Tuesday, December 3, 2013

Jumlah Mangsa Terlibat Banjir Di Daerah Rompin Dan Temerloh Terus Meningkat !

KUANTAN 3 Feb [11.35 am] - Jumlah mangsa banjir di dua daerah di Pahang pagi ini meningkat kepada2,167 orang berbanding 2,081 orang petang, semalam. Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daerah Rompinmasih merekodkan pemindahan tertinggi iaitu seramai 1,808 orang daripada 236 keluarga selepas lima buah perkampungan dilanda banjir. Katanya, lima penempatan berkenaan ialah di Bukit Serok (1,514 orang), Kampung Rekoh(168), Kampung Kurnia Tanjung Gemok (83), Kampung Aur (37) dan Kampung Lubuk Batu (6). Daerah Temerloh pula, katanya, melibatkan 359 mangsa daripada 94 keluarga selepas empat penempatan dilanda banjir iaitu Kampung Batu Kapor Bawah(233), Taman Mentakab Indah (68), Kampung Lurah Permata (40) dan Kampung Sungai Buluh Mentakab (18). Katanya, beberapa jalan turut ditutup kepada semua kenderaan yang melibatkan Jalan Kampung Baru Bukit Ibam, Jalan Kampung Inoi, Jalan Kampung Denai, Jambatan Sungai Gayong, Jambatan Kampung Lubuk Batu, Kota Bahagia di Rompin manakala di Jambatan Tanjung Kerayong, Mentakab di Temerloh turut ditutup. Selain itu, katanya, jalan di KM5 Felda Selancar, Rompinditutup kepada kenderaan berat selepas kejadian tebing runtuh manakala Jalan Hwa Li Cenderawasih dan Jalan Lam Trading Cenderawasih hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda. Bagaimanapun, dua jalan di daerah Temerloh iaituJalan Kampung Sungai Buluh dan Jalan Kampung Batu Kapor Bawah hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja.
[Pahang Daily Online menasihatkan orang ramai terutamanya yang tinggal di kawasan berisiko banjir agar berhati-hati dan dapat bersedia lebih awal bagi menggelakkan segala kemungkinan yang tidak diingini berlaku. Segala barangan dan dokumen penting perlulah diletakkan di tempat yang selamat serta ikut arahan pihak berkuasa sekiranya diarahkan berpindah. Musibah yang berlaku ini mungkin ada hikmahnya. Justeru itu pastikan keselamatan keluarga masing-masing. Jangan melanggar atau ingkar dengan arahan pihak yang berkenaan kerana kelak diri sendiri yang akan merana. Apa yang penting, sekali lagi berilah bantuan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengambilkira perbezaan fahaman politik kepartian].

Monday, December 2, 2013

Pandangan Haron Din Berkenaan “Zikir Sambil Menari”



Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
Kadang-kadang ada yang memberi jawapan tentang sesuatu hukum itu mengikut ‘rasa’, seperti soalan anda tentang hukum menari yang diamalkan oleh puak sufi seperti di atas, penjawab itu berkata rasanya tidak boleh. Mungkin juga ada orang lain yang akan menjawab rasanya boleh.
Jawapan bagi persoalan agama bukan boleh dimain dengan ‘rasa’. Ia memerlukan sandaran hukum yang perlu dirujuk kepada sumber yang sahih.

Berkenaan dengan zikrullah, Allah SWT berfirman (mafhumnya): “Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah ‘Ali-’Imran ayat 191).
Ayat ini memberi isyarat bahawa zikrullah boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan dan gaya.
Ummul Mukminin Aisyah r.ha. pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW berzikrullah (berzikir kepada Allah) dalam semua keadaan. Sedang berjalan, menaiki kenderaan, di atas kenderaan, berbaring, duduk dan bermacam lagi pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.
Dalam satu riwayat pernah diceritakan bahawa Jaafar bin Abi Talib r.a (sepupu Rasulullah), pernah menari-nari melenggok lentuk di hadapan Rasullullah SAW sebaik sahaja beliau mendengar Rasulullah SAW menyebut kepada beliau, “Allah menjadikan rupa parasmu seiras dengan Allah menciptakan daku.”
Mendengar kata-kata yang seindah dan semurni itu, terus ditakbirkan dengan menari-nari di hadapan Rasullullah SAW. Tingkah laku beliau itu atau ‘body language’ beliau tidak ditegah atau ditegur oleh Rasulullah SAW.
Di sinilah dikatakan atau dijadikan asal usul sandaran bahawa menari-nari sambil berzikir kepada Allah yang dilakukan oleh ahli tarikat atau golongan sufiyah, ada sandarannya.
Sahlah berlaku tarian di majlis zikir yang dihadiri oleh ulama besar yang muktabar. Antara mereka ialah al-Imam Izzuddin Abdus Salam dan tidak diengkarinya.
Ditanya Shaikhul Islam Sirajuddin al-Balqini tentang persoalan tari- menari dalam majlis zikir, lalu dijawab beliau dengan mengiyakannya, yakni boleh dilakukan.
Ditanya al-Allamah Burhanuddin al-Abnasi, perkara yang sama, maka beliau menjawab dengan membolehkannya.
Ditanya ulama besar dalam mazhab Hanafi dan Maliki, semuanya menjawab, “Tidak mengapa dan boleh dilakukan.”
Semua jawapan ini dibuat dengan bersandarkan kepada ayat dalam Surah ‘Ali-’Imran di atas berserta hadis yang diriwayatkan oleh Jaafar bin Abi Talib r.a. Adapun tarian yang dilarang adalah tarian yang bercampur lelaki perempuan yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ia diadakan dalam majlis yang kemaksiatannya ketara seperti berpakaian tidak menutup aurat, diiringi dengan muzik dan suasana yang mengundang kepada syahwat dan lain-lain.
Itulah yang disebut haram. Haram bukan soal tarian, tetapi dilihat dari aspek persembahan, suasana dan dilihat dengan jelas kemaksiatan. Adapun tarian dalam zikrullah, adalah tarian khusus yang lahir daripada rasa kesyahduan kepada Allah, dengan kelazatan munajat dan bertaladdud (berseronok kerana zikrullah).
Perasaan seronok dan lazat itu yang diketahui oleh orang yang mengetahuinya, merupakan anugerah Allah kepada mereka. Mereka hendak menunjukkan bahasa badan (body language) mereka dengan menari-nari tanda keseronokan, tetapi dibuat kerana Allah SWT. Atas itulah pada pendapat saya bahawa tarian dalam majlis-majlis sufi itu adalah harus.
Untuk menyatakan haram atau tidak boleh memang mudah, tetapi harus disandarkan kepada dalil. Jika tidak ada dalil atau hujah, berbaliklah kepada hukum feqah bahawa, “Asal semua perkara adalah harus sehingga ada dalil yang membuktikannya haram.”
Oleh itu berzikrullah yang difahami dari ayat al-Quran di atas, hadis Rasulullah SAW dan pandangan ulama muktabar, maka saya menyatakan ia harus dan bukanlah haram.
Wallahu ta’ala a’lam.

