Thursday, April 26, 2012

5 CARA MEMENANGI KEPERCAYAAN ANAK-ANAK

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Oleh:
ISHAK BIN AB.RAHMAN

Pra-Pengalaman (seorang Anak) …“Mat rasa Mat boleh belajar dengan lebih baik sekiranya diberi kepercayaan oleh Mak-Abah Mat”… Mat, seorang anak yang baik dan berpotensi. ...“Ini tidak, Mak-Abak Mat macam tak percaya aje dengan kebolehan Mat. Selalu saja kerja-kerja Mat dikomen dan diperiksanya. Mak-Abah buat Mat kecut perut betullah. Heee lecehnya!”…


Inilah salah satu daripada masalah yang dihadapi oleh Mat sebagai seorang anak yang dianggap masih ‘pemalas’ dalam soal belajar. Tidak hairan jugalah ibu-bapa menjadi begitu berhati-hati terhadap hasil kerja Mat. Terlalu mengongkong tidak baik, yang penting ialah memberi keyakinan dan sokongan. Tunaikan permintaannya; seperti minta belikan buku, majalah, bahan bacaan berfaedah atau mengikuti kelas-kelas tambahan dsbnya.


Ibu-bapa harus pasti dengan kebolehan, kesungguhan, semangat juga keprihatinan anaknya dalam pelajaran. Jika anaknya seorang budak yang berpotensi, dia sentiasa memastikan hasil kerjanya beres dan disiapkan, Maka berikanlah galakan dan sokongan berterusan (tidak “Hangat-hangat Tahi Ayam”), insya-Allah anak kita akan berjaya dengan cemerlang.
1) Berterus Terang


Manakah anak yang paling anda percayai atau boleh dipercayai? Sebagai permulaannya, sudah tentulah anak-anak yang bercakap benar, tetapi untuk mengetahui atau mengenalpasti mereka yang becakap benar bukanlah mudah. Anak-anak sekarang lebih pintar berpura-pura dan berselindung di sebalik topeng-topengnya. Maka secara diplomasi dengan kaedah komunikasi yang terbaik anak yang didapati bermasalah ditegur tidak di hadapan adik-abangnya yang lain.
Andaikan diri anda seorang anak:


…sudah tentu anda memerlukan banyak bantuan ketika melaksanakan tugas anda. Ini adalah salah satu daripada proses pembelajaran.


Anda perlu berterus terang daripada berdolak-dalik apabila tidak tahu melaksanakan sesuatu tugasan. Ibu-bapa anda akan lebih selesa membantu serta membimbing anda daripada sering membetulkan kesilapan yang dilakukan.

Bagi ibu-bapa:


…hendaklah berterus terang dengan keupayaan yang ada di peringkat awal lagi daripada cuba mempamerkan kebolehan yang sebenarnya masih banyak kelemahannya. Seandainya anda melakukan kesilapan ketika membantu anak-anak mengulangkaji pelajaran, elak daripada menyembunyikan kesilapan tersebut. Akui kesilapan anda, buat pembetulan dan sebaik-baiknya ibu-bapa juga harus terlebih dahulu belajar.


2) Konsisten


Lakukan tanggungjawab mendidik anak-anak anda sejajar dengan prinsip diri anda, seperti yang pernah anda janjikan. Pastikan perlaksanaan tugas adalah konsisten dan sistematik serta tidak bercanggah dengan janji awal. Contohnya ketika anda mula-mula diminta oleh anak-anak untuk membantu mereka dalam pembelajaran, anda telah bersetuju untuk melakukan kerja itu, maka tunaikan janji dan lakukan secara konsisten.


Sebaliknya apabila anda telah berjanji, tetapi anda sering kali memberi alasan tidak dapat melakukan kerja yang telah dijanjikan, maka pasti ia boleh meninggalkan kesan negatif kepada anak-anak anda. Jangan sekali-kali berjanji melakukan sesuatu melainkan anda pasti dengan kata-kata anda. Anak-anak anda perlu diyakinkan dengan janji konsisten kerana ia melambangkan diri anda sebagai ibu-bapa yang baik dan penyayang.

3) Ikhlas


Anda perlu sensitif dengan kehendak anak-anak. Tunjukkan minat terhadap tugasan yang dilakukan oleh mereka supaya anda dihormati dan akhirnya dipercayai sebagai ibu-bapa yang bertanggungjawab. Minat yang ditunjukkan itu bukan sahaja membantu memudahkan perlaksanaan sesuatu tugasan anak-anak, malah anda juga akan dilihat sebagai ibu-bapa yang ikhlas dan ‘ringan tulang’
4) Tunjukkan Kepakaran


Anda boleh memenangi kepercayaan anak-anak sekiranya anda berjaya membina dan seterusnya mengekalkan mutu kerja anak-anak dengan baik serta memberangsangkan. Kedangkala anda berjaya memperolehi sesuatu (anak-anak berjaya cemerlang) disebabkan anak-anak anda mewarisi genetik ibu-bapa yang sememang cerdik dan mempunyai kelulusan/kepakaran.


Namun begitu, ‘kepercayaan’ hanya dapat diperolehi sekiranya anda berjaya membuktikan keupayaan anda ketika berdamping dan membantu tugas anak-anak. Anda perlu membuktikan keupayaan dengan cara membereskan tugas pada masa yang telah ditetapkan atau lebih awal dari itu, teliti semula sebarang kesilapan, dan memberi sepenuh penumpuan terhadap kerja anda dan kerja anak-anak.


5) Sukarela Memberi Pertolongan


Anda boleh memenangi kepercayaan anak-anak tanpa melalui proses ini. Namun begitu sikap anda yang suka memberi pertolongan secara sukarela dapat mengukuhkan lagi kepercayaan anak-anak terhadap diri ibu-bapa. Maksudnya ialah:


Memberi bantuan tanpa diminta, terutamanya anda tahu anda mempunyai kebolehan dalam sesuatu kerja (mahir dalam sesuatu mata pelajaran), maka tawarkan diri untuk membantu/membimbing anak-anak anda. Ia bukan sahaja mempertingkatkan hubungan anak – ibu/bapa, malah ia mengelakkan diri anda dilabel sebagai ‘Bapa/Mak cakap tak serupa bikin’.


12 CARA UNTUK MEMPERTINGKATKAN HARGA DIRI


Setiap insan mempunyai harga diri atau maruah diri yang amat dijaga supaya tidak dicemari oleh mana-mana pihak yang dianggap tidak bertanggungjawab. Apabila harga diri tercemar, kesan yang ditinggalkan begitu menyakitkan. Keadaan menjadi semakin parah jika harga diri dicemari oleh diri sendiri.


Anda bertanggungjawab membentuk harga diri yang positif sekiranya anda jelas dengan matlamat anda.


12 Panduan Membantu Perrtingkatkan Harga Diri.


1) Bina Keyakinan Diri


Keyakinan diri bermula dan terbina dari dalam diri. Justru, setiap kali anda ingin mencapai sesuatu matlamat, bayangkan diri anda sudah pun berada di situasi seperti yang anda harapkan. Yang pasti, ia positif dan anda BERJAYA. Jadikan impian anda itu satu kenyataan dan berusaha melaksanakannya, bukan sekadar mimpi kosong semata-mata.


2) Dampingi Anak-anak


Ucapkan kata-kata yang baik kepada anak-anak. Senaraikan beberapa perkara yang anda suka dan hargai mengenai anak-anak anda. Seterusnya berilah kerjasama semampu yang boleh kerana dengan bantuan yang diberikan itu dapat meletakkan diri anda dan keluarga dalam keadaan lebih bahagia.


3) Elakkan Diri dari Kesempurnaan


Merasai diri ‘sempurna’ boleh melumpuhkan diri dan merencatkan cita-cita untuk mencapai sesuatu matlamat. Setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan diri. Justru, potensi diri seharusnya terlebih dahulu dikenalpasti supaya matlamat anda terlaksana sebaik mungkin, bukannya untuk mendapat kesempurnaan. Sekiranya kesempurnaan telah dititikberatkan, anda mungkin kecewa apabila gagal mencapai matlamat anda.


4) Jaga Perawakan Diri


Perawakan diri menjadi satu faktor kritikal dalam pembinaan harga diri. Anda tidak perlu memperlihatkan diri yang kusut ketika berhadapan dengan masalah tetapi sebaliknya semakin mengemaskan diri di kala itu supaya perasaan anda tidak terus menekan diri.


5) Dapatkan Kerehatan


Setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk merehatkan diri. Anda boleh bersenam, bermeditasi, mendengar muzik, bersiar-siar dan sebagainya supaya fikiran dan perasaan mendapat ketenangan.


6) Hormati Diri


Senaraikan 50 ciri-ciri diri anda yang positif. Sekiranya anda tidak dapat menyenaraikan kesemuanya, fikirkan anak-anak anda yang begitu menyayangi dan menghormati anda serta tuliskan beberapa ciri diri positif yang pernah diperkatakan oleh mereka tentang anda. Anda pasti berasa gembira dan lebih menerima serta menghormati diri anda sendiri.

7) Utamakan Diri


Lakukan sesuatu yang boleh mengembirakan diri anda, untuk anda, setiap hari.


