Thursday, November 5, 2020

 

HUKUM  PENGERAS BAGI RAWATAN SIHIR DAN UPAH BAGI RAWATAN ISLAM

Hukum memberi pengeras dalam rawatan mengubat sihir?

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Pengeras didefinisikan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat sebagai bayaran kepada pawang kerana berubat atau menuntut ilmu daripadanya. Pengeras dalam pengubatan Islam adalah sesuatu bahan atau bayaran yang ditetapkan sebagai syarat untuk rawatan yang dikaitkan dengan amalan yang bertentangan dengan syarak. (Lihat 40 Soal Jawab Pengubatan Islam, m. 123). Ianya boleh sahaja dalam bentuk wang, haiwan, makanan dan lain-lain.

Upah adalah berbeza dengan pengeras. Upah bagi rawatan perubatan ruqyah syar’iyyah adalah diharuskan di sisi syarak. Ini berdasarkan sebuah hadith daripada Abu Sa’id al-Khudir, beliau berkata:

أَنَّ نَاسًا مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانُوا فِي سَفَرٍ، فَمَرُّوا بِحَيٍّ مِنْ أَحْيَاءِ الْعَرَبِ، فَاسْتَضَافُوهُمْ فَلَمْ يُضِيفُوهُمْ، فَقَالُوا لَهُمْ: هَلْ فِيكُمْ رَاقٍ؟ فَإِنَّ سَيِّدَ الْحَيِّ لَدِيغٌ أَوْ مُصَابٌ، فَقَالَ رَجُلٌ مِنْهُمْ: نَعَمْ، فَأَتَاهُ فَرَقَاهُ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ، فَبَرَأَ الرَّجُلُ، فَأُعْطِيَ قَطِيعًا مِنْ غَنَمٍ، فَأَبَى أَنْ يَقْبَلَهَا، وَقَالَ: حَتَّى أَذْكُرَ ذَلِكَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ ذَلِكَ لَهُ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ وَاللهِ مَا رَقَيْتُ إِلَّا بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ فَتَبَسَّمَ وَقَالَ: «وَمَا أَدْرَاكَ أَنَّهَا رُقْيَةٌ؟» ثُمَّ قَالَ: «خُذُوا مِنْهُمْ، وَاضْرِبُوا لِي بِسَهْمٍ مَعَكُمْ»

Maksudnya: “Sesungguhnya beberapa orang daripada kalangan sahabat Rasulullah SAW sedang berada dalam perjalanan. Mereka pergi ke salah sebuah kampung Arab dan mereka berharap agar boleh menjadi tetamu kepada penduduk kampung tersebut. Namun ternyata penduduk kampung itu tidak mahu menerima mereka. Tetapi ada yang bertanya: “Adakah ada antara kamu yang boleh menjampi? Ini kerana penghulu kampung kami terkena sengat.” Salah seorang dari para sahabat menjawab: “Ya, ada.” Lalu beliau menemui ketua kampung tersebut dan menjampinya dengan surah al-Fatihah. Kemudian ketua kampung tersebut sembuh, maka sahabat tersebut diberi beberapa ekor kambing. Beliau tidak mahu menerimanya dan mengajukan syarat: “Aku akan menyampaikannya kepada Nabi SAW,” beliau pun pulang menemui Nabi SAW dan menyatakan pengalaman tersebut. Beliau berkata: “Ya Rasulullah! Demi Allah, aku hanya menjampi dengan surah al-Fatihah.” “Bagaimana engkau tahu bahawa al-Fatihah itu memang merupakan jampi?” Kemudian Baginda bersabda lagi: “Ambillah pemberian daripada mereka dan pastikan aku mendapatkan bahagian bersama kamu.”

