Wednesday, September 26, 2012

DAFTAR UMRAH UTK TARIKH PALING POPULAR

Marilah bersama saya menunaikan Umrah, sambil berziarah dan syifa'
(kesembuhan penyakit diTanah Suci)...

TAHNIAH KPD YG TELAH MENDAFTAR UTK MENGIKUTI SAYA UMRAH 1 MAC 2013. MASIH DIBUKA KPD YG BERNIAT UTK MENGERJAKAN IBADAH YG WAJIB DILAKSANAKAN SEKURANG-KURANG SEUMUR HIDUP SEKALI INI (SETELAH SYARAT2NYA DIPENUHI) DAN SEKIRANYA RUKUN ISLAM KE-5 (HAJI) TIDAK MAMPU UTK DITUNAIKAN...

MASIH BERBAKI 10 PAXS SHJ LAGI. DAFTAR SEGERA: SMS ATAU MSG NAMA & ALAMAT PENUH ANDA, NO.KP SERTA NO. TELEFON ANDA KE NO SAYA 017-9238355/014-8305699

HARGA BARU PAKEJ: RM5450 (DEP. RM500 SELEPAS HARI RAYA)
PENERBANGAN: MAS (KUL - JED / MED - KUL)
TARIKH: 1 MAC - 12 MAC 2013

 . FIQH AS-SIASAH AS-SYAR'IYYAH
SATU PENGENALAN

Muqaddimah

Perkara siasah syar'iyyah yang berbangkit daripada kewajipan khalifah yang telah ditetapkan oleh Allah Taala kepada manusia di atas muka bumi. Ia merupakan bidang yang sangat penting dan dilupakan oleh orang Islam di zaman mutakhir ini akibat malapetaka pemikiran serangan musuh-musuh Islam ke atas umat Islam.

Catatan ini saya bangkitkan sebagai memperkenalkan fiqh As-siasah As-syar'iyyah secara ringkas kerana الحكم على الشىء فرع عن تصوره

Pengertian Fiqh As-Siasah As-Syar'iyyah

Fiqh bermakna الفهم ( memahami ) dan العلم ( mengetahui ) .

Firman Allah Taala :

"لا يكادون يفقهون حديثا - اى لا يفقهون"

Manakala السياسه berasal dari perkataan: ساس يسوس سياسة bermaksud mentadbir sesuatu urusan dengan perkara yang memberi maslahah.

Di dalam hadis : "كان بنى اسرائيل تسوسهم ابنائهم"

Perkataan siasah menurut pandangan ulama' silam, merujuk kepada dua makna, umum dan khusus.

Maknanya yang umum adalah mentadbir urusan manusia berhubung hal keduniaan mereka dengan syariat agama. Justeru mereka menakrifkan khilafah :

نيابه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم فى حراسة الدين وسياسة الدنيا به

Maksudnya: menggalang ganti dari Rasulullah dalam menegakkan agama dan mentadbirkan dunia dengannya (agama).

Adapun makna-makna yang khusus adalah pandangan-pandangan imam atau hukum-hukum dan peraturan yang dikeluarkan oleh imam sebagai mencegah dari berlakunya kerosakkan atau untuk menghindari dari wujudnya suasana yang rosak.

Mafhum siasah syar'iyyah yang dikehendaki adalah siasah yang ditegakkan di atas dasar syarak.

Berkata ulama' Syafie: لا سياسة الا ما وقف الشرع

As-siasah As-syar'iyyah : antara usul dan furu'

Sebahagian dari hukum siasah syar'iyyah berpindah daripada kitab-kitab furu' ke kitab- kitab usul iaitu Usuluddin. Kitab-kitab aqidah atau tauhid membahaskan maudu' imamah atau khalifah. Syiah Imamiah menganggap permasalahan imamah adalah daripada usuluddin dan sebahagian dari aqidah di sisi mereka sehingga menyebabkan ulama' Ahli Sunnah membincangkanya dalam kitab-kitab aqidah mereka walaupun ianya di sisi Ahli Sunnah termasuk dalam perkara furu' kerana ia bersangkut dengan amal perbuatan bukannya dengan aqidah.

Namun ianya tidak boleh dijadikan hujah untuk mempermudahkan dalam perkara ini kerana Islam bukan terdiri daripada aqidah semata-mata tetapi juga melibatkan amal. Solat dan zakat umpamanya perkara furu' bukan usul tetapi sesiapa yang mengingkari kewajipannya atau mempermudahkannya boleh menjadikan ia kafir. Begitu juga dengan imamah atau berhukum dengan hukum Allah daripada perkara furu' tetapi iktiqad wajib mengimaminya adalah perkara usul dan termasuk dalam soal keimanan.

