PENGUCAPAN AWAM: PERSEDIAN SEBAGAI PENCERAMAH YANG BERPENGARUH
oleh: IaR
PENCERAMAH
Mengapa Anda DiPilih?
Pakar
Reputasi
Pengalaman Luas
Minat Pada Tajuk
Mengisi Kekosonggan
UCAPAN AWAM
PENGENALAN
TUJUAN:
-MENARIK PERHATIAN
-MEMPERKENALKAN TAJUK
-MEWUJUDKAN KEMESRAAN
UNSUR PENGENALAN
SALAM/UCAP SELAMAT
PENGHORMATAN PROTOKOL
TEKNIK MENARIK PERHATIAN
PREVIEW
PROSEDUR/TEKNIK MENARIK PERHATIAN
Tanya Soalan
Fakta Luar Biasa
Jenaka(Humour)
Cerita,Contoh
Peristiwa Sejarah
Quotation
Puji Audiens
Rujuk Majlis,Tempat
Kepentingan Tajuk
MENGEKAL MINAT AUDIENS
Contoh yang hampir dengan audien
Tanya Soalan
Hayati Ucapan
Unsur-Unsur Suspen
Jenaka Pengajaran
Analogi Yang Sesuai
Libatkan Audiens
ISI KANDUNGAN
Tajuk - Topik
Masa - Proses
Space - Fizikal
Problem Solving
TUJUAN
INGAT KEMBALI
KEMUNCAK
MEMBERIKAN PENEKANAN
UNSUR-UNSURYANG BERKAITAN DENGAN AUDIENS
Review
Memorable Statement
ANALISA SITUASI
AUDIENS
-Bilangan
-Pengalaman
-Sikap
-Pekerjaan
-Pendidikan
-Umur
-Sex
MAJLIS
-Tujuan
-Tempat
-Masa
-Kemudahan
-Penceramah Lain
-Tempoh Ceramah
PUNCA-PUNCA GUGUP
-Kurang Bersedia
-Kurang Mahir
-Tidak Suka DiNilai
-Audiens Yang DiSegani
PENYEDIAAN UCAPAN
Anda semestinya telah mempunyai idea yang jelas mengenai isi kandungan ceramah anda.
Pastikan anda telah menyusun struktur teks ucapan seperti berikut:
A) PENGENALAN
: Ucapan salam kesejahteraan – salutasi – terima kasih kepada penganjur.
: Pengenalan diri dan mengenali tiap-tiap audien (sekiranya kurang 50 orang)
: Intipati ucapan-Wujudkan minat untuk terus mendengar.
B) ISI
: Sampaikan sejelas/secukup mungkin idea-idea yang ingin anda kemukakan.
: Telah disunting mengikut prinsip-prinsip berikut:
i- mesti diberitahu (must know)
ii- harus diberitahu (good to know)
iii- boleh diberitahu (nice to know)
C) PENUTUP
:Tidak berhenti secara mengejut.
: Ada peluang untuk membuat imbasan (feedback).
: Hasilkan rumusan dari apa yang telah diperkatakan.
: Ulangi terima kasih dan salam kesejahteraan.
CARA PERUTUSAN MENGUASAI PENGUCAPAN UMUM
Perutusan
-Menghantar dan menerima maklumat – satu istilah mempunyai suatu kenyataan
yang kompleks.
Proses
-Dimensi berbagai menjadikan perutusan suatu yang dinamik.Berterusan tidak
berhenti.
-Kejadian yang berlaku di sekeliling menjadi pertukaran lisan.
Manusia
-Penting di kalangan manusia bercakap dan mendengar – alat itu ada masalah dan
Kelemahan.
-Perlu kemahiran bercakap dan kemahiran mendengar – BERJAYA.
PENGHANTARAN DAN PENERIMAAN
- Lisan (lidah dan telinga)
- Gerak geri dan tingkah laku (tanpa lisan).
(Kadang-kadang ada percanggahan antara lisan dan tanpa lisan).
MAKLUMAT
-Sesuatu yang dihantar – mesej.
-Maklumat kepada pencerap.Di dalam pengucapan umum mesej ialah ucapan.
MODEL-MODEL PERUTUSAN
-Lebih 75 model proses.
