Thursday, December 5, 2013

Berita Terkini Banjir Di Pahang 5 Disember 2013

 19  0 
Berita terkini banjir di Pahang pada khamis 5 Disember 2013. Mangsa banjir di Pahang setakat ini mencatatkan jumlah keseluruhan seramai 30,307 orang. Daerah Kuantan mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 22,291 orang diikuti Pekan (3,037), Rompin (4,287), Maran (637) dan Jerantut (25). Dua daerah terbaharu yang turut dilanda banjir iaitu Lipis dan Temerloh.
pahang
Dua Beranak Mangsa Korban Pertama Banjir Di Pahang
Dua beranak menjadi mangsa pertama korban banjir di Pahang apabila bot gentian dinaiki terbalik dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam 4 Disember 2013 di Kampung Sungai Isap. Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, mangsa lemas iaitu Jamal Ali, 40, dan anaknya berusia belasan tahun dan masih belum diketahui identiti dipercayai sedang memindahkan barangan di kampung itu.
Sultan Pahang Turun Padang Melawat Mangsa Banjir
Sultan Pahang melawat mangsa banjir di SRJK Chung Ching, Tanah Putih
sultan pahang
Talian Kecemasan Mangsa Banjir Di Pahang
Pusat banjir kuantan: 095143799
Bilik Gerakan Banjir IPK Pahang ditalian: 095052294/095052276
Senarai Jalan Ditutup Kepada Pengguna Jalan Raya
Jalan-jalan yang ditutup kepada semua jenis kenderaan ialah:
1. KM 28 Kuantan-Sg Lembing
2. KM 36 Jalan Gambang berhampiran Gambang Resort
3. Bt 3 Jalan Gambang (depan Giant)
4. Lampu trafik Bukit Rangin Kuantan
5. Lampu trafik Shah Putra Kuantan
Gambar Terkini Banjir Di Pahang 5 Disember 2013
1471398_694756307225963_301721948_n banjir 1 banjir 2 banjir 3 banjir 4 banjir 5
pandan damai
hujan
kuantan 1 kuantan 2 kuantan 3

No comments:

Post a Comment