Selepas empayar Islam yang gemilang mulai lesap, banyak
karya perubatan dari zaman Islam mulai muncul dalam bahasa Latin dan
mempengaruhi cara pemikiran dan amalan sistem Barat. Semua ahli sejarah moden
mengakui bahawa perkembangan ilmu perubatan barat adalah dipengaruhi oleh
perubatan muslim. Di Eropah pada abad 14 hingga abad ke 17Masehi, ilmu
perubatan Islam telah dikaji dengan bersungguh-sungguh oleh penuntut-penuntut
di dalam bidang perubatan dan hanya baru seabad yang lalu iaitu abad ke 19M,
perubatan muslim dihapuskan dari kurikulum institusi pelajaran di sekolah dunia
barat.
Pada abad tersebut, orang-orang Eropah mula mendakwa bangsa
merekalah yang mempelopori dan mengembangkan era dunia moden seperti yang
terpapar dan dihibahkan pada hari ini. Mereka mendakwa bahawa Copernicus (1543
M) adalah tokoh pertama dalam lapangan Astronomi, Paracelsus (1541M) adalah
tokoh ulung di dalam memperkenalkan perubatan moden dan lain-lain. Kesan
lesapnya kegemilangan tamadun Islam juga menular kepada karya-karya ahli
perubatan Islam.Didapati banyak karya-karya ini muncul dalam bahasa Latin.
Sejumlah 400,000 buah naskhah telah dimusnahkan dan kesemuanya melibatkan
pelbagai cabang ilmu termasuk ilmu perubatan.
Penjajah barat telah mengambil beribu-ribu buku dan karya
orang-orang Islam dari negara-negara yang dijajah. Oleh kerana itu kita melihat
pada hari ini, buku atau karya umat Islam yang terbaik sudah tidak kedapatan di
negeri asal mereka, bahkan terbenam di muzium-muzium di barat. Universiti
Princeton umpamanya telah mengumpulkan 10,000 manuskrip atau karyawan Islam.
Sementara di Escorial, Sepanyol pula sebanyak 15,000 naskhah yang asalnya ditulis
oleh umat Islam silam telah dikhazanahkan. (Nizaita Omar 2006)
Tokoh Perubatan
Islam
Ibn Sina. Ibnu Sina merupakan doktor Islam yang
terulung. Sumbangannya dalam bidang perubatan bukan sahaja diperakui oleh dunia
Islam tetapi juga oleh para sarjana Barat. Nama sebenar Ibnu Sina ialah Abu Ali
al-Hussian Ibnu Abdullah. Tetapidi Barat, beliau lebih dikenali sebagai
Avicenna.Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980
Masihi. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan
sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri,
logik, matematik, sains, fiqh, dan perubatan. Walaupun Ibnu Sina menguasai
pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam
bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu
tersebut.Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit
Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain.
Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga
beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).
Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fil Tabib telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikansebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universiti Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies for The Heartyang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan danmenghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja. Tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama.
Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fil Tabib telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikansebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universiti Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies for The Heartyang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan danmenghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja. Tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama.
Pengubatan Arab Jahiliyyah
Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab jahiliyyah bukan
sahaja mempunyai masalah tauhid dan masalah keharmonian kemasyarakatan, malah
mereka juga mempunyai pengetahuan perubatan yang tidak tersusun, jahil serta
bercanggah dengan nilai perubatan yang sebenar.
Pelbagai cara perubatan mereka yang bukan sahaja
bertentangan dengan akal malah mengandungi unsur-unsur khurafat dan syirik.
Antara contohnya;
a). Merawat pesakit yang dipatuk ular atau disengat
kalajengking adalah dengan mengalungkan perhiasan emas di lehernya.
b). Apabila anak mendapat bisul maka ditudungkan kepala
dengan penapis lalu mengelilingi rumah-rumah kaum mereka untuk mengumpulkan
roti dan kurma yang kemudiannya diberikan kepada anjing untuk dimakan supaya
anaknya sembuh.
c). Pemberian azimat atau tangkal-tangkal tertentu dalam
pelbagai bentuk lalu dikalungkan atau diletak di badan seperti pakaian buruk
dan tulang manusia kononnya penyakit itu akibat perbuatan roh jahat. Malah
sakit tekak juga ‘dikurniakan’ azimat kepada mereka.
Apabila datangnya Islam maka tradisi perubatan yang tidak
masuk akal ini diperangi dengan pelbagai cara melalui ajaran Nabi saw dan hasil
ijtihad para sahabatnya.
Pelbagai Doa
Terdapat begitu banyak doa-doa bacaan sebagai salah satu
kaedah dalam merawat penyakit dari Nabi saw. Di antara yang paling mahsyur di
kalangan umat Islam zaman ini adalah surah al-Fatihah (terdapat dalam Sahih
Bukhari no. 2115). Sekiranya anda hendak membeli buku-buku ruqyah ini pastikan
ia adalah sabit dari hadith Nabi saw. Biasanya ia terletak di notakaki buku
tersebut.
