Friday, September 17, 2010

BELIA & REMAJA ASET BERHARGA KEPADA NEGARA-BELIA ROSAK, NEGARA BAKAL PORAK PERANDA

 
Saudara yang berbahagia,

Kita dapati bahawa golongan pertama para pengikut Baginda Rasulullah s.a. w. adalah di kalangan anak-anak muda dan belia yang bercita-cita tinggi – berjiwa bersih dan suci – mereka jugalah yang bersama-sama telah berjuang menggongcang dan menakluki Empayer Rom dan istana2 Empayer Parsi.

Suatu sejarah yang harus menjadi teladan para remaja dan belia, ialah sejarah kehidupan Saidina Ali bin Abi Tolib KarramalLahu wajhah, sebagai tokoh belia di zaman RasululLah s.a.w. Saidina Ali bukan sahaja seorang sahabat besar dan paling disayangi olih Baginda, bahkan beliau  seorang pemuda yang luar biasa yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas, kefasihan lidah yang tiada bandingannya, mahir dalam ilmu sastera Arab dan sebagai pemidato terbilang. Saidina Ali juga seorang pahlawan yang berani. Diketika umunyar baru 8 tahun beliau telah memeluk Islam. Beliau merupakan orang yang paling muda memeluk Islam di zamannya.

Peristiwa berlaku semasa dalam persiapan untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t berhijrah ke kota madinah, rumah Rasulullah dikelilingi olih pemuda-pemuda Quraisy yang berniat jahat untuk membunuh Baginda Rasulullah. Dalam keadaan yang terdesak itu Saidina Ali ditugaskan olih Rasulullah s. a.w. tidur di tempat Baginda. Dengan berbekalkan iman, semangat kental, patuh dan taat setia kepada Rasulullah, beliau lakukan kerja itu, walaupun beliau tahu ia suatu yang amat merbahaya. Inilah di antara sejarah yang harus menjadi teladan para remaja Islam kita.

Untuk mencontohi teladan yang sedemikian para remaja Islam hari ini harus mempersiapkan diri dengan sekurang-kurangnya 4 perkara penting seperti berikut:

1.       Memiliki ilmu pengetahuan yang luas – menguasi dan mendalami ilmu Islam dengan secukupnya (Fardhu ‘Ain)
2.       Merubah sikap untuk kemajuan diri
3.       Bijak menguruskan masa dengan perkara dan urusan yang berfaedah untuk diri, keluarga, agama dan negara
4.       Melaksanakan tuntutan Fardhu’ Ain dan Fardhu Kifayah dengan baik dan sempurna.

Saudara,

Para remaja hendaklah senantisa berwaspada,agar tidak dihanyutkan olih arus kemajuan yang tidak sihat, dan janganlah hendaknya saudara lalai dari melaksanakan kewajipan beribadah kepada Allah s.w.t. kerana asyik dengan hiburan dan keseronokan yang bolih menjauhkan diri kita daripada mengingati Allah.

Sentiasa merebut peluang dengan sebaik-baiknya, demi masa depan kehidupan kita yang lebih baik dan bahagia.

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w.pernah bersabda:
Maksudnya:

“Rebutlah lima perkara, sebelum datangnya lima perkara:
-        Hidupmu sebelum matimu
-        Sihatmu sebelum sakitmu
-        Masa lapangmu sebelum kesibukanmu
-        Mudamu sebelum tuamu dan
-        Kayamu sebelum miskinmu.”
(Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

Para remaja adalah merupakan tunggak dan cermin kekuatan dan kecemerlangan sesuatu bangsa dan negara – dimana sekiranya rosak para remaja belia, maka rosak dan pincanglah kemajuan bangsa dan negara itu. Jika sekiranya golongan belia dan remaja itu cemerlang, maka akan cemerlang dan gemilanglah sesebuah negara itu masa hadapannya. Inilah yang telah berlaku di zaman Rasulullah s.a.w., di mana kecemerlangan dan kegemilangan Islam sebahagian besarnya terletak di atas kecemerlangan para belia remaja di kalangan para sahabat yang telah digilap dan dididik olih Baginda Rasullullah s.a.w.