Manhaj Fiqh As-siasi Semasa

Manhaj itu perlu diasakan kepada dua perkara :

1.Kembali kepada usul dan mengambil hukum-hukum dari sumbernya yang sebenar dengan mengambil faedah daripada turath fiqhul Islami.
2.Selari dan tidak terpisah dari tuntutan semasa, berusaha unuk mengubati masalah dari sudut pandangan syara' kerana syara' tidak pernah mengabaikan waqi'.

Faqih yang sebenarnya menurut Ibnu Qayyim adalah orang yang menggabungkan antara kewajipan dan waqi'.

Sunnah Nabawi Dan Petunjuk Khilafah Ar-Rasyidin

Di antara Sunnah Rasulullah saw dalam siasah syari'yyah adalah :

1.Baginda berazam untuk membakar sesiapa yang meninggalkan solat jemaah dan Jumaat
2.Memecahkan bekas yang digunakan untuk memasak daging haram.
3.Memerintahkan perempuan yang melaknat untanya supaya melepaskannya.
4.Memerintahkan supaya dibunuh peminum arak setelah tiga atau empat kali dihukum

Di antara petunjuk khalifah Ar-Rasyidin :

1.Saidina Abu Bakar membakar golongan yang melakukan perbuatan liwat.
2.Abdullah Az-Zubair juga membakar golongan tersebut.
3.Sabigh bin Asal memukul kepalanya kerana menyoal sesuatu perkara yang tidak ada kaitan dengannya.
4.Menyuruh ummat Islam supaya melakukan haji ifrad.

Asas Siasah Syari'yyah

Siasah syari'yyah yang kita perkatakan bukanlah percakapan semata-mata bahkan ia adalah gabungan dari mafhum-mafhum syariat dalam mentadbir urusan ummat dalam lingkunagn syariat Islam. Di antaranya adalah apa yag disebut الثوابت iaitu yang tidak berubah dengan perubahan masa dan tempat. Di antaranya juga ialah المتغيرات, iaitu sesuatu yang menerima perubahan.

Fiqh As-siasah As-syari'yyah mempunyai asas atau unsur yang membentuknya, di antaranya ialah:

1.Asas pertama : فقه النصوص
2.Asas kedua : فقه الواقع
3.Asas ketiga : فقه الموازنات
4.Asas keempat : فقه الاولويات
5.Asas kelima : فقه التغيير

Penutup

Demikianlah yang dapat saya kemukakan sebagai bahan perbincangan untuk warasatul anbiya' dalam waktu yang cukup terbatas. Ia merupakan ringkasan daripada kitab As-Siasah As-Syari'yyah oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Saya mengharapkan teguran daripada ulama' sekalian sekiranya di sana terdapat kesalahan dan kesilapan. Wallahua'lam bissawab.

Disediakan oleh,

IBNU ABD. RAHMAN


Rujukan

1.لسان العرب لابن المنظور ج 6 ص 429

2.Riwayat Bkhari , Bab Al-Anbiya' dan Muslim bab al-imarah

3.السياسة الشرعية فى ضوء تصوم الشريعة ومقاصدها للقرضاوى ص 32

4.Lihat السياسة الشرعية لابن تيمية , احكام سلطانية لابن يعلى, احكام سلطانية للمارودى,

5.الطرق الحكمية لابن القيم

6.السياسة الشرعية فى ضوء نصوص الشرعية ومقاصدها للقرضاوى ص 18 و ص 19

7.Al-Qaradhawi . op.cit m/s 25-26

8.Ibnu Qayyim op.cit m/s 13-19

9.Al-Qaradhawi . op.cit m/s 225-227

10.Di sini hanya disebut lima jenis fiqh sahaja. Dalam kitab al-Qaradhawi yang lain, Dikemukakan juga فقه السنن و فقه

Monday, September 24, 2012


DOSA-DOSA KECIL YANG DIABAIKAN

Meskipun telah memahami Islam,namun terkadang para pejuang dapat menjadi sedikit lesu dalam berdakwah. Sebelum mengalami, ada baiknya kita mengantisipasinya terlebih dahulu... Bukankah Rasul telah bersabda bahwasanya orang munafiq menganggap perbuatan dosanya seperti lalat yang lalu saja. Sedang orang beriman menganggap dosanya seperti gunung besar di atas kepalanya.... Terkadang kita melakukan dosa-dosa kecil yang tak sadar dilakukan atau sebenarnya sadar namun mengabaikannya....

