Friday, December 17, 2010

TANDA-TANDA KECURANGAN SUAMI

Tanda-Tanda Suami Curang
By: IaR
Mempertahankan sebuah percintaan itu lebih sukar dari mendapatkannya
LELAKI TIDAK PUNYA SIKAP TELITI SEPERTI WANITA, SEBAB ITULAH BANYAK KES KECURANGAN DAPAT DIKESAN OLEH ISTERI SENDIRI DENGAN MUDAH, SUAMI YANG
TIDAK SETIA INI BERUSAHA  MENUTUPI HUBUNGAN SULIT MEREKA TAPI KURANGNYA SIKAP BERHATI-HATI MENYEBABKAN MEREKA MENINGGALKAN BEBERAPA PETUNJUK YANG MEMBOLEHKAN ISTERI MENJEJAKI AKTIVITI `GELAP' MEREKA. PERHATIKAN TUJUH TANDA YANG ADA DI BAWAH INI SEKIRANYA MERASAKAN LELAKI YANG ANDA KASIHI SEDANG BERMAIN CINTA DENGAN WANITA LAIN. IA MUNGKIN DAPAT MEMBERI KEPASTIAN TERHADAP PERASAAN CURIGA ANDA ITU.
Jika suami yang anda kenali seorang yang kurang mengambil berat tentang penerampilannya, tiba-tiba berubah sikap, pertama yang harus anda curiga jika seorang lelaki mula tertarik untuk memperbaiki gaya pakaian, rambut  atau kosmetik untuk kulitnya, dia mungkin sedang berusaha menarik perhatian wanita lain. Kata psikologi Stephanie Buehler, pakaian baru, kasut baru, dan aroma minyak wangi mahal yang baru adalah tanda-tanda bahawa seorang lelaki sedang mencuba, atau sudah, berlaku curang.
Ada sesetengah isteri yang berasa lega bila suami tidak mahu melakukan hubungan seks, tidak perlulah mereka penat melayani nafsu suami di malam hari. Tapi tahukah anda bahawa itu salah satu petanda kecurangan suami. Jika suami sudah tidak tertarik lagi untuk melakukan hubungan seks dengan anda, tak mustahil dia mungkin telah mendapatkan keperluannya dari orang lain. Menurut psikoterapi Dr. Tina Tessina, petanda lain yang juga boleh menunjukkan bahawa suami tidak lagi setia adalah keberaniannya mencuba teknik bercinta baru yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Mungkin dia telah mendapatkan latihan tambahan di ranjang yang lain, walLahu’alam?
Perhatikan juga perubahan lain seperti menurut Danine Manette, penulis buku Ultimate Betrayal; pasangan anda kemungkinan besar berlaku curang jika dia mula keluar rumah lebih awal untuk ke tempat kerja, menghabiskan waktu lebih lama di luar rumah, atau sering ke luar daerah. Perhatikan juga berapa banyak waktu yang dihabiskan di luar rumah untuk aktiviti-aktiviti bukan urusan pejabat. Berhati-hatilah jika kegiatan tersebut semakin kerap dan berlaku lebih lama dari biasanya.
Selain itu berilah perhatian lebih jika pasangan tidak dapat dihubungi ketika dia berada jauh dari anda. Jika dia berkata bahawa dia sedang bekerja lebih masa tetapi tidak mengangkat telefon atau membalas SMS anda, maka itu suatu petanda negatif.
Berhati-hati jika melihat senarai bil kad kredit suami dihabiskan untuk tujuan, membeli barangan dan peralatan yang mahal, penginapan di hotel atau makan malam dengan belanja yang tinggi tapi bukan bersama anda. Orang bercinta selalunya akan saling berhubungan tak kira masa, maka anda boleh saja mengesan telefon suami nombor mana yang kerap dihubungi dan menghubunginya. Mengapa? Sebab hubungan sulit boleh dikesan dengan melihat senarai panggilan
Begitu juga dengan emailnya yang dapat memberi petunjuk atas apa yang telah terjadi. Jika dahulu dia dengan mudah memberikan kata kunci email dan membenarkan anda membuka telefon bimbit tapi sejak kebelakangan ini langsung tidak membenarkan anda menyentuhnya maka lakukan siasatan lanjut.
