Friday, November 23, 2012

Wong: pemimpin Umno antara pemilik banglo


10:14AM Nov 23 2012 NONE

Beberapa pemimpin Umno didakwa pemilik banglo di Templer Park, projek kontroversi, yang dibangkitkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor semalam.

Ahli Exco, Elizabeth Wong (bawah) memberitahu dewan bahawa

beliau terkejut mengetahui pemilik banglo itu termasuk bekas menteri, seorang ahli parlimen dan beberapa bekas ADUN.

"Inilah antara orang-orang yang mengambil tanah di situ untuk membina rumah mewah,” katanya di dewan semalam, tanpa menyebut sebarang nama, lapor Selangorku.com, lamanweb kerajaan negeri.

Semalam, The Star melaporkan terdapat rancangan untuk membina banglo mewah di Templer Park atas kawasan bukit bercuram yang diklasifikasikan sebagai Kelas 3 dan 4.

Projek itu didakwa melibatkan komuniti berpagar seluas 12.41 hektar yang terdiri daripada 60 buah banglo, dengan harga permulaan RM4 juta seunit.

Laporan yang sama memetik Majlis Perbandaran Selayang sebagai berkata pemaju projek itu telah memenuhi syarat-syarat dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.



Lebih 2,000 demo bantah Felda jual minyak ke Israel


Muhamad Faizal,
23 Nov 2012

KUALA LUMPUR: Biarpun hujat lebat turun sejak jam 2 petang tadi, ianya tidak mematahkan semangat lebih 2,000 rakyat berarak ke ibu pejabat Felda di Jalan Semarak di ibu negara.

Perarakan itu bagi membantah tindakan Felda menjual minyak sawit kepada syarikat Yahudi Israel sedangkan negara haram itu sejak berdekad lalu membunuh umat Islam Palestin di Gaza tanpa belas kasihan termasuk terbaru sepanjang lapan hari yang lalu.

Perarakan yang bermula sejurus solat Jumaat dari Masjid Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak itu, turut disertai wakil NGO termasuk Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), para peneroka serta NGO yang memperjuangkan kebebasan Palestin.

Mereka melaungkan slogan, hancur Yahudi!, henti jual minyak!, Felda jangan jadi talibarut Yahudi dan pelbagai lagi sebagai membantah tindakan Felda itu.

Antara pimpinan PAS yang mengetuai himpunan itu hari ini termasuk Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat Mazlan Aliman dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.

Selain bantahan terhadap penjualan minyak kepada Israel, himpunan itu juga antara lain menuntut penjelasan Felda berhubung RM400 juta saham syarikat judi, Genting Berhad dalam Felda.

Nik Mohd Abduh ketika berucap turut mengecam tindakan Felda yang bertindak meneruskan dagangan dengan Israel walaupun semua pihak memulau negara haram itu.

"Kerajaan jangan mencipta dalam lidah-lidah media mereka mengatakan mengecam Israel tetapi di belakang mereka meneruskan hubungan dagang dengan Israel.

"Kita mahu semalamatkan felda dan mengembalikan ia kelandasan yang benar serta hentikan prosres dagang dengan Israel," katanya.

Mazlan pula berkata, tindakan felda menjual minyak kepada Israel menunjukkan kerajan Malaysia tidak pernah seriaus membela nasib umat Islam di Palestin.

"Pendirian dan sensitiviti kita serta umat Islam perlu diambil kira. Hentikan segera segala urusan dagangan tersebut."Jangan kita menjadi penyumbang kepada darah yang mengalir di gaza. Jangan bersekongkol membunuh anak Palestin dan umat Islam," katanya.

Sementara itu, Mohamad Sabu dalam ucapannya pula, mahu Malaysia menghentikan semua hubungan dagang dengan negara haram Israel.

"Saban hari rakyat Palestin dibunuh dengan kejam dan dizalimi."Kita bercakap membebaskan palestin, tetapi Felda jual minyak kepada Israel," katanya.

