Tuesday, December 3, 2013

Jumlah Mangsa Terlibat Banjir Di Daerah Rompin Dan Temerloh Terus Meningkat !

KUANTAN 3 Feb [11.35 am] - Jumlah mangsa banjir di dua daerah di Pahang pagi ini meningkat kepada2,167 orang berbanding 2,081 orang petang, semalam. Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daerah Rompinmasih merekodkan pemindahan tertinggi iaitu seramai 1,808 orang daripada 236 keluarga selepas lima buah perkampungan dilanda banjir. Katanya, lima penempatan berkenaan ialah di Bukit Serok (1,514 orang), Kampung Rekoh(168), Kampung Kurnia Tanjung Gemok (83), Kampung Aur (37) dan Kampung Lubuk Batu (6). Daerah Temerloh pula, katanya, melibatkan 359 mangsa daripada 94 keluarga selepas empat penempatan dilanda banjir iaitu Kampung Batu Kapor Bawah(233), Taman Mentakab Indah (68), Kampung Lurah Permata (40) dan Kampung Sungai Buluh Mentakab (18). Katanya, beberapa jalan turut ditutup kepada semua kenderaan yang melibatkan Jalan Kampung Baru Bukit Ibam, Jalan Kampung Inoi, Jalan Kampung Denai, Jambatan Sungai Gayong, Jambatan Kampung Lubuk Batu, Kota Bahagia di Rompin manakala di Jambatan Tanjung Kerayong, Mentakab di Temerloh turut ditutup. Selain itu, katanya, jalan di KM5 Felda Selancar, Rompinditutup kepada kenderaan berat selepas kejadian tebing runtuh manakala Jalan Hwa Li Cenderawasih dan Jalan Lam Trading Cenderawasih hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda. Bagaimanapun, dua jalan di daerah Temerloh iaituJalan Kampung Sungai Buluh dan Jalan Kampung Batu Kapor Bawah hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja.
[Pahang Daily Online menasihatkan orang ramai terutamanya yang tinggal di kawasan berisiko banjir agar berhati-hati dan dapat bersedia lebih awal bagi menggelakkan segala kemungkinan yang tidak diingini berlaku. Segala barangan dan dokumen penting perlulah diletakkan di tempat yang selamat serta ikut arahan pihak berkuasa sekiranya diarahkan berpindah. Musibah yang berlaku ini mungkin ada hikmahnya. Justeru itu pastikan keselamatan keluarga masing-masing. Jangan melanggar atau ingkar dengan arahan pihak yang berkenaan kerana kelak diri sendiri yang akan merana. Apa yang penting, sekali lagi berilah bantuan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengambilkira perbezaan fahaman politik kepartian].

No comments:

Post a Comment