Saturday, May 10, 2014

Tanah Kubur Musim 5 Episod 5 [Episod Penuh]

Apa kah itu saka?
Saka adalah kontrak mistik di antara nenek moyang dengan jin untuk mendapatkan kecantikan, perlindungan, kekuatan dan pertolongan, dengan syarat-syarat tertentu dan pada masa-masa tertentu.
Ia boleh diwarisi dan dipindahkan kepada keturunan si pengamal sehingga 7 keturunan, terutamanya kepada anak cucu yang masih menyimpan barang-barang peninggalan si mati.
Terdapat beberapa tanda/sympthon saka dalam badan.
1.Susah untuk melelapkan mata/tidur. Dan sekiranya berjaya tidur ia akan di datangi berbagai-bagai mimpi. Di antara mimpi yang lazim diceritakan, dan ada kaitan dengan saka adalah seperti berikut:
  1. Bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
  2. Bermimpi berada di awangan.
  3. Sering dikejar binatang dan dipatuk ular.
  4. Mimpi Arwah/orang yg telah mati.
  5. Bermimpi bertemu bayi/menyusukan bayi.
  6. Mimpi melihat atau terlibat dengan banjir, air (perigi/sunai/laut) dan sebagainya.
  7. Bermimpi melihat ikan di dalam air.
2. Mengalami kesakitan anggota badan (dengan izin Allah). Sakit seperti ini tidak upaya dikesan oleh perubatan moden;
  1. Sakit-sakit sendi
  2. Sakit saraf
  3. Sakit Belakang/Urat Belikat/Tengkuk dan Sakit Kepala (semua penyakit ini dihidapi berpanjangan waktu)
  4. Ada lebam pada tubuh setelah bangun dari tidur.
  5. Berdebar-debar tanpa sebab.
  6. Sakit pada tumit, tapak kaki dan ibu jari kaki.
  7. Sakit Angin dalam badan (bukan Gastrik)
  8. Kebas-kebas di tangan dan kaki.
  9. Batukatau Lelah luarbiasa (berpanjangan waktu).
  10. Resdong/Sakit Kulit/Mental/Sawan dan OKU
3. Mengalami masalah keluarga dan rumahtangga. 
  1. Perselisihan faham, pergaduhan, pertengkaran yang sukar dikawal.
  2. Sukar mendapat jodoh.
  3. Sukar mendapat zuriat keturunan.
  4. Bersifat pemarah/baran dalam ahli keluarga.
  5. Perpecahan rumahtangga dan lain-lain masalah yang kronik.
Apa yang anda perlu buat?
Jika ada tanda-tanda saka dalam badan anda ini, anda perlu segera berjumpa dengan pengamal perubatan Islam yang bertauliah.
Selidik dahulu salasilah keturunan anda terlebih dahulu.
Sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan mencukupkan ibadat-ibadat wajib, memperbanyakkan membaca al-Quran dan amalan-amalan sunat.
Jangan putus asa sekiranya anda gagal mengeluarkan saka dari hidup anda.
Amalkan ayat ke-82 Surah al-Isra’ dan ayat ke-57 Surah Hud (Inna rabbi ‘ala kulli syai in hafeez).
Teruskan berusaha dengan mencari penawar dan bertawakkal kepada Allah. Insya-Allah.

1 comment:


  1. A licensed Loan Lender, We offer Affordable Loan at 3% interest rate available for local and international borrowers, Are you seriously interested in getting a genuine Loan without stress? Do you need this Loan for business and to clear your bills? Then send us an email now for more details via:(majidvijahlending@gmail.com)

    LOAN APPLICATION FORM.

    (1)Full Name:
    (2)Country:
    (3)State:
    (4)Address:
    (5)Sex:
    (6)Occupation:
    (7)Amount needed:
    (8)Loan duration:
    (9)Loan purpose:
    (10)Telephone

    Email Us:(majidvijahlending@gmail.com)

    ReplyDelete