APA ITU SANTAU?
la rangkaian dari 3 perkara: Ramuan, Sihir dan Makhluk halus. Asal Santau: Seperti yang diterangkan secara lisan, ia biasa berlaku di bahagian negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Malaysia, Filipina dan lain-lain. Termasuk juga di bahagian selatan negara China. Dan ia tidak diamalkan oleh masyarakat Arab ,Timur tengah, Afrika dan lain-lain. Masyarakat sedemikian mereka lebih menggunakan kaedah sihir yang lain.
Biasanya dahulu di bahagian daerah Sumatra, Indonesia, Santau biasa digunakan seperti alat permainan masyarakat di sana. Di mana dalam sesebuah kampung jika ada seorang yang gagah perkasa atau yang mempunyai sesuatu bidang ilmu yang tinggi seperti ilmu agama dan lain-lain, para penyantau suka mencuba atau hendak menguji sejauh mana kehandalan atau kebolehan mangsa-mangsa. Bagi orang yang mempunyai ilmu kebal (yang dikatakan gagah perkasa) seperti pahlawan dan sukar untuk ditandingi oleh orang biasa, lazimnya tubuh badan mereka atau kekebalan mereka akan kalah dengan santau. Wallahu alam.
JENIS-JENIS SANTAU
Santau terdiri daripada beberapa jenis. Sebahagian darinya :
1) Santau Angin : Cara ia disebarkan melalui angin. Pembawa santau ini akan membawa santau mereka berjalan dikhalayak ramai, santau ini akan mengikut arus angin dari pembawa (arus angin dari belakang ke hadapan pembawa) dan mengenakan mangsa yang berdiri berhadapan (face to face) dengan pembawa. Sekiranya mangsa membelakangi pembawa santau, insyAllah tidak akan terkena santau tersebut.
Untuk santau angin biasanya, amat bahaya jika ramai orang yang berhadapan (face directly ) dengan pembawa santau ini kebanyakannya semua akan terkena termasuklah haiwan. Nauzubillah. Hanya insan yang beramal soleh dan mengamalkan doa pelindung diri, yang mana Allah hendak melindunginya,lnsyAllah akan dilindungi oleh Allah Ta'ala.
Bagaimana santau ini dibawa? Pembawa santau ini akan membawa santau ini melalui celah kuku tangan mereka. Di kediaman, pembuat santau akan memasukkan dahulu jejari tangan mereka ke dalam bekas simpan santau untuk memasukkan santau ke dalam celah-celah kuku mereka sebelum mereka membuangnya di khalayak ramai. Kapasiti bagi jentikan 1 Jari : 20 mangsa, kalau 10 jari dah ada 200 mangsa. Nauzubillah.
Dengan melalui arus angin dan memasukkan santau ke dalam jejari tangan, biasanya pembawa santau ini akan menyebarkan atau membuang santau mereka ini dengan kaedah menjentik-jentik jejari mereka di kawasan umum atau bila mereka ketawa, mereka akan membuka seluas-luasnya mulut mereka sampai boleh terlihat lelangit & bahagian tekak mereka, itu juga adalah salah satu cara mereka mengenakan santau. Tempat biasa untuk sebaran atau dibuang santau seperti di pasar tani, pasar malam, restoran, majlis kenduri dan sebagainya. Wallahu alam
2) Santau Tuju : Ditujukan kepada seseorang. Biasanya jika terkena pada orang yang dituju memang akan terkena (dengan izin Allah), insyaAllah jika dapat dielak ia akan terkena pada orang yang rapat dengan mangsa. Wallahu'alam.
Penyantau tujukan santau tersebut dengan mengambil pakaian mangsa iaitu dengan mengetahui tarikh lahir mangsa. Contohnya, dari situ penyantau akan membuat kira-kira di mana mereka akan mencari kelemahan mangsa dalam 1 minggu ada 7 hari, jadi dalam 7 hari salah satu hari akan ada kelemahan berdasarkan dari tarikh lahir. Bila penyantau sudah dapat mengesan kelemahan mereka, penyantau akan menggunakan hari kelemahan mangsa tersebut untuk menyerang.
3) Santau Makan & Minum : Ia dimasukkan ke dalam makanan dan minuman. Biasanya jika mangsa selalu mengamalkan amalan pendinding diri dengan izin Allah Ta'ala, dapat mengesan santau tersebut contohnya apabila mangsa hendak memegang cawan atau gelas yang berisi air sejuk dan sebagainya, air tersebut jadi macam menggelegak, gelas yang dipegang meletup atau pecah dan boleh dilihat dalam makanan tersebut mempunyai rambut-rambut yang halus (seperti rambut orang lelaki yang baru gunting rambut), serpihan-serpihan kaca berkilat dalam pinggan. Wallahu alam. Tempat biasanya dalam jamuan kenduri kendara atau kedai makan dan sebagainya.
