Wednesday, August 26, 2020

 


RAWATAN SAKIT KEPALA
CARA MENGAMBIL HERBA


1)    BADAN MENGHADAP MATAHARI SUPAYA BAYANG TUBUH  TIDAK MENINDIH HERBA

2)    BACA AL-FATIHAH (UNTUK TUJUAN DOA DIBACA TANPA AMIN),  SAYA (ORANG YANG MENGAMBIL HERBA BIN/BINTI NAMA IBU), NIATKAN HENDAK MENGAMBIL HERBA INI UNTUK  ITHTIAR MENGUBAT PENYAKIT (SEBUT NAMA PESAKIT BIN/BINTI IBU).

3)    POTONG ATAU CABUT HERBA. AMBIL 3 CEKAK DAUN INAI (DAUN DAN RANTING)


KAEDAH RAWATAN

1)    1 CEKAK DAUN INAI DILURUT DAUN KE DALAM BEKAS.

2)    1/3 AIR PENAWAR + 1 BOTOL AIR PAIP. RAMAS DAUN INAI

3)    BASUH KEPALA DAN IKAT KELILING KEPALA DENGAN KAIN  PUTIH DIBAWA TIDUR HINGGA AZAN SUBUH

4)    ULANGI KEADAH INI 3 MALAM  BERTURUT-TURUT


Alamat:

PUSAT RAWATAN KECIL(PRK) DARUSSYIFA’ MENTAKAB PAHANG

NO:22,LORONG BENDERA 1H, TAMAN BUKIT BENDERA, 28400 MENTAKAB, PAHANG DARUL MAKMUR

TEL:011-10825833/011-10812103/09-2773327

                                              




                                
RAWATAN PENYAKIT KULIT
Kaedah Terbaik

                                 



                                  CARA MENGAMBIL HERBA

1. BADAN MENGHADAP MATAHARI SUPAYA BAYANG TUBUH TIDAK MENINDIH HERBA.
2. BACA FATIHAH BERSAMA NIAT UNTUK TUJUAN RAWATAN PENYAKIT KULIT YANG ALLAH TIMPAKAN KEPADA (NAMA PESAKIT……………BIN/BINTIKAN KEPADA IBU)
3. POTONG ATAU CABUT HERBA.

                                            KAEDAH RAWATAN
                                              (PAGI & MALAM)

1. AMBIL SECEKAK DAUN BELIMBING BESI (DAUN DAN RANTING).
2. IKAT BAHAGIAN
RANTING DAUN (SEBAGAI PEMEGANG).
3. CUCI AKAR RUMPUT SAMBAU DENGAN AIR
PANAS (KINCAH).
4. RENDAM 3 BIJI GAMBIR BERSAMA  AIR RUQYAH HINGGA
LEMBUT/KEMBANG.
5.
KISAR/BLENDER DAUN DAN GAMBIR HINGGA HANCUR(TIDAK TERLALU PEKAT/CAIR).
6. BANCUHAN DISIMPAN DALAM PETI SEJUK.
7. AMBIL SECUKUP UNTUK SAPUAN KE DALAM MANGKUK PUTIH.
8. GUNA AKAR RUMPUT SAMBAU UNTUK SAPUAN
.(SAPU MENGIKUT PUSINGAN TAWWAP KA’BAH)
9. CUCI AKAR SELEPAS GUNA. (GUNAKAN AKAR RUMPUT SAMBAU YANG LAIN SELEPAS   3 HARI
)

                                      
BACAAN RUQYAH DAN DOA
                                      (
Sila rujuk perawat Darussyifa’)

Sekian, Wassalam.

 

SAKA DI KALANGAN MASYARAKAT MELAYU SERTA KESANNYA.

