Monday, February 25, 2013

PAS kini sedia mengatasi Umno - Raja Nazrin
Harakahdaily, 24 Feb 2013

KUALA LUMPUR: Pemangku Raja Perak, Tuanku Raja Nazrin Shah bertitah, PAS kini berada dalam satu tahap keyakinan diri yang amat tinggi akan kekuatan politiknya.

PAS kini mempercayai pengaruh parti tersebut tidak lagi terbatas di kalangan Melayu tetapi yakin bahawa perjuangan mereka semakin difahami oleh bukan Melayu.

"PAS kini berada dalam psyche pemikiran bahawa kekuatan dari segi gerakan politiknya telah mengatasi UMNO, malah menganggap bahawa secara relatif, kekuatan politik UMNO semakin rapuh kerana UMNO telah terlalu lama selesa bergantung pada jentera dan sumber kerajaan.

"Suara PAS menyentuh isu urus tadbir negara secara telus, memerangi rasuah, sistem kehakiman yang bebas lagi adil, penguatkuasaan undang-undang secara saksama, membasmi kemiskinan, menangani keruntuhan moral dan jenayah, masalah kos sara hidup yang tinggi, adalah isu-isu popular yang memberikan kelebihan retorik untuk digunakan oleh PAS sebagai senjata ofensif menyerang lawan," titah Raza Nazrin.

Baginda bertitah demikian dalam Wacana Perpaduan Ummah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada 19 Februari lepas bertajuk “Perpaduan ummah; harapan, realiti dan cabaran". Harakahdaily diberikan ucapan penuh baginda. Ia akan disiarkan selepas ini.

PAS, titah baginda, telah melalui pahit maung perjuangan, era jatuh dan bangun."Bermula dari sebuah organisasi, terdiri dari kumpulan ulama di dalam UMNO, kemudiannya keluar dari UMNO, memilih untuk mewujudkan entiti politik sendiri," titahnya.

PAS telah melakukan pelbagai anjakan untuk kelangsungan perjuangan dan menerokai pelbagai titik perimbangan untuk mengembangkan pengaruh. "Dari organisasi yang amat daif, menumpang ihsan berteduh di bawah bumbung madrasah milik ulama UMNO, dengan berbekalkan mesin taip buruk, PAS hari ini telah muncul sebagai kabilah politik yang menguasai pelbagai teknologi komunikasi moden, di dokong bukan lagi oleh tok guru dan lebai kampung, tetapi oleh barisan profesional dan teknokrat dari pelbagai lapisan dengan pemikiran semakin terbuka, berdaya usahawan tinggi, mengikhtiarkan sumber rezeki secara berdikari," titahnya.

Bagi menyahut cabaran ummah, baginda membuat lima cadangan.

Pertama: Tidak salah untuk bangsa berada dalam pelbagai kabilah asalkan bangsa mencapai kata sepakat, bersatu pendirian, mempertahan, melindungi dan mengurus perkara-perkara menyentuh hak, maruah serta martabat bangsa Melayu dan Agama Islam, yang sama sekali tidak harus dikompromikan. Bagi usaha meraih sokongan politik bukan lesen membolehkan status bangsa digadaikan, titah baginda.

Kedua: Ummah wajib disedarkan bahawa mereka sudah terlalu lama selesa sebagai penduduk majoriti, sudah terlalu lama selesa bersandarkan kekuatan politik, sudah terlalu lama selesa dinaungi kerajaan; hingga ummah tidak lagi memiliki pertubuhan yang bebas lagi berkecuali, secara berani lagi tegas lantang menyuarakan tuntutan ummah.

Ketiga: Badan Kehakiman, perkhidmatan awam, pasukan keselamatan hendaklah mengamalkan budaya profesionalisme yang tidak partisan, menyempurnakan tugas secara amanah, adil dan saksama, berpaksikan undang-undang dan peraturan; tegas menegakkan kebenaran – cekal menentang kemungkaran, tidak bersekongkol merestui berlakunya penyelewengan terutama dalam mengurus khazanah, sumber kekayaan dan sumber kewangan negara.

Keempat: meningkatkan kegiatan keilmuan dan menambah komponen pengetahuan di kalangan ummah terutama dari segi penghayatan dan amal, agar ummah memiliki iman yang kukuh, yakin berpegang bahawa rezeki, jawatan, pangkat dan kuasa datangnya dari ILAHI, lantas tidak gentar menyuarakan nasihat yang betul dan tidak goyah menyampaikan fakta yang benar, meskipun berhadapan dengan jeneral yang bengis atau menteri yang berkuasa.

