Sunday, April 19, 2015

Bagaimana Menangani Santau?


sekadar gambar hiasan

APA ITU SANTAU?

la rangkaian dari 3 perkara: Ramuan, Sihir dan Makhluk halus. Asal Santau: Seperti yang diterangkan secara lisan, ia biasa berlaku di bahagian negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Malaysia, Filipina dan lain-lain. Termasuk juga di bahagian selatan negara China. Dan ia tidak diamalkan oleh masyarakat Arab ,Timur tengah, Afrika dan lain-lain. Masyarakat sedemikian mereka lebih menggunakan kaedah sihir yang lain.

Biasanya dahulu di bahagian daerah Sumatra, Indonesia, Santau biasa digunakan seperti alat permainan masyarakat di sana. Di mana dalam sesebuah kampung jika ada seorang yang gagah perkasa atau yang mempunyai sesuatu bidang ilmu yang tinggi seperti ilmu agama dan lain-lain, para penyantau suka mencuba atau hendak menguji sejauh mana kehandalan atau kebolehan mangsa-mangsa. Bagi orang yang mempunyai ilmu kebal (yang dikatakan gagah perkasa)  seperti pahlawan dan sukar untuk ditandingi oleh orang biasa, lazimnya tubuh badan mereka atau kekebalan mereka akan kalah dengan santau. Wallahu alam.

JENIS-JENIS SANTAU
Santau terdiri daripada beberapa jenis. Sebahagian darinya :

1) Santau Angin : Cara ia disebarkan melalui angin. Pembawa santau ini akan membawa santau mereka berjalan dikhalayak ramai, santau ini akan mengikut arus angin dari pembawa (arus angin dari belakang ke hadapan pembawa) dan mengenakan mangsa yang berdiri berhadapan (face to face) dengan pembawa. Sekiranya mangsa membelakangi pembawa santau, insyAllah tidak akan terkena santau tersebut.

Untuk santau angin biasanya, amat bahaya jika ramai orang yang berhadapan (face directly ) dengan pembawa santau ini kebanyakannya semua akan terkena termasuklah haiwan. Nauzubillah. Hanya insan yang beramal soleh dan mengamalkan doa pelindung diri, yang mana Allah hendak melindunginya,lnsyAllah akan dilindungi oleh Allah Ta'ala.

Bagaimana santau ini dibawa? Pembawa santau ini akan membawa santau ini melalui celah kuku tangan mereka. Di kediaman, pembuat santau akan memasukkan dahulu jejari tangan mereka ke dalam bekas simpan santau untuk memasukkan santau ke dalam celah-celah kuku mereka sebelum mereka membuangnya di khalayak ramai. Kapasiti bagi jentikan 1 Jari : 20 mangsa, kalau 10 jari dah ada 200 mangsa. Nauzubillah.

Dengan melalui arus angin dan memasukkan santau ke dalam jejari tangan, biasanya pembawa santau ini akan menyebarkan atau membuang santau mereka ini dengan kaedah menjentik-jentik jejari mereka di kawasan umum atau bila mereka ketawa, mereka akan membuka seluas-luasnya mulut mereka sampai boleh terlihat lelangit & bahagian tekak mereka, itu juga adalah salah satu cara mereka mengenakan santau. Tempat biasa untuk sebaran atau dibuang santau seperti di pasar tani, pasar malam, restoran, majlis kenduri dan sebagainya. Wallahu alam

2) Santau Tuju : Ditujukan kepada seseorang. Biasanya jika terkena pada orang yang dituju memang akan terkena (dengan izin Allah), insyaAllah jika dapat dielak ia akan terkena pada orang yang rapat dengan mangsa. Wallahu'alam. 

Penyantau tujukan santau tersebut dengan mengambil pakaian mangsa iaitu dengan mengetahui tarikh lahir mangsa. Contohnya, dari situ penyantau akan membuat kira-kira di mana mereka akan mencari kelemahan mangsa dalam 1 minggu ada 7 hari, jadi dalam 7 hari salah satu hari akan ada kelemahan berdasarkan dari tarikh lahir. Bila penyantau sudah dapat mengesan kelemahan mereka, penyantau akan menggunakan hari kelemahan mangsa tersebut untuk menyerang.

3) Santau Makan & Minum : Ia dimasukkan ke dalam makanan dan minuman. Biasanya jika mangsa selalu mengamalkan amalan pendinding diri dengan izin Allah Ta'ala, dapat mengesan santau tersebut contohnya apabila mangsa hendak memegang cawan atau gelas yang berisi air sejuk dan sebagainya, air tersebut jadi macam menggelegak, gelas yang dipegang meletup atau pecah dan boleh dilihat dalam makanan tersebut mempunyai rambut-rambut yang halus (seperti rambut orang lelaki yang baru gunting rambut), serpihan-serpihan kaca berkilat dalam pinggan. Wallahu alam. Tempat biasanya dalam jamuan kenduri kendara atau kedai makan dan sebagainya.

4) Santau Langkah : Biasa berlaku di tempat kerja (office). Di mana orang yang mempunyai hasad dengki dan sebagainya akan menaburkan bahan-bahan santau ini di pintu sambil menyebut 1 menujukan santau tersebut kepada mangsa yg hendak dituju.. Ada juga santau yang dimasukkan ke dalam perigi dan lain-lain. Ia untuk ditujukan kepada seseorang dan terdapat pelbagai kaedah cara untuk pembuat 1 penganiaya ini melakukan santau. Tapi santau hanya akan kena pada mangsa melalui masuk dalam mulut (makan, minum, angin ) , pijak langkah .... Wallahu alam ...

Santau ini boleh dijual beli, contohnya pembuat santau ini akan menternak santau ini secara komersial dan akan menjual kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya atau pembeli boleh mengupah penyantau untuk menyantau mangsa. Pembeli juga boleh hanya membeli santau saja dan belajar dari penternak bagaimana nak menyantau orang, walau budak umur 12 tahun pun boleh belajar .... Nauzubillah ...

Santau ini ada gred tersendiri, jika gred yang tinggi kesan pada mangsa seperti muntah darah yang banyak dan kritikal dan berkemungkinan membawa maut, dan ada yang gred rendah tapi kesan untuk jangka panjang ialah mangsa akan mempunyai masalah kesihatan seperti sakit asma, kanser,gatal-gatal yang sukar diubati, dan sebagainya. Dan menyebabkan terjadinya SAKA, sebab jin-jin & syaitan-syaitan yang berada dalam santau masuk ke dalam badan mangsa akan cepat membiak, nisbah bagi manusia melahirkan anak 1 orang = 1 bayi, tapi jin dan syaitan: seekor jin = 9 anak jin dan syaitan. Jenis mangsa : orang yang kuat beramal soleh (good muslim), orang yang mempunyai kelebihan dan baik.

