Saturday, December 28, 2013

PANAS ! KERANA PRINSIP TAN SRI SERAH TIGA PINGAT DARJAH KEBESARAN...


28 Disember 2013

KERANA PENULISAN BELIAU ATAS TAJUK "MENUNTUT HAK, MENEBUS MASA SILAM" .. AHLI KOPERAT TERKENAL TELAH MENYERAHKAN KEMBALI 3 DARJAH KEBESARAN NEGERI JOHOR KEPADA ISTANA!!!!






Bekas Presiden Johor Corp (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim mengesahkan telah mengembalikan tiga darjah kebesaran negeri Johor, semalam.

Menurutnya, tindakan itu diambil ekoran tidak dapat menerima tuduhan yang dibuat oleh Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, 5 Disember lalu.

Sebelum ini, Abdul Rahim mendakwa artikel Menuntut Hak, Menebus Masa Silam tulisan Muhammad Ali yang disiarkan Sinar Harian, dikhuatiri boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi diraja negeri Johor.

"Saya sangat memandang berat dan serius tuduhan terhadap diri saya yang mencemar nama baik dan reputasi saya. "Saya mengesahkan bahawa saya telah mengembalikan semua darjah terbabit pada 27 Disember 2013 (semalam)," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Darjah terbabit adalah Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ), Darjah Dato' Paduka Mahkota Johor (DPMJ) dan Setia Mahkota Johor (SMJ).

Menerusi surat bertarikh 18 Disember lalu kepada Abdul Rahim, Muhammad Ali yang juga Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) telah memberi penjelasan mengenai penulisan artikel itu
.

"Saya telah memberi penjelasan mengenai penulisan artikel terbabit, juga dengan tegas menolak dakwaan atau tanggapan bahawa sajak itu mengandungi apa-apa motif seperti yang digambarkan.

"Melalui kenyataan media ini, saya minta masyarakat umum khasnya rakyat negeri Johor membaca artikel itu dan menilai sendiri sama ada penulisan itu mengandungi unsur menderhaka kepada raja atau tindakan tidak bertanggungjawab atau bertentangan dengan Rukun Negara," katanya.

Beliau memuatkan sajak tulisan anak bongsunya, allahyarham Khaled Ali yang antara lain menyebut 'Sultan yang adil adalah Sultan yang wajib disembah, Sultan yang zalim adalah Sultan yang wajib disanggah'.

Diperturunkan semula artikel berkenaan demi kebenaran, keadilan dan pencerahan.

KETIKA artikel minggu lalu di bawah tajuk “Naungan khalifah, sultan dan imam” diterbitkan pada Isnin 25 November lalu, saya dan isteri telah pun kehilangan Khaled bin Muhammad Ali, anak bongsu kami.

Beliau kembali ke rahmatullah sebelum subuh 23 November, pada umur 20 tahun. Innalillahi wainna ialaihi rajiuun.

Doa saya, ibunya, kakak dan abang-abangnya serta seluruh keluarga: Semoga kematian Khaled diampuni ALLAH Subhanahu Wa Taala. Semoga roh Khaled diletakkan dalam kalangan orang soleh, siddiqin dan syuhada, amiin ya Rabbul alamin.

Buat Khaled: Sebanyak mana sekali pun air mata mengalir, ia tidak akan selama-lamanya mengeringkan, malah tidak setitis pun mengurangkan lautan sedih dan pilu serta cinta rindu kasih sayang di lubuk kalbu ayah dan mama.

Juga, jelas terbukti, kasih sayang dan keprihatinan yang ayah dan mama berikan rupa-rupanya tidak dapat mengisi semua kekosongan dan tidak sampai kepada apa yang Khaled berhak mendapatkan.

Semoga ALLAH SWT mengampuni ayah dan mama atas segala kelemahan, kekurangan, kealpaan, ketidakpekaan dan ketidakprihatinan.

Tiada kata yang dapat saya lafazkan untuk menzahirkan rasa hati, bukan sahaja bagi pihak diri saya sebagai ayah, juga bagi pihak semua yang mengasihi dan mengenali beliau. Biarlah Khaled sendiri yang melahirkan rasa hatinya menerusi kolum Khalifah Bisnes kali ini.

Justeru, berikut saya paparkan sajak beliau tanpa disentuh atau diperbetul sekalipun terdapat kesilapan ejaan dan istilah. Sajak ini terletak paling atas daripada sepuluh sajak beliau tulis yang saya dapati daripada laptop beliau.
Beliau tidak berikan sebarang tajuk kepada sajak ke sepuluhnya ini, seolah-olah penulisannya belum lagi berakhir dan menanti diteruskan.

