Apa kah dia Hantu Raya?
Hantu Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.
Hantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.
Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.
Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.
Matlamat
Hantu Raya biasanya dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja-kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya. Dinamakan Hantu Raya bersempena saiznya yang besar seperti penggunaan dalam bahasa Melayu Balairaya, jalanraya dan sebagainya
Kelebihan
- Hantu Raya biasanya mampu melakukan kerja-kerja berat seperti empat atau lima orang dengan mudah.
- Ia boleh menjelma sebagai manusia.
- Ia boleh membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya.
Kelemahan
- Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam.
- Hantu Raya akan mengamuk sekiranya tidak dijaga dengan baik.
- Tuannya sukar untuk mati sekiranya tidak ada orang hendak menerimanya.
- Hantu raya suka menyamar sebagai pemiliknya dan akan tidur bersama isteri tuannya jika tidak dikawal.
Penelitian secara ilmiah
Bagaimana tuan punya menurunkan kepada warisnya adalah melalui keris yang diperturunkan dari generasi ke generasi. Biasanya setitik darah tuannya dikehendaki untuk memastikan tuan yang baru dan akan menurut perintah tuannya.
Ramai orang tua yang mengamalkan bahawa dengan mempunyai pendamping ini mereka merasa selamat dari ancaman musuh tetapi hantu raya atau jin ini ada kelemahannya.
Kelemahan hantu raya
Dari segi agama Islam, gunakan lada hitam dan garam sahaja. Setiap genggam garam dan lada hitam dibacakan Al-Fatihah. Sekurang-kurangnya sebanyak 3 hingga 5 kg garam jantan dan ½ kg lada hitam (mengikut keluasan rumah) diperlukan.
Bacakan ayat Kursi sebanyak 33 kali dan hembuskan keatas air. Renjis air ini ke atas garam dan lada hitam tadi.
Kemudian gunakan bahan-bahan ini untuk merawat dalaman rumah dan memagar kawasan luar rumah (dengan tatacara/kaedah yang dibenarkan oleh syarak). Masa yang sesuai ialah selepas azan maghrib atau azan Isyak. InsyaAllah hantu raya akan lari atau mengakibatkan dia cedera disebabkan oleh gas lada hitam ini. Biasanya ia akan membunuh tuannya kerana tuannya tidak dapat mengubatinya.
Ayat Kursi (yang dibaca dengan 9 wakaf sebagaimana diajar oleh Rasulullah SAW) adalah pantang jin dan lada hitam serta garam adalah musuhnya. Gunakan sebaiknya kaedah ini sekiranya anda memasuki rumah yang lama tidak diduduki atau diganggu hantu raya atau anda mengalami sakit yang tiada puncanya.Insya ALLAH, doa anda dimakbulkan oleh ALLAH S.W.T.
No comments:
Post a Comment