Kelima: Memahami dan mendalami konsep federalisme berasaskan Perkara 73 hingga 95E Perlembagaan Persekutuan. Sifat kesetiaan kepada Raja hendaklah dicerminkan melalui sifat kesetiaan menyempurnakan tugas kepada Kerajaan yang telah diperkenankan penubuhannya, kata baginda.




PI Bala pulang, bersumpah SD2 palsu


Harakahdaily, 24 Feb 2013

(PI Bala dalam sidang medianya di KLIA sambil memegang kitab suci agama Hindu)


SEPANG: P Balasubramanian (PI Bala) tiba di KLIA malam ini dari luar negara dan bersumpah bahawa Akuan Bersumpah beliau yang pertama adalah benar.

Sambil memegang kitab suci agama Hindu, Bhagawad Gita, PI Bala bersumpah, Akuan Bersumpah Kedua (SD2) yang beliau buat untuk memansuhkan SD1 adalah palsu.

"Saya bersumpah di atas buku suci ini bahawa SD1 adalah benar tidak ada yang tidak benar melainkan benar belaka. Saya memohon maaf kepada semua bahawa SD kedua adalah palsu," kata PI Bala dalam sidang medianya.

Dalam SD1, PI Bala menceritakan kaitan beliau dengan beberapa individu sehingga terbunuhnya wanita Monggolia Altantuya Shariibuu.

Sehari selepas itu dia menarik balik SD itu dengan menerbitkan SD2 yang dengan sendirinya memansuhkan SD yang pertama. Beliau lari meninggalkan negara dan tinggal di India selepas membuat SD2 dan hari ini pulang untuk terus tinggal di negara ini semula. Beliau pulang bersendirian dengan meninggalkan anak dan isterinya di luar negara. Turut berada di KLIA adalah beberapa pemimpin termasuk peguam Sivarasa Rasiah.

PI Bala sebelum ini pernah membuat pengakuan, dia menerima wang dari Deepak Jaikishan. Deepak pula beberapa bulan kebelakangan ini mengaku beliau terlibat memujuk Bala untuk membuat SD2 atas permintaan rakannya, Datuk Seri Rosmah Mansor.



Friday, February 22, 2013

Fatwa dari Mursyidul Am UMNO- Dr Mahathir Mohamad

Oleh: Sakmongkol ak47


Ketika saya berada di Rembau N9, sebelum ke tempat ceramah kami singgah disebuah restoren. Waktu itu, berita TV3, lidah propaganda UMNO baru hendak bermula. Berita yang mengawali penceritaan ialah kenyataan2 dari mursyidul am UMNO- Dr Mahathir Mohamad. Dia kata- “saya tidak fikir Pakatan Rakyat boleh memerintah- kerana mereka tidak ada –pengalaman”.Dan kepada solan dari seorang pembaca yang bertanya adakah Rembau selamat untuk KJ- saya mendahului memohon maaf untuk menyatakan masa depan KJ di Rembau gelap dan muram.

Tangan2 ajaib dan halimunan dalam UMNO sendiri yang akan membunuh KJ terlebih dahulu. Berbalik kepada kenyataan Dr Mahathir. Pengalaman apa yang dimaksudkan oleh Mahathir? Ini kenyataan tipikal pemimpin UMNO yang sombong dan bongkak. Seolah olah nya hanya UMNO sahaja yang layak memerintah. UMNO sahaja yang mempunyai kelayakan membawa kemajuan dan pembangunan.

Pembohongan dan penipuan Mahathir mudah dipatahkan- lapuran odit negara menyebut perihal rekod baik pimpinan kerajaan yang dikuasai oleh PR. Adakah Dr Mahathir mencadangkan bahawa ketua odit negara berbohong? Saya sudah menyatakan banyak kali- jika Najib Tun Razak boleh jadi PM, semua orang lain pun boleh. Mentadbir negara Malaysia bukan suatu roket sains. Jika mereka yang bodoh dalam UMNO dan BN boleh memerintah Malaysia, mustahil yang cerdik, pandai dan bijak dalam Pakatan tidak mampu? Bukankah Dr Mahathiir sendiri yang menyatakan bahawa yang tinggal dalam UMNO hanyalah pemimmpin2 half past six ? yang bijak sudah masuk PAS, yang pandai masuk PKR dan yang cerdik sudah masuk DAP?