Thursday, November 14, 2013

HADIRI IJTIMA' DARUSSYIFA' SEMALAYSIA


SAUDARA, PEMBACA, PELANGGAN DARUSSYIFA' DAN SAHABAT FB YG DIHORMATI, PUSAT RAWATAN CAWANGAN INI AKAN DITUTUP PADA HARI SABTU 16 NOV 2013. INI KERANA SAYA AKAN MENGHADIRI 
IJTIMA' DARUSSYIFA' SEMALAYSIA YANG DIADAKAN DI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SELANGOR, BANGI.
DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KESUSAHAN YANG SAUDARA AKAN ALAMI SAYA MEMOHON BANYAK MAAF
SEKIAN
WASSALAM

UST ISHAK AB. RAHMAN
DARUSSYIFA' MENTAKAB, PAHANG.

Tuesday, November 5, 2013

ZIKIR SELEPAS SOLAT FARDHU MENURUT SUNNAH RASULULLAH SAW

أذكار الصلاة

مؤذن المسجد الحرام الشيخ أحمد خوجه يوزع الهدايا التذكارية للحجاج والزوار



مؤذن المسجد الحرام الشيخ أحمد خوجه يوزع الهدايا التذكارية للحجاج والزوار
تواصلاً لفعاليات " خدمة الحاج وسام فخر لنا " التي أطلقتها الرئاسة العامة لشؤون المسجد الحرام والمسجد النبوي وتشتمل على أنشطة ثقافية وتوجيهية وتحفيزية وترحيبية إضافة إلى توزيع أعدادا كبيرة من الهدايا المتنوعة من مقدمي الخدمات لضيوف الرحمن.
أوضح مدير العلاقات العامة بالمسجد الحرام الأستاذ عبدالحفيظ الثبيتي أن فضيلة الشيخ أحمد خوجه مؤذن الحرم المكي الشريف قد استقبل حجاج وزوار بيت الله الحرام و هنأهم لقضاء مناسكهم سائلاً المولى عز وجل أن يتقبل من الحجاج حجهم ويعيدهم إلى ديارهم سالمين. حيث تم توزيع الهدايا لعدد من حجاج بيت الله الحرام توديعاً لهم.
وبين مدير الإدارة أن ذلك ضمن برنامج (شرف لنا قبولك هديتنا) والذي يحث جميع الموظفين بالمسجد الحرام والمسجد النبوي للمبادرة بالسلام على الحجاج والعمار والزوار وإظهار الابتسامة الجميلة, والكلمة الطيبة, وعرض الخدمة عليهم عند دخول الحرمين الشريفين أو ساحاتهما.
هذا وتتضافر جهود الإدارات الدينية والخدمية والفنية في تفعيل الحملة التي أطلقها معالي الرئيس العام لشؤون ا لمسجد الحرام والمسجد النبوي الشيخ الدكتور عبد الرحمن بن عبد العزيز السديس برعاية كريمة من صاحب السمو الملكي الأمير خالد الفيصل أمير منطقة مكة المكرمة رئيس لجنة الحج. وتعد الحملة تعبيراً حضارياً للعناية بقاصدي المسجد الحرام , وإشعارهم بالحفاوة والتكريم وذلك انطلاقاً لتوجيهات ولاة الأمر – حفظهم الله -.

 
 

Bajet 2014 dari Mimbar Masjid.


