Soalan (1)
Jawapan
Di zaman permulaan Islam, amalan memakai tangkal untuk berlindung adalah amalan umum bagi rata-rata masyarakat jahiliyah.Rasulullah s.a.w mengharamkan penggunaan tangkal dan menggantikannya dengan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa khusus untuk memohon daripada Allah, menghindari dari apa yg tidak diingini.
Dalam musnad Imam Ahmad, juzuk ke empat, halaman 156 disebut mahfum hadis, "Seiapa yang menggantung tangkal maka sesungguhnya, dia telah melakukan perkara syirik.
Hadis ini hadis umum. Pernah sahabat yang menerima ayat-ayat al-Quran untuk amalan meghindari daripada gangguan, khasnya makhluk halus, telah menulis ayat-ayat itu dikertas untuk digantungkan kepada anak-anak mereka yang belum pandai membaca al-Quran.
Apabila perkara ini sampai kepada Rasulullah s.a.w, baginda tidak melarang. Oleh demikian maka ada sebahagian pendapat yang mengatakan bahawa, kalau tangkal diperbuat daripada ayat-ayat al-Quran, maka ia diharuskan.
Ulama-ulama muktabar berpendapat seperti dalam sebut Kitab al-Fatawa az-Zahabiyyah (Fatwa-fatwa yang amat berharga) halaman 253, bahawa adapun penulisan ayat-ayat al-Quran dan nama-nama Allah S.W.T untuk dijadikan tangkal, maka ulama berselisih pendapat, di kalangan ulama salaf ada yang mengharamkannya secara mutlak ada sedikit yang mengharuskannya dengan syarat-syarat khusus.
Yang paling sahih, bahawasanya penggunaan tangkal sama ada al-Quran atau tidak, dilarang dalam hadis-hadis terdahulu, sedang keharusan yang Rasulullah sebutkan pada para sahabat, itu adalah pada permulaan Islam, apabila iman sudah tertanam dalam diri dan untuk mengelak daripada keburukan-keburukan yang boleh menjejaskan iman, maka dilarang sama sekali pengunaan tangkal, walaupun menggunakan ayat Quran kerana 1. Mencegah daripada keburukan yang lebih besar. 2. Mengaja kesucian al-Quran dari terbawa hingga ke dalam tandas 3. Membulatkan keyakinan bahawa Allah S.W.T yang melindungi manusia daripada segala-galanya. Wallauhu a'lam.
Soalan (2)
Bolehkah menggunakan Tangkal yang bertulisan Arab untuk mengelakkan diri dari kejahatan manusia?
Saya seorang perempuan yang sedang dalam pengajian peringkat siswazah lanjutan. Datuk saya membekalkan saya dengan tangkal yang diperbuat daripada rajah-rajah tertentu dan huruf alif ba ta, bercampur aduk dan angka-angka seperti tulisan Arab untuk saya pakai bagi mengelak dari kejahatan manusia. Katanya jangan niat bahawa tangkal itu boleh menolong, mintalah kepada Allah. Tangkal hanya ikhtiar. Datuk sudah menggunakan tangkal itu dan amat mujarab katanya. Bolehkah saya memakai tangkal itu?
Jawapan
Permasalahan tangkal adalah masalah lama yang bertapak amalannya dalam masyarakat Arab jahiliyah awal, masuk ke alam Melayu, diterima pakai dan diamalkan oleh masyarakat dahulu hinggalah kepada masyarakat moden sekarang ini.
Apa yang dilakukan oleh datuk saudari adalah sebahagian daripada kepercayaan masyarakat lama yang dominan dalam masyarakat Melayu. Ketika Rasulullah s.a.w mula menyebarkan Islam kepada masyarakat Arab dan mereka memeluk agama Islam, mereka mengamalkan memakai tangkal.
Rasulullah bersabda (yang bermaksud),"Sesungguhnya jampi mentera (yang tidak Islamik) dan tangkal-tangkal serta ilmu pengasih adalah syirik. (Hadis sahih riwayat Ahmad dan Abu Daud).
Jelas dalam hadis ini bahawa tangkal adalah istilah asal tamimah atau tamaim adalah satu usaha manusia, gunakan benang, tali atau sebagainya dijadikan sebagai suatu pakaian yang dipakai di pinggang, di leher, di tangan atau sebagainya dengan tujuan untuk menjadi pelindung seperti yang datuk saudari sebutkan.
Memakai tangkal seperti ini, disepakati oleh ulama-ulama Islam bahawa ianya adalah haram dan boleh membawa kepada syirik atau senang difaham ianya berdosa besar. Tentang kata-kata yang mengatakan dengan 'niat untuk menolong mintalah kepada Allah, tangkal hanya ikhtiar', itu adalah mengelirukan kerana niat yang baik tidak boleh menghalalkan yang haram.
Saya umpamakan alasan ini sama seperti, orang yang berniat hendak ke Mekah, tetapi tiada wang, maka dia mencuri wang untuk pergi ke Mekah. Atau orang yang hendak berkahwin tidak cukup wang, maka rasuah diambil untuk menyempurnakan perkahwinan.
Tamimah atau tangkal adalah haram dan bersosa besar memakainya, kerana kita telah menjadikan makhluk yang bernama tangkal boleh menjaga kita daripada sesuatu yang tidak diingini.
Dalam Islam telah pasti tiada yang boleh memberi memanfaat atau memudaratkan manusia melainkan Allah S.W.T sahaja.
Tangkal tidak boleh menjaaa manusia, jika dibakar ia akan hangus, digunting atau ditarik nescaya ia akan putus. Hakikatnya ia tidak bernyawa dan tidak bergerak, sudah tentu dia tidak boleh menolong kita.
Jika datuk saudari beranggapan bahawa ianya membantu, sebenarnya Allah S.W.T lah yang memeliharanya, tetapi kebetulan dia memakai tangkal.
Atau jika berlaku sesuatu yang ketara ganjil pada pemakai tangkal itu jika hendak dikaitkan juga tangkal itu memberi kesan, maka ada kemungkinan tangkal itu ada makhluk halus yang jahat, mengambil kesempatan untuk menyesatkan manusia dengan melakukan perkara-perkara yang aneh dan ganjil untuk meyakinkan manusia kepada keunikan pemakai tangkal.
Jika ini berlaku, manusia telah terjebak ke dalam perangkap syaitan dan iblis yang sentiasa berusaha menyesatkan manusia dari jalan Allah S.W.T dengan menggunakan saluran tangkal sebagai sesuatu yang menjayakan usaha mereka menyesatkan manusia.
Maka nasihat saya, jangan sesekali memakai tangkal, bergantunglah kepada Allah, untuk berlindung diri dari perkara yang tidak baik, bacalah ayat-ayat yang dikenali sebagai al-muawwiyat iaitu Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas
No comments:
Post a Comment