Saturday, September 18, 2010

Fikir-fikirkan

Al-hamdulilLah kita di Malaysia ini dibinakan oleh pihak berwajib cukup masjid. Yang lama dibina baru, Yang baru dilandskap indah, luaran dan halaman masjid kita. Pendek kata, pambangunan fizikalnya hebat dan berbangga kita dengan keagungan senibina indah, nilai harganya masya-Allah, ada yang mencecah puluhan juta ringgit.

Di upacara perasmian masjid baru, VVIP hadir merasmikannya, aduuuh ramainya datang. 'kali pertama dan mungkin itulah kali terakhir, lepas tu lebih baik pergi pusat dangdut'. Tidak semua, sesetengah pengiring VVIP tulah. Jamuan perasmian saje belanjanya sudah cecah RM45,000. Tok2 imam jemputan pun makan minum berdiri, tak cukup kerusi.

Maknanya, dalam beribadah dan berkebajikan pun kita campur-adukkan kerja pahala, makruh dan kadang-kadang perkara dosa. (bergaul bebas lelaki-wanita). Kalau di waktu berkempen pilihanraya pulak, duit pelembut hati diagih kepada bakal pengundi di masjid. Sebab itulah masjid-masjid susah kita nak diimarahkan, kerana yang mengunjunginya sekali-sekala ini ialah orang-orang yang suka buat dosa dan maksiat. Tak ade barakah dan hidayah Allah.

Saudara, renung-renungkanlah. Amiin.

No comments:

Post a Comment