Friday, August 3, 2012

JIN MENGAMUK?...


KOTA TINGGI: Lima sekeluarga di Felda Bukit Waha, dekat sini, kini terpaksa menanggung hutang RM2,500, ‘menumpang’ di rumah sendiri dengan tidur dan makan di ruang tamu selepas mendakwa diganggu ‘benda asing’ di rumah mereka sejak hujung tahun lalu.

Lebih menyayat hati, mereka yang mempunyai rumah empat bilik, dapur dan bilik air kini tidak boleh menggunakan semua kemudahan itu kerana jika berdegil, mereka akan dilempar dengan pelbagai barangan.

Selain itu, seorang daripada enam anak pasangan peneroka itu pernah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengatakan si bapa terbabit dalam kemalangan, sedangkan peneroka itu sibuk di kebun.

Penghuni rumah itu, Samsudin Abdul Hassan, 60, berkata keluarganya mula diganggu ‘benda asing’ hujung tahun lalu apabila terdengar bunyi sekumpulan kucing berlari di atas atap rumah.

Menurutnya, kejadian itu agak pelik kerana dia sudah menghalang semua laluan ke atap, namun tidak menolak kemungkinan ada kucing yang bermain di atap rumahnya itu.

Katanya, pada satu hari dia melihat sendiri beberapa kucing berkejaran di atap rumahnya, tetapi hairan apabila kucing itu melompat ke tanah, tetapi tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

“Ketika Kota Tinggi dilanda banjir besar, pertengahan Januari lalu, semua enam pintu rumah kami tidak boleh ditutup seolah-olah ada orang bergayut atau menghalangnya.

“Bimbang dan bingung dengan keadaan itu, saya terpaksa membuat tambahan di pintu bagi membolehkannya ditutup.

“Awal Februari lalu, keadaan bertambah pelik apabila suis utama rumah kami tiba-tiba rosak, sedangkan ketika itu tidak hujan dan tiada apa-apa berlaku,” katanya.

Katanya, dia memanggil seorang rakannya yang juga seorang juruelektrik di kawasan itu sebelum menukar suis baru, malangnya masalah sama berulang.

Katanya, masalah itu tidak berubah, sebaliknya bertambah buruk apabila pelbagai barangan di rumahnya mula berterbangan sendiri, hingga mengenai kepala dan badan lima penghuni rumahnya.

“Bermula dari barangan kecil, hinggalah tong gas, dapur dan peti sejuk semuanya pernah dialihkan. Malah, kunci dalam kocek seluar boleh disembunyikan selain kipas di dapur bengkok.

“Kami kemudian tidak boleh menggunakan dapur lagi kerana setiap kali memasak, dapur akan dialih atau makanan yang dimasak itu akan ditambah gula, garam mahupun barangan lain hingga tidak boleh dimakan.

“Keadaan berlarutan apabila ‘benda pelik’ itu mula merenjis najis di dinding dan permaidani rumah ketika tidur hingga permaidani terpaksa dibuang kerana tidak sanggup lagi membasuhnya,” katanya.

Keadaan baling itu, katanya, biasanya bermula selepas Maghrib dan berakhir kira-kira jam 4 pagi, selain waktu siang dan mereka kini hanya boleh tidur selepas ‘benda pelik’ itu menghentikan serangannya.

Menurutnya, anak bongsunya, Ahmad Zaid Jamian, 16, kini hanya ke sekolah tiga kali dalam dua bulan apabila bajunya dilarikan dan ditemui diconteng menggunakan cat dan najis.

Katanya, semua barang yang disembunyikan akan ditemui di sekitar kawasan rumahnya, sama ada di dalam mahupun di atas atap.

Bagaimanapun, katanya, sejak beberapa hari lalu ‘benda pelik’ itu mula bertindak membakar pakaian dan terbaru semalam, apabila tong gas rumahnya terbakar.

Sejak diganggu ‘benda pelik’ itu, katanya, dia sudah membelanjakan kira-kira RM8,000 untuk membaiki setiap kerosakan dan kini, terpaksa berhutang RM2,500 daripada saudaranya.

Seorang anaknya, Fairul Hassan, 26, berkata dia pelik dengan kejadian itu kerana sejak ibu bapanya tinggal pada 1981 tiada penghuni lain yang diganggu seumpama itu.

“Semalam (kelmarin) saya terkejut apabila menerima SMS berbunyi ‘Abah kemalangan, balik cepat’ daripada nombor telefon bimbit ibu saya, sedangkan ibu tidak pernah menulis SMS kepada saya.

“Apabila saya menelefon abang saya yang berada di rumah ibu, dia mengatakan perkara itu tidak benar dan bapa sebenarnya berada di kebun. Susah nak gambarkan kejadian ini kerana biasanya makhluk halus akan membuat kacau cara lain, tetapi kini dah boleh menggunakan SMS.












Kes Rasuah di Malaysia Yang Tertinggi
Apabila membaca satu fakta daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh orang-orang SPRM, memang patut pun kedudukan indeks rasuah di Malaysia berada dalam kedudukan yang teruk di dunia. Kadang-kadang tersenyum kami sendiri melihat telatah mereka walaupun SPRM yang telah melalui beberapa “penjenamaan semula” dan transformasi tetapi rupanya masih ditakuk lama. Pada mulanya dikenali dengan Badan Pencegahan Rasuah kemudian diberikan “nafas baru” badan ini sehingga dikenali suruhanjaya yang diharapkan lebih bebas. Hakikatnya? Mentaliti serupa juga.

Mana pergi-perginya “jerung-jerung” yang sedang bebas berkeliaran di tepi pantai Malaysia. Tiada buat tangkapankah wahai SPRM? Kebalkah mereka? Sedangkan jerung-jerung inilah, yang bernilai lebih RM35,000 malah jutaan ringgit nilainya berdasarkan rekod jenayah yang mereka lakukan termasuk penyelewengan yang dibongkarkan satu demi satu sebelum ini.

Jerung kalau dibiarkan berkeliaran di pantai Malaysia, bahaya tak? Begitu juga kepada negara Malaysia apabila penjenayah seperti ini dibiarkan bebas di luar sana….

Lagi satu, kata pengarah SPRM, rekod tertinggi kes rasuah tahun ini ialah RM35 ribu yang diterima oleh pengurus TNB. Walhal statistik menganggarkan negara kerugian hampir RM10 bilion setahun angkara rasuah dan salah laku yang berkaitan dengannya. Namun, setakat bulan Ogos, SPRM berjaya merekodkan kes rasuah tertinggi sebanyak RM35 ribu. Kasihan……..

Baru-baru ini SPRM diberitakan akan menggunakan pendekatan Sun Tzu untuk memerangi rasuah di negara ini.

Yang lawaknya, kata pengarah tersebut: “Kami berharap trend orang awam melaporkan sebarang cubaan rasuah kepada SPRM akan berterusan bagi membendung kegiatan rasuah.” Masalahnya orang sudah letih melaporkan salah laku pemimpin rasuah, namun, tindakan yang “SPRM mampu lakukan”?

SUBANG JAYA: Penangkapan berhubung kes rasuah di negara ini didapati meningkat dalam tujuh bulan pertama tahun ini dengan sekurang-kurangnya 520 individu termasuk penjawat awam ditahan membabitkan pelbagai kesalahan.

Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mustafar Ali, berkata peningkatan angka itu berbanding 500 individu sepanjang tahun lalu disebabkan kesedaran awam memerangi rasuah lalu melaporkan kepada SPRM mengenai sebarang cubaan rasuah. Beliau berkata, daripada 520 yang ditahan dari awal Januari hingga Julai tahun ini, lebih 300 daripadanya adalah pemberi rasuah di kalangan orang awam dan sektor swasta. Menurutnya, sehingga tahun ini, 117 individu sudah dituduh ke mahkamah berbanding 176 sepanjang tahun lalu membabitkan 46 penjawat awam dengan selebihnya orang awam serta sektor swasta.

“Jumlah rasuah tertinggi bagi tahun ini direkodkan ialah kes rasuah RM35,000 oleh seorang pengurus syarikat kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mengurangkan bayaran elektrik.” “Trend penangkapan terkini dilihat kepada pemberi rasuah berbanding penerima rasuah berikutan kesedaran awam melaporkan kes kepada SPRM.” HARIAN METRO

Maksudnya SPRM punya KPI ini masih rendah lagi. Ala-ala nilai kes rasuah tersebut melibatkan sebuah kereta Viva sahaja. Mungkinkah SPRM tak cukup bajet untuk “membeli pukat yang lebih besar” dan apabila cukup peralatan SPRM, beranikah mereka untuk menangkap jerung-jerung besar di luar sana?