MENGISI PERUT

Kita diperintahkan untuk makan sepertiga,minum sepertiga dan sepertiganya lagi untuk udara. Tampaknya sepele,namun sebenarnya dampak akan sangat besar bila hal ini diabaikan. Coba lihat siklus ini.Makan kekenyangan mengakibatkan sulit bergerak maka malas pula untuk shalat,apalagi bila ditambah shalat sunnah dan shalat malam.Kekenyangan dalam makan membuat empati kita pada kaum dhuafa berkurang.Bagaimana mungkin orang yang kenyang akan ingat kepada yang lapar.Kekenyangan dalam makan tidak disukai Allah dan tergolong pemborosan, karena memasukkan zat berlebih yang sebenarnya tidak kita butuhkan.Muslim yang ingin berjihad sebaiknya menghindari kalori yang berlebihan,karena bila seorang muslim bertubuh subur,akan sulit berlari dari kejaran musuh.... (?)

MENONTON TV

Hukum menonton TV adalah mubah.Menjadi pahala bila yang ditonton adalah ceramah atau ilmu yang bermanfaat. Namun menjadi haram bila yang ditonton adalah film-film yang mempertontonkan aurat,mistik,... termasuk iklan-iklan yang sering tanpa permisi lewat di depan mata mempertontonkan sesuatu yang haram. Untuk para akhwat tampaknya tak ada masalah,namun untuk para ikhwan,diperlukan benteng ekstra. TV adalah salah satu media untuk melakukan Ghazwul Fikri. Hati-hati akan kebenaran dari berita yang disiarkan. Jangan dianggap remeh film-film yang berasal dari Barat, karena sesungguhnya mereka tengah mengubah kepribadian akhlak Islamiyah kaum muslimin dengan budaya mereka. Sebagai contoh,Indonesia sebagai negara muslim terbesar di dunia, ternyata saat pukul 5 pagi di Metro TV disiarkan sebuah acara keagamaan.Bukan Kristen,bukan pula Hindu,namun..agama Yahudi. Hal yang sama terjadi hari Minggu,pukul 5 pagi di RCTI. Entah sejak kapan kaum Nasrani dapat bangun di subuh hari, karena di sana ditayangkan acara khotbah Nasrani. Melalui satelit,mereka sudah cukup bahagia bila kaum muslimin jauh dari ajarannya walaupun tidak memurtadkannya. Melalui 3 F dan 3 S...., Food,Fashion,Film,Sex,Sport and Song.Hal ini cukup jelas terlihat dari acara-acara yang ditayangkan di TV,terutama Metro TV dan ANTV. Film bertemakan cinta sebaiknya dihindari.Mengapa ? Karena selain itu adalah kisah cinta murahan, film semacam itu juga dapat membangkitkan syahwat.Ini sangat berbahaya bagi kaum muslimin yang belum menikah.Dapat menjurus kepada zina.Diawali dari zina yang kecil, zina hati dengan berharap,zina telinga dengan mendengar yang haram, zina mata dengan melihat aurat,zina tangan dengan menyentuh,zina kaki dengan melangkah. "Janganlah kamu MENDEKATI zina...."

MENDENGARKAN MUSIK

Hukum mendengarkan musik adalah mubah.Insya Allah menjadi baik bila yang didengarkan adalah nasyid yang dapat meningkatkan iman.Menjadi haram bila yang didengarkan adalah lagu-lagu cinta murahan yang membangkitkan syahwat. Apa perlunya bagi kaum muslimin membeli kaset-kaset Barat ? Terlebih mereka menyerang Afghanistan. Sebagai contoh, West Life menyumbangkan sebagian penghasilan dari penjualan kaset mereka kepada Paus di Vatikan. Jadi,secara tidak langsung manusia yang membeli kaset tersebut telah mendanai pembangunan gereja-gereja dan gospel mereka. Termasuk Mariah Carey yang menghibur para pasukan Amerika di kapal USS yang menjadi pasukan penyerang ke Afghanistan !

PANDANGAN MATA

Dari mata turun ke hati.Pepatah yang benar.
Rasulullah SAW bersabda :

"Pandangan mata adalah salah satu panah dari panah-panah iblis.Barangsiapa menjauhinya karena takut kepada Allah, maka Allah akan memberikan kepadanya perasaan manisnya iman."

Hal yang sepele tampaknya.Namun,berapa banyak para pejuang yang berguguran di jalan

dakwah hanya karena cinta nafsu.Cinta yang diawali dari pandangan mata ini...