(Riwayat Muslim, no. 2201)

Imam al-Nawawi berkata: “Ini merupakan ucapan yang jelas sekali tentang keharusan mengambil upah daripada ruqyah dengan Al Fatihah dan zikir. Sesungguhnya ianya adalah halal tanpa kemakruhan di dalamnya. Demikian juga upah daripada mengajarkan al-Qur’an. Ini adalah mazhab al-Syafie, Malik, Ahmad, Ishaq, Abu Thaur dan yang lainnya dalam kalangan Salaf dan ulama yang setelah mereka. Abu Hanifah melarang mengambil upah dalam pengajaran Al Qur’an, dan membolehkannya dalam ruqyah.” (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 14/188)

Larangan memberi pengeras kepada pawang atau bomoh disebutkan dengan jelas dalam hadith sebagaimana yang dinyatakan oleh Abu Mas’ud al-Ansar:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ ثَمَنِ الكَلْبِ، وَمَهْرِ البَغِيِّ، وَحُلْوَانِ الكَاهِنِ

Maksudnya: “sesungguhnya Rasullullah SAW melarang jual beli anjing, wang hasil pelacuran dan memberi pengeras (habuan) untuk bomoh (atas tilikan dan ramalannya)”.

(Riwayat al-Bukhari, no. 2237)

Ibn Battal mendefinisikan (حُلْوَانِ الكَاهِنِ) sebagai upah daripada usaha perbomohannya. (Lihat Syarh Sahih al-Bukhari, 6/364)

Justeru, hukum memberi pengeras adalah haram dan boleh membawa kepada syirik kerana meletakkan syarat pengeras bagi penentu kesembuhan. Ini sekaligus menafikan kekuasaan Allah SWT sebagai Maha Penyembuh. Firman Allah SWT:

وَإِنْ يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ وَإِنْ يَمْسَسْكَ بِخَيْرٍ فَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya: Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

(Surah al-An’am: 17)

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman kepada kita dalam mengamalkan agamanya dengan cara yang sahih dan tidak bercanggah dengan syariat-Nya.

Rujukan Hadis-Hadis Rasulullah SAW

Hadis 1

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a.; Bermaksud: Bahawa beberapa orang di kalangan sahabat Rasulullah s.a.w. sedang berada dalam perjalanan melalui salah satu dari perkampungan Arab. Mereka berharap dapat menjadi tetamu penduduk kampung tersebut. Namun ternyata penduduk kampung itu tidak mahu menerima mereka sebagai tetamu. Namun begitu ada yang bertanyakan kepada mereka; ”Adakah di antara kalian yang boleh menjampi? Kerana ketua kampung kami terkena sengatan binatang. Salah seorang daripada para sahabat itu menjawab: Ya, ada. Sahabat tersebut kemudiannya melawat ketua kampung yang sedang sakit itu dan menjampinya dengan Surah Al-Fatihah. Ternyata ketua kampung itu sembuh, lalu diberikanlah kepadanya beberapa ekor kambing. Sahabat itu menolak untuk menerimanya dan berkata: Aku akan bertanyakan dahulu kepada kepada Nabi s.a.w. Dia pun pulang menemui Nabi s.a.w. lalu menceritakan peristiwa tersebut kepada Rasullullah. Dia berkata: Ya Rasulullah! Demi Allah, aku hanya menjampi dengan Surah Al-Fatihah. Mendengar kata-kata itu lalu Rasulullah s.a.w. tersenyum dan bersabda: Tahukah engkau bahwa Al-Fatihah itu merupakan jampi? Kemudian baginda bersabda lagi: Ambillah pemberian dari mereka itu dan asingkan sedikit untuk bahagianku.

(Hadis Riwayat Imam Muslim) 

Hadis 2

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a.; Bermaksud: Bahawa pada suatu ketika beberapa orang sahabat Rasulullah SAW telah datang ke sebuah perkampungan Arab, akan tetapi penduduk kampung itu tidak menerima kedatangan para sahabat tersebut, tiba-tiba ketua kampung itu disengat ular, (lalu wakil penduduk kampung berjumpa dengan para sahabat tersebut) dan bertanya: Adakah kamu mempunyai ubat penawar sengatan ular atau adakah di antara kalian ahli perubatan?, para sahabat menjawab: Kalian telah tidak menerima kedatangan  kami di kampung ini, kami tidak akan melakukannya sehingga kalian membayar upah untuk kami. Akhirnya mereka berjanji akan memberikan beberapa ekor kambing sebagai upahnya. Kemudian salah seorang sahabat membaca Surah al-Fatihah, kemudian mengeluarkan sedikit ludah (diletakkan di bahagian sakit), dengan serta merta ketua kampung sembuh, kemudian mereka membawa kambing-kambing kepada para sahabat. Para sahabat tersebut berkata: Jangan kita ambil upah ini, sehingga kita bertanya kepada baginda Rasulullah SAW, kemudian mereka menanyakannya, lalu Rasulullah tersenyum dan berkata: Ketahuilah bahawa Surah al-Fatihah itu adalah ubat penawar, ambillah upah itu dan bagi aku sedikit (Hadis riwayat Imam Bukhari)

