Friday, December 6, 2013

INFO TERKINI BANJIR...6 DIS 2013

Gambar: Lokasi - Jalan Mak Lagam, Kemaman

*Foto ehsan - Azhiim Nur.
Lokasi - Jalan Mak Lagam, Kemaman


Gambar: LOKASI: Kuala Jengai Dungun

Askar tiba membantu mangsa banjir.
LOKASI: Kuala Jengai Dungun ,   Askar tiba membantu mangsa banjir.

Banjir di pantai timur bertambah buruk

 Keadaan banjir di pantai timur Semenanjung semakin buruk dan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sejak malam tadi meningkat kepada 42,626 orang pagi ini.

Semalam, jumlah yang dipindahkan sebanyak 37,136 orang.

Pahang merupakan negeri paling buruk mengalami kesan musim tengkujuh ini dengan 34,235 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis, Temerloh dan Bera.


Mangsa banjir di Terengganu meningkat 7,110 berbanding 6,052 penduduk sebelum ini dengan jumlah paling ramai di Dungun iaitu 4,213 orang

Mangsa banjir di Johor menurun kepada 1,437 daripada 1,825 sehingga jam 12 tengah hari tadi

Gambar: LOKASI : Dungun, Terengganu. 

Permandangan dari udara.




Keadaan di Kemaman , semalam


Kelantan dan Terengganu catat penurunan mangsa banjir

Jumlah terkini mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan mencatatkan penurunan walaupun laluan di kedua-dua negeri masih ada yang tidak boleh dilalui.

Jumlah terkini mangsa banjir di Terengganu turun kepada 6,052 pada kira-kira 11 malam tadi, berbanding 6,595 yang dicatatkan pada kira-kira 7 malam tadi.

Mangsa banjir di Kelantan juga turun kepada 1,675 yang direkodkan pada kira-kira 11 malam, berbanding 2,078 mangsa dicatatkan pada 7.30 malam tadi.

Sejumlah 1,559 keluarga kini berada di 82 pusat pemindahan di Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu.

Tiga puluh pusat pemindahan masih menempat mangsa di Kelantan, termasuk Tanah Merah, Kuala Krai, Machang, Pasir Puteh, Pasir Mas dan Tumpat.

Laluan ditutup di Kelantan adalah di Kilometer 12.2 Jalan Masuk Aring 8 & 9 dan Jalan Chiku-Aring di Gua Musang, Jalan Bukit Sireh/Kampung Bedal/Kuala Nal di Kuala Krai.

Selain itu, Jalan Pasir Puteh-Semerak di Pasir Puteh, Jalan Tanah Merah-Kusial-Kampung Ipoh di Tanah Merah dan Jalan Pohon Tanjung-Pasir Pekan di Tumpat, turut ditutup.


BERITA SEMALAM....

Seramai 34,058 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Pahang.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontingen Pahang, sehingga pukul 10 malam ini, semua mangsa adalah dari tujuh daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis dan Temerloh.

"Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 27,587 orang yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama hari ini.

Di Rompin, seramai 4,180 mangsa banjir di 14 pusat pemindahan, Pekan 3,091 mangsa di 16 pusat pemindahan, Maran, 49 mangsa di enam pusat, Jerantut 311 mangsa di 11 pusat, Lipis 21 mangsa di dua pusat dan Temerloh dengan tujuh mangsa di satu pusat pemindahan.

Sementara itu beberapa jalan utama masih ditutup akibat dinaiki air melebihi satu meter, antaranya KM 28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, KM 51 Jalan Kuantan-Kemaman, Batu 3 Jalan Kuantan-Gambang, KM 72 Jalan Kuantan-Segamat, KM 62 Jalan Kuantan-Rompin dan Jalan Utama Jerantut-Kuala Lipis.

Polis turut menasihati orang ramai supaya berjaga-jaga dan bersiap sedia berpindah berikutan masih berterusan, malam ini.

Di JOHOR BAHRU, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Johor meningkat kepada 2,852 orang malam ini berbanding 2,027 orang di sebelah petang. 

Mengikut maklumat portal bencana Majlis Keselamatan Negara yang dikemaskini pada pukul 9 malam, peningkatan berlaku di Kluang iaitu 774 orang berbanding 233 orang di sebelah petang. 

Peningkatan juga berlaku di Segamat iaitu 491 berbanding 476 orang dan Pontian 476 (403 orang); selain pembukaan semula pusat pemindahan di Muar dengan jumlah mangsa yang sama iaitu 217 orang dan di Ledang dengan lapan mangsa.

Jumlah mangsa di Batu Pahat pula menurun daripada 503 orang kepada 474 orang manakala jumlah mangsa di Mersing dan Kota Tinggi masing-masing kekal pada 194 dan 218 orang.

Menurut lamanweb Jabatan Pengairan dan Saliran, kebanyakan tempat mengalami cuaca baik dengan tiada hujan atau menerima taburan hujan antara 1mm dan 30mm (hujan gerimis dan sederhana) sejak tengah malam semalam.

Bagaimanapun, Sungai Linggiu di Kota Tinggi mencatatkan taburan hujan sebanyak 83mm yang dikategorikan sebagai sangat lebat. 

Empangan Juaseh di Segamat dan Ladang Nam Heng di Kota Tinggi masing-masing menerima hujan lebat sebanyak 48mm dan 36mm.

No comments:

Post a Comment