dihadiahkan kayu tersebut oleh beberapa orang kepada saya. Malah saya pernah membaca ada sebuah buku yang diterbitkan di Malaysia, disebutkan tentang penggunaan dan kebaikan kayu koka seperti yang saudara sebutkan.

Sepanjang hidup saya, tidak pernah mendengar tentang kayu koka ini, melainkan sejak dua tiga tahun kebelakangan ini.

Ada pelajar yang pulang dari Jordan, bertemu saya dan memperkenalkan kayu koka. Beliau berhasrat menjualnya kepada saya kerana dia mengatakan sayalah orang yang paling layak memakai atau menggunakan kayu koka.

Saya berbincang panjang dengan beliau, malah saya menasihatkan beliau mencari profesyen lain daripada menjual kayu koka.

Persoalan ini lama kelamaan semakin timbul. Saya melihat orang memakai cincin yang batunya diperbuat daripada kayu koka. Kebetulan saya dapati bukan kayu sebenarnya, tetapi ia buah yang terlalu keras.

Oleh kerana tampung buah itu terlalu keras, maka daripadanya diperbuat pelbagai bentuk atas nama kayu koka. Ada juga yang saya jumpa ia diperbuat daripada kayu betul.

Pada saya, semua yang dikaitkan dengan kuasa makhluk-makhluk 'madi' seperti kayu, batu dan sebagainya yang dikaitkan dengan memberi bekas, kecelakaan atau kemanfaatan, inilah yang dilarang oleh Islam.

Ini termasuk dalam larangan Rasulullah s.a.w. dalam Sabdanya (mafhumnya); "Sesungguhnya jampi mentara yang mengandungi kesyirikan kepada Allah SWT dan semua jenis tangkal, ilmu pengasih yang menggunakan sihir, semuanya adalah syirik terhadap Allah SWT." (Hadis sahih)

Kalau sekadar perhiasan, yang semata-mata perhiasan, seperti membuat batu cincin atau gelang, yang tidak dikaitkan dengan sebarang kemudaratan atau kebaikan daripadanya, boleh digunakan.

Seperti kita menggunakan batu permata, emas dan perak, semata-mata untuk perhiasan, adalah diharuskan.

Oleh kerana penggunaan kayu koka ini sudah menjadi suatu profesyen kepada penjual atau penggunanya terpukau dengan penjelasan yang menarik, maka banyak orang yang tertipu dengan penerangan, lalu membelinya.

Jika berlaku kebetulan, seorang yang sempit rezekinya, memakai kayu ini, murah rezekinya. Jika dikaitkan rezeki yang murah berpunca dari kayu tersebut, jelas berlaku syirik terhadap Allah.

Tidak boleh ada kuasa lain yang memberi rezeki kepada makhluk melainkan Allah sahaja.
Banyak ayat al-Quran yang menyebut bahawa Allahlah pemberi rezeki yang sebenarnya.

Kayu koka mungkin ada khasiat khusus dalam perubatan termasuk dalam jenis herba. Jika ia merupakan herba, dilarutkan atau dimasukkan dalam apa-apa adunan, yang mungkin sesuai mengubati penyakit tertentu, itu termasuk dalam salah satu bentuk rawatan penyakit.

Itu pun salah satu yang diharuskan kerana ada dalam hadis-hadis Nabi s.a.w. yang merujuk rawatan penyakit secara memakan ubat.

Nabi s.a.w. pernah menyebut tentang madu lebah, bijirin hitam (Habbatus Saudak), jintan hitam, jenis tanaman seperti 'assina' dan 'assinut'. Dalam al-Quran disebut 'at-tiin', 'az-zaytun', 'ar-rummaan', 'an-nahiil' dan sebagainya yang merujuk kepada buah-buahan.

Ini termasuk dalam kajian-kajian untuk dijadikan ubat bagi menyembuhkan penyakit tertentu.

Persoalan saya tentang pengguna kayu kota atau apa sahaja kayu, mengapa orang yang memiliki kayu itu tidak menggunakan untuk faedah dirinya dan menjualkannya kepada orang lain.

Barangkali orang tersebut tidak begitu yakin dengan apa yang didakwanya manfaat kepada pengguna kayu koka, sehingga menjualnya dengan harga yang tinggi untuk mendapat faedah kewangan.

Saya amat meragui perkara menggunakan kayu ini, terutama untuk menjadi penghadang kepada jin, syaitan dan sebagainya.

Apa yang saya tahu, jin dan syaitan akan takut dan lari lintang pukang jika dibacakan ayat-ayat al-Quran ataupun zikir kepada Allah SWT.

Dalam suatu hadis disebut, Rasulullah s.a.w. pernah melintasi rumah-rumah sahabat di waktu dinihari. Baginda mendapati Umar al-Khattab r.a. membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah dengan suara yang amat lantang.

Keesokan harinya Nabi s.a.w. bertemu Umar dan berkata kepadanya, "Aku melintasi rumahmu dan aku mendengar kamu membaca al-Quran dan berzikir dengan suara yang amat nyaring, mengapa kamu buat demikian."

Umar menjawab; "Saya berbuat demikian untuk menghalau segala syaitan yang menganggu saya." Lalu Nabi berkata kepadanya, "Perlahankan sedikit."

Wallahua'lam.

Saturday, November 26, 2011

Aziz Bari: Menteri bias, saya sedia muncul di pentas Umno

KUALA LUMPUR, 6 Nov — Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan Menteri Pengajian Tinggi seolah-olah bertindak bias sambil menegaskan, beliau juga sanggup untuk muncul di pentas Umno jika parti itu bersedia mendengar pandangannya.

Malah tegas Aziz, apa yang diperkatakan beliau selama ini masih “dalam kerangka dan idea” yang sering dibawa timbalannya Datuk Saifuddin Abdullah, yang mengetengahkan pandangan progresif berkenaan pembaharuan politik tetapi tidak diterima banyak pihak dalam Umno sendiri.

Dalam satu kenyataan semalam, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menasihatkan Aziz (gambar) meletakkan jawatan sebagai ahli akademik jika benar-benar mahu bercakap di atas pentas politik.

Khaled berkata, Aziz, yang sedang disiasat oleh tiga pihak termasuk UIA sendiri, tidak perlu menunggu tindakan universiti tersebut.

Tambah Khaled, universiti adalah institusi yang mengutamakan pencapaian akademik dan perlu berada dalam keadaan neutral demi mencapai matlamat menjayakan bidang pendidikan.

Sehubungan itu, Aziz menyoal apa sikap menteri berkenaan dalam kes-kes ada profesor yang menyediakan ucapan dasar presiden Umno.

“Apa sikap menteri ke atas profesor yang secara terbuka menuduh DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) meliwat? Apa sikap menteri kepada profesor yang menjadi penceramah BTN (Biro Tata Negara) dan Islam Hadhari yang kesemuanya adalah dasar dan politik Umno,” kata Aziz dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.

Malah Aziz juga berkata, “tidakkah Umno memberi beberapa orang profesor anugerah parti, tidakkah itu bermakna telah mempolitikkan akademik?”

Tambah Aziz, beliau hanya bercakap mengenai dasar-dasar dan politik yang selaras dengan ideal dan tuntutan Perlembagaan Persekutuan.

“Kalau ini dituduh berpolitik, saya fikir kita buang saja Perlembagaan ini dan jadikan negara ini negara diktator atau negara satu parti,” kata pakar perlembagaan ini sambil menegaskan, “saya fikir apa yang saya lakukan masih dalam kerangka dan idea yang sering dibawa oleh timbalan Khaled.”

Aziz menambah, Saifuddin yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno sudah lama membawa idea seumpama.

Dengan merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan awal minggu lalu dalam kes bekas pelajar berkaitan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, Aziz berkata, beliau fikir Khaled sedia mengetahui bahawa di sisi undang-undang berpolitik, sebagaimana yang diputuskan oleh mahkamah pada 31 Oktober lalu, dibenarkan dan peruntukan AUKU yang melarang diisytihar tidak sah.

“Kalau mahasiswa boleh berpolitik, takkan pensyarah tidak?” katanya lagi.
Aziz juga berkata, beliau bukan berpolitik secara aktif, sebaliknya hanya memberi pendapat yang kebetulan ada orang mahu dengar dan bersedia untuk muncul di pentas Umno jika sanggup mengaturkan kemudahan sedemikian.

“Saya alu-alukan jika orang Umno mahu dengar,” katanya lagi.

“Walaupun menteri tidak setuju dengan apa yang saya dan mungkin timbalannya Saifuddin, saya rasa apa yang saya kata dibenarkan oleh Perlembagaan dan tidak menyalahi Akta Hasutan,” kata Aziz lagi.

Dalam kenyataannya semalam, Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang menambah, beliau sedar Aziz memasuki kawasannya dan menyampaikan ceramah di Taman Saujana dekat Johor Baru kelmarin, tetapi yakin penduduk tidak akan termakan dengan perkara yang disampaikan.

Aziz pula menjawab, “saya pun tidak tahu itu adalah kawasan Khaled.”

Aziz berucap pada ceramah anjuran Parti Keadilan Rakyat, komponen Pakatan Rakyat.
Ia bukan kali pertama Aziz menghadiri ceramah dan forum anjuran parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan.

Saturday, November 19, 2011

Khasiat Air Kelapa

Air kelapa ternyata lebih bernutrisi sepertimana susu penuh (whole milk) karena tidak mengandung kolesterol dan rendah lemak Air kelapa dapat memperbaiki sirkulasi darah dan dikenal mampu membersihkan saluran pencernaan. Air kelapa tidak hanya akan membuat sistem kekebalan tubuh Anda lebih baik, tetapi juga membantu tubuh melawan beberapa jenis virus penyebab penyakit. Jika anda mengidap penyakit batu ginjal (buah pinggang), biasakanlah meminum air kelapa secara rutin. Kebiasaan meminum air kelapa akan mambantu memecah batu ginjal dan memudahkan mereka keluar dari tubuh. Air kelapa juga dikenal sejak dahulu dapat menyembuhkan gangguan saluran kencing. Segelas air kelapa akan meredakan rasa sakit akibat susah kencing.


Jika Anda masih merasa pusing atau pening karena mabuk, biasnya anda boleh mengatasinya dengan meminum air kepala. • Air kelapa yang rasanya lembut sangat kaya akan elektrolit dan potassium . Potassium dapat membantu tubuh mengatur tekanan darah dan fungsi organ jantung.

