Susunan: Ust Ishak AR
Diantara
jenis-jenis amalan khurafat orang Melayu adalah seprti berikut;
1.
Anggapan sial atau membawa malapetaka kepada seseorang ataupun masyarakat
dengan kehadirannya dan amalan buang sial: tepung tawar, Lenggang perut, Mandi
bunga/Sintok limau dan Mandi Safar. Islam menganggap setiap orang itu ada qadar
baiknya dan ada qadar buruknya dan sama sekali tidak ada kesialan pada diri
seseorang. Begitu juga cara untuk menghindari sesuatu musibah adalah memohon
kepada Allah yang menciptakan segala-galanya bukannya dengan amalan-amalan
buang sial.
2.
Kepercayaan kepada hantu dengan alasan untuk tinggal selamat di suatu tempat
atau memberi makan kepada hantu peliharaannya ataupun konon-kononnya untuk
membayar niat tertentu.
Sesungguhnya
Islam dengan aqidah dan tauhid yang amat kental mengajak manusia agar
beriktikad bahawa segala sesuatu yang memberi bekas adalah Allah SWT saja yang
tidak ada sekutu dengannya. Oleh itu tidak perlu menjamu kepada sesiapa kerana
segalanya adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang amat lemah.
3.
Ilmu seru gerak yang kebiasaannya diamalkan oleh kumpulan silat yang
mengamalkan jurus kebatinan.
Islam
itu lengkap dan amat sempurna dari unsur-unsur luar yang bercadang untuk
menyempurnakan Islam. Ilmu mempertahankan diri adalah amat baik dan Islam amat
menggalakkan umatnya mempersiapkan kelengkapan dan segala kekuatan bagi
mempertahankan kesucian Islam tetapi bukan dengan sesuatu yang tidak ada
asalnya dari Islam seperti : ilmu seru gerak dan jurus kebatinan.
4.
Jampi serapah yang ada unsur-unsur syirik atau menghina Islam atau tidak
difahami maksudnya.
Para
ulama berbeza pendapat dalam masalah membaca jampi serapah yang bukan bersumber
dari al-Qur’an dan hadits kepada beberapa pandangan. Sebahagian mereka tidak
mengharuskan sama sekali sebarang jenis bacaan jampi jika bukan dari al-Qur’an
mahupun hadits. Tetapi sebahagian yang lain mengharuskan dengan syarat difahami
maknanya dan tidak ada unsur-unsur yang dilarang dalam agama di dalam bacaan
jampi tersebut. Seperti : seruan kepada sesuatu, menghina Allah, Nabi Muhammad
(ﷺ), ajaran Islam, memohon sesuatu kepada
selain Allah SWT, termasuk meminta keapad batu atau kayu dan sebagainya.
Sebahagian daripada perkara yang
haram, berdosa besar bahkan syirik di dalam Islam ialah mempercayai tilikan
dukun.
6.
Memohon dengan percakapan atau ungkapan yang tidak ada asal usul
suruhan dalam Islam seperti kata-kata “Tabik Tok Nenek” ketika melalui sesuatu
tempat atau “Minta simpang Malaikat 44” ketika mengharapkan sesuatu yang tidak
diingini.
7.
Penggunaan tangkal di rumah atau dipakai di badan
yang bukannya dari sesuatu yang tsabit dalam agama serta tidak dijaga dari
dibawa ke tempat-tempat yang bukan suci.
Pada
kebiasaannya penggunaan tangkal akan menyebabkan seseorang bertumpu kepada
tangkal dan merasakan dirinya selamat selama tangkal itu berada dengannya. Maka
sebab itulah Baginda Nabi SAW melarang penggunaan tangkal.
8.
Meletakkan Ladam Kuda dipintu rumah dengan alas an boleh menghindari
dari gangguan makhluk halus.
Islam
amat melarang umatnya bersahabat, meminta pertolongan dan apatah lagi berkahwin
dengan golongan jin yang kejadiannya, seleranya dan kehidupannya amat berbeza
sama sekali dengan manusia.