Perhimpunan hari ini adalah ekoran cadangan oleh Mazlan yang juga Presiden Anak pada Muktamar Tahunan PAS yang ke 58 di Putik minggu lalu ketika membahaskan usul mengecam Israel.

Ketika membuat cadangan itu juga, Mazlan turut menunjukkan bukti berupa dokumen invois penjualan minyak sawit tersebut.

Felda tolak memorandum

Sementara itu, deligasi untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Felda itu hari ini tidak dibenar masuk.

Difahamkan wakil Felda menolak untuk mengadakan pertemuan dan menerima memorandum tersebut di dalam pejabat mereka.

"Oleh kerana layanan begitu buruk, maka saya isytihar dalam masa tujuh hari jika felda di Pasir Gudang tidak hentikan penjualan minyak kepada Israel, maka kita akan datang dengan jumlah yang lebih besar," kata Mazlan.

Himpunan tersebut bagaimanapun bersurai kira-kira jam 3.15 petang.



Thursday, November 22, 2012

Bijih nadir bumi tiba di Kuantan, dikawal ketat polis
azlanLee Weng Keat

9:25AM Nov 22 2012

dikemaskini Lebih 100 kontena yang mengandungi bijih nadir bumi telah tiba di Pelabuhan Kuantan hampir tengah malam semalam di bawah kawalan ketat luar biasa pihak polis.Pengerusi Gabungan Stop Lynas, Andansura Rabu, yang berada di pelabuhan, memberitahu Malaysiakini bahawa sebilangan besar anggota polis dan kakitangan Lynas berada di dok malam tadi.

Menurutnya, kira-kira 102 kontainer tiba di Pelabuhan Kuantan pada kira-kira jam 11 malam, yang beliau syaki mengandungi bahan mentah untuk loji nadir bumi Lynas di Gebeng.Sementara itu, Lynas telah mengeluarkan satu kenyataan ringkas hari ini mengesahkan berita tersebut.

"Lynas Corporation ingin mengumumkan bahawa kira-kira 100 kontena nadir bumi pekat kini telah tiba di Kuantan," umum Lynas dalam lamanweb rasminya hari ini.Pada Isnin, Lynas mengumumkan pemprosesan bahan mentah akan bermula bulan depan selepas memenangi kes mahkamah terhadap aktivis yang menentang kehadiran loji, yang bimbang bahaya sisa radioaktif.Menurut Andansura, pengangkutan kontainer tersebut ke loji tersebut, sejauh kira-kira 7km jauhnya bermula antara jam 1 pagi hingga 2 pagi. Katanya, ia dipindahkan oleh trak kontena yang diiringi oleh pihak pollis dan proses itu masih berterusan pada 8 pagi.
Tiada gambar dibenarkan

Walaupun dokumen pelabuhan tidak menyatakan bahan yang disimpan di dalam kontena tersebut, Andansura berkata kehadiran ramai polis mendorongnya untuk mempercayai bahawa ia adalah bijih nadir bumi dari Australia.

Beliau juga mendakwa bahawa polis telah menutup jalan utama dari pelabuhan ke loji tersebut, dan menggunakan tiga kereta polis untuk mengiringi trak kontena itu. Terdapat dua lagi kenderaan polis yang diletakkan di pelabuhan.Polis menghalang Andansura dan beberapa aktivis anti-Lynas yang lain daripada mengambil gambar dan mereka berulangkali dilarang dari menghampiri kawasan itu.

Dalam satu kenyataan rasmi lewat pagi ini, Lynas mengesahkan bahawa kira-kira 100 kontena nadir bumi pekat kini telah tiba di Kuantan, dan sebahagian besar kontena tersebut kini telah sampai di loji Lynas (Lamp).Lynas menjangka bahawa peleburan pertama dan permulaan operasi di Lamp akan berjalan dalam dalam hari-hari akan datang.