8) Cabar Potensi Diri


Anda perlu melakukan sesuatu yang belum pernah anda lakukan tetapi mencabar. Inilah caranya untuk menguji potensi diri kerana cabaran itu, anda akan lebih yakin dengan tindakan anda dan akhirnya mempertingkatkan lagi kejayaan diri supaya harga diri juga terbina kukuh dan diteladani oleh anak-anak.


9) Cari Keistimewaan Diri


Apabila anda tertekan atau menghadapi masalah, kadangkala anda secara spontan mendapat ilham untuk mengendalikannya. Inilah keistimewaan yang ada dalam diri anda dan seharusnya diperkukuhkan supaya diri anda lebih mantap. Ibu-bapa jangan zahirkan masalah mereka di hadapan anak-anak.


10) Jadilah Seorang Ibu/Bapa yang Optimis


Bersikap pesimis bukanlah suatu kesalahan kerana ia boleh berlaku pada bila-bila masa disebabkan pengalaman lalu. Namun begitu, sikap ini boleh mendatangkan keburukan sekiranya terlalu dipercayai, kerana tidak ada sesuatu keadaan yang tidak berubah kecuali apa yang telah ditentukan oleh ALLAH.


11) Hindari Sikap Prasangka


Apabila anak-anak anda bertindak di luar batas kebaikan (agama/undang-undang/adat), anda akan lebih mengenalinya tetapi ini tidak bererti mereka seorang yang jahat, cuma anak-anak anda lakukan perkara itu mesti mempunyai sebab-sebab tertentu. Cuba dekati dan fahami perasaan anak-anak anda dan mereka lakukan perkara itu.


12) Bertindak Sejajar dengan Nilai


Kadangkala konflik nilai boleh berlaku di dalam keluarga. Terokai nilai diri anda sebagai ibu/bapa berdasarkan beberapa insiden yang dialami supaya anda lebih prihatin denga nilai tersebut dan ia sejajar dengan tindakan anda. Anda boleh mencapai matlamat yang diidam-idamkan dengan mempratikkan cara-cara yang telah diberikan supaya menjadi ibu/bapa yang berjaya membina keluarga bahagia.

SEKIAN

وبالله التوفيق والهدايه والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Daripada:

ISHAK BIN AB.RAHMAN
CMC CONSULTANTS



Friday, April 13, 2012

TANDA-TANDA PESAKIT ADA GANGGUAN JIN

  1. Sering Sakit pada bahagian punggung, bahu dan tengkuk.
  2. Rasa sebal dan panas pada anggota badan.
  3. Sering pening, sakit kepala dan mabuk yang bukan disebabkan oleh penyakit.
  4. Perubahan sikap pada diri pesakit.
  5. Seperti merasa ada sesuatu bergerak dalam angggota tubuh.
  6. Suka menyendiri di dalam bilik sambil melihat cermin dan bermain dengan rambut.
  7. Badan, tengkuk berasa bahang dan gelisah mendengar bacaan Al-Quran.
  8. Dukacita dan selalu kesal.
  9. Tidak mau tidur/sukar memejamkan mata sambil merasa seram dan takut.
  10. Banyaknya terjadi pertikaian di dalam rumah di antara suami-isteri dan antara anak-anak.
  11. Warna wajah muram, pucat dan kekuningan.
  12. Mendengar suara bisikan di telinga.
  13. Sakit yang berlari-lari atau sakit di antara kulit dan isi yang tidak dapat dikesan oleh perubatan moden.
  14. Rasa seram diiringi sejuk seperti demam, sendawa angin, sakit kepala selepas masuk waktu Asar.
  15. Sakit ketika ziarah orang mati.
  16. Melihat jelmaan jin secara terus.
  17. Gagal melakukan hubungan kelamin antara suami-isteri.
  18. Kerap sendawa dan terasa mengantuk bila mendengar al-Quran.
  19. Mimpi dilanggar kenderaan dan melihat darah bertaburan di jalanraya.
  20. Mimpi diterkam, bergelut dengan makhluk yang menakutkan sebaik sahaja mula terlena.
  21. Mimpi melihat binatang yang menakutkan seperti ular, harimau, buaya dsbnya.
  22. Mimpi berada di tempat asing lagi menggerunkan seperti berjumpa mayat atau orang yang mati.
  23. Mimpi berada di awang-awangan, tempat-tempat tinggi seperti gunung, bukit atau hutan lalu jatuh ke bumi.
  24. Kedengaran bunyi goli jatuh ke lantai di rumah.
  25. Kedengaran ada orang menarik perabot di rumah waktu malam.
  26. Masakan cepat rosak dan basi.
  27. Tempat berbau busuk atau kemenyan.
  28. Keadaan keluarga porak peranda.
  29. Nampak kelibat atau bayangan kemana sahaja pergi.
Jika saudara atau ahli keluarga mengalami keadaan seperti disenaraikan ini, maka bersegeralah berdoa dan memohon ke hadrat Allah S.W.T agar menolong saudara menghindar pengaruh sihir atau mengeluarkan jin penganggu tersebut dari tubuh dan rohani anda dan ahli keluarga.

Berikhtiarlah dengan kaedah yang dibenarkan oleh syarak', jauhi dari menggunakan khadam jin. Ikhtiar seumpama ini dengan keyakinan akan membawa kepada syirik kepada Allah.

Friday, April 6, 2012

ANTARA BAHAN MENTAH DARI BUAH-BUAHAN YG AMATBANYAK KHASIAT RAWATAN DALAM PENGUBATAN ISLAM

KELAPA CAMBAH
MINYAK ZAITUN


KELAPA HIJAU/PANDAN



KELAPA GADING SAHAJA YANG TIDAK DIGALAKKAN TANAM DALAM KAWASAN KEDIAMAN (SILA RUJUK DARUSSYIFA')
 
DELIMA

MENGKUDU

KURMA MABRUM

RENUNGAN BERSAMA: AL-HADITH AN-NABAWY

Narrated Abu Waqid Al-Laithi:


While Allah's Apostle was sitting in the mosque with some people, three men came. Two of them came in front of Allah's Apostle and the third one went away. The two persons kept on standing before Allah's Apostle for a while and then one of them found a place in the circle and sat there while the other sat behind the gathering, and the third one went away. When Allah's Apostle finished his preaching, he said, "Shall I tell you about these three persons? One of them betook himself to Allah, so Allah took him into His grace and mercy and accommodated him, the second felt shy from Allah, so Allah sheltered Him in His mercy (and did not punish him), while the third turned his face from Allah and went away, so Allah turned His face from him likewise. "

حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ، قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ، عَنْ إِسْحَاقَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ، أَنَّ أَبَا مُرَّةَ، مَوْلَى عَقِيلِ بْنِ أَبِي طَالِبٍ أَخْبَرَهُ عَنْ أَبِي وَاقِدٍ اللَّيْثِيِّ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بَيْنَمَا هُوَ جَالِسٌ فِي الْمَسْجِدِ وَالنَّاسُ مَعَهُ، إِذْ أَقْبَلَ ثَلاَثَةُ نَفَرٍ، فَأَقْبَلَ اثْنَانِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَذَهَبَ وَاحِدٌ، قَالَ فَوَقَفَا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَأَمَّا أَحَدُهُمَا فَرَأَى فُرْجَةً فِي الْحَلْقَةِ فَجَلَسَ فِيهَا، وَأَمَّا الآخَرُ فَجَلَسَ خَلْفَهُمْ، وَأَمَّا الثَّالِثُ فَأَدْبَرَ ذَاهِبًا، فَلَمَّا فَرَغَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ "‏ أَلاَ أُخْبِرُكُمْ عَنِ النَّفَرِ الثَّلاَثَةِ أَمَّا أَحَدُهُمْ فَأَوَى إِلَى اللَّهِ، فَآوَاهُ اللَّهُ، وَأَمَّا الآخَرُ فَاسْتَحْيَا، فَاسْتَحْيَا اللَّهُ مِنْهُ، وَأَمَّا الآخَرُ فَأَعْرَضَ، فَأَعْرَضَ اللَّهُ عَنْهُ ‏"‏‏.‏

Wednesday, March 21, 2012

Hukum Muamalah Dgn Yahudi

1. Berurus niaga [muamalat] dengan individu Yahudi atau mana-mana pihak Yahudi yang terhad pada individu atau syarikat Sdn Bhd mereka, seperti Yahudi dari negara Eropah dan lainnya, maka pada hukum asalnya adalah harus justeru Rasulullah saw pernah berurus niaga dgn bangsa Yahudi.

2. Namun urus niaga dengan Yahudi Israel hari ini, Yahudi yang membunuh Ummat Islam Palestine lalu merampas tanah Palestine dan menubuhkan negara haram Israel atas penderitaan dan kesengsaraan ummat Islam Palestine, Yahudi yang mencari dan mengaut keuntungan lalu membina kekayaan mengukuhkan kuasa dan penjajahan mereka keatas ummat Islam Palestine malah membunuh sewenangnya Ummat Islam Palestine, maka haram berurus niaga dengan mereka walau apa fahaman yang mereka anut termasuk zionis.