Kenapa syaitan atau jin tidak mengganggu orang-orang kafir atau orang-orang yang tidak
mengikut perintah Allah Ta'ala? Syaitan atau jin tidak akan menyusahkan mengganggu merosakkan sebangsa dengan mereka, jadi makhluk-makhluk ini tidak akan menyakiti atau mengganggu manusia yang sudah buat maksiat atau tidak bermoral kerana mereka  memang dah dihanyutkanoleh makhluk-makhluk ini dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah Ta'ala. Cuba pergi disko ada tak orang kena santau kat situ ... jawapannya, tiada .... cuba pergi ke masjid ada tak orang kena santau kat situ jawapannya ada. Ada orang-orang yang kuat beramal pergi masjid jalankan perintah Allah , itulah musuh syaitan, jin wal iblis laknatullah ....

TUJUAN SANTAU DIBUAT

1) Amalan diri: Pembuat atau penyebar santau biasanya hendak mengetahui sejauh mana kehebatan ilmu santau mereka lalu membuat praktikal

2) Pertahankan diri : Kalau zaman dahulu, kalau sesebuah negeri kalah dalam peperangan jadi nak balas balik guna santau, kalau sekarang ada segelintir dari kalangan wanita-wanita yang jahil atau lelaki-lelaki yang jahiliyah menggunakan santau untuk mempertahankan hak-hak kepentingan diri sendiri

3) Membalas dendam, dan untuk kebanggaan supaya dihormati atau ditakuti.

RAMUAN SANTAU

1) Air ulat sintuk (ulat gonggok yg berwarna kehitam-hitaman)
2) Segala jenis miang seperti miang buluh, miang jagung
3) Sumbu pelita minyak tanah (habuknya),  
4) Hempedu katak puru (biasanya digunakan di kedah atau perlis - katak puru yang diambil dari atas pokok daun keladi yang layu yang terletak di sawah padi)
5) Kaca dari botol-botol kaca atau kaca lampu (ditumbuk dan diayak dan diambil serbuk kaca yang halus)
6) Kuku (dari manusia atau haiwan, dan sebagainya)
7) Rambut
8) Tali sabut (direndam selama 44 hari kemudian diracik halus-halus)
9) Kacang babi (Wallahu alam tak tau rupa bentuknya tapi org Asli - Aborigines people - yang tahu sebab mereka cari dalam hutan

Bahan ini kalau terkena di kulit gatalnya, Nauzubillah, ada sampai terpaksa kena potong salah satu anggota badan yang terkena. Tembikar yang lama dan benda-benda yang kotor yang banyak jangkitan bakteria, tulang haiwan yang mati berangan seperti kokang (mati tergantung), beruang yang mana haiwan-haiwan tersebut mati yang menyeksa terseksa diri - biasanya jin yang tertempek pada haiwan-haiwan sedemikian yang digunakan ialah jenis Hantu Raya class A. Barang-barang yang gatal-gatal, sabut pada batang pokok enau, lipas dan lain-lain. Kadang-kadang, ada juga yang menggunakan kaedah santau ular, labah-labah,(menggunakan haiwan yang berbisa) dan lain-lain. Ia (bahan yang dibuat dari kulit, tulang, bisa)  akan dihancurkan dan dibuat ramuan untuk santau.  

FUNGSI SANTAU

Untuk menyeksa hidup dan membunuh mangsa.

BAGAIMAN SANTAU DIBUAT & DIPROSES

1) Pembuat santau akan mengumpulkan segala bahan-bahan yang hendak dibuat santau  

2) kemudian bila semua ramuan dah cukup, pembuat santau akan mencari suatu hari dalam bulan gelap betul-betul gelap (kalendar melayu kalendar islam ) dan mereka akan membawa bahan santau ini ke simpang tiga yang tak ada orang lalu lalang  (simpang yang menuju ke hutan) di tengah malam tanpa membawa rakan hanya seorang diri

3) Kemudian mereka akan memulakan bacaan mentera jampi serapah mengikut bahasa masing-masing sambil menutup bekas santau itu dengan sehelai kain. 

4) Cara bahan santau itu aktif ketika mana pembuat santau tu membaca mentera kain yang menutup bekas santau tu naik ke udara kemudian keluar suara (jin, syaitan, iblis laknatullah) bercakap 'aku ikut perintah kamu' itu bermakna ramuan santau itu sudah jadi (apabila bahan santau  'menjadi' ia membiak macam yeast - cepat membiak walau kalau dah masuk dalam tubuh mangsa pun cepat membiak macam virus). Tapi sekiranya bahan santau itu tak jadi maka pembuat santau  ini akan menunggu hari gelap yang lain untuk mengulangi ritual yang sama sampai menjadi.

5) Apabila bahan santau ni diaktifkan ia akan disimpan dalam bekas tabung contohnya zaman dahulu ia disimpan dalam batang buluh kecil dan digantung pada para di dapur. Kalau zaman sekarang Wallahu alam mungkin dalam balang atau sebagainya. 

6) Jadi, dalam 3 atau 4 bulan sekali pembuat santau ini akan memeriksa bekas santau itu samada penuh atau tidak, jika dah penuh dan melimpah terpaksa lah pembuat santau ini membuang santau ni dengan cara yang diterangkan sebelum ni samada pada khalayak ramai atau sebagainya. Jika tiada pilihan dan tak sempat nak buang ia akan memakan tuannya sendiri (samada pembuat terpaksa memberi makan atau minum pada ahli keluarga atau memakan diri sendiri). Boleh tak santau ini dibuang? Jawapannya boleh.

TANDA TERKENA SANTAU

1) Batuk yang berterusan  walaupun makan ubat hospital pun tak baik-baik dan gejala batuk pada waktu-waktu tertentu seperti maghrib, pagi, tengah malam, nak subuh, ada yang 24 jam (macam batuk anjing)
2) Muntah darah
3) Rasa tercucuk-cucuk dalam badan seperti ada jarum (di bahagian dada, sendi-sendi badan, peha, dan kaki), 
4) Demam panas
5) Sakit kepala
6) Lenguh atau lemah sendi dan anggota badan
7) Tiada selera makan ( kesannya jadi badan susut dan bila cuba nak makan rasa nak muntah)
8) Susah nak tidur malam
9) Kerap mengantuk di siang hari
10) Gatal-gatal badan
11) Pemarah (sifat yang dibangkitkan oleh jin, syaitan, iblis)
12) Pelupa
13) Resdung
14) Barah
15) Kayap
16) Lumpuh ( yang menyerang buah pinggang) dan ada yang sampai buat putus urat jantung, serta jadi gila
17) Lemah tenaga batin
18) Kudis (biasanya ramuan santau ini boleh didapati dari kepulauan Borneo), 
19) Penyedih
20) Penakut
21) Pembenci
22) Pemalas
23) Fikiran tidak tenteram (sehingga tidak boleh membuat keputusan dengan tepat dan hilang keyakinan diri
24) Suka bersendirian (tidak suka bergaul dengan orang ramai)
25) Sakit perut dan sakit belakang.

KESAN DARl TERKENA SANTAU:

1) Merosakkan rohani dan jasmani (rasa tidak tenteram), 
2) Merosakkan rumah tangga, 
3) Merosakkan organ dalaman, 
4) Merosakkan fikiran dan maut. 

Tanda fizikal mangsa santau: warna kebiru-biruan (biru kundang) di kuku tangan dan kaki, bibir, kelopak mata dan ada yang tahap kritikal menjadikan paru-paru dan jantung bermasalah dan berlubang.  