Di kala manusia ada di masa jahiliyah,maka manusia itu akan menyukai lawan jenis yang jahiliyah pula. Ketika manusia telah kembali ke jalan Allah maka manusia digiring untuk menyukai sesama pejuang pula.Dengan dalih..,"pacaran Islami." Tidak ada kata aman dari panah-panah iblis meski untuk seorang ustadz... Jadi,berhati-hatilah dengan pandangan mata..., Ingat,mencegah lebih baik daripada mengobati. Bila telah terkena sindrom cinta,akan sangat sulit mengatasinya kecuali dengan pertolongan dari Allah.

" Wahai jiwa yang tenang..."

Wednesday, September 12, 2012

Kemusykilan Dijawab Tuan Guru Dato' Dr Haron Din

Bagaimana untuk mengatasi dan membuang bahan-bahan yang disyaki bahan sihir yang ditabur?

Soalan

Di pejabat saya, acap kali berlaku kecoh bila didapati benda-benda pelik ditaburkan di pintu pejabat bos kami, seperti kemenyan, beras kunyit, kain warna warni, telur, daging mentah dan bangkai burung gagak hitam bersepah sehingga ke dalam bilik bos saya. Apakah maksud kerja-kerja sebegini dan bagaimana untuk mengatasinya pada pandangan Dato'?

RAKIBAH ALANG
Ipoh

Jawapan

Sering berlaku berbagai benda pelik diletakkan di hadapan rumah, kedai, warung, tempat-tempat makan, di pejabat dan sebagainya.

Orang Melayu mempunyai kefahaman menebal adanya kerja halus dilakukan, untuk menyampaikan maksud jahat, tidak puashati dengan seorang ketua ataupun seorang teman sepekerjaan, lalu berfikir untuk menukarkan mereka ke tempat lain atau dengan tujuan tertentu.

Perkara yang disebutkan saudari, memang ada imbas-imbas pekerjaan sihir, tetapi apakah setiap kali kita berjumpa perkara tersebut, hendak dikaitkan dengan sihir, atau mungkin ia suatu perang psikologi?

Mungkin ia bertujuan menakutkan seseorang, atau membuatkan orang yang 'dibuat' itu menarik diri dari jawatannya. Mungkin ianya kerja nakal, gurauan atau perbuatan suka-suka tanpa ada mainan sihir.

Jika diandaikan ia amalan sihir, saya rasa ianya tersasar. Sihir itu ialah perbuatan tersembunyi dan tidak dapat dilihat. Kebiasaannya kerja sihir dilakukan di tempat gelap dan bahan sihir biasanya disembunyikan.

Bahan sihir ditanam atau dimasukkan dalam konkrit, disangkutkan di atas bumbung atau di siling rumah dengan tujuan tiada orang yang dapat melihat.

Ia dilakukan dengan jampi mentera, berhubung dengan makluk halus sebagai perantara untuk menyampaikan maksud jahat mereka. Sihir merupakan suatu perbuatan yang tidak diketahui, tersembunyi dan ianya tiba-tiba berlaku di alam nyata.

Benda yang dapat dilihat dengan mata sebegitu, tentulah bukan sihir. Ianya perbuatan nakal untuk memerangi psikologi orang yang berkenaan.

Saya nasihatkan, janganlah dihebohkan perkara sebegini kerana ia bukan sihir.

Kita perlu mengatasinya dengan menyebarkan ajaran Islam yang sebenar, bahawa kerja-kerja berinsusiasi dengan amalan sihir adalah suatu dosa besar, padah besar yang mengundang kecelakaan dunia sampai kepada akhirat.

Keduanya, mengajak manusia bertanggungjawab atas amalan mereka. Sekiranya amalan jahat dilakukan, hari ini mungkin untuk orang lain, tetapi hal yang sama mungkin akan dilakukan ke atas dirinya pula. Maka kerja seburuk ini hendaklah dihentikan serta merta.

Ketiga, atasilah masalah yang berlaku dalam kehidupan kita secara gentleman dengan tidak membabitkan kerja-kerja yang membawa kepada kekecohan atau buruk sangka sesama rakan sekerja.

Keempat, jadilah panduan, Islam itu sebagai suatu pegangan. Perkara yang melanggar hukum Islam dijauhi, khasnya perkara syirik yang merupakan perkara fitnah dalam masyarakat.

Kelima, fitnah memfitnah mengundang padah. Buruk sangka sama-sama di pejabat mengundang kecelaruan dan menjauhkan kita daripada ketenangan.

Maka oleh kerana itu, kita hendaklah melakukan amalan-amalan yang mendekatkan diri kita dengan Allah SWT supaya dihindarkan kita daripada kecelakaan sihir dan sebagainya. Wallahua'lam.