Kepada tok2 khatib yang mengupas mengenai bajet 2014, ana ingin sampaikan kepada antum beberapa pesan dari pengundi ana di kawasan parlimen Raub. Mereka ini orang kampong- pemikiran tidaklah se-sofistikated macam tok khatib zaman sains danteknocoli ini. Mereka menyuruh ana sampaikan kepada kerajaan untuk dihebahkan dalam khutbah2 supaya tolong naikkan harga garam tinggi2- barang jangan diuzurkan. Hendaklah kerajaan berbuat yang demikian itu- sebab bila garam mahal, shahadan orang akan kurang makan garam dan boleh kurangkan darah tinggi.
Demikian juga, elok sangat disamakan harga kambing dengan harga lembu wagyu sebab makan daging kambing berlebihan akan mendatangkan darah tinggi. Kemudian untuk mengurangkan kematian, tolonglah, jangan tidak dapat tidak, naikkan harga kain kafan supaya lambatkan kematian. Harga beras pun kalau boleh, naikkan dua kali ganda sebab makan beras terlalu banyak mendatangkan kencing manis. Ini penyelsaiani mekanisma system pasaran bebas ala UMNO.
Tapi dalam PRK Sungai LImau- UMNO rupa2 nya mahukan rakyat mendapat kencing manis. Harga gula yang sepatutnya jadi RM2.84sen sekilo, dijual pada harga RM1.00 sekilo. Bukankah semua pemimpin kerajaan menyatakan penarikan sabdidi 34 sen adalah kerana mahu menyelamatkan rakyat dari penyakit kencing manis?
Wah- hebat sungguh. Tok khatib menceritakan mengenai GST! Jee Ess Tee. Tok2 Khatib yang membaca khutbah mengenai GST ini tahu kah apa yang mereka ucapkan? Kedua, penyampaian perkara yang terang2 bersifat politik ini tidak mengapa pula jika dilakukan oleh masjid2 yang dikuasai oleh UMNO. Jika demikian, kalau ada tok khatib yang menyampaikan penentangan kepada GST dan menyebut bahawa bajet yang Najib sampaikan menderitakan rakyat bagaimana?
Bila tok khatib dah bercakap mengenai dasar2 dan langkah kerajaan, ini tandanya, zaman kerajaan rasa dia tahu segala galanya sudah pun bermula. Jadi Najib membohongi rakyat bila dalam tahun 2008 dia istihar zaman kerajaan knows best sudah berakhir. Penggubalan undang2 seperti PCA dan tahanan tanpa bicara serta undang2 membolehkan kerajaan mengintip perbualan talipon- ini semua menandakan kerajaan sudah jadi Abang Besar 1984 seperti yang diceritakan oleh George Orwell.
Bila tok khatib sebarkan kepada makmum, melalui pendakyahan tersebut, kerajaan membentuk fikiran dan persepsi. Bila persepsi dikawal oleh kerajaan, yang jahat dikatakan baik yang baik boleh digambarkan sebagai kejahatan.
Bayaran sabsidi kepada rakyat dalam pelbagai bentuk yang suka sangat diungkit ungkit oleh para pembesar negara yang berjumlah RM40 billion setahun- diperlihatkan sebagai pengorbanan yang amat besar. Ianya mesti disyukuri oleh rakyat dan diucapi terima kasih. Tapi pemberian konsesi minyak, monopoli penyiaran TV, monopoli bekalan lerik, bekalan air dan pemberian lesen2 kepada kroni, didiamkan oleh kerajaan. penurunan cukai korporat dan pemberian konsesi pada harga minima, didiamkan oleh kerajaan.
Pendakyahan melalui mimbar masjid merupakan satu lagi strateji kumpulan 20% teratas menguasai minda rakyat. Melalui mimbar2,  golongan 20% teratas menggambarkan bahawa kepentingan golongan bawahan adalah kepentingan mereka juga. Bahawa mereka melakukan semua nya dan berkorban jiwa dan raga adalah untuk rakyat jelata. Maka belanja RM40 billion adalah pengorbanan besar, tapi pemberian lesen, monopoli, penjualan asset negara pada harga yang minima, bukan pengobanan besar.
Kalau kita teliti Household Income Survey 2012, kita dapati trend yang sama semenjak puluhan tahun. Kumpulan 20% teratas menguasai 50% pendapatan. 40% yang terbawah berkongsian 14% pendapatan. Ini pun saya sangsi. Saya rasa angka yang lebih realistik ialah 20% teratas menguasai 80% pendapatan. Perkara ini tidak pula disyiarkan oleh tok2 khatib kita.
Kita rakyat biasa sebetulnya tidak menyedari jurang antara yang kaya dengan yang miskin sebab yang miskin takkan bercampur dengan yang kaya. Mustahil cerita dan aktiviti harian orang di Kampong2 Raub diperihalkan dalam Majalah Malaysia Tatler! Enggang sama enggang, pipit sama pipit.
Yang berlaku sekarang , golongan 5% teratas yang memimpin kumpulan 20% teratas lebih bijak menggunakan teknoloji dan sumber2 pembentukan minda rakyat. Antara nya gunakan mimbar masjid.
UMNO bukannya ada monopoli keatas kebenaran. Bagaimana jika mulai sekarang, banyak masjid menyampaikan penyelewengan yang berlaku seperti yang terkandung dalam lapuran ketua odit negara? Atau menceritakan bahawa jurang antara kaya dengan miskin semakin meluas?
Bagaimana pula hutang kerajaan? ustaz saya cerita, kalau hendak naik haji, hutang tak bayar tak boleh pergi haji. Jadi kerajaan belum jelaskan hutang, bolehkah nak buat transformasi? Dari kereta menjadi otobot, menjadi optimus prime?
kesihatan ekonomi kita macam orang demam panas. Jika suhu badan terlalu tinggi, ianya boleh membawa maut. Suhu panas kalau sampai kat otak kita, membawa maut. Suhu dan seterusnya kesihatan ekonomi pula boleh diukur dari nisbah hutang kerajaan dengan GDP. GDP ialah nilai kesemua barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh negara kita dalam satu tahun. Sebagai contoh, GDP negara kita untuk 2014 dianggarkan sebanyak 1 trillion. 1 trillion bersamaan dengan satu juta juta= 1,000,000,000,000. Ada 12 angka kosong. Hutang kerajaan yang tersurat sekitar RM546billion= 546,000,000,000. Ada 9 angka kosong. Ini sudah hampir 55% dari GDP kita.
Mengikut kajian ekonomi, suhu taraf bahaya ialah 60%. Kerajaan kita, sebab mereka sangat mendahulukan rakyat telah meletakkan had hutang 55% dari GDP. Hooray! Dan syabas. Ini bajet terbaik sejak Adam alaihissalam. Maka sebab belum lagi mencecah 55%, hutang tersurat , dikira ok.  Tapi yang rakyat tidak tahu ialah hutang tersirat. Hutang tersirat ini termasuklah tanggungan kontinjen dan jaminan2 kerajaan keatas hutang2 yang dilakukan oleh syarikat milik kerajaan. jumlah hutang yang tersirat ini ialah RM150,000,000,000. 150 billion.
Campur yang ini dengan hutang tersurat, hutang kerajaan sudah mencecah hampir 700 billion atau 70% dari GDP kita, ekonomi kita sudah mahu maut. Maut ekonomi adalah dalam bentuk resessi- pendapatan negara makin berkurang.
Apa pasal tak cerita pasal prinsip cukai dalam Islam? Atau prinsip bajet yang baik yakni belanja berhemah dan belanja ikut kemampuan? Jika kita ikut prinsip, kita akan ujudkan mekanisme penstabilan otomatik. Bila pendapatan kurang, cukai dikurangkan. Bila ekonomi meguncup, bayaran kepada jaringan keselamatan sosial  dan bentuk2 pindahan pendapatan/income transfers meningkat sebab ramai rakyat susah.
Prinsip cukai dalam Islam ialah kita cukai yang kaya. Cukailah pada tempat dimana kekayaan dan wang pergi. Dalam negara kita, wang dan kekayaan pergi kepada kumpulan 20% teratas. Cukailah mereka dengan kadar yang lebih tinggi.
Kali ini, kerajaan Najib yang mendahulukan rakyat telah mengurangkan cukai korporat dan tahap boleh cukai pendapatan peribadi. Kesan pengurangan cukai keatas dua kumpulan ini berbeza. Kita kurangkan cukai keatas orang kaya, mereka tidak juga meningkatkan pelaburan dalam negara. Kita kurang cukai keatas orang kurang kaya, mereka akan dapat membeli apa yang mereka tidak dapat beli sebelum ini.
Sebab itu dalam negara barat , ada progressive tax. Yang tidak cukup syarat kita tak cukai. Pembayar cukai dalam negara ini hanya 15%. 85% peratus tidak membayar cukai pendapatan. Tapi mereka tetap bayar cukai2 dalam bentuk2 lain seperti cukai tanah dan pintu, cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Dengan GST, tidak ada orang akan selamat daripada cengkaman kerajaan yang tamak. Jadi kalau tok khatib meneliti dengan betul dan belajar maksud bajet, maka mereka tidak akan berkhutbah menyokong GST.
Demikian jugak mereka tidak ada menyokong Najib dan memuji nya kerana membentangkan suatu bajet yang mendahului rakyat. Bab mana yang mendahului rakyat itu? Kebocoron dan rasuh dan isiu jurang ekayaan dikalangan orang Melayu tidak pun disentuh. Adakah to khatib kita buta mengenai perakar ini? Golongan 40% tervawah tersu berkongsian 14% dari pendapatan negara manakala 20% tertas terus menguasai 50% kekayaan. Jadi bagaimana kita nak kata, ini bajet yang mendahulukan kepentngan rakyat?
Kali ini saya rasa tok khtaib benar2 menggigit lebih dari apa yang mereka boleh kunyah. Tanpa mengurangkan hormat kita kepada tok khtaib dan imam, ini bukan bidang mereka untuk diperdengarkan dalam masjid.

Khasiat Minyak Zaitun



1) Firman Allah Taala:

“Demi buah tin dan buah zaitun!”….. (surah at Tin ayat 1)

2) Minyak zaitun jernih dan berkilau seperti cahaya. Ini disebut di dalam al-Quran surah An-Nur:35:

...yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api...

