Tuesday, November 5, 2013

Bajet 2014 dari Mimbar Masjid.


Kepada tok2 khatib yang mengupas mengenai bajet 2014, ana ingin sampaikan kepada antum beberapa pesan dari pengundi ana di kawasan parlimen Raub. Mereka ini orang kampong- pemikiran tidaklah se-sofistikated macam tok khatib zaman sains danteknocoli ini. Mereka menyuruh ana sampaikan kepada kerajaan untuk dihebahkan dalam khutbah2 supaya tolong naikkan harga garam tinggi2- barang jangan diuzurkan. Hendaklah kerajaan berbuat yang demikian itu- sebab bila garam mahal, shahadan orang akan kurang makan garam dan boleh kurangkan darah tinggi.
Demikian juga, elok sangat disamakan harga kambing dengan harga lembu wagyu sebab makan daging kambing berlebihan akan mendatangkan darah tinggi. Kemudian untuk mengurangkan kematian, tolonglah, jangan tidak dapat tidak, naikkan harga kain kafan supaya lambatkan kematian. Harga beras pun kalau boleh, naikkan dua kali ganda sebab makan beras terlalu banyak mendatangkan kencing manis. Ini penyelsaiani mekanisma system pasaran bebas ala UMNO.
Tapi dalam PRK Sungai LImau- UMNO rupa2 nya mahukan rakyat mendapat kencing manis. Harga gula yang sepatutnya jadi RM2.84sen sekilo, dijual pada harga RM1.00 sekilo. Bukankah semua pemimpin kerajaan menyatakan penarikan sabdidi 34 sen adalah kerana mahu menyelamatkan rakyat dari penyakit kencing manis?
Wah- hebat sungguh. Tok khatib menceritakan mengenai GST! Jee Ess Tee. Tok2 Khatib yang membaca khutbah mengenai GST ini tahu kah apa yang mereka ucapkan? Kedua, penyampaian perkara yang terang2 bersifat politik ini tidak mengapa pula jika dilakukan oleh masjid2 yang dikuasai oleh UMNO. Jika demikian, kalau ada tok khatib yang menyampaikan penentangan kepada GST dan menyebut bahawa bajet yang Najib sampaikan menderitakan rakyat bagaimana?
Bila tok khatib dah bercakap mengenai dasar2 dan langkah kerajaan, ini tandanya, zaman kerajaan rasa dia tahu segala galanya sudah pun bermula. Jadi Najib membohongi rakyat bila dalam tahun 2008 dia istihar zaman kerajaan knows best sudah berakhir. Penggubalan undang2 seperti PCA dan tahanan tanpa bicara serta undang2 membolehkan kerajaan mengintip perbualan talipon- ini semua menandakan kerajaan sudah jadi Abang Besar 1984 seperti yang diceritakan oleh George Orwell.
Bila tok khatib sebarkan kepada makmum, melalui pendakyahan tersebut, kerajaan membentuk fikiran dan persepsi. Bila persepsi dikawal oleh kerajaan, yang jahat dikatakan baik yang baik boleh digambarkan sebagai kejahatan.
Bayaran sabsidi kepada rakyat dalam pelbagai bentuk yang suka sangat diungkit ungkit oleh para pembesar negara yang berjumlah RM40 billion setahun- diperlihatkan sebagai pengorbanan yang amat besar. Ianya mesti disyukuri oleh rakyat dan diucapi terima kasih. Tapi pemberian konsesi minyak, monopoli penyiaran TV, monopoli bekalan lerik, bekalan air dan pemberian lesen2 kepada kroni, didiamkan oleh kerajaan. penurunan cukai korporat dan pemberian konsesi pada harga minima, didiamkan oleh kerajaan.
Pendakyahan melalui mimbar masjid merupakan satu lagi strateji kumpulan 20% teratas menguasai minda rakyat. Melalui mimbar2,  golongan 20% teratas menggambarkan bahawa kepentingan golongan bawahan adalah kepentingan mereka juga. Bahawa mereka melakukan semua nya dan berkorban jiwa dan raga adalah untuk rakyat jelata. Maka belanja RM40 billion adalah pengorbanan besar, tapi pemberian lesen, monopoli, penjualan asset negara pada harga yang minima, bukan pengobanan besar.
Kalau kita teliti Household Income Survey 2012, kita dapati trend yang sama semenjak puluhan tahun. Kumpulan 20% teratas menguasai 50% pendapatan. 40% yang terbawah berkongsian 14% pendapatan. Ini pun saya sangsi. Saya rasa angka yang lebih realistik ialah 20% teratas menguasai 80% pendapatan. Perkara ini tidak pula disyiarkan oleh tok2 khatib kita.
Kita rakyat biasa sebetulnya tidak menyedari jurang antara yang kaya dengan yang miskin sebab yang miskin takkan bercampur dengan yang kaya. Mustahil cerita dan aktiviti harian orang di Kampong2 Raub diperihalkan dalam Majalah Malaysia Tatler! Enggang sama enggang, pipit sama pipit.
Yang berlaku sekarang , golongan 5% teratas yang memimpin kumpulan 20% teratas lebih bijak menggunakan teknoloji dan sumber2 pembentukan minda rakyat. Antara nya gunakan mimbar masjid.
