Sunday, November 14, 2010

Senarai Tokoh Malaysia Dalam 500 Muslim Paling Berpengaruh

Berikut adalah senarai tokoh-tokoh rakyat Malaysia yang tersenarai dalam buku 'The 500 Most Influential Muslims' yang diterbitkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies bagi tahun 2010.
Bidang Politik
DYMM Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin 
Yang Di-Pertuan Agong Ke-13 & Sultan Terengganu. Antara Sultan yang termuda dan juga Ketua Agama Islam.


Datuk Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri Malaysia Ke-6 sejak 2009 & juga Presiden United 
Malays National Organization (UMNO).

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang & Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR). Mantan Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kewangan Malaysia.


Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) 


Bidang Pentadbiran
Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menteri Besar Kelantan & Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS). 

Bidang Pendakwah
Dato' Mashitah Ibrahim
Pendakwah dan Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Kini aktif dalam politik.

Bidang Isu-Isu Wanita
Zainah Anwar
Pengasas dan Bekas Pengarah Eksekutif Sisters in Islam, sebuah pertubuhan yang komited tentang isu-isu jantina and peningkatan penghormatan terhadap kaum wanita. Juga sebagai penulis yang menyumbang kepada News Straits Times dan The Star.

Bidang Pembangunan
Mohideen Abdul Kader
Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang & aktif dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Bidang Sains, Teknologi, Perubatan, Undang-Undang
Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor
Angkasawan Pertama Malaysia & pakar bedah ortopedik. Berjaya membuat kajian sainstifik ketika di angkasa. Menjadi penceramah bebas.

Bidang Seni dan Budaya
Raihan
Kumpulan Nasyid dan telah aktif mencapai lagu-lagu berunsur dakwah sejak 1996. Merupakan antara penyanyi Malaysia yang paling berjaya dan dihormati.

Bidang Ilmiah 
Dr Muhammad Afifi Al-Akiti
Pensyarah Bidang Pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford, United Kingdom.

Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al Attas
Gergasi Ilmuan dalam dunia islam. Ahli falsafah & pemikir yang berpengaruh.

Prof Dr Mohammad Hashim Kamali
Tokoh dan Pengarang dalam Pengajian Perbandingan antara Islam dan Undang-Undang Moden. Pengerusi dan Ketua Pengarah Eksekutif International Institute of Advanced Islamic Studies di Malaysia.

No comments:

Post a Comment