3. Ulama' telah banyak memberikan fatwa haram berkait urusniaga semasa dengan Yahudi Israel secara umumnya seperti Dr Yusuf al Qaradhawi, kerana asasnya keseluruhan Yahudi Israel telah melakukan satu jenayah besar ke atas Ummat Islam dan ianya masih berlarutan sehingga hari ini.

4. Fatwa haram urus niaga dengan Yahudi Israel Zionis ini dibina oleh para alim ulama' berasaskan kesan dan perkembangan politik dan ekonomi ummat Islam antarabangsa apabila setiap ringgit atau dollar yang mengalir ke Israel melalui apa jua bentuk urusniaga dengan mereka menghasil sebutir peluru yang telah dan bakal menembusi jantung ummat Islam Palestine yang sedang berjuang mempertahan aqidah dan membebaskan tanahair mereka.

5. Fatwa itu dibina bukan kerana mereka dilahirkan berbangsa Yahudi tetapi disebabkan mereka melakukan satu jenayah besar ke atas ummat Islam dan jenayah itu masih berlarutan hingga ke hari ini. Demikian adalah hukum yang berkait dengan muamalah atau urusniaga.

6. Sementara kedudukan Yahudi secara umumnya di mata ummat Islam telah disebut secara jelas di dalam Al Quranil Karim. Bagaimana dendam dan semangat permusuhan mereka terhadap Islam yang didedahkan oleh Allah swt.

"Kamu akan dapati golongan yang sangat tinggi kadar permusuhan mereka terhadap orang - orang beriman ialah Yahudi dan mereka yang mempersekutukan Allah swt".

"Dan sekali-kali tidaklah Yahudi dan Nasara Redha terhadap kamu sehingga kamu mengikut cara hidup mereka".

7. Banyak ayat seperti ini di dalam Al-Quran dan ia adalah pendedahan serta peringatan Allah swt kepada ummat manusia, khasnya kepada ummat Islam terhadap sikap dan bahaya yang dicetuskan oleh Yahudi berasaskan latar belakang dan sejarah mereka yang sering menipu, khianat, mungkir janji dan berdendam, biar apa pun fahaman yang dianut oleh mereka di sepanjang zaman termasuklah faham zionisme yang sememangnya telah mengisytiharkan protokol mereka yang jelas dan nyata memusuhi serta memerangi ummat Islam.

8. Justeru tiada pengiktirafan dan persekongkolan dengan Yahudi di atas peta politik dunia hari ini.

9. Ummat Islam tidak perlu panik dan usah resah dalam mengikuti perkembangan semasa berkait isu Yahudi, lantaran Perbahasan mengenai hukum muamalah adalah suatu yang berbeza dengan siasah. Keduanya mesti diteliti dengan cermat dan jelas.

10. Walaubagaimana pun terlebih aula dan wajar kita terus berfikir dan merancang untuk terus meningkatkan sokongan moral, politik dan ekonomi kita kepada ummat Islam di Palestine khasnya HAMAS untuk mereka terus membina masa depan mereka yang kebih baik berdepan kekejaman Yahudi Israel Alaihi Laknatullah berbanding kita berbincang dan berpolemik mengenai urus niaga kita dengan Yahudi.


Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Friday, March 16, 2012

BETTER YEARS AHEAD FOR PR

altA new culture of openness in the Middle East and the importance of professional ethics were the focus of the opening ceremony of the 20th Public Relations World Congress (PRWC) in Dubai on Wednesday.


Officially opening the congress, the UAE Minister of State Reem Al Hashimy told the over 450 attending delegates that communications is playing an increasingly critical role for governments, businesses and civil society.
“Connectivity and dialogue — between peoples and among nations — are so central to our shared future,” she said. “That’s why communications professionals, like you, play such an important role in shaping the positive direction of the world.”
The three-day congress presents the latest trends in communications. The biennial international event is being held in the Middle East Dubai for the first time.

Abdallah S. Jum’ah, the former president and chief executive officer of Saudi Aramco, said that PR practitioners wielded tremendous power, but with that power came significant responsibilities.

“At the heart of those responsibilities lies adherence to a strong code of professional ethics,” he said.

“Talk of a ‘moral code’ for corporate communications professionals may sound old-fashioned to some, but I would argue that ethics is the cornerstone of public relations,” Jum’ah said. “Consistent ethical behaviour is indeed the single most important hallmark of a successful PR professional.”

Speakers at the congress also include Malaysia’s former deputy prime minister Anwar Ibrahim; the founder chairman of Burson-Marsteller, Harold Burson; British Public Relations guru and chairman of Chime Communications Lord Tim Bell; former head of Al Jazeera and co-founder of the Sharq Forum, Wadah Khanfar; general manager of Al Arabiya TV, Abdul Rahman Al-Rashed; Roger Fisk, who played a key ‘behind the scenes role’ in the election of US President Barack Obama; and many others.

“A successful communications strategy cannot operate in a vacuum but must be supported by sound policy decisions,” Lord Bell said.

“Reputation depends on what you do, not just what you say,” he said in his keynote address ahead of a panel discussion on ‘Public relations in an age of dialogue: Challenges & opportunities.’ He acknowledged that some of his firm’s clients are controversial. However, he argued that “everybody has the right to representation.”

Underscoring that “how well we conduct our business is what matters,” Lord Bell said there is sometimes a fine line between public relations and propaganda. “Practice good PR, no matter how difficult the circumstances, and you will be okay,” he said. “Practice propaganda and you deserve what you get.”

In the last session, PR pioneer Harold Burson shares his 65 years of industry insight with the delegates.

Burson, a pioneer of modern public relations, told delegates that the best years for the PR industry are yet to come. Burson attributed the positive industry trend to increasing awareness of the value of corporate reputation, especially among CEOs.

Presenting a keynote address on ‘Public relations in perspective’ at a special session, ‘An hour with a living legend,’ Burson delivered a wide range of compelling insights gained from his 65 years of industry leadership.

Stressing the importance of recruiting to the industry what he called, “renaissance people,” Burson said that the best public relations practitioners are “able to deal at the top of the management pyramid, holding their own with the toughest, most-demanding and smartest CEOs.”

Burson, 91, also said that the ongoing decline of print media offered an opportunity for public relations firms to identify and hire talent from the world of journalism. But the industry veteran warned that practitioners must do more to assert themselves in boardrooms, and said that agencies should avoid putting too much store in how digital communications is reshaping the industry.

“The best is yet to come for public relations. Moving forward, demand will further raise the market value of our services,” Burson told the congress delegates.

MAFHUM HADITH RASULULLAH SAW

The Hadith: Shahih al-Bukhari


Book 49. Peacemaking.

Volumn 003, Book 049, Hadith Number 855.

-----------------------------------------
Narated By Sahl bin Sad : There was a dispute amongst the people of the tribe of Bani 'Amr bin 'Auf. The Prophet went to them along with some of his companions in order to make peace between them. The time for the prayer became due but the Prophet did not turn up; Bilal pronounced the Adhan (i.e. call) for the prayer but the Prophet did not turn up, so Bilal went to Abu Bakr and said, "The time for the prayer is due and the Prophet is detained,would you lead the people in the prayer?" Abu Bakr replied, "Yes, you wish." So, Bilal pronounced the Iqama of the prayer and Abu Bakr went ahead (to lead the prayer), but the Prophet came walking among the rows till he joined the first row. The people started clapping and they clapped too much, and Abu Bakr used not to look hither and thither in the prayer, but he turned round and saw the Prophet standing behind him. The Prophet beckoned him with his hand to keep on praying where he was. Abu Bakr raised his hand and praised Allah and then retreated till he came in the (first) row, and the Prophet went ahead and lead the people in the prayer. When the Prophet finished the prayer, he turned towards the people and said, "O people! When something happens to you during the prayer, you start clapping. Really clapping is (permissible) for women only. If something happens to one of you in his prayer, he should say: 'Subhan Allah', (Glorified be Allah), for whoever hears him (saying so) will direct his attention towards him. O Abu Bakr! What prevented you from leading the people in the prayer when I beckoned to
you (to continue)?" Abu Bakr replied, "It did not befit the son of Abu Quhafa to lead the prayer in front of the

RasululLah SAW

Thursday, March 15, 2012

DEBAT ANWAR Vs NAJIB- Saifuddin Berfikiran Terbuka

KUALA LUMPUR, 6 Mac: Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak debat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diperlekehkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifudin Abdullah.



Saifudin memberikan 10 sebab dan alasan kenapa cabaran debat ini perlu diterima oleh Najib demi untuk kebaikan negara ini.


Saifudin berkata demikian dalam tulisannya sebagaimana yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian.


Bekas Pendebat Terbaik Piala Perdana Menteri dalam tahun 1980an ini berkata, debat baik untuk demokrasi.


"Ia peluang untuk mencetuskan idea yang bernas dan mempertahankannya dengan cerdas. Rakyat akan menilai.


"Namun, terdapat mereka yang menolak debat. Tidak mengapa jika tidak ingin berdebat kerana itu pilihan masing-masing, tetapi usahlah menolaknya bulat-bulat," kata beliau dalam tulisan itu.

