Saturday, June 15, 2019

Memahami Makna Perubatan Islam

Memahami Makna Perubatan Islam Pengubatan Arab Jahiliyyah

Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab jahiliyyah bukan sahaja mempunyai masalah tauhid dan masalah keharmonian kemasyarakatan, malah mereka juga mempunyai pengetahuan perubatan yang tidak tersusun, jahil serta bercanggah dengan nilai perubatan yang sebenar. Pelbagai cara perubatan mereka yang bukan sahaja bertentangan dengan akal malah mengandungi unsur-unsur khurafat dan syirik.

Antara contohnya;

 a). Merawat pesakit yang dipatuk ular atau disengat kalajengking adalah dengan mengalungkan perhiasan emas di lehernya.

 b). Apabila anak mendapat bisul maka ditudungkan kepala dengan penapis lalu mengelilingi rumah-rumah kaum mereka untuk mengumpulkan roti dan kurma yang kemudiannya diberikan kepada anjing untuk dimakan supaya anaknya sembuh.

c). Pemberian azimat atau tangkal-tangkal tertentu dalam pelbagai bentuk lalu dikalungkan atau diletak di badan seperti pakaian buruk dan tulang manusia kononnya penyakit itu akibat perbuatan roh jahat. Malah sakit tekak juga ‘dikurniakan’ azimat kepada mereka.
Apabila datangnya Islam maka tradisi perubatan yang tidak masuk akal ini diperangi dengan pelbagai cara melalui ajaran Nabi saw dan hasil ijtihad para sahabatnya. Adapun kaedah Nabi saw bukan sahaja melalui ruqyah (bacaan-bacaan doa) malah termasuk juga cara mencegah dan merawat melalui pemakanan.

Pelbagai Doa
Terdapat begitu banyak doa-doa bacaan sebagai salah satu kaedah dalam merawat penyakit dari Nabi saw.

Di antara yang paling mahsyur di kalangan umat Islam zaman ini adalah surah al-Fatihah (terdapat dalam Sahih Bukhari no. 2115).
Sekiranya anda hendak membeli buku-buku ruqyah ini pastikan ia adalah sabit dari hadith Nabi saw. Biasanya ia terletak di notakaki buku tersebut. HINDARI buku-buku doa yang tidak diketahui asal-usul doanya. Contohnya seperti terdapat buku-buku doa yang menggambarkan tulisan Arab atau Jawi yang terputus-putus dan disarankan untuk menyalinnya lalu disimpan di dalam dompet sebagai penangkal sihir atau penolak bala. Inilah yang dipanggil tangkal. Selain itu terdapat juga doa-doa atau kononnya selawat-selawat yang dapat menyembuhkan penyakit, sedangkan Nabi saw tidak pernah mengatakannya malah kelebihannya melampau-lampau pula hingga meninggalkan sunnah Nabi saw yang sahih.

Oleh kerana itu saya sarankan pilihlah buku-buku doa yang mempunyai notakaki yang mengatakan dari hadith mana doa itu diambil. Apakah Ruqyah Itu Memadai? Sekiranya cukup dengan doa tentulah Rasulullah saw tidak akan mengatakan bahawa madu, kurma, habatussauda dan kandungan makanan lainnya yang mempunyai aspek penyembuhan. Tetapi menerusi penyelidikan terkini umat Islam dan juga bukan Islam mula membuka mata mengenai kehebatan wahyu (sunnah) menerusi lisan Nabi Muhammad saw.

Antara mukjizat ilmu perubatan yang diberi pada Nabi saw seperti hadith lalat, kurma ajwa, kencing unta dan banyak lagi yang mempunyai kesan penyembuhan terhadap penyakit. Sehingga kini ada yang mampu dikaji dan ada yang masih tidak diketahui oleh penyelidik. Selainnya anda boleh melihat di dalam buku ‘Mengubat Cara Nabi’ karangan ulamak yang terkenal Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyah.

