TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 30 SEPTEMBER 2011
PERHATIAN:
Bagi yang telah menyerahkan borang permohonan, akan dipanggil untuk hadir sesi temuduga seperti berikut;
Tarikh: 2 minggu sebelum kursus bermula
Waktu Pendaftaran Untuk Temuduga : 8:30 pagi hingga 11:00 pagi
Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut;
1. Permohonan untuk mengikuti kursus pengubatan ini hendaklah menggunakan borang yang disediakan. Borang permohonan ini mestilah diisi dengan lengkap. Borang tersebut boleh dimuat turun di akhir mukasurat ini.
2. Pemohon mestilah beragama Islam dan berumur 18 tahun dan ke atas.
3. Pemohon yang bukan warga Malaysia boleh juga diterima untuk mengikuti kursus ini dengan syarat boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.
4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar ukuran pasport, salinan Kad Pengenalan dan 1 keping sampul surat bersaiz 4"X 9" yang beralamat sendiri serta bersetem 50sen.
5. Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta gambar, salinan Kad Pengenalan dan 1 keping sampul surat bersaiz 4"X 9" yang beralamat sendiri serta bersetem 50 sen, hendaklah diposkan di Pejabat Darussyifa’ Cawangan Mentakab, Pahang sebelum tarikh tutup.
6. Borang permohonan boleh juga diserahkan dengan tangan di pejabat Darussyifa' Cawangan Mentakab, Pahang
7. Borang permohonan yang discan dan dihantar melalui email tidak akan dilayan.
8. Borang permohonan yang diterima selepas tempoh tamat tidak akan dipertimbangkan.
9. Setelah permohonan diproses, satu sesi temuduga akan diadakan untuk memilih calon-calon yang benar-benar layak sahaja.
10. Pemohon yang dipanggil untuk temuduga tetapi tidak dapat menghadirkan diri maka dengan sendirinya permohonan akan ditolak. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan dan anda boleh membuat permohonan semula disessi tahun yang akan datang.
11. Jika sekiranya pemohon tidak dihubungi selewat-lewatnya selepas tiga (3) minggu tamat tempoh penyerahan borang, anggaplah permohonan tersebut tidak berjaya.
12. Pemohon yang telah berjaya diterima dan lulus temuduga, hendaklah sanggup dan mampu membayar yuran sejumlah RM700 setahun. Bayaran ini termasuk untuk bayaran pendaftaran, yuran ahli seumur hidup dan yuran pengajian. Pada hari pendaftaran Yuran Pengajian hendaklah dibayar sekurangnya untuk 1 semester sebanyak RM350.00.
13. Pemohon yang telah berjaya diterima juga dimestikan untuk menghadiri sepenuhnya kuliah pengubatan setiap hari Sabtu selama setahun (48 minggu/kali) di tempat yang akan ditetapkan. Jika sekiranya peserta/pelajar didapati lemah dalam ilmu bacaan al-Quran, mereka dimestikan menghadiri kelas Tajwid dan kelas-kelas lain yang ditentukan kemudian.
Sebarang pertanyaan sila telepon pejabat Darussyifa' Cawangan Mentakab: 09-2783981 atau hubungi Ustaz Ishak: 017-9238355 atau 014-8305699.
No comments:
Post a Comment