Sunday, April 28, 2013

Yusuf Al Qaradawi: Anwar Ibrahim paling layak jadi PM


LEMBAH PANTAI 26 APRIL: Mursyidul AM PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat petang ini baharu sahaja melancarkan surat terbuka Sheikh Dr Yusuf Al Qaradawi, tokoh Islam terkemuka yang kini Ketua Ijtihad Ulama Dunia.


Peluncuran warkah amanat itu disempurnakan pada majlis yang diadakan di Surau Apartment Pantai Permai, Pantai Dalam, 3 petang tadi.

Program itu dianjurkan calon KEADILAN Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang turut hadir sama.

Di dalam surat tersebut, Yusuf Al Qaradawi menegaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim paling layak menerajui negara sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Berikut petikan kandungan surat Yusuf Al Qaradawi:

“Sesungguhnya saya sendiri perpandangan bahawa Anwar Ibrahim, berdasarkan sejarah dan pengalamannya, kebijaksanaan dan perjuangannya, kesabaran dan kecekalannya, sejak usia mudanya yang awal hingga ke hari ini, juga kecintaan yang diperolehinya daripada orang yang baik-baik dari kalangan rakyat Malaysia, dari kalangan Melayu dan Cina, maka dia selayaknya berada pada pilihan yang paling atas untuk memegang jawatan ketua kerajaan dan Perdana Menteri bagi memimpin Malaysia.

Beliau adalah orang yang paling layak menduduki kerusi kepimpinan ini. Paling layak untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan bernegara pada marhalah yang cukup penting ini, bagi membangunkan Malaysia dan memajukannya pada semua sudut. Inilah perkara yang kalian sudah sepakati sepanjang masa yang lalu.”

Sebelum pelancaran itu, Nik Aziz menunaikan solat Jumaat di Masjid Putrajaya dan menerima sambutan yang amat memberangsangkan. Malam ini beliau akan menyampaikan ceramah di Shah Alam.



PRU13 : BN ciplak 22 idea manifesto Pakatan - Rafizi




APABILA politik nasional lebih banyak berkisar kepada persoalan dan perdebatan dasar (bukannya politik perkauman, kebencian dan cacian peribadi), rakyat berpeluang untuk menilai sendiri perbandingan program ekonomi dan kerajaan yang ditawarkan oleh parti-parti politik.

Justeru, saya menyambut baik peluncuran manifesto Barisan Nasional dan ingin mengambil kesempatan ini untuk membentangkan analisis perbandingan di antara manifesto Rakyat dan Manifesto Barisan Nasional.

TEMA

- Manifesto Barisan Nasional yang bertemakan “Menepati Janji, Membawa Harapan” secara jelas dan tanpa segan silu menciplak tema “Pakatan Harapan Rakyat” yang telah lama diluncurkan oleh Pakatan Rakyat

- Saya mengambil pendekatan positif dan berpendapat bahawa pemikir Barisan Nasional pun menerima hakikat bahawa agenda ekonomi rakyat yang bersabit dengan penurunan harga barang, kempen #Turunkanhargakereta, pendidikan percuma, hapuskan tol dan lain-lain yang dibawa oleh Pakatan Rakyat akhirnya diterima pakai oleh Barisan Nasional

- Ini kerana mereka juga sedar bahawa agenda ekonomi rakyat ini telah menjadi harapan rakyat yang bakal digalaskan kepada kerajaan baru yang dipilih.

- Oleh itu, PRU13 adalah persoalan parti manakah yang lebih wibawa dalam mengotakan harapan rakyat ini – sebab itu Barisan Nasional tidak ada pilihan kecualilah menggunakan perkataan “harapan” seperti mana Pakatan Rakyat, untuk memberi isyarat mereka juga faham dengan harapan yang telah disuarakan rakyat

PENDEKATAN DASAR

- Barisan Nasional kontang idea dan tidak berjaya membawa program baru. Manifesto Barisan Nasional ditulis secara umum, tanpa sasaran khusus yang boleh meyakinkan rakyat berbeza dengan manifesto Rakyat yang jelas mekanisme, tempoh masa dan sasarannya.

- Contohnya, apabila Barisan Nasional berjanji untuk menarik pelaburan bernilai RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang pekerjaan baru – mekanisme dan pelan khusus untuk mencapai sasaran ini tidak dinyatakan, berbeza dengan Manifesto Rakyat yang secara jelas menumpukan usaha menambah kemahiran pelajar lepasan SPM yang tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi untuk mengambil alih satu juta pekerjaan yang kini diusahakan oleh pekerja asing. Strategi mewujudkan peluang pekerjaan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat adalah lebih jelas, berbanding janji kabur yang dibawa Barisan Nasional.

- Semakan ke atas keseluruhan manifesto Barisan Nasional menunjukkan bahawa tidak ada sebarang perubahan dasar ekonomi, politik dan sosial yang akan dilaksanakan untuk mengotakan janji-janji Barisan Nasional.

- Ini bermakna Barisan Nasional masih menggunakan kaedah dan pendekatan yang sama tetapi berharapkan keadaan menjadi lebih baik

- Tanpa perubahan dasar yang merubah struktur ekonomi, politik, pendidikan dan sosial negara, Malaysia akan terus bergelumang dengan rasuah, ketirisan, ketidakcekapan ekonomi, penguasaan monopoli kroni, harga barang yang ditentukan oleh pihak tertentu dan mutu pendidikan yang semakin merosot.

- Manifesto Barisan Nasional akhirnya hanyalah senarai janji-janji tanpa membentangkan kaedah dasar dan pelaksanaan untuk merealisasikan janji-janji itu


PERBANDINGAN PROGAM: KONTANG IDEA BARU, CIPLAK IDEA PAKATAN RAKYAT

- Analisia terhadap janji-janji Barisan Nasional menunjukkan bahawa sebahagian besar dari janji-janji yang dimasukkan bukanlah idea baru, tetapi diciplak dari Pakatan Rakyat atau adalah idea yang sama yang kini digunakan di oleh Barisan Nasional.