• Air kelapa dapat mempercepat naiknya trombosite bagi penderita DBD dan menurunkan demam (trombosit turun karena dipakai untuk mencegah pendarahan, karena demam yang kronik mengakibatkan kepekatan darah,dan pori”pembuluh darah membesar).

Selain diminum fresh, ia boleh dicampuran herba tertentu (ini khas untuk pesakit ketagihan dadah, alcohol, rokok dsb) , juga tanpa dibakar atau kelapa muda panggang (ini untuk kesegaran tubuh).



 
 

Friday, November 18, 2011

Apa Jadi Felda?

CEO FELDA GLOBAL VENTURES, DATO SABRI AHMAD DAHULU BENCIKAN CAMPUR TANGAN POLITIK, KINI JILAT LUDAHNYA KEMBALI

logo_feldaDari sumber-sumber yang rapat dengan Dato Sabri Ahmad, CEO Felda Global Ventures, berasa hairan dengan perubahan sikap Dato Sabri Ahmad yang begitu taksub dengan pengerusi lantikan politik Felda iaitu Tan Sri Isa Samad.Sabri dahulu pernah mengeluh bahawa skandal kerugian Golden Hope Plantation bernilai RM120 juta dibawah tanggungjawab beliau sepatutnya diletakkan atas bahu orang lain dan bukan dirinya sahaja. Sabri Ahmad juga pernah menyumpah seranah Tun Musa Hitam, Pengerusi Sime Darby dan Sabri begitu tegas dengan pendirian beliau bahawa orang politik tidak patut masuk campur dalam urusan tadbir korporat dan penjawat awam. “Saya hairan dengan pendirian 360 darjah Dato Sabri Ahmad dalam isu terbaru Felda iaitu isu penyenaraian dan rampasan kuasa pengerusi koperasi Felda . Dahulu Dato Sabri berkata beliau menerima paksaan meletak jawatan di Sime Darby atas dasar prinsip beliau yang benci campur tangan politik. Namun jelas beliau boleh dibeli kali ini dan pastinya gaji, elaun dan ‘remuneration’ diterima dari Felda Global Ventures terlalu bernilai untuk dilepaskan dan mungkin juga ada bahagian untuknya apabila Felda Global Ventures disenaraikan kelak. Beliau pun dah tua, lebih kurang sebaya saya dekat 65 tahun, tak larat nak ada prinsip lagi agaknya, takkan nak berhenti kerja dan cari kerja lagi. Baik beliau sapu dulu duit Felda, di Felda pun kalau tak salah Dato Sabri (berstatus) kontrak sahajakan?”
Seorang lagi sumber menyampuk bahawa “Jangan lupa kawan-kawan bila sudah kaya ya Dato? Dahulu dalam usaha kami menyelamatkan karier Dato Sabri, kami pernah buat Solat Hajat di Masjid Syakirin KLCC supaya Tun Musa Hitam jatuh dan kami turut mendapatkan bantuan Pakatan Rakyat. Tak lama kemudian Dato Sabri dilantik jadi Pengerusi MPOB, hal itu reda sementara sehinggalah sekali lagi beliau diganggu ahli politik UMNO supaya bersedia melepaskan jawatan tersebut kepada MP Johor Bahru, Shahrir Samad. Memang betul-betul meluap kemarahan beliau kepada orang UMNO. Ayat bencikan orang UMNO dan campur tangan UMNO memang bermain di bibirnya sehinggalah beliau dilantik sebagai CEO Felda Global Ventures. Kini beliau bagai menjilat ludahnya kembali tapi kalau itu boleh buat beliau kaya raya, apa salahnya. Kawan-kawan boleh tumpang senang dan apabila Felda telah disenaraikan, masyarakat luar seperti kami boleh masuk merebut peluang saham, menjadi lembaga pengarah dan menguasai perniagaan dalam Felda yang selama ini untuk orang Felda sahaja. Dato Sabri mesti bagi kawan-kawan satu industri plantation yang berniaga seperti kami masuk dalam Felda, takkan beliau tak ingat kawan-kawan” kata sumber itu lagi sambil tersenyum.

Wednesday, November 9, 2011

Mufti terkejut PM, Rosmah selesai tunai ibadah haji
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 November. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah.

“Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.

Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.

Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.

“Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.

“Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” katanya lagi.

Friday, October 28, 2011

Pemimpin Yang Zalim



Allah SWT berfirman,
وَكَذَلِكَ نُوَلِّي بَعْضَ الظَّالِمِينَ بَعْضًا بِمَا كَانُوا
يَكْسِبُونَ

“Dan demikianlah kami jadikan sebahagian orang yang zalim sebagai pemimpin bagi sebahagian yang lain disebabkan amal yang mereka lakukan” (QS Al An’am:129).

Tentang makna ‘nuwalli’ yang ada dalam ayat di atas ada empat pendapat ahli tafsir.

Pertama, Kami jadikan sebahagian orang yang zalim sebagai kekasih bagi sebahagian yang lain. Pendapat ini diriwayatkan oleh Said dari Qotadah.

Kedua, Sebahagian orang yang zalim itu kami jadikan mengiringi yang lain di neraka disebabkan amal yang mereka lakukan. Pendapat ini diriwayatkan oleh Ma’mar dari Qotadah.

Ketiga, Kami jadikan orang yang zalim sebagai penguasa bagi yang lain. Pendapat ini diungkapkan oleh Ibnu Zaid.

Keempat, Kami pasrahkan sebahagian orang yang zalim kepada yang lain dalam ertikata tidak kami tolong. Pendapat ini disebutkan oleh al Mawardi.

Sedangkan yang di maksud dengan ‘amal’ dalam ayat di atas adalah berbagai bentuk maksiat (Zadul Masir fi ‘Ilmi Tafsir karya Ibnul Jauzi 3/124, cetakan ketiga Al Maktab Al Islamy tahun 1984/1404).

Ibnu ‘Asyur mengatakan,

“Ayat tersebut boleh difahami mencakupi seluruh orang yang zalim. Sehingga ayat tersebut menunjukkan bahwa Allah SWT akan menjadikan seorang yang zalim akan dikuasai dan dizalimi oleh orang selainnya. Inilah penafsiran yang diberikan oleh Abdullah bin Zubair, salah seorang shahabat Nabi SAW, ketika beliau berkuasa di Mekah. Ketika Ibnu Zubair mendengar bahwa Abdul Malik bin Marwan membunuh ‘Amr bin Said al Asydaq setelah ‘Amr memberontak terhadap Abdul Malik, beliau naik ke atas mimbar. Di sana Ibnu Zubair berkata,

“Ketahuilah bahwa Ibnu Zarqa’-iaitu Abdul Malik bin Marwan. Marwan diberi gelar Azraq dan Zarqa’ yang bererti biru karena kedua matanya berwarna biru- telah membunuh Lathim Syaithan (orang yang ditampar oleh setan yaitu ‘Amr bin Said)” kemudian Ibnu Zubair membaca ayat di atas.

Lathim Syaithon adalah gelar ejekan yang diberikan untuk Amr bin Said disebabkan dua ujung mulutnya tidak sama lurus. Banyak pihak yang mengatakan bahwa hal itu disebabkan setan pernah menamparnya.

Oleh karena itu, ada orang yang mengatakan bahwa jika orang yang zalim itu tidak menghentikan kezalimannya maka dia akan ditindas oleh orang zalim yang lain.

Fakhruddin Ar Razi mengatakan,

“Jika rakyat ingin bebas dari penguasa yang zalim maka hendaklah mereka meninggalkan kezaliman yang mereka lakukan” (Tafsir At Tahrir wat Tanwir karya Ibnu Asyur 8/74 cetakan Dar Tunisiah 1984).

Dalam Tafsirnya yang sebahagiannya telah dikutip oleh Ibnu Asyur di atas, Ar Razi mengatakan, “Ayat di atas adalah dalil yang menunjukkan jika rakyat sesebuah negara itu zalim (suka maksiat, korupsi dll) maka Allah akan mengangkat untuk mereka penguasa yang zalim seperti mereka juga. Jika mereka ingin terbebas dari kezaliman penguasa yang zalim maka hendaknya mereka juga meninggalkan kemaksiatan yang mereka lakukan.

“Ayat di atas juga menunjukkan bahwa di tengah-tengah suatu komuniti manusia harus ada yang menjadi penguasa. Jika Allah tidak membiarkan orang-orang yang zalim tanpa pemimpin meski pun sesama orang yang zalim, maka tentulah Allah tidak akan membiarkan orang-orang solih tanpa pemimpin yang mendorong rakyatnya agar semakin soleh.

Ali bin Abi Thalib berkata,

لا يصلح للناس إلا أمير عادل أو جائر ، فأنكروا قوله : أو جائر فقال : نعم
يؤمن السبيل ، ويمكن من إقامة الصلوات ، وحج البيت

“Tidaklah baik bagi suatu masyarakat jika tanpa pemimpin, baik dia adalah orang yang solih ataupun orang yang zalim”.

Ada yang menyanggah beliau mengenai kalimat ‘atau pun orang yang zalim’. Ali menjelaskan,

“Memang dengan sebab penguasa yang zalim jalan-jalan terasa aman, rakyat boleh dengan tenang mengerjakan solat dan menunaikan haji ke Ka’bah”

(Tafsir Al Kabir wa Mafatih Al Ghaib karya Muhammad ar Razi 13/204 cetakan Dar al Fikr 1981/1401).

Cease investigations against Prof Aziz Bari, academics urge

Media statement

We, the undersigned Malaysian academics and researchers, as well as colleagues from other countries researching on Malaysia, wish to record our serious concern and objection to the recent actions taken against Professor Abdul Aziz Bari of the International Islamic University Malaysia (IIUM).

Prof Aziz Bari is currently being investigated by the police under the Sedition Act 1948 and by the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) under the Communications and Multimedia Act 1998 for a statement in an online news portal involving the Sultan of Selangor. He has since been suspended by his employer, IIUM.

According to a Bernama report on Oct 21, 2011, the Rector of IIUM Prof Zaleha Kamaruddin has stated that: "The university does not restrict any academic staff from giving statements but they must not be against the interests of the university." We are extremely perturbed by this statement as Prof Aziz Bari’s comment was related to his interpretation of the Malaysian Constitution, his area of expertise. He has not done anything to compromise or undermine the interests or integrity of IIUM.