Kontena itu tiba ketika gabungan anti-Lynas Himpunan Hijau sedang mengadakan perarakan sejauh 300km dari Kuantan ke Kuala Lumpur, manakala satu lagi kumpulan SMSL (Save Malaysia, Stop Lynas) berada di Australia untuk melobi menentang loji tersebut.



Dr Yusuf al-Qaradawi: Sejarah Hidup dan Pemikiran


Latar Belakang Kehidupan

Dr Yusuf al-Qaradawi seorang tokoh ulama yang terkenal dalam abad ini. Beliau merupakan seorang pemikir, sarjana dan intelek komtemporori yang tidak asing lagi di dunia Islam.Beliau dilahirkan di desa Shafat al-Turab, Mahallah al-Kubra Negeri Gharbiah, Mesir pada 9 September 1926 bersamaan 1344H.

Nama penuhnya ialah Yusuf bin Abdullah bin Ali bin Yusuf. Al-Qaradhawi merupakan nama kelurganya. Nama ini diambil dari sebuah daerah yang bernama al-qardhah. Dan dinisbahkan kepada keturunannya. Di kampungnya ini terletaknya makam sahabat nabi yang meninggal di Mesir iaitu Abdullah bin Harith bin Juz al-Zubaidi. Di kampung inilah beliau tinggal sehingga wafat pada tahun 86H. Sehingga kini makamnya sangat dimuliakan dan para penduduk kampung amat berbangga dengannya.Perkara ini telah dinyatakan oleh pengkaji sejarah seperti Ibn Hajar ketika menceritakan kisah sahabat ini.

Al-Qaradhawi menyebutkan bahawa beliau berasal dari keluarga yang kuat beragama dan bapanya bekerja sebagai petani dan keluarga sebelah ibunya bekerja sebagai peniaga. Beliau menjadi yatim ketika berusia 2 tahun setelah ayahnya meninggal dunia. Kemudian beliau dipelihara oleh bapa saudaranya bernama Ahmad. Bapa saudaranyalah yang menjadi bapa dan sepupu-seppunya sebagai saudara-saudara beliau. Beliau telah dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan mendapat keistimewaan daripada keluarga. Malah kata Yusuf sendiri: “ itulah gantian daripada takdir yang menjadikan saya yatim ketika berusia masih terlalu awal.”

Ketika berusia 5 tahun, Yusuf telah dihantar ke kuttab di kampungnya untuk menghafaz al-Quran. Apabila usianya menjangkau 7 tahun, beliau memasuki sekolah rendah (madrasah Ilzamiyyah) yang diuruskan oleh Kementerian Pendidikan. Di sekolah ini, beliau belajar matematik, sejarah, kesihatan dan lain-lin. Yusuf sejak kecil lagi mendapat pendidikan secara formal melalui sekolah kerajaan di sebelah pagi dan pendidikan agama (al-Kuttab) di sebelah petang.

Yusuf menyebutkan : “ sebelum usia saya mencapai 10 tahun, saya telah dikurniakan oleh Allah dengan dapat menamatkan hafalan al-Quran sepenuhnya bersama pelajaran hukum-hukum tawjid.Saya masih tidak lupa ketika mereka mengadakan perayaan khatam al-Quran untuk saya seperti kebiasaan yang dilakukan oleh al-Kuttab. Mereka memberi minum dan kuih muih. Saya membca akhir surah-surah al-Quran dari surah al-Dhuha sehingga surah al-Nass. Ketika saya menbaca akhir setip surah mereka menyambutnya dengn ucapan takbir dan tahmid. Pelajar bertakbir bersama saya. Begitulah kebiasaan perayaan yang dilakukan pada setiap pelajar di kuttab.”.

