GEJALA SAKA – SUATU KAJIAN ILMIAH DAN PENGALAMAN PENGAMAL/PERAWAT
OLeH: UsT: IaR (dsyifamentakab)
Saka dikaitkan dengan kononnya ada makhluk yang berdampingan dengan keturunan bapa, ibu, datuk atau nenek seseorang yang menjaga atau bersahabat dengan makhluk ini dan dipesan kepada makhluk tersebut selepas kematiannya untuk menjaga dan mengawal anak cucu mereka.
Hasil daripada itu maka berlaku kawalan, sebenarnya gangguan ke atas orang berkenaan sehingga menimbulkan masalah yang diistilahkan sebagai saka.
Saya tidak dapat menentukan apa sebenarnya saka. Betul atau tidak ia makhluk yang mendampingi manusia dan keturunan mereka diganggu sehingga mendatangkan kemudaratan kepada mereka. Jika benar ianya (makhluk halus) sebagai sahabat, kawan atau dampingan orang-orang terdahulu, maka sepatutnya ia tidak berubah sekadar hanya menjaga dan melindungi anak cucu seseorang, tiba-tiba berlaku sebaliknya sehingga menyakiti dan menganggu sampai menjadi separuh gila atau separuh sedar.
Saya tidak nampak hal ini sebagai saka yang digunakan untuk menjaga dan mengawal seseorang untuk kebaikan. Jika berlaku begini, maka tidaklah menimbulkan masalah walaupun hukum asalnya bersahabat, berbuat baik, berdampingan dengan makhluk halus dilarang oleh syariat Islam.
Hasil Kajian Ilmiah dan Pengalaman Pengamal/Perawat Perubatan Islam
Setelah menjalankan beberapa kajilidik, pendapat umum ahli masyarakat setempat di serata pelusuk dalam negeri-negeri yang menjadi focus kajian, maka artikel ini memaparkan sedikit maklumat dan ilmu tentang apa yang disebut sebagai SAKA.
Pengertian SAKA
Saka kononnya, adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama sehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya. Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin dan diperturunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki
Nama-nama seperti hantu raya, pelesit, pontianak, polong, toyol, penanggal dan seumpamanya memang terkenal di kalangan masyarakat Melayu, dan juga kaum Bumiputera (non-muslim) di Sarawak dan Sabah. Namun hakikatnya semuanya adalah sama iaitu makhluk Allah s.w.t. yang dikenali dengan nama jin dan syaitan.
Dalil
Persahabatan antara jin dan manusia dalam bentuk 'khadam' dinyatakan di dalam al-Quran.
Firman Allah SWT:
Ertinya: "Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari kalangan manusia memintaperlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itumenambah bagi mereka dosa dan kesalahan..." - Surah al-Jin: 6
Jin yang dijadikan khadam inilah akhirnya menjadi saka yang perturunkan dari ayah ke anak dan keturunan yang seterusnya (mereka yang mempunyai pertalian darah). Ini disebabkan perjanjian yang telah dibuat oleh nenek moyang denan jin tersebut dan mengundang masalah dan penderitaan kepada keturunannya.
Pertalian Jin Dan Saka
Terdapat pertalian yang erat antara jin dan saka Jin yang diwariskan seumpama harta peninggalan itulah yang dikenali sebagai saka.
Dalilnya:
Dari Abu Tha'labah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
Ertinya:
"Jin itu mempunyai tiga jenis: Satu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, satu jenis yang berbentuk ular-ular dan anjing-anjing dan satu jenis yang berpindah-randah."
Ciri-ciri Pemilik Saka
Secara umumnya orang yang memiliki saka akan mempunyai kebolehan untuk mengubat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan tetapi dengan cara yang meragukan dari sudut syariat, antaranya:
1. Kebanyakkan mereka mempunyai kebolehan mengubat melalui kaedah ‘menurun’. Caranya ialah jin tersebut memasuki tubuh orang yang mempunyai saka tersebut dan kemudiannya menyamar sebagai para wali Allah dan orang-orang soleh seperti Syeikh Abdul Qodir al-jilani, Syeikh Bahauddin an-Naqsyabandi, Syeikh Abu Hassan as-Syazili dan sebagainya. Namun hakikatnya ia cumalah jin yang datang daripada saka.