As academics and researchers, we view the action taken by IIUM as a gross violation of Prof Aziz Bari's academic freedom as well as his right to free expression. As an academic, Prof Aziz Bari has the responsibility to use his expertise to enlighten the public on matters related to his field of interest and scholarship. In fact, Malaysia needs more scholars like him to give their expert views without fear or favour on issues of national concern.

Prof Aziz Bari's suggestion that a Ruler has acted beyond his Constitutional bounds is a legitimate one. There is no evidence that he has acted, overtly or by implication, to incite hatred against the Ruler. Our reading of the Sedition Act 1948 is that it validates any criticism of a Ruler if such criticism is intended to constructively show that the Ruler has erred.

The hallmark of any institution of higher learning is the celebration and promotion of intellectual freedom, autonomy and responsibility by its faculty and student body. The credibility of a university is undermined if its management does not value intellectual freedom of expression through the pursuit of open discussions, debates and dissenting opinions in a scholarly and civil environment.

The investigations on Prof Aziz Bari by the government and IIUM's decision to suspend him signal the further suppression of academic freedom in Malaysia, which has in fact long been curtailed by the Universities and University Colleges Act 1971.

To ensure a swift resolution of the selective persecution of Prof Aziz Bari and to undo the damage to IIUM’s reputation, we urge the responsible authorities to undertake the following remedial actions:

1. The IIUM to lift Prof Aziz Bari's suspension immediately;
2. The police to cease all investigations against Prof Aziz Bari under the Sedition Act 1948; and
3. The Malaysian Communications and Multimedia Commission to cease all investigations against Prof Aziz Bari under the Communications and Multimedia Act 1998.

In addition we call on the authorities to fully respect academic rights and freedom through the following measures:

1. The Sedition Act 1948 which has unacceptable potential for abuse against fundamental freedoms of expression to be repealed.
2. The Universities and University Colleges Act 1971 to be repealed and replaced by a University Charter that upholds academic freedom and campus democracy.

Endorsed by Universiti Malaya Academic Staff Union (PKAUM) and signed by:

1.Dr Abdul Hamid Mat Sain
2.Prof. Abdul Rahman Embong
3.Dr Ahmad Farouk Musa
4.Joseph Algaraj
5.Assoc. Prof. Andrew Aeria
6.Ang Hean Leng
7.Dr Patricia Ang
8.Dr. Awang Azman Awang Pawi
9.Assoc. Prof Azizan Bahari
10.Dr Azly Rahman
11.Assoc. Prof. Azman Azwan Azmawati
12.Assoc. Prof. Azmi Sharom
13.Dr Azmil M. Tayeb
14.Dr Sharon Bong
15.Dr Chooi Beh
16.Boon Kia Meng
17.Dr Chan Chee Khoon
18.Chang Teck Peng
19.Dr Chee Heng Leng
20.Prof. Chin Kenpa
21.Chong Wu Ling
22.Dr Chong Fah Hing
23.Dr. Christopher Chong
24.Dr Chong Kok Boon
25.Chou Wen Loong
26.Chung Lee Peng
27.Dr Faisal Syam Abdol Hazis
28.Dr Faizal Ali
29.Dr Farish Ahmad Noor
30.Prof. Fatimah Mohamed Arshad
31.Assoc. Prof. Sharmani Patricia Gabriel
32.Dr Oommen George
33.Assoc. Prof. Goh Beng Lan
34.Prof. Alberto Gomes
35.Prof. Edmund Terence Gomez
36.Prof. Andrew Harding
37.Dr Hew Wai Weng
38.Dr Denison Jayasooria
39.Dr Jeniri Amir
40.Dr K.J. John
41.Prof. Andrew Kenyon
42.Emeritus Prof. Clive Kessler
43.Dr Khoo Gaik Cheng
44.Eddin Khoo
45.Koh Ea Boon
46.Lai Wan Teng
47.Dr Joanne Lim
48.Dr Lee Hock Guan
49.Dr Lee Hwok Aun
50.Dr Julian C.H. Lee
51.Leong Kar Yen
52.Leong May San
53.Pauline Leong
54.Assoc. Prof. Lim Hong Hai
55.Assoc. Prof. Lim Khay Thiong
56.Prof. Lim Teck Ghee
57.Prof. Francis K.W. Loh
58.Greg Lopez
59.Dr Mahyuddin Ahmad
60.Maimuna Merican
61.Dr Sumit K. Mandal
62.Dahlia Martin
63.Dr Maznah Mohamad
64.Prof Dr Mohammad Yusoff Ismail
65.Dr Mohd Asri Zainul Abid
66.Assoc. Prof. Mohd Nordin Mohd Abdullah
67.Dr Joel Moore
68.Dr Muhammad Hamdi b Mahmood
69.Dr Musa Nordin
70.Assoc. Prof. Mustafa K. Anuar
71.Dr Yaso Nadarajah
72.Rose Nanju
73.Assoc. Prof. Helen Nesadurai
74.Dr Cecilia Ng
75.Dr Nor Hayati Sa’at
76.Dr Nor’azim Mohd Yunos
77.Dr Noraida Endut
78.Noor'ain Aini
79.Assoc. Prof. Norani Othman
80.Ng Boon Hooi
81.Dr Ngoi Guat Peng
82.Dr Nur Afifa Abdullah
83.Dr Ong Kian Ming
84.Dr Ooi Kee Beng
85.Prof. Pan Kok Long
86.Jeffrey Phang
87.Prof. Maude Phipps
88.Dr Phua Kai Lit
89.Prof. Rosli Omar
90.Dr Subramaniam Pillay
91.Por Heong Hong
92.Dr Mavis Puthucheary
93.Dr Arnold Puyok
94.Dr Rabaah Bt Tudin
95.Prof. Raja Amin Raja Mokhtar
96.Prof. Rashidah Shuib
97.Assoc. Prof. Rashila Ramli
98.Assoc. Prof. Rusli Ahmad
99.Dr Rohaya Mohd Nor
100.Dr Rohana Abdul Jalil
101.Dr Marina Roseman
102.Assoc. Prof. Rosli H Mahat
103.Dr Rusaslina Idrus
104.Dr Johan Saravanamuttu
105.Saw Teck Chee
106.Assoc. Prof. Shakila Abdul Manan
107.Assoc. Prof. Edmund Sim
108.Darshan Singh
109.Dr Hari Singh
110.Assoc. Prof. Siti Hawa Ali
111.Dr Soon Chuan Yean
112.Prof. Tan Sooi Beng
113.Tan Lee Ooi
114.Dr Taufiq Abdullah
115.Prof. Tham Siew Yean
116.Assoc. Prof. Tee Kim Tong
117.Dr Helen Ting
118.Dr Ting Su Hie
119.Dr Toh Kin Woon
120.Dr Adam Tyson
121.Prof. Wan Abdul Manan Wan Muda
122.Prof. Wan Zawawi Ibrahim
123.Wang Lay Kim
124.Assoc. Prof. Bridget Welsh
125.Dr Amanda Whiting
126.Dr Diana Wong
127.Dr Wong Chin Huat
128.Wong Chip Choo
129.Dr Yeoh Seng Guan
130.Yong Kiat
131.Assoc. Prof. Young Suan
132.Assoc. Prof. Zaharom Nain

ARTIKEL JEMPUTAN: Prof Aziz Bari

Audit Negara Salah Libatkan Kabinet


Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari menegaskan, tindakan melibatkan kabinet dengan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) merupakan kesalahan dan bertentangan dengan semangat perlembagaan.

Katanya, Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan menyebut LKAN perlu disediakan oleh ketua audit negara dan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum dibawa ke Dewan Rakyat.

“Perkara ini salah dan saya percaya boleh dibawa ke mahkamah. Dalam perlembagaan, di mana ada kabinet disebut (terlibat)?

“Lagi pun, kabinet sebahagian daripada player,” kata pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

“Secara logiknya juga, kalau bentang pada kabinet, buat apa perlu ada (jawatan) ketua audit negara.”

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang pada 21 Oktober lalu menjelaskan, sejak 1982, LKAN dimaklumkan kepada kabinet sebelum dibentangkan supaya kerajaan dapat mengetahui isu yang dibangkitkan dan bersedia memberi penjelasan apabila diperlukan.

Beberapa anggota parlimen Pakatan Rakyat baru-baru ini mempersoalkan ketiadaan laporan itu semasa pembentangan Belanjawan 2012, antaranya anggota parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong yang mahu perdana menteri menjelaskan kelewatan itu.

Amat misteri

Liew yang juga anggota jawatankuasa eksekutif pusat DAP berkata, beliau tidak mempersoalkan amalan itu tetapi menjadi tanggungjawab kabinet memutuskan bila ia patut dibentangkan.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Aziz berkata, walaupun perlembagaan tidak menyatakan tempoh tertentu untuk LKAN dibentangkan di parlimen, tetapi demi menjaga integritinya, Jabatan Audit Negara patut melakukannya segera.

“Jadi, ketua audit negara mesti jelaskan kenapa lambat,” katanya sambil menegaskan kedudukan tinggi ketua audit negara yang dilantik Yang di-Pertuan Agong dengan persetujuan Majlis Raja-Raja itu.

Aziz menjelaskan, proses untuk laporan itu sampai ke Dewan Rakyat tidak memerlukan masa yang lama kerana baginda tidak perlu menyemak apa-apa kerana ia melibatkan perbelanjaan kerajaan.

Setakat ini, tambahnya, kelewatan itu masih “amat misteri”.

Ditanya tentang gesaan Liew kepada perdana menteri, Aziz berkata kenyataan itu mungkin dibuat dalam konteks yang lain.

“Kalau perdana menteri (kena) perjelas, saya kira tidak betul,” katanya lagi.

Wednesday, October 19, 2011

WAKTU RAWATAN DARUSSYIFA' MENTAKAB, PAHANG

PENGUMUMAN PENTING

SETIAP HARI SELASA DARI PAGI HINGGA 6.00 PETANG TUTUP.
AL-FADHIL UST ISHAK BERTUGAS DI  DARUSSYIFA' BANGI, SELANGOR.
BUKA SEMULA JAM 9.00 MLM HINGGA 1130 MLM.

