Wednesday, May 9, 2012

KES RASUAH TERTINGGI DI MALAYSIA?

4885234214 ae160a7c00 Kes Rasuah di Malaysia Yang Tertinggi?Apabila membaca satu fakta daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh orang-orang SPRM, memang patut pun kedudukan indeks rasuah di Malaysia berada dalam kedudukan yang teruk di dunia. Kadang-kadang tersenyum kami sendiri melihat telatah mereka walaupun SPRM yang telah melalui beberapa “penjenamaan semula” dan transformasi tetapi rupanya masih ditakuk lama. Pada mulanya dikenali dengan Badan Pencegahan Rasuah kemudian diberikan “nafas baru” badan ini sehingga dikenali suruhanjaya yang diharapkan lebih bebas. Hakikatnya? Mentaliti serupa juga.

Mana pergi-perginya “jerung-jerung” yang sedang bebas berkeliaran di tepi pantai Malaysia. Tiada buat tangkapankah wahai SPRM? Kebalkah mereka? Sedangkan jerung-jerung inilah, yang bernilai lebih RM35,000 malah jutaan ringgit nilainya berdasarkan rekod jenayah yang mereka lakukan termasuk penyelewengan yang dibongkarkan satu demi satu sebelum ini.
Jerung kalau dibiarkan berkeliaran di pantai Malaysia, bahaya tak? Begitu juga kepada negara Malaysia apabila penjenayah seperti ini dibiarkan bebas di luar sana….
Lagi satu, kata pengarah SPRM, rekod tertinggi kes rasuah tahun ini ialah RM35 ribu yang diterima oleh pengurus TNB. Walhal statistik menganggarkan negara kerugian hampir RM10 bilion setahun angkara rasuah dan salah laku yang berkaitan dengannya. Namun, setakat bulan Ogos, SPRM berjaya merekodkan kes rasuah tertinggi sebanyak RM35 ribu. Kasihan……..

Baru-baru ini SPRM diberitakan akan menggunakan pendekatan Sun Tzu untuk memerangi rasuah di negara ini.

Yang lawaknya, kata pengarah tersebut: “Kami berharap trend orang awam melaporkan sebarang cubaan rasuah kepada SPRM akan berterusan bagi membendung kegiatan rasuah.” Masalahnya orang sudah letih melaporkan salah laku pemimpin rasuah, namun, tindakan yang “SPRM mampu lakukan”?

SUBANG JAYA: Penangkapan berhubung kes rasuah di negara ini didapati meningkat dalam tujuh bulan pertama tahun ini dengan sekurang-kurangnya 520 individu termasuk penjawat awam ditahan membabitkan pelbagai kesalahan.
Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mustafar Ali, berkata peningkatan angka itu berbanding 500 individu sepanjang tahun lalu disebabkan kesedaran awam memerangi rasuah lalu melaporkan kepada SPRM mengenai sebarang cubaan rasuah. Beliau berkata, daripada 520 yang ditahan dari awal Januari hingga Julai tahun ini, lebih 300 daripadanya adalah pemberi rasuah di kalangan orang awam dan sektor swasta. Menurutnya, sehingga tahun ini, 117 individu sudah dituduh ke mahkamah berbanding 176 sepanjang tahun lalu membabitkan 46 penjawat awam dengan selebihnya orang awam serta sektor swasta.

“Jumlah rasuah tertinggi bagi tahun ini direkodkan ialah kes rasuah RM35,000 oleh seorang pengurus syarikat kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mengurangkan bayaran elektrik.” “Trend penangkapan terkini dilihat kepada pemberi rasuah berbanding penerima rasuah berikutan kesedaran awam melaporkan kes kepada SPRM.” HARIAN METRO

Maksudnya SPRM punya KPI ini masih rendah lagi. Ala-ala nilai kes rasuah tersebut melibatkan sebuah kereta Viva sahaja. Mungkinkah SPRM tak cukup bajet untuk “membeli pukat yang lebih besar” dan apabila cukup peralatan SPRM, beranikah mereka untuk menangkap jerung-jerung besar di luar sana?



No comments:

Post a Comment