Jika saya diizinkan memilih tajuk untuknya, mungkin paling sesuai ialah petikan daripada salah satu ungkapan di dalamnya: “Menuntut hak dan menebus masa silam”

....this heart aches at your very thought,
it grows heavier as my memories taunt me,
I can hold back these tears no longer,
many years have passed and I am now a man,
yet I still yearn for you, and that old house on the hill.
rindu dalam hatiku seperti ombak yang memukul pantai,
tidak akan henti sehingga akhir zaman,
sehingga daku dapat kembali ke
tanah asal, jiwaku akan bergelora ingin
kembali, walaupun ke tujuh
lautan ku merantau, Tanjung Puteri
tetap akan di kalbu.
you are the eternal jewel of the south,
the cradle of our civilisation, the custodian of our people,
a sanctuary of hope, an abode of dignity,
they basked in the light of your imperial glory,
and trembled at the might of your warriors.
hari berganti hari tahun berganti tahun,
namun malamku masih menjadi medan air mata,
jangan berani kau persoal cintaku, takkan dapat kau bayang rinduku,
anggaplah pantun ini sebagai janji,
akan datang suatu masa yang akan ku kembali,
menuntut hak dan menebus masa silam.
their blood coarses through my veins, their prayers guide my heart,
this bloodline is an oath of duty, a life of service,
sultan yang adil adalah sultan yang wajar disembah,
sultan yang zalim adalah sultan yang wajib disanggah...

Tan Sri Muhammad Ali Hashim
Presiden, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM)
ali.bizjihad@yahoo.com
29 November. 2013.

Sunday, December 22, 2013

Musibah: Penghapus Dosa Atau Penambah Pahala?


PARA ulama berbeza pendapat tentang apakah yang ditimpa musibah itu mendapat penghapusan dosa atau mendapat pahala. Sebahagian ulama berpendapat bahawa setiap musibah itu mendatangkan pahala bagi si penderitanya. Sebahagian yang lain mengatakan bahawa musibah mendatangkan pahala hanya jika si penderita bersabar menerima musibah itu.
Ibnu Abdussalam menyatakan hal itu secara tegas. Ibnu Taimiyah beserta sejumlah ulama yang lain menyatakan bahawa musibah secara mutlak mendatangkan pahala atau tidak dapat ditolak. Masing-masing kelompok mengemukakan alasannya secara tekstual.
 Ulama yang berpendapat bahawa musibah itu membawa pahala mengemukakan dalil firman Allah yang bermaksud:
“…Yang demikian itu ialah kerana mereka tidak ditimpa kehausan, kepayahan, dan kelaparan pada jalan Allah, dan tidak pula menginjak suatu tempat yang membangkitkan amarah orang-orang yang kafir dan tidak menimpakan sesuatu bencana kepada musuh, melainkan dituliskanlah bagi mereka dengan yang demikian itu suatu amal soleh…” (at-Taubah:120)
 Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: Tidaklah kelelahan, penyakit, gelisah, duka, dan kesedihan menimpa seorang Muslim bahkan sekadar duri yang menusuk kulitnya, melainkan Allah menjadikan semua itu sebagai penebus kesalahan-kesalahannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
 Di dalam Mustadrak al-Hakim diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Orang yang ditimpa musibah adalah mereka yang dihalangi daripada pahala.”
Daripada Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Zuhud di dunia bukanlah dengan mengharamkan yang halal, bukan pula dengan mensia-siakannya, melainkan engkau lebih percaya kepada apa pun yang ada di tangan Allah daripada apa pun yang ada di tanganmu dan jika ditimpa musibah, engkau lebih mengharap pahala musibah itu daripada berada di dalamnya, meskipun musibah itu tetap menimpamu.” (Riwayat Ibnu Majah)
 Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Seorang Muslim yang ditinggal mati tiga anaknya yang belum sampai dosa, pasti Allah akan memasukkannya dengan keutamaan kasih-Nya kepada mereka,” sedangkan Imam Ahmad dan an-Nasa’i meriwayatkan bahawa, “Dua orang tua Muslim yang ditinggal mati anak mereka yang belum sampai dosa, pasti Allah mengampuni mereka berdua.”
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim: “Seorang Muslim yang tertusuk duri atau yang lebih daripada itu, tentu akan dicatat baginya satu darjat dan dihapus daripadanya satu kesalahan.” Dalam riwayat lain, “…Tentu Allah akan mengangkat dirinya satu darjat atau dihilangkan daripadanya satu kesalahan.” Dalam riwayat lain pula … Tentu baginya akan dicatat satu kebaikan atau dihapus daripadanya satu kesalahan.”
Imam Nawawi berkata, “Dalam hadis-hadis ini terkandung khabar yang sangat menggembirakan kaum Muslim kerana tidak seorang pun di antara mereka yang tidak pernah mengalami musibah. Musibah itu, baik penyakit, wabak, bencana dunia dan lain-lainnya akan menjadi penebus kesalahan. Dia juga akan diangkat darjatnya serta ditambah kebaikannya.” Pendapat inilah yang sahih menurut majority ulama.
Al-Qadhi Iyadh mengatakan bahawa sebahagian ulama berpendapat bahawa musibah hanya menjadi kifarat (penebus) kesalahan. Hal itu, diperkuat dengan kenyataan Aisyah r.a, “Aku tidak pernah melihat seorang pun yang deritanya lebih daripada Rasulullah s.a.w.” Lalu, sabda Rasulullah s.a.w, “ Manusia yang paling berat bencananya adalah para nabi, kemudian orang-orang yang soleh dan yang seperti mereka kemudian yang seperti mereka.”
Segolongan ulama mengatakan, “Hikmah di sebalik ketetapan ini adalah bahawa para nabi dikhususkan dengan kesempurnaan sabar dan benarnya harapan dan para nabi itu maksum (terpelihara) daripada kesalahan sehingga musibah yang dialaminya....