Di kampungnya tersebut mempunyai 4 buah Kuttab di mana wujud persaingan yang sihat bagi penghafal al-Quran di kalngan penuntutnya.Sejak kecil lagi, al-Qaradhawi bercita-cita untuk belajar di al-Azhar dan menjadi salah seorang daripada ulamaknya,Pada pandangan beliau, al-Azhar merupakan menara ilmu . Beliau juga terpengaruh dengan ulamak-al-Azhar di kampungnya seperti Syeikh Ahmad Muhammad Saqar, Syeikh Ahmad Abdullah, Syeikh Ahmad Battah dan Syeikh Abdul Mutalib Battah.

Sejak kecil lagi beliau telah menunjukkan ciri-ciri ulamak. Bakatnya terserlah apabila sering dipanggil untuk menjadi imam dan syarahan agama di Masjid kampungnya. Beliau menyebutkan bahawa semenjak hari itu ( hari khatam al-Quran) penduduk kampung terutama Syeikh Yusuf telah meminta kepada saya untuk menjadi imam apabila bersolat terutam solat jahriah kerana kurniaan Tuhan kepada saya yang dapat membaca al-Quran dengan baik.Ini merupakan penghormata yang terlalu awal, menyebabkan saya tidak mempunyai peluang bermain sebagaimana yang dinikmati oleh rakan sebaya.

Kehidupan seorang yang agung bermula sejak kecil lagi. Sausana rumah, keluarga dan masyarakat memberi saham yang besar dalm membentuk jiwa seseorang.Yusuf telah didewasakan dalam suasana keislaman yang kuat dan mantap. Bukan sahaja keluarga bapa saudaranya tetapi penduduk kampungnya yang telah mengambil berat dan memberi penghargaan kepada kanak-kanak yang menghafal al-Quran.

Agama merupakan faktor utama yng sangat mempengaruhi kehidupan penduduk shafat al-Turab. Agama adalah penunjuk arah bagi pemikiran serta sumber utama dalam membentuk budaya mereka dan memberi pengaruh utama dalam kegiatan harian mereka. Perkara ini dapat diketahui melalui kegiatan penduduk di situ yang sentiasa mengimarahkan masjid-masjid terutama dalam bulan Ramadhan, sambutan hari kebesaram Islam seperti perayaan sambuatan Maulid nabi dan Israk mikraj. Di samping itu, penduduk kampung amat peka terhadap pengajian al-Quran kepada kanak-kanak. Terdapat empat kuttab dalam kampung tersebut iaitu kuttab Syeikh Dasuqi, Kuttab Syeikh Nuruddin, Kuttab Syeikh Hamid Abu Zuwail dan Kuttab Syeikh Yamani Murad. Al-Qaradhawi belajar di kuttab Syeikh Hamid Abu Zuwail. Al-Qaradhawi juga telah menghafal kitab al- Tuhfat yang berisi hukum-hukum tajwid. Sejak itu juga, beliau menjadi imam solat dan penduduk kampung amat menyukai bacaanya ketika bersembahyang. Mereka selalu menyuruh beliau menjadi imam terutama solat Subuh dan sejak itu mereka mengelarkannya sebagai ‘syeikh Yusuf’ . Pada masa itu, umurnya berusia 10 tahun.

Apabila tamat madrasah Ilzamiyyah, beliau melanjutkan pelajaran ke Maahad Rendah Tanta (madrasah ibtida’ittah) selama 4 tahun dan di Maahad Menengah (madrasah thanawiyya) selama lima tahun.Maahad ini terletak dibawah penguasaan al-Azhar.Menurut al-Qaradhawi, pada mulanya bapa saudaranya enggan menghantar beliau ke sekolah maahad al-Azhar kerana ia memakan masa yang lama apatah lagi banyak graduannya menganggur ketika itu. Bapa saudaranya inginkan beliau menamatkan pelajaran dan cepat mendapat pekerjaan atau menjadi peniaga yang berjaya. Tetapi takdir allah yang menentukan apabila ada seorang syeikh yang datang melawat kampung shafat al-Turab dan menyarankan kepada bapa saudara bahawa wajib beliau menghantar saya ke al-Azhar. Saat itulah yang merubah kehidupan al-Qaradhawi dan menjadi salah seorang pelajar di Maahad Agama Tanta dengan memakai pakaian rasmi al-al-Azhar iaitu jubah dan serban merah.

