Saturday, January 18, 2014

PERASMIAN KURSUS PENGAMBILAN PERTAMA SESSI 2014

PERASMIAN KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA' CAWANGAN MENTAKAB PENGAMBILAN PERTAMA SESI 2014



ALHAMDULILLAH, BERSYUKUR KEPADA ALLAH SWT, AKHIRNYA SELAMA HAMPIR TIGA TAHUN KURSUS INI DIIKLANKAN, ALLAH QABULKAN JUGA.
PADA 8 HB FEB 2014 INI, JAM 10.00 PAGI KURSUS PENGAMBILAN PERTAMA CAWANGAN MENTAKAB, PAHANG AKAN DIRASMIAKAN OLEH YBHG. TUAN GURU DATO DR HARON DIN, PENGASAS DARUSSYIFA'. MAJLIS PERASMIAN AKAN DIADAKAN DI DEWAN KAFA, MASJID TAMAN BUKIT BENDERA, MENTAKAB, PAHANG.

SERAMAI 65 PESERTA TELAH MENDAFTAR UNTUK MENGIKUTI KURSUS YANG AKAN DIJALANKAN SELAMA DUA(2) SEMESTER INI. PENGURUSAN MASIH MEMBUKA PENYERTAAN KEPADA MEREKA YANG BERMINAT, HADIR DI MAJLIS TAKLIMAT YANG AKAN DIADAKAN PADA 1 HB FEB ATAU DATANG KE PUSAT RAWATAN ISLAM DARUSSYIFA', CAWANGAN MENTAKAB DI ALAMAT: NO. 22, LORONG BENDERA 1H, TAMAN BUKIT BENDERA, MENTAKAB, PAHANG. SILA BERHUBUNG DGN UST ISHAK: HP: 017-9238355/014-8305699/011-12198611/09-2773327 (PEJABAT)

RENUNGAN:10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S. W. T

Rasulullah bersabda, 10 orang yang solatnya tak diterima oleh Allah swt adalah :-

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).
4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.
6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.
7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
9. Orang yang suka makan riba.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.


Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT.” Hassan r. a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

Wednesday, January 15, 2014

APABILA FAHAMAN SYIAH MENGUASAI DIRI !!!

Assalamualaikum...


Alhamdulillah dengan izin allah diberikan kekuatan kepada aku untuk menaip di blog yang manusia cipta ini. Terlebih dahulu ingin saya bertanya kepada anda semua apa yang sedang berlaku kepada kita sekarang terutamanya Umat Islam di Malaysia? Bermacam-macam perkara yang kurang menyenangkan didengari dimulut dan hangat di facebook sekarang yang mengutuk-ngutuk sahabat nabi dan sebagainya? Siapa yang buat semua ini? Siapa lagi puak SYIAH yang melampau dengan membawa dakyah2 sesat meracuni fikiran umat-umat Islam yang cetek pemikiran dan hanya menggunakan logik akal.

DIFAHAMKAN terdapat 200juta di seluruh dunia. Di Malaysia, anutan ini dipercayai sedang berkembang. Untuk mengenali Syiah ia terbahagi kelompok iaitu (kelompok yang melampau,pertengahan dan ikut-ikutan) (sumber: SYIAH MENULAR SENYAP DI MALAYSIASinarharian 18Jun2012).  Keterangan lanjut untuk tahu siapa itu Syiah boleh kesini juga - isu Syiah Di Malaysia

Pernah tak timbul di dalam fikiran anda bagaimana Syiah Di Malaysia & kesannya kepada umat Islam di sini. 

Perbezaan antara Syiah dan Ahlul Sunnah

Syi’ahAhlus Sunnah
Al-Qur’an telahpun diselewengkan oleh para Sahabat r.a.Al-Qur’an terpelihara daripada sebarang penyelewengan
Ali lebih hebat daripada Rasulullah s.a.w.Rasulullah s.a.w. lebih hebat daripada sekelian makhluk
‘Aishah isteri Rasulullah adalah penzina‘Aishah isteri Rasulullah adalah suci dan merupakan Ibu kepada orang-orang yang beriman
Abu Bakr dan Umar adalah penjenayahAbu Bakr dan Umar adalah sebaik-baik umat Islam selepas Rasulullah s.a.w. dan para nabi dan rasul
Mencerca kebanyakan para Sahabat dan menghukum mereka adalah fasiq dan murtadMenghormati para Sahabat dan mempercayai mereka dipuji oleh Allah Ta’ala

Lihat sahaja perbezaan diatas anda boleh nilai sendiri sejauh mana pandangan anda terhadap fahaman Syiah ini. 
Sebelum itu saya igin berkongsi mengenai hamba allah yang bernama Anuar yunos yang terlampau Fanatik dengan syiah.