SAKA DI KALANGAN
MASYARAKAT MELAYU SERTA KESANNYA.
Oleh: IAR Al-'Alawy
Istilah saka dalam
pemahaman masyarakat melayu merujuk kepada ilmu yang diperturunkan daripada
Waris yang diatas kepada Waris yang dibawah seperti daripada ibu atau bapa kepada anak atau daripada datuk atau
nenek kepada cucu dan cicit. Jika seseorang ibu atau bapa memiliki ilmu
perbomohan atau boleh diistilahkan sebagai saka bomoh yang berkemampuan untuk
merawat pesakit khusus-nya yang melibatkan ganguan makhluk halus, maka ilmu
perbomohan atau perdukunan tersebut diperturunkan kepada warisnya sehingga
menyebabkan pewaris tersebut dapat mengubati orang lain sebagai mana dilakukan
oleh ibu,bapa atau datuk,neneknye sebelum itu.
Waris tersebut munkin telah dipilih sebagai pewaris yang
kebiasaan akan menerima saka dalam bentuk sesuatu yang mendampingnya, Waris itu
juga akan menjadi lebih aktif dan ilmu yang dimiliki itu lebih berkesan apabila
pewarisnya meninggal dunia. Penurunan ilmu saka tersebut boleh berlaku dengan
sengaja seperti melakui pengakuan waris untuk
menerimanya atau secara tidak sengaja seperti melakui penerimaan sesuatu barang seperti
keris lama, geliga, lembing, dan lain-lain yang melambangkan sesuatu bentuk
penerimaan waris tersebut terhadap ilmu saka itu. Terdapat dikalangan individu
yang tidak sedar bahawa beliau telah mewarisi ilmu saka tersebut sehingga
menyebabkan beliau sering diganggu dansebagainya, memandangkan saka adalah
suatu bentuk ilmu yang diwarisi atau dipusakai ia sangat berkait rapat dengan
jin-jin sama ada jin tersebut dibela, dijadikan sahabat atau dijadikan sebagai
saudara dan pembantu sama ada secara sedar atau tidak, melakukai perantaraan
makhluk inilah yang mambantu seseorang itu melakukan apa sahaja perbomohan atau
untuk kepentingan tertentu seperti menjadi kebal dan kuat, digerua, untuk
tujuan kecantikan, perbidanan dan sebagainya, terdapat beberapa jenis saka sama
ada yang dikaitkan dengan haiwan atau tidak, antara jenis saka yang melibatkan
haiwan tertentu adalah seperti berikut,
Saka jenis ini selalunya menjadi pilihan ramai kerana ia
bersifat berani dan boleh digunakan untuk menakutkan orang ramaiatau melawan
musuh-musuh tuannya.
2)Saka Buaya
Saka jenis ini digunakan untuk menjinakkan haiwan seperti
buaya.
3)Saka Ular
Pengunaan untuk mengawal atau menjinakkan ular yang dipakai
oleh pembela-pembela dan peminat-peminat ular.
Manakala saka yang
bukan menyerupai haiwan adalah seperti.
1)Saka Bomoh
Kebiasaannya digunakan untuk tujuan perubatan pesakit yang
melibatkan gangguan makhluk halus.
2)Saka Susuk
Kegunaannya untuk tujuan kecantikan.
3)Saka Kuat
Bagi menguatkan tuannya dengan tujuan untuk mengankat
barang-barang yang berat atau menjadikan tuannya itu kebal daripada sebarang
senjata.
4)Saka Bidan
Kelazimannya untuk perbidanan dan urutan selepas bersalin,
Saka dibela dan diwarisi khususnya dikalangan masyarakat
melayu adalah untuk tujuan dan manfaat tertentu, Antaranya ada saka yang
digunakan untuk melindungi diri, Ahli keluarga dan harta benda tuannya atau ada
yang digunakan untuk menjaga tanaman dan kebun serta binatang ternakan. Bahkan,
ada juga saka yang digunakan untuk mengawal binatang buas atau menjinakan
binatang tersebut walaupun pada zahirnya seolah-olah terdapat manfaat dan
kebaikan daripada pengunaan saka tersebut dalam kehidupan seseorang manusia,
Pada hakikatnya ia lebih banyak mendatangkan keburukan kepada pengamalnya dan
juga tuannya itu sendiri, Bahkan kesan buruk itu juga adalah diihadapi oleh
waris dan ahli keluarga pembela saka tersebut.