Cara Perubatan Rasulullah saw kaedah atau pengubatan yang dilakukan oleh Nabi saw terdapat tiga cara iaitu;

a). Pengubatan secara semulajadi melalui pemakanan dan sebagainya. Jika kita kaitkan pada zaman ini samalah seperti pengambilan ubat-ubatan serta pengambilan pil vitamin dan seumpamanya melalui kajian yang sah.

 b). Pengubatan secara ruqyah (doa yang diilhamkan kepada Nabi saw) bagi menghilangkan pelbagai penyakit termasuk penyakit kerohanian.
Dari Anas bin Malik r.a. Maksud hadith: "Mahukah kamu aku ruqyah dengan ruqyah Rasulullah saw?" ..... Anas r.a berkata :

(Ya Allah Rabb manusia, Dzat yang menghilangkan rasa sakit. Sembuhkanlah sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh. Tidak ada yang dapat menyembuhkan melainkan Engkau iaitu kesembuhan yang tidak akan menyebabkan penyakit lagi)." [5301] Sahih Bukhari

Oleh itu untuk mengamalkan ruqyah ini adalah sunnah. Apabila kita mengamalkan doa atau selawat yang bukan diilhamkan kepada Nabi saw, bererti seolah-olah kita mengangkat perkataan orang lain lebih dari Nabi saw dan meninggalkan sunnah yang sahih seperti ini.

c). Pengubatan yang menggabungkan kedua-duanya. Sebenarnya inilah kaedahnya yang sebenar tetapi saya mengasingkannya atau menyusunnya supaya mudah dibaca dan difahami.
Pemahaman Perubatan Islam Yang Salah @ Pengubatan Islam Jahiliyyah Inilah tujuan utama risalah ini dan ia adalah isu yang amat penting terutama pada zaman kita ini. Umat Islam telah mula meniru kembali kaedah-kaedah perubatan Arab Jahiliyyah sebelum kedatangan Islam.

Paling buruk ia dilakukan oleh orang yang kononnya digelar sebagai ahli agama sedangkan ia ahli hawa nafsu yang mengaut untung dan mengambil kesempatan terhadap orang lain, antaranya;

a). Menziarah kubur untuk meminta kesembuhan. Baru-baru ini kita melihat mengenai orang yang menziarahi Pulau Besar di Melaka. Walaupun lisan kita mengatakan hanya Allah yang menyembuhkan, tetapi perbuatan kita ke sana atas tujuan ‘usaha’ itu adalah salah. Inilah konsep perantaraan yang jatuh kepada syirik. Maksudnya kita tidak yakin akan kekuasaan Allah yang memakbulkan doa kita dan perlu ke tempat ‘keramat’ seperti itu untuk meminta hajat.

 b). Air zam-zam yang dibacakan tiga puluh juz Al-Quran. Perkara ini sangat menghairankan kerana apakah tidak cukup keberkatan air zam-zam itu sehingga kita ingin menambah ‘berkah’ kepada air zam-zam tersebut dengan bacaan ayat Al-Quran? Konsepnya, dari mana datang keberkatan? Semuanya dari Allah, apakah kita meragui? Para ahli ilmu tidak akan tertipu, sasaran mereka hanya kepada umat Islam yang jahil.

c). Mempercayai bomoh yang bergelar ustaz. Ada seseorang yang menceritakan kepada saya bahawa ia menjumpai seorang ‘ustaz’ dan meminta supaya disembuhkan penyakitnya. ‘Ustaz’ itu kemudiannya memberikan beberapa paku yang dibaca doa dan ayat Al-Quran untuk diletakkan di pintu rumah. Apakah paku itu boleh menyembuhkan penyakit? Ini sihir dan syirik.

d). Pembedahan batin. Kaedah ini dilakukan oleh para penyihir yang bekerjasama dengan syaitan dari golongan jin. Mereka yang mendatangi penyihir ini samalah seperti mendatangi bomoh.