- Janji-janji berikut diciplak dari Pakatan Rakyat (walaupun pelaksanaannya tidak akan memenuhi harapan rakyat kerana tidak dilaksanakan sepenuhnya):

1. Menurunkan harga kereta dengan penurunan 20 hingga 30 peratus secara berperingkat

2. Menyeragamkan harga barang keperluan asas di antara Semenanjung dan Sabah Sarawak

3. Menggunakan dana kerajaan melalui penglibatan terus kerajaan untuk menambah rumah mampu milik sebagai usaha mengawal harga rumah

4. Memperbaiki perumahan estet dan memastikan perumahan selesa bagi bekas pekerja estet

5. Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk perumahan rakyat

6. Menambah baik perkhidmatan bas untuk digunakan secara bersepadu untuk mengurangkan penggunaan kenderaan awam

7. Memberikan permit teksi individu
8. Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi (high speed rail)
. Membina Lebuhraya Pan Borneo

10. Mengurangkan bayaran tol secara berperingkat-peringkat

11. Reformasi percukaian untuk mengurangkan beban cukai pendapatan kepada golongan bawahan

12. Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana mengikut peratusan perolehan minyak

13. Peruntukan khas kepada semua jenis sekolah

14. Menawarkan status sekolah bantuan penuh kerajaan bagi sekolah-sekolah Tamil

15. Penekanan kepada pendidikan kemahiran dengan menaiktaraf sekolah vokasional menjadi kolej

16. Menyediakan bantuan kewangan dan peluang pendidikan untuk golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum

17. Mewujudkan mahkamah khas untuk menangani isu-isu tanah pribumi

18. Mewartakan semua tanah adat

19. Menjana pendapatan dari pembangunan tanah wakaf

20. Mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan guru KAFA dengan menyediakan pakej penggajian yang lebih baik

21. Menaikkan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok

22. Memastikan keseimbangan kaum yang lebih adil di dalam perkhidmatan awam

Tindakan Barisan Nasional menciplak idea-idea asal yang sudah pun sinonim dengan Pakatan Rakyat seperti menurunkan harga kereta, menghapuskan tol dan lain-lain mengesahkan bahawa negara mempunyai kewangan yang kukuh selama ini untuk melaksanakan program-program ini.

Alasan yang diberikan selama ini hanyalah dolak-dalih politik, tetapi oleh kerana tekanan yang kuat dari rakyat akhirnya Barisan Nasional tidak ada pilihan lain kecuali menciplak idea-idea ini.

Perbandingan keberkesanan program

Keseluruhan kempen Barisan Nasional kini disandarkan kepada pemberian BR1M yang selepas ini akan dibuat setiap tahun pada kadar yang lebih tinggi, iaitu RM1,200 untuk keluarga dan RM600 untuk individu bujang.

Jumlah ini bersamaan dengan RM100 setiap bulan untuk keluarga dan RM50 sebulan untuk individu bujang, pada ketika Barisan Nasional tidak mengemukakan apa-apa cadangan untuk menurunkan harga barang.

Akhirnya, inflasi dan kenaikan harga barang akan melunturkan kesan pemberian wang terus ini kepada rakyat yang dijangka akan menelas belanja RM7.2 bilion dalam tahun pertama. Mengambil kira pertumbuhan penduduk sebanyak dua peratus secara purata dan inflasi pada kadar purata dua peratus untuk tempoh sedekad dari sekarang, menjelang tahun 2023 jumlah pembayaran BR1M akan mencecah RM11 bilion.

Pendekatan ini kurang bijaksana kerana ia menelan belanja yang besar tanpa mengubah struktur ekonomi, sedangkan peruntukan RM7 bilion hingga RM11 bilion setahun itu lebih berkesan jika digunakan untuk menurunkan harga barang, menghapuskan tol, menurunkan harga kereta dan lain-lain.

Perbandingan janji-janji utama Pakatan Rakyat dan BN

Membantu meredakan tekanan sara hidup – Pakatan Rakyat mencadangkan reformasi menyeluruh untuk merubah struktur ekonomi dengan menghapuskan monopoli yang akan menurunkan harga barang keperluan, berbanding Barisan Nasional yang menawarkan RM100 sebulan

Menurunkan harga kereta – Pakatan Rakyat berjanji menghapuskan terus cukai eksais secara berperingkat supaya harga kereta adalah separuh dari harga sekarang dalam tempoh lima tahun, berbanding Barisan Nasional yang hanya akan memotong cukai sebanyak 20 hingga 30 peratus sahaja secara berperingkat tanpa disebut jangka masanya

Menghapuskan tol – Pakatan Rakyat berjanji menghapuskan tol bermula dengan lebuhraya yang sudah mendapat pulangan modal, berbanding dengan Barisan Nasional yang hanya akan menurunkan tol secara berperingkat tanpa disebut jumlah dan tempoh masanya

Menghapuskan PTPTN dan menawarkan pendidikan percuma – Pakatan Rakyat akan menghapuskan PTPTN dan menawarkan pendidikan percuma, berbanding Barisan Nasional yang tiada cadangan balas

Wanita Malaysia untuk surirumah tidak bekerja – Pakatan Rakyat akan mewujudkan skim caruman seperti KWSP untuk surirumah tidak bekerja dengan caruman minima RM720 setahun, berbanding Barisan Nasional yang tiada cadangan balas

Menurunkan harga minyak – Pakatan Rakyat komited untuk menurunkan harga minyak, berbanding Barisan Nasional yang tiada cadangan balas

Memberikan royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak – Pakatan Rakyat berjanji mengembalikan royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak, berbanding Barisan Nasional yang meneruskan pendekatan membelanjakan wang minyak sebagai peruntukan pusat.
Saya akan terus mengemukakan analisis khusus terhadap isu perumahan, ekonomi dan lain-lain sepanjang minggu ini melalui penulisan dan video agar rakyat dapat membandingkan kedua-dua manifesto.

* Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR

Thursday, April 11, 2013


PRU-13 Diantara Yang Digugurkan:

Nor Mohamed Yakcop, Awang Adek

Hussein, Noh Omar, Mohd Nazri Aziz dan

Tengku Adnan Tengku Mansor.


KUALA LUMPUR: Jika benar kumpulan penyokong tegar Tun Dr Mahathir Mohamad masih berpengaruh dalam Umno, ramai tokoh-tokoh Umno akan hilang kerusi mereka dalam pilihan raya ini.

Antaranya, Nor Mohamed Yakcop, Awang Adek Hussein, Noh Omar, Mohd Nazri Aziz dan Tengku Adnan Tengku Mansor.

Nor Mohamed adalah pemegang kerusi BN untuk Parlimen Tasek Gelugor,  Noh Omar Tanjung Karang, Nazri Aziz Padang Rengas manakala  Tengku Adnan Putrajaya. Awang Adek disebut sebagai calon BN di Bachok.

Mereka dikatakan berada dalam senarai 'Drop list' atau senarai nama yang digugurkan berdasarkan Rocky Bru atau  nama sebenarnya Ahirudin Bin Attan.

Selain drop list, Rocky juga memasukkan nama dua tokoh muda Umno iaitu Reezal Merican
dan Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai orang yang tidak dibenarkan bertanding (NOT ALLOWED TO CONTEST).

Di samping itu, beliau juga menamakan empat tokoh Umno di dalam senarai 'NO MORE OF THESE'

Mereka adalah Abdul Rahim Tamby Chik,  Mohd Isa Samad, Radzi Sheikh Ahmad
dan Syed Hamid Albar.

Berikut adalah senarai penuh mereka yang tidak akan bertanding kali ini menurut Rocky.


DROP LIST:
1.   Nor Mohamed Yakcop
2.   Awang Adek Hussein
3.   Shahrizat Jalil (she already announced not to contest)
4.   Noh Omar
5.   Abdullah Ahmad Badawi
6.   Abdullah Md Zin
7.   Abu Seman Yusop
8.   Azalina Othman
9.   Azmi Khalid
10. Baharum Mohamed
11. Bung Mokhtar Radin
12. Halimah Mohd Sadique
13. Hamim Samuri
14. Ismail Kassim
15. Jamaluddin Jarjis
16. Lilah Yassin
17. Mohd Nazri Aziz
18. Mohd Johari Baharum
19. Mohd Zin Mohamed
20. Rafidah Aziz
21. Rosnah Abdul Rashid Shirlin
22. Tengku Adnan Tengku Mansor
23. Shahrir Samad


NOT ALLOWED TO CONTEST
1.  Reezal Merican
2.  Abdul Azeez Abdul Rahim


NO MORE OF THESE

1.  Abdul Rahim Tamby Chik
2.  Mohd Isa Samad
3.  Radzi Sheikh Ahmad
4.  Syed Hamid

Monday, April 8, 2013

TERHANGAT ! DALANG TUDUHAN LIWAT TERBONGKAR !!!

Skrip bocor lagi Konspirasi jahat Dr Mahathir didedah

Patutlah sakan Sidek Baba kutuk Anwar!!Patutlah sakan Sidek Baba kutuk Anwar!!

Saya mengenali Sidek Baba sejak 1977 bila saya menjadi Mahasiswa Universiti Malaya dan Sidek menjadi AJK Minggu Orientasi-UM.

Kami panggil dia Cikgu Sidek kerana dia sudah dewasa umurnya.Dia senior saya satu tahun sahaja dari segi senioriti di universiti tetapi saya jauh lebih muda dari beliau dari segi umur kerana saya fresh dari sekolah dan terus ke universiti.

Saya mengikuti dari dekat perkembangan kerjaya Sidek. Sidek bercerita bagaimana beliau datang dari keluarga susah. Bermula bekerja sebagai budak pejabat kemudian ambil kelas malam dan lulus SPM. Kemudian ke Maktab Perguruan. Mengajar di sekolah. Kemudian ambil kelas malam. Lulus STPM dan masuk ke Universiti Malaya.

Sidek lembut orangnya. Berbicara dengan bahasa yang baik dan teratur. Beliau bergiat cergas dalam Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM). Diantara yang aktif waktu itu ialah Syed Darwilah, Allahyarham Datuk Nasaruddin Jalil, Dr Oniah dan ramai lagi. Saya terlibat dalam kumpulan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM). Diantara yang aktif ialah Dato’ Rozai Shafian,Bekas Speaker Kedah. Juga Tan Sri Muhammad Mohd Taib Bekas Menteri Besar Selangor.

Sidek juga mengajar di Yayasan Anda, yang terletak di deretan kedai di Pantai Baru betul-betul di depan pintu masuk Universiti Malaya. Sekolah Persendirian yang ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim,Datuk Kamaruddin Mohd Nor,Datuk Kamaruddin Jaafar bagi mambantu anak-anak Melayu yang tercicir dari arus pendidikan. Ramai anak Melayu yang miskin menuntut disini dan ramai yang berjaya dalam hidup. Datuk Zabidi Zainal Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, KPPA adalah bekas pelajar Yayasan Anda.