HARI JUMAAT TUTUP PAGI DAN DIBUKA SELEPAS SOLAT JUMAAT JAM 3.00 PTG.
HARI-HARI LAIN BUKA SEPERTI BIASA DARI
10.30 PAGI HINGGA 11.30 MLM.

WAKTU-WAKTU RIHAT:
12.30 T'HARI - 2.30 PTG,
4.30 PTG - 5.00 PTG,
6.30 PTG - 9.00 MLM.

PARA PENGUNJUNG WALAU BAGAIMANA PUN DI MINTA MENGHUBUNGI DARUSSYIFA' MENTAKAB SEBELUM DATANG MENDAPATKAN RAWATAN.
 SEKIAN WASSALAM



Wednesday, October 12, 2011

Serangan Panik (Panic Attack)

Tips-Tips untuk semua

Panik atau Panic Attack adalah serangan perasaan teror yang datang menyerang secara tiba-tiba tanpa peringatan. Seorang yang mendapat serangan panik menceritakan pengalamannya sebagai berikut :

Tiba-tiba saja saya merasakan gelombang ketakutan yang sangat menakutkan tanpa suatu sebab sama sekali. Jantung saya berdebar kencang, dada saya sakit dan menjadi lebih susah untuk bernafas. Saya fikir saya akan mati.

Saya begitu takut. Setiap kali saya mulai keluar rumah, saya mendapat perasaan yang buruk di perut saya dan saya begitu di kuasai oleh perasaan bahwa panic attack lainnya akan datang atau beberapa hal yang mengerikan yang tidak diketahui akan terjadi. 

Gejala-gejala Serangan Panik

Seperti digambarkan diatas, gejala-gejala serangan panik timbul secara mendadak tanpa suatu penyebab jelas. Antara sintom-sintomnya  termasuk;

- Denyut jantung yang cepat @ berdebar-debar
- Nyeri /saki t/ngilu dada/ sakit lambung
- Gangguan perut
- Pening, mual atau pengsan
- Sesak nafas, rasa tercekik@tak boleh nak menelan makanan. Sesetengah kes air pun susah nak telan.
- Gementar
- Berkeringat
- Rasa kebas atau mati rasa di tangan
- Flushes atau chills. Wajah kemerahan atau menggigil
- Sensasi seperti mimpi atau perceptual distortions. Merasa tidak nyata, aneh atau terlepas dari lingkungan.
- Teror: Suatu kesedaran bahwa sesuatu yang tidak terbayangkan menakutkan akan terjadi dan orang lain tidak berdaya untuk mencegahnya
- Takut kehilangan kontrol dan melakukan sesuatu yang diluar batasan/memalukan
- Takut menjadi gila
- Takut mati/merasa sudah hampir mati.

Suatu serangan panik secara khas berlangsung beberapa minit dan merupakan suatu keadaan yang mana tekanan paling penuh dapat dialami oleh seseorang. Kebanyakan jika seseorang mendapat satu serangan maka dia akan mendapat serangan lainnya. Jika seseorang mendapat serangan yang berulang atau sangat takut mendapat serangan lagi, maka dia disebut mempunyai panic disorder.

Serangan Panik (Panic Attacks)

Serangan panik mungkin adalah gejala-gejala dari suatu anxiety disorder (kelainan ketakutan). Serangan-serangan ini adalah persoalan kesihatan yang serius di Amerika dan dinegara ini paling sedikit 1,7% dari orang dewasanya atau 3 juta penduduk akan mendapat serangan panik suatu waktu dalam kehidupannya. Gejala-gejalanya adalah berbeza sangat mencolok dari tipe-tipe ketakutan lainnya dimana serangan panik datangnya sangat tiba-tiba dan tidak diduga, sepertinya tidak terprovokasi dan sering kali melumpuhkan.

Serangan panik boleh terjadi bila-bila masa saja bahkan waktu tidur sekalipun. Umumnya serangan akan memuncak dalam waktu 10 menit, namun beberapa gejala akan berlangsung lebih lama.

Apabila pesakit mendapat serangan panik, misalnya ketika memandu kenderaan, sedang berbelanja di supermarket yang penuh sesak, atau sedang berada didalam lift (elevator), maka dia boleh dapat mengembangkan takut yang tidak rasional, yang disebut phobia pada situasi-situasi ini dan mulai menghindari mereka. Pada akhirnya, pola dari menghindari dan tingkat ketakutan atas serangan lainnya, dapat mencapai suatu titik dimana individu dengan panic disorder mungkin tidak lagi mampu memandu kenderaan atau bahkan keluar dari rumah. Pada peringkat ini, individu ini disebut mempunyai panic disorder dengan agoraphobia. Jadi panic disorder dapat mempunyai kesan serius pada kehidupan sehari-hari pesakit seperti juga penyakit-penyakit utama lainnya, kecuali individu tersebut mendapat perawatan yang efektif.

Apakah Serangan Panik Hal yang serius?

Ya, serangan panik adalah nyata dan berpotensi melumpuhkan emosi, namun mereka dapat dikontrol dengan perawatan khusus. Disebabkan oleh gejala-gejala mengganggu yang menyertai serangan panik, mereka dapat disalah ertikan sebagai serangan jantung atau penyakit lainnya yang mengancam nyawa. Pesakit-pesakit sering pergi ke kaunter kecemasan hospital ketika mereka mendapat serangan panik dan tes-tes kedoktoran yang luas dapat dilakukan untuk mengesampingkan kondisi-kondisi ini.

Umumnya personal kedoktoran akan cuba meyakinkan pesakit bahwa mereka tidak berada didalam bahaya. Namun usaha-usaha untuk meyakinkan ini kadang-kadang menambah kesulitan-kesulitan pesakit: Jika dokter menggunakan ekspresi seperti " tidak ada yang serius", "semua hanya fikiran anda saja" atau "tidak ada yang perlu dirisaukan", ini akan memberi kesan yang tidak benar bahwa tidak ada persoalan yang nyata dan bahwa perawatan adalah tidak mungkin atau perlu. kesimpulannya adalah serangan panik ini sangat serius, namun ianya tidak membahayakan organ-organ tubuh.

Penyebab Serangan Panik

Menurut suatu teori dari panic disorder, "sistim peringatan" yang normal dari tubuh, seperangkat mekanisme dari mental dan fizik yang mengizinkan seseorang merespon kepada ancaman, cenderung dipicu untuk yang tidak penting, ketika tidak ada ancaman. Ilmuwan tidak tahu secara tepat mengapa ini terjadi atau mengapa beberapa orang lebih rentan terhadap persoalan ini dari pada lainnya. Panic disorder ditemukan terjadi di keluarga, dan ini dapat berarti bahwa warisan (gen) memainkan peranan yang kuat dalam menentukan siapa saja yang akan mendapatkannya. Bagaimanapun juga banyak orang tidak mempunyai sejarah keluarga dari kelainan ini, mengembangkan kelainan ini. Seringkali serangan pertama dipicu oleh sakit fisik, stres hidup berat, atau mungkin obat-obatan yang meningkatkan aktiviti bahagian otak yang berhubungan dengan reaksi takut.

Perawatan/pengobatan Serangan Panik 

Sebahagian besar pesakit sembuh tanpa pengobatan, beberapa diantaranya mengalami penyakit panik.

Penyembuhan tanpa pengobatan mungkin saja terjadi, bahkan pada pesakit yang mengalami serangan panik berulang atau mengalami kecemasan antisipator.

Pesakit yang tidak sembuh dengan sendirinya atau tidak berobat, akan terus mengalami serangan panik.

Respon yang lebih baik terhadap pengobatan akan terjadi jika pesakit memahami bahwa penyakit panik melibatkan proses biologis dan psikologi.

Berkat penelitian, ada beberapa variasi perawatan yang tersedia, termasuk beberapa obat-obatan yang efektif dan bentun-bentuk tertentu dari psikoterapi. Dari segi obat-obatan, anggota khusus dari obat-obatan dari selective serotonin reuptake inhibitor (SSRI) dan keluarga benzodiazepine telah disetujui oleh FDA (Food and Drug Administration) untuk merawat panic disorders. Contoh-contoh dari obat-obatan ini termasuk sertraline (Zoloft) dan paroxetine (Paxil) dari grup SSRI dan clonazepam (Klonopin) dari grup benzodiazepine. Obat-obatan dari keluarga beta blockers (contohnya propranolol) kadang-kadang digunakan untuk mengobati gejala fisik yang berhubungan dengan serangan panik.

Komponen psikoterapi untuk perawatan panic disorder adalah sama pentingnya seperti perawatan dengan obat-obatan. Kenyataannya, penelitian menunjukan bahwa kombinasi dari perawatan obat-obatan dan psikoterapi lebih efektif dari pada perawatan sendiri-sendiri. Untuk menangani ketakutan, terapi teori tingkah laku diterima secara luas sebagai suatu bentuk efektif dari psikoterapi. Bentuk terapi itu cuba menolong pesakit yang mengalami panic disorder mengidentifikasi dan mengurangi fikiran-fikiran dan kelakuan-kelakuan yang tidak rasional yang memperkuat gejala-gejala panik. Teknik-teknik tingkah laku yang sering digunakan untuk mengurangi ketakutan termasuk teknik-teknik relaksasi dan secara berangsur meningkatkan paparan (exposure) kepada situasi yang sebelumnya dapat meningkatkan ketakutan pada individu itu.

Seringkali suatu kombinasi psikoterapi dan obat-obatan memberikan hasil yang baik. Perbaikan umumnya tercatat dalam periode waktu yang agak singkat, sekitar 2 sampai 3 bulan. Jadi perawatan yang memadai untuk panic disorder dapat mencegah serangan panik atau paling sedikit secara substansi mengurangi parahnya dan frekwensinya, membawa keriangan kepada 70 sampai 90% dari orang-orang dengan panic disorder.

Ada juga hal-hal yang dapat dibuat oleh orang-orang denga panic disorder untuk membuat terapi/perawatan lebih efektif. Kerana bahan-bahan seperti kopi, alkohol dan obat-obat terlarang dapat memperburuk serangan panik, maka bahan-bahan tersebut harus dihindari. Mungkin cukup berharga untuk melakukan latihan aerobik dan teknik menangani stres seperti tarik napas yang dalam dan yoga, dimana aktiviti-aktiviti tersebut ternyata membantu mengurangi frekwensi dan keparahan dari serangan panik.