Wassalam.

UCAPAN TERBAIK BILA DITIMPA MUSIBAH

UCAPAN TERBAIK BILA DITIMPA MUSIBAH

Sesetengah dari kita amat mudah melatah bila terjadi sesuatu atau ditimpa musibah. Apakah amalan ini baik ?
Kekadang tuturkata yang keluar dari mulut mereka itu amat memalukan.......ramai di kalangan kita tak mengerti maksud musibah. Musibah ialah apa2 perkara yang tak baik yang berlaku kepada kita sekali pun perkara itu kecil. seperti bila nak sikat rambut sikat tu jatuh.

Sebagai seorang mukmin kita dituntut untuk sentiasa bercakap perkara yang baik2. kalau itu yang berlaku kita disarankan untuk melafazkan doa berikut :

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيهِ رَاجِعُونَ  .قَدَّرَ اللهُ مَا شَاءَ فَعَلَ لابُدَّ أَنْ يَبْلُغَ الْكِتَابُ أَجَلَهُ . اَللَّهُمَّ أْجُرْنِى فِى مُصِيبَتِى وَاخْلُفْنِى خَيْرًا مِنْهَا.

Sesungguhnya kita semua dari Allah dan kita semua akan kembali kepadaNya . Allah dah tentukan apa yang Dia nak Dia buat . setiap apa yang tercatat didalam kitab di luh mahfuz akan berlaku. Ya Allah kurniakan pahala kebaikan pada musibah yang menimpaku dan gantikan kepada ku apa yang lebih baik dari itu.


Sekian untuk renungan bersama…

Saturday, December 7, 2013

TERKINI! INFO BANJIR DI PANTAI TIMUR - KEMASKINI 3.30 PTG 7HB. DIS13

DAPATKAN INFO BANJIR DIBAWAH:


INFO BANJIR PAGE 1  : KUANTAN

PAGE 2  :  Life@ Kuantan


PAGE 3 :  KOTA BHARU BRI

PAGE 4  :  BANJIR DI TERENGGANU

KEMASKINI TERBARU.....3.30 PTG - 7HB. DIS.

TERKINI ....AIR SUNGAI LEMBING MELIMPAH


PADANG BOLA PEKAN SG. LEMBING



Banjir di uitm jengka..hampir keseluruhan felda jengka (1-24) naik air Foto Banjir
Mangsa banjir meningkat lagi

KUALA TERENGGANU: Jumlah terkini mangsa banjir di negeri ini terus meningkat kepada 7,337 orang daripada 1,810 keluarga pada 3 petang tadi berbanding 7,110 mangsa pada 11 pagi.