Semasa di universiti hubungan kami rapat walaupun agak berlainan pendapat dan ideologi politik. Dia Islamis dan saya nasionalis. Bila ada masa terluang sementara menunggu kuliah selanjutnya, Sidek akan bersyarah panjang kepada kami tentang perjuangan Islam dan Anwar Ibrahim. Bagi Sidek, Anwar adalah pemimpin yang akan memimpin umat Melayu menuju ke kemuncak dan mesti berpaksikan Islam. Setiap lima ayat yang diungkapkan oleh Sidek akan ditutup dengan menyebut perkataan “Pak Sheik” bermaksud Anwar Ibrahim. Anwar adalah idola Sidek. Saya amat meluat melihat betapa taksubnya Sidek kepada Anwar.

Anwar selalu masuk kampus dan bercerita tentang dirinya yang terpenjara di Kemunting kerana membela rakyat Baling, Kedah. Hampir setiap minggu ada saja program sebagini yang dianjurkan oleh Sidek dan PMIUM. Dimata kami Sidek adalah Anwar dan Anwar adalah Sidek.

Selepas lulus dari universiti dan menamatkan Diploma Pendidikan saya dilantik menjadi Guru Siswazah. Saya akhirnya menyertai UMNO dan aktif di Cawangan. Sebagai Pegawai Pendidikan Division Satu,saya tidak boleh aktif dihadapan jadi saya bantu dari belakang.

Hubungan saya dengan Sidek berterusan. Bila Anwar menjadi Menteri Pendidikan dan berpejabat di Bandar Baru Damansara, saya ditukarkan ke Kementerian Pendidikan sebagai Ketua Unit.

Adalah menjadi amalan Anwar setiap hari Jumaat Anwar akan berjumpa dengan orang awam,orang kampong, sahabat-sahabat beliau dan sesiapa sahaja tanpa temujanji.Anwar akan jamu tetamu makan nasi bungkus. Amalan ini berterusan hingga beliau meninggalkan Kementerian Pendidikan. Orang yang sentiasa saya jumpa dihampir setiap Jumaat ialah Sidek. Macam-macam yang dia bawa cerita dan bilik saya akan jadi tempat persinggahan beliau samaada sebelum berjumpa Anwar atau selepas jumpa Anwar.

Malah diantara tajuk yang sentiasa dibawa dalam perbincangan kami bagaimana beliau katakan beliau lebih layak menjadi EXCO jika dibandingkan dengan mana-mana EXCO Kerajaan Negeri Melaka dan telah beliau nyatakan beberapa kali kepada Anwar untuk bertanding di Melaka dan menjadi Ketua Menteri Melaka.

Saya memang tidak berminat untuk mendedahkan hal keburukan Sidek pada ramai. Sebagai seorang Pegawai Kerajaan yang telah bersara, saya selesa berihat dan membaca. Tetapi akhir-akhir ini Sidek terlalu ghairah mencaci dan mencerca Anwar. Saya ahli UMNO. Saya juga bukan pengikut Anwar tetapi pembohongan Sidek yang saya anggap keterlaluan mesti dihentikan.



Sidek memang kaki bodek. Kalau bercakap amat lembut dan bahasa bersajak. Orang lain bodoh belaka dan dialah orang paling hebat. Kata-kata manis ini, bagi mereka yang kenal dia, satu penipuan.

Allahyarham Datuk Nasaruddin Jalil pernah beritahu saya bahawa Sidek setiap hari dan malam menelefon beliau untuk lobi Anwar beri biasiswa supaya dia dapat buat Masters. Akhirnya Anwar luluskan. Kemudian lobi Azmin untuk minta Anwar luluskan beliau buat Ph.D Juga dia dapat. Bagi saya itu bukan kesalahan kerana Sidek ingin memperkemaskan dirinya menjadi seorang ilmuan.

Tapi bila melobi kawan-kawan di Selangor dan minta tanah dari Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Menteri Besar Selangor, itu ada sedikit masalah. Muhammad Taib beritahu Nasaruddin dan saya yang dia telah beri tanah ‘prime land’ milik PKNS kepada Sidek tapi Sidek jual tak sampai pun setahun diluluskan. Sidek ambil duit taukeh Cina dan bayar premium kepada PKNS dan lebih dari separuh dia kebas kerana Muhammad Taib jual tanah PKNS kepada Sidek dengan premium yang amat murah. Saya yakin Anwar tahu hal ini. Muhammad Taib pernah menjadi Naib Presiden UMNO dan dia tahu Sidek rapat dengan Anwar.

Sidek waktu itu Timbalan Rektor berulang alik ke pejabat Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri lobi Azmin, lobi semua orang untuk jadi Rektor UIA. Sebenarnya ramai Pensyarah UIA yang lebih senior dari Sidek yang layak jadi Timbalan Rektor. Tapi kerana pressure dari Pejabat Anwar Ibrahim, Sidek dapat jawatan itu.Jawatan Timbalan Rektor. Saya orang UMNO saya juga tidak setuju dengan tindakan Anwar menempatkan Sidek disitu. Sidek ada Ph.D dan kajian akedemik yang beliau lakukan untuk Ph.D ialah berkenaan ‘Institusi Usrah (Study Circle) dalam ABIM. Kita tidak pertikaikan Ph.D nya tapi bidang kajian itu, terlalu cetek untuk dia menjadi Rektor UIA. Bila dia gagal ke jawatan Rektor UIA Sidek amat kecewa.

Bila Pakatan Rakyat merampas Selangor Sidek berjumpa dengan Dr Wan Azizah isteri Anwar untuk melobi ke jawatan Timbalan Naib Canselor UNISEL. Saya jumpa seorang Dekan UNISEL yang dahulunya sama Jabatan dengan saya semasa di Kementerian Pendidikan. Dia kata kami mungkin dapat ketua baru di UNISEL. Sidek Baba akan jadi Timbalan Naib Canselor jika Tuanku Sultan setuju. Baru-baru ini saya dapat tahu orang yang sekat Sidek dari dipertimbangkan ke jawatan itu ialah Anwar Ibrahim sendiri bukan kerana faktor umur atau lain-lain tetapi bagi Anwar Sidek tidak cemerlang. Sidek selepas mendapat Ph.D tidak pernah menulis apa-apa ‘memorable academic paper’ dan tidak ada satu pun academic paper dalam International Journal yang beliau hasilkan.