4) Santau Langkah : Biasa berlaku di tempat kerja (office). Di mana orang yang mempunyai hasad dengki dan sebagainya akan menaburkan bahan-bahan santau ini di pintu sambil menyebut 1 menujukan santau tersebut kepada mangsa yg hendak dituju.. Ada juga santau yang dimasukkan ke dalam perigi dan lain-lain. Ia untuk ditujukan kepada seseorang dan terdapat pelbagai kaedah cara untuk pembuat 1 penganiaya ini melakukan santau. Tapi santau hanya akan kena pada mangsa melalui masuk dalam mulut (makan, minum, angin ) , pijak langkah .... Wallahu alam ...
Santau ini boleh dijual beli, contohnya pembuat santau ini akan menternak santau ini secara komersial dan akan menjual kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya atau pembeli boleh mengupah penyantau untuk menyantau mangsa. Pembeli juga boleh hanya membeli santau saja dan belajar dari penternak bagaimana nak menyantau orang, walau budak umur 12 tahun pun boleh belajar .... Nauzubillah ...
Santau ini ada gred tersendiri, jika gred yang tinggi kesan pada mangsa seperti muntah darah yang banyak dan kritikal dan berkemungkinan membawa maut, dan ada yang gred rendah tapi kesan untuk jangka panjang ialah mangsa akan mempunyai masalah kesihatan seperti sakit asma, kanser,gatal-gatal yang sukar diubati, dan sebagainya. Dan menyebabkan terjadinya SAKA, sebab jin-jin & syaitan-syaitan yang berada dalam santau masuk ke dalam badan mangsa akan cepat membiak, nisbah bagi manusia melahirkan anak 1 orang = 1 bayi, tapi jin dan syaitan: seekor jin = 9 anak jin dan syaitan. Jenis mangsa : orang yang kuat beramal soleh (good muslim), orang yang mempunyai kelebihan dan baik.
Kenapa syaitan atau jin tidak mengganggu orang-orang kafir atau orang-orang yang tidak
mengikut perintah Allah Ta'ala? Syaitan atau jin tidak akan menyusahkan mengganggu merosakkan sebangsa dengan mereka, jadi makhluk-makhluk ini tidak akan menyakiti atau mengganggu manusia yang sudah buat maksiat atau tidak bermoral kerana mereka memang dah dihanyutkanoleh makhluk-makhluk ini dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah Ta'ala. Cuba pergi disko ada tak orang kena santau kat situ ... jawapannya, tiada .... cuba pergi ke masjid ada tak orang kena santau kat situ jawapannya ada. Ada orang-orang yang kuat beramal pergi masjid jalankan perintah Allah , itulah musuh syaitan, jin wal iblis laknatullah ....
TUJUAN SANTAU DIBUAT
TUJUAN SANTAU DIBUAT
1) Amalan diri: Pembuat atau penyebar santau biasanya hendak mengetahui sejauh mana kehebatan ilmu santau mereka lalu membuat praktikal
2) Pertahankan diri : Kalau zaman dahulu, kalau sesebuah negeri kalah dalam peperangan jadi nak balas balik guna santau, kalau sekarang ada segelintir dari kalangan wanita-wanita yang jahil atau lelaki-lelaki yang jahiliyah menggunakan santau untuk mempertahankan hak-hak kepentingan diri sendiri
3) Membalas dendam, dan untuk kebanggaan supaya dihormati atau ditakuti.