Thursday, August 2, 2012

SEBAHAGIAN DARIPADA FOTO JEMAAH UMRAH & ZIARAH
PADA 25 JUN HINGGA 5 JULAI

Wednesday, August 1, 2012

DAFTAR UMRAH UTK TARIKH PALING POPULAR

 
TAHNIAH KPD YG TELAH MENDAFTAR UTK MENGIKUTI SAYA UMRAH 1 MAC 2013. MASIH DIBUKA KEPADA YG BERNIAT UTK MENGERJAKAN IBADAH YG WAJIB DILAKSANAKAN SEKURANG-KURANG SEUMUR HIDUP SEKALI INI, SEKIRANYA RUKUN ISLAM KE-5 (HAJI) TIDAK UPAYA UTK DITUNAIKAN...
 
MASIH BERBAKI 13 PAXS SAHAJA LAGI. DAFTAR SEGERA: SMS ATAU MSG NAMA & ALAMAT PENUH ANDA, NO.KP SERTA NO. TELEFON ANDA. NOMBOR HP SAYA 017-9238355/014-8305699.
  • HARGA BARU PAKEJ: RM5450 (DEP. RM500 SELEPAS HARI RAYA)
  • PENERBANGAN: MAS (KUL - JED / MED - KUL)
  • TARIKH: 1 MAC - 12 MAC 2013

Thursday, July 26, 2012



Umrah in Ramadan

Dr Fahad Alqurashi

July 25, 2012

Umrah, the specific rituals performed during a special visit to the Grand Mosque that can be made at any time of the year, is one of the recommended acts of worship that Muslims are required to perform at least once in a lifetime. Performing Umrah during Ramadan is highly recommended. According to the tradition of Prophet Muhammad (PBUH), the reward of performing Umrah during Ramadan is equal to that of performing Haj.

The first thing you need to do when you want to make Umrah is to have the intention to perform that act of worship. In addition, you need to make Ghusl, whole body wash, as a sign of purification in order to be eligible to perform the rituals of Umrah. Then, men should dress in two white sheets (ihram) while women can put on regular clothes.

My wife and I left home heading toward Aisha Mosque which is located outside the limits of the city. Going beyond the limits of Haram is a required step in Umrah since the Prophet (PBUH) asked his wife Aisha to do that when she wanted to make Umrah. She (Allah be pleased with her), went to the closest spot outside the limits of the Haram, which is the location of Aisha Mosque today, and headed to Haram from there.

We headed to the Grand Mosque from there and started Tawaf as soon as we got there. Tawaf is making seven rounds around Al- Ka'bah, the House of Allah that Prophet Ibrahim and his son Ismail (peace be upon them both) built. We finished making Tawaf a few minutes before Maghrib adhan, which is the time for breaking fast.

As usual, charity can take many forms. I saw many brothers distributing dates, cups of water, and even napkins to people who were making Tawaf. Those brothers were doing that inspired by what Prophet Muhammad (PBUH) mentioned that when you provide the Iftar food to somebody you get reward equal to his reward without causing his reward to diminish.

After the Maghrib prayer we proceeded to make Sa'i, making seven trips between Safa and Marwa. Making Sa'i is a sign of tracing the footsteps of Hagar, the wife of Prophet Ibrahim (PBUH). She made the same seven trips between those two hills searching desperately for water for her infant Ismail after Prophet Ibrahm (PBUH) had left them there alone as commanded by Almighty Allah.

Because Allah is the Most Merciful, He caused the ground to split allowing water to spring out. It is this Zamzam water that all Muslims wish to drink.

It took us about 45 minutes to finish Sa'i. Then, I went to a barber shop to have my hair cut as the last step in Umrah. By that time, my wife and I were really exhausted, so we took a taxi on our way home. We were proud because we had responded to the call of Allah to obey Him and satisfied because we fulfilled one of the great religious duties during the blessed month of Ramadan.

The writer Dr Fahad Alqurashi is Assistant Professor of English, Umm Al-Qura University, Makkah

Puasa Tetapi Tidak Solat


Soalan: Ustaz, apakah diterima puasa orang yang sengaja meninggalkan solat? kerana saya melihat ramai orang yangg berpusa tapi tidak mengerjakan solat.

Jawapan:

Orang yang meninggalkan solat jika ia meninggalkannya kerana mengingkari atau menolak kewajipan tersebut, ia murtad dari agama dengan sepakat (ijma') para ulama'. Orang yang murtad tidak sah ibadahnya termasuk puasa.

Adapun jika ia meninggalkan solat kerana malas atau segan (ia masih mengakui kewajipan solat, cuma ia malas melakukannya), para ulama' berbeza pandangan tentang hukumnya;

1.Imam Ahmad berpandangan; ia adalah kafir.

2.Jumhur ulama' berpandangan; ia fasiq, tidaklah menjadi kafir, akan tetapi telah melakukan dosa amat besar.

Berpegang kepada pandangan Imam Ahmad tersebut, maka sebahagian ulama' hari ini (terutamannya dari Arab Saudi seperti Syeikh bin Baz, Ibnu Uthaimin dan sebagainya) berpendapat; orang yang tidak menunaikan solat fardhu, tidak sah puasanya, malah juga ibadah-ibadahnya yang lain (zakat, haji, sedekah dan amal-amal soleh selainnya) sehinggalah ia bertaubat kepada Allah dan kembali mengerjakan solat. Berkata Syeikh Ibnu Uthaimin; “Jika kamu berpuasa tanpa mengerjakan solat, kami ingin menegaskan kepada kamu; sesungguhnya puasa kamu adalah batal/rosak, tidak sah, tidak memberi manfaat kepada kamu di sisi Allah dan tidak mendekatkan kamu kepadaNya…” (Fatawa Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 198).

Adapun berdasarkan pandangan jumhur ulama' (yang tidak menghukum kafir orang yang meninggalkan solat itu); puasa orang itu sah jika ia memenuhi rukun-rukun puasa yang ditetapkan dan tidak melakukan sebarang perkara yang membatalkan puasa. Maksud sah ialah; dia tidak dituntut lagi mengqadha/mengganti puasanya. Namun yang perlu dipersoalkan; adakah puasanya itu akan diterima oleh Allah sedangkan ia telah mengabaikan ibadah utama dalam Islam iaitu solat? Tidak semua ibadah yang sah diterima oleh Allah. Contohnya, seseorang yang mengerjakan solat dengan riya'; solatnya sah (dari sudut Fiqh) apabila cukup syarat-syarat dan rukun-rukunnya, namun solatnya ditolak oleh Allah kerana riya' tersebut. Kerana itu, ulama'-ulama' al-Azhar (seperti Syeikh ‘Atiyah Saqar (Bekas Ketua Lujnah Fatwa al-Azhar), Dr. Ahmad asy-Syirbasi (bekas pensyarah di Universti al-Azhar), Dr. Muhammad Bakr Ismail, Dr. Muhammad ‘Ali Jum’ah dan ramai lagi), walaupun pendapat mereka tidak sekeras ulama'-ulama' dari Arab Saudi, tetapi mereka menegaskan; “Orang yang tidak mengerjakan solat sekalipun puasanya sah tetapi tidak diterima Allah (yakni tidak diberi pahala)”. Syeikh ‘Atiyah Saqar menulis dalam fatwanya; “Sesiapa berpuasa tanpa mengerjakan solat, puasanya adalah sah dan tidak wajib ia mengulanginya. Akan tetapi dari segi penerimaan (Allah) terhadapnya, maka hadis Nabi s.a.w. menunjukkan ia tidak diterima…”. Hadith yang dimaksudkan oleh Syeikh ‘Atiyah itu ialah sabda Nabi s.a.w. (bermaksud);

“Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan melakukan pendustaan, maka bagi Allah tidak ada keperluan dalam ia meninggalkan makan dan minumnya (iaitu Allah tidak berhajat kepada puasanya)” (Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud, at-Tirmizi dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.).