Bila Dr Mahathir menahan Sidek dibawah ISA selama 14 hari, akibat tercetusnya gerakan reformasi, Sidek cerita segalanya kepada ASP Kamal Pegawai SB yang menyiasat beliau. Sidek mengaku yang dia bersama sekumpulan pelajar-pelajar UIA seramai 18 orang merancang bersama-sama Pemuda UMNO yang diketuai oleh Zahid Hamidi mahu menawan RTM. Sidek yakin rakyat akan bangkit menentang Dr Mahathir kerana ABIM mempunyai ramai anggota dan ahli UMNO yang menyokong Anwar. Sidek pecahkan semua rahsia Gerakan Reformasi kepada polis. Akibat tindakan beliau ramai yang ditahan antaranya: Roslan Kassim, Ezam Mohd Nor, Datuk Kamaruddin Jaafar, Malik Hussin, Datuk Zamri Kadir, dan ramai lagi pelajar UIA yang terlibat tetapi sempat melarikan diri termasuk Dr Yusri Mohamad dan Dr Asyraf Wajdi anak Datuk Dusuki Ahmad.

Sidek tidak ditahan lama malah tidak dibawa ke Kemunting. Beliau dibebaskan setelah bersetuju untuk bekerjasama dengan polis dan menjadi agen polis bagi melumpuhkan Gerakan Reformasi.

Bila saya berjumpa beliau sebulan selepas dibebaskan dari ISA di Hotel Legend Kuala Lumpur beliau kelihatan seperti orang yang baru keluar dari hutan belantara. Mukanya pucat dan wajahnya ketakutan. Bercakap secara berbisik dan ayat yang diungkapkan tidak jejas. Saya faham keadaanya.

Pada satu Jumaat dua bulan yang lalu saya jumpa dia sekali lagi di Masjid di Sentul. Perwatakannya tidak berubah. Bercakap secara berbisik seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena.

Kini baru saya faham kenapa Sidek menyerang Anwar. Kenapa Sidek fitnah Anwar. Mudah sahaja plot dan jalan ceritanya. Sidek satu masa dulu amat yakin kepada perjuangan Anwar. Sidek dapat banyak habuan dari Anwar. Tapi ada lagi yang belum cukup untuk Sidek. Sidek merasakan beliau telah banyak berkorban untu Anwar hingga ditahan dibawah ISA. Bila Anwar kembali berkuasa Anwar gagal membantunya untuk menjadi orang nombor satu di UNISEL. Maknanya Anwar sudah ada penggantinya dan Sidek bukan lagi orang kesayangan Anwar.

Sidek tiada pilihan. Dia sudah berjanji malah amat takut kepada polis. Bila pilihanraya sudah hampir tiba, polis dan Dr Mahathir panggil Sidek dan tagih hutang lama. Sidek tiada pilihan dan terus menjadi kuda yang ditunggang oleh Dr Mahathir dan pemerintah. Sidek kini terperangkap. Ilmu yang dia miliki dicampakkan ke longkang. Iman yang dia ada digadai kerana takutkan manusia yang lemah seperti Dr Mahathir.

Anak buah saya kini berada dalam Kumpulan Khas yang dibentuk oleh Datuk Elias Anor Abdul, bekas Setiausaha Politik Datuk Najib Razak. Sidek adalah salah seorang anggota kumpulan ini yang dibayar gaji sebanyak RM 15,000 sebulan. Kumpulan ini merancang bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim. Itu sahaja. Mereka telah kenal pasti 113 orang yang akan dikumpulan dan digunakan sepenuhnya untuk tujuan ini. Siapa mereka? Mereka adalah kenalan, sahabat karib dan orang yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Mereka dihimpunkan untuk hancurkan Anwar Ibrahim. Pemimpin yang mereka sanjung satu masa dahulu.

Saya bukan penyokong Anwar Ibrahim. Minat saya hanyalah kepada Sidek Baba. Manusia yang rapat dengan saya tetapi jual dirinya kerana dunia. Saya masih ahli UMNO, saya nasionalis bukan Islamis seperti Sidek Baba.

Hj Omar Bin Abdul Rahman
Ipoh Perak.
1 April 2013

Tuesday, April 2, 2013

SINOPSIS: SATU KAJIAN SOSIO-BUDAYA: PERBANDINGAN AMALAN PERUBATAN DAN PENGUBATAN TRADISIONAL MELAYU ISLAM DI MALAYSIA VS PERUBATAN ISLAM SUATU ALTERNATIF YANG BUKAN BERASAS KEPADA KEYAKINAN

Pendahuluan

Selepas empayar Islam yang gemilang mulai lesap, banyak karya perubatan dari zaman Islam mulai muncul dalam bahasa Latin dan mempengaruhi cara pemikiran dan amalan sistem Barat. Semua ahli sejarah moden mengakui bahawa perkembangan ilmu perubatan barat adalah dipengaruhi oleh perubatan muslim. Di Eropah pada abad 14 hingga abad ke 17Masehi, ilmu perubatan Islam telah dikaji dengan bersungguh-sungguh oleh penuntut-penuntut di dalam bidang perubatan dan hanya baru seabad yang lalu iaitu abad ke 19M, perubatan muslim dihapuskan dari kurikulum institusi pelajaran di sekolah dunia barat.


