Monday, November 4, 2013

Harga gula naik 34 sen kepada RM2.84



Harga gula naik 34 sen kepada RM2.84 bermula hari ini
KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek berkata harga gula akan dinaikkan 34 sen ekoran potongan subsidi gula yang diumumkan dalam Bajet 2014.

Beliau  berkata ini menjadikan harga gula kini RM2.84 sekilogram berbanding RM2.50 sebelum ini.

Hasan berkata langkah ini dapat menjimatkan perbelanjaan negara sebanyak RM64.02 juta tahun ini dan RM551.25 juta tahun depan.

"Lebihan penjimatan ini nantilah yang akan digunakan untuk membiayai pembangunan infrastruktur dalam negara di masa depan," katanya kepada Bernama.

Beliau turut memberi amaran agar peniaga tidak menaikkan harga barangan makanan berasaskan gula secara mendadak.

"Kita mesti letakkan kepentingan rakyat lebih daripada segala-galanya, bukannya meletakkan kepentingan keuntungan peniaga itu sendiri, oleh itu, saya minta supaya peniaga juga bersama-sama dalam usaha kerajaan untuk mewujudkan kesejahteraan buat rakyat.


No comments:

Post a Comment