Amalan selama 40 hari ditolak jika percaya benda ghaib


Soalan


Saya pernah membaca dalam beberapa penulisan termasuk penjelasan yang ustaz telah berikan dalam Harakah yang lepas bahawa makhluk halus (jin, syaitan dsbnya). Bolehkah ustaz jelaskan apakah jenis-jenis penyakit boleh dilakukan oleh makhluk ini kepada manusia?

Jawapan
Berdasarkan kepada nas-nas yang sahih khususnya dalam al-Quran dan sunnah Nabawiyyah, bahawa Allah SWT memperincikan bahawa makhluk halus seperti jin, ifrit dsbnya, dalam keadaan tertentu boleh memberikan berbagai penyakit ke atas anak Adam.

Di antara penyakit itu disebut dalam Surah al-Baqarah ayat 102 (mafhumnya), "Sesungguhnya orang-orang yang memakan riba' tidak dibangunkan pada Hari Kiamat melainkan dalam keadaan seperti orang yang telah rasuk oleh syaitan daripada sentuhan yang membawa kepada kecelakaan."

Istilah yang Allah digunakan dalam ayat tersebut ialah 'attkhabbut' yang bermakna dipukul dengan kuat atau dicederakannya.

Surah al-A'raf ayat 201, Allah menggunakan perkataan 'almass' yang diantara maksudnya, "Sesungguhnya orang-orang yang taqwa itu apabila mereka diganggu oleh syaitan dengan 'mass', sentuhan yang boleh membawa kepada kehilangan akal oleh jin-jin yang berkeliaran. Mereka segera ingat kepada Allah SWT, lalu mereka dapat pulih."

Surah al-Mujadalah ayat 19, Allah menggunakan perkataan 'istihwaaz', maksudnya syaitan boleh menguasai dan mengalahkan manusia sehingga mereka tidak sedarkan diri atau lupakan segalanya.

Surah al-A'raf ayat 300, syaitan boleh mengenakan kepada manusia 'annazghu' atau menipu dan menghasut untuk melakukan kejahatan. Ertinya golongan syaitan boleh menipu dan menghasut manusia sehingga kepada membunuh.

Surah as-Saad ayat 41, syaitan boleh mengenakan 'annasad' dalam ayat ini yang mafhumnya, "Dan ingatlah peristiwa hamba kami Ayub a.s, ketika ia bermunajat kepada Allah dengan mengadu katanya, 'sesungguhnya saya ya Allah, dikenakan oleh syaitan dengan 'nusghin wa azab'." Nasad yang membawa makna penat atau lebih yang amat sangat.

Jelas bahawa kepenatan, keletihan, kesusahan dan azab sengsara boleh dilakukan oleh makhluk ini berdasarkan ayat-ayat yang saya sebutkan.

Dalam sunnah yang sahih, disebut bahawa syaitan dan suku sakatnya boleh menyebabkan manusia menjadi gila. Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, dikisahkan tentang seorang anak muda yang baru berkahwin sempena dengan Peperangan Ahzab. Beliau menyertai Rasulullah s.a.w mengorek parit di waktu tengahari, beliau memohon izin kepada Rasullah untuk pulang. Rasulullah keberatan mengizinkan. Namun atas desakannya lalu dibenarkan. Bagaimanapun Rasullullah mengingatkan kepada pemuda tersebut supaya membawa senjata. Apabila sampai di rumah beliau dapati isterinya berada di luar rumah. Lalu dilihat dalam rumahnya ada ulat hitam yang besar. Pemuda ini terus menusuk tombaknya kepada ular tersebut. Lalu ular itu menggelupur, tapi dalam waktu yang sama pemuda itu turut menggelupur. Akhirnya ular itu mati dan pemuda pun mati juga. Apabila peristiwa ini dimaklumkan kepada Rasulullah, lalu baginda menyebut itu (ular) adalah jin. (Sahih Mulim, Juzuk ke 4 hadis 1756).

Suatu peristiwa lain, Yaa'li bin Murrah menceritakan dari bapanya, bahawa suatu ketika seorang perempuan telah membawa anaknya yang berpenyakit 'lammam' (akal yang bercelaru atau gila). Rasullah s.a.w merawatnya dengan membaca sesuatu, lalu baginda menepuk belakangnya dan pemuda itu termuntah lalu keluarlah objek kehitam-hitaman berlari keluar dan terus hilang, lalu pemuda ini kembali siuman seperti biasa. Hadis ini terdapat dalam Musnah Imam Ahmad.

Inilah di antara sebahagian penyakit yang boleh dicetuskan syaitan ke atas manusia.