e). Zikir amalan yang bertentangan dengan zikir Nabi saw dan SALAHGUNA ayat-ayat Al-Quran. Antara tujuan zikir ini bukan sahaja untuk tujuan menyembuh penyakit malah untuk tujuan seperti untuk bertemu jodoh, zikir menjadi halimunan, zikir menjadi kebal dan sebagainya.

f). Pemetaan genom yang kononnya apabila dapat dikumpul genom dan memahaminya maka manusia akan bebas dari segala penyakit (mungkin saja ini salah satu dari fitnah dajjal). Ini syirik. Islam tidak melarang pengkajian genetik untuk memberi manfaat tetapi perlu didasari dengan syariat dan bukan mengatasi syariat.

Allah yang mendatangkan penyakit dan hanya Allah yang menyembuhkan. Sakit itu perkara biasa kerana ia menghapus dosa atau menaikkan darjat seseorang. Hendaklah kita meyakini bahawa penawar atau penyembuh bagi setiap penyakit di dalam Islam hanyalah dari Allah. Namun bukanlah bermakna kita perlu berpeluk tubuh dan kononnya bertawakal tanpa berusaha, sebaliknya ia satu motivasi di dalam diri untuk mencegah dan mencari penawar dengan mengamalkan sunnah Nabi saw. Disamping itu ia dapat menghasilkan rasa harap, takut dan berserah diri kepada tempat meminta segala pertolongan (Allah).

Kesimpulan Perubatan Islam

Sebenarnya adalah sistem perubatan yang sah dan sama dengan asas perubatan atau ilmu kedoktoran masa kini melalui kajian-kajian empirik. Malah perubatan Islam bukan sahaja melalui perubatan sains semata-mata, malah ia tetap berpegang dan meletakkan wahyu (Al-Quran dan Al-Sunnah) di peringkat paling atas. Ini bermakna perubatan yang bertentangan dengan syariat adalah ditolak. Adapun sabdaan Nabi saw mengenai kandungan-kandungan pemakanan adalah wahyu dan kita sebagai umatnya perlu jadikan ia satu motivasi untuk mengkajinya dan memberi kemanfaatan kepada umat Islam dan manusia seluruhnya. Ilmu yang bermanfaat akan mendapat pahala yang berterusan, oleh itu berusahalah.

Dari Jabir bin Abdullah r.a : Maksud Hadith: Rasulullah saw bersabda:
"Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila ditemukan ubat yang tepat untuk suatu penyakit, maka akan sembuhlah penyakit itu dengan izin Allah 'azza wajalla." [4084] Sahih Muslim

Punca salah faham mengenai perubatan Islam ini kerana tidak memahami makna iman dengan betul. Perbaharuilah syahadah kita setiap hari dan berdoa moga dihindarkan bukan sahaja pada diri sendiri malah keselamatan ahli keluarga, jiran tetangga dan seluruh umat Islam dari fitnah yang merosakkan akidah ini. Belajarlah ilmu tauhid yang sebenar, BACALAH dan tanyalah kepada mereka yang mengetahui.

Kembalilah kepada tauhid yang benar sebelum membicarakan mengenai hukum-hukum perubatan Islam yang lain.

Rujukan dan kitab yang DIANJURKAN untuk dibaca :

1) Al-Quran dan hadith yang sahih
2) Sirah Nabi Muhammad [Abu Mazaya al-Hafiz]
3) Mengubat Cara Nabi [Ibnu Qayyim al-Jauziyah]
4) Perdukunan Karomah [Zainal Abidin Bin Syamsudin]
5) Fikah Perubatan [Dr. Harmy dan lain-lain keluaran PTS] 
6) Perubatan Al-Quran dan Al-Sunnah [Abdul Aziz Ismail]

Rujukan yang DILARANG untuk dibaca atau diamalkan :

1) Kitab Mujarrobat
2) Ilmu Rohani dan Mengenal Manusia Serta beberapa lagi yang tidak wajar disampaikan di sini.