RAMUAN SANTAU
1) Air ulat sintuk (ulat gonggok yg berwarna kehitam-hitaman)
2) Segala jenis miang seperti miang buluh, miang jagung
3) Sumbu pelita minyak tanah (habuknya),
4) Hempedu katak puru (biasanya digunakan di kedah atau perlis - katak puru yang diambil dari atas pokok daun keladi yang layu yang terletak di sawah padi)
5) Kaca dari botol-botol kaca atau kaca lampu (ditumbuk dan diayak dan diambil serbuk kaca yang halus)
6) Kuku (dari manusia atau haiwan, dan sebagainya)
7) Rambut
8) Tali sabut (direndam selama 44 hari kemudian diracik halus-halus)
9) Kacang babi (Wallahu alam tak tau rupa bentuknya tapi org Asli - Aborigines people - yang tahu sebab mereka cari dalam hutan
Bahan ini kalau terkena di kulit gatalnya, Nauzubillah, ada sampai terpaksa kena potong salah satu anggota badan yang terkena. Tembikar yang lama dan benda-benda yang kotor yang banyak jangkitan bakteria, tulang haiwan yang mati berangan seperti kokang (mati tergantung), beruang yang mana haiwan-haiwan tersebut mati yang menyeksa terseksa diri - biasanya jin yang tertempek pada haiwan-haiwan sedemikian yang digunakan ialah jenis Hantu Raya class A. Barang-barang yang gatal-gatal, sabut pada batang pokok enau, lipas dan lain-lain. Kadang-kadang, ada juga yang menggunakan kaedah santau ular, labah-labah,(menggunakan haiwan yang berbisa) dan lain-lain. Ia (bahan yang dibuat dari kulit, tulang, bisa) akan dihancurkan dan dibuat ramuan untuk santau.
FUNGSI SANTAU
Untuk menyeksa hidup dan membunuh mangsa.

BAGAIMAN SANTAU DIBUAT & DIPROSES
1) Pembuat santau akan mengumpulkan segala bahan-bahan yang hendak dibuat santau
2) kemudian bila semua ramuan dah cukup, pembuat santau akan mencari suatu hari dalam bulan gelap betul-betul gelap (kalendar melayu kalendar islam ) dan mereka akan membawa bahan santau ini ke simpang tiga yang tak ada orang lalu lalang (simpang yang menuju ke hutan) di tengah malam tanpa membawa rakan hanya seorang diri
3) Kemudian mereka akan memulakan bacaan mentera jampi serapah mengikut bahasa masing-masing sambil menutup bekas santau itu dengan sehelai kain.
4) Cara bahan santau itu aktif ketika mana pembuat santau tu membaca mentera kain yang menutup bekas santau tu naik ke udara kemudian keluar suara (jin, syaitan, iblis laknatullah) bercakap 'aku ikut perintah kamu' itu bermakna ramuan santau itu sudah jadi (apabila bahan santau 'menjadi' ia membiak macam yeast - cepat membiak walau kalau dah masuk dalam tubuh mangsa pun cepat membiak macam virus). Tapi sekiranya bahan santau itu tak jadi maka pembuat santau ini akan menunggu hari gelap yang lain untuk mengulangi ritual yang sama sampai menjadi.

5) Apabila bahan santau ni diaktifkan ia akan disimpan dalam bekas tabung contohnya zaman dahulu ia disimpan dalam batang buluh kecil dan digantung pada para di dapur. Kalau zaman sekarang Wallahu alam mungkin dalam balang atau sebagainya.
6) Jadi, dalam 3 atau 4 bulan sekali pembuat santau ini akan memeriksa bekas santau itu samada penuh atau tidak, jika dah penuh dan melimpah terpaksa lah pembuat santau ini membuang santau ni dengan cara yang diterangkan sebelum ni samada pada khalayak ramai atau sebagainya. Jika tiada pilihan dan tak sempat nak buang ia akan memakan tuannya sendiri (samada pembuat terpaksa memberi makan atau minum pada ahli keluarga atau memakan diri sendiri). Boleh tak santau ini dibuang? Jawapannya boleh.

TANDA TERKENA SANTAU
1) Batuk yang berterusan walaupun makan ubat hospital pun tak baik-baik dan gejala batuk pada waktu-waktu tertentu seperti maghrib, pagi, tengah malam, nak subuh, ada yang 24 jam (macam batuk anjing)
2) Muntah darah
3) Rasa tercucuk-cucuk dalam badan seperti ada jarum (di bahagian dada, sendi-sendi badan, peha, dan kaki),
4) Demam panas
5) Sakit kepala
6) Lenguh atau lemah sendi dan anggota badan
7) Tiada selera makan ( kesannya jadi badan susut dan bila cuba nak makan rasa nak muntah)
8) Susah nak tidur malam
9) Kerap mengantuk di siang hari
10) Gatal-gatal badan
11) Pemarah (sifat yang dibangkitkan oleh jin, syaitan, iblis)
12) Pelupa
13) Resdung
14) Barah
15) Kayap
16) Lumpuh ( yang menyerang buah pinggang) dan ada yang sampai buat putus urat jantung, serta jadi gila
17) Lemah tenaga batin
18) Kudis (biasanya ramuan santau ini boleh didapati dari kepulauan Borneo),
19) Penyedih
20) Penakut
21) Pembenci
22) Pemalas
23) Fikiran tidak tenteram (sehingga tidak boleh membuat keputusan dengan tepat dan hilang keyakinan diri
24) Suka bersendirian (tidak suka bergaul dengan orang ramai)
25) Sakit perut dan sakit belakang.