Al Hadith:

1) Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat. (Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Minyak zaitun untuk tujuan perubatan:

Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai serangan terhadap penyakit. Minyak ini dikenali di pasaran sebagai 'Virgin Olive Oil'. Minyak zaitun dara atau ekstrak pertama.. Minyak zaitun yang terbaik di dunia adalah minyak zaitun Syam as Syarif. Ini kerana buah zaitun di dalam Surah at Tin menurut tafsiran Imam Hasan al Basri RA: Tin: Sebuah bukit terletak berdekatan kota Damascus: Jabal Qasiyoun . Zaitun: Sebuah bukit yang terletak di Baitul Muqaddis...Kedua-dua tempat ini terletak di negeri Syam...

Antara kegunaan minyak zaitun (sesetengahnya adalah anjuran Sheikh Nazim al Haqqani):

1) Untuk awet muda, anti penuaan dan menyerikan wajah: Disapu di wajah sebelum tidur:

2) Untuk mengatasi masalah kulit muka berjerawat, parut atau melecur. Sapu pada jerawat dan parut.

3) Untuk pesakit lutut, athritis dan sendi-sendi yang sakit: Diletakkan di kapas lalu dibalut pada lutut (atau mana-mana anggota atau sendi yang sengal) sebelum tidur:

4) Leukimia: Dibaca ruqyah saratan diminum satu sudu satu jam sebelum makan apa-apa selama paling kurang 40 hari.

5) Kanser: Dibaca ruqyah saratan dan sentiasa di sapu pada anggota terkena kanser contohnya; kanser otak: kepala, kanser payudara: payudara dsb...

6) Gastrik: Dibaca ayat syifa' dan diminum sesudu satu jam sebelum makan apa-apa.

7) Masalah penghadaman, usus,sakit perut, cacing dan angin (gas dalam perut): Sama seperti di atas.

8) Gangguan jin, sihir, saka, santau: Zaitun ruqyah disapu di anggota sujud / anggota wuduk / tempat sakit / sendi-sendi utama.

9) Dengan campuran sedikit garam, boleh menjadi ubat mujarab bagi penyakit gigi dan gusi.

10) Anti semua kanser,sakit jantung dan 1001 penyakit: Digunakan sebagai minyak masakan utama...(pernah tengok channel masak afc astro: semua minyak zaitun!!!!)

11) Urut: Minyak urut utama. Elok dicampur dengan ma' warad atau air mawar!!!

12) Melebatkan rambut: Dijadikan minyak rambut utama: Tahukah anda minyak zaitun adalah minyak rambut utama nabi saw!!!! Antara sifat nabi adalah rambutnya sentisa berminyak (dengan minyak zaitun)!!!

13) Tenaga batin yang power dan membantu melicinkan proses persetubuhan.... Disapu pada anggota kelamin untuk menjaga kesihatan batin dan dicampur di dalam masakan. Disapu pada anggota kelamin lelaki dan wanita untuk proses kelamin yang menakjubkan.....

CARA MEMAKAN MINYAK ZAITUN

1. Mengambil secara berterusan sekurang-kurangnya sesudu 2 kali (23 gram) sehari (pagi sebelum sarapan,  dan malam sebelum tidur).
2. Campurkan dua sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.
3. Untuk menghilangkan parut bekas jerawat di muka, ratakan campuran dua sudu teh minyak zaitun pada muka, biarkan selama dua atau tiga jam dan kemudian barulah dicuci.
4. Untuk menghilangkan parut pada anggota lain di badan, ratakan campuran tiga sudu teh minyak zaitun pada anggota terlibat, biarkan selama dua jam,kemuadian barulah dicuci.
5. Jika boleh gunakan dalam masakan menggantikan minyak masak kelapa sawit.
6. Tambahkan dua sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan berminyak, bersantan, berlemak/kolesterol tinggi (kambing, lembu, kerbau atau udang). Kesemua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan. 

Minyak Zaitun: Bukan sekadar minyak biasa



Khasiat minyak zaitun memang diketahui ramai. Sejak turun-temurun lagi pakar-pakar perubatan, pemakanan dan kosmetik mengakui kebaikan pengambilan minyak zaitun dalam pemakanan seharian.

Pengambilan rutin minyak zaitun dipercayai dapat mengelak penyakit kardiovaskular, kanser, masalah penghadaman dan penuaan.

Ia juga diperakui berkhasiat untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak yang sedang membesar.

Menurut pakar perubatan nuklear dan radiobiologi, Dr. Yahya R. Laleli, khasiat minyak zaitun telah diperakui dan disahkan menerusi pelbagai kajian di seluruh dunia.

Pengambilan dua sudu atau 23 gram minyak zaitun setiap hari dapat mengurangkan risiko penyakit koronari jantung kerana kandungan lemak tidak tepu mono yang terkandung di dalamnya.


Khasiat minyak zaitun
Pengambilan minyak zaitun menambahkan bilangan kolesterol baik untuk badan di mana ia menghalang penghasilan plak pada dinding arteri dan kehadiran antiaksida dalam minyak zaitun juga mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

Kajian The Journal of the National Cancer Institute menunjukkan diet minyak zaitun bersama buah-buahan dan sayuran merendahkan risiko kanser payu dara, kanser kolon dan kanser prostat.

Selain itu, minyak zaitun juga meningkatkan penghadaman dan penyerapan nutrien di mana ia melepaskan asid gastrik perlahan-lahan selain membantu pengeluaran hempedu yang optimum.

Ibu-ibu mengandung juga digalakkan untuk menambahkan minyak zaitun dalam diet mereka bagi membantu penyerapan vitamin, mineral dan nutrien yang penting untuk fetus selain mengatasi masalah sembelit yang biasanya dialami ibu mengandung.

Masalah arthritis di kalangan warga emas juga dapat dikurangkan dengan penggunaan minyak zaitun di mana kandungan semula jadinya iaitu oleocanthal, adalah salah satu agen antiradang bukan steroid yang menghalang aktiviti siklooksigenas penyebab radang.

Penyakit osteoporosis juga dapat dihalang dengan pengambilan rutin minyak zaitun dalam diet seharian di mana mineral dan kalsium dapat diserap dengan lebih baik.

Dari sudut kecantikan, kandungan vitamin dan flavonoid di dalam minyak zaitun berfungsi mencantikkan kulit dengan meneutralkan radikal bebas yang merosakkan kulit.

Minyak zaitun juga telah digunakan turun-temurun dalam terapi kecantikan di mana sapuan kepada rambut dan kulit kepala menjadikan rambut sihat bersinar, juga mengurangkan masalah rambut gugur.


Kandungan minyak zaitun
Pelbagai komponen bioaktif seperti asid lemak, vitamin, komponen mudah meruap, komponen larut air dan serpihan mikroskopik buah zaitun terkandung di dalam minyak zaitun.

Asid lemak merupakan kandungan utama minyak zaitun terdiri dari asid oleik, asid linoleik dan sedikit asid linolenik.

Asid oleik merupakan salah satu asid lemak dari jenis tidak tepu mono, merangkumi 55 hingga 85 peratus kandungan minyak zaitun.