Antara kesan buruk
akibat daripada membela Saka atau menjadikan Saka sebagai pendamping adalah
seperti.
1)Membawa kepada perlakuan syirik kepada ALLAH S.W.T kerana
meletakan pergantungan, perlindungan dan keselamatan diri serta ahli keluarga
daripada selain ALLAH iaitu kepada makhluk halus seperti jin dan syaitan.
2)Menggangu kehidupan dan ketenteraman tuannya atau
pembelanya apabila melangar pantang larang atau tidak lagi mengikut
syarat-syarat yang ditetapkan sebelum ini seperti menyembahkan dara atau
melimaukan keris setiap minggu.
3)Menjadi pembela atau tuannya, menjadi malas kerana
pergantungannya kepada makhluk tersebut yang menguruskan segala urusannya
seperti menjaga kebun dan tanaman.
4)Menipu daya tuannya melalui amalan-amalan zikir yang perlu
dilakukan dalam jumlah tertentu dan waktu tertentu bahkan menyebabkan amalan
tersebut tidak diterima oleh ALLAH S.W.T kerana ia dilakukan atas arahan dan
ketaatan tuannya itu kepada makhluk atau saka tersebut.
5)Memecah balahkan masyarakat seperti individu yang mempunyai
saka bomoh mengubati pesakit dengan menyebutkan perbagai dawaan yang kononnya
pesakit itu telah terkena buatan seseorang itu atau sifulan yang dikenalinya
sehingga menyebabkan berlaku permusuhan antara mereka.
6)Memecah belahkan hubungan keluarga seperti saka tersebut
tidak mahu diwarisi oleh waris sehingga berlaku pertelingkahan dan sebagainya.
7)Mendatangkan kesan buruk kepada pembela atau tuannya
seperti penderitaan ketika hamper mati “NAZAK” dimana dalam banyak kes
disebutkan bahawa orang yang membela saka akan menderita kesukaran roh untuk
meninggalkan tubuh badan walaupun kadangkala tuannya telah lama sakit akibat
tiada pewaris untuk saka tersebut,
Oleh yang demikian adalah lebih baik menjauhkan diri daripada
terlibat dengan penggunaan makhluk halus sebagai sahabat dan teman dalam kehidupanmanusia
“seseorang muslim yang beriman normal dengan kewarasan akal yang dianugerahkan
ALLAH S.W.T pasti meletakan pergantungan hidupnya kepada ALLAH S.W.T bukan
menjadikan makhluk halus seperti iblis dan syaitan adalah musuh ketat manusia.
(Firman ALLAH S.W.T dalam surah Yasin ayat ayat 60)
Terjemahannya: "Bukankah aku telah perintahkan kamu wahai
anak-anak Adam supaya kamu jangan menyembah syaitan sesungguhnya ia musuh yang
nyata terhadap kamu."
(Firman ALLAH S.W.T dalam surah An-Nisa’ ayar 38)
Terjemahannya:"Dan sesiapa yang (mengambil) syaitan itu
menjadi kawannya maka seburuk-buruk kawan ialah syaitan."
(Firman ALLAH S.W.T dalam surah Al-Jin ayat 6)
Terjemahannya:"Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah
perbuatan) beberapa orang daripada manusia menjaga dan melindungi dirinya
dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan
pemintaan itu meraka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat,"
Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab mengesahkan bahawa sesiapa
yang memohon pertolongan selain ALLAH S.W.T
seperti menyeru orang yang telah mati atau mnyeru makhluk ghaib ia
adalah perbuatan yang tegas dilarang kerana boleh menyebab perbuatan syirik
kepasa ALLAH S.W.T.
No comments:
Post a Comment