Malam tadi Buletin Utama TV3 di awal beritanya melaporkan Najib sedia berdebat untuk perkara-perkara kepentingan negara.


Namun di pertengahan siaran berita itu, TV3 memohon maaf kerana yang dimaksudkan Perdana Menteri adalah beliau sedia berbincang bukannya berdebat.


Semalam, firma kajian pendapat Merdeka Centre melaporkan, majoriti anak muda negara ini mahukan debat antara Najib dan Anwar.


Golongan paling tinggi menyokong menurut kajian itu adalah golongan muda yang berumur 21 hingga 30 tahun iaitu sebayak 67 peratus.


Mereka masing-masing mahu melihat kedua-dua tokoh politik tanah air itu mengutarakan 'idea dan dasar' masing-masing kepada rakyat.


Berikut adalah hujjah Saifudin iaitu 10 alasan yang menolak debat dan jawapan terhadapnya sebagaimana yang disiarkan dalam akhbar itu.


Alasan 1: Tiada apa hendak didebatkan.
Jawapan 1: Takkanlah tokoh politik tidak punya idea. Banyak perlu didebatkan, contohnya dalam bidang politik apakah politik baru, transformasi politik, inovasi demokrasi dan pemikiran politik progresif untuk masa depan? Bidang-bidang lain juga ada isu yang wajar didebatkan.


Alasan 2: Tidak perlu debat, ucapan mencukupi.
Jawapan 2: Ramai boleh berucap. Adakalanya teks ucapan disediakan orang lain dan yang menyampaikannya tidak fahampun kandungannya. Kekurangan ucapan ialah idea itu tidak dapat diuji kebenaran dan kekuatannya. Sebaliknya, melalui debat, pendebat bukan sahaja perlu menyampaikannya, tetapi lebih penting lagi perlu mempertahankannya.


Alasan 3: Ia lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
Jawapan 3: Ia menimbulkan keburukan jika tidak dilaksanakan dengan bijaksana. Sebenarnya, ia lebih banyak kebaikan sebab itu ia sebahagian daripada pendekatan dakwah Islamiah, iaitu seperti yang dicatat dalam al-Nahl:125, “...berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik”.


Alasan 4: Ia menyebabkan lawan memanipulasi masalah kita.
Jawapan 4: Pertama, siapa suruh mendebatkan masalah kita? Kedua, memang kerja lawan memanipulasi kita, tidak kira diadakan debat ataupun tidak, dan ketiga, debat adalah gelanggang untuk menunjukkan kebaikan kita.


Alasan 5: Tidak perlu ikut format debat pemilihan Presiden Amerika Syarikat.
Jawapan 5: Siapa kata mesti ikut format itu? Terdapat banyak format debat. Peserta boleh menentukan formatnya.


Alasan 6: Rakyat belum bersedia.
Jawapan 6: Rakyat telah lama bersedia. Rakyat inginkan keterbukaan dan ketelusan, pemimpin yang berilmu dan artikulatif, yang punya pendirian serta pandangan, dan bukannya sekadar pandai mengampu dan meraih undi semata-mata. Soalnya ialah adakah tokoh politik telah bersedia?


Alasan 7: Debat bukanlah jawapan kepada masalah negara. Apa yang penting ialah usaha membangun negara.
Jawapan 7: Siapa kata debat adalah jawapannya? Ia adalah satu daripada jalan terbaik untuk mendapatkan jawapannya.


Alasan 8: Kita perlu pemimpin yang pandai bekerja dan bukannya hanya pandai berdebat.
Jawapan 8: Siapa kata kita hendak pemimpin yang hanya pandai berdebat? Adakah pemimpin yang pandai berdebat tidak pandai bekerja? Adakah pemimpin yang tidak berdebat semestinya pandai bekerja? Pandangan ini adalah pelarian daripada realiti bahawa antara kualiti pemimpin yang baik ialah kebolehannya berhujah. Kerana ia mencerminkan pemikirannya yang rasional dan kritis. Bukankah lebih baik memiliki pemimpin yang pandai kedua-duanya, iaitu berhujah dan bekerja?


Alasan 9: Debat di dewan legislatif memadai.
Jawapan 9: Agenda dewan legislatif mengehadkan peluang untuk debat yang sepatutnya. Lagipun, dunia demokrasi hari ini tidak terhad kepada dewan legislatif semata-mata.


Alasan 10: Debat bukan budaya kita.
Jawapan 10: Kalau begitu, tidak perlulah mengamalkan demokrasi!

HARAP NAJIB JADI KETUA PEMBANGKANG - Bekas ADUN BN, Pekan


PEKAN, 15 Mac: Program ceramah umum Pakatan Rakyat di Kampung Batu 9, Sungai Miang dekat sini malam tadi tercemar dengan gelagat penyokong UMNO yang sengaja membuat provokasi di kawasan terbabit.


Tidak cukup dengan mengadakan program "Penerangan & Ramah Mesra Bersama Masyarakat" dijarak begitu hampir (sekitar 100 meter) daripada lokasi ceramah berkenaan, mereka juga turut mengganggu dan mengejek Mohammad Sabu ketika Timbalan Presiden PAS itu menyampaikan ceramahnya semalam.

Ceramah dimulakan oleh Ustaz Abu Kassim Manaf, Yang DiPertua PAS Kawasan Pekan kemudian diikuti oleh Aspan Alias, bekas Blogger UMNO Negeri Sembilan yang kini menyertai DAP.

Selepas itu barulah mantan Ketua Penerangan UMNO Pekan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis iaitu Datuk Ariff Sabri Abd Aziz (gambar) menyampaikan ceramahnya.

Beliau yang juga dikenali sebagai Blogger Sakmongkol itu banyak menyingkap sejarah lama ketika bersama UMNO sehinggalah beliau membuat keputusan untuk bersama Pakatan Rakyat dengan menyertai DAP.

Dalam kenyataannya, Ariff banyak mengulas tentang perangai dan sikap pemimpin UMNO yang tidak mahu berubah dan gemar mengejar duniawi menjadi punca dia meninggalkan parti itu.

Beliau turut menyelar sikap puak-puak UMNO yang sudah tidak mempunyai idea hingga tergamak menganjurkan program mereka pada malam itu semata-mata untuk menganggu ceramah umum Pakatan Rakyat sebenarnya.

"Inilah kerja mereka sejak dari dulu lagi. Sepuluh tahun lalu UMNO tuduh ceramah PAS mencaci dan menghina .. tapi sekarang tuan-tuan lihat, amalan itu sudah terlekat pula pada diri mereka," kata Ariff Sabri.

Beliau turut menegaskan kenapa orang Melayu terpinggir sedangkan sudah lebih 50 tahun UMNO menjadi pemerintah di negara ini.

Kuasa ada pada orang Melayu, namun kehidupan dan ekonomi bangsa sendiri terus merundum katanya.

Mereka yang kaya raya dan menikmati hasilnya ialah puak-puak pencacai yang proksi serta kroni mereka sendiri.

Inilah yang berlaku sejak sekian lama dan amalan ini sukar untuk dibendung lagi dalam UMNO, lantaran itulah beliau akhirnya kini terpaksa meninggalkan parti tersebut.

Sementara itu, Ariff Sabri juga banyak mendedahkan beberapa penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO selama mereka memerintah termasuk juga dalam isu Felda yang sedang hangat diperkatakan.

Beliau turut mendedahkan bahawa beberapa orang bekas pemimpin UMNO yang bertaraf menteri pun mengakui bahawa jangka hayat parti itu kemungkinan akan berakhir pada PRU-13 ini.

Pakatan rakyat katanya akan menang dan bakal menakluki Putrajaya.

"Saya dimaklumkan, BN akan kehilangan hampir 16 kerusi parlimen di Sarawak dan minima 12 kerusi di Sabah.

"Jika dicampur dengan kelemahan mereka di Semenanjung yang hanya bergantung kepada undi masyarakat Felda dan orang kampung maka harapan untuk melihat BN kecundang pasti akan tercapai.

"Apapun, saya harap Datuk Najib menang di Parlimen Pekan kerana kita nak dia jadi Ketua Pembangkang di parlimen selepas ini," katanya.

Sementara itu Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS dalam kenyataan awalnya menegaskan apa yang berlaku malam tadi adalah kelemahan tindakan pihak polis.

"Kenapa polis tak halang UMNO buat program dekat tempat kita, sedangkan depa tahu Pakatan Rakyat terlebih awal mahu adakan program ceramah di sini. Polis sengaja biarkan suasana jadi huru hara dan kekecohan tercetus.

"Kenapa polis boleh bersikap begini, sedangkan mereka ditugaskan menjaga keselamatan rakyat. Polis hanya mahu jaga UMNO tapi bukan rakyat!. Mereka berpakat dengan UMNO buat program dekat dengan lokasi kita. Depa nak kita jadi marah ... ," kata Mat Sabu.

Dalam pada itu, mengulas lanjut berkenaan kutukan dan cacian yang dibuat oleh penceramah UMNO terhadap beliau, Mat Sabu secara sinis berkata penceramah terbabit tidak akan dibenarkan ceramah jika Pakatan Rakyat memerintah.