HINDARI buku-buku doa yang tidak diketahui asal-usul doanya.
Contohnya seperti terdapat buku-buku doa yang menggambarkan tulisan Arab atau
Jawi yang terputus-putus dan disarankan untuk menyalinnya lalu disimpan di
dalam dompet sebagai penangkal sihir atau penolak bala. Inilah yang dipanggil
tangkal.
Selain itu terdapat juga doa-doa atau kononnya
selawat-selawat yang dapat menyembuhkan penyakit, sedangkan Nabi saw tidak
pernah mengatakannya malah kelebihannya melampau-lampau pula hingga
meninggalkan sunnah Nabi saw yang sahih. Oleh kerana itu saya sarankan pilihlah
buku-buku doa yang mempunyai notakaki yang mengatakan dari hadith mana doa itu
diambil.
Apakah Ruqyah Itu Memadai?
Sekiranya cukup dengan doa tentulah Rasulullah saw tidak
akan mengatakan bahawa madu, kurma, habatussauda dan kandungan makanan lainnya
yang mempunyai aspek penyembuhan. Tetapi menerusi penyelidikan terkini umat
Islam dan juga bukan Islam mula membuka mata mengenai kehebatan wahyu (sunnah)
menerusi lisan Nabi Muhammad saw.
Antara mukjizat ilmu perubatan yang diberi pada Nabi saw
seperti hadith lalat, kurma ajwa, kencing unta dan banyak lagi yang mempunyai
kesan penyembuhan terhadap penyakit. Sehingga kini ada yang mampu dikaji dan
ada yang masih tidak diketahui oleh penyelidik.
Selainnya anda boleh melihat di dalam buku ‘Mengubat Cara
Nabi’ karangan ulamak yang terkenal Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyah.
Cara Perubatan Rasulullah saw
Kaedah atau pengubatan yang dilakukan oleh Nabi saw terdapat
tiga cara iaitu;
a). Pengubatan secara semulajadi melalui pemakanan dan
sebagainya. Jika kita kaitkan pada zaman ini samalah seperti pengambilan
ubat-ubatan serta pengambilan pil vitamin dan seumpamanya melalui kajian yang
sah.
b). Pengubatan secara ruqyah (doa yang diilhamkan kepada
Nabi saw) bagi menghilangkan pelbagai penyakit termasuk penyakit kerohanian.
Dari Anas bin Malik r.a : "Mahukah kamu aku ruqyah
dengan ruqyah Rasulullah saw?" ..... Anas r.a berkata : "
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ مُذْهِبَ الْبَاسِ
اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إِلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا
(Ya Allah Rabb manusia, Dzat yang menghilangkan rasa sakit.
Sembuhkanlah sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh. Tidak ada yang dapat
menyembuhkan melainkan Engkau iaitu kesembuhan yang tidak akan menyebabkan
penyakit lagi)." [5301] Sahih Bukhari
Oleh itu untuk mengamalkan ruqyah ini adalah sunnah. Apabila
kita mengamalkan doa atau selawat yang bukan diilhamkan kepada Nabi saw,
bererti seolah-olah kita mengangkat perkataan orang lain lebih dari Nabi saw
dan meninggalkan sunnah yang sahih seperti ini.
c). Pengubatan yang menggabungkan kedua-duanya. Sebenarnya
inilah kaedahnya yang sebenar tetapi saya mengasingkannya atau menyusunnya
supaya mudah dibaca dan difahami.
Sifat-sifat
Pengamal/Doktor Muslim
1. Hendaklah bersifat lemah lembut
dan bijak, cekap,
2. Pantas membuat keputusan, cepat berpindah dari tidak tahu
kepada tahu. Tidak ada pembantu perubatan yang boleh berhati lembut sekiranya
ia gagal mengenali kemuliaan jiwa manusia, ia tidak menjadi bijak kecuali ia
mengetahui logik, ia tidak boleh cekap kecuali ia dikuatkan dengan pertolongan
ALLAH. Jika ia tidak cekap mengagak ia tidak akan dapat mengenali penyakit…”
Modified from: Nizam-i-Arudi. Chahar Maqaal. Terjemahan E.G. Browne, Jilid XI,
ms76
3. Doktor muslim vs bukan muslim Mempercayai kematian Menghormati
pesakit Bergantung kepada Allah sebagai sumber penyembuh
4. Skop teknologi biomedik Kawalan penduduk - alat-alat
pencegah kehamilan Menamatkan nyawa -pengguguran, euthanasia, dll Pelanjutan
umur - pindahan organ, organ-organ palsu, alat2 pernafasan, perentak jantung,
dll Pemilihan seks & pembedahan pertukaran seks Membaiki mutu kehidupan
melalui penapisan genetik, kejuruteraan genetik, permanian artifisial, bank
mani Masalah kesuburan - persenyawaan tabung uji, ibu surogat, dll
Percubaan/kajian melibatkan manusia Pengawalan kelakuan dengan kaedah
pembedahan psiko/psikoterapi dadah.