Oleh: IAR Al-'Alawy

Istilah saka dalam  pemahaman masyarakat melayu merujuk kepada ilmu yang diperturunkan daripada Waris yang diatas kepada Waris yang dibawah seperti daripada ibu  atau bapa kepada anak atau daripada datuk atau nenek kepada cucu dan cicit. Jika seseorang ibu atau bapa memiliki ilmu perbomohan atau boleh diistilahkan sebagai saka bomoh yang berkemampuan untuk merawat pesakit khusus-nya yang melibatkan ganguan makhluk halus, maka ilmu perbomohan atau perdukunan tersebut diperturunkan kepada warisnya sehingga menyebabkan pewaris tersebut dapat mengubati orang lain sebagai mana dilakukan oleh ibu,bapa atau datuk,neneknye sebelum itu.

Waris tersebut munkin telah dipilih sebagai pewaris yang kebiasaan akan menerima saka dalam bentuk sesuatu yang mendampingnya, Waris itu juga akan menjadi lebih aktif dan ilmu yang dimiliki itu lebih berkesan apabila pewarisnya meninggal dunia. Penurunan ilmu saka tersebut boleh berlaku dengan sengaja seperti melakui pengakuan waris untuk  menerimanya atau secara tidak sengaja seperti  melakui penerimaan sesuatu barang seperti keris lama, geliga, lembing, dan lain-lain yang melambangkan sesuatu bentuk penerimaan waris tersebut terhadap ilmu saka itu. Terdapat dikalangan individu yang tidak sedar bahawa beliau telah mewarisi ilmu saka tersebut sehingga menyebabkan beliau sering diganggu dansebagainya, memandangkan saka adalah suatu bentuk ilmu yang diwarisi atau dipusakai ia sangat berkait rapat dengan jin-jin sama ada jin tersebut dibela, dijadikan sahabat atau dijadikan sebagai saudara dan pembantu sama ada secara sedar atau tidak, melakukai perantaraan makhluk inilah yang mambantu seseorang itu melakukan apa sahaja perbomohan atau untuk kepentingan tertentu seperti menjadi kebal dan kuat, digerua, untuk tujuan kecantikan, perbidanan dan sebagainya, terdapat beberapa jenis saka sama ada yang dikaitkan dengan haiwan atau tidak, antara jenis saka yang melibatkan haiwan tertentu adalah seperti berikut,

 1)Saka Harimau

Saka jenis ini selalunya menjadi pilihan ramai kerana ia bersifat berani dan boleh digunakan untuk menakutkan orang ramaiatau melawan musuh-musuh tuannya.

2)Saka Buaya

Saka jenis ini digunakan untuk menjinakkan haiwan seperti buaya.

3)Saka Ular

Pengunaan untuk mengawal atau menjinakkan ular yang dipakai oleh pembela-pembela dan peminat-peminat ular.

Manakala saka yang bukan menyerupai haiwan adalah seperti.

1)Saka Bomoh

Kebiasaannya digunakan untuk tujuan perubatan pesakit yang melibatkan gangguan makhluk halus.

2)Saka Susuk

Kegunaannya untuk tujuan kecantikan.

3)Saka Kuat

Bagi menguatkan tuannya dengan tujuan untuk mengankat barang-barang yang berat atau menjadikan tuannya itu kebal daripada sebarang senjata.

4)Saka Bidan

Kelazimannya untuk perbidanan dan urutan selepas bersalin,

Saka dibela dan diwarisi khususnya dikalangan masyarakat melayu adalah untuk tujuan dan manfaat tertentu, Antaranya ada saka yang digunakan untuk melindungi diri, Ahli keluarga dan harta benda tuannya atau ada yang digunakan untuk menjaga tanaman dan kebun serta binatang ternakan. Bahkan, ada juga saka yang digunakan untuk mengawal binatang buas atau menjinakan binatang tersebut walaupun pada zahirnya seolah-olah terdapat manfaat dan kebaikan daripada pengunaan saka tersebut dalam kehidupan seseorang manusia, Pada hakikatnya ia lebih banyak mendatangkan keburukan kepada pengamalnya dan juga tuannya itu sendiri, Bahkan kesan buruk itu juga adalah diihadapi oleh waris dan ahli keluarga pembela saka tersebut.

