Monday, May 7, 2012

KEJAHATAN ULAMA'



USTAZ ISHAK AR

Sejarah menunjukkan pada kita, bila ulama-ulama yang menganut agama dari para Nabi atau agama yang akhir sudah terlalu jahat, itu pertanda bahawa Tuhan akan datangkan Penyelamat. Artinya kalau di zaman masih ada Rasul maka seorang Rasul yang akan didatangkan, tapi selepas Rasul SAW tak ada lagi maka bila ulama sudah jahat sangat itu tanda penyelamat yang bukan Rasul akan datang. Memang sebelum masyarakat rosak, sebelum rakyat rosak, ulama dirosakkan oleh Tuhan lebih dahulu atas pilihan mereka sendiri. Itulah yang dikatakan ulama suk atau ulama yang jahat.

Sabda Rasul SAW yang maksudnya :

Ada DUA golongan di kalangan manusia, kalau DUA golongan itu baik maka baiklah semua manusia, sekiranya dua golongan itu jahat maka jahatlah umat manusia, iaitu para ulama dan pemimpin.

Rasul SAW dalam hadis ini menyebut ulama' dahulu sebelum pemimpin, artinya bila ulama rosak maka pemimpin/kerajaan/penguasa, akan ikut rosak pula. Selepas itu diikuti oleh rosaknya rakyat, rosaknya orang ramai.

Di zaman kita ini ke DUA golongan itu sudah rosak, iaitu ulama dan pemimpin atau penguasa/pemerintah. Di zaman sekarang kemuncak kerosakan ulama itu telah berlaku.

Rasul SAW berkata di akhir zaman banyak ulama suk. Akhir zaman itu adalah zaman kita ini. Sejauh mana suk atau jahatnya ulama? Mari kita analisa sejauh mana rosaknya ulama. Sudah banyak aspek kerosakan yang berlaku di kalangan ulama :

1. Ulama sudah cintakan dunia.

Cinta dunia itu ibunya kejahatan, puncanya kejahatan, pintu masuk kejahatan untuk berhadapan dengan kejahatan yang lebih banyak. Cinta dunia membuka pada kejahatan yang lebih banyak. Sebab Rasul SAW bersabda cinta dunia itu ibu segala kejahatan, jadi bila ibunya sudah berlaku, untuk anak2nya lagi mudah berlaku. Maksud cinta dunia itu adalah cinta duit, cinta harta, cinta nama, cinta jawatan, glamor, itu semua bentuk cinta dunia. Bila ulama sudah cinta dunia, maka akan lahir di kalangan ulama kejahatan lain. Dari kejahatan ini timbul kejahatan kedua :

2. Ilmunya tidak lagi global.

Mengapa ilmunya tidak global? kerana ulama berada dalam sistem pelajaran dan pendidikan yang sudah disusun oleh Barat. Kalau ikut sistem Barat maka bila sudah lulus periksa dia akan rasa belajarnya sudah cukup. Sebab periksa itu kalau sudah lulus, hendak kejar dunia : pangkat, jawatan, dan nama. Tidak seperti ulama terdahulu yangmana sistemnya tidak seperti ini. Dahulu para ulama mengaji sehinga puas. Tak berbentuk seperti sekarang ini ada sukatan dan silibus pelajaran. Jadi ulama dahulu tak tahu dia sudah lulus atau belum sebab ttidak ada sijil. Apabila ulama itu sudah ada kelulusan maka pintu dunia terbuka : boleh kerja, boleh makan gaji dan berniaga. Sebab tujuan mengaji pun adalah untuk mendapat habuan dunia. Bila ada sijil, maka akhirnya setakat itulah ilmunya. Sebab itu ulama sekarang ilmunya tidak menyeluruhl. Sedangkan ilmu Islam itu global, ilmu Islam itu untuk menyelesaikan berbagai-bagai masalah masyarakat. Tapi ulama sekarang ilmunya tidak global, hanya satu aspek sahaja sedangkan ulama adalah tempat bertanya masyarakat. Maka banyaklah masalah tak dapat jawab, banyaklah masalah tidak selesai. Bila dirujuk pada ulama yang ilmunya singkat, banyak benda tak terjawab, bahkan ramai ulama berkata Ini bukan bidang saya. Inilah kejahatan yang kedua, kerana ilmu ulama sudah tidak global lagi. Ulama belajar had mana sijil nya laku, setakat itulah dia belajar dan dia tak akan belajar lagi. Ini bahaya.