Wednesday, July 25, 2012


AJARAN SESAT DI MALAYSIA
(Ust Ishak AR: Usuluddin & Falsafah UKM)


PENDAHULUAN

Timbulnya ajaran-ajaran sesat dan amalan-amalan sesat di dalam masyarakat Islam di Malaysia bukanlah satu perkara baru dan tidak disedari tetapi kadang-kadang ajaran sesat itu tidak dapat dikatakan sesat keseluruhannya kerana ada bercampur aduk diantara benar dan yang salah. Yang paling rumit dan kritikal sekali ialah di dalam ajaran-ajaran berkenaan dikatakan betul oleh satu golongan dan dikatakan salah oleh golongan yang lain. Namun begitu masalah perselisihan pendapat ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor berikut:

i. Orang yang memperkatakan tentang ajaran itu mempunyai sikap dan niat tertentu.
ii. Mereka yang cuba menilai ajaran tidak mengetahui betul-betul ajaran berkenaan.
iii. Aliran atau ajaran dari kumpulan berkenaan mempunyai cara-cara pengajarannya mengikut peringkat-peringkat tertentu seperti pada peringkat awal menonjolkan kebenaran tetapi akhirnya mengandungi ajaran dan kepercayaan yang mengelirukan bahkan mempunyai unsur yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
iv. Ajaran-ajaran berkenaan kebanyakannya tidak disebarkan secara terbuka. Oleh itu tidak dapat dibincang dan dinilai oleh umum secara terus atau terperinci.Akidah Islam adalah berpusat kepada kepercayaan kepada Allah, Malaikat, Rasul- rasul,Kitab, Qada’dan Qadar, dan percaya kepada hari akhirat.Sehingga kini hampir setiap buah negeri di Malaysia terdapat ajaran-ajaran yangdisebarkan secara senyap-senyap dan adakalanya mendapat sokongan daripada tokoh-tokoh agama tempatan.Ajaran sesat bukanlah suatu perkara baru bagi kita, malah kemunculannya dinegara ini adalah merupakan adunan dari pengaruh sebelum Islam dan kepercayaan animisma sertadaya rekacipta kuno yang tidak berlandaskan Syariat Islam.Walau bagaimanapun kemunculan ajaran sesat ini diambil perhatian berat setelah berlaku peristiwa yang menumpahkan darah iaitu penyerangan kumpulan ajaran sesat yang bertopengkan “Tarikat Nurul Zaman” keatas balai polis Batu Pahat Johor pada hariKhamis 16hb Oktober, 1980 yang telah meragut 6 orang dari kumpulan penyerang danmencederakan 23 orang awam.

TAKRIF AJARAN SESAT.

Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang di bawa oleh orang-orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam, sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertantangan daripada Islam yang berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah serta bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.Ciri-ciri ajaran sesat yang didapati dalam ajaran-ajaran sesat di Malaysia adalah seperti berikut.:-
  1.  Mengaku dirinya sebagai Nabi dan mendakwa menerima wahyu
  2. Mempercayai ada Nabi-nabi lain selepas Nabi Muhammad SAW.
  3. Mempercayai wahyu masih lagi turun selepas wafatnya Rasulullah SAW.
  4. Mengakui dirinya atau gurunya sebagai Imam Mahdi atau mempercayai bahawa orang-orang tertentu tidak mati dan akan muncul sebagai manusia yang istimewa seperti Imam Mahdi dan sebagainya.
  5. Mempercayai bahawa roh orang yang mati menjelma semula kedalam jasad orang yang masih hidup.
  6. Mendakwa pengikut-pengikut ajarannya sahaja akan masuk syurga.
  7. Mendakwa gurunya memegang pintu syurga.
  8. Mempercayai gurunya boleh menebus dosa dengan wang.
  9. Mendakwa bahawa semua agama adalah sama.
  10. Mempercayai bahawa orang yang telah mati boleh memberi pertolongan kepada orang yang menyeru namanya.
  11. Memohon kepada benda-benda tertentu seperti batu, cincin dan sebagainya untuk sampai kepada tuhan.
  12. Melakukan penyerahan rohani dan jasmani kepada guru melalui nikah batin dengan tujuan mendapatkan anak yang soleh.
  13. Mengaku Allah menjelma dalam dirinya.
  14. Mendakwa atau mengaku dirinya sebagai wakil Nabi yang boleh memberi syafaat kepada muridnya.
  15. Mendakwa ajaran dan Tarikatnya yang diamal sekarang diambil terus dari Rasulullah saw secara jaga.
  16. Mengaku dan mempercayai bahawa seseorang itu boleh berhubung dengan Allah melalui Nur Muhammad yang berada di dalam dirinya dan dengan demikian didakwa pasti masuk syurga.
  17. Memansukhkan syariat-syariat Islam seperti sembahyang, puasa, haji dan membuat syariat baru.
  18. Meninggalkan sembahyang jemaah kerana mengamalkan Suluk.
  19. Mendakwa bahawa Ibadat Haji tidak semestinya ditunaikan di Mekah, tetapi boleh ditunaikan di tempat-tempat lain.
  20. Mengubah dengan sengaja ayat Al-Quran dan maksudnya.
  21. Mendakwa bahawa setiap yang zahir ada batinnya dan setiap ayat yang diturunkan ada takwilnya seperti puasa, zakat, haji, nikah dan sebagainya ada batinnya.

BENTUK-BENTUK AJARAN SESAT

Bentuk ajaran sesat yang terdapat di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga bentuk:-
i. Bentuk Ajaran Baru.

Ajaran bentuk tarikat ini biasanya menggunakan berbagai-bagai nama seperti ajaran Crypto, oleh Mokhtar Hassan di Klang Selangor, Ajaran Ilmu Hakikat oleh Jahar @ Jara b. Dumin.

ii. Bentuk Tarikat. Ajaran bentuk Tarikat ini biasanya menggunakan nama-nama Tarikat yang masyhur.Melalui bentuk ini guru-gurunya menggunakan cara-cara yang berbeza dengan yang asal atau diubah suai. Ada juga Tarikat itu diciptakan sendiri oleh pengasasnya seperti Tarikat Zikrullah oleh Hasan Anak Rimau / Ayah Pin di Kelantan, Tarikat Khalid dan lain-lain.

iii. Bentuk Kepercayaan dan Amalan Tradisi.Bentuk ini lumrahnya diamalkan oleh orang yang dianggap Wali kepercayaan kepadadukun-dukun, pawang, bomoh, atau pembawa ilmu tertentu samaada melalui menurundan sebagainya.Semua bentuk ajaran ini adalah jelas membawa penyelewengan dari segi akidah yang boleh menjerumuskan pengamalnya kepada kesesatan.

CIRI-CIRI AJARAN DAN AMALAN YANG SESAT

Bagi menentukan sesuatu ajaran dan amalan itu sesat ia didasarkan kepada:

I. Menyentuh akidah: Sekiranya terdapat apa-apa pegangan, keyakinan kepercayaan yang bertentangan dengan akidah Islam adalah dikira sesat.Contoh: Pengakuan Menjadi Nabi Dan Rasul Dalam sesuatu ajaran itu apabila didapati samaada pengakuan dari guru atau pengakuan dari murid atau pengikutnya yang beranggapan bahawa gurunya adalah Nabidan Rasul atau wakil Nabi atau Rasul secara langsung, maka pengakuan itu adalah sesatdan tidak benar.Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:Tetapi ia adalah Rasulullah dan kesudahan segala Nabi-Nabi.
II. Menyentuh amalan: Sekiranya terdapat apa-apa amalan, perlakuan, upacara dan adat istiadat yang bertentangan dengan syariat Islam adalah dikira amalan sesat.
Contoh: Memansuhkan beberapa rukun Islam seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji sebagaimanayang telah dinyatakan. Rukun-rukun tersebut dikatakan zahir dan batinnya. Lalu mereka katakan bahawa sekiranya sudah tahu ibadat-ibadat tersebut dari segi batinnya maka tidak perlu lagi mengerjakannya secara zahir, kerana amalan zahir ituadalah kulit sahaja.

Bagi orang yang sudah menikmati isinya, maka tidak berhajat lagi pada menjaga kulitnya, ataupun cukup dengan menyebut perkataan alhamdu sahaja kerana perkataan itu sudah merangkumi sembahyang Subuh, Zohor, Asar Maghrib danIsyak.Ada juga menolak kewajipan sembahyang Jumaat, dengan alasan:-
a) Mereka sembahyang dengan cara ghaib iaitu dengan para Wali Allah.
b) Kononnya mereka tidak sembahyang disini, tetapi sembahyang di mekah.
c) Kononnya dia sudah mempunyai taraf yang tinggi maka tidak layak lagi berimamkan orang-orang awam yang tidak setaraf dengannya dalam sembahyang.

FAKTOR LAHIRNYA AJARAN SESAT

Jika dikaji masyarakat Islam di negara ini dapat dikatakan bahawa punca yang membawa kepada lahirnya berbagai jenis ajaran dan amalan sesat pada umumnya adalah berpunca dari dua faktor utama:-1. Faktor Dalaman ( Internal Factors )
2. Faktor Luar ( External Factors )

Faktor Dalaman Pada kebiasaannya jenis ajaran seumpama ini telah bertapak dan tersebar secara sulit dantersembunyi didaerah-daerah pedalaman di negara ini. Golongan yang mempelopori ajaran dan amalan ini adalah terdiri dari tokoh-tokoh tempatan yang terpengaruh dan sangat disegani oleh masyarakat sekitar.Golongan ini mempunyai beberapa kebolehan dan keistimewaan yang luar biasa yang dipergunakan sebagai sakti dan daya tarikan utama untuk mempengaruhi masyarakat umum. Orang-orang biasa tidak mengetahui secara mendalam bagaimana bentuk ajaran atau amalan ilmu-ilmu ini, kerana ianya diperkembangkan secara sulit dan rahsia.

