Monday, September 20, 2010

RENUNGAN DARI SUNNAH-HADITH NABI

Hadith  (5)


Bencana Tsunami Acheh, Indonesia

15 MAKSIAT YANG MENYEBABKAN TURUN BALA' ALLAH


عن علي بن أبى طالب رضى الله  قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: اذا فعلت أمتى خمس عشرة خصلة حل بها البلاء قيل وما هى يا رسول الله؟ قال: اذا كان المغنم دولا والامانة مغنما والزكاة مغرما وأطاع الرجل زوجته وعّق أمه وبّر صديقه وجفا أباه وارتفعت الاصوات فى المساجد وكان زعيم القوم أرذلهم وأكرم الرجل مخافة شره وشربت الخمور ولبس الحرير واتخذت القيان والمعازف ولعن اخره هذه الامة أولها فليرتقبوا عند ذلك زبحا حمراء او خسفا او مسخا


رواه الترمذى

Ertinya:

Daripada Ali bin Abi Tholib (Rh), RasululLah  SAW telah bersabda: Apabila umatku telah melakukan lima belas perkara, maka bala' akan turun kepada mereka,

  1. Apabila harta negara hanya beredar di tangan orang-orang tertentu,
  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan,
  3. Zakat dijadikan hutang,
  4. Suami memperturutkan kehendak isteri,
  5. Anak durhaka terhadap ibunya,
  6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya,
  7. Dan ia suka menjauhkan diri dari ayahnya,
  8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid,
  9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum ialah orang yang terhina di kalangan mereka,
  10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya,
  11. Arak sudah diminum terbuka di merata tempat,
  12. Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki,
  13. Para artis disanjung,
  14. Muzik banyak dimainkan,
  15. Generasi akhir umat ini melaknat generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain.

(Hadith riwayat Imam Turmizi)
Dunia hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan oleh RasululLah SAW ini, cuma masih belum sampai ke peringkat akhir.

No comments:

Post a Comment