Tidak ada perawat dapat memastikan dengan tepat berapa lama tahap santau sudah berada dalam badan pesakit tetapi berdasarkan pengalaman perawat santau, jika hanya bahagian dada saja berkemungkinan santau tersebut baru masuk mungkin tidak kurang dari satu atau dua minggu, kalau sudah sampai ke pinggang berkemungkinan sudah masuk dalam sebulan atau beberapa bulan ,kerana bila bahan santau dapat dikeluarkan dari badan pesakit dapat dilihat bahan tersebut masih baru dan bila dah sampai ke kaki berkemungkinan sudah beberapa tahun. Kalau yang dah lama bertapak, apabila keluar mungkin santau itu sudah menjadi hitam. Wallahu'alam.

Jika pesakit santau menggunakan X-ray, ia tak dapat dikesan tetapi jika pesakit itu terkena santau biasanya hasil filem x-ray tersebut di bahagian paru-paru akan menjadi gelap dan doktor gagal mengesan puncanya. Santau ini bila dah masuk ke dalam tubuh mangsa melalui mulut atau sebagainya, seperti yang diterangkan sebelumnya ia akan menjadi racun masuk ke pembuluh darah seperti bagaimana masuknya gangguan jin dan syaitan termasuk sihir dan menyerap ke seluruh badan dan terus ke otak dan ada kesan santau  menjadikan anggota badan seperti lidah menjadi pendek membuatkan mangsa tidak boleh bercakap, mulut menjadi herot, dan tangan menjadi merengkot.


IKHTIAR RAWATAN DAN PENAWAR SANTAU:

Terdapat pelbagai kaedah digunakan untuk merawat sakit santau antaranya adalah:

Ubat Dalaman

Dengan cara menggunakan ramuan herba dan madu untuk di buat minum dan makan.
- Minum:
Bahan:
- gula batu sebesar ibu jari tangan,
 -daun dukung anak secekak bersama dengan akar sekali , bagi pokok ini terdapat dua jenis:

1) Berwarna merah - ini jenis pokok jantan daunnya bercabang dan rasanya pahit.
2) Berwarna hijau- jenis pokok betina (dari jenis ini diambil untuk dibuat ubat), antara khasiatnya: penawar racun, ubat batuk, sakit kuning, memperbaiki selera
makan, merawat masalah lemah tenaga batin, darah tinggi, meningkatkan kekuatan jasmani.e, - daun pengaga secekak dengan akarnya sekali (gunakan pengaga kampung yang jenis kecil-kecil bukan pengaga jepun daun yang bulat lebar pegaga batas.), 
- batang tebu 3 ruas dibuang kulit dan ambil isinya dipotong kecil ( paling baik guna tebu hitam atau merah tapi kalau tiada boleh guna tebu biasa). 
Semua bahan tersebut direbus dalam periuk dengan menggunakan 4 gelas air,apabila air rebusan sudah tinggal dalam lebih kurang 2 gelas bolehlah dimatikan api dapur dan dibuat minum, minum masa ia masih suam panas. Kemudian tambah lagi gula batu dan air 4 gelas ke dalam bahan rebusan tadi untuk direbus kali kedua. Air rebusan ini perlu diminum berterusan sehingga badan sembuh. Antara khasiat meminum air rebusan ini ialah dapat mencuci darah dan dapat kecutkan organ-organ dalaman yang luka terutama bagi perempuan yang lepas bersalin. Air rebusan ini adalah bagi orang yang tidak ada penyakit kencing manis.

- Makan
Bahan :
- Madu lebah 3 sudu (elok madu lebah tualang),
- beras pulut 3 suku cawan yang dibasuh dan dikeringkan dan ditumbuk,
 - halia muda 3 sudu yang diracik halus dan dipotong dadu, 
- gula pasir 2  sudu. 

Cara: semua bahan di campur dan kacau sebati. Dan dimakan sesudu sejam sekali hingga habis.Jika tidak suka makan madu lebah boleh kurangkan sedikit madu lebah tersebut dalam ramuan. la boleh disimpan di dalam peti sejuk.Buat sehingga 7 kali. Ramuan ini tidak digalakkan untuk pesakit yang menghidap menyakit asma atau lelah kerana ia menggunakan beras pulut. Bagi pesakit yang mempunyai masalah sakit resdung berkemungkinan apabila memakan ramuan ini akan keluar jerawat disebabkan beras pulut juga.

Untuk Penahan Sakit

Bahan:
 -Kelapa muda (apa saja jenis yang hijau) jangan gunakan kelapa gading atau kuning kerana dalam alam ghaib, seperti pokok ciku, pokok buluh kuning adalah tempat tinggal makhluk halus, ini berdasarkan daripada pengalaman perawat-perawat Islam. 
- air,
- sirih, gambir, kapur makan dan buah pinang muda (ambil isi putihnya) bagi  biji pinang
 -sekapur, akar pinang, dan akar pisang kelat secekak. Kesemua ramuan ini direbus dan dibuat minum sebanyak 3 kali. Antara doa-doa yang dibaca untuk rebusan ini ialah :

- surah al lahab, al-masadd ayat 1: - apabila sampai bacaan pada akhir ayat ...' tab': disitu niatkan - Ya Allah berhentikan darah yg keluar dari mulut si polan bin polan, sambil letakkan tapak tangan di bawah halkum pesakit. Kalau yang berak berdarah letakkan tangan dibahagian pinggul pesakit (niat pun sama cuma tukar bahagian dubur). Tetapi jika pesakit tidak mahu disentuh tidak mengapa, cuma bacakan pada bahan ramuan saja.
 - surah yassin ayat 38: sama juga jika sampai ayat dzhalika "tak" ... dalam hati niat seperti dalam surah al lahab dan almasad.
 - surah hud ayat 44. 

Sakit Dada

Bahan:
- jintan putih 1/2camca,
 - jintan manis 1/2camca, kayu manis 2 jari, dan biji buah pala 1 atau 2biji.
 Cara: semua bahan direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal 1 cawan dan diminum pagi dan petang. 

Nota: Apabila dirawat pesakit masih sakit, panas badan, dan berasa pedih,jarakkan  atau selangkan sehari amalan meminum ramuan tersebut, insyAllah.

Jika kesemua bahan-bahan herba tidak boleh dimakan atau diminum memadai dengan mengambil madu lebah 1/2 camca pagi dan petang dengan perut masih kosong sebelum makan atau minum, dengan bacaan selawat dan doa, insyAllah kerana madu lebah itu sendiri sudah diiktiraf dan diterangkan oleh Allah Ta'ala dlm Al quran akan kebaikan dan khasiatnya.

KAEDAH PELINDUNG (pendinding diri)

1) Sentiasa menjaga solat dan amalan fardhu yang wajib dan melakukan yang sunat seperti solat sunat malam
2) Berzikir, membaca Al Quran, dan sebagainya

Setiap amalan hendaklah membaca al quran dan surah-surah yang dibaca dan berzikir hendaklah diniatkan memohon kepada Allah ta'ala supaya dilindungi diri dan ahli keluarga dari segala bentuk kejahatan makhluk syaitan, jin, iblis, manusia dan sebagainya.  

