Wednesday, September 29, 2010

RENUNG-RENUNGKANLAH

Renungan Subuh setiap hari.

Saudara,

Manusia yang pastinya memberikan keutamaan dalam mencapai tahap maksima kehendak fisiologinya. Hidup tidak sempurna tanpa kediaman tetap milik sendiri, makan minum yang baik dan menyihatkan, berpakaian indah, kemudahan pengangkutan yang memudahkan mobiliti mencari rezeki.Semua keperluan ini bagi yang mampu mengusahakan sendiri akan mencari sumbernya saban hari, dari pagi hingga larut malam.Tak kiralah sumbernya halal atau haram (menurut syariat Islam).

Bagi seorang muslim, perlu diingat bahawa setiap sen yang dibelanjakan, setiap suap yang dimakan, setiap langkah yang digerakkan, setiap nafas yang dihembuskan, setiap kata yang dituturkan, setiap kerja yang dilakukan, setiap ringgit yang diperolehi, setiap jawatan yang disandang dan niat yang dilintasi dalam hati kita semuanya itu akan ditanya dan dihisab di Hari Qiamat.

Semua keperluan fisiologi boleh diperolehi dengan sempurna dan lengkap adalah dengan wang.Maka wang ringgit, dolar dan sen itulah yang mesti dipastikan dari sumber yang bersih. Amalan manusia dewasa ini, di zaman moden kini, malah sejak dulu lagi, di zaman RasululLah SAW dosa pahala sudah dinaskan di dalam al-Quran dan Sunnah RasululLah SAW sebagai pengawal dan petunjuk. Tapi nampaknya dosa rasuah, dari secawan kopi hinggalah belanja menunaikan Umrah ditaja perasuah. Situasi ini semakin berleluasa berlaku di tepi hidung kita. Modal niaga dari hasil rasuah, dapat pangkat dan jawatan kerana rasuah, dapat tempat di IPT pun kerana sejambak bunga, apalagi sebuah banglo dan kereta mewah.

Masya-Allah, rasuah seks, dapat dolar dan sen  tidak dihairankan lagi, tetapi rasuah menunaikan umrah dan belanja perkahwinan adalah amat mengaibkan diri. Kerja kahwin haram, walaupun halal nikahnya. Bagaimana hasil zuriatnya kelak? Adakah jaminan baik dari Allah SWT?.

Saudara,

Puliharalah iman dan agama dalam diri kita. Janganlah jahil dengan ilmu agama, dengarlah nasihat orang yang lebih baik dari kita. Kita harus berpolitik, berniaga, bersosial dan pandai hingga memperolehin ijazah Ph.D.
Tetapi apa gunanya di dalam kehidupan akhirat kita bankrup dan hina-dina.

Begitulah peringatan untuk direnungi bersama... Blogger IAR (MA)

No comments:

Post a Comment