KESAN DARl TERKENA SANTAU:
1) Merosakkan rohani dan jasmani (rasa tidak tenteram),
2) Merosakkan rumah tangga,
3) Merosakkan organ dalaman,
4) Merosakkan fikiran dan maut.
Tanda fizikal mangsa santau: warna kebiru-biruan (biru kundang) di kuku tangan dan kaki, bibir, kelopak mata dan ada yang tahap kritikal menjadikan paru-paru dan jantung bermasalah dan berlubang.
Tidak ada perawat dapat memastikan dengan tepat berapa lama tahap santau sudah berada dalam badan pesakit tetapi berdasarkan pengalaman perawat santau, jika hanya bahagian dada saja berkemungkinan santau tersebut baru masuk mungkin tidak kurang dari satu atau dua minggu, kalau sudah sampai ke pinggang berkemungkinan sudah masuk dalam sebulan atau beberapa bulan ,kerana bila bahan santau dapat dikeluarkan dari badan pesakit dapat dilihat bahan tersebut masih baru dan bila dah sampai ke kaki berkemungkinan sudah beberapa tahun. Kalau yang dah lama bertapak, apabila keluar mungkin santau itu sudah menjadi hitam. Wallahu'alam.

Jika pesakit santau menggunakan X-ray, ia tak dapat dikesan tetapi jika pesakit itu terkena santau biasanya hasil filem x-ray tersebut di bahagian paru-paru akan menjadi gelap dan doktor gagal mengesan puncanya. Santau ini bila dah masuk ke dalam tubuh mangsa melalui mulut atau sebagainya, seperti yang diterangkan sebelumnya ia akan menjadi racun masuk ke pembuluh darah seperti bagaimana masuknya gangguan jin dan syaitan termasuk sihir dan menyerap ke seluruh badan dan terus ke otak dan ada kesan santau menjadikan anggota badan seperti lidah menjadi pendek membuatkan mangsa tidak boleh bercakap, mulut menjadi herot, dan tangan menjadi merengkot.
IKHTIAR RAWATAN DAN PENAWAR SANTAU:
Terdapat pelbagai kaedah digunakan untuk merawat sakit santau antaranya adalah:
Ubat Dalaman
Dengan cara menggunakan ramuan herba dan madu untuk di buat minum dan makan.
- Minum:
Bahan:
- gula batu sebesar ibu jari tangan,
-daun dukung anak secekak bersama dengan akar sekali , bagi pokok ini terdapat dua jenis:
1) Berwarna merah - ini jenis pokok jantan daunnya bercabang dan rasanya pahit.
2) Berwarna hijau- jenis pokok betina (dari jenis ini diambil untuk dibuat ubat), antara khasiatnya: penawar racun, ubat batuk, sakit kuning, memperbaiki selera
makan, merawat masalah lemah tenaga batin, darah tinggi, meningkatkan kekuatan jasmani.e, - daun pengaga secekak dengan akarnya sekali (gunakan pengaga kampung yang jenis kecil-kecil bukan pengaga jepun daun yang bulat lebar pegaga batas.),
- batang tebu 3 ruas dibuang kulit dan ambil isinya dipotong kecil ( paling baik guna tebu hitam atau merah tapi kalau tiada boleh guna tebu biasa).
Semua bahan tersebut direbus dalam periuk dengan menggunakan 4 gelas air,apabila air rebusan sudah tinggal dalam lebih kurang 2 gelas bolehlah dimatikan api dapur dan dibuat minum, minum masa ia masih suam panas. Kemudian tambah lagi gula batu dan air 4 gelas ke dalam bahan rebusan tadi untuk direbus kali kedua. Air rebusan ini perlu diminum berterusan sehingga badan sembuh. Antara khasiat meminum air rebusan ini ialah dapat mencuci darah dan dapat kecutkan organ-organ dalaman yang luka terutama bagi perempuan yang lepas bersalin. Air rebusan ini adalah bagi orang yang tidak ada penyakit kencing manis.
- Makan
Bahan :
- Madu lebah 3 sudu (elok madu lebah tualang),
- beras pulut 3 suku cawan yang dibasuh dan dikeringkan dan ditumbuk,
- halia muda 3 sudu yang diracik halus dan dipotong dadu,
- gula pasir 2 sudu.