Dungun terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi seramai 4,340 orang daripada 1,075 keluarga yang ditempatkan di 29 pusat pemindahan manakala Kemaman seramai 2,472 orang daripada 595 keluarga dan ditempatkan di 31 pusat pemindahan.
Sementara itu, jumlah mangsa banjir Temerloh terus meningkat kepada 415 orang berbanding hanya 167 yang dicatatkan pada pagi tadi.
Kesemua mangsa membabitkan 88 keluarga itu ditempatkan di lima pusat pemindahan banjir daerah.

Jumlah itu menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 34,487 orang.

Sebanyak dua jalan ditutup untuk kenderaan ringan di daerah berkenaan iaitu Jalan Temerloh-Kampung Pangsenam dan Jalan Temerloh-Triang.

Kuantan mencatatkan bilangan mangsa banjir paling besar iaitu 27,391 orang manakala Rompin (2,865), Pekan (3,218), Maran (49), Jerantut (451), Lipis (33) dan Bera menjadi daerah terbaru dilanda banjir dengan 61 mangsa terpaksa dipindahkan.

Banjir di pantai timur bertambah buruk

 Keadaan banjir di pantai timur Semenanjung semakin buruk dan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sejak malam tadi meningkat kepada 42,626 orang pagi ini.

Semalam, jumlah yang dipindahkan sebanyak 37,136 orang.

Pahang merupakan negeri paling buruk mengalami kesan musim tengkujuh ini dengan 34,235 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis, Temerloh dan Bera.


Gambar: Jln tnh putih belah bwh masih ditenggelami air

Friday, December 6, 2013

ANTARA DOA KESEMBUHAN YANG BOLEH KITA AMALKAN

Dari Aisyah Radhiyallahu ‘Anha berkata: “Nabi shallallahu ‘alaihi wa salam biasa membacakan doa pelindungan kepada sebagian mereka (sahabatnya), beliau mengusap orang tersebut dengan tangan kanan beliau lalu beliau membacakan doa:

«أَذْهِبِ البَاسَ رَبَّ النَّاسِ، وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي، لاَ شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا»

“Hilangkanlah penyakit wahai Rabb manusia dan berilah kesembuhan, sesungguhnya Engkau adalah Maha Menyembuhkan, tidak ada kesembuhan kecuali dengan kesembuhan dari-Mu, (berilah) kesembuhan sepenuhnya yang tidak menyisakan penyakit.”

(HR.Bukhari no. 5750 dan Muslim no. 2191, lafal ini adalah lafal Bukhari)

Dari Abdurrahman bin Saib, Maimunah Al-Hilaliyah radhiyallahu ‘anha bahwasanya Maimunah bertanya kepadanya, “Wahai anak saudaraku, maukah apabila aku bacakan kepadamu doa kesembuhan yang biasa dibaca oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa salam?” Abdurrahman menjawab, “Tentu.” Maimunah berkata:

بِسْمِ اللهِ أَرْقِيكَ، وَاللهُ يَشْفِيكَ، مِنْ كُلِّ دَاءٍ فِيكَ، أَذْهِبِ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ، وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي، لَا شَافِيَ إِلَّا أَنْتَ
“Dengan nama Allah aku membacakan doa kesembuhan untukmu, Allah-lah Yang menyembuhkanmu, dari segala penyakit yang ada padamu. Hilangkanlah penyakit wahai Rabb manusia dan berilah kesembuhan, sesungguhnya Engkau adalah Maha Menyembuhkan, tidak ada yang mampu memberi kesembuhan kecuali Engkau.”(HR. Ahmad no. 26281, An-Nasai dalam As-Sunan Al-Kubra no. 10860, Ibnu Hibban no. 6095, Ath-Thahawi dalam Syarh Ma’ani Al-Atsar, 4/329 dan Ath-Thabarani dalam Al-Mu’jam Al-Awsath no. 3318. Syaikh Syu’aib Al-Arnauth berkata: Hadits ini shahih li-ghairi)

Dari Utsman bin Abil Ash Ats-Tsaqafi radhiyallahu ‘anhu bahwasanya ia mengadukan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa salam penyakit yang ia alami sejak ia masuk Islam. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa salam bersabda kepadanya:

«ضَعْ يَدَكَ عَلَى الَّذِي تَأَلَّمَ مِنْ جَسَدِكَ، وَقُلْ بِاسْمِ اللهِ ثَلَاثًا، وَقُلْ سَبْعَ مَرَّاتٍ أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ»

Letakkan tanganmu pada bagian tubuhmu yang sakit, kemudian bacalah bismillah (dengan nama Allah) sebanyak tiga kali, lalu bacalah doa berikut ini sebanyak tujuh kali:

أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
 
“Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan-Nya dari keburukan (penyakit) yang aku dapatkan dan aku khawatirkan.”