Oleh kerana itu setiap pengikut ilmu-ilmu ini dikehendaki mengikat perjanjian dengan gurunya bahawa ilmu ini tidak boleh diberitahu oleh orang lain. Sebaliknya mestilah dirahsiakan. Jika diberitahu juga kononnya ilmu ini tidak mujarab atau tidak menjadi lagi.Untuk menguatkan lagi perjanjian tadi, maka setiap pengikutnya dikehendaki mengangkat sumpah dengan menyebutkan nama Allah, menggunakan ayat-ayat suci al-Quran dan mengangkat al-Quran sebagai saksi.Faktor luaran. Masyarakat Islam di negara ini adalah merupakan masyarakat yang terbuka. Dengan hal demikian berbagai pengaruh luar begitu senang sekali mempengaruhi keadaan sekitar masyarakat Islam.

Guru-guru yang menganjurkan sesuatu ilmu atau amalan ini selain dari anak tempatan adalah juga datang dari luar negeri. Mereka ini menggelarkan diri mereka sebagai tokoh-tokoh agama serta mempunyai ciri-ciri personaliti yang agak berbeza dengan orang awam, samaada disegi rupa paras, bentuk pakaian dan tingkah laku.Bagi penganjur ilmu kebatinan yang berunsurkan seni mempertahankan diri, seringkali golongan ini mengambil kesempatan dengan melantik pemimpin-pemimpin tertentu sebagai khalifah atau Mahaguru.

Oleh kerana itu manifesto ilmu yang dikembangkan itu disesuaikan dengan kehendak masa dan suasana.Kebanyakan pengikut-pengikut yang terlibat dengan ajaran sesat dan ilmu kebatinan iniadalah terdiri dari golongan yang tidak mempunyai asas yang kuat didalam aspek akidah Islam, disamping tidak mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam dalam mengenai ajaran Islam yang sebenarnya.

CIRI –CIRI ASAS PENGANUT AJARAN SESAT

i. Mencaci Alim Ulama dan Fuqaha Islam.
Penganut ajaran sesat selalunya mencaci dan menjatuhkan maruah para Alim Ulama dan Fuqaha’ Islam iaitu dengan melemparkan tuduhan kepada para Alim Ulama dan Fuqaha Islam bahawa mereka telah menyembunyikan ajaran Islam sebenar demi kepentingan periuk nasi mereka, penipu, tamak haloba. Tujuan mereka melemparkan cacian keatas para Alim Ulama dan Fuqaha’ Islam, ialah supaya alim ulama’ dan fuqaha’ islam itu dipandang hina oleh masyarakat, dengan cara ini juga mereka mengharapkan hilang dan merosotnya pengaruh Alim Ulama’dan Fuqaha’Islam itu merosot, maka mudahlah bagi mereka untuk memasukan ajaran sesat kepada orang ramai.

ii. Mengatakan Syariat Islam itu ada Zahir dan Batin :
Dalam hal-hal yang bersangkutan dengan syariat Islam seperti Al-Quran , Syahadah,Kenabian, sembahyang, puasa, haji, nikah kahwin, bersuci dan lain-lainnya merekamengatakan ada zahir dan ada batin atau digunakan istilah zahir syariat dan Hakikat.Alim Ulama’ dan Fuqaha’ Islam yang ada sekarang ini hanyalah mengetahui zahir syariatatau kulit sahaja dan mereka tidak mengetahui Ilmu Hakikat dan Ilmu Isi. Kumpulan ajaran sesat ini biasanya mendakwa kalangan merekalah yang mempelajari danmengetahui Ilmu Hakikat dan Ilmu Isi. Manakala mereka yang sudah mendapat isidengan sendirinya kulit tidak perlu lagi, manakala mereka yang sudah mendapat isidengan sendirinya kulit tidak perlu lagi, manakala mereka yang sudah sampai kepadailmu hakikat maka dengan sendirinya zahir syariat tidak perlu lagi.

iii. Penganut ajaran sesat adalah merupakan golongan munafik dalam masyarakat Islam:
Berikutan dengan kefahaman mengenai syariat Zahir sebagai kulit dan hakikat sebagai isi, maka penganut ajaran sesat ini menolak segala zahir syariat Islam, kalaupun dikerjakan apa-apa Syariat Zahir ini sebagai menjaga adat dan peraturan didunia sahaja.Seperti nikah kahwin dihadapan Kadhi, dua orang saksi, maskahwin, ijab qabul semua itukulit sahaja. Bagi mereka ada nikah batin yang mengandungi pengertian seperti berikut;-
Ma’anikam - maksudnya perempuan yang dinikahkan - bererti yang disetubuhkan yang dikahwinkan - ialah mani yang dimaksudkan juga dengannya ialah Seorang penganut lelaki yang boleh mengeluarkan mani bila bersetubuh dengan perempuan itu.Wali - bermaksud Allah yang menjadi Wali. Atau iman tertinggi atau iman ajaran ini.Saksi - Malaikat Kiraman Katibin Juru nikah - Ialah nabi Muhammad SAW.
iv. Gerakan Mereka adalah Rahsia.
Aktiviti yang dijalankan adalah rahsia dan hanya untuk ahli sahaja dan disyaratkan “baiah” serta bersumpah menyimpan rahsia. Setelah pengakuan murid sanggup menyimpan rahsia maka barulah di buka rahsia ilmu hakikat @ ilmu isi yang mereka maksudkan itu. Biasanya mereka menentukan masa yang tertentu untuk belajar dan mengajar mengenai ilmu hakikat @ ilmu isi yang dimaksudkan itu dan mendakwa orang yang mempelajari dan mengamalkan ilmunya itu akan beroleh apa yang dihajati danterbukalah segala rahsia dan tersingkaplah Hijab mereka dengan Allah S.W.T

CARA-CARA PERKEMBANGAN AJARAN SESAT.

I. Melalui Ajaran:
Penyusupan ajaran sesat melalui cara tersebut adalah lahir dari guru-guru yang membawa sesuatu ajaran dengan tujuan mencari pengaruh dan kepentingan diri dengan mengemukakan ajaran dan amalan yang didakwa beramal dengan ajaran beliau kononnya akan mendapat sesuatu yang Ghaib seperti Kasyaf dan Laduni iaitu mengetahui alam ghaib dan mendapat limpahan ilmu Allah dan Tajalli iaitu penjelmaan hakikat zat, sifat, dan Af’al Allah kepadanya. Kemudian disogokkan pula kepada murid-murid dengan beberapa keistimewaan kononnya akan mudah mendapat ketinggian darjat, pangkat, damn kebesaran serta disanjung tinggi dan mulia oleh orang ramai.

II. Melalui Tarikat.
Melalui cara Tarikat ini selalunya menggunakan nama Tarikat yang masyhur seperti Naqsyabandiah, Mufarridiyah, Syazaliyah, Ahmadiah dan lain-lain lagi dengan ditokok tambah oleh gurunya mengikut kesesuaian tempatan dan kepentingan dirinya yang mendakwa sebagai “ Guru Mursyid” yang mendapat tauliah dari guru asalnya serta boleh mentauliahkan orang lain.

III. Melalui Kepercayaan dan Amalan Tradisi.
Cara ini adalah merupakan cara biasa dan mudah diterima oleh masyarakat melayu Islam di negara ini kerana ianya bersifat kepercayaan terhadap kuasa sakti, jin, jembalang, dan penunggu tersebut supaya mereka tidak mengganggu penduduk disesuatu tempat itu,maka dilakukan upacara pemujaan.Ada juga yang melakukan pemujaan keatas roh, para Wali dan Keramat, iaitu menziarahikubur orang yang dianggap Wali dan Keramat serta melakukan upacara tradisional,seperti melepaskan ayam putih, pulut kuning, bertih dan penyembelihan binatangternakan keatas kubur itu serta menyeru roh para Wali dan Keramat itu agar dapatmemberi pertolongan kepada mereka bagi menyampaikan apa-apa hajat mereka danapakala beroleh kejayaan, mereka akan membayar nazar diatas kubur orang yang dianggap Wali dan Keramat atau mereka membayar nazar ditempat yang menjadi pujaanmereka.Terdapat juga mereka yang melakukan pertapaan iaitu dengan menyembunyikan diriditempat yang sunyi seperti di bukit, atau gunung atau gua tertentu dengan tujuan untuk mendapat ilmu Ghaib, Sakti, gagah perkasa, kebal dan lain-lain bagi tujuan kehebatan diri dan kepentingan diri serta untuk mendapat tempat yang istimewa dalam masyarakat.

