Tuesday, November 29, 2011

KEMUSYKILAN DIJAWAB TUAN GURU DATO' DR HARON DIN

Awasi unsur syirik jika guna kayu koka


Soalan
Apakah dia kayu koka? Betulkah kayu koka ini sejenis kayu yang diperintahkan Allah untuk digunakan Nabi Nuh a.s. membuat kapal dan menyuruh Nabi Musa a.s. mengambil tongkat yang juga diperbuat daripada kayu koka?

Banyak orang sanggup membeli kayu koka dengan harga yang terlalu mahal. Ada yang berbentuk tongkat, tasbih dan batu cincin. Kononnya ia boleh menjadi penghadang daripada jin dan syaitan, menyembuhkan penyakit serta memurahkan rezeki. Apakah ini ada isyarahnya dalam al-Quran atau as-Sunnah?

Abu Bakar Zakaria,
Damansara, Selangor

Jawapan
Saya pernah melihat kayu koka dalam semua bentuk. Pernah dihadiahkan kayu tersebut oleh beberapa orang kepada saya. Malah saya pernah membaca ada sebuah buku yang diterbitkan di Malaysia, disebutkan tentang penggunaan dan kebaikan kayu koka seperti yang saudara sebutkan.

Sepanjang hidup saya, tidak pernah mendengar tentang kayu koka ini, melainkan sejak dua tiga tahun kebelakangan ini.

Ada pelajar yang pulang dari Jordan, bertemu saya dan memperkenalkan kayu koka. Beliau berhasrat menjualnya kepada saya kerana dia mengatakan sayalah orang yang paling layak memakai atau menggunakan kayu koka.

Saya berbincang panjang dengan beliau, malah saya menasihatkan beliau mencari profesyen lain daripada menjual kayu koka.

Persoalan ini lama kelamaan semakin timbul. Saya melihat orang memakai cincin yang batunya diperbuat daripada kayu koka. Kebetulan saya dapati bukan kayu sebenarnya, tetapi ia buah yang terlalu keras.

Oleh kerana tampung buah itu terlalu keras, maka daripadanya diperbuat pelbagai bentuk atas nama kayu koka. Ada juga yang saya jumpa ia diperbuat daripada kayu betul.

Pada saya, semua yang dikaitkan dengan kuasa makhluk-makhluk 'madi' seperti kayu, batu dan sebagainya yang dikaitkan dengan memberi bekas, kecelakaan atau kemanfaatan, inilah yang dilarang oleh Islam.

Ini termasuk dalam larangan Rasulullah s.a.w. dalam Sabdanya (mafhumnya); "Sesungguhnya jampi mentara yang mengandungi kesyirikan kepada Allah SWT dan semua jenis tangkal, ilmu pengasih yang menggunakan sihir, semuanya adalah syirik terhadap Allah SWT." (Hadis sahih)

Kalau sekadar perhiasan, yang semata-mata perhiasan, seperti membuat batu cincin atau gelang, yang tidak dikaitkan dengan sebarang kemudaratan atau kebaikan daripadanya, boleh digunakan.

Seperti kita menggunakan batu permata, emas dan perak, semata-mata untuk perhiasan, adalah diharuskan.

Oleh kerana penggunaan kayu koka ini sudah menjadi suatu profesyen kepada penjual atau penggunanya terpukau dengan penjelasan yang menarik, maka banyak orang yang tertipu dengan penerangan, lalu membelinya.

Jika berlaku kebetulan, seorang yang sempit rezekinya, memakai kayu ini, murah rezekinya. Jika dikaitkan rezeki yang murah berpunca dari kayu tersebut, jelas berlaku syirik terhadap Allah.

Tidak boleh ada kuasa lain yang memberi rezeki kepada makhluk melainkan Allah sahaja.
Banyak ayat al-Quran yang menyebut bahawa Allahlah pemberi rezeki yang sebenarnya.