Wallahu a’lam bish-shawab. Semoga bermanfaat.

INFO TERKINI BANJIR...6 DIS 2013

Gambar: Lokasi - Jalan Mak Lagam, Kemaman

*Foto ehsan - Azhiim Nur.
Lokasi - Jalan Mak Lagam, Kemaman


Gambar: LOKASI: Kuala Jengai Dungun

Askar tiba membantu mangsa banjir.
LOKASI: Kuala Jengai Dungun ,   Askar tiba membantu mangsa banjir.

Banjir di pantai timur bertambah buruk

 Keadaan banjir di pantai timur Semenanjung semakin buruk dan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sejak malam tadi meningkat kepada 42,626 orang pagi ini.

Semalam, jumlah yang dipindahkan sebanyak 37,136 orang.

Pahang merupakan negeri paling buruk mengalami kesan musim tengkujuh ini dengan 34,235 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis, Temerloh dan Bera.


Mangsa banjir di Terengganu meningkat 7,110 berbanding 6,052 penduduk sebelum ini dengan jumlah paling ramai di Dungun iaitu 4,213 orang

Mangsa banjir di Johor menurun kepada 1,437 daripada 1,825 sehingga jam 12 tengah hari tadi

Gambar: LOKASI : Dungun, Terengganu. 

Permandangan dari udara.




Keadaan di Kemaman , semalam


Kelantan dan Terengganu catat penurunan mangsa banjir

Jumlah terkini mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan mencatatkan penurunan walaupun laluan di kedua-dua negeri masih ada yang tidak boleh dilalui.

Jumlah terkini mangsa banjir di Terengganu turun kepada 6,052 pada kira-kira 11 malam tadi, berbanding 6,595 yang dicatatkan pada kira-kira 7 malam tadi.

Mangsa banjir di Kelantan juga turun kepada 1,675 yang direkodkan pada kira-kira 11 malam, berbanding 2,078 mangsa dicatatkan pada 7.30 malam tadi.

Sejumlah 1,559 keluarga kini berada di 82 pusat pemindahan di Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu.

Tiga puluh pusat pemindahan masih menempat mangsa di Kelantan, termasuk Tanah Merah, Kuala Krai, Machang, Pasir Puteh, Pasir Mas dan Tumpat.

Laluan ditutup di Kelantan adalah di Kilometer 12.2 Jalan Masuk Aring 8 & 9 dan Jalan Chiku-Aring di Gua Musang, Jalan Bukit Sireh/Kampung Bedal/Kuala Nal di Kuala Krai.

Selain itu, Jalan Pasir Puteh-Semerak di Pasir Puteh, Jalan Tanah Merah-Kusial-Kampung Ipoh di Tanah Merah dan Jalan Pohon Tanjung-Pasir Pekan di Tumpat, turut ditutup.


BERITA SEMALAM....

Seramai 34,058 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Pahang.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontingen Pahang, sehingga pukul 10 malam ini, semua mangsa adalah dari tujuh daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis dan Temerloh.

"Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 27,587 orang yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama hari ini.

Di Rompin, seramai 4,180 mangsa banjir di 14 pusat pemindahan, Pekan 3,091 mangsa di 16 pusat pemindahan, Maran, 49 mangsa di enam pusat, Jerantut 311 mangsa di 11 pusat, Lipis 21 mangsa di dua pusat dan Temerloh dengan tujuh mangsa di satu pusat pemindahan.

Sementara itu beberapa jalan utama masih ditutup akibat dinaiki air melebihi satu meter, antaranya KM 28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, KM 51 Jalan Kuantan-Kemaman, Batu 3 Jalan Kuantan-Gambang, KM 72 Jalan Kuantan-Segamat, KM 62 Jalan Kuantan-Rompin dan Jalan Utama Jerantut-Kuala Lipis.

Polis turut menasihati orang ramai supaya berjaga-jaga dan bersiap sedia berpindah berikutan masih berterusan, malam ini.

Di JOHOR BAHRU, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Johor meningkat kepada 2,852 orang malam ini berbanding 2,027 orang di sebelah petang. 