Jika pasangan anda cuba menutup perbuatannya, dia akan berusaha untuk mengubah nombor pin telefon atau menghapuskan semua senarai panggilan telefon atau SMS yang diterima. Jika itu yang terjadi, kemungkinan besar insan tersayang anda sedang berlaku curang terhadap anda.
Jika dulu pasangan anda seorang yang penyayangi, membelai-kasih dan melayani anda dengan baik sekali, tetapi kini berubah sikap menjadi pemarah, mengkritik kerja anda, komen cara anda bergaya, kurang berbicara, memasak sendiri dan sebagainya, itu tanda jelas ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Begitu juga jika anda dan pasangan mudah bertengkar, dan si dia seakan tidak mahu mencari jalan penyelesaiannya.
Jika itu yang terjadi, dia mungkin sedang mencari jalan untuk melepaskan diri dari anda dan mengakhiri hubungan yang ada. Atau mungkin juga dia sedang membanding-bandingkan anda dengan teman barunya. Tapi ada juga yang terjadi sebaliknya, suami bersikap sangat manis dan lembut, berbeza dengan perwatakannya sebelum ini yang cepat marah dan garang. Dia juga mula memberikan anda hadiah kerana merasa bersalah atas perbuatannya yang bermain kayu tiga.
Perhatikan juga situasi kewangannya yang mungkin sudah `sengkek' walaupun masih di awal bulan. Perbelanjaan yang tidak dapat anda kenal pasti boleh menjadi petunjuk sebarang kecurangan. Pastikan bil perbelanjaan suami sesuai dengan alasan-alasannya. Jika dia berkata ke gimnasium pada satu malam tapi sebulan kemudian anda melihat ada bil makan malam di restoran yang mahal, anda sudah dapat `memerangkap' dirinya,
Dibandingkan semua petanda-petanda di atas, tiada yang lebih meyakinkan lagi daripada perasaan anda sendiri. Anda lebih mengenali pasangan anda daripada orang lain, jadi anda pasti jadi orang pertama yang dapat mengesan perubahan-perubahan dalam dirinya seperti pulang lewat, ghairah seks menurun, cara layanan yang lain macam dan pelbagai lagi.
Menurut kajian ramai wanita yang mengakui mereka melihat tanda-tanda yang ganjil pada suami, tapi berusaha menyingkirkannya jauh dari fikiran. Namun jika anda sudah melihat tanda-tanda di atas pada suami anda terpulang pada anda untuk melakukan tindakan selanjutnya sama ada mula berbincang, memperbaiki hubungan atau memutuskan. Fikirkan jalan sebaiknya dengan fikiran yang tenang meskipun anda sedang terluka.Kerana fakta-fakta yang dikemukakan di atas ini bukanlah alasan bagi anda untuk mengambil jalan singkat juga, iaitu dengan menjadikannya alasan untuk berpisah. Jadikanlah fakta-fakta tersebut sebagai panduan untuk mencari kebenaran dan bertindaklah dengan bijak. Kerana dia adalah suami anda. Dan ayah kepada anak-anak anda. Selamatkanlah dia dari kesilapannya sendiri.  



Saya, selaku konsultan dan pengamal rawatan secara Islam, mengesyorkan anda mencari jalan dan kaedah terbaik dan tidak bertentangan dengan  syarak dalam memperbaiki hubungan anda suami-isteri.
Kami di mana-mana pusat rawatan Darussyifa bersedia pada bila-bila masa yang sesuai membantu anda berikhtiar mendapatkan kesembuhan daripada Allah SWT.  InsyaAllah, dengan kesabaran, kesungguhan dan keyakinan segala masalah akan terurai dengan selamat. Ketentuan jangka waktu kesembuhan adalah hak Allah SWT. Kita serahkan ke hadratNya. Amiin...

1 comment:

  1. Boleh email.sy rawatan yang diberi? Azraezhara@gmail.com

    ReplyDelete