Ilmu
pengasih atau ilmu yang didakwa dapat menawan hati seseorang samada dengan
tujuan baik, iaitu ingin bernikah, ataupun dengan tujuan yang jahat, iaitu
ingin memperdaya seseorang adalah haram di sisi agama. Ia termasuk dalam
kelompok ilmu sihir, walaupun dengan menggunakan ayat al-Qur’an yang ditokok
tambahkan dengan kalimah-kalimah tertentu.
Amalan
yang terdapat dalam masyarakat Melayu ialah perasapan kemenyan pada malam
Jumaat. Dengan alasan, agar rumahnya didatangi oleh para malaikat ataupun untuk
menghindari rumahnya dari dimasuki oleh iblis syaitan ataupun untuk menyepuh
keris-keris atau sebarang jenis senjata warisan dan sebagainya. Sebenarnya
amalan-amalan seumpama ini adalah amalan yang bersumberkan kepada ajaran agama
Hindu dan jelas bercanggah dengan ajaran Islam bahkan dapat mengundang
kemudharatan kepada pelakunya.
13.
Meletakkan air di dalam bekas untuk dijamukan kepada para malaikat “Air
Malaikat”.
Sesungguhnya
Malaikat merupakan makhluk ciptaan Allah SWT daripada Nur atau cahaya yang
tidak pernah menderhakai Allah SWT walaupun mereka tidak mempunyai nafsu, tidak
makan, minum, tidur, berkahwin, beranak ataupun melakukan sesuatu yang
disebabkan nafsu. Maka bagaimana mungkin air boleh disediakan untuk minuman
para malaikat? Ini adalah disebabkan kejahilan tentang perkara agama.
14.
Menganiaya atau menzalimi orang melalui sihir, santau dan pukau.
Tujuan
mereka untuk menguji ilmu mereka, membantu orang lain yang bermusuhan dengan
seseorang, memintas perniagaan seseorang, mencuri atau ingin mengambil hak
milik seseorang bukan dengan secara hak. Kesemua itu zalim namanya yang sangat
layak diancam dengan azab yang amat pedih oleh Allah SWT.
Merubah
sesuatu yang telah dijadikan oleh Allah SWT kepada manusia adalah haram.
Seperti firman Allah dalam Surah at-Tin, ayat 4 :-
“Sesungguhnya
Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan
berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya)”.
16.
Pemakaian raksa atau apa-apa logam untuk menguatkan tubuh badan atau untuk
kuatkan rangsangan seks.
Pemakaian
raksa boleh mengkategorikan sebagai merubah ciptaan Allah SWT dan amaln sihir,
kerana pemakaian raksa akan menyebabkan seseorang itu menjadi kuat, kebal,
tidak penat bekerja berat. Jampi serapah serta amalan tertentu diperlukan untuk
memasukkannya seperti pemakaian susuk.
Menggunakan
sesuatu objek dengan alasan golongan jin akan takut kepada benda tersebut
ataupun bermain dengannya, seperti menabur beras kunyit di dalam rumah, menabur
kacang hijau atau lada hitam, menyembur air garam ataupun cuka di rumah,
meletakkan sesuatu benda yang berduri di dalam rumah.
Mempercayai
sesuatu objek boleh memberi mudharat dan manfaat seperti batu zamrud, kayu
koka, kemuning hitam, raja kayu, teras kilo dan buluh tumpat.
19.
Kepercayaan kepada tuah keranda.
Lari
dibawah keranda seseorang yang kita terlalu kasih supaya tidak teringat
kepadanya.
Sebahagian
dari fahaman khurafat yang masih lagi menyelubungi umat Islam dalam masyarakat
kita ialah fahaman-fahaman seperti :-
Jangan
makan nasi di dalam periuk atau belanga nanti jadi fakir. Jangan main batu
baling (batu tujuh) dalam rumah nanti sempit rezeki. Jangan sapu rumah atau
buang sampah pada waktu malam nanti sempit rezeki. Rebus batu atau panah
matahari dengan cili kering atau sambung baju pengantin sampai ke atas bumbung
yang kesemuanya itu supaya tidak turun hujan.
