Saturday, December 7, 2013

TERKINI! INFO BANJIR DI PANTAI TIMUR - KEMASKINI 3.30 PTG 7HB. DIS13

DAPATKAN INFO BANJIR DIBAWAH:


INFO BANJIR PAGE 1  : KUANTAN

PAGE 2  :  Life@ Kuantan


PAGE 3 :  KOTA BHARU BRI

PAGE 4  :  BANJIR DI TERENGGANU

KEMASKINI TERBARU.....3.30 PTG - 7HB. DIS.

TERKINI ....AIR SUNGAI LEMBING MELIMPAH


PADANG BOLA PEKAN SG. LEMBING



Banjir di uitm jengka..hampir keseluruhan felda jengka (1-24) naik air Foto Banjir
Mangsa banjir meningkat lagi

KUALA TERENGGANU: Jumlah terkini mangsa banjir di negeri ini terus meningkat kepada 7,337 orang daripada 1,810 keluarga pada 3 petang tadi berbanding 7,110 mangsa pada 11 pagi.

Dungun terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi seramai 4,340 orang daripada 1,075 keluarga yang ditempatkan di 29 pusat pemindahan manakala Kemaman seramai 2,472 orang daripada 595 keluarga dan ditempatkan di 31 pusat pemindahan.
Sementara itu, jumlah mangsa banjir Temerloh terus meningkat kepada 415 orang berbanding hanya 167 yang dicatatkan pada pagi tadi.
Kesemua mangsa membabitkan 88 keluarga itu ditempatkan di lima pusat pemindahan banjir daerah.

Jumlah itu menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 34,487 orang.

Sebanyak dua jalan ditutup untuk kenderaan ringan di daerah berkenaan iaitu Jalan Temerloh-Kampung Pangsenam dan Jalan Temerloh-Triang.

Kuantan mencatatkan bilangan mangsa banjir paling besar iaitu 27,391 orang manakala Rompin (2,865), Pekan (3,218), Maran (49), Jerantut (451), Lipis (33) dan Bera menjadi daerah terbaru dilanda banjir dengan 61 mangsa terpaksa dipindahkan.

Banjir di pantai timur bertambah buruk

 Keadaan banjir di pantai timur Semenanjung semakin buruk dan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sejak malam tadi meningkat kepada 42,626 orang pagi ini.

Semalam, jumlah yang dipindahkan sebanyak 37,136 orang.

Pahang merupakan negeri paling buruk mengalami kesan musim tengkujuh ini dengan 34,235 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis, Temerloh dan Bera.


Gambar: Jln tnh putih belah bwh masih ditenggelami air

No comments:

Post a Comment