2. Pembawa saka upaya mengubati orang lain, tetapi menggunakan jampi yang mempunyai unsur-unsur syirik atau menggunakan jampi mentera yang mana bahasa nya langsung tidak dapat difahami.
3. Pengamal pengubatan yang kebolehannya datang dari saka sering melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat.
5. Ada juga terdapat di kalangan mereka/pengamal pengubatan yang memperolehi ilmu pengubatan melalui mimpi tanpa belajar
Masa Perpindahan Saka
Saka berpindah sebaik sahaja pembawa saka yang terdiri daripada nenek moyang yang membuat perjanjian dengan jin tersebut meninggal dunia. Apabila pembawa saka meninggal dunia, jin saka tersebut tidak mempunyai perumah/pembela maka ia mencari perumah/pembela baru dari kalangan anak cucu tuannya yang telah mati itu tadi.
Proses Perpindahan Saka
- Kronologi bagaimana jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka tersebut: Apabila nenek moyang yang membela jin tersebut mati; jasadnya mati setelah rohnya keluar dari jasadnya. Namun begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukannya seperti manusia.
- Apabila jasad perumah saka itu dikebumikan, jin tersebut bebas dan berada dalam keadaan seperti layang-layang yang terputus talinya. Lalu ia berkeliaran di atas bumi mencari rumah tumpangannya yang baru.
Perihal nyawa jin dan syaitan yang ternyata lebih panjang dari umur manusia.
Firman Allah SWT:
Ertinya:
Maksudnya:"Iblis menjawab:'Beri tangguhlah saya sampai waktu dibangkitkan.' Allah berfirman :"Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh." Iblis menjawab: "Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang) mereka dari jalan Engkau yang lurus...Surah al-A’raf: 14 -16
- Kemudiannya saka tersebut akan bepindah kepada anak cucu sebagai perumah yang baru. Kebiasaannya jin tersebut akan berpindah kepada anak cucu yang ada mengamalkan jampi-jampi tertentu yang diambil dari si mati.
- Saka juga boleh berpindah dari si mati kepada warisnya apabila anak cucu tersebut ada menyimpan mana-mana barang tinggalan si mati.
- Saka juga berpindah kepada anaka cucu yang secara pengamatannya merupakan waris yang menjadi orang harapan kepada keluarga pada masa hadapan khususnya orang harapan kepada si mati yang menyimpan saka tadi.Orang yang berpotensi mewarisi saka adalah orang yang tinggal bersama si mati semasa hidupnya iaitu serumah denganngya.
Mereka Yang Menjadi Sasaran Saka
- Anak cucu yang sangat cetek pengetahuan agamanya.
- Anak cucu yang melazimi maksiat dan sering melanggar peraturan agama.
- Anak cucu yang sentiasa meninggalkan ibadat wajib seperti solat dan puasa.
- Adakalanya anak cucu yang kuat pegangan agamanya kerana jin dan syaitan sangat mengidamkan supaya orang yang taat berjaya disesatkan.
- Anak cucu yang lemah; fizikal dan antibodinya. ini akan memudahkan jin untuk bertapak di dalam badan mangsanya.
- Anak cucu yang memang menginginkan sangat apa yang dipunyai oleh nenk moyang mereka. Apabila saka ini diwarisi seolah-olah orang mengantuk disorongkan bantal.
Anak cucu yang memang mengidamkan kehebatan dengan pelbagai kelebihan di hadapan manusia walaupun dengan cara yang mencabar syariat Allah s.w.t.
Alamat/Tanda Mereka Yang Dipindahi Saka
Gejala Dalam Tidur
- Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.
- Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
- Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya terjadi dalam keadaan 'kena tindih'.
- Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.
- Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sbagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke dalam jasadnya.
- Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
- Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur.
- Berdiri dan berjalan ketika tidur.
- Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
- Mimpi menyusukan bayi, melihat kanak-kanak kecil bertutut,bermain dsnya.
- Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.
- Mimpi berada di tempat sunyi.
- Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu.
Gejala Ketika Jaga
- Selalu pening, para pengamal perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit dan dikatakan penyakit misteri.
- Selalu lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
- Hilang ingatan dan mungkin mnjadi gila. Gila adalah berpunca dari jin. Dalam bahasa arab, orang gila digelar 'majnun'. majnun bermaksud dijinkan iaitu isim maf'ul.
- Sering lesu dan malas.
- Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya.
- Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.
- Lenguh di sendi-sendi utama.
- Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga.
- Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati. Biasanya doktor menakrifkannya sebagai kanser. Perlu diingat kanser berpunca daripada jin.
- Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki. Seperti terpijak batu atau telur.
- Mudah panik dan kaget apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
- Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan.
- Sentiasa mengantuk teutamanya dalam majlis ilmu.
- Mudah marah dan panas baran.
- Emosional dan terlalu sensitif.
Kesan dan Akibat Saka
- Orang memiliki saka sukar untuk mendapat anak.
- Banyak perkara ganjil berlaku di dalam hidup seperti pernah berjumpa dengan orang aneh namun orang lain tidak dapat melihatnya dan sebagainya.
- tidak berupaya untuk hidup dengan sempurna kerana menghidap pelbagai penyakit moden malah penyakit aneh yang tidak mampu didianogsiskan. Mungkin juga berpotensi menghidap penyakit kanser kerana kanser mempunyai pertalian yang rapat dengan gangguan jin.
- Tidak suka bergaul dengan manusia lain dan kurang suka hidup bermasyarakat.
- Sangat sensitif dan mudah terasa dengan kata-kata orang.
- Kadangkala tahu perkara-perkara mustahil diketahui oleh orang-orang lain. Namun hakikatnya ia adalah bisikan iblis dan jin.
- Anak kepada anak cucu yang mempunyai saka sentiasa banyak menangis semasa kecil dan semasa besar berperangai dengan perangai yang buruk.
- Anak cucu yang mempunyai saka suka melawan cakap ibu bapa dan orang lebih tua.
- Kehidupan menjadi suram dan tidak ceria serta selalu dalam keadaan tegang.
Kaedah/Metod Rawatan
1. Rawatan Seluruh Ahli Keluarga Yang Dipindahi Saka:
- Ini adalah kaedah terbaik untuk menghapuskan saka keluarga terbabit.
- Rawatan ini membabitkan semua ahli keluarga samada yang telah diganggu saka dan ahli keluarga yang belum diganggu saka terbabit. (Pembersihan dan pencegahan).
- Ini memerlukan komitmen (kerjasama) dari seluruh ahli keluarga bermula dari datuk, nenek, anak-anak dan cucu-cicitnya (pernah kami buang saka bagi keluarga yang besar jumlahnya iaitu hampir 100 orang!
- InsyaAllah rawatan ini dapat menghapuskan saka secara keseluruhannya.
2. Rawatan Untuk Individu Yang Diganggu Saka:
- Rawatan ini khusus untuk individu yang diganggu saka.
- Proses ini lebih sukar kerana saka biasanya bukan hanya ada pada seorang individu dalam keluarga tersebut. Untuk rawatan individu, saka yang menggangu individu terbabit dihapuskan.
- Semua metod dan kaedah rawatan sekeluarga dan individu ialah dengan minum air yang telah didoakan beserta bahan-bahan ubatan (daun bidara, minyak zaitun, kurma Nabi/Mabrum Madinah). Kaedah kedua ialah dimandikan dengan air doa beserta bahan-bahan ubatan (daun bidara, isi kunyit hitam, serai wangi dan lain-lain dedaun/herba yang dibenarkan syarak)
WalLahu’alam…
No comments:
Post a Comment