20.
Menzalimi binatang seperti amalan memindahkan penyakit kepada binatang atau
menyihir seseorang dengan menggunakan katak atau binatang lain.
Tindakan
menzalimi binatang dengan alasan untuk menyelamatkan manusia tidak dapat
diterima akal dan syarak, bahkan termasuk dalam amalan sihir yang dilaknati
Allah SWT.
Mempercayai
seseorang wali, keramat atau seseorang seperti bomoh dan dukun boleh
mendatangkan kemudharatan ataupun manfaat.
22.
Kepercayaan kepada kejadian alam sebagai isyarat masa depan.
Mempercayai sesuatu perkara atau bunyi yang berlaku ada kaitan dengan apa-apa
perkara atau kaitan dengan orang tertentu, seperti bunyi cicak atau burung,
kucing atau biawak melintas dalam perjalanan akan membawa malapetaka.
23.
Membaca ayat al-Qur’an secara songsang ataupun dihentikan pada tempat yang
salah dari segi tajwid dengan alasan tertentu yang bercanggah dengan syarak.
Umpamanya
membaca surah al-Fatihah atau surah al-Ikhlas terbalik kononnya dengan tujuan
perubatan atau untuk menghantar balik sihir yang dibuat oleh orang lain. Amalan
ini jelas bercanggah dengan ajaran Islam berdasarkan firman Allah SWT, yang
mencela sikap golongan Yahudi yang mengubah-ubah ayat-ayat Allah di dalam
kitab-kitab terdahulu sehingga mereka menjadi sesat.
“Di
antara orang-orang Yahudi ada Yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah
(isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya Yang sebenar, dan berkata (kepada
Nabi Muhammad): “Kami dengar”, (sedang mereka berkata Dalam hati): “Kami tidak
akan menurut”. (Surah an-Nisa, ayat 46)
24.
Kepercayaan kepada kebolehan wafaq. Mempercayai wafaq atau huruf
Hija’iyah yang tertentu, yang tertulis sama ada secara rajah ataupun tidak dan
juga yang tidak dapat difahami maksudnya, dapat mendatangkan sesuatu manfaat
ataupun mudharat. Ini adalah sebahagian dari amalan sihir yang menyesatkan.
Apatah lagi jika dikaitkan dengan sesuatu fahaman dan iktikad umpamanya boleh
melariskan perniagaan, mendekatkan jodoh dan menghindarkan penyakit.
30.
Mendakwa diri sebagai seorang kasyaf. Mendakwa diri sebagai seorang wali
yang kasysyaf dan boleh melihat jin dan sebarang makhluk halus dan boleh
menyembuhkan sebarang penyakit.
Menjana
Masyarakat Beraqidah – Himpunan Kertas Kerja Seminar Motivasi Masyarakat
Beraqidah Majlis Ilmu 2007, Cetakan Pertama : 2008, Diterbitkan oleh : Jabatan
Perdana Mentiri, NBD.Kesan-Kesan Negatif Daripada
Kepercayaan Khurafat
Kepercayaan khurafat boleh
membawa kepada kesan negatif kepada seseorang manusia. Khurafat boleh
menjadikan seseorang itu berlaku syirik kepada Allah swt kerana mempercayai
sesuatu atau ada kuasa yang lain daripada Allah Taala yang mampu memberi
pertolongan kepada mereka. Ini menyebabkan seseorang itu terkongkong kerana
pantang larang yang diamalkan serta menyekat kebebasan berfikir yang
mengakibatkan seseorang itu lemah dan mundur dalam segala hal.
Bahkan
mereka sanggup menghabiskan wang, tenaga dan membuang masa mereka dengan
sia-sia. Akhirnya perkara tersebut menyebabkan berlakunya huru hara dan
perpecahan dalam masyarakat kita.