CONTOH-CONTOH AJARAN SESAT DI MALAYSIA

1. Ajaran Empat Sahabat ( Kota Bharu pada tahun 1974)
2. Ajaran Cerang melilin ( Terengganu pada tahun 1976 )
3. Ajaran Husin Ali ( Kuala Terengganu pada tahun 1976 )
4. Ajaran Crypto ( Kluang Selangor pada tahun 1978 )
5. Tarikat Aurad Islamiah ( Kedah pada tahun 1979 )
6. Tarikat Zikrullah ( Hasan Anak Rimau / Ayah Pin, Kota Bharu.1983 )
7. Ajaran Haji Mohd Yamin Ab. Rahman ( Kota Bharu Pada tahun 1990 )
8. Ajaran Tok Ayah Selamat ( Kota Bharu pada tahun 1989 )
9. Al- Arqam. ( Seluruh negeri 1988 )
10. Golongan Anti Hadis ( wilayah Persekutuan 1992 )

Bukan sedikit ajaran sesat yang tumbuh dikalangan masyarakat Islam. Di negara ini sahaja terdapat 46 jenis ajaran yang telah dikenalpasti sesat. Namun begitu terdapat banyak lagi yang bercambah disana sini yang sukar diselidiki secara dekat kerana kekurangan matlumat yang lengkap. Di sini diberi dua contoh ajaran sesat yang besar dinegara ini:-

1. Al-Arqam.
Al-Arqam diasaskan oleh Ashaari Muhammad. Ia juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan telah mengembangkan pengaruhnya di kalangan berbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh negara ini. Ajaran-ajaran Al-Arqam mendapat sambutan sebilangan masyarakat yang dikelirukan dan menganggapnya sebagai sebuah badan dakwah yang unggul. Kumpulan ini menyebarkan kegiatan dakyah melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan, perniagaan, perubatan, dan pertanian.

Penyelewengan akidah Al-Arqam adalah berpunca dari pengajaran Ashaari Muhammad dan pegangan pengikut-pengikutnya terhadap Aurad Muhammadiah yang di antara lain memberi ajaran dan fahaman seperti berikut:
i. Syeikh Muhammad As-Suhaimi, pengasas Aurad Muhammadiah, berjumpa Rasulullah saw dalam jaga dan menerima Aurad Muhammadiah daripada Baginda Rasulullah saw di dalam Ka’abah.
ii. Syeikh Muhammad As-Suhaimi tidak mati, tetapi ghaib dan akan muncul semula sebagai Imam Al-Mahdi
iii. Syeikh Muhammad As-Suhaimi adalah Khalifah Rasulullah saw dan meletakkan setaraf dengan Khulafa’ Al-Rasyidin.
iv. Rasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh ditemui secara jaga(yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka datang kononnya untuk mengesahkan sesuatuyang diperlukan oleh pengikut-pengikut Al-Arqam umpamanya mengenali siapa yangtaat dan siapa yang tidak taat kepada Al-Arqam dan pemimpinnya.
v. Syeikh Muhammad As-Suhaimi dipercayai kononnya boleh datang menolong apabila diseru namanya.
vi.Ashaari Muhammad dipercayai, kononnya selain seorang yang soleh, wali yang mempunyai karamah, adalah seorang Mujaddid akhir zaman dan Sayyidul-Mujaddidin.
vii. Penggunaan Gambar Ashaari secara meluas di kalangan pengikut kerana di percayai akan membawa Barakah dan mempunyai Karamahnya.
viii. Ashaari mendakwa dirinya dari keturunan Bani Tamim, iaitu satu rumpun dengan keturunan Nabi Muhammad saw yang memegang panji-panji Al-Mahdi.

2. Golongan Anti Hadis.
Di Malaysia golongan anti Hadis telah dapat dikesan sekitar tahun 1984. inidiperkuatkan lagi dengan terbitnya buku Kasim Ahmad, Hadis: Satu Penilaian Semula.Kasim Ahmad mempelopori kumpulan ini kerana dipercayai terpengaruh dengan sebuah buku Dr. Rashad Khalif, bertajuk The Computer Speaks: God’s Message To The World, yang diterbitkan oleh Syarikat Renaissance Production International; Amerika pada tahun1981.Pendekatan Kasim Ahmad mengenai teori Anti Hadis banyak terpengaruh dengan pendekatan yang digunakan oleh Dr. Rashad Khalifa. Beliau telah mempersoalkan autoriti Hadis dan memberi beberapa gambaran yang mengelirukan mengenainya. Malah beliau menuduh bahawa hadis adalah ajaran-ajaran palsu dan rekaan semata-mata sertasekaligus beliau menolak kewibawaan ulamak-ulamak hadis. Beliau berpendapat Hadis dan Sunnahlah yang menjadi salah satu penyebab punca kekeliruan dan perpecahan terbesar di kalangan umat Islam selama lebih seribu tahun.

Dengan tersiarnya akhbar dan terbitnya buku Kasim Ahmad mengenai pandangan beliau tentang Hadis, suasana masyarakat Islam amnya kurang menyenangkan. Lantaran itu pihak Kerajaan telah mengambil satu ketetapan mengharamkan buku tersebut dari pengedarannya.

PENUTUP.

Pertumbuhan serta perkembangan ilmu atau amalan sesat di dalam masyarakat Islam di negara ini, bukan sahaja boleh menyebabkan Akidah umat Islam menyeleweng dari tuntutan Allah SWT, bahkan ianya juga adalah sebahagian dari unsur-unsur yang membawa kepada perpecahan dikalangan umat Islam sendiri. Akan timbul dalam masyarakat Islam beberapa kumpulan yang mengamalkan beberapa kumpulan yang mengamalkan beberapa jenis ilmu yang berbeza dari segi nama tetapi mempunyai motif yang hampir-hampir sama. Masing-masing kumpulan akan berusaha mencari pengikut seberapa banyak yang mungkin; Implikasi dari keadaan seumpama ini akan membawa kepada lenyapnya perasaan persaudaraan sesama Islam yang sangat-sangat dititikberatkan oleh Allah SWT sebagai senjata kekuatan dan keutuhan umat Islam.Dan yang lebih membimbangkan lagi sepertimana yang dibayangkan oleh Rasulullah bahawa di suatu masa kelak umatnya akan berpecah kepada tujuh puluh tiga puak.

Sabda Rasulullah saw. Maksudnya:

“ Akan berpecah umatku kepada tujuh puluh tiga puak, kesemuanya didalam neraka kecuali satu sahaja, iaitu puak yang mengikut sunnahku dan sunnah sahabat-sahabatku”

Umat-umat Islam benar-benar beriman dengan Allah SWT haruslah memahami bahawa sesungguhnya tidak ada ilmu kebal dalam Islam, kerana Rasulullah SAW telah menyatakan bahawa Mukmin yang kuat ialah mukmin yang mempunyai kekuatan iman yang lahir dari peningkatan ketakwaan kepada Allah SWT. Bukti bahawa tidak ada kekebalan dalam Islam ialah Rasulullah SAW sendiri telah cedera parah dalam peperangan Uhud. Jika ada kekebalan dalam Islam sudah tentu Rasulullah SAW dan para sahabat tidak akan cedera dalam peperangan. Oleh itu untuk mengatasi dan membasmi segala ajaran atau amalan sesat yang terdapat di dalam masyarakat Islam maka setiap umat Islam haruslah bertanggungjawab serta mengkaji sesuatu ajaran atau amalan itu secara terperinci dengan berlandaskan kepada ajaran Islam yang maha suci sebelum menyertai sesuatu ajaran, supaya dengan ini keimanan serta keyakinan umat Islam terhadap kebesaran kekuasaan Allah SWT tetap terpelihara dan juga dapat mengelakkan umat-umat Islam dinegara ini daripada terpedaya dan terperangkap dengan golongan-golongan yang mencari pengaruh di sebalik tabir Islam.

RUJUKAN.

1. Prof Dr Abdulfatah Haron Ibrahim, Ajaran sesat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian pendidikan Malaysia Kuala Lumpur, 1993.
2. Ajaran Sesat, Satu Ancaman Terhadap Keselamatan Negara, Kor Agama AngkatanTentera, Kementerian Pertahanan Malaysia, Kuala Lumpur, 1995.
3. Suara Persatuan Ulama’ Malaysia, Bil, 31 ( thn 3 ) Jamadilawal 1413h ( November 1992) muka surat 11-22.

Saturday, July 21, 2012

أسرار الشفاء بالصيام ... ملف شامل

أسرار الشفاء بالصيام ... ملف شامل

Historic mission to end Umno political hegemony and make Malaysia a normal democratic country



Malaysians are at last within reach of a historic mission – to end Umno political hegemony and make Malaysia a normal democratic country where change of government through the ballot box is accepted as a healthy democratic process and not one to invite threats of man-made disasters.

Four years ago, before March 8, 2008, Malaysians would not dare to think or dream of this possibility in their lifetime – but now it is not only a realizable dream but one which could be accomplished in the next general elections (PRU-13), expected to be held in early next year (2013).

This is the magnitude of the change in the political landscape brought about by the political tsunami of the 2008 general elections less than five years ago.

This is also why the Selangor DAP State Convention is taking place at a historic moment in the nation’s history and why it is attracting national attraction well beyond its state boundaries.