-Setiap model menjadi tumpuan kepada aspek-aspek cara berutus.
PRINSIP-PRINSIP PERUTUSAN
1. Perutusan merupakan satu proses yang aktif si perucap dan pencerap atau pendengar berkait rapat.
2. Siapa dan apa kita mempengaruhi perutusan kita.
3.Manusia mentafsirkan mesej-mesej berdasarkan bidang pengalaman mereka - Percanggahan mungkin berlaku.
4.Kejayaan perutusan bergantung kepada sebanyak mungkin pengetahuan tentang Pencerap kita – latihan kepada pencerap penting – cepat berkesan.
5.Si pencerap belajar menyesuaikan utusannya dengan keperluan pencerap.
PERUTUSAN BERKESAN
1.Perucap – memberi perhatian kepada reaksi khalayak kepada ucapannya.
2.Perucap – tujuan memberi kefahaman kepada khalayak.
3.Perucap – bersedia menyesuaikan diri dan bertolak ansur menyampaikan mesej.
4.Perucap – memberi perhatian kepada minat khalayak lebih daripada kecenderungan yang ada pada dirinya.
KESILAPAN PERUTUSAN
Percakapan Melampaui Khalayak
- Tidak dapat memahami maksud dan mesej yang disampaikan.
Percakapan Merendahkan Khalayak
- Kecerdasan dan paras kefahaman khalayak diperkecilkan.
Percakapan Berdasarkan Perbezaan Paras Sikap
-Berlainan ideologi,fahaman dan pembawaan.
KEADAAN UNTUK PENGUCAPAN UMUM
1.Bilik Darjah – Penurunan ilmu atau pendidikan.
2.Khutbah - dihormati sepanjang masa.
3.Politik - pembujukan untuk mempengaruhi khalayak menjadi penyokong.
4.Nada Jualan – mentafsir dan memahami latar belakang khalayak amat penting.
DUA BENTUK TINGKAH LAKU MENCERAP
Penumpuan Kepada Perutusan Orang Lain
-Mencerap secara faktual ialah satu perlakuan memberikan tumpuan kepada perutusan orang lain supaya data dan maklumat faktual yang berkaitan dapat diringkaskan untuk memahami perkara-perkara yang disampaikan oleh si pencerap.Semua teknik untuk memperbaiki kemahiran mencerap seperti yang telah
dibincagkan sebelum ini boleh untuk mencerap secara faktual.Sama ada kita mencerap untuk keseronokan,untuk mendapat pengetahuan,atau untuk membuat penentuan,kita menggunakan pencerapan faktual bagi memilih idea-idea utama si perucap dan bagi memahami isi pati utama utusannya,sebagai misalan:
1.Anda sedang menonton satu tayangan iklan televisyen.Seorang pelakon wanita yang sedang membuat hebahan jualan mengutuskan tentang kebaikan jenamanya berbanding dengan jenama penyaingnya.Beliau menerangkan tentang perkara-perkara yang baik bagi keluaran yang dijualnya momok jualan biasa.Tetapi di pertengahan penyampaian beliau itu,beliau berkata: Penyelidikan telah membuktikan bahawa jenama saya sama keberkesanannya dengan jenama x,dan juga harganya kurang satu dolar.”
2.Pada hari pertama anda memulakan tugas baru,penyelia anda menyediakan berbagai maklumat yang anda perlu memahami.Sebahagian maklumat-maklumat ini juga tercatat di dalam buku panduan syarikat,tetapi kebanyakan maklumat terperinci yang lain Cuma didapati melalui perbualan dengan si penyelia.Di dalam perbualan itu,beliau menyatakan kepada anda tentang segala-galanya daripada bentuk tugas yang dijalankan sehinggalah tempat letaknya bilik bekalan.
MENGATASI GUGUP +MENGAWAL GEMURUH
TIGA (3) Kaedah:Psikologi,fizikal dan spiritual
A) Kaedah psikologi – ingatkan diri kita perkara-perkara berikut:
- Terima hakikat bahawa perasaan
gemuruh @ gugup adalah perkara semula jadi – fitrah manusia.
- Perasaan gemuruh@gugup yang terkawal membawa kesan positif – dan meningkatkan prestasi seseorang
dalam berpidato.