Senantiasa mengamalkan dalam doa harian atau setiap lepas solat membaca surah Al fatihah, 3 Qul ( Al Ikhlas, Al Falaq, An Nas), Ayatul Kursi, Doa pengerak (bismillahiladzi la yadhurru ma asmihi syaiun fil ardhi ... sampai habis).  

Melazimkan diri membaca ketika doa sebelum makan dan minum, sebelum  keluar rumah , lazimkan juga membaca 2 ayat terakhir dari surah at taubah (ayat 128 dan 129) iaitu laqod ja'akum .... sampai habis., dan doa-doa yang lain.

Surah at-Taubah (ayat 128 dan 129)

CARA HENDAK MENGETAHUI TERKENA SANTAU:

Apabila hendak tidur, perahkan air limau nipis sedikit (tanpa ditambah dengan air) ke dalam mulut. Jika tiada masalah seperti batuk, gelisah samada semasa tidur atau tidak, berkemungkinan besar 90% masalah yang dialami ada bersangkut paut dengan santau.Jadi,segera dapatkan rawatan yang sewajarnya.Kalau tiada masalah Alhamdulillah. Santau biasanya bersangkut paut dengan penyakit fizikal juga seperti sakit, gatal-gatal pada anggota badan, kanser, sakit jantung, paru-paru, buah pinggang dan sebagainya, kecuali gout dan kencing manis. Wallahu'alam.

PERKARA YANG DILARANG APABILA PESAKIT SEDANG MENJALANl RAWATAN SANTAU

la bergantung kepada cara rawatan perawat-perawat lslam yang mempunyai pelbagai kaedah untuk merawat, ada perawat melarang pesakit memakan ikan yang bersengat, dan jika perawat yang menggunakan kaedah rawatan tepuk daun nangka seperti Ustaz Mokhtar Kasan ini, adalah ditegah pesakit apabila sedang menjalani proses rawatan memakan limau ( semua jenis limau terutama limau nipis, limau kasturi walau kordial sunquick tu pun tak boleh, apa-apa perasa limau tidak dibenarkan), cuka, buah yang masam dan jeruk (pickles),nenas, dan rebung yang boleh diklasifikasikan  berunsur tajam

Kurangkan juga memakan makanan yang pedas, berminyak, air batu, tidak boleh melakukan kerja kuat atau aktiviti yang lasak seperti bermain bola dan sebagainya, serta tidak boleh mengangkat barang berat. Dikhuatiri jika pesakit tidak mengendahkan segala larangan-larangan tersebut akan membawa kesan buruk dan padah terhadap pesakit itu sendiri kerana luka-luka dalaman masih belum sembuh sepenuhnya.  

Di samping mendapatkan rawatan dari perawat lslam adalah digalakkan pesakit itu sendiri berusaha untuk menguatkan daya ketahanan diri rohani dan jasmani melalui membaca Al Quran, berzikir dan sebagainya, secara istiqomah dan berterusan untuk mendapatkan ketenangan fikiran disamping berdoa kepada Allah Ta'ala semoga sembuh,insya Allah.

CARA MERAWAT PESAKIT SANTAU MELALUI KAEDAH TEPUK

Ustaz Mokhtar memberitahu kenapa menggunakan daun nangka tidak daun lain, jawapannya beliau tidak sempat bertanya kepada gurunya yang mana sudah meninggal dunia. Mungkin Allah Ta'ala menjadikan daun nangka ini ada kelebihannya tersendiri. Wallahu alam. 

Ada 2 cara boleh menepuk samada menggunakan daun nangka atau menggunakan tangan perawat itu sendiri untuk menepuk (tapi jika menggunakan tangan sendiri dikhuatiri pesakit tidak dapat menahan akan kekuatan daya zikir perawat tersebut sebab tu dialas gunakan daun nangka)
Beza daun nangka dengan daun-daun yang lain ialah salah satunya daun nangka struktur daunnya kuat dan keras sedikit berbanding dedaun pokok lain yang mana jika digunakan daun pokok getah atau pokok rambutan atau durian atau manggis dan sebagainya  akan cepat hancur. Untuk sehelai daun nangka boleh digunakan lebih dari seorang .

Peralatan yang digunakan : bagi seorang pesakit -  

1) Sehelai daun nangka (untuk menepuk), 
2) Pelepah daun pokok pisang yang baru nak terbuka (yang berwarna hijau muda) kalau tiada, guna sehelai surat khabar sebagai alas

3) 4 klip sepit rambut yang panjang (biasanya yang digunakan di kedai gunting saloon cina untuk gunting rambut)

4) 1 keping kertas lukis pelan yang berwarna putih digunting empat segi panjang untuk diletakkan di atas permukaan surat khabar (di tengah-tengah) kemudian disepit (maknanya ditebuk kertas surat khabar itu lah yang mana atasnya ada kertas pelan) setiap penjuru kertas itu dengan 4 batang sepit rambut panjang tadi, lampu suluh untuk melihat barang santau yang keluar jatuh,getah tempe untuk mengikat bungkusan surat khabar untuk dibuang
5) Air air mineral, tidak digalakkan menggunakan air yang sudah dimasak dan bekalan ubat pesakit seperti yang diterangkan sebelum ini untuk didoakan

Antara doa-doa yang dibaca untuk rawatan adalah : Surah Al Fatihah, Selawat Syifa, Surah Mariam ayat  ayat 17, bismillah 5 (khasiatnya salah satu adalah penawar bisa), ayatul Qursi, surah Al hasyr ayat 21-24, Lau anzalna ... sampai habis ( dikenali sebagai ayat pemecah , pengebom : bagi pesakit yang ada sakit kanser dan perempuan mengandung , dan yang jenis muntah darah tidak boleh dibacakan ayat ini kepada mereka dikhuatiri akan mendatangkan kesan yang buruk seperti pesakit kanser, tumor akan pecah wallahualam dengan izin Allah. Tidak bermaksud ayat tersebut beri mudarat) dan doa-doa yang lain.


Surah al-Hasyr 21 - 24

Bismillah 5

Merawat mengikut keadaan pesakit, ada sesetengah pesakit santau apabila dirawat sampai boleh mengalami histeria. Maka, untuk kaedah menepuk, bagi pesakit lelaki hendaklah berjumpa dgn perawat lelaki manakala pesakit perempuan semestinya berjumpa dengan perawat perempuan.Dilakukan kaedah tepuk ini di dalam bilik dengan membuka baju.
Note: hanya baju saja dibuka kerana samada perawat lelaki atau perempuan akan membuat kaedah menepuk pada bahagian tengkuk ke pinggang saja.

Posisi pesakit apabila hendak memulakan rawatan adalah dengan berkeadaan seperti merangkak di atas kepingan surat khabar 1 pelepah daun pisang yang sudah disediakan.