Riwayat 3|

Diceritakan kisah serombongan sahabat Rasulullah SAW bermusafir hingga sampai di sebuah perkampungan. Mereka meminta untuk menjadi tetamu penduduk kampung, namun orang kampung tidak bersedia. Mereka (para sahabat) berkhemah di luar kampung tersebut. ditkdirkan Allah s.w.t. Penghulu kampung dipatuk ular. Satu riwayat menyebut terkena gangguan jin. Mereka lalu datang meminta pertolongan sahabat untuk merawat sakit tersebut. Seorang Sahabat menyahut bersedia untuk merawat (menjampi). Namun beliau mensyaratkan agar dibayar sebanyak 30 ekor kambing. Apabila orang kampung bersetuju maka beliau pun merawat dengan mebacakan surah al-Fatihah. Lelaki tersebut sembuh. Sahabat tersebut diberikan 30 ekor kambing seperti yang dijanjikan. Sahabat itu ingin mengagihkan hasil yang diperolehinya dariapa merawat tetapi para Sahabat yang lain menolak sehinggalah dijelaskan hukumnya oleh Nabi SAW Apbila tiba di Madinah Nabi SAW menyetujui apa yang dilakukan oleh sahabat tersebut. Baginda bersabda: "Bagaiamana kamu tahu bahawa surah Fatihah itu adalah satu jampi? Agihkan kambing tersebut dan berikan kepadaku satu bahagian.

Kesimpulan Hadis & Riwayat

1. Hukum upah rawatan adalah HARUS.

2. Secara umumnya Surah al-Fatihah boleh digunakan untuk rawatan semua jenis penyakit.

Perihal Upah Rawatan

Dari hadis-hadis dan riwayat yang disebutkan, hukum upah untuk rawatan sakit adalah harus. Dalam kes di atas, hanya dengan membaca Fatihah untuk rawatan sakit patukan ular atau gangguan jin, upahnya ialah 30 ekor kambing. Jika dinilai pada hari ini lebih dari RM15 ribu (30 ekor X RM500).   Justeru itu tidak salah bagi perawat mengambil upah atau mengenakan bayaran tertentu untuk rawatan pesakit mengikut persetujuan dua pihak (perawat dan pesakit).

Adalah wajib pesakit membayar bayaran yang telah dipersetujui dan haram jika pesakit enggan menjelaskan bayaran tersebut. Jika perawat telah menyatakan atau mempamerkan upah harga rawatan, wajib pada pesakit membayar mengikut harganya. Namun, jika tiada apa-apa perjanjian atau persetujuan mengenai jumlah bayaran, maka terpulang kepada pesakit untuk memberi seberapa yang termampu (biar berpadanan dengan rawatan).   

Pendapat Ulamak berkenaan Upah Bayaran

1.Berkata Ibn Qudamah dalam kitab Al-Mughni:

Adapun mengambil upah rukyah (menjampi) maka Imam Ahmad memilih qaul yang mengatakan Harus dan beliau sendiri mengatakan Tidak Mengapa.

2. Kata Ibn Hazam dalam kitab Al-Mahalli:

Upah rukyah (menjampi) adalah Harus 

3. Dr. Muhammad Said Ramadan Al-Buti dalam kitab Fiqh As-Sirah:

Malik, Syafie, Ahmad, Ishak dan Abu Thaur berpendapat Harus Mengambil Upah Rawatan, manakala Abu Hanafiah memperincikannya iaitu Haram Mengambil Upah Bagi Mengajar Al-Quran Dan Harus Pula Untuk Merukyah.

Tujuan Upah Masa Kini

1.Upah dikenakan kerana penggunaan Masa, Tenaga dan Keperluan Am Untuk Merawat  seperti Kenderaan, Sewa Bangunan, Bayaran Pembantu Dll.

