Tuesday, July 30, 2013

Kedudukan Mahkamah P’Raya lebih rendah daripada SPR – Aziz Bari.




KUALA LUMPUR : Pakar Undang-undang Perlembagaan Malaysia, Dr Aziz Bari mendakwa hakim yang mengendalikan Mahkamah Pilihan Raya di negara ini berperanan seperti sekumpulan budak pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana sanggup membiarkan sistem kehakiman diinjak oleh penguasa politik.
Katanya, kegagalan mahkamah bertindak terhadap Seksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan 2002) memperlihatkan kepada umum seolah-olah kuasa mahkamah di bawah kuasa SPR.
“Mahkamah ada kuasa menggugurkan mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan maksud asal undang-undang itu digubal.
“Jika Mahkamah ada keberanian, ada prinsip dan komited untuk memastikan pilihan raya berjalan dengan adil dan telus di Malaysia, mahkamah boleh batalkan dan isytihar peruntukan itu tidak sah.
“Sebuah negara maju tidak akan membodohkan diri dengan mengambil undang-undang yang menindas dan memberi kuasa secara monopoli kepada satu badan,” katanya kepada Suara Keadilan.

Seksyen 9A diwujudkan selepas hakim membatalkan keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Likas (Sabah) dengan alasan daftar pengundi SPR didapati penuh dengan penipuan dan daftar pemilih tersebut tidak bersih dengan dicampuraduk.
Kerajaan kemudiannya mengambil ‘iktibar’ daripada kejadian tersebut dengan meminda seksyen yang sekaligus meletakkan fungsi mahkamah di bawah SPR

No comments:

Post a Comment