Maka yang demikian, jika dullards dan yang bodoh dapat memerintah Malaysia selama 55 tahun dan menjahanamkan negara, mengapa yang lebih pandai tidak boleh?Dan mursyidul am UMNO ini bercakap seolah olah kepada pembaca dan pendengar adalah orang2 yang bodoh. Yang di luar sana,untuk pengetahuan Dr Mahathir semuanya adalah reasonable man yang menaiki kereta proton saga atau menaiki bas intrakota yang membaca apa yang tersirat daripada yang tersurat.

Negeri2 yang di perintah oleh PR semua menunjukkan prestasi yang lebih baik dari semua segi berbanding dengan rekod pengurusan kerajaan BN. Jadi pengalaman apa yang Dr Mahathir cakapkan? 4 negeri yang dikuasai oleh PR meneruskan dominasi mereka sebagai destinasi pertama pelaburan asing. Kedah, Kelantan, Selangor dan Penang menguasai 55% dari pelaburan asing.

Bajet dalam negeri2 ini sama ada seimbang atau berada dalam lebihan tanpa memanipulasi angka. Jika negeri2 ini memanipulasi angka, sudah tentu media yang di miliki dan dikuasai oleh UMNO akan berpesta mendedahkan permainan angka. Jadi pengalaman apa yang Dr Mahathir maksudkan? Memang benar, kita PR tidak ada pengalaman. Yakni pengalaman merompak dan melanun negara. Kenapa Dr Mahathir yang sudah sampai umur 88 tahun itu seolah2 menjadi jurucakap dan jurubicara UMNO? Kerana Dr Mahathir mempunyai kepentingan peribadi untuk menentukan UMNO menang.

Dr Mahathir adalah orang yang paling ketakutan bila PR mengambil alih kerajaan. Dia bimbang akan keselamatan diri nya sendiri dan yang paling dia bimbangi ialah masa depan anak2 nya yang berniaga. Kita hendak beritahu Dr Mahathir- kita tidak jel orang yang berumur 88 tahun. Kita akan hanya meminta pemulangan harta dan wang yang telah dicuri dari rakyat. Bagaimana rakyat Malaysia yang akan keluar mengundi dalam PRU13 nanti melayani Mahathir? Saya sudah pun menyatakan- bila Pak Lah memenangi PRU dahulu dengan majoriti yang terbesar dalam sejarah- rakyat sebenar nya meraikan pengeluaran Mahathir.

Kemudian negara kita dipimpin oleh seorang yang mencari al ghazali dan mencari kedamaian. Untuk seketika rakyat Malaysia terpukau dengan pengucapan batin Pak lah sehinggalah mereka sedar, bahawa itu semua untuk pendengaran umum. Pak lah ternyata menjadi PM yang paling lembab untuk negara ini.Dalam PRU13, rakyat berpeluang sekali lagi menjatuhkan hukuman kepada Mahathir. Mari kita sama2 menghukum orang yang melingkup dan menjahanamkan maruah bangsa Melayu.

Dr Mahathir bertanggung jawab menyebabkan orang melayu mengemis dalam negara mereka sendiri. Kecuali orang Melayu mendapat keseronokan jika dizalimi, maka satu undi yang di beri kepada UMNO dan BN, bererti kita merelakan dan menyukai dizalimi dan disakiti. Satu undi untuk UMNO bererti kita akan ada 100 lagi skendel NFC. Satu undi untuk UMNO , kita akan ada lagi 100 Puspahanas, 100 pembelian kapal selam, 100 pembelian pesawat kapalterbang. Satu undi untuk UMNO bererti kita menjatuhkan hukuman bunuh kepada diri sendiri.

Tuesday, February 19, 2013

Surat terbuka Deepak kepada Tun Mahathir


DeepakTun,

Saya merujuk kepada kenyataan Tun yang juga merupakan nasihat kepada DS Najib & DS Rosmah iaitu “Abaikan Deepak”, dan juga saya tertarik dengan nasihat Tun agar saya tidak menggunakan saluran politik sebaliknya terus ke mahkamah untuk menuntut hak saya.