Saudara,

Di dalam Islam, kaum belia yang beriman dan beramal soleh serta mempunyai akhlak yang tinggi mereka mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Allah s.w.t.Perkara demikian jelas disabdakan olih Rasulullah melalui hadith Baginda

Yang bermaksud:

“ Tujuh golongan yang diberi lindungan olih Allah pada hari yang tiada lindungan melainkan lindunganNya:
1.  Ketua yang adil,
2.  Belia remaja yang membesar dalam suasana beribadat kepada Allah,
3. Lelaki yang terpaut hatinya kepada masjid apabila ia keluar daripadanya sehinggalah dia kembali kepadanya,
4. Dua lelaki yang sentiasa kasih mengasihi kerana Allah mereka bertemu dan berpisah keranaNya,
5. Lelaki yang mengingati Allah dalam keadaan bersendirian lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah,
6. Lelaki yang digoda olih wanita yang memiliki kedudukan dan kecantikan untuk melakukan perbuatan yang kejitakut kepada Allah,
7. Lelaki yang menghulurkan bantuan dengan ikhlas sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan olih tangan kanannya.”

Para remaja belia berperanan sebagai jenerasi pelapis untuk merancang dan mentadbir sesebuah negara. Masa depan negara adalah bergantung kepada jenerasi ini. Sekiranya mereka berperanan dengan baik, berilmu, beriman dan beramal soleh, melaksanakan tanggungjawab dengan penuh iltizam, memiliki integriti diri dan akhlak yang baik maka negara akan bertambah baik. Namun jika berlaku pula sebaliknya, maka negara akan mundur dan musnah.

Untuk melahirkan jenerasi muda dan remaja harapan negara, beberapa langkah perlu harus menjadi agenda para remaja sekelian:

1.      Pencernaan Ilmu Agama Yang Mantap:

Imam Al-Ghazaly mengatakan bahawa “ilmu merupakan asas kepada semua bentuk gelagat dan peradaban manusia. Olih itu pendedahan kepada ilmu Islam harus menjadi teras utama dalam pembangunan sesebuah keluarga semenjak anak masih kecil. Apabila seseorang itu sudah mantap ilmu agamanya, mereka mampu berdepan dengan situasi yang bercanggah dengan norma akhlak yang tidak baik.”

2.          Pembangunan Minda Muslim Sejati:
3.          Pembangunan Sikap Yang berwibawa:
4.          Pembangunan Jiwa Yang Tulus:

Said Hawa berkata: “Kelonggaran pengamalan Islam dalam kehidupan adalah disebabkan olih kelemahan jiwa.”

Saudara,

Para remaja harus berusaha membentuk jiwa mereka yang tulus. Bagi menghadapi cabaran kehidupan yang penuh warna-warni ini amat sukar sekiranya para remaja tidak memiliki ketahanan jiwa.

Untuk memupuk jiwa yang jernih dan ruh yang kental, program-program seperti berzikir menyebut nama Allah, membaca al-Quran, bangun beribadah malam, mengikuti kem-kem latihan kejiwaan dan pemantapan mental dan fizikal harus ada di dalam kalender para remaja.

Situasi Semasa Amat Membimbangkan

Mengambil contoh yang paling hampir dengan kita ialah melihat situasi dan perkembangan remaja dan belia di negara kita sendiri  amat membimbangkan. Berbagai usaha oleh pihak berwajib telah dan sedang dilakukan, namun hasilnya belum boleh merehatkan hati dan fikiran kita untuk meletakkan usaha-usaha sedemikian telah berjaya. Kita gagal. Malah sesetengah kes dan perlanggaran moral dan undang-undang, dari segi statiknya jauh dari tahap kejayaan yang diharapkan.

Dari sudut “world view” Islam, tidak ada jaminan lain selain melaksanakan undang-undang had (Hudud), qisas dan ta’zir (jika perlu) sepenuhnya di kalangan umat Islam di Negara ini. Kita mesti meletakkan keyakinan dan keazaman yang komited untuk menggubal secara nasional pelaksanaan Hukum Hudud, Qisas ini. Allah menjanjikan “Nakaalan” jaminan perlindungan (pesalah insyaAllah tidak mengulangi kesalahan dan dosa yang sama) bila kita melaksanakan hukum-hukumNya.

Kita seru pihak berwajib, Kerajaan yang memerintah dan berkuasa, mesti ingat bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesutu kaum, melainkan kaum itu sendiri mengubah nasib mereka.

Kita tidak sanggup lagi melihat anak-anak gadis kita membuang bayi (melakukan zina), pembunuhan, rompakan dan berbagai perlakuan jenayah dan maksiat termasuk judi dan minum arak secara berleluasa. Sebenarnya undang-undang ciptaan manusia gagal. Gagal yang tidak mungkin dipulihkan.

No comments:

Post a Comment