Cara menepuk: 

Sebelum hendak dan bermula menepuk perawat disarankan membaca selawat, ayatul Kursi dan berdoa meminta perlindungan dari Allah Ta'ala serta mendoakan pesakit itu sembuh. InsyaAllah. Kemudian Daun Nangka tersebut hendaklah dipegang (dibahagian depan daun yang licin dengan ibu jari,di bahagian belakang daun yang timbul rangka bentuk daun dipegang dengan 2 atau 3 jejari tangan yang lain). Cara menepuk ialah seperti mengibas-ngibas selari, lakukan dengan perlahan-lahan. Sebelum menepuk, perawat disarankan menggunakan tangan menyentuh dibahagian tulang belakang pesakit dari atas ke bawah untuk memeriksa dan mengesan tempat santau itu berada, sekiranya dapat rasakan ada bahagian yang panas, berkemungkinan besar santau memang terletak dibahagian tersebut jadi mulakan saja proses menepuk di tempat yang berasa panas itu. Jika masih tidak dapat dikesan, perawat boleh memulakan kaedah menepuk bermula di bahagian tengkuk pesakit selari dengan tulang belakang hingga sampai bahagian pinggul, kemudian naik ke sebelah kiri bahu pesakit tepuk di situ dibawa selari ke bahagian bahu kanan buat sampai habis tiba ke paras pinggang. (ini adalah untuk satu pusingan saja) jadi dalam 1 rawatan tepuk dinasihatkan supaya buat sampai 3 pusingan sahaja, jangan lebih sebab berdasarkan pengalaman pesakit apabila mereka hendak meminta lebih dari 3 kali kebanyakkannya tidak tahan dengan penangan tepuk perawat yang selalu mengamalkan zikir , biasanya zikir yang diamalkan perawat menepuk kaedah santau ini ialah membaca surah al ikhlas.

Jika semasa dalam merawat pesakit ada tindak balas (iaitu tindak balas jin), maka perawat perlu tahan nafas dan baca ayatul Qursi dan tolak balik gangguan tersebut. Dalam rawatan tersebut ia akan menyerang melalui tangan perawat di mana perawat tersebut akan berasa bisa-bisa sendi di bahagian tangan. Jadi cara untuk menolak, baca ayatul Qursi serta tahan
nafas serta tangan lagi sebelah memegang pangkal bahu yang rasa bisa-bisa tersebut dengan menolak dari pangkal bahu sampai ke hujung jari, insyAllah..

Note: jangan sesekali menepuk bahagian kepala pesakit kerana dikhuatiri otak dan bahagian sistem dalaman kepala pesakit akan bergegar (ini amaran penting), hanya mulakan menepuk hanya dari bahagian tengkuk pesakit terus ke bahagian pinggang saja. Begitu juga pesakit jika hendak membuat rawatan tepuk sendiri di rumah (ikut cara tepukan perawat) jangan menepuk di bahagian kepala , mulakan menepuk dari tengkuk di bawa sampai ke kaki ( bagi pesakit, mereka boleh membuat sendiri rawatan tepuk ini dengan dibekalkan daun nangka yang sudah dibacakan doa oleh perawat, tetapi hendaklah di buat di dalam bilik air dan jika perlu minta bantuan dari pasangan atau ahli keluarga untuk membantu menepuk bahagian badan pesakit dari tengkuk ke kaki (pesakit hendaklah menanggalkan pakaian keseluruhannya, apabila sudah selesai pesakit perlu mandi bersabun dan bersihkan diri serta membersihkan bilik air, dikhuatiri jika ada tertinggal sisa-sisa santau yang jatuh di atas lantai akan terkena pada orang lain yang menggunakan tempat yang sama. Bagi rawatan sendiri, sekurang-kurangnya pesakit perlu membuat 2 kali atau 3 kali sehari.

Apabila sudah selesai proses menepuk, perawat boleh menggunakan lampu suluh untuk melihat serbuk atau cebisan santau yang keluar dari badan pesakit dengan mematikan lampu bilik, kemudian letakkan cahaya lampu suluh tersebut selari dengan permukaan surat khabar, insyAllah akan lihat jenis santau yang dikeluarkan. Jika menggunakan daun pisang, biasanya jika santau yang keluar akan jatuh tercacak ke atas daun pisang tersebut,dan daun pisang akan menjadi layu bila cebisan atau serbuk santau jatuh di atasnya. Kemudian perawat perlu berhati-hati untuk mengemaskan tempat tepukan (alatan suratkhabar atau daun pisang yang digunakan), di sini perawat perlu berhati-hati bila hendak menggulung surat khabar atau daun pisang tersebut, jangan terkena cebisan santau yang jatuh di atas permukaaan surat khabar atau daun pisang ( jika menggunakan sepit rambut itu boleh ditarik dan boleh digunakan semula, dicuci), suratkhabar atau daun pisang hendaklah digulung kemas, apabila sudah digulung kemas bahagian hujung kiri dan kanan suratk habar daun pisang tersebut dilipat sampai bertemu 2 di tengah-tengah (lipatan lipatan buat "tempe"), kemudian di ikat rapi dengan getah tempe. Bolehlah ia dibuang ke dlm tong sampah (yang mana biasa lori sampah akan membawa sampah ke tapak pelupusan sampah dan boleh di bakar di tempat sampah. Jika cara dahulu apabila selesai rawatan perawat terpaksa menggali lubang di halaman rumah untuk menanam lipatan daun pisang yang berisi santau ini ke dalam lubang tanah.

Jika sudah selesai semuanya, bolehlah dicuci tangan atau mandi dengan bersabun bersih-bersih kemudian buat solat sunat. 

Note: sebelum mengambil daun nangka dari pokok nangka atau daun pokok pisang adalah dinasihatkan supaya berdoa dan niat , memberi salam kepada nabi llyas ( surah as- soffat: ayat 130: salamun ala ilyasiin (salam sejahtera kepada Nabi Ilyas) kenapa perlu memberi salam dan meminta izin dari nabi llyas kerana nabi llyas ditugaskan untuk menjaga tumbuhan), niat untuk mengambil daun ini untuk dibuat ubat, kemudian baca Surah Al fatihah 1 kali, dan
surah Al ikhlas 11 kali, serupa juga nak gunakan daun tersebut untuk menepuk baca surah Al Fatihah 1 kali dan surah Al ikhlas 11 kali. Di nasihatkan jika hendak mengambil apa-apa jenis tumbuhan untuk dibuat ubat dalam rawatan hendaklah diambil pada waktu siang jangan di ambil pada waktu malam. Kerana tumbuhan juga makhluk Allah Ta'ala, mereka juga beristirehat pada waktu malam seperti manusia.

PEMUTUS

Jika pesakit sudah sembuh betul, dibolehkan pesakit membawa 3 biji limau nipis setangkai (dipetik tangkainya dari pokok limau tersebut menghadap Qiblat semasa memetik dan jangan memetik terkena bayang-bayang, beri salam kepada nabi Ilyas, jika tidak ada atau susah, memadai pergi ke kedai runcit beli 3 biji limau nipis pun boleh, garam halus, dan sebilah pisau, bawa barang-barang tersebut kepada perawat, biasanya bahan-bahan ini akan digunakan perawat untuk menandakan tamatnya rawatan pesakit tersebut, contohnya dari sebiji limau yang dibawa pesakit tersebut, perawat akan memotong dan mengambil 1 belahan limau di sapu dengan garam halus  dan diberi kepada pesakit tersebut untuk dihisap , belahan lagi 1 limau nipis itu perawat akan menghisap serupa macam pesakit. Akhirnya perawat akan bekalkan bacaan doa pada air rawatan kepada pesakit untuk dibuat minum. Antara doa-doa tersebut: 

Al Fatihah, bismillah 5, dan selawat syifa. Jika pesakit tidak dapat menyediakan limau nipis dan bahan-bahan yang lain, memadailah jika pesakit dengan ikhlas hati memberi hadiah berupa sesuatu pakaian yang boleh digunakan untuk solat contohnya: sejadah, telekung, kopiah, sarung kain, / selipar utk ke masjid, contohnya. Sebenarnya tidak ada perkataan : wajib bagi seseorg untuk memutuskan ubat & tiada perkataan pengeras dalam perubatan islam.