"Dok caci saya isu khalwat, isu tu dah selesai di mahkamah. Kenapa dok bising. Ini kerja puak-puak UMNO. Depa dah tak ada isu," kata Mat Sabu lagi.

Beliau turut mengingatkan rakyat, supaya bersiap sedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 bila-bila masa dari sekarang.

Katanya, Pakatan Rakyat kini berpeluang cerah untuk menakluki Putrajaya. ...Harakahdaily.

CUTI RAWATAN


KETUA JAMAAH UMRAH & ZIARAH


ASSALAMU'ALAIKUM SAUDARA-SAUDARI MUSLIMIN, MUSLIMAT YANG DIHORMATI, MULAI 27 HB FEB 2012 KHIDMAT RAWATAN DARUSSYIFA' MENTAKAB AKAN DITUTUP, KERANA SAYA AKAN BERANGKAT KE TANAH SUCI MEKAH MEMBAWA JAMAAH UMRAH BAGI PAKEJ
I MAC - 13 MAC 2012.

DI ATAS SEGALA KESULITAN, SAYA MEMOHON MAAF. MULAI 16 HB MAC 2012 JAM 3.00 PTG RAWATAN AKAN DIBUKA SEPERTI BIASA.
WASSALAM

Thursday, March 1, 2012

PAKEJ UMRAH & ZIARAH 2012


PAKEJ REJAB 1433 H UMRAH & ZIARAH BERSAMA UST ISHAK (M.A)DARUSSYIFA’ MENTAKAB

KUL-JEDDAH-MADINAH-MEKAH (12 HARI)


TARIKH: 24 JUN HINGGA 5 JULAI 2012
PAKEJ PENGINAPAN HOTEL RM5,900

DAFTAR SEKARANG DEPOSIT RM1,000.00

TEL: 017-9238355/014-8305699
Wakil Rasmi Imtiyaz Travel &Tours Sdn. Bhd. (Temerloh, Jerantut & Bera)

Saya dan Jemaah Seramai 46 orang kini berada di Mekah al-Mukaramah




Wednesday, February 29, 2012

Saya harap Dr Badrul Amin tarik balik saman ke atas Dato' Hj Razali TP JAIP.Kedua2 ni dan saya sahabat. Saya yakin TP JAIP ni terdesak dgn tekanan kunco2 politik jahiliyyah...Silapnya dia terus percaya taktik jahat kump20 yg juga didesak oleh kump atau individu lain.Ada orang ke ketiga dan keempat...
Setelah memegang jawatan penting dalam pentadbiran Islam, jagalah amanah Allah dengan ikhlas dan jujur, mendakwa dan menghukum dengan adil.

Ikhlas dari saya
Ust Ishak AR


Monday, February 27, 2012

FATWA TERKINI MENGENAI BAHAN-BAHAN HARAM UNTUK RAWATAN
Dari Fatwa Para Ulama Islam.

1. Apakah hukum menggunakan ubat-ubatan yang bertujuan untuk menghilangkan atau mengurangkan rasa sakit seperti ubat bius, pelali dan sebagainya.Mengambil ubat-ubatan tertentu yang bertujuan untuk memberikan rasa tenang dan kerehatan kepada diri pesakit atau yang bertujuan untuk mengurangkan rasa sakit adalah harus dan tidak berdosa. Ubat-ubatan seperti ini boleh diambil samada sebelum proses rawatan dilakukan atau selepasnya. Walau bagaimana pun, sekiranya ubat-ubatan tersebut termasuk dalam kategori “bahan yang boleh memabukkan serta menghilangkan akal”[seperti arak] maka pengambilannya adalah tidak dibenarkan, iaitu berdasarkan sabda Nabi saw yang bermaksud, “Apa sahaja bahan yang boleh memabukkan maka pengambilannya, walaupun dengan kadar yang sedikit, adalah haram”. Justeru, apa sahaja ubat-ubatan yang tidak memabukkan tetapi dapat memberikan rasa tenang atau mengurangkan rasa sakit maka pengambilannya adalah harus.

2. Hukum menggunakan ubat-ubatan yang dikeluarkan daripada bangkai. Saya adalah seorang farmasis dan saya telah mengenalpasti melalui pengalaman dan kajian saya bahawa terdapat sesetengah syarikat pengeluar ubat yang telah menghasilkan ubat-ubatan mereka daripada binatang-binatang yang tidak disembelih. Adakah penggunaan ubat-ubatan seperti ini dibolehkan?Tidak harus menggunakan bahan-bahan yang termasuk dalam kategori “bangkai” [binatang-binatang yang mati tanpa melalui sembelihan menurut hukum syarak] bagi tujuan rawatan. Ini adalah berdasarkan sabda Nabi saw yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak menjadikan penawar umatku di dalam apa-apa yang diharamkanNya” Imam Ibn al-Qayyim menyatakan, “Berubat dengan bahan-bahan yang haram adalah buruk dan keji menurut pertunjuk akal dan syarak. Adapun “keburukan”nya dari segi syarak maka ianya berdasarkan hadis Nabi saw. Adapun “keburukan”nya dari segi akal maka sesungguhnya Allah hanyasanya mengharamkan sesuatu perkara atau bahan kerana keburukan dan kekejian yang terdapat di dalam bahan-bahan tersebut. Ini adalah kerana Allah tidak mengharamkan ke atas umat Muhammad saw “apa-apa yang baik dan bermanfaat” sebagai suatu hukuman ke atas mereka, iaitu berbeza dengan kaum Bani Israil, di mana terdapat “benda-benda yang baik” yang diharamkan ke atas mereka. Firman Allah yang bermaksud, “Maka disebabkan oleh kezaliman yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi maka Kami mengharamkan ke atas mereka apa-apa yang baik-baik yang telah dihalalkan kepada mereka [sebelum daripada itu]…….” [al-Nisa’, 160]. Justeru, apa sahaja yang diharamkan oleh Allah ke atas umat ini maka pengharaman tersebut adalah ekoran daripada keburukan dan kekejian yang terdapat di dalam bahan-bahan terlarang tersebut. Ini bermakna Allah mengharamkan bahan-bahan tersebut dengan tujuan untuk memelihara umat ini daripada segala bentuk keburukan dan kekejian yang wujud di dalam bahan-bahan yang diharamkanNya. Justeru, adalah tidak munasabah bagi umat ini untuk mencari penawar bagi penyakit melalui bahan-bahan tersebut yang diharamkan. Sekalipun mungkin bahan-bahan haram tersebut didapati mempunyai “kesan” di dalam menghilangkan penyakit fizikal, namun bahan-bahan terlarang tersebut pastinya akan menghasilkan suatu racun yang terlebih besar pada jiwa dan rohani [orang yang mengambilnya] ekoran daripada “keburukan yang nyata yang tersembunyi” di dalamnya. Maka orang yang merawat dirinya dengan menggunakan “bahan-bahan yang terlarang menurut syarak” sebenarnya telah berusaha untuk menghilangkan kesakitan pada badannya [saqam al-badan] dengan mendatang penyakit lain pada jiwa dan hatinya [saqam al-qalb].”

3. Apakah hukum menggunakan ubat-ubatan yang dibuat daripada organ-organ tertentu daripada binatang?Terdapat tiga keadaan yang berkaitan dengan proses membuat ubat-ubatan daripada binatang :1. binatang tersebut adalah daripada binatang-binatang yang halal dimakan dan ianya juga telah disembelih menurut peraturan syarak. Berubat dengan menggunakan binatang seperti ini [organ-organnya dan sebagainya] adalah harus. 2. binatang tersebut adalah daripada binatang-binatang yang halal dimakan tetapi ianya tidak disembelih menurut peraturan syarak. Berubat dengan menggunakan binatang seperti ini [organ-organnya dan sebagainya] adalah haram dan tidak dibenarkan [kerana ianya adalah bangkai]. 3. binatang tersebut adalah daripada binatang-binatang yang tidak halal dimakan [seperti babi, anjing, ular dan lain-lain]. Berubat dengan menggunakan apa-apa elemen dari binatang-binatang seperti ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.Berkata Shaykh al-Islam Imam Ibn Taymiyyah sebagai jawapan kepada persoalan adakah harus mengubati penyakit dengan arak, “…..berubat dengan arak adalah haram berdasarkan nas yang jelas dari Nabi saw dan inilah juga pandangan majoriti ahli ilmu. Telah sabit di dalam sepotong hadis yang sahih di mana bilamana Nabi saw ditanya mengenai arak yang dijadikan ubat maka Baginda saw bersabda, “Sesungguhnya arak itu adalah penyakit dan bukannya ubat”. Dan di dalam hadis sahih yang lain “Nabi saw telah melarang berubat dengan bahan-bahan yang buruk, kotor dan keji”. Dan di dalam hadis yang lain Nabi saw telah ditanya mengenai katak yang ingin dijadikan ubat lalu Baginda saw telah melarang membunuhnya dan bersabda, “Sesungguhnya kuakan seekor katak itu merupakan tasbih [kepada Allah]”. Ingin dijelaskan bahawa menjadikan bahan-bahan terlarang [seperti arak dan babi] ini sebagai ubat tidak boleh disamakan dengan keadaan “seseorang yang terpaksa memakan bangkai bagi menyelamatkan nyawanya”. Ini adalah kerana “terpaksa memakan bangkai [atau meminum arak] bagi menyelamatkan nyawa” adalah suatu keadaan “darurat” yang wajib dilakukan dan tiada pilihan demi menjaga nyawa di mana nyawa diyakini sepenuhnya akan terselamat apabila bangkai tersebut dijamah. Kerana itu barangsiapa yang terpaksa memakan bangkai [demi menyelamatkan nyawanya dari mati kebuluran] dan kemudiannya dia enggan makan sehingga mati maka dia berdosa dan akan masuk neraka. Berbeza dengan keadaan menjadikan bahan-bahan haram sebagai ubat di mana kesembuhan penyakit melalui bahan-bahan haram ini tidak dapat dipastikan [mungkin sembuh dan mungkin tidak], sedangkan Allah berkuasa menyembuhkan hambaNya melalui wasilah dan pendekatan yang berbagai-bagai. Dan begitu juga hokum merawat penyakit [sakit fizikal] adalah tidak wajib menurut jumhur ulama. Justeru, keperluan memakan bangkai atau meneguk arak ketika darurat [bagi menyelamatkan nyawa] tidak boleh disamakan dengan perbuatan “menjadikan bahan-bahan haram sebagai ubat untuk tujuan rawatan”.