Cara-Cara Mengatasi Atau
Menghapuskan Kepercayaan Khurafat
Untuk membenteras dan menghalang
dari berlakunya kepercayaan khurafat di kalangan masyarakat hari ini
usaha-usaha da’wah dan penerangan kepada semua peringkat umat Islam perlu
dilaksanakan dengan lebih meluas lagi. Pihak yang bertanggungjawab hendaklah
mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang melakukan perkara khurafat iaitu
dengan mengenakan hukuman yang berat serta menghapuskan tempat-tempat yang
menjadi tempat pemujaan mereka seperti bina-binaan di atas kubur yang dianggap
keramat.
Ciri-ciri
Mantera
Dari segi bentuk :
i.
Bentuk bebas atau tidak terikat
ii. Jumlah baris dalam satu rangkap
adalah bebas / tidak tetap
iii.
Jumlah rangkap bagi satu-satu
mantera juga adalah bebas.
iv.
Rima akhir baris adalah bebas
iaitu tidak ada skema rima yang tertentu.
Dari segi isi :
i. Mengandungi pengucapan dan doa yang penuh dengan kata-kata
pujian dengan tujuan membawa keuntungan danmenjauhkan bencana.
ii. Mengandungi unsur-unsur atau ungkapan magis
yang digunakan dalam upacara-upacara tertentu serta bersifatkudus atau
menyelami soal-soal kebatinan
Dari segi bahasa :
i. Mengandungi kata-kata yang dapat memberi kesan gambaran
(imej) yang tertentu seperti gambaran alamsemulajadi, benda-benda, tingkah
laku atau perbuatan, perasaan atau sentuhan, bunyi atau pendengaran
ii. Kaya dengan bahasa perbandingan, kata-kata perulangan,
kata-kata kiasan atau kiasan bahasa dan metafora.
Jenis
mantera dibahagikan kepada empat jenis berdasarkan tujuan mantera tersebut
diucapkan, iaitu :
a. Perubatan
b. Pakaian diri
c. Pekerjaan
d. Adat istiadat
1. Mantera Pakaian Diri
Mantera
pakaian diri merupakan mantera yang diamalkan dengan tujuan menjadikan dirinya
atau diri seseorang kebal,kuat, terselamat dari perbuatan jahat
dan sihir, manis dipandang, dikasihi orang berkenaan dan sebagainya.
a. Mantera Kuatkan Syahwat.
i. Bismi’llahi- Rahmani –Rahim
Cang-cang setandang besi
Anak harimau setandang malam
Keras kalam menjadi besi
Keras siang hingga ke malam
Keras seperti besi khursani
Panah batu, batu runtuh
Panah gunuh, gunung runtuh
Panah selera dengan aku
Oh yaman, oh berkat aku pakai
Dengan berkat La Ilaha
illa’llah
(Omar
Ahmad,Pulau Pinang)
b. Mantera Kebal
Diri
i. AssalamualaikumHei
!
Diri ku empat anasir
Daging kulitku asalnya tanah
Dicincang tiada putus
Ditikam tiada luka
Digodam tiada pecah
Ditimpa tiada hancur
Rupanya hitam
Huuuu ( hembus nafas)
Darahku asalnya api
Dicincang tiada putus
Ditikam tiada luka
Digodam tiada pecah
Ditimpa tiada hancur
Rupanya merah
Huuu (hembus nafas)
Uratku asalnya angina
Dicincang tiada putus
Ditikam tiada luka
Digodam tiada pecah
Ditimpa tiada hancur
Rupanya kuning
Huuuu (hembus nafas)
Tulangku asalnya air
Dicincang tiada putus
Ditikam tiada luka
Digodam tiada pecah
Ditimpa tiada hancur
Rupanya putihHuuu (Hembus
Nafas)
Berkat doa La ilaha illa’llah
(Tok Pah, Tanjung Malim ,Perak)
2. Mantera Perbomohan dan Perubatan
Mantera
Perbomohan dan Perubatan dalam
konteks ini bermaksud, semua mantera yang digunakan oleh bomoh untuk
menyembuhkan penyakit atau menjadikan seseorang itu sakit. Perbomohan merupakan
salah satu institusi sosial yang penting dalam masyarakat Melayu, terutama pada
zaman silam kerana bomoh memainkan peranan yang penting sebagai orang
perantaraan untuk berhubung dengan makhluk
ghaib.