Sebagai tambahan, pesakit-pesakit dengan panic disorder mungkin memerlukan perawatan untuk persoalan emosi lainnya. Depresi sering dihubungkan dengan panic disorder, seperti juga alkohol dan penyalahgunaan obat-obatan. Penelitian baru-baru ini juga menunjukan bahwa percobaan-percobaan bunuh diri lebih sering pada orang-orang dengan panic disorder. Beruntung persoalan-persoalan yang berhubungan denga panic disorder ini dapat diatasi secara efektif, sama seperti panic disorder sendiri.

Sangat sedih kerana banyak pesakit yang mengalami serangan panik tidak mencari atau menerima perawatan/pengobatan.

Akibat Serangan Panik Tidak Dirawat

Serangan-serangan panik cenderung berlangsung selama beberapa bulan atau tahun. Ketika serangan panik ini secara khas mulai pada remaja, pada beberapa orang gejala-gejalanya dapat timbul lebih awal atau belakangan dalam kehidupannya. Jika dibiarkan tidak dirawat, ia akan memperburukkan lagi, sampai satu tahap dimana kehidupan orang itu terpengaruh secara serius oleh serangan panik dan oleh usaha-usaha menghindari atau menyembunyikan mereka. Kenyataannya banyak orang mempunyai persoalan dengan teman-teman dan keluarga atau kehilangan pekerjaan ketika sedang berjuang mengatasi serangan-serangan panik. Mungkin ada kes penyembuhan secara spontan pada serangan panik, namun umumnya tidak hilang sama sekali kecuali individu itu menerima perawatan yang dirancang secara spesifik untuk menolong pesakit-pesakit yang mengalami serangan panik. sumber : http://www.totalkesehatananda.com/panic1.html



DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)


Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;



Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;



Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;


1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.


Keberuntungan beramal dengan doa ini

Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.


Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.


Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.  

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.


Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah. Sumber : Darussyifa.org

Tuesday, October 11, 2011

DARUSSYIFA' PERTUBUHAN PENGUBATAN ISLAM DIHORMATI

Sejarah Darussyifa'

Fakta:

i. 17-April-1988: Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam (Darussyifa') ditubuhkan secara rasmi.

ii. 2-Januari-1990: Majlis pecah tanah pembinaan bangunan Darussyifa'.

iii. 17-Mac-1991: Bangunan Darussyifa' mula digunakan.

iv. 1-September-1991: Perasmian Bangunan telah dilaksanakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Azman Hashim.

Darussyifa' merupakan sebuah klinik rawatan yang terkenal di kalangan penduduk Bangi dan masyarakat luar terutamanya orang Islam ia menjadi satu altematif kepada orang ramai dalam usaha mencari kesembuhan penyakit selepas mendapatkan rawatan dari klinik dan hospital. kebanyakan pesakit yang datang bukan hanya mengalami penyakit fizikal tetapi juga melibatkan penyakit rohani seperti terkena ganguan makhluk halus dan seumpamanya. Dengan kaedah yang diamalkan oleh Darussyifa' iaitu menggunakan ayat-ayat al-Qur'an, Hadith dan Doa-doa menambahkan lagi keyakinan orang ramai terhadapnya.
Darussyifa' merupakan nama sebuah bangunan yang digunakan untuk kegiatan pengubatan Islam. Perkataan Darussyifa' adalah gabungan daripada perkataan dar (rumah) dan al-Syifa' (kesembuhan) yang bererti Klinik Rawatan. Idea penubuhan ini lahir daripada seorang pensyarah dan juga seorang ulama yang terkenal di tanah air. Beliau yang dimaksudkan ialah Yang Berbahagia Dato' Dr. Haron bin Din lebih dikenali dengan pangillan Ustaz Haron Din. Ustaz Haron Din bergiat dalam bidang rawatan dengan menggunakan doa-doa yang terdiri daripada ayat-ayat al-Qur'an, hadith serta sunnah Rasulullah s.a.w.

Ustaz Haron Din telah lama menceburkan diri dalam bidang rawatan tetapi tidak secara teratur dan serius berbanding dengan kegiatannya ketika di Kajang dan Bandar Baru Bangi. Selain memberi rawatan, Ustaz Haron Din juga merupakan tempat rujukan untuk mendapat khidmat nasihat oleh orangramai yang menghadapi pelbagai masalah.

Kegiatan yang dilakukan oleh Ustaz Haron Din telah menarik minat sesetengah golongan untuk belajar daripadanya. pada akhir tahun 1977, beberapa orang pelajar dari Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia telah datang menemui beliau meminta agar mereka ditunjuk ajar serba sedikit Ilmu Pengubatan Islam. Setelah berlaku beberapa pertemuan dan mereka memperlihatkan kesungguhan, maka bemulalah beberapa siri pembelajaran Ilmu Pengubatan secara kecil-kecilan. Kegiatan tersebut diadakan di tempat kediaman Ustaz Haron Din sendiri di Taman Bangi Jalan Reko, Kajang. Pertemuan-pertemuan ini terus berlaku dalam keadaan yang kurang tersusun. Setelah berpindah ke Bandar Baru Bangi (kediaman sekarang di No. 3, jalan 1/7D) bilangan pelajar yang menghadiri kelas semakin bertambah.

Pelajar yang terawal ialah Ustaz Abdul Rahman Mustafa (1977-78), kemudian diikuti oleh empat orang pelajar lain iaitu Ustaz Ali Haji Ahmad, Ustaz Abdul Rahim Abdul Ghafur, Ustaz Wan Ismail Wan Ibrahim dan Ustaz Muhammad Shafie Yusof. Sejak pengambilan mereka, Ustaz Haron Din mula memberi rawatan kepada masyarakat umum di rumahnya secara terbuka pada setiap hari Selasa bermula selepas solat Zohor hingga hampir waktu Maghrib. Kuliah-kuliah yang dijalankan lebih tersusun apabila kumpulan ketiga (1979-80) bejumlah 32 orang diambil.

Pelajar-pelajar ini telah mengambil kata sepakat agar kuliah-kuliah tersebut tidak terus menerus dilakukan di rumah Ustaz Haron Din tetapi dilakukan di rumah-rumah pelajar menurut giliran. Atur cara majlis bermula dengan menunaikan Sembahyang Maghrib berjamaah kemudian wirid, sembahyang hajat, membaca yaasin, tahlil dan jamuan. kuliah-kuliah disampaikan selepas sembahyang Isyak. kegiatan ini terus bejalan hingga

pengambilan kumpulan yang keempat (1985-86).

Kumpulan tersebut terdiri daripada 63 orang pelajar baru. Klinik-klinik dibuka seperti biasa dan bilangan pesakit semakin betambah. Ini menyebabkan ruang tamu terpaksa dibesarkan untuk menampung kehadiran pesakit dan juga pelajar. Kuliah yang diadakan dari rumah ke rumah kemudian dihentikan. Kuliah hanya dijalankan di rumah Ustaz Haron Din ataupun di rumah-rumah yang mengadakan majlis tertentu. Majlis tersebut dihadiri oleh kebanyakan pelajar yang terlibat dalam pengubatan yang dijalankan.

Kuliah-kuliah yang biasanya dijalankan setiap Selasa malam Rabu akhirnya ditukar ke Isnin malam Selasa.

Bilangan pelajar semakin bertambah kerana gabungan di antara pelajar baru dan lama (yang belum diijazahkan) yang hadir bersama. Setiap pelajar perlu datang sekali dalam masa dua minggu. Keadaan tersebut berlaku kerana terdapat pelajar senior yang datang ketika kuliah disampaikan kepada pelajar baru.

Satu pertemuan diadakan di rumah Tuan Haji Ismail bin Haji Ali, beralamat di No. 26, Jalan Daud, Kampung Baru Kuala Lumpur. Majlis zikir diadakan diikuti dengan kuliah. Kehadiran pelajar tetap ramai hingga menyebabkan ruang tamu rumah menjadi sempit. Keadaan ini yang mencetuskan ilham untuk membina bangunan baru bagi menampung pelajar yang semakin ramai.

Selepas itu mesyuarat jawatankuasa penubuhan bangunan rawatan Islam yang pertama telah diadakan di rumah Tuan Haji Abdul Rahman Haji Ahmad (Pegawai Daerah Seremban) pada 17 Ogos 1986. Pengerusi memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat tersebut diadakan ialah untuk membincangkan tentang pembinaan sebuah bangunan rawatan Islam. Hasil daripada mesyuarat tersebut satu jawatankuasa tetap penubuhan bangunan pusat rawatan Islam telah ditubuhkan. la terdiri daripada;

Pengerusi : Haji Abdul Rahman Haji Ahmad

Naib Pengerusi : Y. Bhg. Datuk Abdul Rashid Mahmud

SU Kehormat : En. Mohd Salleh Haji Kassim

Pen. Setiausaha : Haji Mohd Sharif Haji Ibrahim

Bendahari : En. Ahmad Mohd Yusof

Urusetia : En. Minhat Haji Budin A. Bahudin

Selain nama di atas, pengerusi-pengerusi jawatankuasa kecil juga dilantik untuk menguruskan hal tertentu iaitu En. Ahmad Mohd Yusof (kewangan), Haji Mohd Sharif Haji Ibrahim (tanah) dan En. Mohamad Ahmad (pelan). Beliau telah menyediakan pelan bangunan dua tingkat yang dianggarkan menelan belanja lebih kurang RM 200,000.00 (Dua ratus ribu ringgit).

Mesyuarat pada 26 Oktober 1986 di rumah Tuan Haji Jaafar Sidek dimaklumkan bahawa wang sebanyak RM3000.00 telah terkumpul sejak kutipan derma dilancarkan. Sidang mesyuarat juga diberitahu bahawa ada beberapa orang dermawan telah bejanji akan memberi derma berjumlah RM70,000.00. Selain itu, tanah untuk tapak bangunan telah diperolehi iaitu bersebelahan dengan rumah Ustaz Haron Din yang berharga RM16.00 sekaki persegi dengan keluasan 12,000 kaki persegi. Ketika itu harga tersebut masih dalam rundingan dengan tuan tanah.