Antara kesan buruk akibat daripada membela Saka atau menjadikan Saka sebagai pendamping adalah seperti.

1)Membawa kepada perlakuan syirik kepada ALLAH S.W.T kerana meletakan pergantungan, perlindungan dan keselamatan diri serta ahli keluarga daripada selain ALLAH iaitu kepada makhluk halus seperti jin dan syaitan.

2)Menggangu kehidupan dan ketenteraman tuannya atau pembelanya apabila melangar pantang larang atau tidak lagi mengikut syarat-syarat yang ditetapkan sebelum ini seperti menyembahkan dara atau melimaukan keris setiap minggu.

3)Menjadi pembela atau tuannya, menjadi malas kerana pergantungannya kepada makhluk tersebut yang menguruskan segala urusannya seperti menjaga kebun dan tanaman.

4)Menipu daya tuannya melalui amalan-amalan zikir yang perlu dilakukan dalam jumlah tertentu dan waktu tertentu bahkan menyebabkan amalan tersebut tidak diterima oleh ALLAH S.W.T kerana ia dilakukan atas arahan dan ketaatan tuannya itu kepada makhluk atau saka tersebut.

5)Memecah balahkan masyarakat seperti individu yang mempunyai saka bomoh mengubati pesakit dengan menyebutkan perbagai dawaan yang kononnya pesakit itu telah terkena buatan seseorang itu atau sifulan yang dikenalinya sehingga menyebabkan berlaku permusuhan antara mereka.

6)Memecah belahkan hubungan keluarga seperti saka tersebut tidak mahu diwarisi oleh waris sehingga berlaku pertelingkahan dan sebagainya.

7)Mendatangkan kesan buruk kepada pembela atau tuannya seperti penderitaan ketika hamper mati “NAZAK” dimana dalam banyak kes disebutkan bahawa orang yang membela saka akan menderita kesukaran roh untuk meninggalkan tubuh badan walaupun kadangkala tuannya telah lama sakit akibat tiada pewaris untuk saka tersebut,

Oleh yang demikian adalah lebih baik menjauhkan diri daripada terlibat dengan penggunaan makhluk halus sebagai sahabat dan teman dalam kehidupanmanusia “seseorang muslim yang beriman normal dengan kewarasan akal yang dianugerahkan ALLAH S.W.T pasti meletakan pergantungan hidupnya kepada ALLAH S.W.T bukan menjadikan makhluk halus seperti iblis dan syaitan adalah musuh ketat manusia.

(Firman ALLAH S.W.T dalam surah Yasin ayat ayat 60)

Terjemahannya: "Bukankah aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam supaya kamu jangan menyembah syaitan sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu."

(Firman ALLAH S.W.T dalam surah An-Nisa’ ayar 38)

Terjemahannya:"Dan sesiapa yang (mengambil) syaitan itu menjadi kawannya maka seburuk-buruk kawan ialah syaitan."

(Firman ALLAH S.W.T dalam surah Al-Jin ayat 6)

Terjemahannya:"Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang daripada manusia menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan pemintaan itu meraka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat,"

Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab mengesahkan bahawa sesiapa yang memohon pertolongan selain ALLAH S.W.T  seperti menyeru orang yang telah mati atau mnyeru makhluk ghaib ia adalah perbuatan yang tegas dilarang kerana boleh menyebab perbuatan syirik kepasa ALLAH S.W.T.

Sunday, July 5, 2020

Majlis Tazkirah Dan Penyerahan Kad Perawat Sesi  2020 P.R.K Darussyifa' Cawangan Mentakab.

Tarikh : 5 Julai 2020
Tempat : Dewan Annis Darussyifa' Mentakab 

Pada tanggal 5 julai 2020 tazkirah dan penyerahan kad perawat telah disampaikan oleh Al-fadhil Ustaz Ishak Ab. Rahman Al-Hajj.
Seramai 6 perawat yang telah menerima kad perawat. 

