Tuesday, September 28, 2010

RENUNGAN DARI SUNNAH-HADITH NABI

HADITH (7)

ULAMA TIDAK DIPEDULIKAN (TANDA DUNIA AKHIR ZAMAN)

عن سهل بن سعد الساعدى رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: لايدركني زمان أو لاتدركوا زمانا لايتبع فيه العلم ولا يستحيى من الحليم قلوبهم الاءعاجم وألسنتهم ألسنة العرب

رواه أحمد

Ertinya: Hadith daripada Sahal bin Sa'ad as-Saa'idy (Rh) berkata bahawa RasululLah SAW bersabda "Ya Allah jangan Engkau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu zaman dimana para ulama' sudah tidak diikuti lagi, dan orang yang penyantun tidak lagi disegani. Hati mereka seperti orang 'Ajam (pada fasiqnya)"lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya)
.
(Riwayat Imam Ahmad)

Mungkin sekarang inilah zaman yang digambarkan oleh RasululLah SAW itu. Kini dilihat para ulama' tidak lagi didekati atau menjadi idola ahli masyarakat (golongan tua dan muda). Kerana bimbang tingkahlaku dan perbuatan mereka akan ditegur. Ahli golongan ini tidak lagi segan dan silu melakukan kemungkaran di hadapan orang yang tinggi akhlaknya. Malah para ulama' dan orang-orang yang luhur budi dan akhlaknya sering dihina dan difitnah. Golongan ini kebiasaanya amat bijak bercakap, retorika pidatonya yang hebat, berbahasa halus boleh memikat hati dan perhatian orang, tetapi sebenarnya mereka adalah golongan yang suka memutarbelitkan fakta kebenaran dan mencari kesalahan orang lain.

No comments:

Post a Comment