Ahli jawatankuasa bersetuju membayar pendahuluan sebanyak 10% daripada harga tanah tersebut. Tuan Haji Jaafar juga memberitahu bahawa beliau mempunyai dua orang rakan yang berhasrat ingin memberi khidmat percuma kepada penubuhan bangunan yang dirancangkan dalam bidang rekabentuk atau pelan dan kejuruteraan. Mereka ialah Tuan Haji Shamsudin Ahmad dan Tuan Haji Johari Jaalam. Ahli mesyuarat bersetuju melantik mereka untuk menganggotai jawatankuasa kecil pelan. Pelan bangunan yang siap dilukis oleh En. Mohamad Ahmad telah ditunjukkan kepada Tuan Haji Shamsudin Ahmad. Beliau bercadang untuk membuat satu pelan lain apabila pelan yang disediakan sebelum ini tidak dapat diterima kerana pembinaan bangunannya menelan belanja lebih daripada setengah juta ringgit. Dalam masa yang sama Ustaz Haron Din mendapat galakan daripada teman-teman agar meneruskan rancangan membina bangunan mengikut pelan baru.

Bemula dari tarikh tersebut, usaha mencari wang dimulakan dengan mengirimkan baucar-baucar dan surat-surat yang ditandatangani oleh Ustaz Haron Din, merayu sumbangan daripada orang-orang tertentu. Hasil daripada usaha itu pada peringkat awalnya agak mengecewakan kerana pulangannya terlalu sedikit, sedangkan wang yang diperlukan lebih daripada setengah juta.

Pada hari Ahad 17 April 1988, bertempat di rumah Ustaz Haron Din satu mesyuarat penubuhan persatuan telah diadakan. Seramai 88 orang telah hadir. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Datuk Abdul Rashid ini telah bersetuju menubuhkan persatuan yang diberi nama “Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam”.

Dalam mesyuarat pada 12 Disember 1988, dimaklumkan bahawa tuan kepada tanah yang terletak bersebelahan dengan rumah Ustaz Haron Din telah bersetuju menjual tanah tersebut dengan harga RM76,776.00. Sebagai deposit wang sebanyak RM30,000.00 telah dibayar kepada tuan tanah.Wang tersebut hasil daripada jualan buku Rawatan Pesakit Menurut al-Qur'an dan al-Sunnah.Tuan Haji Ismail bin Haji Abdullah telah memberi sumbangan sebanyak RM 28,000.00. Ahli mesyuarat juga diberitahu bahawa urusetia persatuan telah mengajukan surat permohonan pendaftaran pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan.Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan yang diadakan pada 26 Mei 1989 telah dimaklumkan bahawa mesyuarat agung penubuhan Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam telah diadakan di rumah Ustaz Haron Din bermula jam 9.15 malam.

Selaras dengan perkara 15.4 Undang-undang Persatuan ahli mesyuarat telah bersetuju memilih Tuan Haji Abdul Rahman bin Haji Ahmad sebagai pengerusi, Haji Mohd Sharif bin Haji Ibrahim sebagai setiausaha dan En Mohamad Amin bin Hassan sebagai bendahari. Mesyuarat juga bersetuju mengagihkan tugas bagi menjalankan kegiatan persatuan kepada Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil (JKK). Pengerusi untuk setiap jawatankuasa kecil tersebut adalah seperti berikut;

Pembangunan dan Harta : Datuk Haji Abdul Rashid Mahmud

Kewangan : En. Mohamad Amin Hassan

Pengubatan dan Pentadbiran Klinik : Haji Mohd Sharif Haji Ibrahim

Kebajikan dan Sosial : Haji Abdul Rahman Mustapha

Latihan, Kursus dan Seminar : Cikgu Mohd Nasir Jali

Anggota lain juga dilantik untuk membantu hal-hal berikut:

Kebajikan dan Sosial : Haji Ali Haji Ahmad

Penolong Setiausaha : En. Minhat Haji Budin A. Bahudin

Latihan : Dr. Mohd Omar Haji Salleh

Ahli mesyuarat bersetuju membina bangunan tiga tingkat, bukan dua tingkat seperti yang dicadangkan pada peringkat awal. Ketika mesyuarat diadakan, persatuan mempunyai wang terkumpul sebanyak RM45,000.00 hasil daripada jualan buku perubatan, derma am dan derma perseorangan. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor ketika itu juga menyuarakan hasratnya untuk memberi bantuan kepada pembinaan Bangunan Pusat Perubatan.

Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pembangunan dan Harta yang diadakan pada 6 Jun 1989 di rumah Ustaz Haron Din merupakan mesyuarat yang pertama setelah Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam didaftarkan. Usaha sedang dilakukan untuk menukar hak milik tanah daripada penjual kepada persatuan oleh Peguam Fadi. Sidang mesyuarat juga diberitahu bahawa bangunan yang dicadangkan itu dianggar menelan belanja sebanyak RM560,000.00 dengan pecahan belanja seperti berikut :

RM 400,000.00 kos pembinaan bangunan

RM 80,000.00 harga tanah

RM 80,000.00 kelengkapan

Ketika ini masalah yang dihadapi oleh jawatankuasa persatuan ialah sumber kewangan yang tidak mencukupi. Setakat ini, usaha memungut derma tidak dijalankan secara terbuka tetapi ada juga individu yang sanggup menyumbangkan derma untuk projek ini. Biarpun jumlah wang terkumpul ketika itu sedikit, namun harapan untuk membina pusat rawatan tersebut tetap ada. Bagi Ustaz Haron Din rancangan ini bermula dari hasrat murni semata-mata kerana Allah s.w.t. Oleh itu ia mesti diteruskan kerana tugas manusia ialah berusaha dan merancang. Kebimbangan tetap dirasakan lebih-lebih lagi apabila tarikh memulakan kerja-kerja pembinaan semakin hampir.

Tidak berapa lama selepas itu, salah seorang daripada ahli usrah memberitahu bahawa Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Azman Hashim ingin menemui Ustaz Haron Din untuk berbincang tentang pembinaan pusat rawatan Islam ini. Satu pertemuan diadakan di pejabat Tan Sri pada jam 6 petang keesokan harinya. Dalam pertemuan ringkas itu Tan Sri telah memberi jaminan kepada Ustaz Haron Din untuk memberi sumbangan bagi menyiapkan bangunan tersebut. Dengan bantuan kewangan yang diberikan oleh Tan Sri maka hasrat untuk melihat bangunan ini didirikan menjadi kenyataan.

Mesyuarat Jawatankuasa persatuan yang diadakan pada 20 Jun 1989 bertempat di no. 3488, Jalan Ampang Hilir 5, Kuala Lumpur yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Abdul Rahman Haji Ahmad telah dimaklumkan bahawa JKK Pengubatan dan Pentadbiran Klinik telah mengadakan mesyuarat dan membincangkan tentang sistem giliran bagi rawatan di klinik-klinik iaitu di Bangi dan Kampung Baru. Hasil daripada perbincangan tersebut, mereka memutuskan bahawa Ustaz Haron Din hanya merawat seramai 130 orang pesakit dalam satu masa, manakala yang selebihnya akan dirawat oleh pembantu-pembantunya.

Mesyuarat yang diadakan pada 29 Ogos 1989 pula dimaklumkan bahawa pelan bangunan persatuan telah siap. Emkay Associates Sdn. Bhd. menawarkan khidmat untuk membina bangunan tersebut dengan harga kos tanpa mengambil keuntungan daripadanya. Pihak yang berkaitan telah menjalankan kerja-kerja persiapan awal seperti menyediakan pelan disamping menguruskan perkara pindah milik tanah.

Satu pejumpaan telah diadakan pada 19 Disember 1989. Di antara mereka yang hadir ialah ahli jawatankuasa pembinaan juga sebagai wakil daripada Tuan Haji Mustafa Kamal (Tuan Haji Abdullah Mardi dan En. Saflan Mohd Ali), En. Shamsudin Ahmad, En. Omar Ahmad, En. Nordin dan lain-lain.Mesyuarat bersetuju agar kerja pembinaan dimulakan pada 1 Februari 1990.

Satu upacara majlis doa selamat diadakan di tapak bangunan pada 2 Januari 1990 jam 6:30 petang, Ahli mesyuarat juga bersetuju dengan kos awal pembinaan bangunan iaitu sebanyak RM354,258.85. Bayaran kepada kontraktor akan dibuat dengan lima kali pembayaran manakala pembayaran pelan bangunan yang diluluskan ialah RM2,791.00. Selain itu papan tanda pembinaan juga didirikan seperti yang dicadangkan oleh pihak kontraktor.

Pada 11 Februari 1990 ahli mesyuarat telah berbincang dan bersetuju menerirna Tetuan Emkay Associates Sdn. Bhd. sebagai pemborong yang akan membina bangunan persatuan dengan kos bemilal RM354,258.85 dalam tempoh 12 bulan. Tarikh mobilisasi pula berkuatkuasa mulai 15 Januari 1990. Penyerahan tapak kepada kontraktor dilakukan pada 2 Februari 1990. Selain itu sumber kewangan juga datang daripada derma yang diterima setiap minggu di klinik Bangi dan Kampung Baru sebanyak RM200. Mesyuarat yang diadakan pada 26 Februari 1990 telah melantik seorang ahli persatuan iaitu Haji Ishak Haji Arshad untuk mewakili kepentingan persatuan dalam penyeliaan projek pembinaan. Mesyuarat juga meminta bendahari menyemak dan menyediakan senarai edaran buku yang bayarannya belum diterima. Mereka yang masih berhutang diminta menjelaskannya dengan segera. Setiap ahli juga diminta untuk mengambil 20 buah buku "Rawatan Gangguan Makhluk Halus Menurut al-Qur'an dan al-Sunnah" untuk diedarkan. Dalam masa yang sama, hasrat untuk mendokumentasikan sejarah persatuan ini ditimbulkan oleh JKK Penerbitan.

Mesyuarat jawatankuasa yang diadakan pada 3 April 1990 dimaklumkan tentang perlu adanya sokongan moral untuk penubuhan klinik cawangan di Jitra Kedah begitu juga dengan penubuhan Klinik Perubatan Islam di Banting. Mesyuarat juga diberitahu bahawa derma sebanyak RM100,000.00 telah diterima daripada Menteri Besar Selangor. Pada 12 November 1990 kerja pembinaan telah siap sebanyak 50%. Tuntutan kemajuan ketiga sebanyak RM 79,000.00 telah dijelaskan.

