Monday, September 20, 2010

ASAL USUL JIN

Al-Qurthubi menyatakan: Ulama berselisih faham tentang asal-usul jin. Ismail meriwayatkan dari Hasan Al-Basri: Jin adalah keturunan iblis sedang manusia dari keturunan Adam. Di antara kedua-dua golongan ini ada yang beriman dan ada yang ingkar(kufur).Keduanya sama-sama menerima pahala dan hukuman.Mereka yang beriman dari kedua golongan ini adalah wali Allah, sedang yang ingkar adalah kafir dan dia adalah syaitan.

Ad Dhahhak meriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahawa jin adalah keturunan Aljaan. Mereka bukan syaitan.Mereka ada yang beriman dan ada juga yang ingkar dan kafir.Syaitan adalah keturunan iblis.Mereka tidak akan mati sebelum iblis dan kelak akan mati bersamanya.

Ulama juga berbeza pendapat tentang masuknya jin yang beriman ke dalam syurga. Mereka yang berpendirian bahawa jin adalah berketurunan Aljaan dan bukan keturunan iblis berpendapat mereka akan masuk syurga kerana mereka telah beriman. Adapun mereka yang berpendirian  jin dari keturunan iblis terbahagi kepada dua pendapat:
  1. Mereka tidak akan masuk syurga meskipun tidak diseksa di dalam neraka.
  2. Pendapat Imam Hasan Al-Basri, mereka akan masuk syurga. Demikian riwayat Al-Mawardi dan juga Al-Qurthubi.

No comments:

Post a Comment