a. Mantera
Memulihkan Sakit Pinggang
i. Bismi’llahil-Rahmani’l Rahim
Hei besi kalin besi malila
Besi kalin besi tembaga
Besi melilit pinggang aku
Aku tidur engkau jaga
Engkau pelihara pinggang aku
Hei sembelit mula jadi
Daripada besi khursani
Nyahlah engkau terbang ke
laut subhanallah
Kalau engkau tidak nyah
Derhakalah engkau kepada
Allah
Derhakalah engkau kepada
Muhammad
Berkat kata
La ilaha illa ‘llah,
Muhammadar Rasululah
(Hj. Mohammad Hassan,Pekan)
ii. Assalamualaikum
Akulah anak panah Sang
Ranjuna
Aku panah langit,langit
tembus
Aku panah laut, laut kering
Aku panah api, api padam
Aku panah awan, awan hancur
Aku panah gunung, gunung
runtuh
Aku panah kayu, kayu tumbang
Aku panah batu, batu pecah
Aku panah jin dan manusia
Tembus dari jantung ke limpa
Hei jin dan manusia
Pindah balik ke tempat kau
Kau tidak boleh duduk tunggu
jaga tempat ini
Kau dengar-dengarlah pesanan
aku
Jika kau tidak dengar pesanan
aku
Aku sumpah, derhakalah kau
kepada Allah
Bukan kata aku Kata Allah,
kata Muhammad
Berkat Doa La ilaha illa’llah
3. Pembantu dalam Pekerjaan
a. Mantera Menangkap
Ikan Guna Hantu Air
Walaupun
hantu air di sesuatu tempat perlu dihalau sebelum tangkapan dibuat, namun
adakalanya hantu air boleh digunakan untuk membantu penangkapan. Hantu air
berupaya memanggil ikan dalam jarak empat batu dan dikumpulkan pada satu
tempat. Ini dipercayai berlaku di Kampung Belimbing, Kuantan Pahang dalam tahun
1989. Menurut penduduk kampong itu, kemudian diakui oleh Tok Putih Hassan,
dukun yang bertanggungjawab dalam hal itu bahawa :
Atok
(Tok Putih) kasihan melihat Salim,anak atok. Dia sudah banyak kali pergi
memukat. Ikan tak dapat, ansuran bot dan pukat hendak dibayar. Atok ambil
sepinggan bertih dan dijampi. Salim bawa bertih itu dan ditabur dalam air. Dia
tahan pukat, dapat enam belas pikul ikan patin sekali tahan.
i. Manteranya ialah :
Assalamualaikum
Hei Datuk Kepala Putih,
mambang di laut
Yang hidup di tali arus,
Yang hidup di arus terentang
Kau hidup di kuala beting
Yang menjadi Bukit Qaf,
gunung segunung
Makan kau dari Sarib ke
Maghrib
Hei Datuk Panglima Hitam,
raja di laut
Ini aku khabar kepada engkau
Kau kampungkan segala ikan
kedalam pukatku
Aku tak tahukan jahat
Aku tahukan baik semata-mata
pada engkau
Berkat kata La ilaha
illa’llah
ii. Mantera Hantu Raya
Digunakan
pada waktu malam untuk menugaskan hantu raya supaya menjaga tanaman dan
menakutkan haiwan-haiwan lain yang berniat untuk memakan tanaman tersebut.