Kajian menunjukkan bahawa asid oleik dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, kanser dan penuaan dan bagus untuk bayi dalam kandungan.

Asid linoleik dan linolenik adalah dari jenis asid lemak tidak tepu poli yang menganduingi Omega 6 dan Omega 3. Nisbah Omega 6:Omega 3 dalam minyak zaitun menepati nisbah yang disarankan untuk orang dewasa selain turut membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Kandungan peroksida atau antioksidan yang tinggi di dalam minyak zaitun berfungsi menentang pengoksidaan oleh radikal bebas dan oksigen reaktif di dalam badan kita.

Ia juga mengandungi sterol tumbuhan yang menghalang badan daripada menyerap kolesterol berlebihan di samping kaya dengan vitamin E yang terbukti baik untuk kesihatan kulit.

Kualiti sesuatu minyak zaitun ditentukan oleh kandungan asid bebas dan peroksida di dalamnya.

Menyedari minyak zaitun mengandungi banyak manfaat untuk manusia, Dr. Yahya menghasilkan produk berasaskan minyak zaitun menggunakan jenama Laleli.

Beliau bersama keluarganya turut mengendalikan makmal Duzen yang terkenal di peringkat antarabangsa dalam membekalkan perkhidmatan analisis kesihatan dan alam sekitar selama lebih 29 tahun.

Dr. Yahya yang juga pakar kesihatan dari John Hopkins adalah pemilik makmal tersebut dan juga pemilik ladang serta kilang pemprosesan zaitun moden di Turki.

Syarikatnya, Laleli Olive Oil Establishment, mengeluarkan produk berasaskan zaitun dan diedarkan secara eksklusif di Malaysia oleh pengedar tunggal iaitu Thye Huat Chan Sdn. Bhd.

Laleli dengan moto "bukan sekadar minyak biasa" memasarkan rangkaian produk untuk kecantikan, minyak masak dan minyak kesihatan.


 ----------------------------------------------------------------------------------------------------

Minyak Zaitun dan Limau Nipis Cegah Batu Karang



Antara cara mudah untuk meredakan sakit berpunca daripada batu karang ialah minum air limau nipis sebaik-baiknya tanpa gula. Perah sebiji limau nipis tua ke dalam secawan air mineral dan minum sukatan yang sama tiga hingga kali sehari.

Untuk nyahkan batu karang, boleh digabungkan dengan minyak zaitun. Caranya ialah ambil sesudu besar air perahanlimau nipis dan sesudu besar minyak zaitun dengan empat cawan air. Mereka yang mengamalkannya melaporkan biasanya batu karang akan keluar bersama air kencing beberapa jam selepas mengambil bahan tersebut.

Sitrat dikatakan berupaya melarutkan batu karang dan minyak zaitun pula dipercayai berfungsi sebagai pelincir. Rakyat di Malaysia dan Asia Tenggara biasa minum air limau nipis. Penduduk di negara hemisfera utara pula biasa mengambil lemoned iaitu air minuman mengandungi perahan lemon segar. 


------------------------------------------------------------------------------------------------
Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh “Harvard School of Public Health” dan “Athens School of Public Health” mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara. Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser. 

Kajian yang diketuai oleh Professor Miguel Gassull di Hospital Universiti “Germans Trias Pujol” di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon. Kajian lain yang dijalankan di Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. 

Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari “Institute of Health Science” membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China. Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang risiko. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.


Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan) . Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri2nya yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.

KEISTIMEWAAN MINYAK ZAITUN

1. Membantu memberi kesuburan kulit wajah.
2. Membantu mencegah keracunan.
3. Membantu sistem penghadaman.
4. Membantu menyingkir parasit pada usus.
5. Membantu menyihatkan rambut dan menghilangkan kelemumur.
6. Dengan campuran sedikit garam, boleh menjadi ubat mujarab bagi
    penyakit gigi dan gusi.
7. Mengandungi bahan anti penuaan.
8. Membantu menguatkan tenaga batin.
9. Membantu mengatasi kesan melecur dan parut.
10. Sebagai bahan urutan yang membantu menguatkan organ, sendi 
     dan otot serta melegakan sakit.
11. Membantu melegakan athritis dan sciatica.
12. Membantu menjauhkan kanser usus dan pelbagai kanser lain.
13. Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian.
14. Membantu menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis.
15. Membantu mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone).
16. Membantu sistem penghadaman dan mengurangkan ulser perut.
17. Sebagai Antioksidan dan antikanser semulajadi.
18. Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang
     dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak).
19. Membekalkan kanvitamin E.
20. Membantu mengekalkan kecantikan (kulit dan rambut).
21. Membantu menstabilan asid lemak.
22. Membekalkan pelbagai vitamin untuk antipenuaan.
23. Sebagai kegunaan masaj terapi.
24. Membekalkan omega 9.

Membuka salur darah jantung tersumbat


BONGKAR!!! Membuka Salur Darah Jantung Tersumbat 

Rawatan alternatif: Membuka salur darah jantung tersumbat
Saya ingin berkongsi satu lagi cara rawatan alternatif untuk membuka atau meluaskan salur darah yangtersumbat di jantung. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai masalah jantung tersumbat dan perlu menjalani angiografi atau bypass, bolehlah mencuba rawatan alternatif ini, semoga anda tidak perlu melalui pembedahan bypass tersebut.

Bahan diperlukan: 
1 cawan jus lemon
1 cawan jus halia
1 cawan jus bawang putih
1 cawan cuka epal





Bacaan & Doa kepada semua bahan ubatan ini ialah:

Baca Surah Al-Fatihah 7 Waqaf (Sekali)
Baca Surah Al-Insyirah (Sekali) DAN
Selawat Syifa' 7 kali. 

Cara menyediakan:
Campurkan semua bahan di atas dan masak dengan api yang perlahan selama 1 jam (60 minit) atau sehingga bahan campuran ini tinggal 3 cawan. Sejukkan, kemudian campurkan dengan 3 cawan madu semulajadi, dan simpan dalam balang yang bersih.
Sebelum minum baca BismilLah, BismilLah, BismiLah (3 kali) 
Minum campuran ubat ini satu (1) sudu kecil, 2 kali sehari (Pagi bangun dari tidur dan Malam sebelum tidur) setiap hari. Amalkan sehingga 30 hari dan rasai perbezaannya. Insha Allah rawatan ini akan berhasil.

RAWATAN DI KUANTAN, PAHANG.

ASSALAMU'ALAIKUM SAUDARA, SAYA HARI INI DAN ESOK AKAN BERADA DI KUANTAN, PAHANG (5 - 6 HB NOV 2013). MENGINAP DI HOTEL SEASONS VIEW, BILIK NO. 417. SESIAPA YG INGIN MENDAPATKAN RAWATAN BOLEHLAH MEMBUAT TEMUJANJI DENGAN MENGHUBUNGI SAYA DI TALIAN: 017-9238355/014-8305699. SEKIAN TERIMA KASIH, WASSALAM.