- Semua orang gemuruh bila berucap walaupun banyak pengalaman.Kalau tidak gemuruh - samada terlalu yakin,tidak menghormati khalayak, atau tidak siuman.
- Kita kelihatan lebih yakin dari apa yang kita rasai dan orang lain tidak tahu yang kita gemuruh.
- Audiens pada dasarnya bersimpati dan mengharapkan kita berjaya dalam ucapan kita.
- Persediaan dan latihan yang rapi (yang dibimbing) dapat mengurangkan gemuruh.
- Fokuskan fikiran pada apa yang hendak diucapkan dan jangan terlalu berperasaan.
B) Kaedah Fizikal –
- Buangkan tekanan dalaman – buang air kecil@besar.
- Longgarkan otot-otot – senaman ringan untuk tangan,kaki,leher,mulut,pinggang dan sebagainya (jika perlu)
-Tarik nafas panjang 10-15 kali setiap 10 minit dan satu jam sebelum berucap.
- Amalkan pernafasan “recharging”- tarik nafas seperti biasa dan paksa angin keluar melalui mulut menggunakan otot perut.
- Ikat kemas tali kasut,tali pinggang,tali leher dan sampin (jika berbaju melayu) bagi lelaki,
- Kemaskan tudung kepala,ikatan pinggang kain dan lain-lain – bagi wanita.
PERANAN JURUACARA / PENGACARA MAJLIS
- Membuat pengumuman – tidak perlu ulas ucapan.
- Hendaklah mengetahui dengan sejelas-jelasnya susunan aturcara majlis dan sebarang perubahan terakhir.
- Hendaklah mengenalpasti mereka yang terlibat dengan persembahan, ucapan dan sebagainya.
- Hendaklah mengenakan pakaian yang sesuai dengan majlis ketika berada di atas pentas.
- Hendaklah menggunakan bahasa dengan fasih dan lancar serta sesuai dengan tahap audiens.
- Juruacara/pengacara tidak memiliki kecacatan fizikal/berpenyakit yang boleh mengaibkan peribadi dan mengganggu perjalanan majlis:
Gagap
Berpenyakit/fizikal (jadi bahan ketawa)
Pemalu (mengeluarkan perkataan)
C)Kaedah Spritual –
- Dalam keadaan bersih – digalakkan berwudhuk.
- Amalkan dan hafaz surah-surah dari al-quran dan doa hadith Nabi s.a.w sebelum menyampaikan ucapan/ceramah:
1.Istighfar – 3 kali
2.Selawat Nabi s.a.w – 3 kali
3.Baca surah Al-Fatihah – 1 kali
4.Baca 5 ayat dari awal surah Toha
5.Baca doa Nabi Daud – 1 kali
- Selepas itu tarik nafas dan lepaskan dengan cara menelannya ke dalam anggota tubuh kita.
KEMAHIRAN MENDENGAR(LISTENING SKILL)
- Mendengar adalah bahagian penting dalam proses komunikasi berkesan. Kurang penelitian menyebabkan timbul banyak kekeliruan dan ketidakfahaman.
- Di dalam sesebuah organisasi,kecekapan daya pendengaran di antara semua Peringkat kakitangan amat penting.Dengan ini semua keputusan,arahan dan tindakan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan berjaya.
- Kajian menunjukkan bahawa peratusan dalam perhubungan seharian, menggambarkan betapa pentingnya pendengaran dalam sebarang urusan:
Pembacaan - 4%
Penulisan - 11%
Percakapan - 22%
Pendengaran – 63%
PENDENGARAN KURANG BAIK
- Pendengar beranggapan perkara yang dibincangkan tidak menarik (penghalang terbesar).
- Mengkritik penyampaian penceramah atau kualiti APD yang digunakan.
- Mendengar secara memilih.
- Pendengar yang suka mencelah.Hakikatnya berfikir adalah lebih pantas dari bercakap.
- Mimpi di siang hari.Hakikatnya memang sukar berfikir dua perkara dalam satu masa yang sama.
- Gangguan luaran (suara.peralatan/kelengkapan kurang selesa dan iklim/cuaca).
- Mengelakkan perkara yang susah dan teknikal.
- Tertidur kerana kurang tempoh waktu tidur.
ISHAK AB.RAHMAN
MA (Comm. Coventry University, UK)