5. Apakah hukum menggunakan ubat yang diperbuat daripada
bahan asal BABI? - Contoh: Clexane – rawatan jantung koronari/ Menomune –
vaksin meningococcal
.
6. Hukum mendapat rawatan WAJIB: Imam Syafie, Hambali &
Ibnu Taimiyah SUNAT HARUS: jumhur fuqahak & imam2 mahzab Mana satu lebih
afdal? Mendapatkan rawatan atau bersabar
7. Pendapat bersabar itu lebih afdal Hadis Ibnu Abbas Kisah
seorang jariah yang ditimpa penyakit sawan memohon Rasululullah SAW berdoa
untuknya Rasulullah SAW bersabda: “ Kalau engkau mahu bersabar, bagi engkau
syurga. Jika engkau mahu, aku boleh doakan supaya Allah menyembuhkan penyakit
engkau” Berdasarkan tindakan sebahagian para sahabat yang lebih rela bersabar
seperti Ubay bin Kaab & Abu Dzar r.a
8. Pendapat lain Imam Al Ghazali (Kitab Ihya Ulumuddin)
menolak pendapat “tidak berubat adalah lebih afdal dalam semua keadaan” Dr.
Yusuf Al Qardawi – wajib mendapatkan rawatan apabila kesakitan bersangatan
& ubat adalah mujarab serta mengikut sunah ALLAH s.w.t, harapan untuk
sembuh masih ada Rasulullah s.a.w sendiri berubat & baginda juga menyuruh
sahabat2 baginda berubat – Ibnu Qaiyum dlm Zaadul Ma’aad.
9. Kesimpulan Hukum mendapatkan rawatan/mencari ubat untuk
mengubati sesuatu penyakit sekiranya pesakit masih ada harapan untuk sembuh
adalah wajib atau sunat Tetapi apabila penyakit itu sudah tiada harapan untuk
sembuh mengikut sunnah Allah berdasarkan hukum sebab dan musabab dan pendapat
doktor pakar, maka tidak ada seorang pun yang mengatakan hukumnya adalah sunah
apatah lagi wajib.
Perubatan Islam Yang Salah @ Pengubatan Islam Jahiliyyah
Umat Islam telah mula meniru kembali kaedah-kaedah perubatan
Arab Jahiliyyah sebelum kedatangan Islam. Paling buruk ia dilakukan oleh orang
yang kononnya digelar sebagai ahli agama sedangkan ia ahli hawa nafsu yang
mengaut untung dan mengambil kesempatan terhadap orang lain, antaranya;
a). Menziarah kubur untuk meminta kesembuhan. Baru-baru ini
kita melihat mengenai orang yang menziarahi Pulau Besar di Melaka. Walaupun
lisan kita mengatakan hanya Allah yang menyembuhkan, tetapi perbuatan kita ke
sana atas tujuan ‘usaha’ itu adalah salah. Inilah konsep perantaraan yang jatuh
kepada syirik. Maksudnya kita tidak yakin akan kekuasaan Allah yang memakbulkan
doa kita dan perlu ke tempat ‘keramat’ seperti itu untuk meminta hajat.
b). Air zam-zam yang dibacakan tiga puluh juz Al-Quran.
Perkara ini sangat menghairankan kerana apakah tidak cukup keberkatan air
zam-zam itu sehingga kita ingin menambah ‘berkah’ kepada air zam-zam tersebut
dengan bacaan ayat Al-Quran? Konsepnya, dari mana datang keberkatan? Semuanya
dari Allah, apakah kita meragui? Para ahli ilmu tidak akan tertipu, sasaran
mereka hanya kepada umat Islam yang jahil.
c). Mempercayai bomoh yang bergelar ustaz. Ada seseorang
yang menceritakan kepada saya bahawa ia menjumpai seorang ‘ustaz’ dan meminta
supaya disembuhkan penyakitnya. ‘Ustaz’ itu kemudiannya memberikan beberapa
paku yang dibaca doa dan ayat Al-Quran untuk diletakkan di pintu rumah. Apakah
paku itu boleh menyembuhkan penyakit? Ini sihir dan syirik.
d). Pembedahan batin. Kaedah ini dilakukan oleh para
penyihir yang bekerjasama dengan syaitan dari golongan jin. Mereka yang
mendatangi penyihir ini samalah seperti mendatangi bomoh.
e). Zikir amalan yang bertentangan dengan zikir Nabi saw dan
SALAHGUNA ayat-ayat Al-Quran. Antara tujuan zikir ini bukan sahaja untuk tujuan
menyembuh penyakit malah untuk tujuan seperti untuk bertemu jodoh, zikir
menjadi halimunan, zikir menjadi kebal dan sebagainya.
f). Pemetaan genom yang kononnya apabila dapat dikumpul
genom dan memahaminya maka manusia akan bebas dari segala penyakit (mungkin
saja ini salah satu dari fitnah dajjal). Ini syirik. Islam tidak melarang
pengkajian genetik untuk memberi manfaat tetapi perlu didasari dengan syariat
dan bukan mengatasi syariat.