Sunday, July 30, 2017

MARILAH UMRAH BERSAMA SAYA, PEMBIMBING ANDA YANG SEJATI....

ASSALAMU'ALAIKUM, 
BAKAL TETAMU ALLAH KE TANAH SUCI HARAMAIN UNTUK MENUNAIKAN IBADAH UMRAH. KEPADA SESIAPA YANG BERNIAT UNTUK MENUNAIKAN IBADAH UMRAH BERSAMA SAYA SELAKU MUTAWWIF ANDA, BOLEHLAH MENGHUBUNGI SAYA UNTUK PERTANYAAN DAN TEMPAHAN...011-10648611/011-10825833/09-2773327 (UST ISHAK AL-HAJ)

Saturday, March 11, 2017

KELAS INTENSIF PENGAJIAN
AL-QURAN DAN TAJWID
Pusat Pengajian Darussyifa’ Cawangan Mentakab, Pahang menganjurkan Kelas Intensif Pengajian Al-Quran dan Tajwid seperti dalam butiran berikut:
Masa:     7.30 mlm – 9.30 mlm (2 jam)
Hari:      RABU DAN SABTU
Tempat: Dewan Pusat Rawatan Darussyifa’ Mentakab, (No.22, Lorong Bendera 1H,Tmn Bukit Bendera, Mentakab,Pahang).
Yuran Pengajian: 8 Kelas Pengajian Seminggu    
RM 50 sebulan
Kumpulan Sasar: 
Dewasa Lelaki & Wanita
       Untuk pendaftaran sila hubungi
Ust Ishak Ab.Rahman Al-Haj
*      011-10648611
*      011-10825833
*      014-8305699
*      011-10795137
*      09-2773327 (off)
PENGAMBILAN PENUNTUT TERHAD KEPADA 25 ORANG SAHAJA


Monday, January 16, 2017

UST ISHAK DIRAWAT SEBULAN DI HOSPITAL SULTAN HAJI AHMAD SHAH (HOSHAS) TEMERLOH


Ust Ishak mengalami komplikasi Hati Bernanah

Ust Ishak dimasukkan ke Wad Pemerhatian HosHas, Temerloh setelah rawatan tebuk ( Insert) ke organ hati dilakukan.pada 14 Sept 2016 (Rabu)
Setiausaha Agong Darussyifa' Malaysia sedang melakukan rawatan



Pengerusi Darussyifa' Malaysia Tn Haji Abd Rahman Ahmad diberi penerangan oleh Dr Amir Abd Razak, Pegawai Perubatan HosHas merangkap perawat Darussyifa' Mentakab...




Wednesday, January 11, 2017

KURSUS UMRAH UNTUK JEMAAH PADA 21 DIS HINGGA 1 JAN 2017 YANG DIADAKAN DI PR DARUSSYIFA' MENTAKAB...

KURSUS PERTAMA UNTUK JEMAAH TIRAM TRAVEL SDN. BHD INI DIPIMPIN OLEH AL-FADHIL UST HJ ISHAK AB.RAHMAN SELAKU MUTAWWIF BAGI KUMPULAN INI







Sunday, May 15, 2016




Pakej Umrah 2016


Pakej Umrah 2016 Zahafiz
Pakej Umrah 2016 telah dilancarkan. Pakej Umrah 2016 telah sediakan oleh Zahafiz Travel & Tours Sdn. Bhd. (387959-X) (KKP No. 3557)
Pakej Umrah 2016 oleh Zahafiz Travel & Tours Sdn. Bhd. menawarkan harga lebih berpatutan berbanding harga yang ditawarkan oleh syarikat yang lain. Kami komited untuk menjadi Pakej Umrah 2016 pada harga mampu milik.
Kami percaya bahawa keselesaan merupakan salah satu faktor utama untuk mendapatkan kekhusyukan dalam ibadah. Justeru, dengan Pakej Umrah 2016 dengan harga mampu milik, keselesaan kini menjadi hak milik setiap Jemaah yang menunaikan ibadah Umrah bersama kami. Dengan ini, kami berharap setiap Jemaah terutamanya warga emas akan beroleh keselesaan dan kemanisan dalam beribadah.
Berikut adalah jadual perjalanan bagi Pakej Umrah 2016. Harga, kekosongan Pakej Umrah 2016 dan tarikh penerbangan adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa. Hubungi kami untuk maklumat terkini.
Pakej Umrah 2016 oleh Zahafiz Travel & Tours Sdn. Bhd.