Bersempena dengan perasmian bangunan persatuan yang dicadangkan, satu risalah tentang penubuhan hasil tulisan Dr. Amran Kasimin diterbitkan. Ahli mesyuarat telah bersetuju mengeluarkan zakat pada tahun 1990 sebanyak RM 10,000 yang diberi kepada Sekolah Tasdikiah Songkhla Hatyai, Songkhla Thailand.

Bangunan Darussyifa' mula digunakan pada hari Ahad 17 Mac 1991 bersamaan dengan 1 Ramadan 1411H. Anggota persatuan telah bersembahyang Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Haron Din. Upacara majlis diteruskan dengan solat tarawih. Bangunan ini terus digunakan untuk rawatan dan kuliah pengubatan. Perasmian Bangunan telah dilaksanakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Azman Hashim pada 1 September 1991.

Friday, October 7, 2011

AIR ZAM ZAM

Segala puji hanya bagi Allah (SWT), Tuhan Seru Sekalian Alam. Selawat dan salam semoga sentiasatercurah ke atas Baginda, Nabi Muhammad (s.a.w.) yang diutus sebagai rahmat bagi sekalian alam. Demikian juga kepada kaum keluarga dan para sahabat Baginda, serta kepada orang-orang yang sentiasa menghidupkan sunnahnya sehingga ke hari kiamat.

Sesungguhnya air zamzam adalah sebagai nikmat yang agung. Zamzam adalah tanda kebesaran dan kekuasaan Allah (SWT) yang besar kepada Baitullah dan Tanah Haram, serta termasuk di antara ayat-ayat Allah yang nyata. Air zamzam merupakan anugerah terbesar yang dapat disaksikan dengan jelas dan pasti. Air zamzam adalah "samarat" (makanan, buah-buahan & nikmat) pertama yang diberikan oleh Allah (SWT) kepada Nabi-Nya, Ibrahim (a.s) - semoga selawat dan salam sentiasa dirahmati ke atas Baginda.  Air zamzama dalah nikmat pertama yang diberikan kepada Nabi Ibrahim (a.s.) ketika Baginda berdoa:
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di sebuah lembah yang tidak mempunyai tumbuh-tumbuhan, berdekatan rumah Mu yang mulia. Wahai Tuhan kami (yang demikian itu), agar mereka dapat mendirikan solat, maka jadikanlah hati-hati manusia cenderung kepada mereka, berikanlah rezeki kepada mereka sebahagian daripada samarat (makanan, buah-buahan & nikmat), mudah-mudahan mereka bersyukur.
(Surah Ibrahim:37).
oleh yang demikian, air zamzam adalah minuman dan hidangan daripada A llah (SWT) kepada anakkekasih-Nya (Khalilullah, ertinya kekasih Allah, iaitu gelaran yang dikumiakan kepada Baginda Nabi Ibrahim [a.s.), iaitu Ismail - semoga selawat dan salam sentiasa dirahmati Allah (SWT) ke atas Baginda berdua. Air zamzam adalah air yang penuh keberkatan dan kemuliaan, yang wujud di tanahpaling suci dan penuh keberkatan menerusi Malaikat Jibril.

Air zamzam adalah air yang mempunyai khasiat, keistimewaan dan keutamaan yang besar, kerana ianya adalah air terbaik yang menjadi "pemimpin" segala air yang selainnya.  Air zamzam adalah air yang paling mulia, hal ini berdasarkan sabda Baginda Rasulullah (s.a.w):
Air terbaik di muka bumi adalah air zamzam
Air zamzam adalah air yang digunakan untuk membasuh hati Baginda yang paling mulia, Nabi Muhammad (s.a.w.)Hati Baginda, Nabi Allah yang paling mulia hanya dibasuh dengan air yang paling mulia pula. Allah (SWT) memberikan keistimewaan kepada air yang penuh keberkatan itu. Dalam hal ini, Baginda Rasulullah (s.a.w.) ada bersabda:
Sesungguhnyair zamzam itu penuh keberkatan, air itu mengenyangkan dan dapatmenyembuhkan penyakit.
Jika kita meminumnya dengan niat ingin menghilangkan rasa lapar, maka Allah (SWT) akan memberikan rasa kenyang kepada kita. Jika kita meminumnya dengan niat ingin sembuh daripada penyakit, maka Allah (SWT) akan memberikan penyembuhan terhadap penyakit tersebut.  Bahkan, jika kita meminum air zamzam untuk pelbagai keperluan, maka Allah (SWT) akan memperkenankan keperluan tersebut. Hal ini bersesuaian dengan apa yang disabdakan oleh Baginda Rasulullah (s..a.w.) dalam salah satu hadis:
Air zamzam itu terpulang kepada niat untuk apa ia diminum
Air zamzam adalah air yang diberkati oleh Baginda Rasulullah (s.a.w.) menerusi percampuran ludahBaginda (air liur) yang suci, hinggakan keberkatannya berlipat-gandaBaginda Rasulullah (s.a.w)telah pun berwuduk dengan air zamzam. Baginda juga kerap mengambilnya sebagamiinuman. Kekerapan mengambil manfaat daripada air zamzam adalah merupakan unsur-unsur keimanan dan petanda terbebasnysaseoranng itu dari sifat-sifat munafik.  Hal ini bersesuaian dengan hadisBaginda:
Sesungguhnya yang membezakan identiti kita dengan orang-orang munafik adalah, bahawa
orang-orang munafik tidak mengambil manfaat daripada air zamzam
Memandangkan bahawa air zamzam mempunyai keistimewaan besar dan mengandungi kebaikan, maka air zamzam merupakan hidangan dan pemberian yang paling utama.  Sebab itulah, Baginda Rasulullah (s.a.w.) sentiasa memberikan air zamzam apabilBaginda ingin menjamu hidangankepada seseorang.  Baginda Rasulullah (s .a.w.) juga menjadikan air zamzasebagai bekalan ketikadalam perjalanan, membawanya ke pelbagai ceruk rantau.  Aisyah (r.a.) juga membawa air zamzamdan berkata bahawa Baginda Rasulullah (s.a.w) sentiasa membawanya.  Jumlah air zamzam yang sangat banyak itu, tidak akan habis kekeringan meskipun saban hari kerap digunakan. Ianya tidak akan habis selagi dunia ini belum berakhir.  Air zamzam merupakan salah satu daripada mata air syurga.  Itulah sebabnya ianya mempunyai kelebihan, kebaikan dan keberkatan.

Wednesday, October 5, 2011

Di antara Syariat Islam dan hukum hudud




Pokok Jacaranda yang sangat cantik dengan bunganya berwarna ungu di musim bunga (September)di negara-negara yang dikurnia Allah empat musim termasuk United Kingdom.
Apabila pokok Jacaranda yang meranting kering di musim sejuk mula berbunga lebat berwarna ungu hampir di setiap jalan-jalan kampus universiti, di sebalik kecantikannya, jiwa para mahasiswa/i mula gundah gulana kerana ia menandakan peperiksaan hampir tiba . Begitu juga di Malaysia, di setiap penghujung 4 tahun apabila isu hukum hudud mula dilemparkan melalui media massa ke tengah-tengah para pengundi, ia menandakan musim Pilihanraya Umum Malaysia hampir tiba, hanya menunggu bila tarikhnya ditetapkan, bergantung respon para pengundi di bandar dan kampung, tua dan muda, kafir dan Islam.

Bagi golongan masyarakat yang faham dan beriman, mereka melihat dan menilai isu ini dengan pandangan Syarak dan pertimbangan realiti. Namun mereka adalah hanya segelintir dari masyarakat umum yang jauh lebih ramai dan tersebar di seluruh negara. Adapun pada umum masyarakat, mereka kebingungan kerana sekali lagi isu ini diketengahkan dalam keadaan ilmu dan jiwa mereka yang tidak mampu memahaminya, dan ramai dari kalangan mereka yang akhirnya membuat pertimbangan dari neraca yang tidak Islamik lalu mengambil pendirian yang tidak tepat.

Syariat Islam dan hukuman Hudud mempunyai perbezaan yang sangat jauh. Syariat Islam adalah satu sistem hidup rabbani, keseluruhannya berasaskan Al-Quran, kitab Allah dan petunjuk peninggalan dari Sunnah RasulNya, Muhammad saw, bermula dari membina ilmu dan akidah, melahirkan ibadah dan akhlak pada diri dan masyarakat dalam sesebuah negara, kemudian mereka meluaskan Dakwah Islam ke negara-negara jiran sehingga Islam memimpin dan membimbing seluruh dunia, tanpa meninggalkan seinci pun bumi yang tidak diperintah oleh Syariat Islam.

Dengan ini Syariat Islam sifatnya membangunkan manusia dan dunia, lahir dan batin, manakala hukum menghukum seperti hudud, takzir dan seumpamanya boleh kita nisbahkan sebagai hanya 5% sahaja dari Syariat Islam yang sifat umumnya adalah membangun. Sebab itu Al-Quran yang mempunyai lebih 6000 ayat hanya mempunyai sekitar 500 ayat sahaja mengenai hukum hakam atau dipanggil “Ayat-ayat Ahkam”. Dari sekitar 500 syat-ayat ahkam, hanya sebahagian kecil sahaja yang menyentuh hukum hudud dan selainnya menggarap isu-isu ekonomi, muamalat, munakahat, hubungan antarabangsa dan sebagainya.

Adapun hukuman yang digelar “Hudud”, ia adalah 7 hukuman yang telah ditentukan Allah dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Bagi mereka yang suka penerangan dengan angka, saya gambarkan di sini (sekadar mengemukakan angka yang tidak semestinya tepat, tetapi boleh memberi kefahaman yang lebih jelas), hukuman Hudud yang tujuh itu adalah seperti sekitar 5% dari undang-undang Islam yang 95% lagi adalah Takzir (denda) yang diserahkan kepada Dewan Rakyat di Parlimen menggubalnya dan hakim di kamar mahkamah menentukannya. Oleh kerana 7 hukuman tersebut (1- bunuh, 2- zina, 3- menuduh zina/qazaf, 4- curi, 5- minum arak, 6-samun/qat’ tariq, 7-bughoh – menentang pemerintah dengan kekerasan) telah ditentukan Allah, dan tidak boleh diolah lagi oleh parlimen atau hakim, maka ia disebut Hudud, di dalam English bermakna “already defined”.