UST ISHAK AB.RAHMAN EL-HAJ
DARUSSYIFA' MALAYSIA

Monday, November 4, 2013

Harga gula naik 34 sen kepada RM2.84



Harga gula naik 34 sen kepada RM2.84 bermula hari ini
KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek berkata harga gula akan dinaikkan 34 sen ekoran potongan subsidi gula yang diumumkan dalam Bajet 2014.

Beliau  berkata ini menjadikan harga gula kini RM2.84 sekilogram berbanding RM2.50 sebelum ini.

Hasan berkata langkah ini dapat menjimatkan perbelanjaan negara sebanyak RM64.02 juta tahun ini dan RM551.25 juta tahun depan.

"Lebihan penjimatan ini nantilah yang akan digunakan untuk membiayai pembangunan infrastruktur dalam negara di masa depan," katanya kepada Bernama.

Beliau turut memberi amaran agar peniaga tidak menaikkan harga barangan makanan berasaskan gula secara mendadak.

"Kita mesti letakkan kepentingan rakyat lebih daripada segala-galanya, bukannya meletakkan kepentingan keuntungan peniaga itu sendiri, oleh itu, saya minta supaya peniaga juga bersama-sama dalam usaha kerajaan untuk mewujudkan kesejahteraan buat rakyat.


PAS MENANG PRK SG LIMAU

PAS mengekalkan kemenangan mereka di Sungai Limau yang disandang sejak tahun 1995 tetapi dengan majoriti jauh lebih kecil berbanding dua pilihan raya lalu.
Calon PAS, Mohd Azam Abd Samat, memperoleh undi sebanyak 12,069, manakala calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim pula memperoleh undi sebanyak 10,985, sekaligus menyaksikan PAS menang dengan majoriti sebanyak 1,084.
Keputusan rasmi tersebut diumumkan oleh pegawai bertugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Sebelum itu, beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) tiba di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Agama Yan pada jam 8 malam, antaranya Pesuruhjaya PAS negeri Kedah Datuk Mahfuz Omar, Bendahari PAS negeri Kedah Datuk Amiruddin Hamzah, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ketua DAP Kedah Zairil Khir Johari dan pemimpin negeri yang lain.
Sejumlah 23,249 atau 85.5% daripada keseluruhan pengundi keluar menjalankan tanggungjawab membuang undi hari ini.
Kesemua 17 pusat pembuangan undi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau secara rasmi ditutup pada jam 5 petang tadi.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah berikutan penyandangnya arwah Tan Sri Azizan Razak kembali ke rahmatullah pada 26 September lalu.
Azizan merupakan wakil rakyat kawasan DUNun tersebut sejak tahun 1995 dan merupakan menteri besar Kedah dari 2008 ke 2013.
Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu, Azizan memperoleh majoriti 2,774 undi berbanding majoriti sebanyak 3,212 undi yang diperolehnya pada tahun 2008 sebelum ini.
Beliau menewaskan calon BN Mohd Fazillah Mohd Ali dalam pertarungan empat penjuru. Dua calon bebas lain tewas dan hilang wang deposit mereka. – 4 November 2013.

Thursday, October 17, 2013

PERHATIAN KEPADA PENGGUNA-PENGGUNA ISLAM MALAYSIA TERHADAP BARANGAN DARI KILANG BIHUN BERAS INDAH (KBBI) YANG MASIH BEROPERASI DAN MENGGUNAKAN TANDA HALAL TIDAK SAH!!!!!!