Semasa di Maahad Tanta, al-Qaradhawi mulai banyak membaca buku. Ia tidak hanya membatasi diri untuk membaca buku-buku silibus sahaja, tetapi buku-buku yang lain untuk meluaskan ufuk pemikiran dan menghilangkan kehausan terhadap ilmu pengetahuan. Untuk itu, al-Qaradhawi mendapatkan buku-buku tersebut melalui perpustakaan Dar al-Kutub Tanta atau menyewanya dari perpustakaan Fak al-azmah. Pada masa ini, bacaan al-Qaradhawi lebih tertumpu kepada dunia kesusasteran Arab dengan membaca buku-buku karya al-Manfaluti, Mustafa al-Sadiq al-Rafa’i Taha Husain, Abbas Aqqad dan Ahmad Amin. Di Maahad Agama Tanta, al-Qaradhawi belajar dengan al-Bahi al-Khuli, Syeikh Mahmud al-Diftar dan Syeikh Mutawalli Sya’rawi.

Semasa beliau belajar di Maahad Agama Tanta peringat rendah, ibunya telah meninggal dunia. Ketika itu beliau berusia 15 tahun. Setelah tamat Maahad Tanta, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar.

Pada tahun 1952/1953, beliau berjaya menyelesaikan kuliah di Fakulti Usuluddin. Beliau tamat dengan menjadi pelajar terbaik dari 180 orang mahasiswa. Yusuf kemudiannya mengambil pengkhususan di fakulti Bahasa Arab selama dua tahun. Beliau memperolehi ijazah sarjana dan diploma pendidikan dengan pangkat pertama daripada 500 orang mahasiswa. Pada tahun 1957, beliau menyambung pelajaran ke Akademi Kajian Bahasa Arab Tinggi yang dikelolakan oleh Liga Arab sehingga memperolehi diploma Bahasa Arab dan Sastera.

Dalam waktu yang sama, Yusuf mendaftar calon ijazah tinggi di Fakulti Usuluddin dalam bidang tafsir dan hadith sehingga menamatkan pengajian pada tahun 1960. Kemudian, beliau menyiapkan diri untuk mendapatkan untuk mendapatkan Ph.D dalam fiqh al-Zakat yang diwajibkan untuk diselesaikan dalam masa dua tahun. Oleh kerana keadaan politik Mesir cukup gawat ketika itu, beliau terpaksa menanguhkan pengajiannya selama 13 tahun. Akhirnya pada tahun 1973, beliau berhasil memperolehi ijazah Ph.d. Tesis tersebut mendapat pujian dan menjadi kebanggaan kebanyakan ulamak termasuk Mawdudi dan Muhammad Mubarak.

Peribadi yang mempengaruhi al-Qaradawi

Menurut Yusuf al-Qaradhawi bahawa peribadi yang banyak memberi kesan kepada kehidupannya sama ada dalam pemikiran dan spiritual ialah Hassan al-Banna, pengasas gerakan Ikhwan Muslimun. Semasa itu, Hassan al-Banna di Kaherah dan al-qaradawi masih lagi menuntut di Tanta. Walaupun begitu, beliau telah mendengar ucapan al-Banna di Tanta beberapa kali dan membaca tulisannya. Yusuf menyifatkan al-Banna sebagai pendakwah yang agung dn mepunyai keperibadian yang sederhana sama ada dalam penulisan atu percakapan. Yusuf menceritakn bahawa beliau mendengar ceramah al-banna semasa menuntut di mahaad Agama peringkat rendah sempena sambutan Hijrah. Maka didapati ucapannya begitu mudah sehingga saya boleh menghafaznya pada hari itu.Beliaua mempunyai ilmu yang luas. Dalam majalah al-Shahab, al-Banna menulis mengenai tafsir, akidah, mustalah hadith, sejarah Islam dan system-sistem kemasyaratan. Tulisan-tulisan itu ditulis dengan baik dan asli.