2.Risiko perawat diserang balas oleh Bomoh, Jin dan penyakit tekanan melampau akibat merawat seperti Demam, Strok dan sebagainya amat Tinggi. Siapa pula yang Harus membayar kos merawat untuk perawat jika perawat pula yang Sakit?

3.Adapun merawat penyakit gangguan kebiasaannya mengganggu masa tidur perawat. Bila tak cukup tidur, tentu akan menjejaskan kesihatan. Sewaktu sakit, perawat tidak berupaya merawat dan hilang sumber pendapatan. Siapa pula yang akan menanggung kos sara diri dan keluarga perawat?

Pesanan Pada Pesakit dan Keluarga Pesakit

Jangan kerana Ikhlas, Pesakit melabelkan perawat berubat kerana Wang, Bukan Kerana Allah. Perlu diingat, amalan untuk mengubati penyakit Harus Ikhlas pada syariat dan pengamalan.Jadi, bagi diri perawat sendiri sudah ditanam Taqarrub Pada Allah. Kenapa tidak dipersoalkan pada Perkhidmatan Doktor? Jika diberi ubat, betullah dengan kos pengilangan dan pengeluaran harus dibayar. Tapi bagaimana pula dengan Perkhidmatan? Atas nilai apa perlu dibayar? Ya...kerana ilmu untuk menjadi doktor diguna..Jadi itulah caj harga yang perlu dibayar... Bagi perawat Islam, perlukan seseorang itu menuntut dan berilmu? yang dibayar bukan ilmunya tetapi perkhidmatannya, maka samalah keadaannya dengan khidmat doktor perubatan. Mungkin bagi doktor perubatan ia dinilai kepada ilmu perubatan yang dimiliki dan khidmat yang diberikan kedua-duanya perlu dibayar.

Oleh itu janganlah dipertikaikan caj perkhidmatan rawatan yang ingin disumbangkan kepada para perawat Islam. Adapun kunci kesembuhan milik Allah adalah dengan tiga syarat utama: Pertama: Ikhlas dengan semua bentuk sumbangan, Kedua: Berkeyakinan sepenuhnya di atas ikhtiar yang dilakukan oleh perawat dan Ketiga: Bertawakkal kepada Allah moga dengan izinNya penyakit kita disembuhkan.

Wassalam

Asal-Usul Qarin Jin & Qarin Malaikat.


Written by: Tarmizy-rwgCH - Posted in: Bicara alam ghaib – edited by IAR Al-‘Alawy (Darussyifa’ Mentakab)

 

Ada salah seorang keluarga pesakit yang saya rawat terkejut bila saya menceritakan bahawa Qarin ni ada dua, malahan di forum perbincangan pun ada yang berdebat tentang Qarin. Bagi yang tidak mengetahui apa tu Qarin, Qarin bermaksud “pendamping” atau “teman”. Sejak manusia lahir, Allah menjadikan dua Qarin padanya, satu dari bangsa malaikat dan satu dari bangsa jin. Dan rupa mereka seiras kita manusia, boleh dikatakan mereka adalah kembar kita.

Qarin bangsa malaikat mengilhamkan kebaikan pada kita manakala Qarin jin mengilhamkan kejahatan pada kita. Hanya Qarin jin Rasulullah () telah Islamkan dan hanya mengilhamkan kebaikan (Sebab tu Nabi maksum).

Berikut adalah petikan dari sebuah buku berkenaan Qarin yang mana tajuk buku tersebut ialah “Rahsia Keajaiban Roh” tulisan Abu Mazaayaa Al-Hafiz terbitan Al-Hidayah. (minta izin dari penerbit dan penulis untuk saya siar petikan itu disini). Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah bahawa Nabi Adam as. Ketika diturunkan ke bumi, beliau berdoa, Wahai Tuhanku, inilah syaitan yang telah Engkau jadikan permusuhan antara aku dan dia. Jika Engkau tidak memperlihatkan dia, maka aku tidak mampu menghadapinya.”

Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang ertinya;  “tidak akan dilahirkan seorang anak dari kamu, kecuali ditugaskan seorang malaikat untuk menjaganya.” Seterusnya Nabi Adam as. Berdoa lagi, “Ya Tuhanku, berilah tambahan kepadaku.” Allahpun berfirman lagi yang maksudnya, “Aku akan membalas satu keburukan dengan satu keburukan dan satu kebaikan akan Aku balas dengan sepuluh kali ganda sesuai dengan apa yang Aku kehendaki”. Nabi Adam as. berdoa dan memohon lagi, “Ya Tuhanku, berilah tambahan kepadaku”.

Allah s.w.t. berfirman lagi yang mafhumnya, “Sesungguhnya pintu taubat selalu terbuka, selagi nyawa masih berada di jasad.Kemudian tiba giliran Iblis untuk meminta, iapun berkata, “Ya Tuhanku, manusia (Adam) inilah yang telah Engkau muliakan atasku, kalau Engkau tidak memperhatikannya, aku tidak akan kuat menghadapinya.” Allah berfirman yang ertinya, “Tidak akan dilahirkan seorang anak dari nya kecuali dilahirkan pula seorang anak dari bangsa kamu.” Iblis berkata lagi, “Ya Tuhanku, berilah tambahan kepadaku.” Allah s.w.t. berfirman, “Kamu dapat berjalan-jalan ditubuh mereka seperti mengalirnya darah dan kamu dapat membuat hati mereka sebagai rumah-rumah untuk kamu.” Iblis meminta lagi, “Ya Tuhanku, berilah tambahan kepadaku.” Kemudian Allah pun berfirman sebagai berikut sebagai berikut yang ertinya: “Dan kerahlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan bersyarikatlah (menyatulah) dengan mereka pada harta dan anak-anak dan berilah janji mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka.” (Al-Isra’:64).

 

Sekarang sudah faham kenapa Qarin ada dua? Sekarang pun dah faham kenapa jin boleh buat rumah dalam badan manusia? Qarin adalah sejenis jin yang berdamping dengan manusia. Tulisan oleh Mohamed Ibrahim Marican (Rabu, Oktober 6, 2011 “Qarin Ada Pada Semua Manusia....... Qarin Akan Bersama-sama Mengiringi Kelahiran Seorang Bayi.”

 

Sabda Nabi ()  maksudnya : "Tidak ada sesiapa diantara kamu melainkan baginya ditugaskan qarin dari kalangan jin. Mereka berkata : 'Walaupun kamu Ya Rasulullah?', Baginda menjawab : 'Walaupun Aku, akan tetapi Allah menolongku dan aku selamat darinya (atau - mengIslamkannya), maka dia hanya akan memerintahku melakukan perkara yang baik" (Hadis Riwayat Muslim)

Qarin adalah sejenis jin yang berdamping dengan manusia. Qarin di sini adalah makhluk halus (di kalangan jin) yang mengiringi kelahiran seseorang bayi. Qarin suka menghasut manusia kearah kejahatan, melainkan qarin Nabi ()  yang telah ditundukkan oleh baginda dan telah memeluk Islam. Firman Allah S.W.T. maksudnya : (Syaitan) yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata:  “Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong”.  (Allah berfirman) : “Janganlah kamu bertengkar dihadapanKu, dan sungguh, dahulu Aku telah memberikan ancaman kepadamu. KeputusanKu tidak dapat diubah dan Aku tidak menzalimi hamba-hamba-Ku." (Surah Qaf ayat 27-29)

Menurut Ibn Kathir ra, ayat "(qarin) syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata : "Ibn Abbas r.a, Mujahid, Qutaadah dan lain-lain mengatakan bahawa ia merujuk kepada 'syaitan' yang ditugaskan berdamping dengannya". Disifatkan bahawa qarin ini pada hari kiamat tidak mengaku telah menyesatkan manusia, lalu mengatakan bahawa manusialah yang menyesatkan diri mereka sendiri.