Pada abad tersebut, orang-orang Eropah mula mendakwa bangsa merekalah yang mempelopori dan mengembangkan era dunia moden seperti yang terpapar dan dihibahkan pada hari ini. Mereka mendakwa bahawa Copernicus (1543 M) adalah tokoh pertama dalam lapangan Astronomi, Paracelsus (1541M) adalah tokoh ulung di dalam memperkenalkan perubatan moden dan lain-lain. Kesan lesapnya kegemilangan tamadun Islam juga menular kepada karya-karya ahli perubatan Islam.Didapati banyak karya-karya ini muncul dalam bahasa Latin. Sejumlah 400,000 buah naskhah telah dimusnahkan dan kesemuanya melibatkan pelbagai cabang ilmu termasuk ilmu perubatan.

Penjajah barat telah mengambil beribu-ribu buku dan karya orang-orang Islam dari negara-negara yang dijajah. Oleh kerana itu kita melihat pada hari ini, buku atau karya umat Islam yang terbaik sudah tidak kedapatan di negeri asal mereka, bahkan terbenam di muzium-muzium di barat. Universiti Princeton umpamanya telah mengumpulkan 10,000 manuskrip atau karyawan Islam. Sementara di Escorial, Sepanyol pula sebanyak 15,000 naskhah yang asalnya ditulis oleh umat Islam silam telah dikhazanahkan. (Nizaita Omar 2006)

Tokoh  Perubatan Islam

Ibn Sina. Ibnu Sina merupakan doktor Islam yang terulung. Sumbangannya dalam bidang perubatan bukan sahaja diperakui oleh dunia Islam tetapi juga oleh para sarjana Barat. Nama sebenar Ibnu Sina ialah Abu Ali al-Hussian Ibnu Abdullah. Tetapidi Barat, beliau lebih dikenali sebagai Avicenna.Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 Masihi. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqh, dan perubatan. Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut.Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).

Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fil Tabib telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikansebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universiti Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies for The Heartyang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan danmenghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja. Tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama.

Pengubatan Arab Jahiliyyah

Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab jahiliyyah bukan sahaja mempunyai masalah tauhid dan masalah keharmonian kemasyarakatan, malah mereka juga mempunyai pengetahuan perubatan yang tidak tersusun, jahil serta bercanggah dengan nilai perubatan yang sebenar.
Pelbagai cara perubatan mereka yang bukan sahaja bertentangan dengan akal malah mengandungi unsur-unsur khurafat dan syirik. Antara contohnya;


a). Merawat pesakit yang dipatuk ular atau disengat kalajengking adalah dengan mengalungkan perhiasan emas di lehernya.
b). Apabila anak mendapat bisul maka ditudungkan kepala dengan penapis lalu mengelilingi rumah-rumah kaum mereka untuk mengumpulkan roti dan kurma yang kemudiannya diberikan kepada anjing untuk dimakan supaya anaknya sembuh.
c). Pemberian azimat atau tangkal-tangkal tertentu dalam pelbagai bentuk lalu dikalungkan atau diletak di badan seperti pakaian buruk dan tulang manusia kononnya penyakit itu akibat perbuatan roh jahat. Malah sakit tekak juga ‘dikurniakan’ azimat kepada mereka.
Apabila datangnya Islam maka tradisi perubatan yang tidak masuk akal ini diperangi dengan pelbagai cara melalui ajaran Nabi saw dan hasil ijtihad para sahabatnya.

Pelbagai Doa

Terdapat begitu banyak doa-doa bacaan sebagai salah satu kaedah dalam merawat penyakit dari Nabi saw. Di antara yang paling mahsyur di kalangan umat Islam zaman ini adalah surah al-Fatihah (terdapat dalam Sahih Bukhari no. 2115). Sekiranya anda hendak membeli buku-buku ruqyah ini pastikan ia adalah sabit dari hadith Nabi saw. Biasanya ia terletak di notakaki buku tersebut.
HINDARI buku-buku doa yang tidak diketahui asal-usul doanya. Contohnya seperti terdapat buku-buku doa yang menggambarkan tulisan Arab atau Jawi yang terputus-putus dan disarankan untuk menyalinnya lalu disimpan di dalam dompet sebagai penangkal sihir atau penolak bala. Inilah yang dipanggil tangkal.
Selain itu terdapat juga doa-doa atau kononnya selawat-selawat yang dapat menyembuhkan penyakit, sedangkan Nabi saw tidak pernah mengatakannya malah kelebihannya melampau-lampau pula hingga meninggalkan sunnah Nabi saw yang sahih. Oleh kerana itu saya sarankan pilihlah buku-buku doa yang mempunyai notakaki yang mengatakan dari hadith mana doa itu diambil.

Apakah Ruqyah Itu Memadai?

Sekiranya cukup dengan doa tentulah Rasulullah saw tidak akan mengatakan bahawa madu, kurma, habatussauda dan kandungan makanan lainnya yang mempunyai aspek penyembuhan. Tetapi menerusi penyelidikan terkini umat Islam dan juga bukan Islam mula membuka mata mengenai kehebatan wahyu (sunnah) menerusi lisan Nabi Muhammad saw.

Antara mukjizat ilmu perubatan yang diberi pada Nabi saw seperti hadith lalat, kurma ajwa, kencing unta dan banyak lagi yang mempunyai kesan penyembuhan terhadap penyakit. Sehingga kini ada yang mampu dikaji dan ada yang masih tidak diketahui oleh penyelidik.
Selainnya anda boleh melihat di dalam buku ‘Mengubat Cara Nabi’ karangan ulamak yang terkenal Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyah.