Cara: semua bahan di campur dan kacau sebati. Dan dimakan sesudu sejam sekali hingga habis.Jika tidak suka makan madu lebah boleh kurangkan sedikit madu lebah tersebut dalam ramuan. la boleh disimpan di dalam peti sejuk.Buat sehingga 7 kali. Ramuan ini tidak digalakkan untuk pesakit yang menghidap menyakit asma atau lelah kerana ia menggunakan beras pulut. Bagi pesakit yang mempunyai masalah sakit resdung berkemungkinan apabila memakan ramuan ini akan keluar jerawat disebabkan beras pulut juga.
Untuk Penahan Sakit
Bahan:
-Kelapa muda (apa saja jenis yang hijau) jangan gunakan kelapa gading atau kuning kerana dalam alam ghaib, seperti pokok ciku, pokok buluh kuning adalah tempat tinggal makhluk halus, ini berdasarkan daripada pengalaman perawat-perawat Islam.
- air,
- sirih, gambir, kapur makan dan buah pinang muda (ambil isi putihnya) bagi biji pinang
-sekapur, akar pinang, dan akar pisang kelat secekak. Kesemua ramuan ini direbus dan dibuat minum sebanyak 3 kali. Antara doa-doa yang dibaca untuk rebusan ini ialah :
- surah al lahab, al-masadd ayat 1: - apabila sampai bacaan pada akhir ayat ...' tab': disitu niatkan - Ya Allah berhentikan darah yg keluar dari mulut si polan bin polan, sambil letakkan tapak tangan di bawah halkum pesakit. Kalau yang berak berdarah letakkan tangan dibahagian pinggul pesakit (niat pun sama cuma tukar bahagian dubur). Tetapi jika pesakit tidak mahu disentuh tidak mengapa, cuma bacakan pada bahan ramuan saja.
- surah yassin ayat 38: sama juga jika sampai ayat dzhalika "tak" ... dalam hati niat seperti dalam surah al lahab dan almasad.
- surah hud ayat 44.
Sakit Dada
Bahan:
- jintan putih 1/2camca,
- jintan manis 1/2camca, kayu manis 2 jari, dan biji buah pala 1 atau 2biji.
Cara: semua bahan direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal 1 cawan dan diminum pagi dan petang.
Nota: Apabila dirawat pesakit masih sakit, panas badan, dan berasa pedih,jarakkan atau selangkan sehari amalan meminum ramuan tersebut, insyAllah.
Jika kesemua bahan-bahan herba tidak boleh dimakan atau diminum memadai dengan mengambil madu lebah 1/2 camca pagi dan petang dengan perut masih kosong sebelum makan atau minum, dengan bacaan selawat dan doa, insyAllah kerana madu lebah itu sendiri sudah diiktiraf dan diterangkan oleh Allah Ta'ala dlm Al quran akan kebaikan dan khasiatnya.
KAEDAH PELINDUNG (pendinding diri)
1) Sentiasa menjaga solat dan amalan fardhu yang wajib dan melakukan yang sunat seperti solat sunat malam
2) Berzikir, membaca Al Quran, dan sebagainya
Setiap amalan hendaklah membaca al quran dan surah-surah yang dibaca dan berzikir hendaklah diniatkan memohon kepada Allah ta'ala supaya dilindungi diri dan ahli keluarga dari segala bentuk kejahatan makhluk syaitan, jin, iblis, manusia dan sebagainya.
Senantiasa mengamalkan dalam doa harian atau setiap lepas solat membaca surah Al fatihah, 3 Qul ( Al Ikhlas, Al Falaq, An Nas), Ayatul Kursi, Doa pengerak (bismillahiladzi la yadhurru ma asmihi syaiun fil ardhi ... sampai habis).
Melazimkan diri membaca ketika doa sebelum makan dan minum, sebelum keluar rumah , lazimkan juga membaca 2 ayat terakhir dari surah at taubah (ayat 128 dan 129) iaitu laqod ja'akum .... sampai habis., dan doa-doa yang lain.

Apabila hendak tidur, perahkan air limau nipis sedikit (tanpa ditambah dengan air) ke dalam mulut. Jika tiada masalah seperti batuk, gelisah samada semasa tidur atau tidak, berkemungkinan besar 90% masalah yang dialami ada bersangkut paut dengan santau.Jadi,segera dapatkan rawatan yang sewajarnya.Kalau tiada masalah Alhamdulillah. Santau biasanya bersangkut paut dengan penyakit fizikal juga seperti sakit, gatal-gatal pada anggota badan, kanser, sakit jantung, paru-paru, buah pinggang dan sebagainya, kecuali gout dan kencing manis. Wallahu'alam.