Kayu koka mungkin ada khasiat khusus dalam perubatan termasuk dalam jenis herba. Jika ia merupakan herba, dilarutkan atau dimasukkan dalam apa-apa adunan, yang mungkin sesuai mengubati penyakit tertentu, itu termasuk dalam salah satu bentuk rawatan penyakit.

Itu pun salah satu yang diharuskan kerana ada dalam hadis-hadis Nabi s.a.w. yang merujuk rawatan penyakit secara memakan ubat.

Nabi s.a.w. pernah menyebut tentang madu lebah, bijirin hitam (Habbatus Saudak), jintan hitam, jenis tanaman seperti 'assina' dan 'assinut'. Dalam al-Quran disebut 'at-tiin', 'az-zaytun', 'ar-rummaan', 'an-nahiil' dan sebagainya yang merujuk kepada buah-buahan.

Ini termasuk dalam kajian-kajian untuk dijadikan ubat bagi menyembuhkan penyakit tertentu.

Persoalan saya tentang pengguna kayu kota atau apa sahaja kayu, mengapa orang yang memiliki kayu itu tidak menggunakan untuk faedah dirinya dan menjualkannya kepada orang lain.

Barangkali orang tersebut tidak begitu yakin dengan apa yang didakwanya manfaat kepada pengguna kayu koka, sehingga menjualnya dengan harga yang tinggi untuk mendapat faedah kewangan.

Saya amat meragui perkara menggunakan kayu ini, terutama untuk menjadi penghadang kepada jin, syaitan dan sebagainya.

Apa yang saya tahu, jin dan syaitan akan takut dan lari lintang pukang jika dibacakan ayat-ayat al-Quran ataupun zikir kepada Allah SWT.

Dalam suatu hadis disebut, Rasulullah s.a.w. pernah melintasi rumah-rumah sahabat di waktu dinihari. Baginda mendapati Umar al-Khattab r.a. membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah dengan suara yang amat lantang.

Keesokan harinya Nabi s.a.w. bertemu Umar dan berkata kepadanya, "Aku melintasi rumahmu dan aku mendengar kamu membaca al-Quran dan berzikir dengan suara yang amat nyaring, mengapa kamu buat demikian."

Umar menjawab; "Saya berbuat demikian untuk menghalau segala syaitan yang menganggu saya." Lalu Nabi berkata kepadanya, "Perlahankan sedikit."

Wallahua'lam.

Saturday, November 26, 2011

Aziz Bari: Menteri bias, saya sedia muncul di pentas Umno

KUALA LUMPUR, 6 Nov — Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan Menteri Pengajian Tinggi seolah-olah bertindak bias sambil menegaskan, beliau juga sanggup untuk muncul di pentas Umno jika parti itu bersedia mendengar pandangannya.

Malah tegas Aziz, apa yang diperkatakan beliau selama ini masih “dalam kerangka dan idea” yang sering dibawa timbalannya Datuk Saifuddin Abdullah, yang mengetengahkan pandangan progresif berkenaan pembaharuan politik tetapi tidak diterima banyak pihak dalam Umno sendiri.

Dalam satu kenyataan semalam, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menasihatkan Aziz (gambar) meletakkan jawatan sebagai ahli akademik jika benar-benar mahu bercakap di atas pentas politik.

Khaled berkata, Aziz, yang sedang disiasat oleh tiga pihak termasuk UIA sendiri, tidak perlu menunggu tindakan universiti tersebut.

Tambah Khaled, universiti adalah institusi yang mengutamakan pencapaian akademik dan perlu berada dalam keadaan neutral demi mencapai matlamat menjayakan bidang pendidikan.

Sehubungan itu, Aziz menyoal apa sikap menteri berkenaan dalam kes-kes ada profesor yang menyediakan ucapan dasar presiden Umno.

“Apa sikap menteri ke atas profesor yang secara terbuka menuduh DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) meliwat? Apa sikap menteri kepada profesor yang menjadi penceramah BTN (Biro Tata Negara) dan Islam Hadhari yang kesemuanya adalah dasar dan politik Umno,” kata Aziz dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.