Cara Perubatan Rasulullah saw

Kaedah atau pengubatan yang dilakukan oleh Nabi saw terdapat tiga cara iaitu;
a). Pengubatan secara semulajadi melalui pemakanan dan sebagainya. Jika kita kaitkan pada zaman ini samalah seperti pengambilan ubat-ubatan serta pengambilan pil vitamin dan seumpamanya melalui kajian yang sah.
b). Pengubatan secara ruqyah (doa yang diilhamkan kepada Nabi saw) bagi menghilangkan pelbagai penyakit termasuk penyakit kerohanian.
Dari Anas bin Malik r.a : "Mahukah kamu aku ruqyah dengan ruqyah Rasulullah saw?" ..... Anas r.a berkata : "
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ مُذْهِبَ الْبَاسِ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إِلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا
(Ya Allah Rabb manusia, Dzat yang menghilangkan rasa sakit. Sembuhkanlah sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh. Tidak ada yang dapat menyembuhkan melainkan Engkau iaitu kesembuhan yang tidak akan menyebabkan penyakit lagi)." [5301] Sahih Bukhari
Oleh itu untuk mengamalkan ruqyah ini adalah sunnah. Apabila kita mengamalkan doa atau selawat yang bukan diilhamkan kepada Nabi saw, bererti seolah-olah kita mengangkat perkataan orang lain lebih dari Nabi saw dan meninggalkan sunnah yang sahih seperti ini.
c). Pengubatan yang menggabungkan kedua-duanya. Sebenarnya inilah kaedahnya yang sebenar tetapi saya mengasingkannya atau menyusunnya supaya mudah dibaca dan difahami.

Sifat-sifat  Pengamal/Doktor Muslim

1. Hendaklah bersifat lemah lembut dan bijak, cekap,
2. Pantas membuat keputusan, cepat berpindah dari tidak tahu kepada tahu. Tidak ada pembantu perubatan yang boleh berhati lembut sekiranya ia gagal mengenali kemuliaan jiwa manusia, ia tidak menjadi bijak kecuali ia mengetahui logik, ia tidak boleh cekap kecuali ia dikuatkan dengan pertolongan ALLAH. Jika ia tidak cekap mengagak ia tidak akan dapat mengenali penyakit…” Modified from: Nizam-i-Arudi. Chahar Maqaal. Terjemahan E.G. Browne, Jilid XI, ms76

3. Doktor muslim vs bukan muslim Mempercayai kematian Menghormati pesakit Bergantung kepada Allah sebagai sumber penyembuh

4. Skop teknologi biomedik Kawalan penduduk - alat-alat pencegah kehamilan Menamatkan nyawa -pengguguran, euthanasia, dll Pelanjutan umur - pindahan organ, organ-organ palsu, alat2 pernafasan, perentak jantung, dll Pemilihan seks & pembedahan pertukaran seks Membaiki mutu kehidupan melalui penapisan genetik, kejuruteraan genetik, permanian artifisial, bank mani Masalah kesuburan - persenyawaan tabung uji, ibu surogat, dll Percubaan/kajian melibatkan manusia Pengawalan kelakuan dengan kaedah pembedahan psiko/psikoterapi dadah.

5. Apakah hukum menggunakan ubat yang diperbuat daripada bahan asal BABI? - Contoh: Clexane – rawatan jantung koronari/ Menomune – vaksin meningococcal
.
6. Hukum mendapat rawatan WAJIB: Imam Syafie, Hambali & Ibnu Taimiyah SUNAT HARUS: jumhur fuqahak & imam2 mahzab Mana satu lebih afdal? Mendapatkan rawatan atau bersabar




7. Pendapat bersabar itu lebih afdal Hadis Ibnu Abbas Kisah seorang jariah yang ditimpa penyakit sawan memohon Rasululullah SAW berdoa untuknya Rasulullah SAW bersabda: “ Kalau engkau mahu bersabar, bagi engkau syurga. Jika engkau mahu, aku boleh doakan supaya Allah menyembuhkan penyakit engkau” Berdasarkan tindakan sebahagian para sahabat yang lebih rela bersabar seperti Ubay bin Kaab & Abu Dzar r.a


8. Pendapat lain Imam Al Ghazali (Kitab Ihya Ulumuddin) menolak pendapat “tidak berubat adalah lebih afdal dalam semua keadaan” Dr. Yusuf Al Qardawi – wajib mendapatkan rawatan apabila kesakitan bersangatan & ubat adalah mujarab serta mengikut sunah ALLAH s.w.t, harapan untuk sembuh masih ada Rasulullah s.a.w sendiri berubat & baginda juga menyuruh sahabat2 baginda berubat – Ibnu Qaiyum dlm Zaadul Ma’aad.


9. Kesimpulan Hukum mendapatkan rawatan/mencari ubat untuk mengubati sesuatu penyakit sekiranya pesakit masih ada harapan untuk sembuh adalah wajib atau sunat Tetapi apabila penyakit itu sudah tiada harapan untuk sembuh mengikut sunnah Allah berdasarkan hukum sebab dan musabab dan pendapat doktor pakar, maka tidak ada seorang pun yang mengatakan hukumnya adalah sunah apatah lagi wajib.

Perubatan Islam Yang Salah @ Pengubatan Islam Jahiliyyah

Umat Islam telah mula meniru kembali kaedah-kaedah perubatan Arab Jahiliyyah sebelum kedatangan Islam. Paling buruk ia dilakukan oleh orang yang kononnya digelar sebagai ahli agama sedangkan ia ahli hawa nafsu yang mengaut untung dan mengambil kesempatan terhadap orang lain, antaranya;

a). Menziarah kubur untuk meminta kesembuhan. Baru-baru ini kita melihat mengenai orang yang menziarahi Pulau Besar di Melaka. Walaupun lisan kita mengatakan hanya Allah yang menyembuhkan, tetapi perbuatan kita ke sana atas tujuan ‘usaha’ itu adalah salah. Inilah konsep perantaraan yang jatuh kepada syirik. Maksudnya kita tidak yakin akan kekuasaan Allah yang memakbulkan doa kita dan perlu ke tempat ‘keramat’ seperti itu untuk meminta hajat.