3. Ulama tak menjadi pewaris Nabi SAW.

RasululLah SAW bersabda, maksudnya : Ulama itu pewaris Nabi. Maksud pewaris itu apa yang datang dari Rasul SAW dipusakakan pada ulama

Sudut Ilmu. Dalam perkara DUA (2) tadi telah disebut bahawa tidak semua bidang ilmu, ulama sekarang dapat miliki. Sedangkan Nabi, Rasul SAW ilmunya global. Jadi di bidang ilmu pun ulama sudah tidak dapat mencontohi Nabi SAW lagi.

Sudut Ibadah. Patutnya ulama mewarisi ibadah para Nabi. Tapi ibadah ulama sekarang sudah bukan contoh lagi. Sembahyang pun dibuat cepat2, iftitah dan surah pendek tak baca, hanya membaca yang wajib-wajib sahaja. Sembahyang berjemaah tidak menjadi kebiasaan.

Akhlak ulama hari ini tak mencerminkan akhlak Rasul SAW, dari segi diri pribadi, sikap, percakapan, pergaulan tak menggambarkan lagi akhlak Nabi terutama tawadhu tak ada langsung. Sedangkan tawadhu itu adalah tradisi para Nabi dan Rasul SAW. Tawadhunya sangat disenangi orang ramai. Dahulu orang ramai jatuh hati pada Ulama kerana tawadhunya tapi sekarang tawadhu pada ulama sudah tak ada. Jadi akhlak pada ulama sekarang khususnya dari sudut tawadhu tak ada, tidak mewarisi akhlak Nabi SAW.

4. Ulama bukan milik umum, tapi dimiliki golongan tertentu

Ulama bukan kepunyaan umum lagi tapi kepunyaan golongan tertentu. Samada golongan politik atau pihak kerajaan. Jadi para ulama sudah dimiliki oleh kerajaan atau orang politik. Kerana mahu mencari makan, kerana cinta dunianya, maka dia akan cakap mengikut kehendak orang politik dan kerajaan. Jadi bila kerajaan mahukan satu perkara maka dicarilah fatwa-fatwa yang membolehkan. Kalau orang politik atau pihak kerajaan tak mahukan sesuatu, maka dia carilah nash2, fatwa-fatwa yang tidak membolehkan perkara itu. Bahkan ulama sekarang ada yang sudah dimiliki oleh orang Kristian. Ulama sanggup diberi wang oleh orang Kristian dan orang Kristian mensyaratkan ulama bila hendak membagi fatwa. Mereka sanggup jadi orang yang memberi fatwa mengikut telunjuk musuh. Kalau syarat itu dari kerajaan boleh tahan, tapi yang berlaku sekarang ulama sudah mengikut apa kata orang Kristian. Apa lagi yang kita boleh harap dari ulama? ulama sudah ada agen2 yang memilikinya : orang politik, kerajaan, orang Kristian. Jadi fatwa dibuat ikut kehendak musuh bukan ikut kehendak Tuhan.

5. Ulama hasad dengki pada ulama yang haq

Bila ulama sudah jahat, dibeli oleh Agen2, sedangkan ulama ada ulama haq juga, maka salah satu kejahatan ulama suk adalah hendak menyorokkan ulama yang haq ini. Perjuangan ulama yang haq itu dihasad dengki. Kalau ulama Haq itu menonjol sangat dimana kalau dibiarkan makin nampak kejahatan ulama suk maka Ulama suk itu akan arahkan kerajaan tangkap, jel, paling tidak disekatkan aktiviti ulama yang haq. Ini kejahatan yang ke 5. Ini berlaku di seluruh dunia, bukan sahaja di Malaysia.

6. Lahir ulama jumud dan ulama liberal

Ulama yang sudah dibeli ini ada 2 golongan :

Bila dia diberi upah, dia jadi jumud, beku. Kebanyakkannya pendidikan pondok. Jadi bila ulama jumud, sedangkan zaman ini zaman maju, zaman membangun, ini menjadikan orang ramai tidak tertarik dengan kepimpinan ulama kerana jumudnya para ulama. Bila diberi upah dia tak jumud tapi jadi ulama moden, dia menterjemahkan Islam secara Barat supaya diterima orang ramai sebab hari ini orang rujuk pada Barat. Jadi supaya mereka diterima oleh orang ramai diapun berfikiran seperti Barat maka lahirlah Islam liberal yang disesuaikan dengan otak mereka dengan tujuan orang ramai boleh terima.