Negara kita telah digegarkan oleh satu blog yang panas lagi hangat mengenai sebuah syarikat memproses bihun perisa babi yang telah memperdaya para pengguna dan pembeli. Malahan berita di saluran TV3 juga telah mengupas isu pedas ini. Kilang Bihun Beras Indah Sdn. Bhd. (KBBI)(Co. No. 365216-T) telah beroperasi semula walaupun telah disita oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN & HEP), Putrajaya. Malangnya, kilang yang berfikir hanya untuk mengaut keuntungan ini terus-terusan menghasilkan produk TIDAK HALAL, KOTOR, dan JIJIK ini tanpa mempeduli dan menghormati undang-undang dan masyarakat Islam khususnya.
Pihak berkuasa telah berulang kali menjalankan penyiasatan terhadap operasi yang dijalankan kilang tersebut malahan pernah disiarkan oleh media massa Metro. Aneh sekali pihak berkuasa masih tidak dapat mengawal kegiatan sinis ini.
KERATAN AKHBAR METRO
BERFIKIR SEBELUM MEMBELI!!!!!!
Lihat keterangan lanjut di bawah
Terkini, mereka telah menipu orang ramai dengan menukar alamat premis kepada yang baru dalam menjalankan perniagaan lama mereka iaitu perniagaan pemprosesan bihun walhal kawasan pemprosesan bihun tersebut masih di tempat yang lama iaitu bersebelahan kandang babi.
Alamat premis sebenar yang beroperasi iaitu sebelah kandang ternakan babi :
Lot 1123
Tingkat Selamat 6
Kampung Selamat, Tasek Gelugor
Seberang Prai
13300 Pulau Pinang
Ke alamat baru
No 2736,
Tingkat Selamat 6,
Kampung Selamat,
13300 T.Glugor,
Seberang Prai Utara, Malaysia
KBBI yang berkeluasan 4 hingga 5 hektar ini terletak bersebelahan kandang ternakan babi yang hanya dipisahkan oleh pagar yang tidak seberapa itu mengelirukan para pengguna dengan meletakkan tanda halal sendiri dalam tulisan jawi dan rumi yang tidak pernah diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Malahan permohonan untuk mendapatkan sijil pengiktirafan halal pernah ditolak oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang.
Anak panah di sebelah kanan menunjukkan kilang Bihun Beras Indah manakala anak panah di sebelah kiri menunjukkan pusat ternakan babi.
Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:
Logo halal yang sah dari JAKIM mempunyai:
a) bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
b) perkataan Arab – “????” di tengah bintang;
c) diikuti tulisan rumi “HALAL”;
d) bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ??????? dalam perkataan Arab;
e) dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.
Logo HALAL sah dari JAKIM
Manakala logo halal JAIN/MAIN:
a) di bawah tulisan rumi “HALAL” terdapat kod pendaftaran logo halal bagi negeri:
i. huruf “H” yang bermaksud Halal
ii. nombor kod negeri mengikut Jabatan Pendaftaran Negara
iii.contoh : H-10
‘H’ bermaksud Halal
‘10’ melambangkan kod pendaftaran negeri Selangor
Logo HALAL sah dari JAIN/ MAIN
Logo HALAL keluaran Kilang Bihun Beras Indah
Syarikat ini yang dahulunya memproses bihun CAP CILI, CAP KETUPAT, CAP LANGSAT, CAP CABAI BURUNG, CAP BUNGA KANGKUNG, CAP CIK YATI dan CAP PHOENIX tetap berdegil dan terus menipu masyarakat dengan beroperasi semula baru-baru ini walaupun telah diarah untuk menutup kilang pada tahun lepas. Untuk lebih mengelirukan pengguna, kilang tersebut mengeluarkan jenama yang baru sedangkan tapak premis dan bahan-bahan masih lagi yang sama tanpa ada sebarang perubahan.
Jenama-jenama yang baru ialah CAP MASJID, bihun ekonomi CAP NYONYA, CAP KRIS, CAP LAKSA KAMPUNG, CAP LAKSA SILAT, CAP JATI, CAP KAPAL LAYAR dan CAP SYAIRIAH. Amat sedih sekali bila KBBI yang memang sah milik penuh orang bukan Islam selalu mengeksploitasikan jenama-jenama berunsurkan keIslaman dan kemelayuan sedangkan KBBI sedikit pun tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan. Lebih-lebih lagi tempat pemprosesan bihun ini betul betul bersebelahan kandang BABI. KBBI bukan sahaja di kunjungi oleh pemborong malahan lalat lalat serta tikus dari jiran sebelah turut rajin memberi kunjungan, bukan itu sahaja terdapat bau bauan didalam kilang bihun tersebut yang kami sedia maklum.
Keadaan dalam kandang babi yang bersebelahan kilang KBBI
Sememangnya bihun dibuat dengan menggunakan bahan asas iaitu tepung beras yang halal, tetapi……. Pernahkah kita terfikir apakah bahan sampingan yang digunakan dalam pemprosesan bihun ini? Adakah sumber air yang disalurkan bersih dan suci seperti yang disyariatkan oleh agama Islam?. Jawapannya TIDAK…Pemprosesan bihun ini adalah bertentangan dengan etika halal kerana memproses dengan menggunakan bahan sampingan yang tidak halal. Masakan bersih, kandang babi bersebelahan kilang pemprosesan bihun. Bayangkan sahajalah, air adalah cecair yang mengalir. Bukan sahaja melalui lantai malahan tanah bumi jua air boleh melaluinya. Jikalau sudah bersebelahan, sudah pastinya mereka berkongsi longkang, saluran paip dan sebagainya. Air bawah tanah digunakan pula untuk diproses bagi penjimatan kos. Lagi- lagi tuan kilang bihun dan penternakan babi mempunyai hubungan persaudaraan. Memang tidak dinafikanlah ia menggunakan sumber air yang tidak suci dan najis dari babi.
Kasihanilah pengguna yang tidak mengetahui disebalik tabir bihun yang menjadi kegemaran mereka. Lazat saja pada pandangan mereka.
Saluran parit yang tidak terurus
Bayangkanlah situasi ngeri ini. Alangkah lebih baiknya KBBI hanya menghasilkan produk berjenama CAP BABI di bungkusan produk mereka. Bukan apa, ianya menyatakan dengan telus supaya tidak mengaburi pandangan masyarakat muslim amnya.
Atau pun KBBI boleh mencetak dengan jenama CAP H1N1. Ini kerana dunia sekarang digemparkan oleh wabak H1N1 (Influenza A) iaitu selsema babi. Malaysia tak terkecuali. Virus Influenza A ini berasal dari wabak yang menjangkiti populasi babi. Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam dan babi terutama mereka yang terdedah secara langsung, berisiko dijangkiti virus daripada haiwan tersebut.Takkanlah sesame jiran malahan bersaudara tak bertegur sapa atau berjabat tangan. Ngeri sungguh dengan situasi tersebut. Lebih cepatlah wabak H1N1 ini merebak.
Tambahan lagi, untuk mengaburi mata pengguna, mereka dengan cerdik otaknya telah berfikiran kolot dengan meletakkan alamat yang berlainan dari alamat kilang sebenarnya di Kampung Selamat pada bungkusan bihun. Pastilah pengguna tidak akan membeli bihun tersebut jika diketahui adalah bihun keluaran KBBI serta terletak di Tingkat 6, Kampung Selamat yang semestinya perkampungan ternakan babi. Selain dari alamat premis yang telah ditukar, kilang tersebut juga bertindak menutup mata pengguna dengan meletakkan nama dan alamat pengedar atau pendaftar yang tidak dikenali para pengguna sebagai salah satu anak syarikat KBBI. Antara nama pengedar tersebut adalah GAN CHOON HIN & BROTHERS TRADING SDN.BHD, PERNIAGAAN YC ENG, Setia Jaya Murni Enterprise, TWENTY-TWENTY FOOD INDUSTRY SDN BHD dan SERBA WANGI SDN BHD. Seharusnya pada bungkusan bihun perlu diletakkan alamat Kilang Bihun Beras Indah seperti yang telah tercatit di dalam undang-undang. Takutkah mereka dengan mencetak nama premis lain sebagai ganti.
Alamat Setia Jaya Murni Enterprise
Alamat PERNIAGAAN YC ENG
Alamat TWENTY-TWENTY FOOD INDUSTRY SDN BHD
Alamat SERBA WANGI SDN BHD
Alamat GAN CHOON HIN & BROTHERS TRADING SDN.BHD
GAN CHOON HIN & BROTHERS TRADING SDN.BHD yang terletak di Kluang, Johor
PERNIAGAAN YC ENG di Skudai, Johor Bahru, Johor. (unit tengah)
Alamat PERNIAGAAN YC ENG yang dicetak pada bungkusan bihun ekonomi Cap Nyonya ini terletak di Skudai, Johor Bahru, Johor . Ia merupakan RUMAH KEDAI 2 TINGKAT dan bukan tempat pemprosesan bihun dan permis tersebut masih kosong. Bertujuan untuk mengaburi mata orang ramai.
Setelah diselidik, rupanya mereka hanya menukar bungkusan bihun yang lama pada yang baru. Bungkusan jenama terdahulu seperti CAP CILI, CAP KETUPAT, CAP LANGSAT, CAP CABAI BURUNG, CAP BUNGA KANGKUNG, CAP CIK YATI dan CAP PHOENIX yang dahulunya telah disita telah ditukar kepada bungkusan yang baru iaitu CAP MASJID, CAP KRIS, CAP NYONYA , CAP LAKSA KAMPUNG, CAP LAKSA SILAT, CAP JATI, CAP KAPAL LAYAR, CAP SERAMA dan CAP SYAIRIAH. . Sudah tentulah tiada penukaran pada bihun tersebut. Rugilah tuan kilang jika menukar sekali bihunnya. Sudah tentu jua proses yang dilakukan adalah sama. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Kalau mahu untung, tukar sajalah bungkusan. Jual bihun yang sama. Tiada bezanya jika memproses lagi.
Pintar sekali kilang tersebut. Siapakah yang telah memberi idea yang bernas ini? Bagaimana pula barang keluaran terdahulu mereka masih kekal ada?
Untuk pengetahuan pembaca, kilang yang telah disita ini tidak boleh menjalankan perniagaan mereka oleh kerana kawasannya yang bersebelahan kandang babi. Seharusnya mereka tutup dan tidak beroperasi dan jikalau masih mahu menjalankan perniagaan, lakukanlah di kawasan yang bersih dan sesuai untuk pemprosesan bihun.
Risau sahajalah mereka dalam menjalankan perniagaan di tempat baru. Janganlah pula menipu para pengguna lagi.
Lagi perangai pelik dan tak bertanggungjawab KBBI kepada semua pengguna dan pembeli dalam cetakan tempoh tarikh luput. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kerajaan Malaysia telah menetapkan setiap produk atau barangan yang berupa makanan yang dihasilkan hanya diberi 2 tahun tempoh tarikh luput dari tarikh produk tersebut dihasilkan. Gila agaknya KBBI dengan sesuka hati meletak tarikh luput sehingga tahun 2015. Kenapa tak dicetak dibungkusan bahawa bihun tersebut boleh dimakan sehingga 100 tahun lagi !!
Tarikh luput pada tahun 2015 iaitu 7 tahun akan datang
Siapakah yang sebenarnya berkuasa dalam menghalang kegiatan licik ini berlaku? Menurut sumber yang dipercayai, Kilang Bihun Beras Indah mempunyai sejarah yang buruk berkenaan kegiatan mereka. Kilang tersebut telah diserbu oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna – P.Pinang, Jabatan Kesihatan Negeri P.Pinang dan Majlis Agama Negeri P.Pinang. Pada kali terakhir mereka diserbu adalah pada tahun 2007 dan dipaksa tutup oleh pihak yang berkuasa.
Tetapi apakah yang terjadi sekarang ? Tidak sampai 2 tahun kilang tersebut disita. Mereka dengan penuh azamnya membuka semula malahan melanggar lebih undang-undang yang telah ditetapkan kerajaan Malaysia.
Longgar sangatkah undang-undang Negara kita? Dimanakah longgarnya jikalau begitu?Ataupun pihak berkuasa tidak menjalankan tugas memantau. Ataupun ada kisah lain di bawah meja.
Dimanakah etika kemanusiaan masyarakat Negara kita? Janganlah memburukkan nama Negara Malaysia lebih-lebih lagi Malaysia adalah pengeluar produk halal dalam dan luar Negara.
Gambar JENAMA BARU keluaran KBBI serta KESALAHAN pada bungkusan
CAP MASJID
CAP SYAIRIAH