b). Air zam-zam yang dibacakan tiga puluh juz Al-Quran. Perkara ini sangat menghairankan kerana apakah tidak cukup keberkatan air zam-zam itu sehingga kita ingin menambah ‘berkah’ kepada air zam-zam tersebut dengan bacaan ayat Al-Quran? Konsepnya, dari mana datang keberkatan? Semuanya dari Allah, apakah kita meragui? Para ahli ilmu tidak akan tertipu, sasaran mereka hanya kepada umat Islam yang jahil.

c). Mempercayai bomoh yang bergelar ustaz. Ada seseorang yang menceritakan kepada saya bahawa ia menjumpai seorang ‘ustaz’ dan meminta supaya disembuhkan penyakitnya. ‘Ustaz’ itu kemudiannya memberikan beberapa paku yang dibaca doa dan ayat Al-Quran untuk diletakkan di pintu rumah. Apakah paku itu boleh menyembuhkan penyakit? Ini sihir dan syirik.

d). Pembedahan batin. Kaedah ini dilakukan oleh para penyihir yang bekerjasama dengan syaitan dari golongan jin. Mereka yang mendatangi penyihir ini samalah seperti mendatangi bomoh.

e). Zikir amalan yang bertentangan dengan zikir Nabi saw dan SALAHGUNA ayat-ayat Al-Quran. Antara tujuan zikir ini bukan sahaja untuk tujuan menyembuh penyakit malah untuk tujuan seperti untuk bertemu jodoh, zikir menjadi halimunan, zikir menjadi kebal dan sebagainya.

f). Pemetaan genom yang kononnya apabila dapat dikumpul genom dan memahaminya maka manusia akan bebas dari segala penyakit (mungkin saja ini salah satu dari fitnah dajjal). Ini syirik. Islam tidak melarang pengkajian genetik untuk memberi manfaat tetapi perlu didasari dengan syariat dan bukan mengatasi syariat.
Allah yang mendatangkan penyakit dan hanya Allah yang menyembuhkan. Sakit itu perkara biasa kerana ia menghapus dosa atau menaikkan darjat seseorang.

Hendaklah kita meyakini bahawa penawar atau penyembuh bagi setiap penyakit di dalam Islam hanyalah dari Allah. Namun bukanlah bermakna kita perlu berpeluk tubuh dan kononnya bertawakal tanpa berusaha, sebaliknya ia satu motivasi di dalam diri untuk mencegah dan mencari penawar dengan mengamalkan sunnah Nabi saw. Disamping itu ia dapat menghasilkan rasa harap, takut dan berserah diri kepada tempat meminta segala pertolongan (Allah).

Kesimpulan

Perubatan Islam sebenarnya adalah sistem perubatan yang sah dan sama dengan asas perubatan atau ilmu kedoktoran masa kini melalui kajian-kajian empirik. Malah perubatan Islam bukan sahaja melalui perubatan sains semata-mata, malah ia tetap berpegang dan meletakkan wahyu (Al-Quran dan Al-Sunnah) di peringkat paling atas. Ini bermakna perubatan yang bertentangan dengan syariat adalah ditolak.
Adapun sabdaan Nabi saw mengenai kandungan-kandungan pemakanan adalah wahyu dan kita sebagai umatnya perlu jadikan ia satu motivasi untuk mengkajinya dan memberi kemanfaatan kepada umat Islam dan manusia seluruhnya. Ilmu yang bermanfaat akan mendapat pahala yang berterusan, oleh itu berusahalah.
Dari Jabir bin Abdullah r.a : Rasulullah saw bersabda: "Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila ditemukan ubat yang tepat untuk suatu penyakit, maka akan sembuhlah penyakit itu dengan izin Allah 'azza wajalla." [4084] Sahih Muslim

Punca salah faham mengenai perubatan Islam ini kerana tidak memahami makna iman dengan betul. Perbaharuilah syahadah kita setiap hari dan berdoa moga dihindarkan bukan sahaja pada diri sendiri malah keselamatan ahli keluarga, jiran tetangga dan seluruh umat Islam dari fitnah yang merosakkan akidah ini.

Belajarlah ilmu tauhid yang sebenar, BACALAH dan tanyalah kepada mereka yang mengetahui.
Kembalilah kepada tauhid yang benar sebelum membicarakan mengenai hukum-hukum perubatan Islam yang lain.

Rujukan:

Terjemahan Al-Quran Al-Karim. Al-Hidayah House of Qur’an Sdn. Bhd.Batu Cave, Selangor, 2009
Sahih Al-Bukhary. Tahqiq, Zaid bin Sabry Ibnu Abi ‘Alfah,  دار طويق للنشر والتوزيع   Cetakan Kedua, Riyadh 2011.
Sahih Muslim {Terjemahan). KH Adib Bisri Musthofa, Victory Agencie, 1994.
Ibn Sina. القانون والطبيب. Rome,  1593
Modified from: Nizam-i-Arudi. Chahar Maqaal. Terjemahan E.G. Browne, Jilid XI, ms76
Al-Jauziyyah, Ibnu Al-Qayyim, Imam. الظب النبوي , Maktabah Dar al-Bayan, Cetakan Keempat , Beirut Damsyik 2007.
Ahmad, Yusuf Al-Hajj. Islamic Medicine {Terjemahan Nasiruddin al-Khattab (Canada). Darussalam, Riyadh, New York, London 2010.
Abu Khalil, Shauqi Dr. Atlas of The Qur’an. Maktabah Darussalam Riyadh, London, New York 2003.
Al-Jauziyah, Ibnu Al-Qayyim, Imam. Terjemahan “Healing With The Medicine of The Prophet  SAW”, Jalal Abual Rub, Maktabah Darussalam, Riyadh, New York, London 2010.