Malah Aziz juga berkata, “tidakkah Umno memberi beberapa orang profesor anugerah parti, tidakkah itu bermakna telah mempolitikkan akademik?”

Tambah Aziz, beliau hanya bercakap mengenai dasar-dasar dan politik yang selaras dengan ideal dan tuntutan Perlembagaan Persekutuan.

“Kalau ini dituduh berpolitik, saya fikir kita buang saja Perlembagaan ini dan jadikan negara ini negara diktator atau negara satu parti,” kata pakar perlembagaan ini sambil menegaskan, “saya fikir apa yang saya lakukan masih dalam kerangka dan idea yang sering dibawa oleh timbalan Khaled.”

Aziz menambah, Saifuddin yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno sudah lama membawa idea seumpama.

Dengan merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan awal minggu lalu dalam kes bekas pelajar berkaitan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, Aziz berkata, beliau fikir Khaled sedia mengetahui bahawa di sisi undang-undang berpolitik, sebagaimana yang diputuskan oleh mahkamah pada 31 Oktober lalu, dibenarkan dan peruntukan AUKU yang melarang diisytihar tidak sah.

“Kalau mahasiswa boleh berpolitik, takkan pensyarah tidak?” katanya lagi.
Aziz juga berkata, beliau bukan berpolitik secara aktif, sebaliknya hanya memberi pendapat yang kebetulan ada orang mahu dengar dan bersedia untuk muncul di pentas Umno jika sanggup mengaturkan kemudahan sedemikian.

“Saya alu-alukan jika orang Umno mahu dengar,” katanya lagi.

“Walaupun menteri tidak setuju dengan apa yang saya dan mungkin timbalannya Saifuddin, saya rasa apa yang saya kata dibenarkan oleh Perlembagaan dan tidak menyalahi Akta Hasutan,” kata Aziz lagi.

Dalam kenyataannya semalam, Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang menambah, beliau sedar Aziz memasuki kawasannya dan menyampaikan ceramah di Taman Saujana dekat Johor Baru kelmarin, tetapi yakin penduduk tidak akan termakan dengan perkara yang disampaikan.

Aziz pula menjawab, “saya pun tidak tahu itu adalah kawasan Khaled.”

Aziz berucap pada ceramah anjuran Parti Keadilan Rakyat, komponen Pakatan Rakyat.
Ia bukan kali pertama Aziz menghadiri ceramah dan forum anjuran parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan.

Saturday, November 19, 2011

Khasiat Air Kelapa

Air kelapa ternyata lebih bernutrisi sepertimana susu penuh (whole milk) karena tidak mengandung kolesterol dan rendah lemak Air kelapa dapat memperbaiki sirkulasi darah dan dikenal mampu membersihkan saluran pencernaan. Air kelapa tidak hanya akan membuat sistem kekebalan tubuh Anda lebih baik, tetapi juga membantu tubuh melawan beberapa jenis virus penyebab penyakit. Jika anda mengidap penyakit batu ginjal (buah pinggang), biasakanlah meminum air kelapa secara rutin. Kebiasaan meminum air kelapa akan mambantu memecah batu ginjal dan memudahkan mereka keluar dari tubuh. Air kelapa juga dikenal sejak dahulu dapat menyembuhkan gangguan saluran kencing. Segelas air kelapa akan meredakan rasa sakit akibat susah kencing.


Jika Anda masih merasa pusing atau pening karena mabuk, biasnya anda boleh mengatasinya dengan meminum air kepala. • Air kelapa yang rasanya lembut sangat kaya akan elektrolit dan potassium . Potassium dapat membantu tubuh mengatur tekanan darah dan fungsi organ jantung.

• Air kelapa dapat mempercepat naiknya trombosite bagi penderita DBD dan menurunkan demam (trombosit turun karena dipakai untuk mencegah pendarahan, karena demam yang kronik mengakibatkan kepekatan darah,dan pori”pembuluh darah membesar).

