Thursday, September 11, 2014

FITNAH TERHADAP TUAN GURU DATO' DR HARON DIN


Penulis telah menerima sebuah panggilan telefon daripada seseorang yang kononnya berhajat untuk mendapatkan rawatan. Pemanggil memperkenalkan diri sebagai Muhammad Mughani dari Pulau Pinang memaklumkan ingin mendapatkan rawatan berkenaan saka. Saya menanyakan kepada pemanggil bagaimana ia mengetahui sakitnya diakibatkan oleh saka? Pemanggil tersebut memaklumkan dia sedang menjalani rawatan di sebuah Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad (ABJAD) di Pulau Pinang. Muhammad memaklumkan kaedah rawatan yang dilakukan oleh ABJAD agak pelik dimana dia diminta mengumpulkan bulu-bulu dibadannya serta peluh dan darah untuk sepuluh jari di kaki dan tangan untuk dizikirkan bagi kaedah membuang saka. Pesakit juga dikehendaki membayar kifarat kambing berjumlah RM 500.00

Pesakit memaklumkan telah menanyakan hal tersebut kepada sebuah rawatan Islam yang sering keluar dikaca televisyen dimana Ustaz berkenaan memaklumkan amalan yang dilakukan ABJAD adalah menjurus kepada khurafat. Penulis menasihati pemanggil agar berhati-hati dalam mencari kesembuhan dan mengelakkan syirik dan khurafat.

Muhammad menyatakan bahawa pihak ABJAD yang merawatnya mendakwa Tuan Guru Dato' Dr Haron Din sendiri pernah mendapatkan rawatan daripada mereka dalam membuang 'SAKA' milik Tuan Guru. Saya menjelaskan bahawa Tuan Guru Dato' Dr Haron Din tidak pernah sama sekali mendapatkan rawatan sedemikian malah Tuan Guru Dato' Dr Haron Din sendiri tidak memiliki seekor pun jin mahupun saka dan ia adalah fitnah semata-mata untuk meraih simpati dan keyakinan pesakit. Saya masih ingat kata-kata pihak Darussyifa' Pusat apabila ditanya adakah Tuan Guru Dato' Dr Haron Din memiliki jin pendamping ataupun saka ? Dengan nada senyuman pihak Darussyifa' Pusat menjawab "Jika Tuan Guru (Haron Din) memiliki jin pendamping, sudah tentulah saya turut memilikinya sama...tetapi ia tidak berlaku..."

Sudah menjadi sikap sesetengah pihak sanggup memfitnah dalam usaha meraih keyakinan orang ramai. Sikap memfitnah adalah dosa besar yang amat dimurkai Allah.

Mendaftar sebagai Pertubuhan yang sah disisi undang-undang bukan beerti pertubuhan tersebut pertubuhan yang sah disisi agama. Majlis Syariah Negeri-Negeri atau Majlis Fatwa Kebangsaan adalah badan berautoriti yang disediakan oleh kerajaan dalam mengeluarkan Fatwa berhubung penyelewenggan amalan sesebuah pertubuhan, namun urusan pembatalan pendaftaran pertubuhan tetap berada dalam bidang kuasa pihak yang lain. Dakwaan menyatakan jika pertubuhan 'Z' menyeleweng contohnya, kenapa pertubuhan tersebut mempunyai banyak cawangan di seluruh negara? Mengapa ia boleh didaftarkan secara sah disisi undang-undang? adalah merupakan soalan yang menunjukkan sipenanya tidak faham sistem dan fungsi badan-badan kerajaan di Malaysia.
Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah telah membuat keputusan pada 23.8.1976, 25.10.1976 dan 10.11.1976 bahawa risalah yang bernama 'Risalah Gerak Kilat Menyambar dan Mutiara Ditengah Mata" karangan Sheikh Mahmud Nasri Usmani adalah mengelirukan dan bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah telah mencadangkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Kedah agar mengharamkan penyebaran risalah tersebut bagi menjaga kesucian agama Islam. (Rujuk:http://www.e-fatwa.gov.my/)

Setelah mendengar penjelasan saya, Muhammad telah menghantar sms kepada saya dengan kandungan tersebut tertulis:-

Salam ust. sy skali nak mintak kepastiandari ust. samada betul x ust harun din pernah berubat buang saka dengan ahli dari abjadmalaysia di hotel penang. mintak tolong tanya ust harun hal ni kalau xmenyesahkan. sebab di orang pakai hujah tu.sy mati akal. sy nk cr kebenaran sj.tma kasih.sy muhammad mugani.
Saya mengandaikan bahawa Muhammad Mugani tiadak faham apa yang saya nyatakan serta tidak dapat membezakan antara hujah dan fitnah. Sesungguhnya Tuan Guru Dato' Dr Haron Din tidak pernah sama sekali mempunyai saka dan jin sepertimana didakwa dan jika tiada sudah tentulah tidak perlu men dapatkan rawatan dari sesiapa untuk membuangnya. Saya meminta penelefon agar terus menghubungi Darussyifa' Bangi bagi menjawab sms nya.

wallahua'lam

2 comments:


  1. A licensed Loan Lender, We offer Affordable Loan at 3% interest rate available for local and international borrowers, Are you seriously interested in getting a genuine Loan without stress? Do you need this Loan for business and to clear your bills? Then send us an email now for more details via:(majidvijahlending@gmail.com)

    LOAN APPLICATION FORM.

    (1)Full Name:
    (2)Country:
    (3)State:
    (4)Address:
    (5)Sex:
    (6)Occupation:
    (7)Amount needed:
    (8)Loan duration:
    (9)Loan purpose:
    (10)Telephone

    Email Us:(majidvijahlending@gmail.com)

    ReplyDelete