UMNO bukannya ada monopoli keatas kebenaran. Bagaimana jika mulai sekarang, banyak masjid menyampaikan penyelewengan yang berlaku seperti yang terkandung dalam lapuran ketua odit negara? Atau menceritakan bahawa jurang antara kaya dengan miskin semakin meluas?
Bagaimana pula hutang kerajaan? ustaz saya cerita, kalau hendak naik haji, hutang tak bayar tak boleh pergi haji. Jadi kerajaan belum jelaskan hutang, bolehkah nak buat transformasi? Dari kereta menjadi otobot, menjadi optimus prime?
kesihatan ekonomi kita macam orang demam panas. Jika suhu badan terlalu tinggi, ianya boleh membawa maut. Suhu panas kalau sampai kat otak kita, membawa maut. Suhu dan seterusnya kesihatan ekonomi pula boleh diukur dari nisbah hutang kerajaan dengan GDP. GDP ialah nilai kesemua barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh negara kita dalam satu tahun. Sebagai contoh, GDP negara kita untuk 2014 dianggarkan sebanyak 1 trillion. 1 trillion bersamaan dengan satu juta juta= 1,000,000,000,000. Ada 12 angka kosong. Hutang kerajaan yang tersurat sekitar RM546billion= 546,000,000,000. Ada 9 angka kosong. Ini sudah hampir 55% dari GDP kita.
Mengikut kajian ekonomi, suhu taraf bahaya ialah 60%. Kerajaan kita, sebab mereka sangat mendahulukan rakyat telah meletakkan had hutang 55% dari GDP. Hooray! Dan syabas. Ini bajet terbaik sejak Adam alaihissalam. Maka sebab belum lagi mencecah 55%, hutang tersurat , dikira ok.  Tapi yang rakyat tidak tahu ialah hutang tersirat. Hutang tersirat ini termasuklah tanggungan kontinjen dan jaminan2 kerajaan keatas hutang2 yang dilakukan oleh syarikat milik kerajaan. jumlah hutang yang tersirat ini ialah RM150,000,000,000. 150 billion.
Campur yang ini dengan hutang tersurat, hutang kerajaan sudah mencecah hampir 700 billion atau 70% dari GDP kita, ekonomi kita sudah mahu maut. Maut ekonomi adalah dalam bentuk resessi- pendapatan negara makin berkurang.
Apa pasal tak cerita pasal prinsip cukai dalam Islam? Atau prinsip bajet yang baik yakni belanja berhemah dan belanja ikut kemampuan? Jika kita ikut prinsip, kita akan ujudkan mekanisme penstabilan otomatik. Bila pendapatan kurang, cukai dikurangkan. Bila ekonomi meguncup, bayaran kepada jaringan keselamatan sosial  dan bentuk2 pindahan pendapatan/income transfers meningkat sebab ramai rakyat susah.
Prinsip cukai dalam Islam ialah kita cukai yang kaya. Cukailah pada tempat dimana kekayaan dan wang pergi. Dalam negara kita, wang dan kekayaan pergi kepada kumpulan 20% teratas. Cukailah mereka dengan kadar yang lebih tinggi.
Kali ini, kerajaan Najib yang mendahulukan rakyat telah mengurangkan cukai korporat dan tahap boleh cukai pendapatan peribadi. Kesan pengurangan cukai keatas dua kumpulan ini berbeza. Kita kurangkan cukai keatas orang kaya, mereka tidak juga meningkatkan pelaburan dalam negara. Kita kurang cukai keatas orang kurang kaya, mereka akan dapat membeli apa yang mereka tidak dapat beli sebelum ini.
Sebab itu dalam negara barat , ada progressive tax. Yang tidak cukup syarat kita tak cukai. Pembayar cukai dalam negara ini hanya 15%. 85% peratus tidak membayar cukai pendapatan. Tapi mereka tetap bayar cukai2 dalam bentuk2 lain seperti cukai tanah dan pintu, cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Dengan GST, tidak ada orang akan selamat daripada cengkaman kerajaan yang tamak. Jadi kalau tok khatib meneliti dengan betul dan belajar maksud bajet, maka mereka tidak akan berkhutbah menyokong GST.
Demikian jugak mereka tidak ada menyokong Najib dan memuji nya kerana membentangkan suatu bajet yang mendahului rakyat. Bab mana yang mendahului rakyat itu? Kebocoron dan rasuh dan isiu jurang ekayaan dikalangan orang Melayu tidak pun disentuh. Adakah to khatib kita buta mengenai perakar ini? Golongan 40% tervawah tersu berkongsian 14% dari pendapatan negara manakala 20% tertas terus menguasai 50% kekayaan. Jadi bagaimana kita nak kata, ini bajet yang mendahulukan kepentngan rakyat?
Kali ini saya rasa tok khtaib benar2 menggigit lebih dari apa yang mereka boleh kunyah. Tanpa mengurangkan hormat kita kepada tok khtaib dan imam, ini bukan bidang mereka untuk diperdengarkan dalam masjid.

No comments:

Post a Comment