Islam yang diturunkan Allah swt melalui RasulNya kepada umat manusia adalah Syariat Islam yang bersifat membangun, iaitu aspek rohani (akidah dan akhlak) dan material (kekayaan dan pembangunan). Ia sama seperti Engineering bersifat membangunkan walaupun jika sebuah bangunan telah usang dan rosak teruk Engineering akan mengambil keputusan untuk meruntuhkannya (demolition), tetapi demolition bukanlah segala-galanya dalam ilmu dan dunia Engineering, sebaliknya ia adalah sebahagian kecil darinya. Hudud, seperti demolition, hanya sebahagian kecil dari Syariat Islam. Kerajaan adalah dituntut untuk melaksanakan Syariat Islam secara keseluruhannya meliputi berbagai bidang kehidupan rakyat, ditunjukkan dalam peraturan dan perjalanan harian negara, dan bukan sekadar berbicara kosong mengenai hudud.

Kalau begitu, hukuman dan denda (termasuk Hudud) hanyalah 5% dari ajaran Islam yang bersifat membina umat dan negara, bukan meruntuh dan menghukum, manakala hukuman Hudud hanya 5% dari undang-undang Islam dalam sesebuah negara yang lengkap dan membangun, maka di segi matematiknya Hudud hanya 5%x5%=0.25% dari keseluruhan ajaran dan Syariat Islam sebenarnya. Ia bukan segala-galanya mahupun juzuk besar dari ajaran Islam yang sangat luas, membangun dan membahagiakan umat manusia.

Begitu juga yang kita maksudkan dengan Rumahtangga Islam adalah ibu bapa yang berkeperibadian Islam, mendidik anak-anak dengan ajaran Islam, menjaga adab-adab Islam dalam rumah, suami isteri yang saling menghormati perjuangan Islam masing-masing, berdakwah kepada jiran-jiran, dan sebagainya, bukan semata-mata si ayah merotan anak (hukuman). Begitu juga apabila kita maksudkan dengan sebuah Negara Islam, ia adalah negara yanag tertegaknya Syariat Islam dalam setiap bidang kehidupan rakyatnya, dan bukan semata-mata melaksanakan hukuman Hudud dan cuai berbagai aspek Syariat Islam yang lain.

Konsert Sunburst di KL 2009. Membanteras kerosakan akhlak di premis-premis awam tidak ada kaitan dengan undang-undang hudud, tetapi ia adalah sebahagian dari Syariat Islam yang bertujuan memupuk akhlak mulia dan terpuji, serta menutup pintu musuh-musuh Islam untuk merosak dan megalahkan Umat Islam. Ia boleh dan mesti dilaksanakan sekarang, serta merta tanpa perlu berbicara tentang hudud. Kenapa ia tidak dibanteras, bahkan semakin subur atau disuburkan? Adakah ibu bapa Islam suka anak-anak mereka jadi sebegini? Kalau tidak suka, kebenaran program sedemikian adalah agenda umat di negara ini atau agenda pihak asing?

Ringkasnya, apa yang kita sebagai rakyat Islam di Malaysia mahu adalah penegakan Syariat Islam dalam semua bidang media massa terutamanya di siaran televisyen, pendidikan, pengurusan negara, kementerian dan jabatan, membebaskan rakyat dari belenggu budaya Barat, membina umat yang berjihad dan punya kekuatan di rantau, menguatkan kesatuan umat dan membanteras perpecahan, menguatkan hubungan di antara negara-negara Islam, menyebarkan ruh Islam ke dalam jabatan dan sektor kerajaan dan swasta, membanteras rasuah, membanteas pelacuran, arak, judi, dadah, kelucahan, pergaulan bebas, bidah, khurafat, syirik, mendorong hafazan Al-Quran dan bahasa Arab terutama kepada generasi baru dengan berbagai insentif, kesihatan, ekonomi, akhlak, berjimat dengan wang rakyat dan menyuburkannya, meneroka kekayaan dan hasil bagi negara dan mengelakkan pemborosan dan perlaksanaan Undang-undang Islam termasuk Hudud.

Oleh kerana itu kita adalah rakyat yang lebih bijak dari terheret membincangkan isu Hudud menjelang Pilihanraya, sedang selama tempoh tenang 4-5 tahun di antara dua musim pilihanraya, media massa merosakkan umat dengan memaparkan budaya Barat yang negatif kepada anak bangsa kita, pelacuran, arak, judi, kelucahan, rasuah tersebar ke tahap yang sukar dibendung dan telah menghakis banyak tunggak-tunggak negara terutamanya akhlak dan jiwa rakyat serta wang dan kekayaan negara. Semangat ruh jihad di kalangan belia dan bebas dari pengaruh dominasi Kuasa Barat merupakan tunggak penting yang masih di dalam keadaan yang minimum. Apa yang kita tuntut adalah Malaysia menjadi sebuah Negara Islam yang didefinisikan oleh Imam Hasan Al-Banna iaitu فلا تقوم الدولة الإسلامية إلا على أساس الدعوة ، حتى تكون دولة رسالة لا تشكيل إدارة ، ولا حكومة مادة جامدة صماء لا روح فيها , كما لا تقوم الدعوة إلا في حماية تحفظها وتنشرها وتبلغها وتقويها bermaksud “tidak akan tertegak Ad-Daulah Al-Islamiyah (Negara Islam) melainkan di atas asas Dakwah, sehingga ia menjadi Negara Risalah (negara yang mempunyai visi dan misi menyebarkan Islam ke seluruh dunia), bukan (semata-mata) ia berbentuk pentadbiran, atau kerajaan material beku pekak yang tidak mempunyai ruh. Seperti mana juga Dakwah tidak (dapat) tertegak melainkan di dalam satu perlindungan (iaitu Negara) yang menjaga, menyebar, menyampai dan menguatkan Dakwah tersebut)”.

Sepatutnya Syariat Islam ditegakkan di setiap bidang pembangunan di dalam negara, di aspek akhlak dan teknologi, dan bukan sebaliknya di mana hudud menjadi ulam-ulam bicara menjelang Pilihanraya.

Para muslimat Melayu yang sepatutnya menjadi pewaris perjuangan Khadijah bt Khuwailid ra, Aisyah bt Abu Bakar ra dan Fatimah Az-Zahra’ sedang berkempen pilihanraya menayangkan punggung ke arah pihak lawan tanda “liwat”. Umat telah hilang pedoman, jatidiri dan identiti sebagai pejuang Risalah Islam kepada sekalian manusia seluruh dunia.

Pilihanraya: Tsen Thau Lin lawan Ansari Abdullah, seorang peguam Melayu Islam. Datin Linda Tsen Thau Lin, isteri kepada mendiang wakil rakyat yang mati terbunuh kemalangan, Datuk Edmund Chong Ket Wah yang juga Timbalan Ketua Wanita PBS Elopura diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN). Apabila PBS pimpinan Joseph Pairin Kitingan, seorang Kristian, memerintah Sabah 1985-1994, elaun sewa Rumah Sabah di Kaherah untuk asrama pelajar-pelajar Universiti Al-Azhar di Sabah ditamatkan.


Lee Kuan Yiew, pengasas negara Singapura yang diambil dari sebahagian tanahair Islam, Semenanjung Tanah Melayu, Malaya. Projek Singapura oleh Penjajah British di tengah-tengah Rantau Melayu Islam adalah sama dengan projek Israel di tengah-tengah Rantau Arab Islam oleh penjajah yang sama. Selepas tanahair Temasik, Tanah Melayu kehilangan Pulau Batu Putih, Tanjong Pagar dan lain-lain yang belum diketahui oleh umum tetapi boleh terdapat dalam senarai perancangan orang.

Satu persoalan yang sering dibicara oleh golongan terpelajar. Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Kerajaan Negeri mempunyai kuasa kebanyakannya dalam hal ehwal tanah, adat resam dan hal ehwal agama Islam manakala Parlimen dan Kerajaan Pusat mempunyai kuasa dalam bidang jenayah berat lebih-lebih lagi yang membabitkan hukuman mati. Malah dikatakan sebarang penggubalan hukuman jenayah berat di DUN seperti hudud yang bertentangan dengan Parlimen, maka ia terbatal dengan sendirinya dan tidak boleh dilaksanakan oleh pihak negeri. Wacana ilmiah mengenainya perlu dianjurkan lebih meluas untuk memberi pengetahuan dan kesedaran kepada umat.

Jika yang dikehendaki dengan Wataniah (Patriotik) ialah menguatkan ikatan di antara individu-individu dalam sesebuah negara, membimbing meeka menggunakan kekuatan ini untuk kepentingan mereka, maka kita bersetuju dengan mereka tentang patriotik seperti itu. Adapun jika yang dikehendaki dengan Patriotik itu adalah memecahbelahkan umat kepada puak-puak yang saling bercakaran, saling melemparkan kutukan dan tohmahan, merancang jahat terhadap satu sama lain, berkumpul mendokong manhaj yang digubal oleh hawa nafsu, tujuan dan kepentingan dunia semata-mata, sedang musuh mengambil peluang semua di atas untuk mencapai strateginya, menambahkan lagi minyak ke dalam api, memecahbelahkan umat dalam kebenaran dan menghimpunkan mereka dalam kebatilan, menghalang mereka dari berhubung dan bekerjasama sesama mereka, menjadi tembok penghalang dari berlaku hubungan tersebut, maka itu adalah patriotik palsu yang tiada kebaikan pada pejuangnya mahupun pada masyarakat. [Hasan Al-Banna]

Mereka yang benar-benar ikhlas bercakap mengenai Hudud yang belum terjadi, seharusnya menegakkan Syariat Islam dalam bidang-bidang yang disebutkan di atas dalam masa yang sama yang sepatutnya telah lama terjadi dan mudah untuk dilaksanakan. Adapun berbicara mengenai Hudud yang berkait dengan penggubalan dan sebagainya, tetapi membiarkan banyak perkara yang bertentangan dengan Syariat Islam di dalam pentadbiran dalam negara dan penghayatan dalam masyarakat adalah sebenarnya merupakan permainan kata-kata untuk mengeliru dan meraih sesuatu dari masyarakat awam yang kurang mengerti apa yang sebenarnya sedang dan akan berlaku. Adalah lebih baik membuktikan keikhlasan dengan perbuatan dari cuba meyakinkan dengan perkataan.