Mengikut maklumat portal bencana Majlis Keselamatan Negara yang dikemaskini pada pukul 9 malam, peningkatan berlaku di Kluang iaitu 774 orang berbanding 233 orang di sebelah petang. 

Peningkatan juga berlaku di Segamat iaitu 491 berbanding 476 orang dan Pontian 476 (403 orang); selain pembukaan semula pusat pemindahan di Muar dengan jumlah mangsa yang sama iaitu 217 orang dan di Ledang dengan lapan mangsa.

Jumlah mangsa di Batu Pahat pula menurun daripada 503 orang kepada 474 orang manakala jumlah mangsa di Mersing dan Kota Tinggi masing-masing kekal pada 194 dan 218 orang.

Menurut lamanweb Jabatan Pengairan dan Saliran, kebanyakan tempat mengalami cuaca baik dengan tiada hujan atau menerima taburan hujan antara 1mm dan 30mm (hujan gerimis dan sederhana) sejak tengah malam semalam.

Bagaimanapun, Sungai Linggiu di Kota Tinggi mencatatkan taburan hujan sebanyak 83mm yang dikategorikan sebagai sangat lebat. 

Empangan Juaseh di Segamat dan Ladang Nam Heng di Kota Tinggi masing-masing menerima hujan lebat sebanyak 48mm dan 36mm.

HERBA MAHKOTA DEWA


Teh Herba Mahkota Dewa adalah campuran antara :

Buah Mahkota Dewa (Phaleria Papuana Fructus)
Daun Teh Hijau (Camellia Sinensis Folium)
Benalu Teh (Scumula Atropurpurea Folium)

Campuran Produk :
Buah Mahkota Dewa 70%
Daun Teh Hijau 20%
Benalu Teh 10 %

100% Produk Herba



PRODUK SALAMA NUSANTARA
Insya Allah tetap dipercayai, sudah terbukti dan diakui :

Insya Allah Bermanfaat Membantu
Mengubati dan Mencegah Penyakit :

Demam Berdarah(Denggi)
Kanser & Tumor
Hati(Hepatetis)
Darah Tinggi(Hipertensi)
Stroke/Angin Ahmar
Jantung
Kencing Manis/Diabetes
Ginjal/Cuci darah
Lumpuh
Kegemukan/obesiti
Batuk
Sesak nafas
Jerawat (menghaluskan kulit)
Keputihan
Haid tidak lancar
Reumatik( Sakit Sendi)
Lemah Syahwat
Gout & arthritis




Mahkota Dewa
(Phaleria macrocarpa [Scheff.] Boerl.)Sinonim :P. papuana Warb. var. Wichnannii (Val.) Back. Familia :Thymelaeaceae

Terdapat tumbuh banyak di Papua irian Jaya, kemudian di bawa ke Jawa hanya ditanam di kawasan istana Raja pada masa dahulu dan dikenali sebagai makutadewa, makutaratu dan khasiatnya tidak banyak diketahui oleh rakyat kebanyakan. Tapi sekarang telah banyak ditanam secara kebun juga komersial setelah disedari kebaikanya, juga telah digunakan secara meluas oleh penduduk Indonesia. Juga telah terdapat ditanam di Malaysia setelah pokok benihnya dibawa kesini oleh pengusaha-pengusaha produk herba.

Buah Mahkota dewa


Khasiat Mahkota dewa
Diabetes
Darah tinggi
Kolesterol
Asam urat
Reumatik
Masuk angin
Flu tulang
Jantung
Kesemutan
Lever
Stroke
Ginjal
Alergi dan gatal
Melancarkan darah
Keputihan
Ambeien
Asma
Sesak nafas
Hepatitis

Kandungan Kimia
Daun mahkota dewa mengandung antihistamin, alkoloid, saponin dan polifenol (lignan). Kulit buah mengandung alkaloid, saponin dan flavonoid.

Bahagian yang digunakan

Bahagian tanaman yang digunakan sebagai ubat adalah daun, isi dan kulit buahnya. Daun dan kulit buah bisa digunakan segar atau yang telah dikeringkan, sedangkan isi buah digunakan setelah dikeringkan.