Selain diminum fresh, ia boleh dicampuran herba tertentu (ini khas untuk pesakit ketagihan dadah, alcohol, rokok dsb) , juga tanpa dibakar atau kelapa muda panggang (ini untuk kesegaran tubuh).



 
 

Friday, November 18, 2011

Apa Jadi Felda?

CEO FELDA GLOBAL VENTURES, DATO SABRI AHMAD DAHULU BENCIKAN CAMPUR TANGAN POLITIK, KINI JILAT LUDAHNYA KEMBALI

logo_feldaDari sumber-sumber yang rapat dengan Dato Sabri Ahmad, CEO Felda Global Ventures, berasa hairan dengan perubahan sikap Dato Sabri Ahmad yang begitu taksub dengan pengerusi lantikan politik Felda iaitu Tan Sri Isa Samad.Sabri dahulu pernah mengeluh bahawa skandal kerugian Golden Hope Plantation bernilai RM120 juta dibawah tanggungjawab beliau sepatutnya diletakkan atas bahu orang lain dan bukan dirinya sahaja. Sabri Ahmad juga pernah menyumpah seranah Tun Musa Hitam, Pengerusi Sime Darby dan Sabri begitu tegas dengan pendirian beliau bahawa orang politik tidak patut masuk campur dalam urusan tadbir korporat dan penjawat awam. “Saya hairan dengan pendirian 360 darjah Dato Sabri Ahmad dalam isu terbaru Felda iaitu isu penyenaraian dan rampasan kuasa pengerusi koperasi Felda . Dahulu Dato Sabri berkata beliau menerima paksaan meletak jawatan di Sime Darby atas dasar prinsip beliau yang benci campur tangan politik. Namun jelas beliau boleh dibeli kali ini dan pastinya gaji, elaun dan ‘remuneration’ diterima dari Felda Global Ventures terlalu bernilai untuk dilepaskan dan mungkin juga ada bahagian untuknya apabila Felda Global Ventures disenaraikan kelak. Beliau pun dah tua, lebih kurang sebaya saya dekat 65 tahun, tak larat nak ada prinsip lagi agaknya, takkan nak berhenti kerja dan cari kerja lagi. Baik beliau sapu dulu duit Felda, di Felda pun kalau tak salah Dato Sabri (berstatus) kontrak sahajakan?”
Seorang lagi sumber menyampuk bahawa “Jangan lupa kawan-kawan bila sudah kaya ya Dato? Dahulu dalam usaha kami menyelamatkan karier Dato Sabri, kami pernah buat Solat Hajat di Masjid Syakirin KLCC supaya Tun Musa Hitam jatuh dan kami turut mendapatkan bantuan Pakatan Rakyat. Tak lama kemudian Dato Sabri dilantik jadi Pengerusi MPOB, hal itu reda sementara sehinggalah sekali lagi beliau diganggu ahli politik UMNO supaya bersedia melepaskan jawatan tersebut kepada MP Johor Bahru, Shahrir Samad. Memang betul-betul meluap kemarahan beliau kepada orang UMNO. Ayat bencikan orang UMNO dan campur tangan UMNO memang bermain di bibirnya sehinggalah beliau dilantik sebagai CEO Felda Global Ventures. Kini beliau bagai menjilat ludahnya kembali tapi kalau itu boleh buat beliau kaya raya, apa salahnya. Kawan-kawan boleh tumpang senang dan apabila Felda telah disenaraikan, masyarakat luar seperti kami boleh masuk merebut peluang saham, menjadi lembaga pengarah dan menguasai perniagaan dalam Felda yang selama ini untuk orang Felda sahaja. Dato Sabri mesti bagi kawan-kawan satu industri plantation yang berniaga seperti kami masuk dalam Felda, takkan beliau tak ingat kawan-kawan” kata sumber itu lagi sambil tersenyum.

Wednesday, November 9, 2011

Mufti terkejut PM, Rosmah selesai tunai ibadah haji
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 November. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah.

“Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.

Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.

Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.

“Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.

“Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” katanya lagi.