Tun,

Deepak Untuk makluman Tun, semenjak 2 tahun lepas iaitu dari tahun 2010, itulah yang telah saya lakukan di mana keputusan mahkamah telahpun memihak kepada saya. Walaubagaimanapun, pentadbiran Najib telah menidakkan keputusan mahkamah ini dan segala bukti yang dikemukakan di mahkamah yang mempunyai perkaitan dengan DS Rosmah telah dinafikan kewujudannya atau sememangnya jabatan kerajaan tidak bercadang untuk menjawab pertuduhan mahkamah, yang dengan ini, saya memerlukan nasihat daripada Tun.

Apakah tindakan Tun sendiri akan lakukan jika Tun berada di tempat saya? Berlatarbelakangkan kami berdua juga pernah dituduh sebagai ”orang pakistan” namun kami sama sama ”anak malaysia” yang berhati nasionalis, saya pasti apa yang saya tulis di dalam surat ini tidak banyak berbeza dengan apa yang Tun akan lakukan jika Tun berada di tempat yang sama atau berdasarkan pada apa yang pernah berlaku, Tun sendiri pernah menulis ”Surat Sejarah 17 Jun 1969” yang juga merupakan surat terbuka kepada Tunku Abdul Rahman.

Tun,

Saya telah diserbu oleh pihak Bank Negara Malaysia pada tahun 2010 kerana pertukaran matawang asing melalui pengurup wang dengan jumlah yang tinggi di dalam Dollar Singapura dan US. Siasatan telah berlangsung selama enam minggu dan saya telah dedahkan bahawa kesemua wang tersebut telah diserahkan kepada DS Najib dan DS Rosmah sebagai bayaran untuk berbagai tawaran di mana saya bertindak sebagai saluran mereka untuk bayaran Bangunan Angkasa Raya, Tanah Bukit Raja dan Glomac Tower (kini dikenali sebagai Wisma Prestige). Perkara ini walaubagaimanapun terhenti begitu sahaja.



Saya juga diminta oleh pihak SPRM untuk membantu siasatan bagi jualan sebuah bangunan di KLCC kepada syarikat perbankan Islam antarabangsa, di mana kami telah mengemukakan bukti bayaran melalui slip, kenyataan video dan testimonial bertulis di mana saya telah bertindak sebagai saluran bagi DS Najib dan DS Rosmah, dan wang telah diserahkan ke tangan mereka dalam berbagai bentuk dan suasana dalam tempoh dua (2) tahun, Pengarah Kanan SPRM yang mengetuai penyiasatan itu ialah Datuk Jamidan, yang juga terlibat dalam kes Sime Darby.

Mengapa setelah begitu banyak bukti yang dikemukakan secara terang-terangan dan mengikut saluran, sehingga kini masih tiada siasatan yang dibuat terhadap DS Rosmah, DS Najib atau Datuk Nazim? Adakah keadaan ini melibatkan “dakwaan untuk individu terpilih” atau siasatan di peringkat yang berbeza untuk orang yang berlainan taraf? Macam mana lagi Tun hendak saya buat untuk mendapatkan keadilan? Kini mari kita berbicara tentang pengalaman saya di mahkamah pula.

Tun,

Saya telah membeli 200 ekar bidang tanah daripada Raja Ropiah pada tahun 2007, kini beliau adalah Ketua Wanita Umno Selangor dan Ketua Wanita BN. Kami telah membayarnya secara tunai sebanyak RM13,000,000.00 dan bond tanah (Waranti Bank) sebanyak RM72,500,000.00 telah dikeluarkan bagi tujuan bayaran. Selepas menerima wang tersebut, Raja Ropiah secara sengaja telah melewatkan pengeluaran geran tanah buat kami dengan cara mengabaikan tanggungjawabnya untuk menyerahkan geran itu dan sebaliknya telah membuat janji dengan CBT untuk menjual tanah tersebut kepada syarikat lain dengan harga yang lebih tinggi dan juga telah mengumpul sejumlah wang tunai hampir kepada RM90,000,000.00 dan Waranti Bank daripada mereka.

Ini juga terjadi ketika bon tanah kami masih sah digunakan dan meminta sejumlah RM13,000,000.00 daripada kami dalam bentuk tunai. Kami juga telah membayar secara tertutup di mahkamah terbuka sebanyak RM8,000,000.00 kepada keluarga DS Najib. Saya telah membuat laporan polis dan sehingga kini masih tiada tindakan terhadap Raja Ropiah dan keluarga D. Najib.