Sekian,Salam hormat untuk sahabat2, semoga fatwa ini dapat menambahkan pengetahuan kita sebagai perawat.

Rushdi Ramli, Darul Syifa’.
Dr Badrul Amin nafi sekeras-kerasnya dakwaan beliau ditangkap khalwat 

SAYA menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian. Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.
Dr. Badrulamin Bahronn


Saudara,

Dr Badrul Amin adalah karib saya sejak sama-sama menuntut di England lagi, tetapi setelah beliau meletak jawatan dari UIAM, saya tidak lagi berhubung dengan beliau, Di England, kami sama-sama aktif dalam IIT, UK, sama-sama berdakwah, sama-sama main badminton, bersama dalam program Summer Camp dll. Sejak dulu hingga kini, tiada perubahan pada dirinya, warak, peramah, kuat ibadat, suka menolong orang, tegas dalam jihad perjuangan, komited dengan harakah perjuangan, taat kepada ketua dan bukan kaki maksiat. Tak pernah dangdut (kesukaan sebahagian ahli UMNO), bukan kaki perempuan (kebanyakan ade pada pimpinan UMNO), bukan kaki bodet (itulah kerja kebanyakan ahli UMNO). So, tuduhan khalwat, macam sama juga dgn tuduhan liwat ke atas DSAI. Modus-operandinya hampir sama, Biza kali ini bersekongkol dgn pegawai2 JAIP. Di hati kecil saya, semua ini fitnah dan pembohongan yang nyata dimurkai Allah SWT...fikir2 kan lah.

Bagi JAIP, Allah Maha Mengetahui segala2nya. Siapa YB2  UMNO yg diperedap dan ditangkap khalwat sebelum ini saudara lepaskan dan buang kes...tiada kes untuk mereka.

Komen Ahli Perjuangan Islam Sejati

SEMANGAT YANG HILANG DALAM SANUBARI UMAT MELAYU

 
Cover Photo
Beginilah ruh dan semangat bermuafakat dan gotong royong datuk nenek kita dulu. Rumah pun dipindahkan dgn mengangkatnya beramai-ramai. Satu kampung anak buah membantu.Masih adakah semangat seumpama ini di abad kita ini?


MEMUTUSKAN SILATURRAHIM DOSA BESAR


Tuan Guru Ust Ishak Abdur. Rahman Al-'Alawy
 Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”
Riwayat al-bukhari
Huraian:
Silaturahim bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang telah terbina terhadap saudara, kerabat, teman dan sebagainya.

Membina dan mengeratkan silaturahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah s.a.w amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya:” Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari.”

Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan malah ia membawa erti yang lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya.

Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahului dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.

Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T.

Monday, January 16, 2012

Bicara Tok Guru : Adakah PAS telah melencong dari perjuangan asal?


Datuk, akhir-akhir ini selalu sangat orang memperkatakan bahawa PAS telah melencong daripada perjuangan asalnya. PAS didakwa meninggalkan Islam dan telah tidak lagi memperjuangkan Negara Islam dan berubah kepada Negara Berkebajikan. Ini tidak pernah disebut oleh pemimpin PAS terdahulu. Saya keliru kerana diulang-ulang dan disebut oleh media masa, sedangkan yang menyanggahnya jarang kedengaran. Apa pandangan dan nasihat Datuk kepada orang-orang seperti saya supaya teguh berdiri bersama PAS? Terima kasih Datuk.


Penyokong PAS Tegar, Dungun, Terengganu.

PIHAK yang memperkatakan kononnya PAS telah melencong dan terbabas dari perjuangan asalnya, dengan meninggalkan Islam dan berbagai-bagai lagi, adalah dakwaan media massa yang memusuhi perjuangan PAS.Tugas utama mereka adalah untuk mempromosikan parti pemerintah dan memburuk-burukkan lawannya terutama PAS. Dengan apa mereka hendak memburuk-burukkan PAS?

Itulah kerja media yang tidak senang dengan PAS. Selagi PAS teguh memperjuangan Islam, selama itulah Umno-Barisan Nasional tergugat dan akhir-akhir ini semakin tergugat. Oleh kerana itu mereka berusaha melemahkan PAS dengan apa cara pun.

Sebenarnya PAS tidak melencong atau menyeleweng dan jauh sekali daripada berubah dari Islam kepada yang tidak Islam. Mana mungkin PAS hendak berubah kepada yang tidak Islam.

Bukti yang paling nyata, Perlembagaan PAS yang ada sekarang, jelas tidak ada sebarang perubahan dan tidak pernah ada cadangan untuk berubah.

Perlembagaan PAS, Fasal 1, nama pertubuhan disebut Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pada Perlembagaan PAS, Fasal 3, tujuan PAS ialah:

(i) Memperjuangkan wujudnya dalam negara ini, sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.

Di dalam PAS ada Majlis Syura Ulama, yang di antara tugas utamanya, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan PAS, Fasal 7 (B):

“Mengeluarkan arahan dan perintah, supaya dasar dan ketetapan itu, dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara, supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak di dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan gerakan dan pentadbiran PAS.”

Semua yang saya nyatakan berjalan lancar dan berada dalam keadaan baik, tanpa berlaku penyelewengan dan kelencongan.

Pihak yang menyatakan PAS sudah melencong dan berubah dasar perjuangannya, meninggalkan Islam dan Negara Islam dan bermacam-macam lagi, adalah suatu fitnah jahat yang semata-mata bertujuan memburuk-burukkan pejuang-pejuang Islam, yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam, sepanjang zaman.

PAS tidak berubah dan tidak pernah mengubah dasar-dasar utama perjuangannya. Taktik dan strategi boleh berubah mengikut keperluan.

Apa yang disebut Negara Berkebajikan menggantikan Negara Islam, itu sebenarnya istilah. Maknanya sama dan tidak berubah.

Malah menamakan Negara Islam dengan nama Negara Berkebajikan, tidak bercanggah dengan Islam.

Di dalamn al-Quranul karim tidak terdapat istilah Negara Islam secara jelas dan terang. Yang ada seiras dengannya adalah istilah ‘Baldatun Tayyibah’ sebagaimana firman Allah (mafhumnya): “Sesungguhnya adalah bagi penduduk negeri Saba’, ada suatu tanda kemurahan Allah yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu dua bidang kebun yang luas lagi subur yang terletak di sebelah kanan dan kiri. Lalu dikatakan kepada mereka itu, makanlah daripada rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya dan negeri kamu itu adalah negeri yang Tayyibah (Baik atau berkebajikan) dan Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Pengampun.” (Surah Saba’ ayat 15)

Ketika Presiden PAS membentangkan istilah Negara Berkebajikan dalam muktamar yang lepas (Jun 2011), tidak ada sesiapa pun yang meragui istilah itu dan tiada sesiapa pun yang mempersoalkannya di dalam muktamar.

Biasanya, jika ada sesuatu yang tidak kena, ahli dalam muktamar PAS akan menimbulkan berbagai pandangan, teguran dan bangkangan. Yang ternyata muktamar telah menerima.

Apabila ini berlaku, maka ianya adalah sesuatu selaras dengan perjuangan PAS.Penyebar-penyebar fitnah ke atas pejuangpejuang Islam, bukan perkara baru, malah sejak dari zaman sahabat Rasulullah s.a.w, yang memperjuangkan Islam pada waktu itu, musuh-musuh Islam dari kalangan musyrikin dan munafikin, telah menyebar fitnah yang lebih besar.

Antaranya dahulu, mereka menyatakan, ‘Muhammad adalah ahli sihir, dia gila, pembawa cerita dongeng, pemecah perpaduan umat Arab, dia menyembah berhala (Kaabah).’ Berbagai-bagai lagi fitnah dilemparkan terhadap Nabi s.a.w dan para sahabat baginda.