Antara kesan al-Banna kepada jiwanya itu, beliau menulis buku al-Tarbiah al-Islamiyyah wa madrasah Hassan al-Banna. Al-Qaradhawi juga membawa contoh-contoh mujahid besar ini dalam banyak tulisan-ulisannya terutama dalam bidang dakwah. Dalam buku fiqh al-Awwalawiyyat, Yusuf membawa contoh keutamaan dakwah yang dilakukan oleh al-Banna.

Dalam buku al-Tarbiah al-Islamiyyah, al-Qaradhawi menulis mengenai asas-asas pendidikan yang telah dilakukan oleh al-Banna. Al-Qaradawi menyebutkan al-Banna seorang pembina bukan penghancur. Seorang yang bekerja danbukan seorang yang hanya bercakap, seorang yang melihat realiti dan bukan seorang yang suka berkhayal.Malahan menurut al-Qaradhawi, tarbiah Ikhwan merupakan tarbiah yang terbaik kerana ia berteraskan asas pendidikan Islam yang sempurna.

Selain al-Banna, al-Qardhawi juga cukup mengagumi tokoh seperti Ustaz al-Bahi al-Khuli dan Muhammad al-Ghazali. Kedua-dua tokoh tersebut merupakan tokoh yang mendapat didikan daripada gerakan Ikhwan. Menurut al-Qaradhawi bahawa didikan gerakan Ikhwan lebih memberi kesan kepada jiwanya daripada pendidikan formal yng dipelajarinya di al-Azhar dan giuru-gurunya dengan tidak menafikan sumbangan mereka dalam membentuk peribadi dn keilmunnya.

Ustaz al-Bahi al-Khuli merupakan orang yang bertanggungjawab mendiduk al-Qaradhawi dalam gerakan ikhwan kerana beliau merupakan ketua markaz Ikhwan bagi kawasan al-Gharbiyah. Beliau sering menyampaikan ceramah-ceramah umum di markaz ikhwan. Hasil ceramah yang beliau sampaikan itu kemudian dihimpunkan menjadi sebuah buku yang berjudul tazkirah al-du’at. (Peringatan buat Juru dakwah). Al-Qaradhawi bergabung bersama dengan al-Bahi al-Khuli dalam halaqah yang diberi nama Kutaibah al-Zabih. Yang dimaksudkan dengan al-Zabih adalah nabi Allah Ismail yang bersama ayahnya nabi Ibrahim membina Kaabah. Antara yang menyertai halaqah ini ialah Ahmad Asal, Muhmmad Damardasy Murad, Abdul Azim al-Dib, Abdul Wahab al-Batattanuni. Halaqah ini diadakan pada setiap hari Isnin selepas solat subuh. Sementara ini, sebelum fajar subuh mereka melakukan amalan –amalan kerohanian sehingga merasai kenikmatan dan sausana ketuhanan yang sangat tinggi. Begitu juga, hubungan al-Qaradhawi dengan Muhammad al-Ghazali amat rapat dan perkenalan mereka bermula sejak al-Qaradhawi masih lagi menuntut di Tanta.

Dalam bidang akademik, beliau terpengaruh dengan Muhamad Abdullah Darraz. Menurut al-Qaradhawi, Muhammad Darraz ini mempunyai keluasan ilmu dan pemikiran Islam yang asli terutama dalam buku-bukunya seperti falsafah al-Akhlaq fi al-Quran.Begitu juga beliau mepunyai hubungan khusus dengan Syeikh Mahmud Syaltut sebelum beliau menjadi Syeikh al-Azhar dan juga dengan syeikh Abdul Halim Mahmud yang mengajar subjek falsafah kepada beliau.Al-Qaradhawi bersama rakan-rakannya sentiasa berjumpa dan menziarahi Mahmud Syaltut dan Abdul Halim Mahmud untuk berbincang mengenai Islam dengan mereka.Pada tahun empat kuliah Usuluddin, Abdul Halim Mahmud mengajar al-Qaradhawi dalam subjek tasauf dengan rujukan khusus kepada buku al-Munqidh min al-Dalal karya Imam al-Ghazali.

Di al-Azhar beliau jug belajar dengan Muhmmad Mukhtar Badir dan Muhammad Amin Abu al-Raus kedua-dua merupakan guru tafsir, Muhammad Ahmadain dan Abu Hamid al-Sazali guru dalam bidang ilmu hadith, Salih Ashraf al-Isawi, Muhammd Yusuf dan al-Syafi’i al-Zawahiri, guru dalam bidang ilmu tauhid, Dr. Muhammad Ghalab guru dalam bidang ilmu falsafah dan Tayyib al-Najjar guru dalam bidang Usul Fiqh.

Mereka merupakan guru-guru-guru al-Qaradhawi yang banyak mempengaruhi kehidupan ilmiahnya. Namun seperti pengakuannya, beliau bukanlah carbon copy atau kehilangn identiti diri meskipun mengagumi ketokohan mereka. Merek hanya sekadar pemberi inspirasi, model dan rujukan dari segi pemikiran dn tingkah laku sahaja. Beliau menyebutkan bahawa anatara kurnian Allah kepada saya ialah saya mengagumi seseorang tetapi tidak menjadikan saya seorang yng membuta tuli mengikutnya atau hilang identiti diri. Saya -bersyukur kepada Allah- bukan ciplakan daripada salah seorang daripada mereka, saya hanya mengmbil pemikiran atau tingkah laku dalam peribadi yang saya kagumi.

Antara peribadi yang memberi kesan kepada jiwanya juga ialah Syeikh Rashid Rida, pengarang al-Manar. Walaupun beliau tidak pernah berjumpa tetapi pemikiran Rashid Rida menyebabkan al-Qaradhawi mengaguminya. Rashid Rida seorang juru islah abad ini yang mengemukakan idea-idea baru untuk umat Islam maju. Beliau menyarankan islah, tajdid, ijtihad dan kembali kepada al-Quran dan al-sunnah dan manhaj salafi. Beliau juga terpengaruh dengan Imam al-Ghazali, Ibn Taimiyyah dan Ibn Qaiyim.

Dalam kebanyakkan penulisannya, al-Qaradawi, beliau sering menukilkan kata-kata ketiga-tiga tokoh tersebut. Beliau menyebutkan bahawa semasa awal kehidupannya, beliau begitu mengagumi Imam Abu Hamid al-Ghazali yang mana kitab al-Ihya merupakan buku pertama yang dibaca semasa kecil, kemudian membaca buku-buku peninggalan Ibn Taimiyyah, maka beliau mengaguminya. Ia memberi kesan kepada pemikiran dan jiwanya. Ia merupakan peribadi yang menberi pemikiran pertama kepadanya.. Beliau juga mengagumi anak muridnya Imam Ibn Qaiyim.. Walaupun beliau mengagumi kedua-dua tokoh tersebut, ia tidak menghalang untuk berbeza dalam setengah-setengah isu sepertimana kedua-dua tokoh tersebut berbeza pendapat dengan orang-orng terdahulu daipada mereka.

Sejak muda lagi, al-Qardhawi didedahkan dengan tokoh-tokoh islah dan mujadid Islam yang besar sama ada melalui hubungan secara individu tersebut atau melalui bacaan tulisan-tulisan tokoh tersebut. Secara kesimpulannya, kita dapati orang yang ingin menjadi tokoh besar kemudian hari, kehidupannya bermula sejak muda lagi. Al-Qaradhawi telah mengenali tokoh-tokoh besar Islam sejak dalam usia yang terlalu muda.