Allah yang mendatangkan penyakit dan hanya Allah yang
menyembuhkan. Sakit itu perkara biasa kerana ia menghapus dosa atau menaikkan
darjat seseorang.
Hendaklah kita meyakini bahawa penawar atau penyembuh bagi setiap
penyakit di dalam Islam hanyalah dari Allah. Namun bukanlah bermakna kita perlu
berpeluk tubuh dan kononnya bertawakal tanpa berusaha, sebaliknya ia satu
motivasi di dalam diri untuk mencegah dan mencari penawar dengan mengamalkan
sunnah Nabi saw. Disamping itu ia dapat menghasilkan rasa harap, takut dan
berserah diri kepada tempat meminta segala pertolongan (Allah).
Kesimpulan
Perubatan Islam sebenarnya adalah sistem perubatan yang sah
dan sama dengan asas perubatan atau ilmu kedoktoran masa kini melalui
kajian-kajian empirik. Malah perubatan Islam bukan sahaja melalui perubatan
sains semata-mata, malah ia tetap berpegang dan meletakkan wahyu (Al-Quran dan
Al-Sunnah) di peringkat paling atas. Ini bermakna perubatan yang bertentangan
dengan syariat adalah ditolak.
Adapun sabdaan Nabi saw mengenai kandungan-kandungan
pemakanan adalah wahyu dan kita sebagai umatnya perlu jadikan ia satu motivasi
untuk mengkajinya dan memberi kemanfaatan kepada umat Islam dan manusia
seluruhnya. Ilmu yang bermanfaat akan mendapat pahala yang berterusan, oleh itu
berusahalah.
Dari Jabir bin Abdullah r.a : Rasulullah saw bersabda:
"Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila ditemukan ubat yang tepat untuk
suatu penyakit, maka akan sembuhlah penyakit itu dengan izin Allah 'azza wajalla."
[4084] Sahih Muslim
Punca salah faham mengenai perubatan Islam ini kerana tidak
memahami makna iman dengan betul. Perbaharuilah syahadah kita setiap hari dan
berdoa moga dihindarkan bukan sahaja pada diri sendiri malah keselamatan ahli
keluarga, jiran tetangga dan seluruh umat Islam dari fitnah yang merosakkan
akidah ini.
Belajarlah ilmu tauhid yang sebenar, BACALAH dan tanyalah kepada mereka yang mengetahui.
Belajarlah ilmu tauhid yang sebenar, BACALAH dan tanyalah kepada mereka yang mengetahui.
Kembalilah kepada tauhid yang benar sebelum membicarakan
mengenai hukum-hukum perubatan Islam yang lain.
Rujukan:
Terjemahan Al-Quran Al-Karim.
Al-Hidayah House of Qur’an Sdn. Bhd.Batu Cave, Selangor, 2009
Sahih Al-Bukhary. Tahqiq, Zaid
bin Sabry Ibnu Abi ‘Alfah, دار طويق للنشر والتوزيع Cetakan Kedua, Riyadh 2011.
Sahih Muslim {Terjemahan). KH
Adib Bisri Musthofa, Victory Agencie, 1994.
Ibn Sina. القانون والطبيب. Rome, 1593
Modified from: Nizam-i-Arudi.
Chahar Maqaal. Terjemahan E.G. Browne, Jilid XI, ms76
Al-Jauziyyah, Ibnu Al-Qayyim,
Imam. الظب النبوي , Maktabah Dar al-Bayan, Cetakan Keempat , Beirut Damsyik 2007.
Ahmad, Yusuf Al-Hajj. Islamic Medicine {Terjemahan Nasiruddin
al-Khattab (Canada). Darussalam, Riyadh, New York, London 2010.
Abu Khalil, Shauqi Dr. Atlas of The Qur’an. Maktabah Darussalam
Riyadh, London, New York 2003.
Al-Jauziyah, Ibnu Al-Qayyim, Imam. Terjemahan “Healing With The
Medicine of The Prophet SAW”, Jalal
Abual Rub, Maktabah Darussalam, Riyadh, New York, London 2010.
No comments:
Post a Comment