After the Galas and Batu Sapi by-elections, former Prime Minister Tun Dr. Mahathir said Barisan Nasional is capable of wresting one or two states from Pakatan Rakyat as the opposition is in disarray, although he is of the view that BN would likely fail to regain its two-thirds parliamentary majority despite being returned to power in Putrajaya.

It is no secret that Mahathir meant Selangor when he mentioned “one or two states” which Barisan Nasional could wrest from Pakatan Rakyat in the next general elections.

Can Umno and Barisan Nasional win back Selangor in next general elections? Is Pakatan Rakyat government in Selangor impregnable and invincible?

I know there are people who believe that Pakatan Rakyat cannot lose control and power in Selangor in the next general elections.

In the 2008 general elections, Pakatan Rakyat won 17 out of 22 parliamentary seats in Selangor and 36 out of 56 state assembly seats (losing one as a result of defection).

Eight Pakatan Rakyat parliamentary seats in Selangor were won with less than ten per cent majority, namely Hulu Selangor, Kuala Selangor, Hulu Langat, Kuala Langat (these won with less than five per cent majorities) and Selayang, Gombak, Ampang and Kelana Jaya. In a recent by-election, PR lost Hulu Selangor, which was won with the slimmest majority of 0.4% in 2008.

For the state assembly seats, ten were won by Pakatan Rakyat with less than ten per cent majority, viz Sekinchan, Bukit Melawati, Cempaka, Damansara and Teluk Datuk (these five won with less than five per cent majorities) and Ulu Kelang, Bkt Antarabangsa, Lebah Jaya, Kota Anggerik and Selat Kelang.

Taking into account that Barisan Nasional had also won three parliamentary seats and 12 state assembly seats in Selangor in 2008 with less than 10 per cent majorities, is Pakatan Rakyat invulnerable, invincible, impregnable and unconquerable in Selangor?

We should not only take heed of the warning “Pride comes before a fall” but also learn from the lessons of history.

In the 1999 general elections, PAS had never expected to win power in Terengganu state but it swept the state with a landslide 28-4 victory in the state assembly seats.

In the 2004 general elections, PAS never expected to lose power in Terengganu but it lost in a reverse 4-28 sweep by Umno and Barisan Nasional.

Can what happened in Terengganu in the 1999 and 2004 general elections happen in Selangor in the 2008 and next general elections – capturing power in Selangor although never expecting to win before the 2008 general elections, and losing the state in the next general election although never expecting to lose?

This is why the Selangor DAP Convention is important, as it will help determine whether Pakatan Rakyat in Selangor will repeat or avoid the Terengganu example in the next general elections.

I spoke of the “two fatal political assumptions” – one for BN and the other for PR – couple of weeks ago:

• That it is a great mistake for BN to believe that its hold on Putrajaya is secure and that it could win back the Kedah and Selangor state governments from PR based on its victories in the Galas, Batu Sapi, Hulu Selangor and Bagan Pinang by-elections.

• An equally great mistake for Pakatan Rakyat to believe that it is embarked on an unstoppable movement to capture federal power in Putrajaya with invincible control of its present state governments, particularly Kedah and Selangor.

I know that I have caused upsets with my “two fatal political assumptions” statement, but I prefer to be proven wrong in the next general elections rather than proven right!

The Selangor DAP State Convention today can be a major political milestone for Pakatan Rakyat to ensure that Selangor in the next general elections will not be a repeat of Terengganu in 2004.

But even more important, the Selangor DAP State Convention can help to end the crisis of confidence in the Pakatan Rakyat and restore the political momentum for democratization created by the March 8 political tsunami by giving new hope and inspiration to all Malaysians that the historic mission to end Umno political hegemony to make Malaysia a normal democratic country where change of government through the ballot box is accepted as a healthy democratic process and not one to invite man-made disasters remains on track.

How can the Selangor DAP State Convention today become a major political milestone in the historic mission of Malaysians of all races from all over the country to make Malaysia a normal democratic country, which is a prerequisite to save Malaysia from becoming a bankrupt nation in 2019 as warned by a Cabinet Minister and lay the basis for building a new Malaysia which is democratic, just, inclusive, prosperous, internationally competitive, a magnet for global talents and FDIs where every Malaysian has an equal place under the Malaysian sun.

Firstly, by ensuring that Selangor DAP State Convention contribute to the solution and not aggravate the crisis of confidence in Pakatan Rakyat by avoiding any action or statement that could be exploited to undermine public confidence in Pakatan Rakyat.

Secondly, sending out a clear and unmistakable message of a single-minded unity of purpose to ensure that Selangor will not repeat the lessons of Terengganu of 2004 and full endorsement for national political change in Putrajaya. This message will be marred if key DAP leaders in the Pakatan Rakyat Selangor state government do not receive full mandate and support from the Convention.

Thirdly, also clear and unmistakable message that DAP stands constant and consistent for honest, clean and incorruptible politics whether at the national, state or local government level.

There is a place and role in DAP for every leader and member to contribute to the historic political changes awaiting the country. For DAP, just as for Pakatan Rakyat, united we stand, divided we fall.

Let us therefore venture forth to make this Selangor DAP State Convention a historic milestone to ensure that Pakatan Rakyat can retain power in Selangor and the other Pakatan Rakyat states of Penang, Kedah and Kelantan, recapture Perak state government which was “robbed” from Pakatan Rakyat illegally, undemocratically and unconstitutionally, take the offensive to Johore, Negri Sembilan, Pahang, Sabah and Sarawak as the front-line states and most important all, to make a successful bid for power in Putrajaya.





Friday, July 20, 2012

PENGUMUMAN

KHIDMAT RAWATAN DI BULAN RAMADHAN

SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA KHIDMAT RAWATAN DI BULAN RAMADHAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

SETIAP HARI KECUALI HARI SELASA (CUTI)

9.00 PAGI HINGGA 1.00 T'HARI
2.30 PTG HINGGA 4.00 PTG

MALAM TIADA RAWATAN

WASSALAM

Saturday, July 7, 2012

PENGUMUMAN

ASSALAMU'ALAIKUM SAUDARA-SAUDARI SEKELIAN, SAYA TELAH SELAMAT KEMBALI KE TANAHAIR 
DARI TANAH SUCI MEMBAWA JEMAAH UMRAH ZIARAH PADA 6 JULAI 2012 LALU.
KHIDMAT IKHTIAR PERUBATAN DIBUKA SEMULA PADA MULAI HARI SABTU JAM 3.00 PETANG.

SEKIAN, WASSALAM

UST ISHAK AB RAHMAN AL-HAJ
PERAWAT & PERUNDING KESIHATAN DARUSSYIFA'
CAWANGAN MENTAKAB, PAHANG.

Saturday, June 23, 2012

PENGUMUMAN
ASSALAMU'ALAIKUM, SAUDARA YANG DIHORMATI, MULAI HARI INI AHAD 24 JUN 2012 SAYA MULA BERCUTI UNTUK MEMBAWA SERAMAI 39 JEMAAH UMRAH KE TANAH SUCI MEKAH DAN ZIARAH KE MEDINAH AL-MUNAWWARAH. SAYA AKAN MEMBERI RAWATAN PERUBATAN SEMULA SEKEMBALI DARI TANAH SUCI PADA HARI ISNIN 7 JULAI 2012.
SELAMAT SAUDARA MENUNAIKAN IBADAH SEPERTI BIASA DAN MOHON MENDOAKAN KESEJAHTERAAN SAYA DAN JEMAAH PERGI DAN KEMBALI DARI TANAH SUCI DENGAN MEMBAWA KEBERKATAN DAN UMRAH MAQBULAH MABRURAH, INSYAALLAH.
WASSALAM

Wednesday, June 13, 2012

PERBEZAAN ANTARA IBLIS, JIN DAN SYAITAN HAKIKAT IBLIS

Iblis laknatullah adalah bapa dan asal dari bangsa jin,sebagaimana Adam adalah bapa dan asal dari manusia.sebagaimana yang dikatakan Atthabari:dari Alhasan:

artinya: Tidak adalah iblis itu dari malaikat sekejap mata pun,dan sesungguhnya dia itu asalnya jin sebagaimana Adam asalnya manusia.

Tetapi kadangkala kita terkeliru mengenai ayat yang memerintahkan malaikat untuk sujud kepada Adam,adakah Iblis juga didalam golongan malaikat?untuk jawapanya perhatikanlah apa yang dikatakan oleh Azzamakhasyari dalam tafsir Al-kassyafnya:

Ertinya: Tatkala bersifat iblis itu dengan sifat malaikat maka dihimpunkanlah ia bersama malaikat didalam ayat tersebut dan kerananya dihayatilah suatu pengecualian dan telah diterangkan perkara itu didalam firman Allah: "kecuali iblis,adalah ia dari bangsa jin"

HAKIKAT JIN

Disebutkan didalam kitab Alkaukabul Ajuj halaman 152,seperti berikut:

Ertinya: Dan adapun jin itu,maka yaitu zat zat yang halus,yang dapat berubah ubah bentuk dengan bentuk yang berlain lainan dan dapat nyata darinya perbuatan yang aneh.sebahagian dari mereka ada yang beriman dan ada yang kafir,ada yang taat dan ada yang derhaka.