Kulit buah dan daging buah digunakan untuk :
* Disentri
* psoriasis
* Jerawat
Daun dan biji digunakan untuk pengubatan :
Penyakit kulit, seperti eksim dan gatal-gatal

Cara pemakaian
- Ambil 5-7 irisan mahkotadewa kering, masukan air panas hingga dalam gelas penuh (200ml).
- Bagi yang tiada penyakit kencing manis(Diabetes) bolehtambahkan gula jawa atau gula pasir secukupnya.
- Minum secara teratur pagi dan petang hari masing-masing satu gelas.
- Dapat juga diminum sebagai minuman teh biasa untuk menjaga kesihatan dan menyihatkan tubuh anda.
- Diminum untuk mengatasi keresahan / penyakit-penyakit di atas atau ketika badan terasa letih dan sengal-sengal.

Mahkota Dewa Kering













TEH HIJAU

Manafaat teh hijau memang tidak terkira, kerana memang begitu banyak kegunaan teh yang enak diminum tanpa gula ini. misalnya menurunkan tekanan darah, sebagai antioksi dan mencegah kanser. Teh hijau sangat baik digunakan tiap hari, beberapa khasiat teh hijau ini:

1. Menjaga kesihatan kulit
Apabila tangan Anda luka, terbakar atau tersengat lebah? ambil saja teh hijau, celupkan cotton pad dan letakan pada tempat luka. Teh merupakan antiseptik semulajadi yang meredakan rasa gatal dan pembengkakan. Saat jerawat tumbuh atau kulit seperti terbakar , secepatnya gunakan celupan teh hijau untuk solusinya. Bukan hanya itu saja, Di laboratorium, teh hijau membantu menghalangi sinar matahari yang mengakibatkan kanser, apakah dengan cara meminumnya langsung atau mengaplikasikannya ke kulit. Jika diaplikasikan langsung ke kulit, teh hijau dapat berperanan sebagai penahan suria dan pelembab. Maka, pilih pelembab yang mengandung teh hijau demi keindahan dan kecantikan kulit.

2. Mengurangi risiko Kanser
Sejumlah polifenol, merupakan antioksidan ampuh yang terdapat pada teh hijau, tampaknya bermanfaat untuk mencegah sel kanser berkembang biak di tubuh dengan cara menghambat pertumbuhannya dan menutup terjadinya pembuluh darah baru yang disebab tumor untuk berkembang. Dari pengalaman menunjukkan bahawa orang yang minum teh hijau secara teratur berhasil mengurangi risiko terjadinya kanser payudara, otak, prostat.

3. Menstabilkan tekanan darah
Dengan pembuluh darah yang terjaga sihat, tekanan darah 120/80, kita sentiasa inginkan tekanan darah yang normal. Cubalah minum teh hijau setiap hari maka akan terhindar dari tekanan darah tinggi hingga 50% dibandingkan mereka yang tidak mengunakanya. Terima kasih sekali lagi kepada polifenol (yang juga dikenal sebagai ECGC). Senyawa pada teh ini membantu menjaga pembuluh darah dari risiko berkontraksi dan meningkatnya tekanan darah.

4. Menjaga daya ingatan
Teh hijau juga membantu otak untuk tetap ingat, tidak mudah lupa atau nanyuk. Bagi orangtua yang rajin minum teh setidaknya dua gelas setiap hari tampaknya kurang begitu memiliki masalah kognitif dibanding mereka yang tidak suka minum teh. Sekali lagi hal ini dihubungkan dengan kandungan antioksidan pada teh untuk melawan radikal bebas yang merosakan saraf otak bagi mengelakan penyakit Alzheimer dan Parkinson.

5. Awet muda
Siapa tak mau awet muda? Kuncinya ada pada arteri. Semakin muda dan semakin sihat arteri, maka akan makin sihat dan muda juga tubuh kita. Jadi cegah terjadi plak pada dinding arteri yang merupakan risiko serangan jantung dan stroke agar umur lebih panjang. bermanafaat untuk mencegah penimbunan lemak tubuh dan kolesterol.

6.Turun berat badan
Nah, ini yang mungkin paling diharapkan. Minum teh hijau secara teratur dan sebagai bonusnya badan tetap langsing menawan, kerana teh berperanan mempercepat proses pembakaran kalori dalam tubuh.

TEH HIJAU



BENALU TEH











Benalu Teh sejenis pokok tumpang ini diambil dari pohon teh yang sudah tua,di hutan teh ( bekas kebun teh milik Belanda yang terbiar dan menghutan), dan tumbuh secara semulajadi didaerah pegunungan (berhawa dingin) didaerah Ciwidey, serta sukar didapati. Ketinggian pohon mencapai 15 meter.