Jenama ini diedar oleh
Setia Jaya Murni Enterprise
167, Jalan Machang, Kampung Kubang Gali,
17500 Tanah Merah, Kelantan
Cap Masjid yang diedarkan ini telah melanggar undang-undang kerajaan iaitu dicetak alamat Setia Jaya Murni Enterprise yang terletak di Tanah Merah, Kelantan walhal bihun ini dibuat dan diedar oleh KBBI, Kampung Selamat.
Lagi kesalahan pada bungkusan ialah tiada tanda HALAL dan tarikh luput bihun adalah pada 31/12/2015 iaitu tarikh pada 7 tahun akan datang.
Selain itu, mereka tanpa segan silunya meletakkan nama cap Masjid serta lambang surau, bulan dan bintang yang tentunya merupakan lambang-lambang agama Islam pada bungkusan bihun agar menipu mata para pengguna lebih-lebih lagi yang beragama Islam. Hal ini terang-terangan telah mempersendakan agama Islam dan penganutnya.
BIHUN EKONOMI CAP NYONYA
Jenama ini diedar oleh
Perniagaan YC ENG
22, Jalan Emas Putih 2,
Taman Sri Skudai,
81300 Skudai,
Johor Bahru, Johor
BIHUN EKONOMI CAP NYONYA yang diedarkan ini telah melanggar undang-undang kerajaan iaitu dicetak alamat Perniagaan YC ENG yang terletak di Skudai, Johor Bahru, Johor walhal bihun ini di buat dan diedar oleh KBBI, Kampung Selamat.
Lagi kesalahan pada bungkusan ialah tanda HALAL yang tidak sah dan tarikh luput bihun adalah pada 31/03/2013 iaitu tarikh pada 5 tahun akan datang.
BIHUN EKONOMI CAP KRIS

Jenama ini diedar oleh
GAN CHOON HIN & BROTHERS TRADING SDN.BHD
Lot Plo 11,
Jalan Mahsuri 1,
Kawasan Perindustrian Kluang,
6.5km, Jalan Mersing,
86007 Kluang, Johor
BIHUN EKONOMI CAP KRIS yang diedarkan ini telah melanggar undang-undang kerajaan iaitu dicetak alamat GAN CHOON HIN & BROTHERS TRADING SDN.BHD yang terletak di Kluang, Johor walhal bihun ini diedar oleh KBBI, Kampung Selamat.
Lagi kesalahan seperti mengemukakan alamat palsu serta tarikh luput yang tidak menepati syarat.
CAP LAKSA SILAT
CAP LAKSA KAMPUNG
BIHUN CAP SERAMA
Jenama ini diedar oleh
TWENTY-TWENTY FOOD INDUSTRY SDN BHD
No 1, Jln Kampung Kedundung,
Pokok Sena, Mk. Jabi,
06400 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
BIHUN CAP LAKSA SILAT , CAP LAKSA KAMPUNG DAN CAP SERAMA yang diedarkan ini telah melanggar undang-undang kerajaan iaitu dicetak alamat TWENTY-TWENTY FOOD INDUSTRY SDN BHD yang terletak di Alor Setar, Kedah walhal bihun ini diedar oleh KBBI, Kampung Selamat.
Lagi kesalahan adalah tanda halal yang tidak sah.
CAP KAPAL LAYAR
Jenama ini diedar oleh
SERBA WANGI SDN BHD
Lot 2171,
Jalan Bukit Raya,
06700 Pendang,
Kedah Darul Aman.
Dikilangkan oleh
TWENTY-TWENTY FOOD INDUSTRY SDN BHD
BIHUN CAP KAPAL LAYAR yang diedarkan ini telah melanggar undang-undang kerajaan iaitu dicetak alamat SERBA WANGI SDN BHD yang terletak di Pendang, Kedah walhal bihun ini diedar oleh KBBI, Kampung Selamat.
Lagi kesalahan adalah tanda halal yang tidak sah.
BIHUN JATI
Kilang Bihun Beras Indah Sdn. Bhd.
Pandangan hadapan Kilang Bihun Beras Indah
Kilang Bihun Beras Indah yang tidak indah dan kotor lagi menjijikkan.
Papan tanda GAN CHOON HIN & BROTHERS TRADING SDN.BHD yang bersebelahan kilang
Pandangan sisi 3D GAN CHOON HIN & BROTHERS TRADING SDN.BHD
Lagi PENIPUAN…Gambar diatas merupakan GAN CHOON HIN & BROTHERS TRADING SDN.BHD yang terletak di Kluang, Johor. Kawasan yang penuh dengan barang-barang ini bukanlah merupakan kilang pemprosesan Bihun.