Wednesday, February 29, 2012

Saya harap Dr Badrul Amin tarik balik saman ke atas Dato' Hj Razali TP JAIP.Kedua2 ni dan saya sahabat. Saya yakin TP JAIP ni terdesak dgn tekanan kunco2 politik jahiliyyah...Silapnya dia terus percaya taktik jahat kump20 yg juga didesak oleh kump atau individu lain.Ada orang ke ketiga dan keempat...
Setelah memegang jawatan penting dalam pentadbiran Islam, jagalah amanah Allah dengan ikhlas dan jujur, mendakwa dan menghukum dengan adil.

Ikhlas dari saya
Ust Ishak AR


Monday, February 27, 2012

FATWA TERKINI MENGENAI BAHAN-BAHAN HARAM UNTUK RAWATAN
Dari Fatwa Para Ulama Islam.

1. Apakah hukum menggunakan ubat-ubatan yang bertujuan untuk menghilangkan atau mengurangkan rasa sakit seperti ubat bius, pelali dan sebagainya.Mengambil ubat-ubatan tertentu yang bertujuan untuk memberikan rasa tenang dan kerehatan kepada diri pesakit atau yang bertujuan untuk mengurangkan rasa sakit adalah harus dan tidak berdosa. Ubat-ubatan seperti ini boleh diambil samada sebelum proses rawatan dilakukan atau selepasnya. Walau bagaimana pun, sekiranya ubat-ubatan tersebut termasuk dalam kategori “bahan yang boleh memabukkan serta menghilangkan akal”[seperti arak] maka pengambilannya adalah tidak dibenarkan, iaitu berdasarkan sabda Nabi saw yang bermaksud, “Apa sahaja bahan yang boleh memabukkan maka pengambilannya, walaupun dengan kadar yang sedikit, adalah haram”. Justeru, apa sahaja ubat-ubatan yang tidak memabukkan tetapi dapat memberikan rasa tenang atau mengurangkan rasa sakit maka pengambilannya adalah harus.

2. Hukum menggunakan ubat-ubatan yang dikeluarkan daripada bangkai. Saya adalah seorang farmasis dan saya telah mengenalpasti melalui pengalaman dan kajian saya bahawa terdapat sesetengah syarikat pengeluar ubat yang telah menghasilkan ubat-ubatan mereka daripada binatang-binatang yang tidak disembelih. Adakah penggunaan ubat-ubatan seperti ini dibolehkan?Tidak harus menggunakan bahan-bahan yang termasuk dalam kategori “bangkai” [binatang-binatang yang mati tanpa melalui sembelihan menurut hukum syarak] bagi tujuan rawatan. Ini adalah berdasarkan sabda Nabi saw yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak menjadikan penawar umatku di dalam apa-apa yang diharamkanNya” Imam Ibn al-Qayyim menyatakan, “Berubat dengan bahan-bahan yang haram adalah buruk dan keji menurut pertunjuk akal dan syarak. Adapun “keburukan”nya dari segi syarak maka ianya berdasarkan hadis Nabi saw. Adapun “keburukan”nya dari segi akal maka sesungguhnya Allah hanyasanya mengharamkan sesuatu perkara atau bahan kerana keburukan dan kekejian yang terdapat di dalam bahan-bahan tersebut. Ini adalah kerana Allah tidak mengharamkan ke atas umat Muhammad saw “apa-apa yang baik dan bermanfaat” sebagai suatu hukuman ke atas mereka, iaitu berbeza dengan kaum Bani Israil, di mana terdapat “benda-benda yang baik” yang diharamkan ke atas mereka. Firman Allah yang bermaksud, “Maka disebabkan oleh kezaliman yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi maka Kami mengharamkan ke atas mereka apa-apa yang baik-baik yang telah dihalalkan kepada mereka [sebelum daripada itu]…….” [al-Nisa’, 160]. Justeru, apa sahaja yang diharamkan oleh Allah ke atas umat ini maka pengharaman tersebut adalah ekoran daripada keburukan dan kekejian yang terdapat di dalam bahan-bahan terlarang tersebut. Ini bermakna Allah mengharamkan bahan-bahan tersebut dengan tujuan untuk memelihara umat ini daripada segala bentuk keburukan dan kekejian yang wujud di dalam bahan-bahan yang diharamkanNya. Justeru, adalah tidak munasabah bagi umat ini untuk mencari penawar bagi penyakit melalui bahan-bahan tersebut yang diharamkan. Sekalipun mungkin bahan-bahan haram tersebut didapati mempunyai “kesan” di dalam menghilangkan penyakit fizikal, namun bahan-bahan terlarang tersebut pastinya akan menghasilkan suatu racun yang terlebih besar pada jiwa dan rohani [orang yang mengambilnya] ekoran daripada “keburukan yang nyata yang tersembunyi” di dalamnya. Maka orang yang merawat dirinya dengan menggunakan “bahan-bahan yang terlarang menurut syarak” sebenarnya telah berusaha untuk menghilangkan kesakitan pada badannya [saqam al-badan] dengan mendatang penyakit lain pada jiwa dan hatinya [saqam al-qalb].”