Tapi akhirnya kedua golongan ulama ini tidak diterima orang ramai. Yang satu amat jumud, yang kedua cara berfikir sahaja yang maju, tapi tindakan tidak maju. Cara berfikirnya maju tapi rosak kerana agama ditafsirkan cara Barat.

7. Ulama tidak membangun jemaah

Oleh kerana ulama sudah ada agen yang punya, sudah liberal, cara berfikir sudah rosak, atau kerana ulama sudah jumud sangat, maka sunnah yang besar sudah ditinggalkan iaitu membangunkan jemaah. Membangunkan jemaah itu sunnah yang besar sudah ditinggalkan ulama. Kemudian ada yang mahukan jemaah tapi diubah suai termasuklah masuk parti politik, bagi mereka adalah jemaah. Lagi rosak, akhirnya dia dimiliki oleh orang politik kalau orang poltik itu kuasai negara maka ulama itu dimiliki oleh kerajaan, jadi apa yang dikehendaki oleh kerajaan, suara ulama itu disesuaikan dengan kehendak kerajaan. Jadi kejahatan ke 7 adalah dia tak mau lagi bangunkan jemaah sedangkan itu sunnah terbesar Rasul SAW
8. Ulama suka berjalan sendiri untuk tujuan komersil

Ulama lebih suka berjalan sendiri2 sebab dia fikir ada nilai komersial berdakwah sendiri. Kemudian bila ada duit boleh buka sekolah, dapatlah mengambil duit orang ramai. Bahkan ulama2, kalau hendak buat seminar, hendak buat mensyuarat, syarikat rokok yang sponsor. Kejadian ini mungkin di Malaysia tertutup tapi di Indonesia berlaku secara terang2an banner, kain rentang, sebut seminar itu disponsor oleh syarikat rokok. Jadi kerana ulama hendak kejar dunia sudahlah tak buat jemaah, suka buat sendiri2 kerana hendak buat komersial. Sebab itu di Indonesia kalau untuk khutbah Jumaat kena bayar, kalau tak bayar tak mau. Dia tanya dahulu apakah sanggup bayar. Kalau tak sanggup bayar maka tak mau baca khutbah. Itulah ulama, suka jalan sendiri kerana mahu dapat duit untuk hidup.

Kalau kejahatan-kejahatan ini sudah berlaku, jadi kejahatan lain sudah jadi kecil. Dengan lapan (8)  jenis kejahatan inipun sudah cukup menghancurkan Islam, Umat Islam menjadi  bingung sedangkan ulama itu adalah ibarat pagar/benteng dari Umat Islam. Bila benteng telah rapuh dan roboh terdedahlah umat Islam kepada bahaya. Itulah yang berlaku sekarang sampai ke tahap orang Kristian miliki dan mempengaruhi ulama. Apa lagi yang boleh kita harapkan dari para ulama kalau hanya ada sedikit sahaja kebenaran dari mereka
Jadi sudah terhurailah kejahatan ulama ertinya sudah lengkap kejahatan ulama, ulama tak boleh diharap lagi. Tak boleh harap kecuali datangnya penyelamat. Ada beberapa perkara yang kita kena buat :

1. Penyelamat itu ada pengikut. Sebagai pengikut kita kena persiapkan diri supaya bila penyelamat datang pengikut sudah siap
2. Kita berdoa agar Allah SWT mempercepatkan kelahiran Penyelamat, agar dunia dan umat Islam dapat diselamatkan.

1 comment:


  1. Seluruh umat Islam di Malaysia kita kini adalah terlibat dalam melakukan syirik kerana mereka melakukan perkara-perkara syirik seperti berikut :

    1. Menyerahkan kuasa pemerintahan kpd manusia adalah syirik.

    2. Membuat undang-undang manusia adalah syirik.

    3. Menjalankan undang-undang manusia adalah syirik.

    4. Ketaatan kpd undang-undang manusia adalah syirik.

    5. Setuju dan redha kpd undang-undang manusia adalah syirik.

    Ramai yg masuk neraka termasuk para mufti dan ulama kita.

    ReplyDelete