Sebaliknya saya perlu melalui pengalaman memeritkan dan menerima notis disita daripada Bank yang bergelar “16 D”, yang tidak lain tidak bukan daripada firma guaman milik adik DS Najib, Datuk Johari Razak, Shearn Delamore, tepat 24 jam selepas sidang media memaklumkan rasuah dan tindakan tidak bermoral pasangan ini. Tun, jika tidak keberatan, harap dapat maklum pada saya, bank manakah yang membuat sitaan tanpa melalui peringkat undang-undang yang betul?

Sitaan mereka berjumlah RM30,000,000.00 dan secara kebetulan Boustead Holding tiba-tiba muncul hendak membeli syarikat kami yang memiliki tanah sejumlah 200 ekar di atas kertas ini, di atas nama Asta Canggih Sdn Bhd dengan jumlah jualan RM30,000,000.00!! Sangat ajaib bukan?? Yang lebih menariknya, syarikat Boustead juga telah membayar pendahuluan sebelum menandatangani perjanjian pembelian, dengan syarat kami menarik-balik kes dari mahkamah serta-merta, memandangkan tarikh untuk kes dibaca dalam mahkamah terbuka adalah dalam minggu yang sama. Sekarang Tun, tolong nasihatkan saya, apakah yang akan Tun sendiri lakukan dalam situasi begini? Apa yang menarik sekali, Raja Ropiah turut dibayar sebanyak RM29,000,000.00 sebagai ’hukuman’ dia untuk CBT.

Tun,

Kami telah menjual sebuah bangunan kepada sebuah badan bank Islam antarabangsa pada tahun 2008 dan mereka gagal untuk membayar kepada kami pada tahun 2010 apabila pemegang saham yang baru menyertai mereka. Kini kami telah memenangi kes ini di mahkamah melalui pengadilan pada 7 November 2012 dan Mahkamah mendapati

Bank Islam Antarabangsa:-

a) menggunakan tindakan yang melanggar undang-undang untuk membuat konspirasi terhadap kami secara sengaja

b) melanggar perjanjian Surat Pengambilalihan yang dikeluarkan terhadap kami

c) terlibat dalam pengeluaran dan pelepasan surat salah laku untuk memusnahkan kami dan perniagaan kami

Bank tersebut juga telah didedahkan di mahkamah terbuka bahawa:

i) telah menipu apabila bertindak sebagai pendeposit dengan membeli asset menggunakan syarikat bersama di mana mereka mengakui mempunyai hak milik sebanyak 19% padahal sebenarnya ia adalah milik mereka 100%, melalui Deklarasi Pengakuan Amanah, di mana mereka kemudiannya dipaksa mengaku di mahkamah terbuka dengan kemunculan Deklarasi

Pengakuan Amanah tersebut.

ii) telah menipu berbagai organisasi seperti Bank Negara Malaysia, SC, FIC dan juga ROC dengan menggunakan nama-nama pemegang saham Malaysia untuk mengelak deklarasi pemilikan asing dalam mendapatkan kelulusan.

iii) menipu Bank Negara Malaysia, dengan menunjukkan pinjaman melebihi modal berbayar pada ketika yang sama sebagai pinjaman pihak ketiga Syarikat di mana pada sebenarnya ia adalah pinjaman untuk anaksyarikatnya sendiri.

Tun,

Kami telah menulis kepada Bank Negara Malaysia untuk mengambil tindakan yang dirasakan patut buat Bank Islam Antarabangsa ini mengikut undang-undang perbankan:-

a) Tukar CEO serta-merta

b) Hadkan atau menahan lessen bank untuk mengelak bank daripada menerima pendeposit

c) Pihak Bank perlu membuat pengumuman mengenai konspirasi ini dan memberitahu kepada pendeposit dan pemegang sahamnya di Malaysia dan Timur Tengah di mana ia adalah sebuah syarikat yang disenarai di Bursa Saham dan ditadbir oleh Badan Amanah.

Tun,

Saya telah banyak kali menulis surat buat Tan Sri Zeti dan Ahli Lembaga Bank Negara Malaysia sehingga kini tetapi masih belum dibalas, mengapa? Kerana bank Negara maklum bahawa DS Rosmah dan D Nazim terlibat dalam penjualan bangunan itu? Mengapa? Kerana surat dan kenyataan video kami kepada SPRM pada tahun 2011 telah membuktikan bahawa kedua mereka terlibat di dalam transkrip termasuk bukti-bukti bayaran yang telah dibuat?