3. Apakah hukum menggunakan ubat-ubatan yang dibuat daripada organ-organ tertentu daripada binatang?Terdapat tiga keadaan yang berkaitan dengan proses membuat ubat-ubatan daripada binatang :1. binatang tersebut adalah daripada binatang-binatang yang halal dimakan dan ianya juga telah disembelih menurut peraturan syarak. Berubat dengan menggunakan binatang seperti ini [organ-organnya dan sebagainya] adalah harus. 2. binatang tersebut adalah daripada binatang-binatang yang halal dimakan tetapi ianya tidak disembelih menurut peraturan syarak. Berubat dengan menggunakan binatang seperti ini [organ-organnya dan sebagainya] adalah haram dan tidak dibenarkan [kerana ianya adalah bangkai]. 3. binatang tersebut adalah daripada binatang-binatang yang tidak halal dimakan [seperti babi, anjing, ular dan lain-lain]. Berubat dengan menggunakan apa-apa elemen dari binatang-binatang seperti ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.Berkata Shaykh al-Islam Imam Ibn Taymiyyah sebagai jawapan kepada persoalan adakah harus mengubati penyakit dengan arak, “…..berubat dengan arak adalah haram berdasarkan nas yang jelas dari Nabi saw dan inilah juga pandangan majoriti ahli ilmu. Telah sabit di dalam sepotong hadis yang sahih di mana bilamana Nabi saw ditanya mengenai arak yang dijadikan ubat maka Baginda saw bersabda, “Sesungguhnya arak itu adalah penyakit dan bukannya ubat”. Dan di dalam hadis sahih yang lain “Nabi saw telah melarang berubat dengan bahan-bahan yang buruk, kotor dan keji”. Dan di dalam hadis yang lain Nabi saw telah ditanya mengenai katak yang ingin dijadikan ubat lalu Baginda saw telah melarang membunuhnya dan bersabda, “Sesungguhnya kuakan seekor katak itu merupakan tasbih [kepada Allah]”. Ingin dijelaskan bahawa menjadikan bahan-bahan terlarang [seperti arak dan babi] ini sebagai ubat tidak boleh disamakan dengan keadaan “seseorang yang terpaksa memakan bangkai bagi menyelamatkan nyawanya”. Ini adalah kerana “terpaksa memakan bangkai [atau meminum arak] bagi menyelamatkan nyawa” adalah suatu keadaan “darurat” yang wajib dilakukan dan tiada pilihan demi menjaga nyawa di mana nyawa diyakini sepenuhnya akan terselamat apabila bangkai tersebut dijamah. Kerana itu barangsiapa yang terpaksa memakan bangkai [demi menyelamatkan nyawanya dari mati kebuluran] dan kemudiannya dia enggan makan sehingga mati maka dia berdosa dan akan masuk neraka. Berbeza dengan keadaan menjadikan bahan-bahan haram sebagai ubat di mana kesembuhan penyakit melalui bahan-bahan haram ini tidak dapat dipastikan [mungkin sembuh dan mungkin tidak], sedangkan Allah berkuasa menyembuhkan hambaNya melalui wasilah dan pendekatan yang berbagai-bagai. Dan begitu juga hokum merawat penyakit [sakit fizikal] adalah tidak wajib menurut jumhur ulama. Justeru, keperluan memakan bangkai atau meneguk arak ketika darurat [bagi menyelamatkan nyawa] tidak boleh disamakan dengan perbuatan “menjadikan bahan-bahan haram sebagai ubat untuk tujuan rawatan”.

Sekian,Salam hormat untuk sahabat2, semoga fatwa ini dapat menambahkan pengetahuan kita sebagai perawat.

Rushdi Ramli, Darul Syifa’.
Dr Badrul Amin nafi sekeras-kerasnya dakwaan beliau ditangkap khalwat 

SAYA menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian. Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.
Dr. Badrulamin Bahronn


Saudara,

Dr Badrul Amin adalah karib saya sejak sama-sama menuntut di England lagi, tetapi setelah beliau meletak jawatan dari UIAM, saya tidak lagi berhubung dengan beliau, Di England, kami sama-sama aktif dalam IIT, UK, sama-sama berdakwah, sama-sama main badminton, bersama dalam program Summer Camp dll. Sejak dulu hingga kini, tiada perubahan pada dirinya, warak, peramah, kuat ibadat, suka menolong orang, tegas dalam jihad perjuangan, komited dengan harakah perjuangan, taat kepada ketua dan bukan kaki maksiat. Tak pernah dangdut (kesukaan sebahagian ahli UMNO), bukan kaki perempuan (kebanyakan ade pada pimpinan UMNO), bukan kaki bodet (itulah kerja kebanyakan ahli UMNO). So, tuduhan khalwat, macam sama juga dgn tuduhan liwat ke atas DSAI. Modus-operandinya hampir sama, Biza kali ini bersekongkol dgn pegawai2 JAIP. Di hati kecil saya, semua ini fitnah dan pembohongan yang nyata dimurkai Allah SWT...fikir2 kan lah.

Bagi JAIP, Allah Maha Mengetahui segala2nya. Siapa YB2  UMNO yg diperedap dan ditangkap khalwat sebelum ini saudara lepaskan dan buang kes...tiada kes untuk mereka.

Komen Ahli Perjuangan Islam Sejati

SEMANGAT YANG HILANG DALAM SANUBARI UMAT MELAYU

 
Cover Photo
Beginilah ruh dan semangat bermuafakat dan gotong royong datuk nenek kita dulu. Rumah pun dipindahkan dgn mengangkatnya beramai-ramai. Satu kampung anak buah membantu.Masih adakah semangat seumpama ini di abad kita ini?


MEMUTUSKAN SILATURRAHIM DOSA BESAR


Tuan Guru Ust Ishak Abdur. Rahman Al-'Alawy
 Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”
Riwayat al-bukhari
Huraian:
Silaturahim bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang telah terbina terhadap saudara, kerabat, teman dan sebagainya.

Membina dan mengeratkan silaturahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah s.a.w amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya:” Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari.”

Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan malah ia membawa erti yang lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya.

Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahului dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.

Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T.