 1. En. Arshad Bin ABdul Aziz.

 2. Ust. Syahirman Bin Abdul Sukor.

 3. Ust. Hairul Bin Abdul Somad.

 3. Ust. Saiful Johari Bin Musahar.

 4. Ust. Abdul Latiff Bin Mokhtar.

5. Ust. Mohd Ikhwan Bin Daud. 

Friday, May 29, 2020

DIBUKA SEMULA

Assalammu'alaikum

Saudara, saudari yang dirahmati Allah SWT dan yang dihormati
sekalian, sukacita dimaklumkan bahawa khidmat rawatan di PRK Darussyifa' Cawangan Mentakab, Pahang di BUKA SEMULA kepada orang pada 29 Mei  Sabtu 2020 ini.

Tuan/puan yang ingin mendapatkan rawatan diminta mematuhi SOP Covic-19 seperti berikut:
1) Hadir ke PRK tidak melebihi 2 orang sahaja 
(termasuk pesakit) bagi setiap pesakit
2) Memakai Tutup Hidung dan Mulut (Face Mask)
3) Masuk PRK diwajibkan mencuci tangan dengan Sanitizer yang disediakan,
4) Duduk di kerusi pada jarak 1 meter setiap pesakit dan ahli keluarga.
5) Pesakit dan Pengiring juga diwajibkan menulis nama dan No Tel dan akan disaring dengan Thermometer (memastikan tuan/puan tidak demam( bersuhu baik)
Sekian. Terima kasih