Seterusnya Ibn Kathir ra. memetik firman Allah S.W.T. menyatakan tugasan syaitan setelah berjaya menyesatkan manusia :- Firman Allah S.W.T. maksudnya :    "Dan berkatalah pula syaitan setelah selesai perkara itu: Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya. Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya." (Surah Ibrahim: 22)

Ibn Kathir ra menerangkan bahawa apabila di hadapan Allah kelak, kedua-dua manusia dan qarin saling menuduh diantara satu sama lain. Seterusnya Allah S.W.T. mengatakan bahawa semuanya sudah di hakimi, dan Allah hanya akan mengazab dosa yang ditanggung oleh masing2 dan bukan dosa orang lain. (Mukhtasar Tafsir al-Quran al-Azhim - Umdah al-Tafsir - Al-hafiz Ibn Kathir 3/371, Dar al-Wafa' 2003. Syiekh Ahmad Muhammad Syakir).

Satu persoalan yang timbul, adakah qarin Nabi () juga seperti qarin manusia yang lain? Tentu sekali tidak. Nabi () telah mengIslamkan qarinnya. Kewujudan qarin ini ialah untuk menggoda manusia menampakkan hal-hal yang buruk dan yang jahat-jahat seolah-olah baik pada pandangan mata manusia. Qarin sentiasa berusaha untuk menjeru­muskan manusia dan mengajak mereka melakukan kemungkaran dengan cara menggoda, merayu, memujuk dan menipu. Semua manusia mempunyai qarin sama ada ia nabi atau orang soleh. Qarin juga yang sentiasa menimbulkan was-was semasa kita mengerjakan solat hingga lupa berapa rakaat. Qarin yang sudah sedia ada bersama manusia akan bekerjasama dengan syaitan dan jin kafir lain yang datang kepada manusia untuk membisikan dan menggoda manusia dengan apa cara sekali pun.

Jika seseorang meninggal dunia (biasanya seseorang yang menuntut ilmu sihir) kadangkala ternampak banyangan simati balik kerumah, sebenarnya yang balik bukan ruh si mati tetapi qarin si mati yang berupa seperti wajah simati.

Dalam surah al-An'am: 112 Allah S.W.T berfirman maksudnya:    "Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu."

Tersebut dalam Al-Quran tentang tugas-tugas malaikat. Di antara mereka ada yang tugasnya men­catat amalan makhluk setiap hari, mencatat segala ucapan dan ada yang membawa wahyu kepada rasul-­rasul dan nabi-nabi. Ada pula yang menjadi duta‑duta. Ada pula yang bertugas memelihara al -Quran, ada yang menjaga syurga dan ada yang menjaga ner­aka. Di antara mereka juga ada yang sentiasa berdoa siang dan malam, memuji-muji Allah dan bersujud. Ada pula yang sentiasa berdoa agar makhluk yang taat kepada Allah diberi keampunan.

Tersebut juga dalam Al-Quran tentang adanya malaikat yang datang membawakan ilham kepada Maryam bahawa dia akan diberi putera, atau yang kelihatan oleh Rasulullah () ketika beliau mula-mula menerima wahyu.

Tersebut juga dalam Al-Quran bahawa malaikat yang datang membawa wahyu kepada rasul-rasul itu namanya Jibril . Manusia yang sentiasa beriman dan istiqamah (tetap hati) akan didatangi oleh malaikat-malaikat untuk menghilangkan rasa takut dan dukacita mereka.

Dijelaskan juga dalam hadis bahawa malaikat-malaikat itu memberi ilham yang baik seman­gat dan iman. Ketika manusia diberi ilham yang baik oleh malaikat atau was-was yang buruk oleh syaitan, maka yang menerima ilham atau was-was itu bukan­lah badan kasar, melainkan roh manusia jua. Tidak ada seorang pun yang dapat melihat dengan matanya sama ada malaikat atau syaitan yang datang memberi ilham atau was-was, melainkan pen­garuh mereka itu masuk ke dalam jiwa atau perasaan orang yang berkenaan. Kenyataan ini dikuatkan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi dan an-Nisai demikian maksudnya : "Sesungguhnya dari syaitan ada semacam gang­guan kepada anak Adam, dan dari malaikat pun ada pula. Adapun gangguan syaitan ialah menjanjikan kejahatan dan mendustakan kebenaran dan sen­tuhan malaikat ialah menjanjikan kebaikan dan menerima kebenaran. Maka sesiapa merasai yang demikian, dia hendaklah mengetahui bahawa perkara itu daripada Allah dan terima kasihlah ia kepada-Nya." Tetapi kalau didapatinya yang lain, maka dia hen­daklah berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam. Banyakkan berzikir dan beristighfar supaya terhindar daripada gangguan syaitan.