Benalu Teh mengandung senyawa flavonoid yang disebut Quersitrin dan sari zat Epigallocatechin galat yang diserap dari pohon teh, yang sangat sesuai menghilang dan menghentikan pertumbuhan sel kanser, juga sebagai anti oksidan (penyerap racun) dan mengawal kadar kolesterol dalam darah.

Rasa air rebusan Benalu Teh Asli, agak pahit dan kelat (serasa teh hijau)

Proses semulajadi :
Benalu teh ini diproses / dikeringkan secara semulajadi melalui proses: dipilih, dibersihkan dari hama selanjutnya dilayukan dan dikeringkan ditempat teduh dan higienis, tanpa sinar matahari langsung sampai kering selama kurang lebih 1 minggu.

Manfaat dan Kegunaan Benalu Teh :
* Mengubati / mencegah semua jenis penyakit Tumor atau Kanser.
* Mengawal Kolesterol dalam darah.
* Memperlancar buang air kecil (diuretik).
* Melebarkan pembuluh darah, sehingga memperlancar peredaran darah dalam tubuh.
* Menyegarkan badan, kerana mampu merangsang saraf pusat.


Kini Teh Herba Mahkota Dewa boleh didapati di Malaysia

Thursday, December 5, 2013

Berita Terkini Banjir Di Pahang 5 Disember 2013

 19  0 
Berita terkini banjir di Pahang pada khamis 5 Disember 2013. Mangsa banjir di Pahang setakat ini mencatatkan jumlah keseluruhan seramai 30,307 orang. Daerah Kuantan mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 22,291 orang diikuti Pekan (3,037), Rompin (4,287), Maran (637) dan Jerantut (25). Dua daerah terbaharu yang turut dilanda banjir iaitu Lipis dan Temerloh.
pahang
Dua Beranak Mangsa Korban Pertama Banjir Di Pahang
Dua beranak menjadi mangsa pertama korban banjir di Pahang apabila bot gentian dinaiki terbalik dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam 4 Disember 2013 di Kampung Sungai Isap. Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, mangsa lemas iaitu Jamal Ali, 40, dan anaknya berusia belasan tahun dan masih belum diketahui identiti dipercayai sedang memindahkan barangan di kampung itu.
Sultan Pahang Turun Padang Melawat Mangsa Banjir
Sultan Pahang melawat mangsa banjir di SRJK Chung Ching, Tanah Putih
sultan pahang
Talian Kecemasan Mangsa Banjir Di Pahang
Pusat banjir kuantan: 095143799
Bilik Gerakan Banjir IPK Pahang ditalian: 095052294/095052276
Senarai Jalan Ditutup Kepada Pengguna Jalan Raya
Jalan-jalan yang ditutup kepada semua jenis kenderaan ialah:
1. KM 28 Kuantan-Sg Lembing
2. KM 36 Jalan Gambang berhampiran Gambang Resort
3. Bt 3 Jalan Gambang (depan Giant)
4. Lampu trafik Bukit Rangin Kuantan
5. Lampu trafik Shah Putra Kuantan
Gambar Terkini Banjir Di Pahang 5 Disember 2013
1471398_694756307225963_301721948_n banjir 1 banjir 2 banjir 3 banjir 4 banjir 5
pandan damai
hujan
kuantan 1 kuantan 2 kuantan 3

Tuesday, December 3, 2013

Gambar banjir teruk di Rompin dan Kuantan, Pahang






Gambar banjir teruk di Rompin dan Kuantan, Pahang - Kawasan Rompin dan Kuantan, Pahang dilanda banjir teruk awal pagi tadi sehingga menyebabkan kerosakan teruk harta benda. Kira-kira 100 penduduk dari perkampungan Orang Asli Kampung Kesing, Rompin terpaksa dipindahkan seawal jam 10.00 pagi tadi.

Menurut jurucakap polis, hujan lebat sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan di Sungai Lembing, dinaiki air dan jalan utamanya terpaksa ditutup. Jambatan Sungai Charu di Kilometer 28, Jalan Sungai Lembing-Kuantan pula terpaksa ditutup bagi semua kenderaan kerana ditenggelami air.

Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar banjir teruk yang melanda daerah Rompin dan Kuantan, Pahang sekitar pagi Isnin. Penduduk di kawasan berkenaan diharap berhati-hati dan mengambil ikhtiar untuk berpindah jika air mula naik atau keadaan semakin berbahaya untuk diduduki.