Monday, September 13, 2010

Renungan Dari Sunnah-Hadith Nabi

Saudara pembaca yang dihormati,
Bagi manfaat kita bersama setiap dua hari ruangan ini akan membentangkan secara ringkas sebuah hadith RasululLah S.A.W. Semua hadith yang disiarkan adalah bersumber daripada riwayat yang sahih dan benar sahaja. Harap saudara dapat melayari blog ini dan sedaya yang kita mampu marilah kita mengamal dan menyebarkan hadith-hadit ini kepada mereka yang tidak berpeluang atau berkesempatan membacanya.

HADITH (1)

Tajuk: Berjabat Tangan

Daripada Al-Bara' bin 'Azib (Rh) berkata: RasululLahS.A.W bersabda"Tidak ada dari dua muslim yang bersua atau bertemu lalu mereka berjabat tangan, melainkan diampuni (dosa-dosa) bagi mereka berdua sebelum mereka berpisah" dan hadith daripada Abdullah ibnu Omar (Rhm) ada disebutkan satu kesah yang panjang....beliau berkata: "lalu kami mendekati RasullulLah S.A.W dan kami mencium tangan baginda".

(Hadith-hadith riwayat Abu Daud)

Huraian Ringkas

Berjabat tangan adalah salah satu di antara lambang kasih sayang sesama muslim. Apabila kita menghulurkan tangan kepada seseorang, itu menunjukkan hati kita bersih terhadapnya. Begitu pula kalau dia sudi menghulurkan tangannya kepada kita, itu menunjukkan kebersihan hatinya terhadap kita.
Maka apabila berlaku jabat tangan di antara dua  muslim ini, bererti mereka saling mengikhlaskan persaudaraan dan persahabatan antara mereka. Mereka telah padamkan rasa permusuhan dan dendam sebelumnya (jika ada). Saudara jika keadaan ini sering berlaku dan diamalkan, jutaan umat Islam bersatu hati dan kasih mengasihani, tolong bantu mudah diwujudkan.

Tetapi apa yang berlaku dewasa ini sebaliknya. Sedih kita menonton setuasi di mana umat Islam tidak lagi memahami manfaat berjabat tangan dan apakah natijah dari perintah sunat ini untuk kita. Hati manusia Islam kini di ambang kemusnahan.Susah dan sukar dipulihkan sekiranya minat mempelajari ilmu fundamental agama tidak diminati sebahagian besar muda-mudi, generasi penerus umat ini.

Kerjasama dalam apa bidang sekalipun antara umat Islam tidak berjaya diwujudkan. Kalau ada pun hanya bersifat sementara. Dalam bidang perkongsian bisnes, kesatuan idea, pentadbiran dan pengurusan syarikat dan organisasi, kerajaan. Kesimpulannya, syariat Ma'bad tauhid tidak ada dalam akal dan hati rohani kebanyakan mereka ini. Maka kita GAGAL.

No comments:

Post a Comment