            Jelasnya bahawa setiap orang itu mempunyai qarin. Maksud qarin di sini ialah jin kafir yang senti­asa berusaha untuk menyesatkan manusia. Di antara qarin dan manusia, perbezaannya ialah manusia adalah seumpama bahan tunggangan, man­akala qarin (jin kafir atau syaitan) tadi adalah penung­gangnya. Demikianlah perbandingan yang diberi oleh Rasulullah () Maksud menunggang atau memperkosa di sini bukanlah seumpama manusia itu menunggang kuda, menjadikan syaitan itu seumpama seorang penung­gang yang sentiasa berada di atas jasad manusia dalam keadaan yang tidak dapat dilihat.

Maksud sebenar hadis ini ialah: iblis dan syaitan itu sentiasa berazam dan berusaha supaya manusia menurut kehendaknya. Banyak di antara mereka yang terpedaya dengannya sehingga menjadikan manusia itu memandang benda-benda yang baik itu buruk dan yang buruk itu baik serta menarik, cantik serta mengghairahkan, lantas mereka menentang perintah Allah S.W.T. Mereka inilah golongan yang menjadi bahan tunggangan qarin tadi.

Sesungguhnya syaitan itu duduk mengganggu manusia dengan berbagai-bagai cara. la duduk melakukan gangguan kepada manusia dengan alasan Islam. Lalu ia berkata:    "Apakah kamu masuk Islam dan meninggalkan agama kamu dan agama nenek-moyang kamu? Tetapi manusia itu menen­tangnya dan masuk Islam. Lalu syaitan itu duduk mengganggu manusia dengan jalan hijrah." Syaitan berkata: "Apakah kamu hendak hijrah, meninggalkan bumi dan langitmu? Tetapi manusia itu menentang dan hijrah. Kemudian syaitan itu duduk dan menganggu manusia dengan jalan jihad dan berkata: “Apakah kamu akan berjihad sedangkan jihad itu menghilangkan nyawa dan harta. Kamu akan terbunuh. Maka isteri kamu akan dikahwini oleh orang lain, manakala harta-harta kamu akan dibahagi-bahagikan.” Tetapi manusia tetap menentang syaitan dan terus berjihad. Begitulah gambaran ringkas atas tamsil yang terjadi antara manusia dan qarinnya atau dengan syaitan lain. Hanya manusia yang leka dan sesat sahaja yang akan terpedaya dengan qarinnya yang boleh diperintah dan diarahkan menurut kehendaknya.

Mereka inilah yang akan menjadi kuda tunggangan iblis dan syaitan. Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah () sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan. Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat.

Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

            Aisyah ra. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah () keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah () yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."   Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.[sumber]   Inilah jawapan Allah SWT ketika iblis bersumpah akan membinasakan manusia seperti yang tersebut dalam surah al Hijr: 42 yang bermak­sud :    "Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu atas mereka kecuali orang yang mengikut kamu iaitu orang-orang yang sesat."

Selain gangguan qarin, Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab sahihnya bahawa Rasulullah () ada bersabda, yang bermaksud bahawa tidak ada anak Adam yang dilahirkan ke dunia ini yang tidak diganggu oleh syaitan kecuali Isa a.s. dan ibun­ya Maryam berdasarkan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 36 yang bermaksud : "Sesungguhnya Aku melindungi akan dia (Maryam) serta anak keturunannya daripada syaitan yang direjam." Lantaran gangguan-gangguan yang sedia menung­gu maka sunat dibacakan azan (bang) di telinga kanan dan (qamat) di telinga kiri sebaik-baik seorang bayi itu dilahirkan yang salah satu tujuannya untuk mengelakkan daripada gang­guan iblis dan syaitan."

Daripada Abu Rafi r.a (bekas hamba yang dimerdekakan oleh Rasulullah ()  ia berkata yang maksudnya : "Aku lihat Rasulullah () membaca azan solat di telinga Husain bin Ali ketika Fatimah r.ha. melahirkannya." 

Wassalam