Oleh yang demikian, anda tidak harus mengendahkan media-media musuh Islam yang memang itu kerja mereka.

PAS sekarang, tetap PAS seperti dahulu, tetap memperjuangkan Islam yang syumul, tanpa menghiraukan kata-kata orang menentang.

Berpandulah kepada hadis Rasulullah s.a.w (mafhumnya): “Akan sentiasa wujud di kalangan umatku segolongan orang-orang yang memperjuangkan Islam yang sebenar, tanpa menghirau celaan orang yang suka mencela, sehingga kemenangan yang nyata, berhasil pada akhirnya.” Wallahua’lam.

Artikel di atas dipetik daripada ruangan Bersama Dato' Haron Din yang disiarkan akhbar Harakah Bil. 1704 (8-11 Safar 1433/2-5 Januari 2012)

Friday, January 6, 2012

PENGUMUMAN DARUSSYIFA' 7 HB JAN 2012

ASSALAMU'ALAIKUM, KEPADA SEMUA BAKAL PENGUNJUNG KE DARUSSYIFA' CAWANGAN MENTAKAB, PAHANG. ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA SAYA UST ISHAK SELAKU PERAWAT DI PUSAT INI AKAN MENGHADIRI SIMPOSIUM PERAWAT DARUSSYIFA' NASIONAL PADA 7 HB JAN 2012 (SABTU) DI BANGI SELANGOR.

OLEH ITU KHIDMAT RAWATAN DITUTUP PADA TARIKH INI. RAWATAN AKAN DIBUKA SEMULA
AHAD JAM 3.00 PTG.

DI ATAS SEGALA KESULITAN SAYA MEMOHON BANYAK MAAF. WASSALAM

Thursday, January 5, 2012

PENGUMUMAN DARUSSYIFA' 5 JANUARI 2012


SESI DENGAR-BICARA/TEMUDUGA PENGAMBILAN KURSUS IJAZAH PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA' SESSI 2012 CAWANGAN MENTAKAB, PAHANG

SALAM KEPADA SEMUA CALON/PESERTA YG TELAH MENDAFTAR PENGAJIAN IJAZAH PERUBATAN ISLAM DARUSSYIFA' SESSI 2012, DIWAJIBKAN HADIR SESI DENGAR-BICARA (TEMUDUGA) PADA 14 JAN 2012(SABTU) MULAI JAM 9.00 PAGI. SESI INI DIADAKAN DI PUSAT RAWATAN DARUSSYFA' MENTAKAB, PAHANG. KEPADA YG BELUM MENDAFTAR JUGA DIJEMPUT HADIR TEMUDUGA TERBUKA....WASSALAM



YANG TELAH MENDAFTAR SURAT RASMI DLM PERJALANAN.

Tuesday, November 29, 2011

KEMUSYKILAN DIJAWAB TUAN GURU DATO' DR HARON DIN

Awasi unsur syirik jika guna kayu koka


Soalan
Apakah dia kayu koka? Betulkah kayu koka ini sejenis kayu yang diperintahkan Allah untuk digunakan Nabi Nuh a.s. membuat kapal dan menyuruh Nabi Musa a.s. mengambil tongkat yang juga diperbuat daripada kayu koka?

Banyak orang sanggup membeli kayu koka dengan harga yang terlalu mahal. Ada yang berbentuk tongkat, tasbih dan batu cincin. Kononnya ia boleh menjadi penghadang daripada jin dan syaitan, menyembuhkan penyakit serta memurahkan rezeki. Apakah ini ada isyarahnya dalam al-Quran atau as-Sunnah?

Abu Bakar Zakaria,
Damansara, Selangor

Jawapan
Saya pernah melihat kayu koka dalam semua bentuk. Pernah dihadiahkan kayu tersebut oleh beberapa orang kepada saya. Malah saya pernah membaca ada sebuah buku yang diterbitkan di Malaysia, disebutkan tentang penggunaan dan kebaikan kayu koka seperti yang saudara sebutkan.

Sepanjang hidup saya, tidak pernah mendengar tentang kayu koka ini, melainkan sejak dua tiga tahun kebelakangan ini.

Ada pelajar yang pulang dari Jordan, bertemu saya dan memperkenalkan kayu koka. Beliau berhasrat menjualnya kepada saya kerana dia mengatakan sayalah orang yang paling layak memakai atau menggunakan kayu koka.

Saya berbincang panjang dengan beliau, malah saya menasihatkan beliau mencari profesyen lain daripada menjual kayu koka.

Persoalan ini lama kelamaan semakin timbul. Saya melihat orang memakai cincin yang batunya diperbuat daripada kayu koka. Kebetulan saya dapati bukan kayu sebenarnya, tetapi ia buah yang terlalu keras.

Oleh kerana tampung buah itu terlalu keras, maka daripadanya diperbuat pelbagai bentuk atas nama kayu koka. Ada juga yang saya jumpa ia diperbuat daripada kayu betul.

Pada saya, semua yang dikaitkan dengan kuasa makhluk-makhluk 'madi' seperti kayu, batu dan sebagainya yang dikaitkan dengan memberi bekas, kecelakaan atau kemanfaatan, inilah yang dilarang oleh Islam.

Ini termasuk dalam larangan Rasulullah s.a.w. dalam Sabdanya (mafhumnya); "Sesungguhnya jampi mentara yang mengandungi kesyirikan kepada Allah SWT dan semua jenis tangkal, ilmu pengasih yang menggunakan sihir, semuanya adalah syirik terhadap Allah SWT." (Hadis sahih)

Kalau sekadar perhiasan, yang semata-mata perhiasan, seperti membuat batu cincin atau gelang, yang tidak dikaitkan dengan sebarang kemudaratan atau kebaikan daripadanya, boleh digunakan.

Seperti kita menggunakan batu permata, emas dan perak, semata-mata untuk perhiasan, adalah diharuskan.

Oleh kerana penggunaan kayu koka ini sudah menjadi suatu profesyen kepada penjual atau penggunanya terpukau dengan penjelasan yang menarik, maka banyak orang yang tertipu dengan penerangan, lalu membelinya.

Jika berlaku kebetulan, seorang yang sempit rezekinya, memakai kayu ini, murah rezekinya. Jika dikaitkan rezeki yang murah berpunca dari kayu tersebut, jelas berlaku syirik terhadap Allah.

Tidak boleh ada kuasa lain yang memberi rezeki kepada makhluk melainkan Allah sahaja.
Banyak ayat al-Quran yang menyebut bahawa Allahlah pemberi rezeki yang sebenarnya.

Kayu koka mungkin ada khasiat khusus dalam perubatan termasuk dalam jenis herba. Jika ia merupakan herba, dilarutkan atau dimasukkan dalam apa-apa adunan, yang mungkin sesuai mengubati penyakit tertentu, itu termasuk dalam salah satu bentuk rawatan penyakit.

Itu pun salah satu yang diharuskan kerana ada dalam hadis-hadis Nabi s.a.w. yang merujuk rawatan penyakit secara memakan ubat.

Nabi s.a.w. pernah menyebut tentang madu lebah, bijirin hitam (Habbatus Saudak), jintan hitam, jenis tanaman seperti 'assina' dan 'assinut'. Dalam al-Quran disebut 'at-tiin', 'az-zaytun', 'ar-rummaan', 'an-nahiil' dan sebagainya yang merujuk kepada buah-buahan.

Ini termasuk dalam kajian-kajian untuk dijadikan ubat bagi menyembuhkan penyakit tertentu.

Persoalan saya tentang pengguna kayu kota atau apa sahaja kayu, mengapa orang yang memiliki kayu itu tidak menggunakan untuk faedah dirinya dan menjualkannya kepada orang lain.

Barangkali orang tersebut tidak begitu yakin dengan apa yang didakwanya manfaat kepada pengguna kayu koka, sehingga menjualnya dengan harga yang tinggi untuk mendapat faedah kewangan.

Saya amat meragui perkara menggunakan kayu ini, terutama untuk menjadi penghadang kepada jin, syaitan dan sebagainya.

Apa yang saya tahu, jin dan syaitan akan takut dan lari lintang pukang jika dibacakan ayat-ayat al-Quran ataupun zikir kepada Allah SWT.

Dalam suatu hadis disebut, Rasulullah s.a.w. pernah melintasi rumah-rumah sahabat di waktu dinihari. Baginda mendapati Umar al-Khattab r.a. membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah dengan suara yang amat lantang.

Keesokan harinya Nabi s.a.w. bertemu Umar dan berkata kepadanya, "Aku melintasi rumahmu dan aku mendengar kamu membaca al-Quran dan berzikir dengan suara yang amat nyaring, mengapa kamu buat demikian."

Umar menjawab; "Saya berbuat demikian untuk menghalau segala syaitan yang menganggu saya." Lalu Nabi berkata kepadanya, "Perlahankan sedikit."

Wallahua'lam.

Saturday, November 26, 2011

Aziz Bari: Menteri bias, saya sedia muncul di pentas Umno

KUALA LUMPUR, 6 Nov — Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan Menteri Pengajian Tinggi seolah-olah bertindak bias sambil menegaskan, beliau juga sanggup untuk muncul di pentas Umno jika parti itu bersedia mendengar pandangannya.