Friday, April 17, 2015

Pandangan Tuan Guru...

ILMU KEBATINAN "JURUS" APA PANDANGAN AQIDAH ISLAM?






Jurus ini boleh digunakan untuk tujuan kecemasan apabila diserang lebih daripada satu musuh, khasnya musuh yang mengetahui juga ilmu bela diri tidak kira daripada Silat, Kung Fu, Judo atau Karate....boleh sahaja sebagai jalan untuk menyelamatkan diri daripada cedera.

Ayatnya Ialah:-

Bismillah Hi-akbar
Allah Hu-akbar kabiro
Allah.................pukul jurus seolah olah memukul musuh walaupun dari jarak jauh.
Cubalah jika kecemasan

Wednesday, February 11, 2015

Americans petition White House for Anwar's freedom

KUALA LUMPUR, Feb 11, 2015:

Americans have created a petition calling on the Barack Obama administration to speed up the release of Malaysian opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim from a jail as a top US policy toward Malaysia.

The petition was created by J.M. of Alexandria, Virginia, who said Anwar was a champion of democracy, a believer in Islamic justice and a long-time friend of the US.
The petition also claimed Anwar was convicted and jailed on trumped-up charges on Tuesday and added that statements from the White House alone were not enough.
The petition was created at http://petitions.whitehouse.gov, a site which allows Americans to petition the US government on a wide range of issues.
The site stated that: “This was created because the government wants to hear from Americans. If a petition gets enough support, White House staff will review it, ensure it’s sent to the appropriate policy experts, and issue an official response.”

On Tuesday Anwar was jailed for five years by the Federal Court for sodomising his former aide Mohd Saiful Bukhari Azlan.
The petition by J.M. went on to state that the Obama administration must follow its words with action.
It added that Anwar was a political prisoner and the future of democracy in Malaysia was at stake.
It said securing Anwar’s release from prison must be a top priority in US policy towards Malaysia, to be advanced in every way possible.
The petition, as of 10:30am Malaysian time, had garnered 215 supporters but had reached 435 about 15 minutes later.
It needs 100,000 signatures by March 12 in order to get the attention of the White House.

Perutusan Sheikh Yusuf al Qaradawi tentang Malaysia dan fitnah terhadap Anwar Ibrahim

Perutusan Sheikh Yusuf al Qaradawi tentang Malaysia dan fitnah terhadap Anwar Ibrahim

Segala puji bagi Allah, dan selawat dan salam ke atas Rasulullah saw, keluarganya dan sahabat serta yang mengikuti petunjuk-Nya.
Malaysia mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi kami, dan kami menaruh kasih sayang terhadapnya dengan hati yang jujur. Impian kami adalah untuk melihat Malaysia sebagai realisasi model Islam yang wasatiyyah, bertamadun, maju dan kontemporari. Semua itu tidak akan berlaku kecuali dengan perjuangan orang-orang ikhlas terdiri daripada anak-anak Malaysia, berusaha dan kerjasama berganding bahu, mereka yang amat ingin untuk menjayakan masa depan negara. Mereka saling bantu membantu sehingga berdiri tegak rakyat Malaysia seluruhnya.

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh 
(As Saff: 4)
Adalah tidak patut bagi badan kehakiman bertukar menjadi pentas kebencian dan permusuhan politik atau wasilah bagi menjerat pihak lawan di dalam cengkaman kes-kes. Perkara demikian kebanyakannya bertujuan untuk mencalar peribadi melebihi tujuan mencari kebenaran.
Sesungguhnya kami percaya bahawa kemajuan Malaysia, kebangkitan dan kekuatannya terpancar daripada ketinggian nilai-nilai kebebasan dan demokrasi, dan pengukuhan prinsip-prinsip kepelbagaian pemikiran serta persaingan yang mulia demi berkhidmat untuk negara yang berdaulat ini.
Anwar Ibrahim terdiri daripada pemimpin ternama dengan sejarah dan pengalamannya serta perjuangannya, dan kesabaran serta ketabahannya sejak zaman usia muda sehingga ke hari ini. Anwar sewajarnya dilayani dengan jasa perjuangannya dan kerja gigihnya, bukannya menuduhnya dengan tuduhan-tuduhan batil yang tanpa asas.
Mahkamah sebelum ini telah membebaskannya daripada tuduhan itu. Tetapi jelas bahawa terdapat pihak yang yang merekayasa komplot dan tidak mempedulikan kebaikan negara dan masa depan rakyatnya.
Kami beriman dengan apa yang difirmankan Allah swt tentang peristiwa Hadithat al Ifk:-
Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang- orang yang beriman – lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri, dan berkata: “Ini ialah tuduhan dusta yang nyata”.
Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.
(Surah An Nur 12-13)
Aku menyeru kepada saudara-saudaraku rakyat Malaysia supaya bekerjasama dan saling bantu-membantu. Aku berharap saudara-saudara di Malaysia menjauhkan diri daripada konflik-konflik yang tidak ada faedah di sebaliknya, malah ianya memudaratkan, tidak memberi manfaat, menghancurkan, tidak membina, merosakkan dan tidak mendatangkan kebaikan.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

YUSUF AL-QARADAWI
Presiden Kesatuan Antarabangsa Ulama Islam

Ucapan akhir Anwar dalam mahkamah menikam 5 hakim – Mohd Sayuti Omar

Di sini saya poskan ucapan Datuk Seri
Anwar Ibrahim dalam mahkamah yang ditujukan khas kepada lima hakim yang mendengar rayuannya semalam yang berakhir dengan kekalahan berpihak kepadanya.
Sesudah Ketua Hakim Ariffin Zakaria membaca keputusan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengenakan lima tahun penjara ke atasnya, Anwar diberi peluang untuk berkata sesuatu sebagai kesimpulan peribadi daripadanya.
Saya tidak mahu membuat tafsiran berlebihan terhadap apa yang beliau simpulkan, tetapi ia merupakan satu ucapan tajam yang kata-kata dilumuri dengan rasa kecewa dan dukacita yang amat sangat kepada proses perbicaraan kali ini yang dianggap sebagai satu perbicaraan yang sama yang dihadapi sebelum ini dan ia adalah satu frabikasi lengkap daripada konspirasi bagi menamatkan karya politiknya.
Ketajaman dan kepedihan tikaman ucapan itu sehingga kelima-lima hakim itu bangun meninggalkan mahkamah tanpa mendengar sehingga habis Anwar berucap setelah mereka memberi peringatan kepada Anwar agar berhenti berucap.
Pengucapan akhir Anwar ini saya kira penting dan menjadi satu rangkaian kata-kata bersejarah daripada seorang pesalah kepada hakim yang menjatuhkan hukuman ke atasnya. Kita tidak dapat mengesahkan siapa yang benar dan siapa bersalah, kecuali Allah sang hakim Yang Maha Adil saja mengetahuinya.
Tetapi pengucapan yang disepuhi racun yang terbit daripada jiwa seorang yang menganggap dianiaya ini sangat menikam hati dan pedihnya sampai ke hulu hati kesannya bukan saja kepada Anwar dan seluruh rakyat tetapi kelima-lima hakim itu akan mengambil sebagai sejarah dalam kehidupan mereka sebagai hakim pertama kali ditikam sedemikian rupa oleh orang yang mereka hukum.
Dan salah satu rangkaian kata daripada ucapan ini bisa dijadikan hikmah ialah tentang kata janji Anwar yang beliau kekal dengan pendirian tidak bersalah dan menganggap pertuduhan liwat itu jelik dan insiden yang tidak pernah berlaku.
Berikut adalah ucapan berkenaan:
Saya kekal dengan pendirian tidak bersalah ke atas pertuduhan jelik ini – insiden ini tidak pernah berlaku.
Ini merupakan satu fabrikasi lengkap yang terhasil daripada satu konspirasi politik untuk menamatkan karier politik saya.
Kalian tidak langsung memberikan pertimbangan sewajarnya ke atas fakta kes yang diketengahkan oleh peguam saya sebermula hari pertama lagi – betapa insiden ini tidak pernah berlaku sama sekali.
Saya mampu memandang ke hadapan, tetapi melihat kepada kenyataan anda hari ini, nyata sekali ia sia-sia. Kelihatan seperti saya diperlekeh sekali lagi sebagaimana yang berlaku di Mahkamah Rayuan, dan ia terus dilakukan di sini selepas kami mengharungi ranjau perbicaraan selama 8 hari!
Bukan satu kebetulan bagaimana Pejabat Perdana Menteri mampu mengeluarkan kenyataan bertulis penuh atas keputusan kalian hanya beberapa minit selepas kalian menyampaikan penghakiman sebelum menjatuhkan hukuman.
Tatkala tunduk patuh pada perintah penguasa politik, kalian menjadi sebahagian daripada rakan kongsi dalam jenayah pembunuhan integriti dan kebebasan kehakiman. Kalian menggadaikan jiwa kalian kepada syaitan, menukarganti hati nurani kalian dengan keuntungan materialistik dan kesenangan serta jaminan jawatan.
Kalian mempunyai kesempatan terbaik untuk menebus kekhilafan – dengan memperbetulkan kesalahan masa lalu dan meletakkan kehakiman atas paksi yang benar serta mengukir nama kalian untuk anak-cucu kalian kenangi sebagai pembela keadilan yang sebenar-benarnya.
Akan tetapi kalian memilih untuk kekal di sisi gelap dan menenggelamkan moral kalian dalam kancah kepalsuan dan tipu muslihat. Apakah kalian tahu betapa kalian kini sedang bergelumang kekotoran dan penipuan lantas ketidakadilan tersebut akan menyelinap di setiap sudut Istana Kehakiman ini, dan saya bersimpati kepada kalian.
Benar, kalian menghakimi saya – dan saya akan, untuk ketiga kalinya, melangkah ke penjara, tapi ketahuilah yang saya sama sekali tidak akan tunduk. Cahaya kekal menyinari saya.
Tetapi kalian yang harus berasa malu tatkala kalian akan dinilai sejarah sebagai pengecut terulung atas nama kemanusiaan. Dengan kedudukan dan kuasa kehakiman yang tinggi, kalian membungkam begitu rendah untuk diperalat oleh penguasa politik.
Mahasiswa undang-undang dan kalangan profesor jurispruden akan meneliti penghakiman kalian dan di saat mereka membedah alasan serta keputusan kalian, kredibiliti dan integriti kalian akan dicarik halus. Di saat itu kalian akan didedah sebagai perekayasa yang memakai jubah kehakiman hanya untuk memperlekeh keadilan.
Jangan sesekali kalian lupa, sebagaimana kita semua, kalian juga harus menjawab kepada Sang Pencipta. Kalian harus menjawab kenapa kalian berpaling daripada prinsip-prinsip yang kalian lafaz dan sumpah untuk ditegakkan.
Mereka yang datang ke kamar mahkamah perlu menunduk hormat dan memanggil kamu sebagai Yang Arif, tetapi tidakkah kamu tahu satu hari nanti kamu juga perlu menjawab kepada Yang Maha Arif? Di saat itu kamu memerlukan lebih daripada tunduk hormat untuk menghuraikan mengapa kamu dengan sengaja melanggar perintah Allah melalui Ayat 58 Surah An-Nisa.
Melangkah ke penjara, saya anggap sebagai satu pengorbanan buat rakyat negara ini Saya berjuang hampir seluruh kehidupan saya demi rakyat negara ini – dan demi rakyat jugalah saya bersedia untuk ke penjara dan menghadapi sebarang bentuk akibat.
Perjuangan saya akan diteruskan, ke mana saja saya dihantar dan apa jua yang diperlakukan ke atas saya.
Kepada sekalian sahabat dan rakyat Malaysia, izinkan saya merakamkan penghargaan jauh dari sanubari saya atas setiap dokongan yang telah diberikan. Allah SWT menjadi saksi, saya berjanji tidak akan didiamkan, saya akan berjuang untuk kebebasan dan keadilan dan saya tidak akan menyerah! – msomelayu.blogspot.com, 11 Februari, 2015.
* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Friday, January 16, 2015

SUSUR GALUR ORANG MELAYU


KELEBIHAN HARI JUMAAT

Sahabat yang dirahmati Allah,
Hari Jumaat adalah hari hari besar di sisi Allah dan dikhususkan bagi umatnya. Ini jelas daripada Firman Allah yang bermaksud : "Apabila diseru untuk bersembahyang pada hari Jumaat maka segeralah kamu mengingati Allah serta tinggalkan jual beli. Inilah yang lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui". (Surah Jumaah ayat 9)

Dalam ayat itu, Allah melarang manusia bekerja dan berusaha untuk kepentingan dunia sebaik ia mendengar seruan azan solat Jumaat. Larangan ini menggambarkan bahawa menunaikan fardu Jumaat penting dan wajib dikerjakan.

Dalam hadis lain Rasulullah mengatakan hari Jumaat adalah hari yang besar disisi Allah. Ia lebih besar daripada Aidilfitri dan Aidiladha.

Pada hari Jumaat kita disunatkan pergi ke masjid awal,sekurang-kurangnya sebelum tergelincir mata hari. Ini kerana pada setiap hari Jumaat, Allah mengutus malaikat berdiri di pintu masjid untuk mencatat nama mereka yang masuk. Apabila khatib naik ke mimbar, berhentilah mereka mencatatnya.