Wassalam

Thursday, February 6, 2020


Latar Belakang Kajian Pengubatan 

Tradisional Melayu

Susunan: Ibnu Abdur Rahman al-'Alawy

Pengamal kaedah rawatan penyakit secara tradisional sama ada yang dikenali dengan rawatan Islam atau sebaliknya di kalangan masyarakat Melayu ialah bomoh,2 atau Tok Bomoh2 yang merupakan orang paling penting dalam merawat penyakit. Para perawat Darussifa’ juga tidak terlepas dengan istilah tersebut, kerana pada pandangan masyarakat Melayu asal sahaja kaedah rawatan itu secara tradisional (bukan kaedah alopati) maka perawatnya dikenali dengan panggilan bomoh. Namun begitu di Darussifa’, pengasasnya  Al-Marhum Tuan Guru Dato’ Haron Din mahu perawatnya disebut dengan panggilan ustaz. Ini memberi petunjuk bahawa kaedah rawatannya tidak sama dengan kaedah rawatan bomoh-bomoh yang lain. Ini juga memberi gambaran Darussyifa’ tidak terlibat dengan kaedah-kaedah yang dilarang syarak dan sekali gus menolak pandangan beberapa ahli akademik Islam yang berpendapat bahawa ada beberapa amalan rawatan yang terdapat di Darussyifa’ adalah salah pada syarak.
Jelasnya, sistem perubatan tradisional atau amalan perbomohan telah menjadi sebahagian kehidupan masyarakat Melayu sudah tidak dapat dinafikan lagi. Malah boleh dikatakan bomoh merupakan orang yang ada kedudukannya dalam masyarakat Melayu. Bahkan dalam sesebuah negeri biasanya akan ada seorang yang dikenali sebagai bomoh diraja yang bertugas bukan sahaja sebagai pengubat tetapi juga menjaga keselamatan negeri keseluruhannya.3 Bahkan ada juga di kalangan masyarakat yang percaya dan beranggapan bahawa pada diri bomoh itu mempunyai seribu satu macam ubat untuk menyembuh penyakit, tempat berlindung dari segala bencana dan tempat meminta pertolongan.4 Sehinggakan dalam apa jua aktiviti harian bermula dari aspek agama, sosial, kemasyarakatan, ketenteraan dan sebagainya termasuk juga amalan perubatan.5
Sebagai contoh semangat perbomohan masih wujud dalam masyarakat Melayu dapat dilihat melalui amalan membuang ancak, amalan menurun ketika melakukan amalan kebudayaan yang melibatkan golongan jin, di mana badan bomoh akan diresapi oleh jin atau makhluk halus yang dipuja.
Sesetengah masyarakat Melayu masih lagi beranggapan bahwa kaedah menurun yang dilakukan untuk tujuan rawatan adalah hasil resapan roh-roh para wali, orang alim yang warak, memiliki ilmu kebatinan yang tinggi dan hampir kepada Allah serta mempunyai karamah semasa hidupnya dan seumpamanya. Mereka yang meninggal ini masih berupaya menolong manusia dengan cara meresap ke dalam diri orang tertentu yang dikatakan juga mempunyai ilmu kebatinan yang tinggi.6 Ini merupakan antara amalan yang dilakukan ketika usaha-usaha rawatan tradisional atau rawatan alternatif .7
Semangat kesyirikan 8 dan khurafat 9 umat Melayu bukan sahaja dalam amalan pengubatan malah telah meresap sampai ke dalam dunia politik, demi kepentingan politik peribadinya ada di kalangan ahli politik sudah tidak mengambil kira soal kesucian akidah.10
Jika pemimpin atau wakil rakyat yang dipilih sudah terlibat serius denganperkara-perkara syirik, sudah pasti ia akan memberi kesan kepada rakyatnya. Manakala dalam mencari rezeki atau membina kekayaan melalui bidang perniagaan juga tidak terlepas daripada bahana syirik, kerana peniaga sanggup berjumpa bomoh bagi mendapatkan bantuan rawatan, telah menabur kunyit dengan lada hitam di beberapa sudut dan di celah-celah permaidani, tangkal atau azimat pelaris atau amalan yang tidak diajar dalam Islam.11
Sehinggakan fenomena ini juga telah menarik minat di kalangan penulis skrip serta pengarah filem untuk menayang filem yang berunsur mistik ini dan ia mendapat sokongan serta diminati oleh setiap lapisan mesyarakat. Satu demi satu filem berunsur mistik berjaya mencuri perhatian penonton yang didominasi oleh penonton Melayu, yangmana dalam keghairahan meneroka watak-watak hantu yang seram hinggakan tanpa disedari nilai-nilai agama telah dikesampingkan yang membawa kepada penyelewengan aqidah seperti menggunakan khidmat bomoh dalam pengubatan yang menggunakan kuasa selain daripada Allah dan penggunaan tangkal selain menimbulkan rasa takut yang melampau kepada makhluk di kalangan penonton.
Ia amat bersalahan dengan konsep takut yang sebenar dalam Islamsehinggakan Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid menyifatkan ini adalah “berhala moden”.12 Senario ini berlaku mungkin disebabkan mayarakat Melayu satu ketika dahulu merupakan masyarakat yang menerima banyak resapan pengaruh agama dan kepercayaan karut yang bermacam-macam sebelum kedatangan Islam, seperti fahaman Buddha Syinrawath (Buddha Puja Dewa) yang banyak menghasilkan perkara-perkara yang mencarik adat melalui pemujaan, jampi serapah dan seumpamanya. 13
Perkara ini mungkin juga berlaku kerana pengaruh Islam tidak begitu menonjol khususnya dalam persoalan yang berkaitan dengan ilmu pengubatan tradisional Islam. Malah mereka yang mengajar atau menurunkan ilmu rawatan Islam agak terlalu sedikit jika mahu dibandingkan dengan pewarisan atau penurunan ilmu pengubatan yang berunsurkan penerapan animisme dan Hindu-Budha yang dibawa dari benua India oleh mereka yang menganutinya.14 Walaupun begitu, segala fahaman ini telah cuba dibanteraskan oleh para mubaligh Islam yang benar-benar alim lagi sufi,15 khususnya di Tanah Melayu.
Namun masalahnya ialah mengenai anutan orang Melayu terhadap ajaran Islam pada hakikatnya masih tidak berupaya untuk membanteras atau mengikis sebahagian besar daripada pelbagai kepercayaan karut yang terdapat dalam budaya harian orang Melayu hasil daripada penerapan pengaruh animisma dan Hindu-Budha.16 Bahkan, orang Melayu masih ramai lagi yang terpengaruh dengan tipu daya kalangan pengubat yang kononnya menjalankan kaedah rawatan secara Islam, kerana bacaan Basmalah pada setiap kali rawatan  dimulakan, sebutan nama-nama rasul, nabi, malaikat dan kalimah La ’Ilaha ’lllallah semasa dan di akhir rawatan. Sedangkan kekeliruan ini secara tidak sedar telah mengheret sama mereka yang ingin mendapatkan rawatan ke kancah khurafat, tahyul dan syirik serta bertentangan dengan keharusan syarak.
Mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 80 peratus penduduk dunia masih bergantung kepada rawatan tradisional dan ia tidak hanya terkongkong dalam masyarakat Melayu sahaja. Secara terperincinya ialah 50 peratus mendapat sambutan daripada penduduk negara-negara membangun, manakala 75 peratus pula daripada penduduk negara-negara yang sedang membangun. Melalui perangkaan ini seolah-olah memberi gambaran bahawa sebahagian besar masyarakat beranggapan perubatan moden adalah penawar kepada segala penyakit merupakan persepsi yang dapat diketepikan.17