HOTEL PENGINAPAN

** CUTI SEKOLAH
TARIKH , MASA & HARGA TERTAKLUK PADA PINDAAN SEMASA.
HARGA INI TIDAK TERMASUK JIKA ADA KENAIKAN HARGA HOTEL & TIKET.

Untuk Pakej Umrah 2016, penerbangan terus dari Malaysia ke Jeddah/Madinah dengan Malaysia Airlines. Tiba di Jeddah atau Madinah dengan masa perjalanan cuma 8 jam. Tanpa perlu transit sehari atau beberapa jam yang memenatkan di Doha, Dubai atau mana-mana lapangan terbang.
Dengan penerbangan Malaysia Airlines, perjalanan anda akan lebih selesa, kurang memenatkan, dan pastinya lebih masa untuk beribadah.

PAKEJ UMRAH HUJUNG TAHUN 2016

UMRAH ZIARAH ISTANBUL HUJUNG TAHUN 2016

UMRAH ZIARAH MESIR HUJUNG TAHUN 2016

UMRAH ZIARAH AMMAN BAITULMAQDIS HUJUNG TAHUN 2016

HOTEL PENGINAPAN

TARIKH , MASA & HARGA TERTAKLUK PADA PINDAAN SEMASA.
HARGA INI TIDAK TERMASUK JIKA ADA KENAIKAN HARGA HOTEL & TIKET.