Oleh itu Tun, mempunyai institusi keadilan yang suci seperti Mahkamah di Malaysia ini tidak mencukupi jika institusi Bank Negara Malaysia turut mendendangkan irama DS Rosmah dan tidak lagi lagu ‘I did it my way’.

Izinkan saya bertanya kepada Tun, adakah Tun mahu melihat Barisan Nasional dan Malaysia ini dirosakkan oleh pasangan rasuah yang tidak bermaruah ini? Saya inginkan pandangan Tun, apakah yang saya dapat jika saya ke mahkamah dan memenangi kes ini? Kesemua institusi di Negara ini adalah di bawah kawalan pasangan Bonnie & Clyde ini. Ke mana kami pergi selepas ini? Ke Mahkamah Antarabangsa? Media? Atau pembangkang? Harap Tun dapat nasihatkan saya dengan kebijaksaan yang Tun miliki itu kerana saya sendiri sudah jijik dengan apa yang berlaku di Malaysia sejak 11 tahun yang lagi di dalam kerajaan ini.

Saya sangat sedih dan kecewa dengan kenyataan media Tun yang meminta agar saya tidak dipedulikan. Bagaimana untuk tidak mempedulikan saya jika sebenarnya saya kini sedang mempertahankan maruah dan integriti Negara? Mungkin Tun telah mendengar di pihak yang salah jika mereka mengatakan saya bekerja dengan pihak pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan. Tun, saya adalah seorang negarawan, saya tidak akan menjatuhkan maruah Negara saya, TIDAK.

Tun,

Tun sendiri pernah berkata, Najib sangat lemah, di mana ia merupakan satu realiti. Kaum Cina tahu rasuah ini tidak akan berakhir dan kaum Melayu juga tahu, hanya mereka yang kaya sahaja akan lebih kaya, manakala yang lain akan sentiasa bergantung kepada biasiswa, KR1M, BR1M dab DR1M, di mana kami semua menjadi seperti pengemis atau hamba, dan menyebabkan jumlah hutang kita mencecah kepada RM1 trillion pada 2014. Semua orang tahu Najib bertindak seperti Perdana Menteri Santa Claus memberi wang tunai kepada setiap orang dan merasuah satu Negara!! Semua orang juga tahu bahawa PM yang sebenar ialah Rosmah dan Najib hanyalah seorang PM Santa Claus yang gembira dengan tugasnya.

Apa yang saya risaukan bukan sahaja Negara ini akan mogok ketika atau selepas pilihanraya tetapi juga pihak tentera yang akan bertindak mengawal semua keributan akibat daripada pilihanraya yang kotor. Dengan mengambil risiko sendiri, saya meminta Tun M mencadangkan kepada Najib agar beliau meletakkan jawatan dan membiarkan timbalannya mengambil alih BN mengetuai pilihan raya akan datang di mana perlu berlaku dalam tempoh 60 hari akan datang.

Tun,

Saya harap surat ini diterima Tun dengan penuh ikhlas tidak kira bagaimana pahitnya kebenaran itu, ia tetap yang benar dan sentiasa mendahului setiap penipuan dan penafian daripada perampas dan pembunuh.


Ikhlas,

DEEPAK J TEKWANI

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=45093



BN hilang kelebihan untuk menang PRU 13 – Umcedel


KUALA LUMPUR 19 FEB: Barisan Nasional (BN) tidak lagi mempunyai kelebihan yang menyumbang besar kepada kemenangannya dalam pilihan raya sebelum ini, kata Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti (Umcedel), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.
pilihan raya
Menurutnya, ini kerana BN kini tidak lagi mampu melakukan persempadanan semula pilihan raya selepas hilang majoriti dua pertiga di Parlimen selepas pilihan raya umum (PRU) 2008.

Satu lagi kelebihan lain iaitu keupayaan untuk mengadakan pilihan raya secara mengejut juga lenyap kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menangguhkan PRU 13 terlalu lama.

“Contohnya pembangkang tidak bersedia sewaktu PRU diadakan pada 29 November 2009. PKR (KEADILAN) hanya berusia enam bulan (ketika itu),” katanya dipetik Malaysiakini pada Seminar Politik dan Pilihan Raya Menjelang PRU 13 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hari ini.

“Ia juga merupakan musim tengkujuh pada masa itu, dan Suruhanjaya Pilihan Raya tidak berjaya mewartakan banyak nama pemilih baru (kerana pilihan raya mengejut).

“Namun kali ini, ia bukan lagi isu kerana pembangkang sudah bersedia,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=45435