PERKARA YANG DILARANG APABILA PESAKIT SEDANG MENJALANl RAWATAN SANTAU
la bergantung kepada cara rawatan perawat-perawat lslam yang mempunyai pelbagai kaedah untuk merawat, ada perawat melarang pesakit memakan ikan yang bersengat, dan jika perawat yang menggunakan kaedah rawatan tepuk daun nangka seperti Ustaz Mokhtar Kasan ini, adalah ditegah pesakit apabila sedang menjalani proses rawatan memakan limau ( semua jenis limau terutama limau nipis, limau kasturi walau kordial sunquick tu pun tak boleh, apa-apa perasa limau tidak dibenarkan), cuka, buah yang masam dan jeruk (pickles),nenas, dan rebung yang boleh diklasifikasikan berunsur tajam
Kurangkan juga memakan makanan yang pedas, berminyak, air batu, tidak boleh melakukan kerja kuat atau aktiviti yang lasak seperti bermain bola dan sebagainya, serta tidak boleh mengangkat barang berat. Dikhuatiri jika pesakit tidak mengendahkan segala larangan-larangan tersebut akan membawa kesan buruk dan padah terhadap pesakit itu sendiri kerana luka-luka dalaman masih belum sembuh sepenuhnya.
Di samping mendapatkan rawatan dari perawat lslam adalah digalakkan pesakit itu sendiri berusaha untuk menguatkan daya ketahanan diri rohani dan jasmani melalui membaca Al Quran, berzikir dan sebagainya, secara istiqomah dan berterusan untuk mendapatkan ketenangan fikiran disamping berdoa kepada Allah Ta'ala semoga sembuh,insya Allah.

CARA MERAWAT PESAKIT SANTAU MELALUI KAEDAH TEPUK
Ustaz Mokhtar memberitahu kenapa menggunakan daun nangka tidak daun lain, jawapannya beliau tidak sempat bertanya kepada gurunya yang mana sudah meninggal dunia. Mungkin Allah Ta'ala menjadikan daun nangka ini ada kelebihannya tersendiri. Wallahu alam.
Ada 2 cara boleh menepuk samada menggunakan daun nangka atau menggunakan tangan perawat itu sendiri untuk menepuk (tapi jika menggunakan tangan sendiri dikhuatiri pesakit tidak dapat menahan akan kekuatan daya zikir perawat tersebut sebab tu dialas gunakan daun nangka)

Beza daun nangka dengan daun-daun yang lain ialah salah satunya daun nangka struktur daunnya kuat dan keras sedikit berbanding dedaun pokok lain yang mana jika digunakan daun pokok getah atau pokok rambutan atau durian atau manggis dan sebagainya akan cepat hancur. Untuk sehelai daun nangka boleh digunakan lebih dari seorang .
Peralatan yang digunakan : bagi seorang pesakit -
1) Sehelai daun nangka (untuk menepuk),
1) Sehelai daun nangka (untuk menepuk),
2) Pelepah daun pokok pisang yang baru nak terbuka (yang berwarna hijau muda) kalau tiada, guna sehelai surat khabar sebagai alas
3) 4 klip sepit rambut yang panjang (biasanya yang digunakan di kedai gunting saloon cina untuk gunting rambut)
4) 1 keping kertas lukis pelan yang berwarna putih digunting empat segi panjang untuk diletakkan di atas permukaan surat khabar (di tengah-tengah) kemudian disepit (maknanya ditebuk kertas surat khabar itu lah yang mana atasnya ada kertas pelan) setiap penjuru kertas itu dengan 4 batang sepit rambut panjang tadi, lampu suluh untuk melihat barang santau yang keluar jatuh,getah tempe untuk mengikat bungkusan surat khabar untuk dibuang

5) Air air mineral, tidak digalakkan menggunakan air yang sudah dimasak dan bekalan ubat pesakit seperti yang diterangkan sebelum ini untuk didoakan
Antara doa-doa yang dibaca untuk rawatan adalah : Surah Al Fatihah, Selawat Syifa, Surah Mariam ayat ayat 17, bismillah 5 (khasiatnya salah satu adalah penawar bisa), ayatul Qursi, surah Al hasyr ayat 21-24, Lau anzalna ... sampai habis ( dikenali sebagai ayat pemecah , pengebom : bagi pesakit yang ada sakit kanser dan perempuan mengandung , dan yang jenis muntah darah tidak boleh dibacakan ayat ini kepada mereka dikhuatiri akan mendatangkan kesan yang buruk seperti pesakit kanser, tumor akan pecah wallahualam dengan izin Allah. Tidak bermaksud ayat tersebut beri mudarat) dan doa-doa yang lain.

Merawat mengikut keadaan pesakit, ada sesetengah pesakit santau apabila dirawat sampai boleh mengalami histeria. Maka, untuk kaedah menepuk, bagi pesakit lelaki hendaklah berjumpa dgn perawat lelaki manakala pesakit perempuan semestinya berjumpa dengan perawat perempuan.Dilakukan kaedah tepuk ini di dalam bilik dengan membuka baju.
Note: hanya baju saja dibuka kerana samada perawat lelaki atau perempuan akan membuat kaedah menepuk pada bahagian tengkuk ke pinggang saja.
Posisi pesakit apabila hendak memulakan rawatan adalah dengan berkeadaan seperti merangkak di atas kepingan surat khabar 1 pelepah daun pisang yang sudah disediakan.
Cara menepuk:
Sebelum hendak dan bermula menepuk perawat disarankan membaca selawat, ayatul Kursi dan berdoa meminta perlindungan dari Allah Ta'ala serta mendoakan pesakit itu sembuh. InsyaAllah. Kemudian Daun Nangka tersebut hendaklah dipegang (dibahagian depan daun yang licin dengan ibu jari,di bahagian belakang daun yang timbul rangka bentuk daun dipegang dengan 2 atau 3 jejari tangan yang lain). Cara menepuk ialah seperti mengibas-ngibas selari, lakukan dengan perlahan-lahan. Sebelum menepuk, perawat disarankan menggunakan tangan menyentuh dibahagian tulang belakang pesakit dari atas ke bawah untuk memeriksa dan mengesan tempat santau itu berada, sekiranya dapat rasakan ada bahagian yang panas, berkemungkinan besar santau memang terletak dibahagian tersebut jadi mulakan saja proses menepuk di tempat yang berasa panas itu. Jika masih tidak dapat dikesan, perawat boleh memulakan kaedah menepuk bermula di bahagian tengkuk pesakit selari dengan tulang belakang hingga sampai bahagian pinggul, kemudian naik ke sebelah kiri bahu pesakit tepuk di situ dibawa selari ke bahagian bahu kanan buat sampai habis tiba ke paras pinggang. (ini adalah untuk satu pusingan saja) jadi dalam 1 rawatan tepuk dinasihatkan supaya buat sampai 3 pusingan sahaja, jangan lebih sebab berdasarkan pengalaman pesakit apabila mereka hendak meminta lebih dari 3 kali kebanyakkannya tidak tahan dengan penangan tepuk perawat yang selalu mengamalkan zikir , biasanya zikir yang diamalkan perawat menepuk kaedah santau ini ialah membaca surah al ikhlas.

Jika semasa dalam merawat pesakit ada tindak balas (iaitu tindak balas jin), maka perawat perlu tahan nafas dan baca ayatul Qursi dan tolak balik gangguan tersebut. Dalam rawatan tersebut ia akan menyerang melalui tangan perawat di mana perawat tersebut akan berasa bisa-bisa sendi di bahagian tangan. Jadi cara untuk menolak, baca ayatul Qursi serta tahan
nafas serta tangan lagi sebelah memegang pangkal bahu yang rasa bisa-bisa tersebut dengan menolak dari pangkal bahu sampai ke hujung jari, insyAllah..
Note: jangan sesekali menepuk bahagian kepala pesakit kerana dikhuatiri otak dan bahagian sistem dalaman kepala pesakit akan bergegar (ini amaran penting), hanya mulakan menepuk hanya dari bahagian tengkuk pesakit terus ke bahagian pinggang saja. Begitu juga pesakit jika hendak membuat rawatan tepuk sendiri di rumah (ikut cara tepukan perawat) jangan menepuk di bahagian kepala , mulakan menepuk dari tengkuk di bawa sampai ke kaki ( bagi pesakit, mereka boleh membuat sendiri rawatan tepuk ini dengan dibekalkan daun nangka yang sudah dibacakan doa oleh perawat, tetapi hendaklah di buat di dalam bilik air dan jika perlu minta bantuan dari pasangan atau ahli keluarga untuk membantu menepuk bahagian badan pesakit dari tengkuk ke kaki (pesakit hendaklah menanggalkan pakaian keseluruhannya, apabila sudah selesai pesakit perlu mandi bersabun dan bersihkan diri serta membersihkan bilik air, dikhuatiri jika ada tertinggal sisa-sisa santau yang jatuh di atas lantai akan terkena pada orang lain yang menggunakan tempat yang sama. Bagi rawatan sendiri, sekurang-kurangnya pesakit perlu membuat 2 kali atau 3 kali sehari.