Pakej Umrah Zahafiz Travel & Tours
Amalan di Bulan Syaaban 

Ust Ishak AR


Sedar tak sedar kita kini sudah berada pada bulan Syaaban . Masa berlalu dirasakan begitu pantas sekali. Ini juga bermakna umur kita semakin meningkat dan sewajarnya kita sentiasa bermuhasabah iaitu sudahkah kita melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah kepada kita dengan sempurna, dan sudahkah kita bersedia dengan amalan-amalan yang akan dibawa menemui Allah? Bulan Syaaban menyusul selepas daripada bulan Rejab. Manakala selepas itu, akan datang pula bulan yang mengandungi penuh rahmat iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak.    Peristiwa besar yang berlaku pada pertengan bulan Syaaban ialah peristiwa yang berlaku pada tahun kedua hijrah iaitu peralihan kiblat daripada Baitul Maqdis ke Kaabah iaitu daripada Masjid al-Aqsa ke Masjid al-Haram. Perkara itu telah dirakamkan oleh Allah s.w.t. di dalam Surah al-Baqarah ayat 144 yang bermaksud:"Kerapkali kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang-ulang menadah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai, oleh itu palingkanlah muka kearah al-Masjidil Haram (tempat letaknya kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya…" Selain daripada peristiwa tersebut, sesuatu yang sahih daripada nabi pada bulan Syaaban ini ialah nabi saw memperbanyakkan berpuasa sunat sebagai suatu persediaan menyambut ketibaan Ramadhan al-Mubarak. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Aisyah r.a menyatakan bahawa: "Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa baginda akan berpuasa berterusan. Dan baginda sering berbuka (tidak berpuasa) sehingga kami menyangka baginda akan berbuka (tidak berpuasa) seterusnya. Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan, dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban." Usamah bin Zaid pula menceritakan; "Saya telah bertanya kepada Rasulullah saw, wahai Rasulullah saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada lain-lain bulan seperti di bulan Syaaban", lalu Baginda menjawab, "Itulah bulan (Syaaban) di mana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rejab dan Ramadan, ini adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan Pemilik Sekalian Alam. Oleh itu saya (Baginda) amat suka kiranya amalan saya diangkat ketika saya sedang berpuasa.'' (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Nas'aei). Justeru, daripada hadis-hadis di atas, kita mendapati bahawa nabi saw amat mengambil berat untuk memperbanyakkan puasa pada bulan Syaaban. Di samping itu, sesiapa yang masih berhutang puasa pada Ramadhan yang sebelumnya seperti wanita yang meninggalkan puasa kerana 'datang bulan', maka inilah waktu yang sesuai untuk mempastikan agar segala 'hutang' dilunaskan sebelum tibanya bulan Ramadhan. Sebagai mencontohi sunnah nabi, kita juga sewajarnya memperbanyakkan berpuasa sunat pada bulan Syaaban yang mulia ini. Di samping berpuasa, kita juga boleh memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang lain untuk mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dan sebagai suatu persediaan untuk memperbanyakkan lagi amalan pada bulan Ramadhan. Antara amalan yang boleh dilakukan selain daripada berpuasa ialah membaca al-Quran, bertaubat, beristighfar, berzikir, memperbanyakkan solat sunat, bersedekah bagi menolong meringankan penderitaan fakir miskin atau anak-anak yatim, melakukan amalan kebajikan, memohon keampunan untuk ibu-bapa, memohon restu kehadrat Allah s.w.t. bagi keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat dan sebagainya. Persoalan seterusnya yang selalu timbul dalam masyarakat kita ialah amalan pada malam nisfu syaaban.   Menurut al-Qadhi Abu Bakar Ibnul Arabi , tidak ada satu hadis sahih mengenai keutamaan malam nisfu syaaban, dan semua hadis mengenainya bertaraf dhaif yang tidak boleh diamalkan. Walau bagaimanapun terdapat hadis mengenai fadilat malam nisfu syaaban yang dianggap Hasan oleh sebahagian ulamak . Hadis tersebut ialah: “Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan pada malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan tertentu pada malam tersebut (sekiranya dianggap sebagai satu kemestian dan wajib seperti ‘mesti’ membaca Yasin sebanyak tiga kali, dan menunaikan solat-solat tertentu sempena nisfu syaaban) adalah bukan ajaran Nabi s.a.w.  Inilah juga pendapat majoriti ulamak seperti Sayyid Sabiq, Prof Mutawalli Sya'rawi, Dr Abdul Karim Zaidan dan sebagainya.  Oleh yang demikian, kita tidak boleh melakukan amalan-amalan yang tidak diasaskan oleh nabi dan yang bercanggah dengan hukum syarak seperti menunaikan solat sunat khusus untuk panjang umur pada malam nisfu syaaban. Akan tetapi, ini bukanlah bermakna bahawa kita tidak boleh melakukan amalan tertentu pada malam nisfu syaaban seperti  bacaan Yasin, sebaliknya amalan tersebut  boleh diteruskan, namun    dengan syarat kita tidak ‘mewajibkan’ bacaan Yasin sebanyak 3 kali dan seumpamanya.  Di samping itu, alangkah baiknya juga kalau pada malam itu juga diisi dengan program pengajian ilmu agar pemahaman terhadap ajaran Islam semakin meningkat dari semasa ke semasa. Justeru, amalan-amalan sunat seperti membaca al-Quran, berzikir, solat sunat, berpuasa dan yang seumpamanya hendaklah dilaksanakan bukan sahaja pada malam nisfu syaaban, akan tetapi kita hendaklah beristiqamah melaksanakan amalan-amalan kebajikan tersebut pada bila-bila masa sahaja siang ataupun malam. Sesungguhnya apabila kita dapat melaksanakan sesuatu amalan dengan penuh keikhlasan dan amalan tersebut bertepatan dengan hukum syara', maka kita akan tergolong daripada umat Islam yang menuju ke arah kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Perbanyakkanlah amalan sunat di bulan Syaaban sebagai suatu persediaan menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak!