Copyright © by DARUSSYIFA' ONLINE All Right Reserved.
Published on: 2008-05-21 (37358 kali dibaca)

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT.” Hassan r. a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”
| Syi’ah | Ahlus Sunnah |
| Al-Qur’an telahpun diselewengkan oleh para Sahabat r.a. | Al-Qur’an terpelihara daripada sebarang penyelewengan |
| Ali lebih hebat daripada Rasulullah s.a.w. | Rasulullah s.a.w. lebih hebat daripada sekelian makhluk |
| ‘Aishah isteri Rasulullah adalah penzina | ‘Aishah isteri Rasulullah adalah suci dan merupakan Ibu kepada orang-orang yang beriman |
| Abu Bakr dan Umar adalah penjenayah | Abu Bakr dan Umar adalah sebaik-baik umat Islam selepas Rasulullah s.a.w. dan para nabi dan rasul |
| Mencerca kebanyakan para Sahabat dan menghukum mereka adalah fasiq dan murtad | Menghormati para Sahabat dan mempercayai mereka dipuji oleh Allah Ta’ala |
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim: “Seorang Muslim yang tertusuk duri atau yang lebih daripada itu, tentu akan dicatat baginya satu darjat dan dihapus daripadanya satu kesalahan.” Dalam riwayat lain, “…Tentu Allah akan mengangkat dirinya satu darjat atau dihilangkan daripadanya satu kesalahan.” Dalam riwayat lain pula “… Tentu baginya akan dicatat satu kebaikan atau dihapus daripadanya satu kesalahan.”
Imam Nawawi berkata, “Dalam hadis-hadis ini terkandung khabar yang sangat menggembirakan kaum Muslim kerana tidak seorang pun di antara mereka yang tidak pernah mengalami musibah. Musibah itu, baik penyakit, wabak, bencana dunia dan lain-lainnya akan menjadi penebus kesalahan. Dia juga akan diangkat darjatnya serta ditambah kebaikannya.” Pendapat inilah yang sahih menurut majority ulama.
Al-Qadhi Iyadh mengatakan bahawa sebahagian ulama berpendapat bahawa musibah hanya menjadi kifarat (penebus) kesalahan. Hal itu, diperkuat dengan kenyataan Aisyah r.a, “Aku tidak pernah melihat seorang pun yang deritanya lebih daripada Rasulullah s.a.w.” Lalu, sabda Rasulullah s.a.w, “ Manusia yang paling berat bencananya adalah para nabi, kemudian orang-orang yang soleh dan yang seperti mereka kemudian yang seperti mereka.”
Segolongan ulama mengatakan, “Hikmah di sebalik ketetapan ini adalah bahawa para nabi dikhususkan dengan kesempurnaan sabar dan benarnya harapan dan para nabi itu maksum (terpelihara) daripada kesalahan sehingga musibah yang dialaminya....
Wassalam.
|