--------------------------------------------------------------------------------
2. Mengikut Kamus Dewan, bomoh bermaksud tabib kampong (yang mengubati orang sakit dengan menggunakan ubat tradisional atau cara kampong dan jampi-jampi).
3. Abd. Samad bin Ahmad (t.t), Kesenian Adat dan Petua, Kuala Lumpur, Associated EducationalDistributor, h. 132.
4. Hj. Mokhtar Hj. Mat Dom, (t.t), Bomoh dan Hantu, Kuala Lumpur, Federal Publications, h. 36.
5. Puteri Fahsyar & SMSI (2004). Pelbagai Isu Mencabar Pemikiran, cet. Pertama, Kuala Lumpur, Pustaka Buana, h. 40-41.
6. Amran Kasimin (2009), Pedoman Wanita Solehah Anis (majalah Anis, keluaran Februari) h. 30-32.
7. Amran Kasimin (1991), Darussyifa’ Bangunan Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam, Bandar Baru Bangi, Selangor: h. 2.
8. Menurut Kamus Dewan syirik bermaksud kepercayaan bahawa Allah itu banyak atau menyekutukan Allah.
9. Menurut Kamus Dewan khurafat bermaksud ajaran yang bukan-bukan atau karut.
10….(2009) Berita Harian (keluaran 6 Mei 2009, rabu dalam ruangan nasional), telah melaporkan bahawa seorang exco Islam negeri Perak telah membawa bomoh masuk Dewan Undangan Negeri (DUN)

11. Siti Nur Almizan Aripin (2009), Berita Minggu, (keluaran 21 Jun 2009, ahad melalui ruangan rencana yang telah dibentang oleh Us. Mohd Fauzi Mustaffa), h. 6.
12. Nor Shamsinor Baharin & Nazmy Sannusi, et. Al. (2008). Majalah al-Islam, Selangor, Utusan Printcorp Sdn. Bhd., h. 10-16.
13.Puteri Fahsyar & SMSI (2004). op. cit., h. 40-41
14.  Amran Kasimin (1991), Darussyifa’ Bangunan Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam, Bandar Baru Bangi, Selangor: h. 2.

15. Puteri Fahsyar & SMSI (2004), op. cit., h. 40-41.
16. Amran Kasimin (2009), op. cit., (majalah Anis, februari), hlm. 2.
17. Azman Mohd Nawi, Salawati Haris, Dahlia Ismail (2006), Milenia Muslim, Kuala Lumpur, Trans Noble (M) Sdn. Bhd., h. 40