Monday, September 20, 2010

Fikir-fikirkan

SITUASI YANG MERUGIKAN UMAT DAN NEGARA

Ada suatu perkembangan negatif dalam mengejar status dan hirarki politik individualistik di negara tercinta ini. Percaturannya seolah-olah direstui pihak atasan politik kronisma dan nepotisma. Aktivist popular, berpendidikan baik dan berpengaruh di akar umbi, tetapi bukan kroni mereka akan dicantas awal, dikecundangkan sampai lesu dan akhirnya mati karier politik mereka.

Islam melihat ini suatu amalan mungkar yang merugikan politik kepartian. Jika wujud parti politik yang mengamalkan cara hidup sedemikian, parti itu akan ketandusan pemimpin yang memiliki ide-ide bernas dan berjiwa murni yang menitikberatkan nilai agama. Ilmuan agama dan ahli akademia tidak akan berahi kepada parti seumpama itu. Merugikan masa dan umur mereka. Sementelah itu, memungkingkan juga para ilmuan yang tipis iman mereka akan terjebak mengamalkan kemungkaran yang sama. Amalan ini menjauhkan mereka dari rahmat Allah SWT.

Perkembangan ini masif berlaku di negara kita. Lantaran berlakulah rasuah politik berleluasa. Mereka yang berduit tidak melabur kecundang, apatah lagi yang kosong poketnya akan kecewa KO dalam sebarang pertandingan merebut jawatan dalam parti. Maka berbakilah ulul-amri yang tidak cerdik menang berduit kerana main duit untuk peroleh rezeki secubit. Jika bukan krnoni, harapan tipis untuk meningkat tapak dalam politik mereka.

Renung-renunglah, fikir-rikirkanlah, kehancuran bakal ditemui, seksa takut-takut dirasai sebelum bertaubat nasuha terus mati, Di dunia untung di akhirat pasti rugi.

Wassalam. 

No comments:

Post a Comment