Dibaca secara berulangkali. Ada juga yang percaya bahawa mantera ini juga boleh
dibaca sebelum berperang atau berlawan dengan manusia atau haiwan.Tapi secara
asalnya mantera ini adalah untuk menjaga tanaman.Manteranya ialah:
“Tum Ketumbak Indai Ragum
Nadai Diak,
Nyau Mansai Sungai Pemesa Ulih Kitak”
iii. Mantera Pelaris Perniagaan
Matlamat
utama berniaga adalah untuk mendapatkan keuntungan daripada hasil jualan
barangan atau perkhidmatan. Sehubungan itu pengusaha atau perniaga mencari
jalan untuk menarik pelanggan. Di antaranya mereka atau bomoh membuat pelaris.
Pelaris itu antaranya :
Bismi ‘llahi ‘l-Rahmani ‘l- Rahim
Aku puja ilmuku Si Semar
senyum
Senyumanku bagaikan Semar
Senyumanku
kegembiraan kedatanganku
Ngiling-ngiling sedih
sepeninggalanku
Datang
belas datang kasih
Orang sealam semesta ini
Semua kasih kepada aku
Kasih dengan kehendak Allah
Berkat doa
La ilaha illa ‘llah,
Muhammadar Rasulullah
(Dibaca pada minyak atau sesuatu dan
diletakkan di dalam kedai)
4) Mantera untuk Upacara
a. Mantera Ulit
Mayang
Anda sudah tentu pernah
dengar lagu tradisi Negeri Terengganu, Ulek Mayang. Lagu Ulek Mayang yang
bermula sebagai kaedah perubatan tradisional menjadi identiti Terengganu kerana
menjadi amalan masyarakat Melayu lama sejak beratus tahun lalu. Namun amalan itu
dikatakan amalan khurafat kerana menggunakan khidmat makhluk halus atau pun jin
dalam mengubati seseorang pesakit.Sekarang Ulek Mayang hanya dikaitkan sebagai
persembahan kesenian tradisional yang masih aktif berkembang beberapa lokasi di
Terengganu seperti Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Persembahan Ulek
Mayang ini dimainkan dengan menggunakan Mayang Pinang. Dipercayai Mayang Pinang
membangkitkan semangat. Ketika persembahan ini berlangsung pemain diiringi
dengan seloka dan pantun oleh rakan yang lain.
Manteranya ialah:
Aku tahu asal usulmu,
Seri Bersila nama asalmu,
Seri Berdiri nama batangmu,
Seri hidup asal usulmu,
Seri Menempak nama daunmu,
Seri Guntur nama bungamu,
Seri Gintir nama buahmu.
Aku tahu asal usulmu,
Umbut mayang diumbut,
Umbut dengan jala jemala,
Ulit mayang diulit,
Ulit dengan tuan puteri,
Puteri dua berbaju serong,
Puteri dua bersanggul serong,
Puteri dua bersubang gading,
Puteri dua berselendang
kuning.
Umbut mayang diumbut,
Umbut dengan jala jemala,
Ulit mayang diulit,
Ulit dengan puterinya empat,
Puteri dua berbaju serong,
Puteri dua bersanggul serong,
Puteri dua bersubang gading,
Puteri dua berselendang
kuning.
Umbut mayang diumbut,
Umbut dengan jala jemala,
Ulit mayang diulit,
Ulit dengan puterinya enam,
Puteri dua berbaju serong,
Puteri dua bersanggul serong,
Puteri dua bersubang gading,
Puteri dua berselendang
kuning.
Umbut mayang diumbut,
Umbut dengan jala jemala,
Ulit mayang diulit,
Ulit dengan puterinya tujuh,
Puteri dua berbaju serong,
Puteri dua bersanggul serong,
Puteri dua bersubang gading,
Puteri dua berselendang
kuning.
Ulit mayang diulit,
Ulit dengan jala jemala,
Ulit mayang diulit,
Ulit dengan tuan puteri,
Kutahu asal usulmu,
Yang laut pulang ke laut,
Yang darat pulang ke darat,
Nasi berwarna hamba
sembahkan.
Umbut mayang diumbut,
Umbut dengan jala jemala,
Pulih mayang kupulih,
Pulih balik sedia kala
No comments:
Post a Comment