Dalam perjalanan ke masjid kita hendaklah dalam keadaan khusyuk dan merendahkan diri. Apabila berada dalam masjid, janganlah melangkah kepala orang untuk kesaf hadapan atau berjalan di sisi mereka. Jika hendak duduk di saf hadapan, kita hendaklah datang awal kerana Rasulullah melarang keras melangkah kepala orang. Apabila masuk masjid, hendaklah kita solat dua rakaat tahayattul masjid walaupun pada masa itu khatib sedang berkhutbah.

Sebaik-baiknya hendaklah ia solat di tiang yang terdekat dengannya supaya orang ramai tidak lalu di hadapannya ketika ia sedang solat. .Ketika imam berkhutbah, kita hendaklah  mendengar nasihat dan tunjuk ajar yang disampaikan. Anggaplah nasihat itu untuk diri kita dan berazamlah untuk melaksanakan segala nasihat tersebut.

Jangan sekali-kali berkata-kata atau bercakap dengan teman ketika imam berkhutbah. Larangan ini jelas daripada sabda Rasulullah yang bermaksud:"Sesiapa yang berkata kepada temannya sedangkan imam masih berkhutbah: Dengarlah! Maka dia telah lalai, dan barang siapa yang lalai pada waktu imam sedang berkhutbah maka tiada Jumaat baginya." (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Setiap hari-hari dalam Islam mempunyai kelebihan masing-masing. hari Jumaat adalah hari yang paling istimewa daripada hari-hari lain. Terdapat enam keistimewaan hari Jumaat iaitu :

1. Berlakunya hari kiamat.

Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi s.a.w. bersabda maksudnya : “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya : "Pada hari itu kiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah Azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat”. (Hadis Riwayat  Ibnu Majah dan  Al-Baihaqi)

 2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari Syurga.

 Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam a.s. diciptakan, dan hari ini jugalah baginda diturunkan daripada Syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya : “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari Syurga.”

 3. Penghulu segala hari.

 Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat di namakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.

 4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.

 Daripada Abdullah bin Amr berkata sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : “Tidak seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.” (Hadis Riwayat Tarmizi)

Jadi, sama-samalah kita berdo'a moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah s.w.t.

 5. Kebaikan menjaga kebersihan dan memotong kuku.

Sebelum menunaikan fardu Jumaat, kita disunatkan mandi walaupun waktu solat telah hampir. Disunatkan juga mencukur kepala, memotong kuku, memendekkan misai, memakai wangi-wangian dan mengenakan pakaian yangsebaik-baiknya. Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

 6. Makbulnya do'a di antara dua khutbah.

Majoriti ulama'  berpendapat bahawa makbulnya do'a yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.

Daripada Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah bersabda : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. sedang membicarakan tentang hari Jumaat, dan baginda bersabda: Padanya (hari Jumaat) terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba (Allah) yang muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikannya kepadanya. Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan". (Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdo'a) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan do'anya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tarmizi).

Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.

Sahabat yang dimuliakan,
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta."

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu."

“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas."

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam , " dan

"Sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.

Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, termasuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya  : “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi."

“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”

Hadis di atas membuktikan bahawa Islam memberi penekanan terhadap perlunya makmum menumpukan kepada khutbah yang disampaikan. Isi kandungannya khutbah perlu diteliti bukan hanya sebagai sumber ilmu, malah mencakupi teguran, pembinaan hidup dan nasihat yang berguna.

Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Tarmizi).

Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam antaranya adalah :

1.Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari kiamat.   Daripada Abdullah bin Amr r.a. berkata : Rasululah s.a.w. telah bersabda maksudnya : "Tidaklah daripada seorang Muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat, melainkan dia dipelihara Allah daripada fitnah kubur".  (Hadis Riwayat Tarmizi)      

2. Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendo'akan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.    Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”

3. Waktu solat subuh membaca surah al-Sajdah dan surah Al-Insan.   

4. Selesai solat Jumaat : Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas

5. Memperbanyakkan do'a, zikir dan selawat

Firman Allah Dalam Al-Quran maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan para malaikat telah berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna ke atasnya (Nabi)". (Surah Al-Ahzab, ayat 56)

6. Sesiapa membaca surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.

7. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud:  "Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang."

8. "Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar."

9. "Mereka yang berdo'a dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah."

Sahabat,
Marilah kita sama-sama kita menfaatkan malam dan hari Jumaat untuk kita mempertingkankan amal ibadah, berdo'a dan berselawat kepada Nabi s.a.w. Hari Jumaat adalah hari kebesaran umat Islam. Terdapat banyak pahala , ganjaran dan keistimewaan yang dinyatakan dalam hadis-hadis Nabi s.a.w khusus untuk umat Islam yang mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. Semoga kalian semua beroleh keberkataan dan sentiasa dirahmati Allah s.w.t. dalam amalan soleh yang kalian kerjakan.

by Abu Basyer

Ulasan Tuan Guru Dato' Dr Haron Din : Tragedi MH370

Ini antara Intipati Kuliahnya Selepas Maghrib:
  1. Kembali kepada cara hidup islam..sistem islam..kembali kepada Allah. Insaflah yang kita sedang diuji Allah
  2. Air di empangan makin kurang..3/4 Malaysia berjerebu dan terbaru Mh370. Berpuluh2 kapal and aircrafts cari pun tidak jumpa. Allah nak ajar manusia bahawa ilmu kita ni sangat sedikit berbanding ilmu Allah.
  3. Kalau diambil seluruh lautan dan seluruh pokok dan tumbuhan-tumbuhan hingga habis untuk dijadikan tinta..masih tidak mampu nak menulis kalimah Allah..apatah lagi ilmuNya.
  4. Dr Harun Din bacakan ayat quran ..jangan makan dan minum yang haram…maka kalau kita langgar ..mengundang kemurkaan Allah lalu Allah akan turun bala.
  5. Apa yang berlaku MH370 jadikan Malaysia tumpuan seluruh dunia. Allah malukan kita dengan peristiwa tikar terbang sehingga Arab saudi kata kita biarkan syirik berleluasa. Memang itu yang berlaku sebenarnya…Allah hina negara kita Malaysia dengan peristiwa macam ini.
  6. Majoriti manusia tidak melihat peristiwa yang berlaku dengan mata hati bukan mata kasar. Mata hati kita buta kerana banyak maksiat dan syirik. Allah ingatkan kita..kembali padaNya..pohon maaf..insaf.
  7. Apabila sudah 3 4 hari tidak jumpa baru nak ingat Allah..baru nak solat hajat. Bagi yang terang mata hati..terus baca innalillahi wainna ilaihirojiuun sewaktu awal-awal peristiwa berlaku.
  8. Dr Harun Din kata ikut pengalaman beliau cuma Saudi Airline dan Brunei yang baca doa perjalanan sebelum penerbangan.
  9. Kenapa kita tidak berserah pada Allah dalam setiap permulaan perjalanan? Di Malaysia ni..banyak sangat orang Islam percaya perkara khurafat..bomoh sudah jadi kelaziman hinggakan orang buat tikar terbang di KLIA pun tiada orang Islam yang menghalang… hingga 1 dunia tengok gejala khurafat dan kesyirikan yang berlaku di negara kita… lihat dengan mata hati…itu penghinaan Allah pada kita. – Mustaqimah