Apabila sudah selesai proses menepuk, perawat boleh menggunakan lampu suluh untuk melihat serbuk atau cebisan santau yang keluar dari badan pesakit dengan mematikan lampu bilik, kemudian letakkan cahaya lampu suluh tersebut selari dengan permukaan surat khabar, insyAllah akan lihat jenis santau yang dikeluarkan. Jika menggunakan daun pisang, biasanya jika santau yang keluar akan jatuh tercacak ke atas daun pisang tersebut,dan daun pisang akan menjadi layu bila cebisan atau serbuk santau jatuh di atasnya. Kemudian perawat perlu berhati-hati untuk mengemaskan tempat tepukan (alatan suratkhabar atau daun pisang yang digunakan), di sini perawat perlu berhati-hati bila hendak menggulung surat khabar atau daun pisang tersebut, jangan terkena cebisan santau yang jatuh di atas permukaaan surat khabar atau daun pisang ( jika menggunakan sepit rambut itu boleh ditarik dan boleh digunakan semula, dicuci), suratkhabar atau daun pisang hendaklah digulung kemas, apabila sudah digulung kemas bahagian hujung kiri dan kanan suratk habar daun pisang tersebut dilipat sampai bertemu 2 di tengah-tengah (lipatan lipatan buat "tempe"), kemudian di ikat rapi dengan getah tempe. Bolehlah ia dibuang ke dlm tong sampah (yang mana biasa lori sampah akan membawa sampah ke tapak pelupusan sampah dan boleh di bakar di tempat sampah. Jika cara dahulu apabila selesai rawatan perawat terpaksa menggali lubang di halaman rumah untuk menanam lipatan daun pisang yang berisi santau ini ke dalam lubang tanah.
Jika sudah selesai semuanya, bolehlah dicuci tangan atau mandi dengan bersabun bersih-bersih kemudian buat solat sunat.
Note: sebelum mengambil daun nangka dari pokok nangka atau daun pokok pisang adalah dinasihatkan supaya berdoa dan niat , memberi salam kepada nabi llyas ( surah as- soffat: ayat 130: salamun ala ilyasiin (salam sejahtera kepada Nabi Ilyas) kenapa perlu memberi salam dan meminta izin dari nabi llyas kerana nabi llyas ditugaskan untuk menjaga tumbuhan), niat untuk mengambil daun ini untuk dibuat ubat, kemudian baca Surah Al fatihah 1 kali, dan
surah Al ikhlas 11 kali, serupa juga nak gunakan daun tersebut untuk menepuk baca surah Al Fatihah 1 kali dan surah Al ikhlas 11 kali. Di nasihatkan jika hendak mengambil apa-apa jenis tumbuhan untuk dibuat ubat dalam rawatan hendaklah diambil pada waktu siang jangan di ambil pada waktu malam. Kerana tumbuhan juga makhluk Allah Ta'ala, mereka juga beristirehat pada waktu malam seperti manusia.
PEMUTUS
Jika pesakit sudah sembuh betul, dibolehkan pesakit membawa 3 biji limau nipis setangkai (dipetik tangkainya dari pokok limau tersebut menghadap Qiblat semasa memetik dan jangan memetik terkena bayang-bayang, beri salam kepada nabi Ilyas, jika tidak ada atau susah, memadai pergi ke kedai runcit beli 3 biji limau nipis pun boleh, garam halus, dan sebilah pisau, bawa barang-barang tersebut kepada perawat, biasanya bahan-bahan ini akan digunakan perawat untuk menandakan tamatnya rawatan pesakit tersebut, contohnya dari sebiji limau yang dibawa pesakit tersebut, perawat akan memotong dan mengambil 1 belahan limau di sapu dengan garam halus dan diberi kepada pesakit tersebut untuk dihisap , belahan lagi 1 limau nipis itu perawat akan menghisap serupa macam pesakit. Akhirnya perawat akan bekalkan bacaan doa pada air rawatan kepada pesakit untuk dibuat minum. Antara doa-doa tersebut:
Al Fatihah, bismillah 5, dan selawat syifa. Jika pesakit tidak dapat menyediakan limau nipis dan bahan-bahan yang lain, memadailah jika pesakit dengan ikhlas hati memberi hadiah berupa sesuatu pakaian yang boleh digunakan untuk solat contohnya: sejadah, telekung, kopiah, sarung kain, / selipar utk ke masjid, contohnya. Sebenarnya tidak ada perkataan : wajib bagi seseorg untuk memutuskan ubat & tiada perkataan pengeras dalam perubatan islam.