Malah tegas Aziz, apa yang diperkatakan beliau selama ini masih “dalam kerangka dan idea” yang sering dibawa timbalannya Datuk Saifuddin Abdullah, yang mengetengahkan pandangan progresif berkenaan pembaharuan politik tetapi tidak diterima banyak pihak dalam Umno sendiri.

Dalam satu kenyataan semalam, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menasihatkan Aziz (gambar) meletakkan jawatan sebagai ahli akademik jika benar-benar mahu bercakap di atas pentas politik.

Khaled berkata, Aziz, yang sedang disiasat oleh tiga pihak termasuk UIA sendiri, tidak perlu menunggu tindakan universiti tersebut.

Tambah Khaled, universiti adalah institusi yang mengutamakan pencapaian akademik dan perlu berada dalam keadaan neutral demi mencapai matlamat menjayakan bidang pendidikan.

Sehubungan itu, Aziz menyoal apa sikap menteri berkenaan dalam kes-kes ada profesor yang menyediakan ucapan dasar presiden Umno.

“Apa sikap menteri ke atas profesor yang secara terbuka menuduh DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) meliwat? Apa sikap menteri kepada profesor yang menjadi penceramah BTN (Biro Tata Negara) dan Islam Hadhari yang kesemuanya adalah dasar dan politik Umno,” kata Aziz dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.

Malah Aziz juga berkata, “tidakkah Umno memberi beberapa orang profesor anugerah parti, tidakkah itu bermakna telah mempolitikkan akademik?”

Tambah Aziz, beliau hanya bercakap mengenai dasar-dasar dan politik yang selaras dengan ideal dan tuntutan Perlembagaan Persekutuan.

“Kalau ini dituduh berpolitik, saya fikir kita buang saja Perlembagaan ini dan jadikan negara ini negara diktator atau negara satu parti,” kata pakar perlembagaan ini sambil menegaskan, “saya fikir apa yang saya lakukan masih dalam kerangka dan idea yang sering dibawa oleh timbalan Khaled.”

Aziz menambah, Saifuddin yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno sudah lama membawa idea seumpama.

Dengan merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan awal minggu lalu dalam kes bekas pelajar berkaitan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, Aziz berkata, beliau fikir Khaled sedia mengetahui bahawa di sisi undang-undang berpolitik, sebagaimana yang diputuskan oleh mahkamah pada 31 Oktober lalu, dibenarkan dan peruntukan AUKU yang melarang diisytihar tidak sah.

“Kalau mahasiswa boleh berpolitik, takkan pensyarah tidak?” katanya lagi.
Aziz juga berkata, beliau bukan berpolitik secara aktif, sebaliknya hanya memberi pendapat yang kebetulan ada orang mahu dengar dan bersedia untuk muncul di pentas Umno jika sanggup mengaturkan kemudahan sedemikian.

“Saya alu-alukan jika orang Umno mahu dengar,” katanya lagi.

“Walaupun menteri tidak setuju dengan apa yang saya dan mungkin timbalannya Saifuddin, saya rasa apa yang saya kata dibenarkan oleh Perlembagaan dan tidak menyalahi Akta Hasutan,” kata Aziz lagi.

Dalam kenyataannya semalam, Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang menambah, beliau sedar Aziz memasuki kawasannya dan menyampaikan ceramah di Taman Saujana dekat Johor Baru kelmarin, tetapi yakin penduduk tidak akan termakan dengan perkara yang disampaikan.

Aziz pula menjawab, “saya pun tidak tahu itu adalah kawasan Khaled.”

Aziz berucap pada ceramah anjuran Parti Keadilan Rakyat, komponen Pakatan Rakyat.
Ia bukan kali pertama Aziz menghadiri ceramah dan forum anjuran parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan.

Saturday, November 19, 2011

Khasiat Air Kelapa

Air kelapa ternyata lebih bernutrisi sepertimana susu penuh (whole milk) karena tidak mengandung kolesterol dan rendah lemak Air kelapa dapat memperbaiki sirkulasi darah dan dikenal mampu membersihkan saluran pencernaan. Air kelapa tidak hanya akan membuat sistem kekebalan tubuh Anda lebih baik, tetapi juga membantu tubuh melawan beberapa jenis virus penyebab penyakit. Jika anda mengidap penyakit batu ginjal (buah pinggang), biasakanlah meminum air kelapa secara rutin. Kebiasaan meminum air kelapa akan mambantu memecah batu ginjal dan memudahkan mereka keluar dari tubuh. Air kelapa juga dikenal sejak dahulu dapat menyembuhkan gangguan saluran kencing. Segelas air kelapa akan meredakan rasa sakit akibat susah kencing.


Jika Anda masih merasa pusing atau pening karena mabuk, biasnya anda boleh mengatasinya dengan meminum air kepala. • Air kelapa yang rasanya lembut sangat kaya akan elektrolit dan potassium . Potassium dapat membantu tubuh mengatur tekanan darah dan fungsi organ jantung.

• Air kelapa dapat mempercepat naiknya trombosite bagi penderita DBD dan menurunkan demam (trombosit turun karena dipakai untuk mencegah pendarahan, karena demam yang kronik mengakibatkan kepekatan darah,dan pori”pembuluh darah membesar).

Selain diminum fresh, ia boleh dicampuran herba tertentu (ini khas untuk pesakit ketagihan dadah, alcohol, rokok dsb) , juga tanpa dibakar atau kelapa muda panggang (ini untuk kesegaran tubuh).



 
 

Friday, November 18, 2011

Apa Jadi Felda?

CEO FELDA GLOBAL VENTURES, DATO SABRI AHMAD DAHULU BENCIKAN CAMPUR TANGAN POLITIK, KINI JILAT LUDAHNYA KEMBALI

logo_feldaDari sumber-sumber yang rapat dengan Dato Sabri Ahmad, CEO Felda Global Ventures, berasa hairan dengan perubahan sikap Dato Sabri Ahmad yang begitu taksub dengan pengerusi lantikan politik Felda iaitu Tan Sri Isa Samad.Sabri dahulu pernah mengeluh bahawa skandal kerugian Golden Hope Plantation bernilai RM120 juta dibawah tanggungjawab beliau sepatutnya diletakkan atas bahu orang lain dan bukan dirinya sahaja. Sabri Ahmad juga pernah menyumpah seranah Tun Musa Hitam, Pengerusi Sime Darby dan Sabri begitu tegas dengan pendirian beliau bahawa orang politik tidak patut masuk campur dalam urusan tadbir korporat dan penjawat awam. “Saya hairan dengan pendirian 360 darjah Dato Sabri Ahmad dalam isu terbaru Felda iaitu isu penyenaraian dan rampasan kuasa pengerusi koperasi Felda . Dahulu Dato Sabri berkata beliau menerima paksaan meletak jawatan di Sime Darby atas dasar prinsip beliau yang benci campur tangan politik. Namun jelas beliau boleh dibeli kali ini dan pastinya gaji, elaun dan ‘remuneration’ diterima dari Felda Global Ventures terlalu bernilai untuk dilepaskan dan mungkin juga ada bahagian untuknya apabila Felda Global Ventures disenaraikan kelak. Beliau pun dah tua, lebih kurang sebaya saya dekat 65 tahun, tak larat nak ada prinsip lagi agaknya, takkan nak berhenti kerja dan cari kerja lagi. Baik beliau sapu dulu duit Felda, di Felda pun kalau tak salah Dato Sabri (berstatus) kontrak sahajakan?”
Seorang lagi sumber menyampuk bahawa “Jangan lupa kawan-kawan bila sudah kaya ya Dato? Dahulu dalam usaha kami menyelamatkan karier Dato Sabri, kami pernah buat Solat Hajat di Masjid Syakirin KLCC supaya Tun Musa Hitam jatuh dan kami turut mendapatkan bantuan Pakatan Rakyat. Tak lama kemudian Dato Sabri dilantik jadi Pengerusi MPOB, hal itu reda sementara sehinggalah sekali lagi beliau diganggu ahli politik UMNO supaya bersedia melepaskan jawatan tersebut kepada MP Johor Bahru, Shahrir Samad. Memang betul-betul meluap kemarahan beliau kepada orang UMNO. Ayat bencikan orang UMNO dan campur tangan UMNO memang bermain di bibirnya sehinggalah beliau dilantik sebagai CEO Felda Global Ventures. Kini beliau bagai menjilat ludahnya kembali tapi kalau itu boleh buat beliau kaya raya, apa salahnya. Kawan-kawan boleh tumpang senang dan apabila Felda telah disenaraikan, masyarakat luar seperti kami boleh masuk merebut peluang saham, menjadi lembaga pengarah dan menguasai perniagaan dalam Felda yang selama ini untuk orang Felda sahaja. Dato Sabri mesti bagi kawan-kawan satu industri plantation yang berniaga seperti kami masuk dalam Felda, takkan beliau tak ingat kawan-kawan” kata sumber itu lagi sambil tersenyum.

Wednesday, November 9, 2011

Mufti terkejut PM, Rosmah selesai tunai ibadah haji
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 November. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah.

“Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.

Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.

Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.

“Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.

“Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” katanya lagi.