HAKIKAT SYAITAN

Syaitaan adalah mufradnya dari Syayathin.Syeikh Ahmad Asshawi telah berkata mengenai makna dan asal Syaitan didalam tafsirnya,pada juz 1,halaman 5,sebabagai berikut:

Ertinya: Dan lafaz syaitan itu asalnya Syathana,ertinya jauh dari rahmat Allah.Ada juga dikatakan berasal dari Sya-tha,dengan makna ihtaroqa ertinya;terbakar.Dan syaitan itu nama bagi tiap tiap yang derhaka dari bangsa jin dan manusia.

Daripada keterangan diatas,dapatlah kita pastikan bahawa syaitan itu adalah nama sifat dan tidaklah ia diberi bentuk atau asal tertentu.Kalau jin bersifat derhaka,maka dialah syaitan.begitu juga jika ia manusia yang bersifat derhaka,maka dialah syaitan.Kadangkala lafaz syaitan juga diberikan kepada Iblis laknatullah.Diterangkan dalam Surah Al-An'Am ayat 112,seperti berikut:

Ertinya: Dan demikianlah telah kami jadikan bagi tiap tiap nabi itu musuh musuh berupa syaitan yang terdiri daripada jin dan manusia,yang membisikkan setengah mereka itu kepada sesetengahnya akan kata kata yang dihiasi dengan tipudayanya,

Syaitan manusia itu kadangkalanya adalah diri kita,isteri kita,teman kita atau anak anak kita yang membuat kita berpaling dari taat kepada Allah.Malik bin Dinar berkata:

Ertinya: Sesungguhnya syaitan manusia itu lebih hebat keatasku daripada syaitan jin,maksudnya :apabila aku berlindung kepada Allah,maka berlalulah syaitan jin.sedangkan syaitan manusia itu datang kepadaku,maka diseretlah aku kepada segala kemaksiatan.

Hujjatul Imam Al-Ghazali berkata:

"berhati hatilah engkau kepada syaitan manusia.kerana sesungguhnya syaitan syaitan manusia itu telah memberi kesenangan kepada syaitan syaitan jin daripada keletihanya."

Daripada keterangan diatas,dapatlah kita perhatikan bahawa Iblis laknatullah adalah syaitan kerana ia telah membangkang dan derhaka pada perintah Allah untuk sujud kepada Adam.Sedangkan syaitan bukanlah iblis,kerana Iblis adalah lafaz untuk menyebut seorang jin yang tertentu yang bernama Azazil.Pada setiap orang terdapat syaitan akan tetapi pada setiap orang tidak ada iblis.

"bahawa Aisyah,isteri Nabi s.a.w mengatakan,"Rasulullah s.a.w keliar pada satu malam daripada sisinya.Aisyah berkata"aku lalu berlari mengejar baginda hingga mendapatkanya."Melihat apa yang aku lakukan,Baginda berkata,"ada apa dengan kamu wahai aisyah,apakah kamu cemburu?"aisyah berkata,"bagaimana orang sepertiku tidak cemburu terhadap orang seperti kamu".Baginda kemudian berkata,"atau syaitan telah datang kepada kamu?aisyah berkata,"adakah padaku ada syaitan?Baginda berkata,"Ya".aisyah berkata lagi,"apakah dia juga ada pada setiap orang".Nabi berkata"Ya".aisyah berkata,"apakah pada kamu juga?Nabi menjawab,"Ya,hanya saja Allah menolongku untuk menakluknya sehingga ia memeluk islam" (riwayat muslim)

Tuesday, May 29, 2012

Histeria: Gangguan Jin Atau Masalah Psikologi?

DATO' DR AMRAN KASIMIN (PERAWAT KANAN DARUSSYIFA')
Soalan (S): Bagaimana histeria berlaku dan mengapa?
Jawapan (J): Histeria boleh berlaku atas dua faktor iaitu disebabkan tekanan dan gangguan. Apabila tertekan sama ada di sekolah, tempat kerja, cinta atau pergaduhan, diri hilang pertimbangan dan kerana itu makhluk halus atau jin mudah menguasai diri.
Manakala gangguan pula membabitkan kes seperti salah menuntut ilmu persilatan, tarian tradisional, menurun atau orang biasa. Ini gangguan syaitan dan iblis kerana mereka pernah berjanji untuk menyesatkan manusia walau apa cara sekalipun.

S: Kebelakangan ini banyak kes histeria berlaku di sekolah, apa puncanya?
J: Satu sebab jin mengganggu manusia ialah kerana marah atau berdendam selepas ‘kediamannya’ dirampas manusia, contohnya kawasan itu dijadikan sekolah atau bangunan. Sebab itu sekolah baru buka kerap berlaku histeria.
Selain itu, mungkin ada pelajar ‘mengganggu’ tempat jin itu seperti membuang air kecil di tempat tidur atau tempat tinggalnya. Ia mungkin dilakukan di kawasan hutan berhampiran sekolah atau belukar yang menjadi kediaman jin. Itu juga boleh menyebabkan kemarahan jin.
Boleh jadi juga sebab mereka (jin) diganggu bunyi bising disebabkan ‘kenakalan’ pelajar terbabit sehingga menimbulkan kemarahan. Jika lama terpendam, ia bertukar menjadi dendam dan tiba masanya, jin itu ‘menyerang’ (berlakunya histeria).
Namun histeria sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa saja dan tidak kira di mana. Jika jin diganggu, mereka membalas semula. Kes yang banyak berlaku di sekolah sekarang mungkin hanya kebetulan.
S: Bagaimana jin memasuki tubuh manusia dan ke mana tujunya?
J: Jin boleh masuk ke tubuh melalui pelbagai cara, sama ada hidung, mulut, telinga, ibu jari kaki dan tangan. Ia makhluk halus, tidak berjasad dan mudah berbuat demikian.
Selepas masuk, ia terus menyerang dan mengawal otak manusia, sekali gus menyebabkan perilaku tidak normal, mengubah personaliti seseorang mengikut jenis jin yang memasuki tubuhnya.
Ada yang dirasuk boleh bercakap dalam bahasa Thailand atau Indonesia kerana ia pelbagai jenis dan bangsa, sama seperti manusia.
Misalnya, jika jin tua masuk ke badan, mangsa berkelakuan seperti orang tua, bongkok. Perlu diingat, jin ini tidak mati sehingga hari kiamat.
S: Mengikut fahaman Datuk, bagaimana serangan jin boleh menyebabkan histeria ini?
J: Jin menyerang manusia dalam keadaan tak sedar dan sukar dikawal. Serangan memang dahsyat kerana dia memperalatkan tubuh manusia. Ada berlaku, pelajar menggigit jari sampai berdarah kemudian menghirup darah sendiri. Sebenarnya yang menghirup darah itu jin, bukan pelajar. Jin cuma mempergunakan tubuh pelajar tadi.
Ada juga mangsa yang boleh berkelakuan luar biasa seperti menumbuk dengan kuat, sedangkan yang dirasuk jin itu adalah wanita.
S: Mengapa apabila berlaku serangan histeria, ia mudah berjangkit kepada orang lain?
J: Memang jin boleh berjangkit selepas menyerang manusia. Ia pantas, malah boleh diibaratkan sama seperti cahaya. Dalam sekelip mata, ia boleh menyerang ramai orang.
S: Bolehkah histeria mendatangkan kemudaratan atau bahaya kepada mangsa, terutama pelajar?
J: Ya… kerana histeria ini menyerang otak dan fikiran manusia. Ia sama dengan simptom dialami orang gila iaitu hilang ingatan.
Bezanya, histeria akan pulih jika jin dapat dikeluarkan dari tubuh badan. Tidak seperti penyakit gila yang mungkin berlanjutan jika kerosakan sel otak yang dialami pesakit tidak dapat dirawat.
Namun jika histeria itu kerap menyerang seseorang, ia membahayakan diri mangsa, fikiran mungkin ‘dirosakkan’ makhluk berkenaan sehingga menyebabkan gila.
S: Apakah tanda seseorang itu diserang histeria?
J: Tangan menggeletar dan sejuk. Dia juga seperti dalam fantasi, mungkin terdengar bunyi air, desiran angin atau loceng yang sayup kedengaran.
Ia boleh dirasai. Selepas jin ada pada tubuh, mangsanya melihat dunia ini gelap, kepalanya bergoyang dan tubuh menggeletar.
S: Adakah benar mangsa yang dirasuk boleh melihat makhluk halus?
J: Ya… tetapi ia berlaku sekali imbas saja dan ia tampil dalam pelbagai rupa dan bentuk menakutkan. Ada juga yang menyerupai objek seperti ular. Jika ada pengakuan menyatakan ia melihat makhluk aneh, ia bukan ilusi tapi memang benar kerana Allah SWT membuka sedikit ruang untuk melihatnya.
S: Mengapa wanita sering jadi sasaran atau mangsa histeria?
J: Wanita lebih sensitif dan dianggap lemah berbanding lelaki. Apatah lagi dalam keadaan tertentu, wanita memang lemah seperti ketika haid, mengandung atau berpantang. Begitupun lelaki juga tidak terkecuali, ada yang kena jika tidak kuat semangat.
S: Bagaimana cara atau kaedah untuk mengelak menjadi mangsa?
J: Berpegang teguh dengan ajaran Allah SWT adalah langkah terbaik. Jin sebenarnya boleh mengetahui kekuatan roh seseorang, sama ada memiliki cahaya (iman) atau tidak. Jika kuat dengan amal ibadat, dia tidak suka mendekati.
Namun antara amalan yang boleh dilakukan ialah baca ayat Kursi selain doa. Rasulullah SAW pernah bersabda, “Barang siapa membaca ayat Kursi ketika di tempat pembaringan (tidur), Allah SWT menghantar dua malaikat untuk menjaganya hingga waktu subuh.”

S: Adakah wajar kita membuat perjanjian dengan jin untuk menghindarkan gangguan histeria ini sehingga perlu mematuhi syarat tertentu?
J: Itu tidak boleh. Jika letak syarat, ia menampakkan kita lemah, malah syirik. Memang ada ‘tawar-menawar’, tetapi jangan letak syarat. Dalam satu kes, jin pernah minta tempoh seminggu untuk berpindah dari situ tempat dan tidak salah membenarkan. Barangkali mungkin jin itu hendak berkemas sebelum beredar tetapi selepas seminggu, pastikan mereka tiada.
Dalam tempoh itu jin tidak mengganggu lagi, jika adapun sekadar gangguan kecil seperti terdengar orang mandi, suara ganjil atau kelibat seseorang.
S: Benarkah makhluk halus ini boleh dipindahkan beramai-ramai menggunakan kenderaan?
J: Jin boleh diibaratkan pergerakannya sama seperti cahaya, pantas dan laju. Jika kita menggunakan kenderaan untuk memindahkan mereka ke tempat lain yang mengambil masa beberapa jam perjalanan, selepas tiba, mereka kembali semula ke tempat asal hanya dalam beberapa minit atau saat saja, jadi bagaimana? Bagi saya, ini tidak logik dan menyukarkan.
S: Ada pihak ‘memagar’ tempat tertentu seperti sekolah atau bangunan untuk menghalau gangguan makhluk halus, apa pandangan Datuk?
J: Pada saya tidak salah, namun wujud kebimbangan. Malah ada yang memagar dengan bantuan jin juga dan ini bahaya, tidak mustahil jin ini boleh mengganggu tempat itu. Sebaik-baiknya kembali kepada ajaran Islam, gunakan ayat al-Quran.
S: Bagaimana pula kes mereka yang diserang histeria dan selepas dirawat, diserang kembali?
J: Apabila seseorang itu diserang histeria, ‘laluannya’ sudah ada. Sebagai contoh, apabila masuk ke hutan, kita membuat lorong dan jika hendak masuk kali kedua, kita guna lorong sama. Begitu juga dengan jin, namun lorong itu perlu ditutup dengan cara memperbanyakkan amalan.
S: Apakah jenis-jenis jin?
J: Seperti manusia, jin ada pelbagai jenis dan taraf. Ada jantan dan betina; Islam atau kafir. Makanannya nasi, darah, malah ada yang tidak makan. Ada juga terbang di udara dan melata di bumi. Tempat kotor seperti kawasan penyembelihan paling disukai. Makhluk ini tidak mati sehingga hari kiamat dan mereka sudah berjanji untuk menyesatkan manusia walau dengan apa cara sekalipun.
PROFESOR DR MOHAMAD HUSSAIN HABIL
Histeria adalah masalah biasa dalam proses pembangunan sesebuah negara, terutama apabila berlaku perpindahan penduduk dari luar bandar ke bandar besar.
Ketua Jabatan Perubatan Psikologi Pusat Pakar Universiti Malaya, Profesor Dr Mohamad Hussain Habil, berkata perkara ini berlaku di semua negara di seluruh dunia, termasuk di Barat.
Menurutnya, masalah histeria berkait rapat dengan kepercayaan seseorang individu terhadap perkara mistik dan karut marut. Walaupun faktor kejutan budaya turut memainkan peranan, kebanyakan kes histeria disebabkan masalah psikologi dan tekanan perasaan.
“Kepercayaan karut mempengaruhi jiwa seseorang sehingga mereka mengalami histeria. Namun apabila diselidik, kebanyakan kes disebabkan tekanan psikologi sama ada membabitkan masalah kewangan, rumah tangga, sosial atau kerja.
“Dulu saya selalu menerima pesakit histeria dari kalangan pekerja kilang dalam kuantiti ramai, terutama ketika Lembah Klang baru mula membangun. Kini kes histeria boleh dikatakan hilang sama sekali sehinggalah kes yang berlaku baru-baru ini membabitkan pelajar sekolah.
“Masalahnya ialah masih ramai percaya histeria disebabkan gangguan makhluk halus seperti jin atau penunggu sehingga pesakit lambat dibawa mendapatkan rawatan.
“Jika dibiarkan, lebih ramai akan mengalami gangguan ini kerana jeritan atau gejala histeria boleh mempengaruhi orang lain terutama bagi yang lemah semangat,” katanya.
Dr Hussain berkata, gejala histeria di kalangan pelajar sekolah berlaku kerana wujudnya unsur perpindahan dari kampung ke bandar dan setiap orang pasti ada kepercayaan terhadap perkara mistik tersendiri, walaupun punca sebenarnya mungkin disebabkan tekanan perasaan akibat masalah keluarga, teman lelaki atau terlalu bimbang untuk menghadapi peperiksaan.

“Usah bawa pelajar yang terkena histeria berjumpa bomoh kerana ia gangguan psikologi. Lebih cepat pelajar diberi rawatan, lebih mudah masalah histeria dikawal dan ia dapat mengelaknya mempengaruhi pelajar lain,” katanya.
Cara rawatan histeria juga mudah. Langkah pertama ialah mengasingkan individu yang mula-mula mengalami histeria dan pengasingan ini boleh dilakukan dengan memberi cuti atau dibawa segera ke hospital untuk diberi rawatan di klinik psikiatri. Biasanya pelopor kes histeria berkenaan dimasukkan ke wad dan dirawat hingga pulih.
Dr Hussain berkata, cara lain yang boleh dilakukan ialah berpindah sekolah atau menghantar pelajar berkenaan balik ke sekolah di kampungnya di mana dia berasa lebih selesa, tenteram dan selamat.


Fakta Histeria
  1. ·         Berbeza dengan saka, santau atau sihir, histeria disebabkan makhluk halus yang tidak bertuan. Kebiasaannya makhluk itu merasuk mangsa bagi membalas perbuatan mangsa yang mengganggu atau merosakkan kediaman mereka seperti di padang atau hutan.
  2. ·         Jin atau makhluk halus ini merasuk dan mengganggu minda mangsa sehingga menyebabkan mangsa tidak sedar apa yang berlaku dan hilang kawalan diri.
  3. ·         Jenis tekanan yang boleh mencetuskan histeria adalah bimbang keterlaluan (contohnya pelajar yang ingin mengambil peperiksaan); ketegangan terlampau yang tidak diluahkan (mangsa memendam tekanan dan perasaan marah tanpa diluahkan, contohnya mangsa buli atau teraniaya); menghadapi tekanan dalam keluarga yang berpecah belah dan berkonflik sehingga hidup tidak tenang; tekanan tempat kerja; tekanan dalam rumah tangga.
  4. ·         Mereka yang memiliki kekuatan rohani jarang histeria selain kuat beribadat, sabar, tidak berputus asa.
  5. ·         Bayi atau kanak-kanak turut histeria tapi mereka hanya meraung ketakutan dan jari mungkin menunjuk ke arah suatu arah. Lelaki yang histeria pula kelihatan seperti sedang amuk.
  6. ·         Petua apabila berhadapan dengan histeria: asingkan pesakit daripada orang ramai; cuba azankan di telinga pesakit; baca surah al-Fatihah, ayat 115 hingga 116 dari surah al-Mukminun, ayat tiga qul dan tiupkan di telinga dan muka pesakit; jika ada air Yaasin, sapu atau semburkan ke muka pesakit. Apabila pesakit kelihatan sedar, suruh dia mengucap, jika tidak dapat mengucap, maknanya jin itu masih merasuknya. Baca juga doa Nabi Sulaiman supaya didengari pesakit.